49590004-nota-peribahasa

Upload: shahida-saad

Post on 07-Apr-2018

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 49590004-Nota-peribahasa

    1/11

    PERIBAHASA MENENGAH 1

    1. Air dicencang tiada putus Perbalahan antara saudara-mara tidak akanberpanjangan kerana akhirnya mereka akan

    berbaik-baik semula.

    2. Bagai harimau beranakmuda

    Keadaan seseorang yang sangat bengis, garangdan sebagainya.

    3. Bagai itik berebutkantembolok

    A. Perbalahan kerana sebab yang terlalu kecil.B. Perbalahan kerana makanan atau keuntungan

    yang sedikit.

    4. Bagaimana acuan begitulahkuihnya

    A. Seseorang anak itu akan menurut sifat danperangai ibu bapanya.

    B. Keadaan sesuatu itu menurut asalnya.

    5. Bagai Belanda minta tanah Hal orang yang tamak; diberi sedikit hendakbanyak, diberi banyak hendak semuanya.

    6. Bagai kaduk naik junjung Orang yang hina apabila mendapatkeistimewaan (mendapat pangkat) akan menjadimengada-ngada.

    7. Bagai ayam bertelurdi padi

    Hal seseorang yang hidupnya senang, tiadakhuatir akan kekurangan apa-apa.

    8. Bagai hujan jatuh ke pasir Kebaikan yang sia-sia (tidak berbalas).

    9. Bagai tikus membaikilabu

    Seseorang yang cuba membaiki sesuatu yangtidak diketahuinya, akhirnya merosakkannya.

    10. Belakang parang pun jikalaudiasah nescaya tajam

    A. Seseorang yang bodoh sekalipun, jika diajarbetul-betul akan menjadi pandai.

    B. Orang yang sabar dan setia, jika dihasut bolehjuga menjadi jahat.

    11. Berhakim kepadaberuk

    Meminta pengadilan kepada seseorang yangtamak, akhirnya kedua-dua pihak akan

    mengalami kerugian.

    12. Bukannya diam penggaliberkarat, melainkan diam ubiberisi

    Diam seseorang yang berilmu itu berfikir,sementara diam orang yang bodoh itu sia-siasahaja.

    @ Hakcipta Cikgu Rohasan (DMN) 1

  • 8/4/2019 49590004-Nota-peribahasa

    2/11

    13. Busut juga ditimbu olehanai-anai

    A. Orang kaya juga yang bertambah kekayaannya.B. Orang yang pernah bersalah juga yang dituduh

    jika berlaku sesuautu kejahatan.

    14. Garam jatuh di air Seseorang yang sangat cepat menerima dan

    mudah memahami sesuatu nasihat ataupengajaran yang diberikan kepadanya.

    15. Ibarat bunga dedap,sungguh merahberbau tidak

    Tidak guna seseorang itu cantik molek jika diatidak berbudi bahasa yang mulia.

    16. Melepaskan anjing tersepit Menolong orang yang tidak tahu membalas budi,melainkan kadang-kadang membalas denganperbuatan jahat.

    17. Melepaskan batuk di tangga Membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak

    bersungguh-sungguh.

    18. Ringan tulang, berat perut Jika rajin dan tekun berusaha melakukansesuatu pekerjaan, maka akan murahlah rezeki.

    19. Sebab buah dikenalpohonnya

    Daripada tingkah laku seseorang itu kita dapatmengetahui atau mengenali watak dan asalseseorang.

    20. Seperti labah-labahcinta kepada telurnya

    Perihal kasih sayang yang mendalam sekalisukar diceraikan.

    21. Seperti pucuk yang layudisirami hujan

    A. Memperoleh barang yang sangat diharapkan.B. Orang yang susah memperoleh kesenangan,

    atau orang yang sakit beroleh penawar.

    22. Seperti tikus jatuh ke beras A. Orang yang mendapat kedudukan yang mewah.B. Seseorang yang beroleh kekayaan atau

    keuntungan tetapi tidak mahu menceritakannyakepada orang lain.

    23. Seperti harimaumenyembunyikan kukunya

    Orang yang bijaksana tetapi menyembunyikanpengetahuan dan kebolehannya.

