4.4 sosial dan budaya

6
4.4 Sosial Dan Budaya B. ISU PENDATANG ASING SEBASTIAN SALOK

Upload: pra-university-smk-bm-saratok

Post on 29-Jul-2015

60 views

Category:

Lifestyle


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: 4.4 sosial dan budaya

4.4 Sosial Dan BudayaB. ISU PENDATANG ASINGSEBASTIA

N SALOK

Page 2: 4.4 sosial dan budaya

Malaysia sebuah negara yang sedang membangun, kaya dengan sumber alam dan rakyatnya hidup dalam kesejahteraan. Perpaduan rakyat menjayakan perkembangan ekonomi di Malaysia. Sektor pembinaan berkembang pesat.

Peningkatan dalam sektor pembinaan memerlukan tenaga kerja yang ramai. Tenaga kerja asing banyak memberi sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara ini. Kekurangan tenaga kerja tempatan serta taraf hidup rakyat Malaysia yang tinggi, membuka ruang kepada pekerja asing bekerja dalam sektor pembinaan, perladangan sektor perkhidmatan sebagai pembantu rumah, pelayan restoran dan hotel.

Page 3: 4.4 sosial dan budaya

Dalam tempoh lima tahunlalu kemasukan pekerja asing begitu mendadak bukan sahaja dari negara jiran malahan dari benua Afrika. Jumlah wang keluar setiap tahun kira-kira RM 2.5 billion. Mereka menghantar wang kepada keluarga masing-masing yang berada di Indonesia, Filipina, Bangladesh, Thailand dan sebagainya.Jumlah perbelanjaan semakin meningkat apabila dicampur dengan perkhidmatan sosial percuma yang turut dinikmati oleh pendatang asing di sini.

Page 4: 4.4 sosial dan budaya

Kita tidak seharusnya lupa bahawa kedatsngan mereka membawa pelbagai penyakit dan gejala sosial yang tidak sihat. Penyakit seperti malaria dan taun sering berlaku disebabkan kedatangan mereka. Persekitaran yang kurang bersih menyebabkan penyakit tersebut menular. Kesempitan hidup dan tinggal di rumah setinggan atau rumah kongsi menjadi penyebab kebersihan tidak dipentingkan.

Penyakit sosial seperti pelacuran, pecah rumah, rompakan dan jenayah lain boleh membawa kesan negatif kepada masyarakat dan negara. Pihak polis terpaksa menambah peruntukan bagi meningkatkan kawalan dan perkhidmatan mereka.

Page 5: 4.4 sosial dan budaya

Apabila beberapa projek pembinaan tertangguh, maka ramailah pendatang asing yang akan kehilangan pekerjaan. Sekiranya langkah penghantaraan pulang tidak disegerakan kemungkinan kadar jenayah semakin meningkat.

Pihak polis akan memastikan keselamatan rakyat kita tidak diancam oleh pendatang asing. Jabatan Imigresen mestilah bertindak tegas mengesan dan menghantar pulang pendatang tanpa izin( PATI). Orang ramai perlu bekerjasama dan menghubungi pihak berkuasa sekiranya terdapat PATI di kawasan mereka.

Page 6: 4.4 sosial dan budaya

Kedatangan PATI ke Malaysia bukan sahaja memberi kesan yang buruk dakam sosio-budaya tetapi juga kepada keselamatan dalam negara.

Banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh kerajaan dengan kehadiran pendatang asing.