51392065 format dan contoh penulisan jurnal

Upload: muhd-iqhbal

Post on 11-Oct-2015

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

s

TRANSCRIPT

FORMAT DAN CONTOH PENULISAN JURNALFORMAT JURNAL (Minggu pertama sahaja)

Bilangan Jurnal

Minggu Praktikum

Tarikh Peristiwa / Kejadian

Tajuk Jurnal :

:

:

:Ke-_______________ hingga ____Minggu Pertama di SK ____________________

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama: .............................................Tarikh: .............................................Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama : .............................................Tarikh : .............................................

FORMAT JURNAL (Minggu kedua dan seterusnya)

Bilangan Jurnal

Minggu Praktikum

Tarikh Peristiwa / Kejadian

Tajuk Jurnal :

:

:

:Ke-_______________ hingga ____(Rujuk aspek-aspek di dalam Borang PR 1. Fokus kepada 1 atau 2 perkara sahaja)

1. Masalah / Peristiwa Pada minggu kedua di SKKGV ini, saya telah diberikan jadual kelas tetap oleh guru pembimbing saya. Saya telah mendapat dua kelas tahun 5, satu kelas tahun 4 dan satu kelas tahun 1. Semasa saya menjalankan proses PdP, saya hanya mendapat sedikit permasalahan dalam mengendalikan murid tahun 1. Kawalan kelas yang saya lakukan agak longgar. Masalah lain ialah, saya merasakan jumlah murid untuk sesuatu kelas agak ramai. Purata murid bagi sesebuah kelas ialah seramai 40 orang. 2. Analisis >3. Cadangan Tindakan Susulan

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama: .............................................Tarikh: .............................................Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: .............................................Nama : .............................................Tarikh : .............................................

Bilangan Jurnal

Minggu Praktikum

Tarikh Peristiwa / Kejadian

Tajuk Jurnal :

:

:

:1Pertama

14-18 Julai 2014Minggu Pertama Di SK King George V

1. Masalah/PeristiwaPada hari pertama, saya bersama rakan-rakan praktikum saya telah melaporkan diri di Sekolah Kebangsaan King George V. Jumlah kesemua guru yang berpraktikum di sini ialah seramai 12 orang. 8 daripada IP Kampus Pendidikan Teknik dan 4 daripada IP Kampus Raja Melewar. Kami telah disambut baik oleh warga sekolah.

Oleh sebab ketiadaan guru besar dan penolonon kanan 1, saya dan rakan yang lain telah diberi taklimat oleh Penolong Kanan Hem tentang pelbagai perkara berkaitan dengan sekolah, termasuklah : sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah;

struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru disiplin, guru panitia, guru ko-kurikulum, guru darjah, guru mata pelajaran dan tugas staf sokongan;

latar belakang murid dan masyarakat setempat;

tugas dan tanggungjawab murid di sekolah;

pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.2. Analisis Saya tidak menghadapi masalah besar sepanjang tempoh seminggu awal berpraktikum disini. Saya telah disambut mesra oleh kesemua warga sekolah. Kesemua guru dilihat tidak lokek dalam menjawab sebarang pertanyaan dan banyak membantu saya dalam segenap hal. Di dalam minggu ini juga, saya masih belum diberikan jadual tetap. Namun begitu, ada juga beberapa kelas ganti yang perlu saya masuk.3. Cadangan Tindakan Susulan

Saya perlu meningkatkan tahap komunikasi saya agar hubungan baik saya dengan pihak sekolah akan terus terjalin. Saya juga perlu bersifat lebih profesional dalam menangani segala hal bagi memudahkan saya untuk mendapatkan input secara maksimum sepanjang tempoh praktikum di sekolah ini.4. Tempoh masa tindakan susulan

Sepanjang tempoh praktikum dijalankan.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan: .............................................

Nama: .............................................

Tarikh: .............................................Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: .............................................

Nama : .............................................

Tarikh : .............................................

CONTOH JURNAL (Minggu kedua)

Bilangan Jurnal

Minggu Praktikum

Tarikh Peristiwa / Kejadian

Tajuk Jurnal :

:

:

:2/12Minggu kedua24 Jun 2006Masalah pengurusan masa.

1. Masalah / Peristiwa

Hari ini (24 Jun 2006) saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang tepat sebagaimana yang telah dirancangkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi mencapai objektif , khususnya objektif yang akhir dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu .

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati pelajar-pelajar mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan laporan hasil perbincangan dan semasa melaporkan hasil perbincanan, terdapat beberapa orang pelajar yang tidak dapat menerangkannya dengan lancar dan cepat. Di samping itu, masalah masa ini juga wujud kerana gangguan aktiviti-aktiviti sekolah seperti perhimpunan yang telah mengambil masa yang agak lama sehingga mengurangkan masa yang telah dirancangkan.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a.) Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna.b.) Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu terutama pada hari-hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dengan masa yang telah dirancangkan .c.) Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang masa yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan dalam masa yang telah ditetapkan. Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama, saya akan memilih beberapa hasil perbincangan yang terbaik sahaja untuk dibentangkan .d.) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di sampingberbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

4. Tempoh Masa Tindakan SusulanSaya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu -objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan: .............................................

Nama: .............................................

Tarikh: .............................................Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: .............................................

Nama : .............................................

Tarikh : .............................................