    24. Seperti ketam menyuruhanaknya berjalan betul

    Tiada berguna menasihati orang lain, kalaukelakuan sendiri tiada sesuai dengan apa yangdinasihatkannya itu.

    25. Takut titik lalu tumpah Hendak mengelakkan kerugian kecil akhirnyamendapat kerugian besar.

    @ Hakcipta Cikgu Rohasan (DMN) 2

  • 8/4/2019 49590004-Nota-peribahasa

    3/11

    PERIBAHASA MENENGAH 2

    1. Air yang dingin juga yangdapat memadami api

    Perkataan yang lembut juga yang dapatmendinginkan hati orang yang sedang marah.

    2. Bagai unta menyerah diri Orang yang terlalu bodoh dan terlalu lurusyang menjadi mangsa orang yang lebih pintardan cerdik.

    3. Bagai kerakap di atas batu,hidup enggan mati tak mahu

    A. Perihal seseorang yang hidup dalamkemiskinan dan melarat.

    B. Perihal seseorang yang telah lama mengidappenyakit.

    C. Tanaman yang tidak tentu hidup-matinya.

    4. Baru hendak bertunas, sudahdipetik lama-lama matilah

    pokoknya

    Ibarat orang yang berniaga baru mendapatkeuntungan sedikit sudah berbelanja besar,

    akhirnya habislah modal.

    5. Batu yang bergolek di dalamsungai itu tiada dihinggapi lumut

    A. Orang yang selalu bertukar kerja tidak akanmencapai kejayaan dalam kerjayanya dansukar untuk menjadi seorang yang kaya.

    B. Orang yang selalu menambah pengetahuannyatidak dapat ditipu orang.

    6. Berkerat rotan berpatah arang Putus perhubungan yang tidak dapatdisambung semula.

    7. Besar pasak dari tiang Berbelanja lebih besar daripada pendapatanyang diperolehi.

    8. Biduk lalu kiambang bertaut Perselisihan faham yang berlaku antarasaudara-mara tetapi pada masa kemudiandapat berbaik-baik semula.

    9. Bodoh-bodoh sepat, tiada makanpancing emas

    A. Walaupun seseorang itu bodoh tetapi dia masihtahu memilih yang mana baik atau yang manaburuk untuk dirinya.

    B. Orang bodoh yang mendapat kecelakaankerana berpura-pura bersikap seperti orangpandai.

    10. Jadi umang-umang A. Orang yang menyamar kerana sesuatumuslihat.

    B. Barang yang sama jika berlainan keadaannyamaka berlainanlah pula namanya.

    @ Hakcipta Cikgu Rohasan (DMN) 3

  • 8/4/2019 49590004-Nota-peribahasa

    4/11

    11. Jauhari juga yang mengenalmanikam

    Orang yang bijaksana jua yang mengetahuikeelokan ilmu, menghargai sifat yang muliadan dapat menilai ketinggian mutu sesuatubarang.

    12. Kalau kail panjang sejengkal,jangan lautan hendak diduga

    Jika ilmu atau kebolehan kita sedikit,janganlah kita cuba berbuat (melawan dll)orang atau sesuatu yang besar.

    13. Kalau tidak ada helang,belalang menjadi helang

    Seseorang yang bertindak mengaku bahawadirinya seorang yang bijak serta pandaiapabila dia mendapati tidak ada lagi orangyang lebih bijak dan pandai di tempat itu.

    14. Kecil jangan disangka anak,

    besar jangandisangka bapa

    Pengetahuan dan kelebihan itu tidaksemestinya khusus pada orang-orang tua

    sahaja tetapi ada juga pada orang-orangmuda.

    15. Lidah bercabangbagai biawak

    Selalu berubah-ubah dan tidak dapatdipercayai kata-katanya.

    16. Laksana wau melawan angin A. Kehendak orang atasan atau orang yangberkuasa tidak dapat dihalang oleh orangbawahan ataupun orang yang lemah, jikadilawan binasalah diri.

    B. Membuat pekerjaan yang tidak mungkinterkerjakan.

    17. Pipit pekak makan berhujan Seorang yang sangat rajin dalam sesuatupekerjaan, tiada peduli akan bahaya yangakan timbul pada dirinya.

