52065129 tajuk 3 pentaksiran dan penilaian kanak kanak disleksia

Upload: nadiah-nazlan

Post on 08-Apr-2018

270 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 52065129 Tajuk 3 Pentaksiran Dan Penilaian Kanak Kanak Disleksia

    1/18

    7. PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAKDISLEKSIA

    4 JAM

    Sinopsis

    Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan definisi dan konsep pengurusan tingkahlaku, faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku, kesan salah laku terhadappembelajaran dan kepentingan pengurusan tingkah laku di kalangan murid-muridberkeperluan khas.

    Hasil Pembelajaran

    1. Memahami definisi dan konsep berkaitan dengan pentaksiran dan penilaiankanak-kanak disleksia.

    2. Menjelaskan kepentingan pentaksiran dan penilaian bagi mengenalpasti kanak-kanak yang mempunyai masalah disleksia

    3. Mengenal pasti bentuk-benmtuk ujian pengenalpastian/saringan serta ujiandiagnostik yang boleh dijalankan oleh guru-guru mata pelajaran atau guru-guruyang dilantik khas.

    7.1 Pengenalan

    Pentaksiran bermaksud memperoleh maklumat dengan cara yang objektif danbersistem. Banyak perkara yang dijalankan dalam bilik darjah dapat dikategorikansebagai pengujian. contohnya, ramai guru meminta murid-muridnya mengisi maklumatperibadi dalam suatu borang itu, antara perkara yang mungkin ditanya ialah hobi muriddan sebabnya mereka berminat dengan hobi itu. Persoalan seperti itu bolehdikategorikan sebagai pentaksairan.

    Pentaksiran biasanya melibatkan pengukuran. Pengukuran tidak semestinya

    melibatkan maklumat yang diperolehi dalam bentuk nombor. Menurut Stevens (1951),pengukuran ialah pemberian angka kepada objek atau peristiwa mengikut kriteriatertentu dengan menggunakan satu skala yang ditetapkan. Ringkasnya, pengukuranmerupakan cara menggunakan nombor untuk mewakili maklumat yang diperolehdengan ringkas dan mudah.

  • 8/6/2019 52065129 Tajuk 3 Pentaksiran Dan Penilaian Kanak Kanak Disleksia

    2/18

    7.2 Kepentingan Pentaksiran dan Penilaian

    Menurut Pierangelo & Giuliani (2006), pentaksiran adalah merujuk kepadapembangunan kemahiran-kemahiran yang memasukkan satu pengetahuan kerja bagi

    komponen-komponen berikut bagi proses penilaian yang teratur bagi menentukan jeniskecatatan yang sesuai :

    a. Koleksi (Collection)Merupakan koleksi penyurihan dan pengumpulan maklumat daripada punca-punca yang memberi maklumat daripada seseorang pelajar seperti maklumatlatar belakang pelajar, rekod sekolah, pemerhatian, penglibatan ibu bapa danlaporan guru.

    b. Analisis (Annalysis)Pemerosesan dan pemahaman mengenai bentuk pendidikan pelajar, sosial,

    perkembangan, persekitaran, perubatan dan sejarah emosi.

    c. Penilaian (Evaluation)Merujuk kepada penilaian pelajar, intelektual, psikologikal, emosi, persepsi,bahasa, kognitif dan sejarah perubatan bagi menentukan kekuatan dankelemahan pelajar.

    d. Keazaman (Determination)Untuk mengetahui ketidakupayaan dan kriteria pengetahuan setiap kategori.

    e. Syor/cadangan (Recommendation)Mencadangkan penempatan dan program bagi keperluan pelajar dari segisekolah, guru dan penglibatan ibu bapa

