49573448 skrip pengacara majlis hari penyampaian hadiah

Upload: md-yussoff

Post on 14-Apr-2018

1.347 views

Category:

Documents


37 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 49573448 Skrip Pengacara Majlis Hari Penyampaian Hadiah

    1/5

    SKRIP JURUACARA MAJLIS HARI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN 2013

    SEKOLAH KEBANGSAAN TEBING TEMBAH,PAKA,TERENGGANU.

    MASA TEKS CATATAN

    8.00

    pagi

    Selamat pagi dan salam sejahtera . Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan

    kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke majlis HKP SKTT 2012 . Untuk

    makluman tuan dan puan, majlis akan bermula sebentar lagi. Dijemput tuan-tuan dan puan-puan mengambil tempat. Majlis juga memohon kerjasama

    daripada hadirin sekalian untuk meletakkan telefon bimbit anda dalam mod

    senyap sebaik sahaja ketibaan tetamu jemputan iaitu PPD Dungun. Sekali lagi,

    dijemput semua utk mengambil tempat bagi melancarkan lagi majlis ini. Dan

    mohon kerjasama dari semua hadirin untuk sama-sama berdiri sebaik sahaja

    ketibaan perasmi sebagai tanda aluan.

    Persediaan dan

    ketibaan murid

    dan ibubapa

    Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Encik., . Pegawai Pelajaran

    Daerah Dungun.

    Ketibaan

    Majlis dengan sukacitanya menjemput para hadirin sekalian untuk berdiri bagi

    menghormati nyanyian lagu Negaraku.

    Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian tadi. Hadirin dipersilakan

    duduk.

    Nyanyian lagu

    Negaraku

    Daun layu di tengah gurun,

    Nampak jalur pohon cemara;

    Tradisi Melayu turun temurun,

    Pantun ditutur pembuka bicara.

    Hari ini menugal jagung,

    Hari esok memetik peria;

    Hari ini kita berkampung,

    Meraikan majlis penuh ceria.

    Yang Berusaha En Awang Bin Ibrahim Pegawai Pelajaran Daerah DungunYang Berusaha Pn Hajah Myshithah bt Mohamad Ali Guru Besar SK Tebing

    Tembah

    Yang Dihormati En .Muhammad Idris Bin Muda, Yang Dipertua PIBG SKTT

    Yang Berusaha Pn Hajah Salbiah Bt Saad, Guru Penolong Kanan 1,

    Pn. Anidah Bt Omar, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

    En Azman B Abdullah Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

    Guru-guru SKTT, ibu bapa,murid-murid yang dikasihi sekalian.Assalamualaikum, salam sejahtera, dan salam 1Malaysia.

    Sebelum kita meneruskan acara pada pagi ini, izinkan saya bagi pihak

    jawatankuasa majlis, membingkiskan ucapan selamat datang dan setinggi-

    tinggi penghargaan atas sudinya tuan-tuan dan puan-puan datang ke majlisHari Kecemerlangan Pedidikan SK Tebing Tembah SESI 2012.

    Protokol

    Kalau pergi Tanjung Keramat,

    Anak manis jangan diangkat;

    Bersama kita memohon rahmat,

    Moga majlis mendapat berkat.

    Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dijemput Ustaz Hussin B Yusof untuk

    mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.

    Terima kasih diucapkan kepada

    Bacaan doa

    Hadirin sekalian, untuk tidak melengahkan masa lagi, majlis dengan segala

    hormatnya menjemput Pn Hajah Myshithah bt Mohamad Ali Guru Besar SK

    Tebing Tembah, untuk mengungkap bicara sepatah dua kata aluan. Majlis

    mempersilakan.

    Ucapan Guru

    Besar

  • 7/30/2019 49573448 Skrip Pengacara Majlis Hari Penyampaian Hadiah

    2/5

    Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Hajah Myshithah atas

    ucapan alu-aluannya sebentar tadi.

    Terbang di awan burung jentayu,

    Di atas papan batang jerami;

    Tampillah tuan kami merayu,

    Bersama ucapan kata perasmi.

    Bagi menyempurnakan upacara kita pada pagi yang berbahagia ini, majlisdengan penuh takzimnya mempersilakan Encik.., wakil Pegawai Pelajaran

    Daerah Dungun untuk menyampaikan ucapan beliau seterusnya merasmikan

    Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah SKTT Sesi 2012.

    Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan atas

    ucapan perasmPPD itu tadi. Dengan itu, maka rasmilah sudah Hari Ucapan

    dan Penyampaian Hadiah SK Tebing Tembah 2012.