    18. Seperti api dalam sekam Perihal perbuatan yang disembunyikan tiadaketara pada orang atau berlaku secara diam-diam.

    19. Seperti gergaji bermata dua Orang yang berpura-pura berbuat baik kepadadua belah pihak sehingga beroleh keuntungandaripada kedua-duanya.

    20. Seperti seludang menolakmayang

    Megahkan atau menyombongkan diri.

    21. Seperti gunting makan dihujung

    A. Seseorang yang tiada disangka, tetapi dengansembunyi-sembunyi dan perlahan-lahan diamelakukan perbuatannya.

    B. Orang yang bijak mengeluarkan kata-kata yangtajam (pedas) tetapi tidak terasa oleh oranglain.

    @ Hakcipta Cikgu Rohasan (DMN) 4

  • 8/4/2019 49590004-Nota-peribahasa

    5/11

    22. Terlepas dari mulut buaya,masuk ke mulut harimau

    Terhindar daripada kemalangan/ musibah kecillalu menghadapi kemalangan/ musibah lebihbesar.

    23. Tong kosong nyaringbunyinya

    A. Seseorang yang bodoh itu biasanya banyakcakapya.

    B. Orang yang sombong, bercakap besar tetapitidak berisi/ tidak bererti.

    24. Tumbuk rusuk Memberi wang rasuah

    25. Umpama air digenggam tiadatiris

    Orang yang sangat kikir/ bakhil tidak sedikitterbuka tangannya untuk menolong orangyang hidup sengsara.

    @ Hakcipta Cikgu Rohasan (DMN) 5

  • 8/4/2019 49590004-Nota-peribahasa

    6/11

    PERIBAHASA MENENGAH 3

    1. Air pun ada pasang surutnya Keadaan hidup seseorang tidak tetap, ada kalanyasenang ada kalanya susah.

    2. Ayam terlepas tanganberbau tahi

    Orang yang membuat perbuatan yang ditegahakhirnya mendapat malu.

    3. Berapa berat matamemandang, beratlagi bahu memikul

    Sesusah-susah orang yang melihat penderitaanseseorang itu tentulah tidak sama denganpenanggungan orang yang menderita itu sendiri.

    4. Belum duduk berlunjur dahulu A. Menganggap sudah memperoleh atau memilikisesuatu perkara yang belum pasti dimiliki ataudikuasai.

    B. Orang yang cepat-cepat marah walaupun orang

    yang dimarahi belum tentu terbukti kesalahannya.

    5. Belayar bernakhoda,berjalan dengan yangtahu, berkata denganyang pandai

    Sesuatu pekerjaan besar yang hendak dilakukaneloklah diketuai pelaksanaannya oleh orang yangmemang ahli dalam perkara itu supaya selamat.

    6. Besar periuk besarkeraknya

    Orang yang berpendapatan besar, besar jugaperbelanjaannya.

    7. Biar putih tulang, jangan putihmata

    A. Mempertahankan sesuatu yang menjadi hak milikkita walaupun nyawa kita terancam.

    B. Lebih baik mati daripada menanggung malu.

    8. Bertelingkah bagai antan dilesung

    Orang yang sama sepekerjaan itu, jikalauberselisihan dan berkecil hati, jadi rosaklahpekerjaannya.

    9. Burung terbang dipipiskan lada Merancang sesuatu yang belum pasti diperolehi.

    10. Cakap siang pandang-pandang, cakap malamdengar-dengar

    Berhati-hati semasa bercakap dengan orangkerana percakapan yang sembarangan bolehmembawa akibat yang buruk.

    11. Ditatang bagai minyak yangpenuh

    Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna.

    12. Gajah berak besar,kancil pun hendakberak besar

    Hendak meniru-niru perbuatan orang besar ataukaya, akhirnya diri sendiri binasa.

    13. Gajah sama gajahberjuang, pelandukmati di tengah-tengah

    Peperangan atau perselisihan yang berlaku antaradua pihak yang berkuasa menyebabkan rakyatyang binasa atau menderita.

