5.0 deskripsi perniagaan

6
6.0 RANCANGAN PENGELUARAN/ OPERASI 6.1 Perkhidmatan Perniagaan Syue Esz Services menghasilkan perkhidmatan berasaskan guaman. Jenis perkhidmatan yang ditawarkan adalah khidmat guaman. Jumlah pengeluaran perkhidmatan mengikut tempoh adalah seperti berikut : TEMPOH JUMLAH sebulan RM 225 000 setahun RM 2 700 000 6.2 PROSES PERKHIDMATAN Pelanggan bertanya di kaunter perkhidmatan Menunggu di bilik penerangan Peguam mengadakan sesi penerangan Bayaran deposit Menyerahkan kes kepada peguam Peguam menyelesaikan kes Bayaran penuh dibuat

Upload: syuhadah-rashid

Post on 21-Jun-2015

506 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: 5.0 DESKRIPSI PERNIAGAAN

6.0 RANCANGAN PENGELUARAN/ OPERASI

6.1 PerkhidmatanPerniagaan Syue Esz Services menghasilkan perkhidmatan berasaskan guaman. Jenis perkhidmatan yang ditawarkan adalah khidmat guaman. Jumlah pengeluaran perkhidmatan mengikut tempoh adalah seperti berikut :

TEMPOH JUMLAHsebulan RM 225 000setahun RM 2 700 000

6.2 PROSES PERKHIDMATAN

Pelanggan bertanya di kaunter perkhidmatan

Menunggu di bilik penerangan

Peguam mengadakan sesi penerangan

Bayaran deposit

Menyerahkan kes kepada peguam

Peguam menyelesaikan kes

Bayaran penuh dibuat

Page 2: 5.0 DESKRIPSI PERNIAGAAN

6.3 OPERASI PERKHIDMATAN

Perniagaan Syue Esz Services ini merupakan sebuah perniagaan yang mempunyai banyak kemudahan atau jaringan. Ini memudahkan proses perkhidmatan dan sekali gus dapat menjimatkan masa para pelanggan. Para pelanggan boleh membuat temujanji awal melalui telefon atau faks. Pelanggan tidak perlu lagi meluangkan masa semata mata untuk membuat temujanji dengan Syue Esz Services. Syue Esz Services menawarkan khidmat kaunseling undang undang melalui laman web dan e-mail seiring dengan kemajuan masa kini.Dengan itu, penyampaian mudah disampaikan dengan urusan dapat berlaku dengan berkesan.

Senarai Perabot dan Kelengkapan Kedai – Bahagian OperasiItem Bilangan Harga / Unit (RM) Jumlah (RM)

Komputer riba 4 6187 24 748Komputer 8 2 137 17 096Mesin fotostat 4 2475 9 900LCD 4 6 901 27 604Mesin pencetak 8 387 3096Penghawa dingin 6 1 900 11 400Rak buku 25 364 9100Rak fail 20 450 9000Meja bilik rundingan 4 500 2000Meja pekerja 12 300 3600Meja kaunter 2 500 1000Sofa tetamu 2 set 3000 6000Alat tulis 100 14 1400

JUMLAH 125 944.00

.3.3. Nama Pembekal Perabot dan Kelengkapan Kedai :Item Nama Pembekal

Komputer Riba

HaminiEnterprise

KomputerMesin fotostat

Mesin pencetakLCD

Penghawa dinginAlat tulisRak buku

SumeyBakers

Rak failMeja bilik rundingan

Meja pekerjaMeja kaunter

Page 3: 5.0 DESKRIPSI PERNIAGAAN

6.3.1 TEKNIK PENGELUARAN Teknik pengeluaran amat penting kerana operasi pengeluaran merupakan satu rangkaian aktiviti merancang, mengguna dan mengawal segala sumber yang ada untuk menghasilkan sesuatu produk yang mempunyai nilai tambah ataupun nilai komersil. Operasi pengeluaran juga merupakan nadi kepada proses keseluruhan sistem pengeluaran yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan. Oleh itu, teknik pengeluaran perlu dirancang dengan teliti untuk memastikan perkhidmatan dapat dihasilkan dengan kadar kos, masa, kualiti, dan kuantiti yang betul lagi tepat. Dalam penentuan pemilihan teknik pengeluaran, Syue Esz Services memilih teknik manual dan mesin. Penggunaan teknik manual ialah pekerja manakala mesin ialan komputer, mesin faks, mesin pencetak, LCD dan sebagainya.

