5.0 prosedur tindakan

Upload: ac-mal-faezs

Post on 01-Mar-2016

10 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

K.Tindakan

TRANSCRIPT

5.0 TINDAKAN

5.1Prosedur TindakanSebagai tindakan, pengkaji telah memilih untuk menjalankan kajian yang dicadangkan dalam Model Kurt Lewin (1946) sebagai panduan menjalankan kajian tindakan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran mengenal huruf. Kajian ini melibatkan empat elemen utama iaitu :

Satu kitaran kajian

Rajah 1 Kitaran Kajian Model Kurt Lewin (1946)

5.1.1MerancangPengkaji telah merancang untuk menggunakan kaedah jadual sebagai cara mengenalpast nilai murni. Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai:"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia"(Wan Mohd. Zahid, 1988)Secara keseluruhannya, ia merupakan nilai yang positif yang boleh diterima oleh pelajar dan masyarakat. Dalam pendidikan, penerapan nilai yang pertama kali secara rasminya diberi penekanan ialah melalui Lapuran Kabinet (Lapuran Mahathir 1979), 1989. Semasa Datuk Sri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin Kementerian Pendidikan beliau membuat penyataan mengenai FPN & KBSM yang mana menyelitkan isu-isu nilai murni untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, bukan sahaja dari segi intelek, tetapi juga emosi, rohani dan jasmani.

Seterusnya, dalam proses ini pengkaji telah menyediakan beberapa Bahan Bantu Mengajar (BBM) seperti jadual nilai (rujuk Lampiran), soalan diagnostik, soalan pra dan pasca ujian, dan lembaran kerja untuk membantu murid mengenalpasti nilai seterusnya menulis ulasan nilai dengan lengkap.

5.1.2 Bertindak

Pengkaji pada awalnya menggunakan borang kaji selidik yang diedarkan kepada tujuh orang responden yang telah dipilih. Borang kaji selidik Bahagian A merupakan butiran peribadi murid. Bahagian B pula adalah mengenai tanggapan responden terhadap Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Dari sini pengkaji dapat menilai minat responden terhadap penulisan ulasan nilai dalam Kertas Penulisan Bahasa Melayu. Pada Bahagian C pula mengkaji tentang Keberkesanan Teknik Jadual dan aktiviti yang telah dijalankan. Borang ini diberikan setelah selesai rawatan. (Rujuk Lampiran 2 Instrumen Soal Selidik)Seperti biasa pengkaji menjalankan aktiviti rutin iaitu mengajar di dalam kelas yang dijadikan bahan kajian . Semasa pengajaran pengkaji telah:a) Memerhatikan murid-murid tentang tahap tumpuan mereka terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.b) Mengenalpasti murid yang tidak memberikan tumpuan.c) Murid yang tidak dapat menyiapkan latihan menulis ulasan nilai dengan baik dan sempurna.Semasa sesi pengajaran berjalan pengkaji juga telah memerhatikan murid-murid. Semasa pemerhatian, pengkaji telah dapat membuat beberapa kesimpulan terutamanya terhadap responden yang telah dipilih. Selepas sesi pengajaran berakhir, pengkaji dapat melihat tahap penguasaan murid, minat mereka, tumpuan murid, dan yang penting hasil kerja latihan yang telah murid buat. Latihan amat lemah dan tidak sempurna. Ramai murid yang menunjukkan prestasi yang lemah dan sederhana.Setelah kajian dibuat dan hasil daripada pengumpulan data pengkaji telah memilih tujuh orang responden, pengkaji telah menjalankan ujian pra terhadap responden . Responden diminta menulis sebuah ulasan nilai berdasarkan petikan dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai. Dengan memberi sedikit panduan, masa yang diperuntukkan ialah selama 20 minit untuk responden menulis ulasan tersebut.( Rujuk Lampiran 3) Setelah ujian pra dijalankan dari sinilah pengkaji telah mendapat maklum balas kelemahan murid tersebut. Hasil ulasan yang telah dibuat telah dinilai dengan menggunakan jadual skema pemarkahan yang telah disediakan. (Rujuk Lampiran 4)Pengkaji telah melaksanakan kajian ini bermula dari bulan Januari hingga bulan Mac. Kajian pengkaji adalah seramai tujuh orang responden. Pada sesi rawatan pertama pengkaji telah menjalankan rawatan dengan mengedarkan jadual nilai. Pengkaji telah memperuntukkan masa selama satu jam seminggu untuk menjalankan sesi rawatan ini. Pengkaji akan membuat penilaian terhadap keberkesanan teknik ini dengan mengadakan ujian pada bulan Mac.Pengkaji telah melaksanakan beberapa langkah pengajaran dan pembelajaran dengan semasa sesi rawatan yang pertama. Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang pengkaji gunakan ialah seperti berikut.