    @ Hakcipta Cikgu Rohasan (DMN) 6

  • 8/4/2019 49590004-Nota-peribahasa

    7/11

    14. Jika ular menyusur akar, tidakakan hilang bisanya

    Orang besar atau mulia tidak akan hilangmartabatnya jika ia merendahkan dirinyasekalipun.

    15. Ingat sebelum kena, jimatsebelum habis

    Hendaklah sentiasa berhati-hati supaya janganterpedaya dan habis harta dengan percuma.

    16. Kuat ketam kerana sepit, kuatburung kerana sayap

    Setiap orang mempunyai kekuatan dan kelebihanmasing-masing.

    17. Menegakkan benangbasah

    A. Menahankan sesuatu perkara yang sebenarnyatidak dapat dipertahankan lagi.

    B. Mengerjakan pekerjaan yang mustahil berhasil.

    18. Menconteng arang di muka Melakukan sesuatu perbuatan buruk yang bolehmemberi aib atau mencemarkan nama baik ibubapa atau keluarga.

    19. Rumah sudah pahat berbunyi A. Mencela atau bersungut tentang sesuatu yangsudah siap.B. Mengemukakan keterangan baru atau saksi baru

    setelah sesuatu diputuskan oleh hakim.

    20. Sesat di hujung jalan, balik kepangkal jalan

    A. Sesuatu perkara yang telah terlanjur dibuat salah,hendaklah dibetulkan dengan dibuat semula dariawal.

    B. Jika tidak boleh dicapai persetujuan dalam sesuatumesyuarat hendaklah diselidiki kembali pokokpersoalannya, supaya dapat pertimbangan yangbaik.

    21. Seperti buah padi, makinberisi makin rendah; janganseperti lalang, makin lamamakin tinggi

    Orang yang bangsawan dan budiman sertaberilmu itu makin tinggi martabatnya makin diamerendah diri; bukannya seperti orang yang tiadaberbudi dan jahil, apabila diperolehinya sesuatukelebihan, di apun sombong.

    22. Sedencing bagai besi,seciap bagai ayam

    Mengerjakan sesuatu bersama-sama, baik ringanmahupun berat.

    23. Seperti embun di hujungrumput

    Sesuatu perkara yang tidak kekal dan segerahilang.

    24. Seperti orang butakehilangan tongkat

    A. Berada dalam kesukaran.B. Orang bodoh, tiada pula berusaha dalam apa yang

    dilakukannya sehingga menjadi sesat kehidupannya.

    25. Tukang tidakmembuang kayu

    Orang yang cerdik, sayang kepada segala macamorang kerana masing-masing ada gunanya.

    @ Hakcipta Cikgu Rohasan (DMN) 7

  • 8/4/2019 49590004-Nota-peribahasa

    8/11

    PERIBAHASA MENENGAH 4

    1. Ambil patinya, buangkan hampasnya Daripada tiap-tiap cerita/perkara janganlahhiraukan yang salah/buruk, ambil sahaja yangbaik/betul.

    2. Baik membawa resmiayam betina

    Seseorang itu hendaklah selalu merendah diridalam tutur kata dan perbualan supaya tidakdibenci oleh orang lain dan selamat dalam hidup.

    3. Berjalan peliharakan kaki, bercakappeliharakan lidah

    Dalam melakukan sesuatu pekerjaan hendaklahsentiasa berhati-hati.

    4. Besar kapal besarlahgelombang

    Makin besar darjat/perniagaan seseorang,

    makin besar pula bencana/kerugian yang dapat

    menimpanya.

    5. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni Bermuafakat dalam sesuatu perkara agar senang

    atau susah sama-sama dirasai.

    6. Bulat air oleh pembuluh,bulat kata oleh muafakat

    Melalui perbincangan/perundingan dapatlahdicapai kata sepakat untuk melakukan sesuatutindakan/usaha.

    7. Daun dapat dilayangkan,getah jatuh ke perdu juga

    Tidak sama kasih kepada anak sendiri dengankasih kepada anak orang.