    Ucapan

    Perasmian

    Ucapan sudah perasmian pun sudah,

    Hanya tunggu penyampaian sijil dan hadiah.

    Sebelum majlis diteruskan, sama-samalah kita saksikan persembahan nasyiddaripada murid Pra Sekolah SKTT Erti Al fatihah. Dipersilakan.

    Demikian persembahan aripada murid cilik Pra sekolah.

    Persembahan

    pertama

    Melati kuntum berhias rotan,

    Tumbuh melata di tepi kali,

    Anugerah cemerlang kita teruskan lagi ,

    pelajar bertuah kita hargai.

    Kita teruskan majlis dengan Penyampaian Hadiah/Sijil kepada penerima. Majlis

    dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, Encik ., diiringi Puan

    hajah Myshithah Bt Mohamad Ali, untuk menyampaikan sijil dan hadiah. Majlis

    mempersilakan.

    1-Anugerah Kedudukan Terbaik Dalam kelas (RujukLampiran)

    Bagi Tahun1-6,

    Tempat Ketiga...

    Tempat Kedua

    Tempat Pertama

    2-Graduasi Pra sekolah

    3-Kedudukan terbaik KAFA

    4-Kedudukan terbaik LINUS

    5-terbaik PROTIM

    6-Terbaik program NILAM

    Penyampaian

    Hadiah/Sijil

    Begitulah tadi sempurnanya penyampaian sijil dan hadiah kepada semua

    penerima. Terima kasih diucapkan kepada Tuan PPD Dungun kerana sudi

    menyampaikan sijil. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima.

    Sebelum kita meneruskan acara, majlis diserikan lagi dengan persembahan

    tarian Tradisiona Tualang Tiga daripada Kelab tarian SKTT. Dengan sukacitanya,

    dipersilakan.

    Terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar SKTT atas persembahan yang

    penuh gemalai itu tadi.

    Persembahan

    Kedua

    Pergi sekolah seawal pagi,Melintas jalan berhati-hati;

    Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,

    Penerima-penerima sabar menanti.

  • 7/30/2019 49573448 Skrip Pengacara Majlis Hari Penyampaian Hadiah

    3/5

    Acara seterusnya ialah Penyampaian kehadiranpenuh dan anugerah terbaik

    mata pelajaran. Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang

    Berusaha, Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hajah Salbiah Bt Saad, diiringi

    Puan Anidah bt Omar, untuk menyampaikan sijil dan hadiah. Majlis

    mempersilakan.

    Rujuk lampiran..Penyampaian

    Kehadiran

    Penuh/ Terbaik

    Mata Pelajaran

    Demikianlah, penyampaian hadiah dan sijil terbaik Mata pelajarandan

    kehadiran penuh. Terima kasih diucapkan kepada Puan salbiah erana sudi

    menyampaikan sijil serta hadiah kepada para penerima. Syabas dan tahniah

    diucapkan.

    Hadirin yang dikasihi sekalian, kita berhenti seketika untuk memberi laluan

    kepada persembahan tarian KolekBerkolekjuga daripada kelab tarian SKTT.

    Dengan sukacitanya, dipersilakan.

    Terima kasih diucapkan kepada KTSKTT atas persembahan menarik itu tadi.

    Persembahan

    Ketiga

    Berkebaya batik berwarna merah,

    Diserikan dengan permata berlian;

    Tibalah masa penyampaian anugerah,

    Penerima teruja menunggu giliran.

    Tuan-tuan dan puan-puan, sesungguhnya sekolah bukan sahaja tempat

    melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan tetapi juga

    merupakan wadah menggilap bakat dan potensi diri anak-anak agar

    seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan juga sahsiah agar

    mampu menerajui negara kita pada masa akan datang.

    Tanpa melengahkan masa lagi, kita teruskan dengan acara. Untuk itu, majlis

    dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha, Tuan PPD Dungun diiringi

    PuanGuru Besar ke pentas. Dengan sukacitanya, dipersilakan.

    Untuk makluman para hadirin, penerima-penerima anugerah merupakan

    pelajar-pelajar yang aktif dan cemerlang dalam penglibatan kurikulum,

    kokurikulum serta banyak menyumbangkan usaha dan tenaga dalam kelab

    atau persatuan masing-masing.