Set Induksi : Guru mengarahkan murid melakonkan situasi di mana seorang lelaki buta dibantu oleh dua orang murid sekolah melintas jalan. Guru bersoaljawab dengan murid apakah nilai murni yang ditunjukkan oleh dua orang murid tersebut.Langkah 1 : Guru mengedarkan senarai nilai murni dan pernyataan berkaitan nilai tersebut serta membincangkannya dengan murid. (Rujuk Lampiran 5)Langkah 2 : Guru mengedarkan latihan mencari nilai. (Rujuk Lampiran 6) Murid memilih nilai daripada senarai dan memadankannya dengan pernyataan dalm jadual.Langkah 3 ; Murid menyemak nilai yang mereka kenalpasti daripada jadual. Guru memberikan jawapan yang betul.

Sebagai langkah permulaan dalam pengajaran dan pembelajaran semasa proses rawatan, pengkaji akan menarik minat responden tentang nilai murni dengan mengadakan aktiviti lakonan. Selepas itu murid diminta memberikan ulasan tentang sikap yang ditonjolkan dalam lakonan tersebut.Kemudian pengkaji telah mengedarkan jadual nilai murni dan pernyataannya. Responden diminta membaca senarai tersebut. Guru membincangkan nilai-nilai murni daripada jadual yang diberi.

Seterusnya pengkaji memberikan latihan mengesan nilai kepada responden . Responden mencari nilai daripada jadual nilai dan melengkapkannya dalam lembaran kerja yang diberi. Pengkaji dan responden membincangkan nilai yang diperoleh berdasarkan pernyataan.

Rajah : Contoh Latihan MuridLatihan mengenalpasti nilai diberikan sebanyak tiga kali seminggu dalam masa dua minggu. Latihan ini merupakan Aktiviti 1.

Aktiviti kedua dalam sesi rawatan ini ialah mengesan pernyataan yang mengandungi nilai daripada petikan dan menulis nilainya.Langkah pengajaran yang dijalankan dimulakan dengan menguji ingatan murid melalui aktiviti soaljawab. Pengkaji meminta responden menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari dan contoh perlakuan yang menunjukkan nilai murni.Aktiviti soal jawab seperti berikut:Pengkaji : Cuba senaraikan nilai-nilai murni yang kamu ingat.Responden memberikan beberapa contoh nilai seperti rajin, bertanggungjawab, menjaga keselamatan dan sebagainya.Pengkaji : Cuba berikan contoh perlakuan yang menunjukkan nilai rajin.Responden memberikan contoh:Menolong ibu.Membuat kerja sekolah.Selepas itu pengkaji mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi petikan dan jadual. Responden diminta membaca petikan secara senyap. Selepas itu pengkaji mengarahkan responden membaca kuat ayat pertama dalam petikan. Responden diminta meneliti ayat tersebut untuk mengenalpasti sekiranya terdapat pernyataan yang mengandungi nilai pada ayat tersebut. Sekiranya terdapat nilai, responden diminta menggariskan pernyataan tersebut. Aktiviti diteruskan dengan membaca ayat kedua sehinggalah ayat yang terakhir. Kemudian pengkaji menyuruh responden menuliskan pernyataan yang telah digariskan dalam jadual. Melalui pernyataan yang dituliskan dalam jadual, responden mengenalpasti nilai dengan merujuk jadual nilai.Aktiviti ini diulangi pada hari berikutnya dan dijalankan selama dua minggu.