    8. Dalam menyelam, cetek bertimba Jika tidak mendapat hasil/rezeki yang banyak,yang sedikit pun memadai.

    9. Di padang orang berlari, di padang

    sendiri berjingkit Tabiat orang yang tamak, mahu menerima

    pemberian orang sahaja, tetapi memberi diasekali-kali tidak mahu.

    10. Hilang adat tegal muafakat Sesuatu adat yang telah berakar umbi dapatdiubah jika ada persetujuan orang ramai.

    11. Ikan terkilat jala pun tiba Orang yang cepat menangkap maksud cakaporang lain, sebelum habis diperkatakan sudahdapat dijawabnya.

    12. Jika tidak dipecah ruyung, di manaboleh mendapat sagunya

    Tidak akan tercapai cita-cita tanpa usaha yanggigih.

    13. Jika kerbau dipegang talinya, jikamanusia dipegang mulutnya

    Seseorang itu wajib menepati sesuatu yang telahdijanjikannya.

    14. Jong pecah yu kenyang Kerugian yang dialami oleh orang-orang atasantidak memberi sebarang faedah kepada orangkebanyakan.

    Dalam keadaan kekacauan, ada orang yangmendapat faedah.

    @ Hakcipta Cikgu Rohasan (DMN) 8

  • 8/4/2019 49590004-Nota-peribahasa

    9/11

    15. Kail sebentuk umpan seekor, sehariputus sehari hanyut

    Melakukan sesuatu dengan tidak cukuppersediaan bagi menghadapi segalakemungkinan seperti berniaga dengan modalalang kepalang.

    16. Kalau gajah hendaklah dipandang

    gadingnya, kalau harimau hendaklahdipandang belangnya

    Sesuatu perkara itu perlu disiasat dahulu dengan

    teliti dan tidak boleh setakat mendengar cakap-cakap orang sahaja.

    17. Kalau tak ada berada, takkan tempuabersarang rendah

    Tentu ada sebabnya sesuatu hal berlakuwalaupun sebabnya itu tersembunyi.

    18. Keras-keras kerak nasi, kena airlembut juga

    Sekeras-keras hati seseorang itu bila dipujuk dandinasihati akan lembut juga.

    19. Kilat di dalam kilau, kabus di dalamhujan

    Dalam tutur kata dan tingkah laku seseorang adatersimpul beberapa kehendak hati.

    20. Laut mana yang tidak berombak,bumi mana yang tidak ditimpahujan

    Manusia tidak sunyi daripada melakukankesalahan dan kesilapan.

    21. Meski tertimbun dalam tanah, namunteras timbul juga

    Seseorang yang berbudi baik itu sekali pundalam melarat tetap berbudi dan berhati mulia.

    Meskipun kebenaran itu belum terang, lambatlaun akan menjadi kenyataan juga.

    22. Muka berpandangan, budi kedapatankasih bagai selama jua

    Seseorang yang mengetahui perbuatan jahatorang lain terhadap dirinya tetapi tidakmenghiraukannya.

    23. Pelepah bawah luruh,

    pelepah atas jangan gelak

    Tiap-tiap yang bernyawa akan mati juga

    sudahnya, baik tua, muda ataupun anak-anakkecil.

    24. Quran buruk Orang tua yang banyak pengalaman tidak wajardisia-siakan walaupun buah fikirannya tidakdapat digunakan lagi.

    25. Rosak badan kerana penyakit, rosakbangsa kerana laku

    Penyakit yang dihidapi itu boleh merosakkankeelokan rupa kita, begitu juga kelakuan yangkeji itu boleh merosakkan nama baik bangsa kita.

    @ Hakcipta Cikgu Rohasan (DMN) 9

  • 8/4/2019 49590004-Nota-peribahasa

    10/11

    PERIBAHASA TAMBAHAN UNTUK

    BAHASA MELAYU LANJUTAN

    1. Di mana bumi dipijak, di situ

    langit dijunjung

    A. Apabila kita menetap di sesebuah negeri

    (kampung, masyarakat dll), kita perlulahmematuhi peraturan dan undang-undang ditempat tersebut.

    B. Segala suruhan atau nasihat dituruti dandikerjakan dengan sepenuh hati.

    2. Lain padang lain belalang,lain lubuk lain ikannya

    Lain negeri lain adat resam dan lain carapemerintahannya.