    Tujuan pentaksiran merujuk kepada Pierangelo & Giuliani (2006), menyatakanbahawa pentaksiran dalam pendidikan mempunyai 5 tujuan iaitu :

    a. Pemeriksaan dan Pengenalpastian (Screening and Identification)b. Kelayakan dan Diagnosis (Eligibility and Diagnosis)c. Penempatan dan Perkembangan RPI (IEP Development and Placement)d. Perancangan Pengajaran (Instructional Planning)e. Penilaian (Evaluation)

    7.2.1 Pengenalpastian masalah

  • 8/6/2019 52065129 Tajuk 3 Pentaksiran Dan Penilaian Kanak Kanak Disleksia

    3/18

  • 8/6/2019 52065129 Tajuk 3 Pentaksiran Dan Penilaian Kanak Kanak Disleksia

    4/18

    7.3 Ujian-ujian Pengenalpastian / Saringan

    Untuk memastikan murid-murid yang dikenal pasti mempunyai masalah disleksia makasatu bentuk ujian pengenalpastian/saringan telah dibentuk. Justeru itu, maka sebuahJawatankuasa yang dilantik oleh Jabatan Pendidikan Khas, KPM telah ditubuhkan dantelah menghasilkan ISD. Penghasilan ISD ini dibina oleh pakar-pakar dari USM, UKM,UM, UPM, KKM, JKM, JPK, Persatuan, Guru & JPN.

    Manakala British Psychological Society (1999) menyatakan bahawa murid mestimemenuhi dua pra-syarat sebelum ianya boleh disaring untuk menentukan sama ada iamengalami disleksia atau tidak. Dua pra-syarat tersebut adalah:

    a. murid telah mendapat pengajaran yang sesuai, relevan dan memuaskan

    b. murid telah diberikan langkah-langkah pemulihan yang dirasakan sesuai.

    Kerangka penghasilan item-item senarai semak yang dijadikan panduan dalampembinaan instrumen telah diubah suai daripada `checklist` yang dihasilkan oleh Paynedan Turner (1999) dan merangkumi ciri-ciri disleksia yang dusenaraikan oleh pakar-pakar disleksia Antara Bangsa yang lain.

    7.3.1 Ujian Pengamatan

    Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugaspancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu. Pengamatan ini berkaitrapat dengan pemikiran kita. Selain itu, pengamatan ialah satu kemahiran yang bolehdikembang dan dipelajari. Sungguhpun ia berkait rapat dengan darjah kecerdasanseseorang kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supayadapat membantu mereka dalam pembelajaran.

    Pengamatan juga ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melaluipancaindera setelah berlakunya proses dalam mental. Pengamatan berkait rapatdengan pemikiran manusia. Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkanmakna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalamanlalu. Justeru itu, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam buku Panduan ProgramPemulihan Khas (1999) telah menjelaskaan bahawa pengamatan ditakrifkan sebagaikefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui panca indera setelahperlakuan proses mental. Selain itu juga, pengamatan berkait rapat dengan pemikiranmanusia.

    Manakala menurut Janet W Learner (1971) dalam bukunya Children WithLearning Disabilities telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses

  • 8/6/2019 52065129 Tajuk 3 Pentaksiran Dan Penilaian Kanak Kanak Disleksia

    5/18

    untuk mengenal maklumat daripada tindak balas panca indera atau pun mekanismeyang mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek. Selain itu,Mohd Anuar Abdullah (2001), menjelaskan bahawa masalah pengamatan kanak-kanakdisleksia dibahagikan kepada jenis iaitu disleksia visual, disleksia Auditori dan disleksiavisual Auditori atau tekstail dan koordinasi mata tangan.

    Menurut Janet W Learner pengamatan visual adalah kepayahan seseorangkhususnya kanak-kanak disleksia dalam melakukan tugasan untuk membezakan abjad,perkataan serta mengecam angka, nombor, bentuk geometri dan gambar. Dalam katalain masalah visual dilihat kepada beberapa aspek antaranya tentang perbezaanbentuk, saiz, mengecam bentuk huruf dan perkataan, serta tentang pembalikan sesuatuobjek. Kanak-kanak disleksia kebiasaannya akan mempunyai gangguan dari aspekpengamatan visual ini yang menyebabkan mereka tidak dapat menguasai bahasadengan baik.