Contoh Aktiviti yang dijalankan oleh responden:

Aktiviti ketiga ialah menulis ulasan nilai yang lengkap berdasarkan petikan. Responden diberikan petikan dan jadual seperti di bawah:

Kata bantuNilai MurniPernyataanPenanda Wacana

Kita hendaklahSepertiSeterusnya,

Kita mestilah

Selain itu,

Kita patutdengan

agarDi samping itu,

Kita harus

Akhirnya

Kita sewajarnya

Responden membaca petikan dan mengenalpasti pernyataan yang mengandungi nilai. Responden menuliskan pernyataan yang mengandungi nilai dalam lajur pernyataan. Responden mengenalpasti nilai daripada pernyataan dan menuliskannya dalam lajur nilai murni. Pengkaji membimbing responden menulis ulasan berpandukan jadual yang telah lengkap.

Contoh ulasan responden yang lengkap berdasarkan jadual.

5.1.2 MemerhatiSepanjang proses pelaksanaan aktiviti, pengkaji juga menggunakan beberapa instrumen bagi menilai perubahan pada pencapaian murid sekaligus menilai kesan pengajaran guru terhadap murid. Antara instrumen yang digunakan ialah borang kaji selidik, rekod kemajuan murid dan ujian menggunakan lembaran kerja.

Indikator di dalam borang pemerhatian kaji selidik ini telah dibina bertujuan untuk menilai keberkesanan kaedah jadual yang pengkaji jalankan. Markah bagi latihan murid direkodkan dalam Rekod Kemajuan Murid. Lembaran kerja pula digunakan sebagai ujian sebelum dan selepas intervensi bagi melihat keberkesanan kaedah jadual dalam menulis ulasan nilai yang lengkap. Selain itu, lembaran kerja turut diberikan sebagai latihan pengukuhan kepada murid.

5.1.3 MereflekProses mereflek setiap tindakan yang dilaksanakan adalah sangat penting bagi membantu guru menilai keberkesanan teknik ini terhadap murid sebelum dan selepas intervensi. Oleh sebab itu, saya telah berusaha mengenalpasti punca masalah sepanjang proses pengajaran dengan mengambil kira faktor murid, guru dan bahan bantu mengajar.

Di akhir pelaksanaan tindakan saya telah menganalisis semua maklumat yang telah dikumpulkan menggunakan instrumen yang telah dibina. Hasil analisis dapatan telah diinterpretasikan dalam bentuk perisian persembahan dan juga graf. Hasil dapatan membantu saya menilai setiap kekuatan dan kelemahan amalan pengajaran saya sendiri. Selain itu, hasil dapatan ini juga membantu guru untuk merancang tindakan seterusnya.

5.2 Cara Mengumpul DataBerikut adalah instrumen yang telah pengkaji gunakan bagi mengumpul data atau maklumat kajian sepanjang proses pelaksanaan tindakan:

5.2.1 Rekod Kemajuan Murid

Bagi memudahkan pengkaji mengumpul data, satu borang untuk merekodkan pencapaian murid (Lampiran D) telah dibina. Borang ini dibina bertujuan membantu pengkaji mengenalpasti tahap penguasaan murid.

Borang ini digunakan semasa rawatan dijalankan. Ia bertujuan melihat perkembangan murid sama ada lebih positif atau tiada perubahan setelah kaedah jadual diaplikasikan.

5.2.2 Ujian (Lembaran Kerja)

Instrumen berbentuk latihan atau lembaran kerja merupakan salah satu alat yang dapat membantu guru mengukur tahap pencapaian murid secara berperingkat. Penyediaan lembaran kerja dibina berpandukan format Bahasa Melayu Penulisan Bahagian C (UPSR) . Pengkaji menggunakan instrumen ini untuk mendapatkan data pencapaian subjek kajian.

Pengkaji memilih instrumen ini bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran subjek kajian mengenalpasti nilai dan menulis ulasan. Selain itu, instrumen ini juga dapat membantu pengkaji untuk merancang tindakan seterusnya sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi.

5.2.3 Borang Kajiselidik

Bagi mengesan minat murid dan keberkesanan kaedah jadual yang dijalankan, pengkaji telah mengedarkan borang kajiselidik selepas rawatan dijalankan. Pengkaji telah mengedarkan borang kaji selidik kepada responden selepas selesai semua sesi rawatan. (Lampiran C) Dapatan daripada borang kaji selidik dijadikan satu sokongan dalam memastikan lagi kesahihan pencapaian subjek kajian dalam menulis nilai di samping dapat menilai peningkatan amalan pengajaran pengkaji.