5.1 perubahan haba dalam tindak balas kimia
DESCRIPTION
Bahagian pertama dalam bab 5TRANSCRIPT
Perubahan Haba dalam Tindak Balas Kimia
Bab 5
PANITIA SAINS KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR | 2013
Perubahan Haba dalam Tindak Balas Kimia• Perubahan haba berlaku dalam kebanyakan tindak balas
kimia• Semua tindak balas kimia yang berlaku melibatkan
perubahan tenaga• Apabila tindak balas kimia berlaku, tenaga haba diserap
atau terbebas• Tenaga haba diserap untuk memutuskan ikatan dalam
sebatian• Sebaliknya, tenaga haba yang terbebas apabila ikatan
terbentuk• Tindak balas kimia dapat dikelaskan kepada dua jenis:-
• Tindak balas eksotermik• Tindak balas endotermik
PANITIA SAINS KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR | 2013
Perubahan Haba dalam Tindak Balas KimiaTindak Balas Eksotermik Tindak Balas Endotermik
Definisi Tindak balas yang membebaskan tenaga haba ke sekeliling
Tindak balas yang menyerap tenaga haba daripada sekeliling
Bahan Tindak Balas
Apabila tindak balas ini berlaku, bahan tindak balas akan kehilangan haba ke sekeliling
Apabila tindak balas ini berlaku, bahan tindak balas akan menerima haba daripada sekeliling
Kandungan tenaga
Jumlah kandungan tenaga hasil tindak balas adalah kurang daripada jumlah kandungan tenaga bahan tindak balas. Pemindahan tenaga dapat ditunjukkan seperti rajah aras tenaga dibawah.
Jumlah kandungan tenaga hasil tindak balas adalah lebih daripada jumlah kandungan tenaga bahan tindak balas. Pemindahan tenaga dapat ditunjukkan seperti rajah aras tenaga dibawah.
PANITIA SAINS KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR | 2013
Tindak Balas Eksotermik Tindak Balas Endotermik
Suhu sekeliling
Oleh sebab tenaga haba terbebas daripada bahan tindak balas ke sekeliling, maka suhu sekitarnya meningkat
Oleh sebab tenaga haba diserap oleh bahan tindak balas daripada sekeliling, maka suhu sekitarnya menurun
Kandungan dalam bekas
Kandungan dalam bekas menjadi panas. Dengan itu, bekas juga terasa panas apabila disentuh atau disukat dengan termometer
Kandungan dalam bekas menjadi sejuk. Dengan itu, bekas juga terasa sejuk apabila disentuh atau disukat dengan termometer
Perubahan Haba dalam Tindak Balas Kimia
PANITIA SAINS KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR | 2013
Perubahan Haba dalam Tindak Balas Kimia
• Tindak balas eksotermik juga berlaku apabila:– Asid sulfurik pekat dilarutkan dalam air– Cebisan natrium dimasukkan dalam air– Ketulan zink dimasukkan ke dalam asid cair seperti
asid hidroklorik cair– Larutan natrium hidroksida dineutralkan oleh asid
hidroklorik cair• Tindak balas endotermik juga berlaku apabila:– Pepejal ammonium klorida dilarutkan dalam air– Pepejal ammonium sulfat dilarutkan dalam air– Pepejal ammonium fosfat dilarutkan dalam air
PANITIA SAINS KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR | 2013
Tindak balas kimia dalam industri• Tindak balas kimia dalam industri biasanya berlaku dalam
keadaan optimum supaya masa tindak balas adalah singkat dan kos minimum
• Dua proses kimia yang penting dalam industri ialah– Proses Haber yang menghasilkan ammonia– Proses Sentuh yang menghasilkan asid sulfurik
• Dalam proses Haber, ammonia dihasilkan dari campuran gas nitrogen dan gas hidrogen
Nitrogen + Hidrogen Ammonia• Proses Haber merupakan tindak balas berbalik• Apabila ammonia dihasilkan, pembentukan ikatan berlaku
antara atom nitrogen & hidrogen. Banyak haba terbebas ke sekeliling
PANITIA SAINS KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR | 2013
Nitrogen
Hidrogen
Gas Ammonia
Ammonia (cecair)
Disejukkan dengan kondenser
Suhu: 450-550°CTekanan: 200 atmosferaMangkin: serbuk besi
Proses Haber
PANITIA SAINS KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR | 2013
Tindak balas kimia dalam industri
Campuran gas nitrogen & hidrogen
dimampatkan
• Dalam proses Sentuh, asid sulfurik dihasilkan melalui 3 peringkat
• Peringkat pertama, sulfur dibakar dalam udara untuk menghasilkan gas sulfur dioksida
Sulfur + Oksigen Sulfur Dioksida• Haba terbebas untuk membentuk ikatan semasa sulfur
dioksida dihasilkan• Peringkat kedua, gas sulfur dioksida bertindak balas
dengan oksigen untuk membentuk gas sulfur trioksida pada suhu 400-500°C, tekanan 1 atm dan mangkin Vanadium(V) Oksida
Sulfur Dioksida + Oksigen Sulfur Trioksida• Tindak balas ini adalah berbalik
PANITIA SAINS KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR | 2013
Tindak balas kimia dalam industri
• Peringkat ketiga, tindak balas yang berlaku melibatkan 2 langkah. Tindak balas dalam kedua-dua langkah membebaskan haba untuk membentuk ikatan semasa oleum dan asid sulfurik dihasilkanSulfur Trioksida Asid Sulfurik Pekat Oleum
Oleum + Air Asid Sulfurik• Keadaan optimum masih dikekalkan dalam
peringkat ini seperti peringkat 2
PANITIA SAINS KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR | 2013
Tindak balas kimia dalam industri
Sulfur
Oksigen
Sulfur Trioksida
Cecair Oleum
Dilarutkan dalam asid sulfurik pekat
Suhu: 400-500°CTekanan: 1 atmosferaMangkin: vanadium(v) oksida
Proses Sentuh
Pembakaran
Asid Sulfurik
Dicairkan dengan air
Peringkat 1 : Sulfur + Oksigen Sulfur DioksidaPeringkat 2: Sulfur Dioksida + Oksigen Sulfur TrioksidaPeringkat 3: Sulfur Trioksida + Asid Sulfurik Pekat Oleum Oleum + air Asid Sulfurik
PANITIA SAINS KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR | 2013
Tindak balas kimia dalam industri
Sulfur Dioksida
• Buat latihan waja bab 5 latihan 2
PANITIA SAINS KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR | 2013
Perubahan Haba dalam Tindak Balas Kimia
Perubahan Haba dalam Tindak Balas Kimia
Bab 5
PANITIA SAINS KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR | 2013