    RujukLampiran(Biodata Tokoh)

    Murid Mewakili MSSD Dungun1-M.Rizuan b Mohd Zain-ragbi dan bolaTampar,lompat jauh,olahraga

    2-Mohd ZulhilmiB Zaki-ragbi dan bola tampar

    3-Fakrullah Irfan B mohd asrul-mewakili daerah Dungun ke pertandingan

    Bercerita Kisah Al-Quran

    Tokoh Akademik 2012

    Nur Asyilah Bt Awang Ngah-terbaik BMPenulisan Sains dan pendidikan Islam

    Ikut nasihat cikgu saumi

    Rajin menelaah tanpa berlengah

    Murid pintar yang kita kagumiAdiknuarasyilah Bt awang Ngah

    Tokoh kokurikulum 2012

    -M Rizuan b Mohd Zain murid yang aktif dalambidang

    Penyampaian

    Hadih/Sijil

    Murid Mewakili

    MSSD Dungun

    Tokoh

    Akademik 2012

    Tokoh

    kokurikulum

    2012

    Tokoh

    Akademik2012

    Tokoh sahsiah

    2012

    Tokoh Terbilang

    2012

  • 7/30/2019 49573448 Skrip Pengacara Majlis Hari Penyampaian Hadiah

    4/5

    kokurikulum..

    Tokoh sahsiah 2012

    Farah Wahida Bt Abdul Halim-sentiasa tersenyum,ringan tulang dan sentiasa

    membantu guru pada setiap masa.Contoh murid

    Tokoh Terbilang 2012

    Nursyazawardah Bt ahmadZamzuri

    Puteri En Ahmad Zamzuri b harun danPuan ini dilahirkan di HospitalBesarDungun pada..

    Seorang yang sangat aktif dalamkegiatan kokurikulum.Dianugerahkan

    Olahragawati SKTT 2012-olahraga

    Aktif dalam koakademik johan

    bercerita Karival BM PKG Paka.Bercerita agamaTahap

    Demikianlah, penyampaian hadiah dan sijil dalam Bidang Akademik kepada

    para pelajar. Terima kasih diucapkan kepada Puan Hajah Myshithah Bt

    Mohamad dan Encik.kerana sudi menyampaikan sijil serta hadiahkepada para penerima.

    Dengan itu, majlis mempersilakan Puan hajah Myshithah Bt Mohamad Ali iiringi

    Puan Hajah Salbiah Bt Saad, untuk menyampaikan sekalung penghargaan

    berupa cenderamata kepada Encik.. Terimalah tanda terima kasih

    daripada kami, warga SK Tebing Tembah, atas kesudian Yang Berusaha untuk

    hadir bersama-sama meraikan majlis gilang gemilang ini.

    Demikianlah berakhirnya penyampaian anugerah sijil dan hadiah kepada

    pelajar yang telah menunjukkan usaha cemerlang dalam bidang masing-

    masing. Semoga hari ini menjadi dorongan dan sokongan kepada pelajar-

    pelajar untuk mengejar, meningkatkan, serta mengekalkan prestasi yangcemerlang.

    Cenderamata

    Sebagaipersembahanpeutupsamasamakita saksikanpersembahan dikirbarat

    puteri daripada murid-murid Tahun 6

    Terimakasih atas persembahan rancakpenuh bersemangat itu tadi.

    Persembahan

    Dikir Barat

    Hadirin sekalian, Hari Kecemerlangan Pendidikan SK Tebing Tembah Sesi 2012

    telah pun sampai ke penghujungnya.

    Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya sampaikan kepada semuawarga kerja yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Bagi pihak Ahli

    Jawatankuasa Pengelola dan seluruh warga SK Tebing, saya me Tembah

    menyusun jari sepuluh, memohon kemaafan jika terdapat sebarang kesilapan

    dan keterlanjuran kata sepanjang majlis ini berlangsung.

    Penutup

  • 7/30/2019 49573448 Skrip Pengacara Majlis Hari Penyampaian Hadiah

    5/5

    Majlis turut merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua

    hadirin yang sudi melapangkan masa untuk hadir memeriahkan majlis ini.

    Sebelum kita bersurai, tirai Hari Kecemerlangan Pendidikan Sesi 2012 ditutup

    dengan beberapa rangkap pantun.

    Subur padi Allah kurnia,

    Hidup mula di dalam air,

    Sudah menjadi lumrah dunia,

    Setiap yang bermula akan berakhir.

    Bunga seroja di atas para ,

    Jatuh ditimpa buah berangan,

    Andai kata tersilap bicara,

    Kemaafan jua kami pohonkan.

    Dari simpang ke jaya bakti,

    Singgah membeli perencah kari,

    Selesai sudah tugas diberi,

    Di lain masa bersua lagi.

    Wabillahi taufik walhidayah wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    12.00

    tghari

    Majlis bersurai.