    3. Bagaimana bunyi gendang,begitulah tarinya

    A. Bagaimana perintah, begitulah yang harusdituruti.

    B. Bagaimana perbuatan/ perkataan, demikianlah

    balas jawapannya.

    4. Seperti anak ayamkehilangan ibu

    Sekumpulan orang yang tidak tentu arah atauberpecah-belah akibat kehilangan pemimpinatau tempat tumpuan dan pengharapan.

    5. Seperti mentimun dengandurian, menggolek rosakkena golek binasa

    Orang yang lemah dan bodoh kalau diserangatau menyerang orang yang berani dan pintarakan menerima kekalahan juga.

    6. Bagai langau di ekor gajah A. Orang yang selalu mengikut kemahuan orangbesar atau orang yang pandai.

    B. Orang yang mengikut-ikut pada seseorangkerana kemanjaannya.

    7. Kerja raja dijunjung,kerja sendiri dikelek

    Kerja sendiri boleh dibuat di sampingmembuat kerja orang lain.

    8. Sekali air bah, sekali pasirberubah; sekali air gedang, sekalitepian berganjak

    Apabila bertukar ketua atau pemerintah didalam sesebuah negara, maka cara hidup punberubah juga.

    9. Seperti gajah masuk kampung A. Seseorang yang berkuasa dapat melakukansekehendak hatinya di kalangan orang yang

    lemah dan tiada siapa yang boleh menahannya.B. Orang yang berkuasa masuk ke dalam

    sesebuah kumpulan orang yang lemah dandapat melakukan sekehendak hatinya dan tidakada seorang pun yang berani menegurnya.

    @ Hakcipta Cikgu Rohasan (DMN) 10

  • 8/4/2019 49590004-Nota-peribahasa

    11/11

    10. Seperti limau masaksebelah, perahu karamsekerat

    Hukuman atau peraturan yang tidak adilkerana orang yang ada kedudukan ataukekayaan dikecualikan.

    11. Hidup kayu berbuah, hidupmanusia berjasa

    Seseorang yang hidup di dunia ini mestilahberbuat baik untuk diri sendiri dan juga berjasakepada orang lain.

    12. Hidup dikandung adat, matidikandung tanah

    Waktu hidup mestilah mengikut peraturan,adat dan undang-undang termasuk hokumTuhan, setelah mati terserahlah kepadaTuhan.

    13. Hutang emas dapat dibayar,hutang budi dibawa mati

    Budi bahasa orang tidak dapat dibalas denganwang dan harus diingat seumur hidup.

    14. Ikut hati mati, ikut rasa binasa,ikut mata leta

    Orang yang mengikutkan hawa nafsunyaakhirnya akan binasa.

    15. Asal besi pengapak kayu,asal emas menjadi penduk

    Asal atau darjat seseorang ditentukan padatingkah lakunya.

    16. Seperti melukut di tepi gantang,keluar tidak mengurangi, masuktidak memenuhi

    Seseorang yang tidak dianggap penting olehorang lain dan dianggap tidak berguna kepadamasyarakat. Adanya dia tidak mempunyaiapa-apa erti.

    17. Seperti menghela rambutdalam tepung, rambut janganputus tepung jangan berserak

    A. Bersikap bijaksana dalam menyelesaikansesuatu masalah.

    B. Menghukum hendaklah dengan seadil-adilnya,

    sehingga kedua-dua belah pihak berasa puas.

    18. Tangan mencencang bahumemikul

    Jika kita yang membuat kesalahan, kitalahyang harus menanggung akibatnya.

    19. Mengata dulang paku serpih,mengata orang awak yang lebih

    Mencela orang tetapi diri sendiri lebih burukdaripada orang yang dicela.

    20. Pelanduklah melupakan jerat,jerat tidak melupakanpelanduk

    A. Orang mudah melupakan bahaya tetapi bahayatetap mengancam.

    B. Orang yang menganiaya orang lain kerap lupaakan perbuatannya, tetapi orang yang dianiaya

    tetap ingat perbuatan itu.

    @ Hakcipta Cikgu Rohasan (DMN) 11