53945525 gaya lompat jauh

Upload: gekchieng-yeo

Post on 01-Nov-2015

238 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pj

TRANSCRIPT

GAYA LOMPAT JAUH

GAYA LOMPAT JAUH

Pada amnya, terdapat tiga gaya lompat jauh seperti berikut:

Gaya Layar

Gaya Gantung

Gaya Tendang Kayuh

Gaya layar biasanya digunakan oleh pelompat yang baru menceburkan diri dalam acara ini. Gaya gantung pula digunakan oleh novis dan juga pakar. Daya gaya tendang kayuh adalah gaya yang hanya digunakan oleh pakar sahaja.

FASA LOMPAT JAUH

Fasa lompat jauh boleh dibahagikan kepada empat fasa seperti berikut:

Fasa penujuan

Fasa lonjakan

Fasa penerbangan/layangan

Fasa pendaratan

Fasa penujuanTerdapat beberapa cara untuk memulakan fasa ini iaitu fasa berlari dari tempat permulaan ke papan lonjak. Seorang atlet mula berdiri dengan kaki segaris atau kaki depan belakang. Perkara yang paling penting ialah langkah pertama dari titik permulaan mestilah bermula dengan kaki melonjak. Bilangan langkah ke papan lonjak berbeza, 11-15 langkah untuk pelompat novis, 17-19 langkah untuk pelompat wanita pakar dan 23 langkah untuk pelompat lelaki pakar.

Fasa lonjakan

Setibanya di papan lonjak, pelompat seharusnya mencapai kelajuan larian maksimum. Bila kaki memijak papan lonjak, badan direndahkan sedikit untuk memberi keanjalan dari papan lonjakan itu. Kemudian, badan ditegakkan dengan mengangkat dada ke atas.Fasa penerbangan / layangan

Dalam fasa ini, pelompat tidak ada peluang untuk meningkatkan kederasan. Pelompat menggerakkan kaki dan tangan ke belakang. Untuk gaya tendang kayuh, kaki digerakkan seperti mangayuh basikal.

Fasa pendaratan

Apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan; tangan dan kaki digerakkan ke hadapan. Bila tumit mula mencecah tanah, tangan digerakkan ke belakang dan kemudian ke hadapan.

ASPEK LOMPATAN

Dalam acara lompat jauh, terdapat empat aspek penting yang harus diberikan perhatian utama, iaitu kelajuan larian, pelepasan lompatan, lompatan di udara dan pendaratan. Semua aspek ini perlu dimiliki oleh setiap pelompat jauh, tidak kira sama ada seseorang itu baru mempelajari acara ini ataupun yang sudah lama melibatkan diri di dalamnya.

Kelajuan Larian

Kelajuaan larian yang sesuai penting untuk menghasilkan daya lompatan yang kuat dan mungkin juga jauh. Mungkin ada yang berpendapat larian tidak begitu penting dalam acara ini. Pendapat ini salah kerana tanpa larian deras yang sesuai, tidak mungkin seseorang itu dapat melompat jauh. Larian yang tidak sesuai boleh menyebabkan perkara berikut.

Corak langkah larian menjadi tidak konsisten dan boleh mengganggu lompatan.

Penggunaan tenaga yang maksimum sebelum lompatan dibuat.

Ketidaktepatan untuk menghasilkan langkah yang tepat pada sasaran di papan pelepas, yang boleh menyebabkan lompatan batal.

Larian yang baik boleh dipelajari dan dilatih. Penting juga diketahui bahawa kelajuan larian secara mendatar yang stabil akan membantu pergerakan menegak yang kuat semasa lompatan dibuat. Dalam menghasilkan larian mendatar dan menegak, konsentrasi dan ketepatan adalah penting.

Biasanya , larian yang mengandungi antara 18-22 langkah atau jarak 25-40 meter diambil oleh pelompat. Manakala untuk ketepatan yang tinggi, check-mark dilakukan sebelum membuat lompatan. Check-mark ini dibuat untuk memudahkan peserta memberikan ketepatan anta larian mula dengan papan pelepas.

