491723-tragedi-pemikiran-melayu

4
Tragedi Pemikiran Melayu Oleh: Profesor Diraja Ungku Aziz Kalau ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam. Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk berdepan dengan Majapahit. Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. T etapi yang  jadi tragedi ialah orang Melayu tidak nampak ini semua kerana tiga pengaruh besar. Pertama, dalam tahun 1920-an dan 1930-an, pihak penjajah British menolak apa yang datang daripada Melayu, termasuk pantun, sebagai folk art , menjadikan apa yang dihasilkan oleh Mel ayu seb aga i seco nd clas s. Ketika it u, Melay u ya ng berharap untuk naik pangkat dan dapat kerja dengan kerajaan penjajah terpaksa ikut teori penjajah Inggeris. Ini semua membawa orang Melayu kepada perspektif  jati diri yang salah. Itu pengaruh penjajah. Pada zaman ini, saya melihat sungguhpun banyak pemimpin Melayu bercakap te nt an g sains dan tekn ol og i, or an g Melayu pa da umumny a ti dak da pa t menangkap pandangan itu. Di Eropah, sejak zaman renaissance, mereka telah mempelajari kemajuan sains dengan pendekatan yang berbeza dengan Islam. Mereka sentiasa bertanya. Malangnya, di Malaysia, dari bangku sekolah kita tidak galakkan budak-budak ber tanya. Sampailah mereka di universiti, kit a tidak galakkan mereka bertanya: Kenapa? Di neg ara kit a, pelaja r tidak ber ani bertanya dan guru- gur u pul a tidak tah u me nj awab. Budaya ini menunj ukkan ti dak wujudnya inquir y mi nd dalam masyarakat Mel ayu. Kit a tid ak ada sik ap saint ifi k. Sik ap negat if ini lah yang menyebabkan berleluasanya cerita orang kena tipu dengan bomoh. Yang saya hairan, graduan-graduan universiti pun kena tipu dengan bomoh. Kalau pada kurun ke-18, terutama di England, orang selalu bertanya: Kalau betul ada hantu, mana hantu? Kita hendak pergi ke tempat hantu, kita nak pergi tengok hantu untuk lihat apa manifestasi hantu. Pen dek atan berani ber tany a ini adalah sik ap masyar akat dan tam adu n yan g berasaskan sains. Malangnya, kita tidak sedia dan berani bertanya, yang akhirnya menye bab kan kit a tidak ber ani mengh ada pi cab aran. Pem ikir an Mel ayu ini

Upload: amin-ahmad

Post on 07-Apr-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 491723-Tragedi-Pemikiran-Melayu

 

Tragedi Pemikiran Melayu

Oleh: Profesor Diraja Ungku Aziz 

Kalau ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa Melayu tidak

sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka

tidak mahu berfikir dengan mendalam. Kalau kita tengok orang Melayu dalam

cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat

menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah

untuk berdepan dengan Majapahit. Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun

Melayu, kita dapati orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang

  jadi tragedi ialah orang Melayu tidak nampak ini semua kerana tiga pengaruh

besar.

Pertama, dalam tahun 1920-an dan 1930-an, pihak penjajah British menolak apa

yang datang daripada Melayu, termasuk pantun, sebagai folk art , menjadikan apa

yang dihasilkan oleh Melayu sebagai second class. Ketika itu, Melayu yang

berharap untuk naik pangkat dan dapat kerja dengan kerajaan penjajah terpaksa

ikut teori penjajah Inggeris. Ini semua membawa orang Melayu kepada perspektif 

 jati diri yang salah. Itu pengaruh penjajah.

Pada zaman ini, saya melihat sungguhpun banyak pemimpin Melayu bercakap

tentang sains dan teknologi, orang Melayu pada umumnya tidak dapat

menangkap pandangan itu. Di Eropah, sejak zaman renaissance, mereka telah

mempelajari kemajuan sains dengan pendekatan yang berbeza dengan Islam.

Mereka sentiasa bertanya. Malangnya, di Malaysia, dari bangku sekolah kita tidak

galakkan budak-budak bertanya. Sampailah mereka di universiti, kita tidak

galakkan mereka bertanya: Kenapa?

