58-report 7-datuk askalani abdul rahim akitek pembangunan pelancongan negara

4
ASKALANI ABDUL RAHIM PEMIMPIN BERWAWASAN & AKITEK PEMBANGUNAN PELANCONGAN NEGARA MELALUI INDUSTRI “ PESTA LEPA “ SEMPORNA, SABAH. Datuk Askalani Abdul Rahim Mantan Setiausaha Agung USNO Sabah. Sejak sekian lama kita jarang mendegar nama seorang Pejuang Bangsa Agama dan Negara yang bernama DATUK ASKALANI BIN ABDUL RAHIM mantan Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah dari April 1993 – Feb 1994 selama 10 bulan dan juga mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Lahad datu , Sabah. Pertemuan saya dengan beliau beberapa hari yang lalu membawa saya untuk menulis satu artikel mengenai beliau untuk rujukan dan tetapan Genarasi akan datang terhadap jasanya kepada LEPA. Saya sedang berbual dengan anak saya di satu restoran di Api Api Center, Kota Kinabalu. Perbualan saya dengan anak saya yang sedang belajar di salah sebuah universiti tempatan dikejutkan oleh seorang rakan lama yang sama-ama berjuang dulu dalam parti Bersekutu 1999, iaitu Datuk Askalani Bin Abdul Rahim yang menjemput untuk makan bersama. Anak saya yang bernama ABY ZEEHAD BIN ABDULLAH SANI yang masih muda ini sempat juga saya perkenalkan kepada Datuk Askalani Abdul Rahim bahawa beliau ini adalalah rakan ayah sejak sekian lama. Jesteru itu anak saya berkata, Pak bukan ke Nama Datuk Askalani ini adalah seorang yang telah MENGASASKAN, Pesta Lepa Lepa Semporna? Kenapa dia jarang kedengaran sejak akhir akhir ini, sedangkan beliau ini masih hebat dan kelihatan masih muda serta masih boleh berkerja. Perbualan itulah menyebabkan saya terfikir untuk menulis artikel ini, rupanya sejarah tidak boleh dipadamkan. Seorang Pelajar Universiti generasi kini yang dihidangkan dengan laporan internet tetap boleh akses mana mana maklumat, walaupun maklumat demikian terlalu sedikit, namu industry Internet telah mampu memberi pengatahuan kepada pelajar dan genarasi muda ini.

Upload: abdullah-sani-bin-haji-abdul-salleh

Post on 31-Jul-2015

205 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: 58-report 7-datuk askalani abdul rahim  akitek pembangunan pelancongan negara

ASKALANI ABDUL RAHIM PEMIMPIN BERWAWASAN & AKITEK PEMBANGUNAN PELANCONGAN NEGARA MELALUI INDUSTRI “ PESTA LEPA “ SEMPORNA, SABAH.

Datuk Askalani Abdul Rahim Mantan Setiausaha Agung USNO Sabah.

Sejak sekian lama kita jarang mendegar nama seorang Pejuang Bangsa Agama dan Negara yang bernama DATUK ASKALANI BIN ABDUL RAHIM mantan Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah dari April 1993 – Feb 1994 selama 10 bulan dan juga mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Lahad datu , Sabah.

Pertemuan saya dengan beliau beberapa hari yang lalu membawa saya untuk menulis satu artikel mengenai beliau untuk rujukan dan tetapan Genarasi akan datang terhadap jasanya kepada LEPA.

Saya sedang berbual dengan anak saya di satu restoran di Api Api Center, Kota Kinabalu. Perbualan saya dengan anak saya yang sedang belajar di salah sebuah universiti tempatan dikejutkan oleh seorang rakan lama yang sama-ama berjuang dulu dalam parti Bersekutu 1999, iaitu Datuk Askalani Bin Abdul Rahim yang menjemput untuk makan bersama.

Anak saya yang bernama ABY ZEEHAD BIN ABDULLAH SANI yang masih muda ini sempat juga saya perkenalkan kepada Datuk Askalani Abdul Rahim bahawa beliau ini adalalah rakan ayah sejak sekian lama. Jesteru itu anak saya berkata, Pak bukan ke Nama Datuk Askalani ini adalah seorang yang telah MENGASASKAN, Pesta Lepa Lepa Semporna? Kenapa dia jarang kedengaran sejak akhir akhir ini, sedangkan beliau ini masih hebat dan kelihatan masih muda serta masih boleh berkerja.

Perbualan itulah menyebabkan saya terfikir untuk menulis artikel ini, rupanya sejarah tidak boleh dipadamkan. Seorang Pelajar Universiti generasi kini yang dihidangkan dengan laporan internet tetap boleh akses mana mana maklumat, walaupun maklumat demikian terlalu sedikit, namu industry Internet telah mampu memberi pengatahuan kepada pelajar dan genarasi muda ini.

