49475866-temubual-bersama-guru-cemerlang-matematik-130924030946-phpapp01.docx

6
Temubual bersama Guru Cemerlang Pendidikan Pemulihan Maklumat Diri Nama : Tn. Hj. Kamaludin bin Talib Umur : 55 tahun Tarikh lahir : 28 September 2010 Asal : kuala Lipis, Pahang Nama isteri : Pn. Siniyati bt Yahya Bil. Anak : 3 orang ( 1 perempuan 2 lelaki) Latar Belakang Pendidikan: 1. S.K. Lubuk Kulit, Kuala Lipis 2. S.M.K. Padang Tnegku, Kuala Lipis 3. S. M. K Clifford, Kuala Lipis 4. Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur (PPAK Am) Perkhidmatan: 1. S.K LKTP Sg. Koyan, Raub, Pahang 2. S.K Sega, Raub 3. S.K. Batu Talam, Raub 4. S.K Mahmud, Raub (sehingga sekarang)

Upload: rai-yana

Post on 13-Nov-2015

226 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Temubual bersama Guru Cemerlang Pendidikan Pemulihan

Maklumat Diri

Nama: Tn. Hj. Kamaludin bin TalibUmur: 55 tahunTarikh lahir: 28 September 2010Asal: kuala Lipis, PahangNama isteri: Pn. Siniyati bt YahyaBil. Anak: 3 orang ( 1 perempuan 2 lelaki)Latar Belakang Pendidikan:1. S.K. Lubuk Kulit, Kuala Lipis2. S.M.K. Padang Tnegku, Kuala Lipis3. S. M. K Clifford, Kuala Lipis4. Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur (PPAK Am)Perkhidmatan:1. S.K LKTP Sg. Koyan, Raub, Pahang2. S.K Sega, Raub3. S.K. Batu Talam, Raub4. S.K Mahmud, Raub (sehingga sekarang)Pengalaman manis:Mendapat anugerah Guru Paling Popular (2009) dan ramai pelajar murid darjah 6 mendapat A dalam matapelajaran Matematik (38 orang)Pengalaman pahit: Tiada kerana semuanya indah belaka.

Dialog:Guru pelatih:Assalamualaikum cikgu. Kami dari Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail. Bolehkah kami menemubual cikgu?Guru Tokoh:Waalaikumsalam. Boleh.Guru pelatih:Bolehkah cikgu berkongsi bagaimanakah ciri-ciri untuk menjadi guru cemerlang? Guru Tokoh:Bukan senang untuk mendapat pangkat ini. Kita haruslah menunjukkan prestasi yang baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Selain itu,kita juga harus menjaga hubungan dengan guru-guru, Guru Besar dan semua pihak. Tambahan lagi, guru haruslah membina kecemerlangan diri termasuk semua aspek dan boleh membantu kawan-kawan yang lain. Dari segi perkhidmatan pula, para guru hendaklah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tujuh tahun mengajar. Bukan itu sahaja, komunikasi dengan orang luar juga sangat penting untuk menambahkan keyakinan diri dalam pergaulan dan mengambil pengalaman daripada orang lain untuk dijadikan panduan dalam hidup. Kesan daripada itu, saya telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1993 dan 2006. Kepakaran saya adalah dalam bidang matematik. Disamping mengajar, saya juga banyak menghadiri kursus dan bengkel bagi memantapkan lagi profesionalisme seorang guru. Tambahan pula, saya sering dijemput untuk menjadi penceramah bagi teknik-teknik menjawab soalan bagi darjah 6 yang akan menduduki UJian Penilaian Sekolah Rendah. Untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, segala aktiviti yang dianjurkan untuk Guru Cemerlang haruslah saya ikuti. Guru pelatih:wah, agak susah juga ya untuk menjadi seperti cikgu. Tahniah sekali lagi. Sebagai seorang guru yang berpengalaman, bolehkan cikgu kongsikan kepada kami bagaimanakah caranya untuk mengawal kelas?Guru Tokoh:Senang sahaja. Semuanya bergantung kepada tanggapan pertama ataupun first impression. Pada kali pertama kita masuk ke kelas, kita hendaklah menunjukkan ketegasan supaya murid-murid takut dan tidak mudah untuk pijak kepala kita. Kita juga haruslah bijak dalam mengawal kelas dan perlakuan anak murid terhadap kita sejak mula lagi. Guru pelatih:Oh begitu rupanya. Cikgu, bolehkah cikgu berkongsi serba sedikit bagaimanakah untuk mengekalkan perhatian murid di dalam kelas?Guru Tokoh:Pedagogi merupakan perkara yang penting untuk menarik minat dan perhatian murid di dalam kelas.Contohnya, kita membuat ABM menggunakan radio,slaid,laptop dan sebagainya.Ini bagi menghilangkan rasa bosan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kita juga boleh mengadakan amali di luar kelas. Misalnya, bagi sukatan matapelajaran mengukur, kita bolehlah membawa murid ke padang untuk mengukur perimeter padang tersebut. Seterusnya, murid-murid bolehlah diagihkan mengikut kumpulan bagi sesetengah acara iaitu perlawanan,pertandingan dan sebagainya. Cara ini adalah bersesuaian bagi murid tahun 1,2,3 dan 4.Guru pelatih:Saya harap apa yang dikatakan oleh cikgu dapat saya gunakan ketika saya berjaya menjadi seorang guru. Bagaimana pula caranya untuk memberikan arahan yang jelas kepada murid.Guru Tokoh:Arahan yang diberikan haruslah mudah dan tidak panjang. Ia juga mengandungi isi yang padat.Guru pelatih: Saya amat bersetuju dengan kenyataan cikgu. Baiklah, bagaimana pula cara kita untuk menangani gangguan luar jangkaan semasa proses pengajaran dan pembelajaran?Guru Tokoh:Kita haruslah mengetahui perbezaan individu pelajar kita. Setiap murid-murid mempunyai ragam masing-masing.Bagi murid yang kurang cerdik, mereka selalunya akan mengganggu murid-murid yang cerdik kerana mereka tidak dapat menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru.Justeru, kita haruslah membina kumpulan cerdas dan kumpulan yang kurang cerdas. Hal ini adalah kerana, kumpulan yang cerdas cepat menangkap apa yang diperkatakan oleh guru jadi guru haruslah menyediakan bahan yang banyak kepada murid yang cerdas.Manakala murid yang kurang cerdas sukar untuk menangkap apa yang diajarkan dengan hanya sekali pengajaran.Guru haruslah mengajar murid tersebut secara berulang-ulang . Tambahan lagi, kita bolehlah menyediakan satu sudut bacaan di mana pelajar boleh menghilangkan rasa bosan mereka.Guru pelatih: Sungguh panjang lebar penerangan cikgu.Baiklah, soalan yang terakhir untuk sesi temuramah kita pada hari ini, bagaimanakah proses untuk kita menamatkan proses pengajaran dan pembelajaran? Guru tokoh:Kita bolehlah mengulang kembali secara umum apa yang dipelajari pada hari tersebut. Caranya adalah dengan mengaitkan dengan situasi luar. Selain itu, kita juga bolehlah bertanya kembali kepada murid-murid tentang apa yang mereka peroleh daripada proses pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Kita juga boleh meningkatkan kembali semangat mereka dengan menyanyi beramai-ramai.Guru pelatih:Terima kasih cikgu kerana sudi meluangkan masa bersama kami. Diharap apa yang kiata bincangkan sebentar tadi dapat memberi panduan untuk kami menjadi seorang guru yang berjaya. Sekian, terima kasih.Guru tokoh :Sama-sama.