Di negara kita, pelajar tidak berani bertanya dan guru-guru pula tidak tahu

menjawab. Budaya ini menunjukkan tidak wujudnya inquiry mind  dalam

masyarakat Melayu. Kita tidak ada sikap saintifik. Sikap negatif inilah yang

menyebabkan berleluasanya cerita orang kena tipu dengan bomoh. Yang saya

hairan, graduan-graduan universiti pun kena tipu dengan bomoh. Kalau pada

kurun ke-18, terutama di England, orang selalu bertanya: Kalau betul ada hantu,

mana hantu? Kita hendak pergi ke tempat hantu, kita nak pergi tengok hantu

untuk lihat apa manifestasi hantu.

Pendekatan berani bertanya ini adalah sikap masyarakat dan tamadun yang

berasaskan sains. Malangnya, kita tidak sedia dan berani bertanya, yang akhirnya

menyebabkan kita tidak berani menghadapi cabaran. Pemikiran Melayu ini

Page 2: 491723-Tragedi-Pemikiran-Melayu

 

sebahagiannya adalah sisa-sisa pengaruh penjajahan British. Ini bukan rahsia

lagi. Kita boleh membaca dokumen-dokumen itu di London.

Menurut para pegawai Inggeris, orang Melayu ini kalau diberi terlalu banyak

pendidikan dan kalau diajar ilmu sains, kelak mereka akan jadi seperti orang India

di India. Mereka akan berdemonstrasi dan hendakkan kebebasan. Jadi ajarlah dia

cerita Pak Pandir sahaja, itu sikit, ini sikit. Orang Melayu tidak suka sains, dia

suka agama, jadi ajarlah tentang agama. Dia suka dengan raja dia, ajar Melayu

buat bakul.

Akibat dasar itu, tidak ada trouble makers. Trouble makers Melayu hanya timbul

selepas Perang Dunia Kedua setelah kemasukan Jepun. Telah ada banyak buku

yang membincangkan tentang subjek bagaimana British berjaya mengamalkan

dasar yang mengongkong minda Melayu. Itu semasa penjajahan. Selepas kita

merdeka, minda orang Melayu masih terkongkong kerana semua orang Melayu

kemudiannya gila hendak kuasa dan hendak jadi kaya.

Ini adalah teori saya mengapa minda Melayu tidak berubah. Saya

bertanggungjawab tentang pandangan ini.

Selepas merdeka, sesetengah orang Melayu yang ada kuasa, dia rasa dia boleh

memerintah Malaysia sama bagus macam penjajah British. Minda Melayu ini

sentiasa ada sesuatu yang membendung dan mempengaruhi - daripada kesan-

kesan kolonialisasi pada tahun-tahun 1930-an, pengaruh Indonesia yang tidak

sesuai di sini pada tahun 1940-an dan 1950-an, kesan media massa, dan

kemudiannya budaya wang dalam masyarakat Melayu pada dekad-dekad terakhir 

ini. Sekarang ini semua orang Melayu hendak kaya.

Sebagai seorang pendidik universiti, saya percaya (tetapi saya tidak ada

buktinya) kalau orang mendapat pendidikan, mereka akan lebih bebas dan

berubah. Contohnya pada akhir tahun 1970-an. Ketika Perdana Menteri, Datuk

Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan

Industri, Malaysia ketika itu dapat menarik banyak modal asing untuk membuka

kilang mikrocip. Kita dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada beratus-ratus

ribu orang terutamanya untuk wanita. Wanita Melayu yang bekerja kilang ketika

itu, akhbar-akhbar gelar mereka ini sebagai minah karan. Orang Melayu hina

wanita Melayu yang bekerja kilang.

Kenapa budak-budak perempuan Melayu ini mahu tinggalkan rumah di Kelantan,

tinggalkan kampung di Johor untuk pergi bekerja kilang di Pulau Pinang, Selangor 

dan Melaka? Mereka sanggup kerana mereka telah belajar sampai ke peringkat

Page 3: 491723-Tragedi-Pemikiran-Melayu

 

sekolah menengah. Jadi program kerajaan membuka sekolah-sekolah menengah

pada tahun 1960-an dan 1970-an, walaupun tidak ada rancangan khusus, ia telah

membebaskan pemikiran budak-budak perempuan Melayu. Waktu itu terdapat

beribu-ribu remaja wanita Melayu pergi bekerja di kilang-kilang.