Terdapat dua kaedah untuk melakukan check-mark. Pertama, pelompat harus mencari konsistensi melalui larian yang berulang-ulang ke papan pelepas. Untuk tujuan ini, seorang pembantu diperlukan untuk menandakan titik yang paling sesuai dengan langkah yang bakal dibuat. Kaedah kedua ialah mencari konsistensi melalui larian dari papan pelepas. Dalam hal ini, pelompat perlu melakukan banyak larian sehingga ketepatan diperolehi. Kaedah kedua ini begaimanapun tidak sesuai sekiranya tiupan angin terlalu kuat. Ini selanjutnya akan menjejaskan konsistensi larian yang diukur tadi.

Pelepasan Lompatan

Pelepasan lompatan penting dalam menentukan pencapaian momentum menegak maksimum, dan seterusnya dalam membuat lompatan yang baik dan berkesan. Kesesuaian dalam kelajuan larian dan daya konsentrasi yang tinggi akan dapat membantu menghasilkan pelepasn yang baik. Walaupun dianggarkan bahwa pelompat akan berada selama 0.11 saat sahaja pada tahap ini ia penting untuk menentukan daya lompatan yang baik atau lompatan yang batal.

Kajian yang pernah dibuat oleh bebrapa pakar sukan Amerika Syarikat menunjukkan bahawa dalam jangka masa pelepas ini, sebanyak 12% daripada momentum mendatar telah dikurangkan sebelum lompatan dibuat. Keadaan pengurangan momentum ini dikeali sebagai sudut hentian. Penghasilan sudut hentian yang searas dengan corak larian akan dapat mengurangkan kehilangan momentum apabila berlaku perubahan pergerakan daripada mendapat kepada menegak. Penghasilan sudut hentian yang sesuai dapat dilakukan melalui aplikasi teknik yang baik. Melalui pemerhatian corak dan teknik lompatan yang dibuat oleh jaguh-jaguh terkemuka peringkat antarabangsa, teknik berikut disarankan.

Perlu ada konsentrasi yang tinggi daripada pelompat pada tahap pelepasan lompatan.

Teknik ini dilakukan dengan mengangkat kedua-dua belah tangan dari atas ke bawah, dan pada kaki pula sudut hentian yang wujud perlulah diubah.

Bahu dan dada membantu dalam membuat pelepasan, iaitu dengan kedua-duanya diangkat ke atas.

Semasa di Udara

Selepas pelepasan lompatan dibuat, momentum menegak mula mengambil tempat pada diri pelompat. Daya pergerakan menegak ini bagaimanapun telah dikurangkan akibat daripada sudut hentian yang berlaku pada awal pelepasan. Selanjutnya, pergerakan menegak ini juga akan dikurangkan, iaitu oleh daya graviti. Pusat graviti semasa lompatan di udara adalah pada badan pelompat. Walaupun wujud rintangan udara, tetapi ia adalah kecil berbanding pusat graviti yang ada pada badan seorang pelompat. Untuk mengatasi rintangan ini, teknik larian di udara (running in the air) dan mengayuh (hitch-kick) biasanya digunakan untuk menghasilkan jarak minimum.

Pada umumnya, terdapat tiga jenis pergerakan yang boleh dilakukan oleh seseorang pelompat jauh semasa di udara.

Pergerakan belayar (sailing)

Pergerakan mengayuh (hitch-kick atau running in the air)

Pergerakan ayunan punggung (hip-swing)

Daripada ketiga-tiga jenis pergerakan ini, mengayuh atau berlari di udara adalah yang paling licin dan banyak digunakan dalam lompatan bagi acara lompat jauh pada peringkat antarabangsa.

Pendaratan

Aspek pendaratan tidak kurang pentingnya dalam menentukan pencapaian jarak yang maksimum. Pergerakan yang sesaui bukan sahaja mampu menghasilkan jarak, tetapi dapat mengelakkan gangguan pada momentum, khususnya momentum menegak. Teknik pendaratan yang dikenali sebagai jack-knifing adalah disarankan untuk tujuan ini.