Page 2: 58-report 7-datuk askalani abdul rahim  akitek pembangunan pelancongan negara

Aby Zeehad ( Gambar ) yang masih belajar di menara gading, adalah sebahagian contoh Pelajar Generasi muda masa kini yang sedar bahawa teknologi internet tidak menghalang mereka untuk memahami pekembangan dan situasi Negara pada hari ini, mereka tidak boleh lagi dibelingu oleh berita berita yang mengelirukan yang datangnya dari satu sumber, setiap kali beliau membuka internet maka Sabahkini.net ,Malaysiakini.com, adalah diantara bahan rujukannya untuk mengetahui perkembangan semasa Negara.

Pelajar Menara gading hari ini adalah pelajar yang celik computer dan memahami apa yang berlaku.Mereka akan akan terus menjadi pemerhati kepada pekermbangan dan masa depan Negara tanpa mengikut acuan pihak berkuasa.

Kehebatan ASKALANI ABDUL RAHIM sebagai akitek perancang pembangunan Negara telah meninggalkan kesan yang amat besar kepada bangsanya, Kepada Negeri Sabah dan Kepada Negara Malaysia.

Bayangkan seorang menusia kedil ini yang telah ber peluang memimpin kementerian dalam tempoh10 bulan sahaja, namun Idea dan intelektualnya sebagai ketua atau pemimpin boleh menandingi Kepemimpinan peminpin Agung Bangsa, Agama dan Negara, tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa Menusia ini boleh diabadikan sebagai salah seorang Akitek Pembangunan Bangsa Malaysia yang telah mendapat pengiktirapan dunia serta setarap dengan pemimpin pemimpin Negara yang lain seperti Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad.

Rasullullah S.W.A telah Berjaya mencipta satu ideology Ekonomi Islam atas kehendak perintah Allah dengan mewajibkan umat menusia yang mampu untuk mengerjakan rukun haji ke Mekah dan mensunnatkan kita untuk pergi berumbrah ke Mekah setiap tahun bagi mereka yang mampu.

Perlakuan ini jika dilihat dari sudut pembangunan Ekonomi Negera, Rasullullah sebenar telah meninggalkan satu industri kepada mesyarakat Arab sejak ribuan tahun dahulu bagi mengangkat martabat bangsa Arab dan memberikan pulangan hasil ekonomi kepada Bangsa Arab melalui industri Pelancungan ke Mekkah, Madinah, Jeddah dan lain lain tempat bersejarah di Negara Makkatul Munarwarah.

Bukan ke kita dituntut oleh agama mencontohi Rasullullah dari segi tingkalaku dan kepimpinannya.Jesteru itu Askalani Abdul Rahim seorang Pemimpin Bangsa Bajau suluk yang berpeluang untuk menjadi akitek pembangunan Pelancungan Negara Selama 10 bulan mungkin telah mencontohi Rasullullah s.w.a apabila beliau mengangkat Bangsa bajausuluk di pantai Timur Sabah, Khasnya Daerah Semporna melalui INDUSTRI PELANCONGAN LEPA.

Industri Pelancongan Lepa telah menjadi acara tahunan bagi Daerah Semporna dan membawa masuk pulangan pelancongan sehingga berjuta pelancung ke Semporna setiap tahun.

Seruan Haji dan Umbrah ke Mekkah oleh Ajaran Islam sama jugalah dengan Idea Askalani yang telah membawah umat menusia ( Pelancung ) untuk datang ke Semporna setiap tahun melalui acara tahunan PESTA LEPA.

Page 3: 58-report 7-datuk askalani abdul rahim  akitek pembangunan pelancongan negara

Sebaik saja beliau menerajui KEMENTERIAN BELIA dan SUKAN Sabah yang ke 9, beliau telah menanggil DATUK IRENE CHARURUKS Pegawai Pelancungan Sabah masa itu, Bagi membincangkan pembangunan pelancungan Negeri Sabah melalui Pesta LEPA LEPA pada 1994 untuk Daerah Semporna khasnya dan Negeri Sabah amnya.

Beliau adalah Pengasas kepada Pesta Lepa lepa ( Hari dikenali sebagai Pesta Lepa ) yang menjadi acara tahunan kelendar PELANCONGAN MALAYSIA.

Beliau adalah seorang pemimpin yang berwawasan untuk bangsanya dan Negaranya, beliau telah meninggalkan kita satu INDUSTRI PELANCONGAN bertarap dunia dan kita menikmati ideologi dan perancangannya sehingga hari ini, dimana melalui Industri PESTA LEPA Negara telah MENGAUT dan akan terus MENGAGAUT keuntungan Berbillion biliion ringgit atas sumbangan beliau kepada Bangsa,Agama dan Negara ini.