    Manakala pengamatan auditori ialah keupayaan mengesan atau mengenalpasti

    apa yang didengar menyumbang bahagian yang penting kepada pembelajaran. Kajianmenunjukkan kebanyakan mereka yang mempunyai masalah membaca yang terukmempunyai masalah dari aspek auditori, lingustik dan masalah phonological (Ball &Blachman, 1991,; Lyon, 1998,; dan Stahl & Murray, 1994). Antara aspek masalahpengamatan auditori yang terdapat di dalam masalah pengamatan auditori ialahmasalah untuk membezakan bunyi, bunyi phonological, mengingat apa yang didengar,Mengingat urutan dan membentuk perkataan dari gabungan abjad. Kanak-kanakdisleksia kebiasaannya memang mempunyai masalah pengamatan ini yang jugamenyebabkan mereka tidak dapat menguasai bahasa dengan baik.

    Kedua-dua sistem ini merupakan dua sistem yang sangat penting untukmenerima maklumat. Pengamatan takhtil (tactile) merupakan keupayaan seseorang

    melakukan sesuatu dengan menggunakan jari dan deria rasa melalui kulit (sentuh).Keupayaan seseorang mengenal objek dengan deria sentuhan iaitu membezakan rasakeras dan lembut, mengenalpasti jari yang digunakan untuk menyentuh merupakancontoh pengamatan tactile.

    Pengamatan Koordinasi mata tangan merupakan gerak kerja denganmenggunakan pergerakan badan dan otot. Keupayaan posisi yang diperolehi daripadabahagian badan yang berbeza dan keupayaan otot, tension dan kerehatan merupakancontoh kepada pengamatan koordinasi.

    Sesetengah kanak-kanak disleksia mempunyai masalah dalam menggunakankoordinasi mata tangan di mana apa yang dilihat tidak dapat diaplikasikan kepadatulisan atau gerak kerja yang melibatkan penulisan. Antara kesan sampingan yangdihadapi oleh murid yang mengalami ciri-ciri disleksia ialah:

    a. Pengurusanb. Penumpuan atau konsentrasic. Bahasad. Ingatane. Emosi atau tingkah laku

  • 8/6/2019 52065129 Tajuk 3 Pentaksiran Dan Penilaian Kanak Kanak Disleksia

    6/18

    Objektif Ujian Pengamatan

    Antara lain, ujian pengamatan ini akan membantu guru untuk mengesan masalah yangdihadapi oleh murid dalam :

    a. Mengecam orentasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk,corak, saiz, warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan. Selain itu,guru juga dapat mengenal pasti masalah murid dalam

    b. Menentukan sesuatu saiz, jarak, kri ke kanan serta hubungan antara satuobjek objek yang lain.

    c. Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak,huruf, nombor, suku kata, perkataan dan ayat.

    d. Menyelaras pergerakan motor mata tangan khususnya dari kiri ke kanan,atau ke bawah dan dari bawah ke atas.e. Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan- Sequencing.f. Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu

    masalah.g. Menyediakan program yang bersesuaian dengan masalah pengamatan

    kanak-kanak khas.h. Menyediakan penempatan yang bersesuaian.i. Mengenal pasti pasukan pelbagai disiplin.

