49073081 minit-mesyuarat-panitia-sains-kali-pertama-2011

4
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA 2011 Tarikh : 26 Januari 2011 Masa : 12.30 tgh – 2.05 ptg Tempat : Bilik Sains Kehadiran : 1. Puan Rohasja binti Md Jani 2. Puan Rafiah binti Adam 3. Puan Nor Aishah binti Abd Bakir 4. Puan Norralisa binti Minhad Bil . Perkara/Agenda 1. 2. 3. 4. 5. Penyerahan tugas Ketua Panitia 1.1 Puan Rafiah Adam dengan rasminya menyerahkan tugas Ketua Panitia Sains kepada Puan Rohasja Md Jani. Tindakan: Ketua Panitia Sains. Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi (Puan Rohasja Md Jani) 2.1 Mesyuarat panitia dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah 2.2 Pengerusi mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang dapat menghadirkan diri pada mesyuarat Panitia Sains kali pertama ini. Tindakan: Semua guru Sains. Pengesahan Minit Mesyuarat kali Pertama 2011 3.1 Disahkan oleh : Puan Nor Aishah binti Abd Bakir 3.2 Disokong oleh : Puan Rafiah binti Adam Perkara berbangkit Tiada

Upload: zihad-zainal

Post on 04-Aug-2015

96 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 49073081 minit-mesyuarat-panitia-sains-kali-pertama-2011

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA 2011

Tarikh : 26 Januari 2011Masa : 12.30 tgh – 2.05 ptgTempat : Bilik SainsKehadiran : 1. Puan Rohasja binti Md Jani

2. Puan Rafiah binti Adam3. Puan Nor Aishah binti Abd Bakir4. Puan Norralisa binti Minhad

Bil. Perkara/Agenda

1.

2.

3.

4.

5.

6.

Penyerahan tugas Ketua Panitia

1.1 Puan Rafiah Adam dengan rasminya menyerahkan tugas Ketua Panitia Sains

kepada Puan Rohasja Md Jani.

Tindakan: Ketua Panitia Sains.

Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi (Puan Rohasja Md Jani)

2.1 Mesyuarat panitia dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah2.2 Pengerusi mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih kepada guru-guru

yang dapat menghadirkan diri pada mesyuarat Panitia Sains kali pertama ini.

Tindakan: Semua guru Sains.

Pengesahan Minit Mesyuarat kali Pertama 2011

3.1 Disahkan oleh : Puan Nor Aishah binti Abd Bakir3.2 Disokong oleh : Puan Rafiah binti Adam

Perkara berbangkit

Tiada

PPSMI

5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa PPSMI akan diteruskan sehingga hujung tahun 2012. Ia akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2011. Pada tahun 2013 pengajaran dan pembelajaran subjek Sains adalah dalam bahasa Melayu.

Tindakan: Semua guru sains.

Page 2: 49073081 minit-mesyuarat-panitia-sains-kali-pertama-2011

7.

8.

9.

KSSR

6.1 Bermula pada tahun 2011 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah

digunakan oleh murid tahun 1. Mereka tidak lagi menggunakan Kurikulum Bersepada Sekolah Rendah (KBSR).

6.2 Guru tahun 1 menggunakan kurikulum baru yang telah dibekalkan oleh kementerian dan diajar sepenuhnya dalam Bahasa Melayu.

6.3 Subjek Sains telah ditukar kepada subjek Dunia Sains dan Teknologi dan masa

pengajaran diperuntukkan sebanyak dua masa sahaja dalam seminggu.

Tindakan: semua guru sains tahun 1.

UPSR

7.1 Pengerusi menerangkan mengenai pencapaian UPSR pada tahun 2010 peratus

lulus adalah sebanyak 89.7% dimana berlaku penurunan sebanyak 0.5% berbanding pada tahun 2009 peratus lulus adalah sebanyak 90.2%.

7.2 Pada tahun 2010 juga berlaku penurunan peratus murid yang mendapat A dalam subjek Sains sebanyak 4% iaitu daripada 10.9% pada tahun 2009 kepada 6.9% pada tahun 2010.

7.3 Pada tahun ini, Qnet sekolah mensasarkan peratus lulus adalah sebanyak 95.2%. Guru Sains yang mengajar tahun 6 perlu berusaha lebih giat dan gigih dalam meningkatkan pencapaian UPSR khususnya untuk subjek Sains.

Tindakan: semua guru sains tahun 6

Analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2010

8.1 Pengerusi membentangkan analisis peperiksaan akhir tahun 2010 bagi setiap

kelas. Qnet mensasarkan peratus lulus bagi subjek Sains adalah sebanyak 95.2% untuk setiap kelas (tahun 1 sehingga tahun 6).

8.2 Pengerusi membandingkan peratus pencapaian lulus bagi peperiksaan akhir

tahun untuk setiap kelas sama ada mencapai peratus lulus Qnet atau tidak.

8.2.1 Tahun 1 = 96.5%8.2.2 Tahun 2 = 91.9%8.2.3 Tahun 3 = 99.1%8.2.4 Tahun 4 = 62.9%8.2.5 Tahun 5 = 45.7%8.2.6 Tahun 6 = 62.6%

8.3 Daripada analisis yang telah dibuat, murid tahun 5 pada tahun 2010 mendapat peratus lulus paling rendah.

Page 3: 49073081 minit-mesyuarat-panitia-sains-kali-pertama-2011

10.

8.4 Pengerusi berharap agar guru yang mengajar subjek sains tahun 2011 ini terutamanya guru darjah 6, perlu lebih gigih dalam mengajar subjek sains untuk mencapai sasaran Qnet.

Tindakan: semua guru sains.

Hal-hal Lain

9.1 Takwim peperiksaan9.1.1 Ujian 1 : 1 Mac-4 Mac (Tahun 2,3,4, dan 6 sahaja)9.1.2 Peperiksaan pertengahan tahun: 23 Mei-27 Mei (Tahun 1,2,3,4,5 dan 6)9.1.3 Ujian 2 : mengikut takwim sekolah9.1.4 Peperiksaan akhir tahun : 14Nov-18Nov(Tahun 1,2,3,4 dan 6 sahaja)9.1.5 Percubaan UPSR : 19 Julai-22 Julai9.1.6 UPSR : 13 Sept-15Sept

9.2 Daripada takwim peperiksaan yang diperolehi, pengerusi akan mengedarkan jadual persedian soalan untuk diisi oleh guru sains .

9.3 Pengerusi mengingatkan semua guru sains agar menyiapkan RPT dan dihantar ke pejabat untuk dicop oleh guru besar.

9.4 Semua guru dikehendaki melengkapkan TOV dan ETR di dalam buku mengajar seterusnya mengenalpasti murid cemerlang, murid lulus dan murid harapan mengikut Qnet yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

9.5 Keceriaan Bilik Sains : Pengerusi meminta pendapat dan pandangan guru bagi menceriakan lagi Bilik Sains sekolah. P&P selain daripada subjek Sains tidak dibenarkan dibuat di dalam bilik Sains.

9.6 PEKA masih diteruskan untuk murid Tahun 3,4,5 dan 6 mengikut panduan yang telah diberikan.

Tindakan: semua guru sains.

Penangguhan Mesyuarat

10.1 Mesyuarat panitia ditangguhkan pada jam 2.05 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_______________________ _______________________(Puan Norralisa binti Minhad) (Puan Rohasja binti Md Jani)Setiausaha, Ketua Panitia,Panitia Sains, Panitia Sains,SK Tanjong Bidara. SK Tanjong Bidara.