Teknik ini dapat mengimbangkan pergerakan ke hadapan dengan pendaratan yang dilakukan. Ini seterusnya dapat membantu pendaratan yang baik dan stabil. Teknik ini dilakukan dengan membentuk ayunan kaki dan tangan ke bahagian hadapan. Melalui cara ini, rintangan yang terdapat pada badan pelompat akan dapat dipindahkan ke bahagian kaki dan sebahagian kecilnya ke tangan.

TEKNIK-TEKNIK UNTUK ACARA LOMPAT JAUH.1. Atlet berlari, memijak tanda semak dan melompat dengan kaki yang sama. Pada dua langkah yang terakhir daripada tiga langkah larian itu, atlet coasts atau lari bersahaja, supaya ia bergerak atas apa yang dikenali borrowed speed dan bersedia untuk melompat dari papan lonjak.

2. Atlet memijak papan dengan jari-jari kaki lonjakan. Berat badan ditumpukan ke atas kaki, pinggul,lutut dn sendi-sendi mata kaki diluruskan dengan kuat bersama-sama dengan paha kaki bukan-lonjak (kaki bebas) yang dinaikkan. Tubuh badan tegak sementara kepala berada dalam keadaan selari dengan bahu.

3. Selepas melakukan lonjakan, kaki melonjak dibengkokkan dan dihayun ke hadapan sementara kaki bebas diluruskan ke bawah dank e belakang. Lengan-lengan digunakan untuk mengimbangi gerakan-gerakan kaki.

4. Kaki lonjak diluruskan sebagai persediaan untuk mendarat dengan kedua-dua lengan dibawa ke atas kepala.

5. Kaki bebas dibawa ke hadapan bersama-sama dengan kaki lonjak. Kedua-dua lengan dihayun ke belakang semasa mendarat.

ANSUR MAJU

Dalam lompatan, tingginya lompatan dan pergerakan mendatar tidak ada kaitan. Jadi, semasa mempelajari teknik lompat jauh yang menggunakan gaya tending kayuh, atlet itu memerlukan lebih masa, lebih tingginya di udara. Ini boleh didapati dengan melompat papan anjal yang diletakkan pada hujung larian dan melompat ke dalam kawasan mendarat. Tingginya lompatan boleh ditegaskan dengan meletakkan satu sapu tangan atau selendang yang digantung atas kawasan mendarat lebih kurang di poin tertinggi lompatan. Atlet cuba menyentuhnya dengan atas kepala dan bukan dengan dahi.

Lari menuju ke papan lonjak dengan satu larian pendek (lima langkah) untuk melonjak daripada papan lonjak dari satu kaki dan mendarat dengan kedua belah kaki.

Latihan ini adalah untuk menyesuaikan atlet melonjak daripada papan lonjak dan juga menolongnya menentukan kaki lonjak.

Seperti No. 1 di atas, iaitu menggunakan larian lima langkah, melonjak daripada sebelah kaki tetapi mendarat dengan kaki lain (kaki bebas). Tubuh badan tegak dan cuba menyentuh sapu tangan atau belon yang digantung dengan bahagian atas kepala. (rajah a)

Seperti No.2 tetapi mendarat dalam posisi split, iaitu dengan kaki lonjakan berada di belakang dan kaki bebas (yang membongkok) di hadapan badan, tubuh badan hendaklah tegak. (rajah b)

Seperti No.3 tetapi terbalikkan posisi kaki di udara dan mendarat dalam posisi split. (rajah c)

Seperti No.4 tetapi membawa kaki belakang bersama-sama dengan kaki lonjakan yang lurus di hadapan untuk mendarat dan menyempurnakan aksi kaki. Lengan-lengan dihayun lurus ke atas badan ke depan dan ke bawah seterusnya ke belakang untuk mengimbangi aksi kaki. Di samping itu, faktor yang paling utama yang harus diberi perhatian adalah faktor keselamatan. Keselamatan penting untuk mengalakkan seseorang atlet mengalami sebarang kecederaan yang boleh memberi kesan terhadap prestasi.

PAGE 5