    Komponen Ujian Pengamatan

    Antara lain, ujian pengamatan yang boleh dijalankan merujuk kepada :

    a. Diskriminasi yang sama (Discrmination sameness)Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan yangterdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dansebagainya.

    b. Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama (Discrination of differences)Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri perbezaan yang

    terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dansebagainya.

    c. Diskriminasi saiz (Discrimination of size)Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek,bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya.

    d. Diskriminasi kedudukan (Position in space)

  • 8/6/2019 52065129 Tajuk 3 Pentaksiran Dan Penilaian Kanak Kanak Disleksia

    7/18

    Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan keudukan sesuatuobjek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya.

    e. Koordinasi Motor-mata-tangan

    Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor-mata-tangan dan fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya.

    f. Pertalian jarak (Spatial Relationship)Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz, jarak kiri kekanan serta antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain.

    g. MazingTujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalahmelalui aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah.

    h. Turutan (Sequencing)Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semulaaktiviti-aktiviti bersiri.

    i. Rajah latar belakang / Benda tersembunyi (Figure Ground)Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalahabstrak.

    j. Menyalin (Visual Copying)Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah dilihat.

    7.3.2 Senarai Semak Disleksia

    Senarai semak disleksia digunakan untuk mengenalpasti kanak-kanak yangdikenalpasti bermasalah secara khusus. Senarai semak disleksia telah merujuk kepadatiga elemen iaitu :

    a. Elemen 1 : Tahap penguasaaan mengeja, membaca dan menulisb. Elemen 2 : Kekuatan pada murid yang dikenalpastic. Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan

    Berikut adalah satu senarai semak yang boleh digunapakai untuk mengenalpastikanak-kanak bermasalah khusus bagi tujuan pentaksiran awal. Sila rujuk lampiranmengenai Instrumen Senarai Semak disleksia.

    7.3.3 Instrumen Saringan Disleksia (ISD)

  • 8/6/2019 52065129 Tajuk 3 Pentaksiran Dan Penilaian Kanak Kanak Disleksia

    8/18

  • 8/6/2019 52065129 Tajuk 3 Pentaksiran Dan Penilaian Kanak Kanak Disleksia

    9/18

    TMMD

    KMMD

    Tidak sah

    Sah

    Petunjuk:

    KMMD : Kebarangkalian mengalami masalah disleksiaTMMD : Tiada mengalami masalah disleksia

    7.4 Ujian Diagnostik

    Ujian Diagnostik yang ditadbir dapat mengenal pasti dengan lebih terperinci daerah-daerah kelemahan dalam membaca, mengeja, menulis, dan masalah-masalah yangberkaitan dengan disleksia untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran.

    Pencalonan

    Pengoperasian ISD P&P Kelas Biasa

    Pelaporan

    Pengesahan Pengamal Perubatan

    Perumusan

    Pelaporan

  • 8/6/2019 52065129 Tajuk 3 Pentaksiran Dan Penilaian Kanak Kanak Disleksia

    10/18

    Secara umumnya, ujian diagnostik digunakan untuk mengesan puncakelemahan murid tentang penguasaan kemahiran-kemahiran tertentu samada BahasaMelayu ataupun Matematik. berdasarkan kepada keputusan ujian diagnostik ini, makaguru dapat merancang aktiviti pengajaran pemlihan Disleksia dengan lebih berkesan.

    7.4.1 Ujian-ujian Binaan Guru

    Ujian ini dibina oleh guru berdasarkan kemahiran yang telah dipelajari oleh murid.Binaan ujian oleh guru adalah untuk memastikan setiap kemahiran yang telah dipelajariakan diuji bagi menentukan keberkesanan sesuatu kemahiran yang telah dipelajari.

    7.4.2 Ujian-ujian lain yang sesuai

    Selain itu, guru juga boleh menggunakan analisis ralat sebagai salah satu cara untuk

    membuat pentaksiran terhadap kemahiran yang telah dipelajari oleh murid.

    Latihan 3 : Untuk menguji kefahaman mengenai konsep penting dalammelaksanakan pentaksiran dengan membuat ulasan.

    Anda dikehendaki menjalankan satu ujian saringan merujuk kepada Instrumen SaringanDisleksia (ISD) untuk mengenal pasti murid-murid di aliran perdana yang dikenal pastikategori masalahnya.

    Anda telah mengikuti tajuk tiga dengan tekun dan sabar. Selepas ini anda akandiperkenalkan dengan tajuk empat dan seterusnya.