Dalam penyelidikan saya pada tahun 1970-an, dalam soal selidik saya bertanya

mereka, bila hendak kahwin? Di kampung, dulunya mereka ini berumah tangga

pada usia muda. Umur 18 dan 19 tahun sudah kahwin atau dikahwinkan, tetapi

akhirnya bercerai juga. Oleh kerana pendidikan dan faktor pendedahan kepada

karier baru, wanita Melayu itu sudah ada idea tidak mahu kahwin cepat-cepat.

Mereka hendak bekerja terlebih dahulu dan menyimpan duit.

Kita tanya lagi, kalau sudah kahwin hendak anak cepat atau lambat? Mereka kata

lambat. Mereka hendak tangguh dapat anak sebab mereka hendak enjoy hidup

berkahwin dan mewujudkan rumahtangga yang lengkap terlebih dahulu. Kata

mereka, kalau dapat anak susahlah. Dalam sekelip mata, wanita Melayu berubah

sikap. Ini semua tidak diprogramkan oleh kerajaan. Ia jadi begitu sahaja.

Tetapi masyarakat Melayu tidak faham keuntungan perubahan minda wanita ini

terutama di kalangan kumpulan berfikiran konservatif. Hari ini di Malaysia, trend

semasa ialah wanita menguasai 65 peratus tempat belajar di universiti-universiti.

Dalam sektor kerajaan, banyak wanita yang memegang jawatan tinggi. Trend ini

pasti mengubah masyarakat Melayu secara pesat, sebagaimana ia mengubah

pemikiran wanita Melayu pada tahun 1970-an. Ini semua adalah hasil daripada

perubahan sikap yang tidak dirancang tapi terjadi. Perubahan minda itu berlaku

secara tidak sengaja. Kadang-kadang kalau nasib kita baik, hasil perubahan yang

tidak dirancang itu juga progresif seperti dalam kes perubahan minda wanita

Melayu.

Bagaimanapun, kadang-kadang perubahan yang dirancang tidak terjadi kerana

orang yang hendak melaksanakannya pun tidak jujur selain terdapat pengaruh

lain yang menghalang seperti pengaruh politik tempatan, politik antarabangsa,

Indonesia, peranan orang agama yang menimbulkan nilai-nilai sama ada

seseorang dapat pergi syurga atau tidak. Minda Melayu tidak dapat memikul ini

semua. Kerana ada sesuatu dalam budaya mereka yang masih tidak diubah,

mereka sanggup duduk di kedai kopi main dam. Contohnya orang lelaki di

Kelantan dan Terengganu. Kalau mereka tidak main dam, mereka akan bincang

untuk gasak kerajaan. Semua salah, dia sahaja yang betul.

Page 4: 491723-Tragedi-Pemikiran-Melayu

 

Titik perubahan kepada minda Melayu ialah tragedi 13 Mei 1969, tetapi peristiwa

tersebut dan dasar-dasar ekonomi, pendidikan dan politik selepas itu tidak

sepenuhnya menukar sikap orang Melayu. Ada beberapa faktor lain yang

menghalang iaitu pengaruh Barat, peranan media massa, politik serta agama.

Kita memang berubah sedikit dari segi lahiriah tetapi saya tidak fikir orang Melayu

kini berada pada kedudukan yang lebih baik. Kita sudah terjangkit apa yang

bekas Perdana Menteri British, Margaret Thatcher hendak dulu, dan fahaman ini

cukup besar sama ada di kalangan pemimpin Melayu dalam UMNO mahupun

PAS, dan juga di kalangan para pegawai kerajaan.

Kita hendak menjadi apa yang Thatcher kata a nation of shopkeepers. Kita tidak

mahu kata shopkeepers, kita gunakan istilah usahawan. Orang berfikir kalau

sebahagian besar orang Melayu jadi usahawan, maka ekonomi orang Melayu

akan naik. Ini saya rasa salah. Pendekatan untuk membangunkan orang Melayu

dengan wang ringgit dan kebendaan ini tidak betul. Tesisnya silap.Tetapi itulah

minda Melayu sekarang.

Akhirnya saya lihat orang Melayu kini sudah kurang komitmen terhadap

bangsanya sendiri. Sudah tidak ada kesedaran bahawa aku orang Melayu, aku

mesti berkhidmat kepada orang Melayu, untuk membangunkan orang Melayu.

* PROFESOR Diraja Ungku Aziz adalah bekas Naib Canselor Universiti

Malaya. Beliau terlibat aktif dalam isu-isu pembangunan masyarakat Melayu

sejak zaman sebelum merdeka.