Laporan dari kementerian pelancungan Sabah Datuk Masidi Manjun menyatakan industri pelancungan Negeri ini disasarkan kepada 4juta pelancungan pada tahun hadapan 2010, dan sasaran pendapatan sebanyak 4 billion ringgit setahun bagi Negeri Sabah , jika kita beranggapan bahawa 10% daripada pengunjung itu adalah dalam INDUSTRI PELANCUNGAN di Daerah SEMPORNA ini bererti ASKALANI ABDUL RAHIM telah menyumbang idea kepada rakyat Negeri ini khasnya Daerah Semporna sebanyak 400 juta setahun, namun saya masih berkayakinan angka 10% terlalu rendah bagi industri pelancungan Semporna. Berbanding yang sedia ada 3.4 juta pelancung ke Negeri ini dengan pendapatan Negeri Sabah mencerca 3.4 Billion setahun 2008 dari industri Pelancongan ini.

Saya terpanggil untuk menulis artikel ini, bila melihat bertapa hebat pemimpin seperti Datuk Askalani ini merancang pembangunan Negara walaupun dalam tempoh yang amat singkat, tetapi mampu membawa pulangan pendapatan jangka panjang kepada kita yang menjadi rakyat Negara ini dan seharusnya kita berterima kasih kepada beliau.

Seharusnya beliau mendapat penghargaan yang setimpal atas sumbangannya kepada Bangsa,Agama dan Negara, Namun pertemuan saya dengan beliau beberapa hari yang lalu, saya sempat bertanyakan kepada beliau , apakah penghargaan yang telah diberikan oleh kementerian Pelancungan kepada Datuk?.

Beliau Cuma mampu tersenyum dan mengatakan biarlah orang lain yang terima penghargaan dan anugerah buat masa ini, insyallah generasi akan datang akan memberi penghargaan kepada orang yang sepatutnya, kerana sejarah hanya boleh dipadam bersipat sementara dan bukan untuk selama lamanya.

Saya hendak membawa perhatian kepada semua rakan rakan yang berkesempatan untuk membaca artikel ini, apa ke beliau ini tidak layak mendapat anugerah yang sepatutnya, kenapa pihak kementerian yang sedang rancak dalam mempromsikan industri pelancungan ini tidak memjemput beliau untuk menyumbang idea bagi Negara.

Sebenarnya kita rugi, mengenepihkan orang seperti Datuk Askalani Abdul Rahim ini, bayangkan jika beliau diberi peluang seperti Dr. Mahathir Muhammad selama 23 tahun mengetuai pentadbiran Negara, saya yakin Sabah akan maju dan akan lebih hebat dari sekarang ini.

Page 4: 58-report 7-datuk askalani abdul rahim  akitek pembangunan pelancongan negara

Datuk Marsidi Manjun sepatutnya sedarnya perkara ini, Nun ada disana ada seorang pemimpin hebat dan berwawasan jauh , juga yang menjadi seniornya dalam kementerian Belia dan sukan sebelum ini masih mampu menyumbang tenaga dan idea bagi Bangsa Sabah, Harap Datuk bila sudah menyedut cerut Datuk nanti dapat berfikir jauh mengenai perkara ini, Jangan menyertai Kelab Cerut Sabah saja tanpa berfikir.

Lepa adalah satu kenderaan mensyarakat Bajau , Suluk dan Bugis sejak berkurun lama, pengiktirapan terhadap mesyarakat ini oleh mesyarakat antarabangsa memang tidak boleh dinafikan dengan “ Trade Mark “ berapa lautan yang dikenali sehingga hari.

LAUTAN SULU ( Membawa makna NAMA kepada suku Bajau & Suluk ) dan Lautan CELEBES ( Lautan membawa makna kepada Bajau dan Bugis ) dirantau Asia Tenggara membuktikan bahawa ketemadunan Bangsa ini telah wujud sekian lama.

Bajau membawa makna “ Berjauhan “ dalam Bahasa Melayu, Sulu pula membawa makna “ Pelayar “ dalam bahasa Bugis sementara dalam bahasa Suluk pula “ SUG “ Itu adalah Arus . Jesteru itu Perkataan “ Tausug “ Bermakna Menusia Pelayar berterusan.

Siapa sebenarnya MENUSIA PELAYAR ini ?, saya berpandapat menusia pelayar ini adalah mereka yang menggunakan kederaan laut yang terdiri dari bermacam macam jenis, dan salah daripadanya adalah lepa.

Pengguna lepa tidak tertumpu kepada Bangsa Bajau sehaja, pengguna lepa juga digunakan oleh semua bangsa TAUSUG atau BANGSA BELAYAR bugis dan lain lain bangsa di Nusantara ini,bahkan para mubalig islam telah menggunakan kenderaan ini sejak sekian lama bagi mengembangkan islam di rantau ini.

Lepa telah digunakan sekian lama dirantau ini sebagai satu kenderaan untuk menghubungkan semua benua didunia, Bahkan ada tercatit bahawa LEPA telah sampai ke AMERICA sebelum Cristoper COLUMBOS sampai ke Benua Amerika.

Sekian

Abdulllah Sani Hj. Abdul Salleh.