    Berehatlah sebentar sambil minum secawan kopi.

  • 8/6/2019 52065129 Tajuk 3 Pentaksiran Dan Penilaian Kanak Kanak Disleksia

    11/18

    INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    Bahagian A

    BIODATA MURID

    Arahan : Tandakan atau tulis pada petak yang disediakan.

    . Nama Murid

    2. Jantina 3. Mengikuti ProgramPemulihan Khas

    Sedang

    Tidak

    4. Tahun Persekolahan 5. Keturunan

    6. Kedatangan ke sekolah 7. Pencapaian

    Akademik

    Lelaki

    Perempuan

    Melayu

    Cina

    India

    Bumiputra Sabah

    Bumiputra Sarawak

    Bumiputra Orang Asli

    Lain-lain

    Tahun NamaKelas

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    Baik

    Memuaskan

    Sederhana

    Lemah

    A B C D E

    Bahasa Malaysia

    Bahasa Inggeris

    Matematik

    Sains

    Kajian Tempatan

    Kemahiran Hidup

    Pend.Islam/Moral

    P.Jasmani &KesMuzik

  • 8/6/2019 52065129 Tajuk 3 Pentaksiran Dan Penilaian Kanak Kanak Disleksia

    12/18

    8. Nama Sekolah

    9. Lokasi Sekolah 10. Negeri

    11. Daerah

    12. Nama Penilai

    13. Tarikh 14. Tandatangan Penilai

    Bandar

    Luar Bandar

    Perlis

    KedahPulau Pinang

    Perak

    Selangor

    W.P.Kuala Lumpur

    Negeri Sembilan

    Melaka

    Johor

    Pahang

    Terengganu

    Kelantan

    SarawakSabah

    W.P.Labuan

  • 8/6/2019 52065129 Tajuk 3 Pentaksiran Dan Penilaian Kanak Kanak Disleksia

    13/18

    Bahagian B

    SENARAI SEMAK

    Arahan : Tandakan pada petak yang sesuai.

    Elemen 1 : Tahap penguasaan mengeja, membaca dan menulis.