TEKNIK MANUALTeknik ini memerlukan tenaga pekerja. Perniagaan Syue Esz Services telah mengkategorikan tenaga pekerja kepada pekerja pentadbiran dan pekerja pengoperasian. Pekerja pentadbira merupakan pekerja yang terlibat dengan pentadbiran syarikat. Contohnya Setiausaha, Kerani dan Ketua Kewangan. Tenaga pekerja pentadbiran ini tidak akan mengeluarkan khidmat dalam urusan perkhidmatan. Mereka ini hanya menguruskan prosedur dan hal ehwal dalaman syarikat. Manakala pekerja pengoperasian pula adalah yang memberi dan menjalankan perkhidmatan kepada para pelanggan. Tenaga pekerja inilah yang akan menguruskan dan menyelesaikan masalah pelanggan.

MESINMesin digunakan bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan dan proses pengeluaran ini bagi memastikan perkhidmatan dapat disalurkan dengan baik kepada pelanggan. Mesin digunakan bagi tujuan pencarian maklumat, menyimpan rekod, dan malkumat pelanggan, komunikasi dengan pelanggan dan sebagainya.

6.3.2 MESIN DAN PERALATANMesin dan perlatan digunakan bagi melancarkan proses pengeluaran. Di samping itu, penggunaan mesin dan peralatan dapat memudahkan dan mempercepatkan proses pengeluaran. Berikut adalah senarai lengkap mesin dan peralatan yang digunakan oleh perniagaan Syue Esz Services dalam perusahaan ini :

JENIS BIL HARGA SEUNIT JUMLAHKomputer

Mesin pencetakMesin fotostat

LCDPenghawa dingin

88314

25003001000

12 000900

20 000 2 400 3 000 12 000 3 600

Jumlah : 41 000

Page 4: 5.0 DESKRIPSI PERNIAGAAN

6.3.3 PEMBEKALPerniagaan Syue Esz Services memperoleh mesin dan peralatan daripada Syarikat Toshiba Sdn Bhd. Syarikat tersebut membekalkan komputer, mesin pencetak, mesin fotostat, LCD da sebagainya kepada Syue Esz Services. Syue Esz Services memilih syarikat tersebut sebagai pembekal mesin dan peralatan yang utama kerana harga yang ditawarkan berpatutan serta berkualiti tinggi. Di samping tiu. Mesin dan peralatan yang tersebut boleh digunakan untuk jangka masa yang lama.

6.3.4 LOKASI PENGELUARANBangunan pejabat Syue Esz Services disewa daripada Bangunan Yayasan Perak. Syue Esz Services menyewa bangunan ini kerana kedudukannya yang strategik disamping kadar sewa yang dikenakan adalah mampu untuk ditanggung. Selain itu, struktur bangunan yang moden dan baru sesuai untuk Syue Esz Services menjalankan perniagaan. Bangunan yang disewa ialah satu tingkat. Aras bawah bangunan berkeluasan 144m manakala 120 pada aras atas. Oleh itu, proses pengeluaraan amat sesuai dijalankan di aras atas serta bawah manakala urusan pejabat sesuai dijalankan di aras bawah.

Selain itu, Syue Esz Services memilih bangunan tersebut kerana dilengkapi dengan pelbgai kemudahan yang serba baru. Oleh itu urusan pejabat serta operasi pengeluaran mudah dijalankan. Bangunan ini turut dilengkapi dengan talian telefon dan sistem pengaliran arus elektrik. Ini dapat memudahkan sistem penghubungan Syue Esz Services. Di samping itu, bangunan ini dilengkapi dengan penggera kebakaran. Oleh itu, sebarang kebakaran dapat dikesan dari awal. Selain itu, bangunan ini terletak berhampiran dengan pili bomba.

Syue Esz Services telah menyusun atur bangunan ini dengan sistematik. Berikut adalah pelan pejabat perniagaan Syue Esz Services :