    A. MengejaYa Tidak

    1. Murid sukar mengeja perkataan mudah. 1 1

    2. Murid sering mengeja perkataan yang tiada langsungkaitan makna dengan perkataan asal. 2

    3. Murid kerap melakukan kesalahan ;

    i. menyusun abjad dalam perkataan 3

    ii. menggabung suku kata terbalik 4

    4. Murid keliru membezakan bunyi abjad yanghampir sama dalam suku kata. 5

    B. Membaca

    5. Murid ketinggalan dalam kebolehan membacaberbanding rakan sebaya 6

    6. Kesalahan yang kerap dilakukan oleh muridSemasa membaca ialah ;

    i. Tidak menghiraukan tanda bacaan; 7

  • 8/6/2019 52065129 Tajuk 3 Pentaksiran Dan Penilaian Kanak Kanak Disleksia

    14/18

    ii. Menggugurkan perkataan; 8

    iii.Menambah perkataan pada bacaannya; 9

    iv. Melangkau baris; 10

    v. Menggantikan perkataan. 11

    Ya Tidak

    7. Murid mengalami kesukaran dalam membaca 12Perkataan yang mempunyai vokal berganding,diftong.

    8. Murid sukar membaca ayat panjang. 13

    C. Menulis

    9. Hasil kerja murid tidak kemas. 14

    10. Murid sukar menyalin maklumat ;

    iii. dari papan tulis 15

    iv. yang diperdengarkan 16

    11. Tulisan murid sukar dibaca 17

    12. Murid menulis lambat berbanding dengan rakansebaya 18

    13. Murid menulis secara terbalik ;

    vi. abjad-abjad tertentu ; 19

    vii. perkataan 20

    Elemen 2 : Kekuatan pada murid

    14. Murid boleh bertutur dengan baik 21

  • 8/6/2019 52065129 Tajuk 3 Pentaksiran Dan Penilaian Kanak Kanak Disleksia

    15/18

    15. Murid boleh menjawab soalan secara Lisan dengan baik.22

    16. Murid boleh menghasilkan cerita berpandukan gambar ;i. Tunggal ; 23

    ii. Bersiri 24Ya Tidak

    17. Murid berminat terhadap perkara baru. 25

    18. Murid mempunyai kebolehan lisan setanding 26dengan rakan sebaya.

    19. Murid mempunyai kecenderungan dalambidang-bidang tertentu. 27

    20. Murid kelihatan berpotensi untuk berjaya tetapipencapaian akademiknya rendah. 28

    21. Murid mempunyai banyak idea (full of ideas) 29

    22. Murid mempunyai idea yang baik tetapi gagaluntuk memindahkannya dalam bentuk tulisan. 30

    23. Isi kandungan penulisan murid baik tetapimengandungi banyak kesalahan bahasa. 31

    24. Murid mempunyai pencapaian yang baikdalam subjek-subjek kemahiran berbandingdengan subjek-subjek akademik. 32

    25. Murid boleh menjawab secara lisan soalankefahaman daripada bahan yang diperdengarkan. 33

    26. Murid boleh menceritakan semula petikan yangdiperdengarkan. 34

    27. Murid yang kreatif. 35

    28. Murid boleh menyesuaikan diri dalam pergaulan. 36

    29. Murid boleh bertindak mengikut situasi. 37

  • 8/6/2019 52065129 Tajuk 3 Pentaksiran Dan Penilaian Kanak Kanak Disleksia

    16/18

    30. Murid berkebolehan dalam membuatjangkaan 38

    31. Murid mempunyai pengetahuan am yang baik 39

    32. Murid mempunyai sifat-sifat ingin tahu yangtinggi. 40

    Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan

    Ya Tidak

    33. Murid mempunyai masalah rendah diri. 41

    34. Murid kerap memberi alas an untuk mengelak

    daripada membuat kerja sekolah yang melibatkanbacaan dan penulisan. 42

    35. Murid mengalami masalah tingkahlaku. 43

    36. Murid mempunyai daya tumpuan yang singkat. 44

    37. Murid keliru dengan konsep arah. 45

    38. Murid menghadapi kesukaran dengan konsep urutan.46

    39. Murid menghadapi masalah dengan pengurusanmasa 47

    40. Murid tidak dapat mengingati arahan yang panjang. 48

    41. Murid sering gopoh semasa bertindak. 49

    42. Murid sering cuai dalam pergerakan. 50

  • 8/6/2019 52065129 Tajuk 3 Pentaksiran Dan Penilaian Kanak Kanak Disleksia

    17/18

    PEMARKAHAN

    BAHAGIAN A(diisi oleh penilai)

    Jumlah JumlahYa Tidak

    Elemen 1 : Tahap penguasaan mengeja,membaca dan menulis.

    Elemen 2 : Kekuatan pada murid

    Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan

    BAHAGIAN B(diisi oleh guru pendidikan khas disleksia)

    Kod

    Elemen 1 : Tahap penguasaan mengeja,membaca dan menulis.

    Elemen 2 : Kekuatan pada murid

    Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan

  • 8/6/2019 52065129 Tajuk 3 Pentaksiran Dan Penilaian Kanak Kanak Disleksia

    18/18

    BAHAGIAN C

    (diisi oleh guru pendidikan khas disleksia)

    Rumusan

    Murid berkemungkinan mengalami kebarangkalian Disleksia

    Murid berkemungkinan tidak mengalami kebarangkalian Disleksia

    Tandatangan : ___________________________________

    Nama : ___________________________________

    Disahkan

    T/T Guru Besar : ___________________________________

    Cop Sekolah :

    Nama : ___________________________________

    Pengarah PelajaranJabatan Pelajaran Negeri

    (U.P Unit Pendidikan Khas)