4.1 laporan harian_l4

24
LAPORAN ORIENTASI PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU Bi l Perkara Keterangan 1 Tarikh 1 April 2014 2 Masa 8.00- 11.00 pagi 3 Bidang Pendaftaran sekolah 4 Aspek Taklimat orientasi Guru Baharu 5 Objektif 1. Pendedahan awal terhadap tanggungjawab dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang guru baharu, pementoran guru baharu dan taklimat orientasi. 2. Maklumat ringkas mengenai tugasan guru baharu. 6 Aktiviti 1. Taklimat mengenai penempatan sebagai seorang guru tetap. 2. Berjumpa dan disambut ole guru besar SJK (C) Tah Tong (Pn. Tan Siew Kiat) 3. Didedahkan dengan jadual waktu PdP sementara oleh GPK 1 (Cik Choon Sook Chin) 7 Penilaian Mendapatkan maklum balas dan layanan yang mesra dan baik daripada pihak PPD Pontian serta pihak sekolah. 8 Refleksi Maklumat yang diberikan dapat meningkatkan kefahaman saya terhadap seseorang guru yang akan mengajar di sekolah. Selain itu, saya juga didedahkan untuk mengenali guru besar-guru

Upload: ngu-sze-yien

Post on 01-Oct-2015

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

PPGB Fail 2014 (3 Bulan)

TRANSCRIPT

LAPORAN ORIENTASI PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARUBilPerkaraKeterangan

1Tarikh1 April 2014

2Masa8.00- 11.00 pagi

3BidangPendaftaran sekolah

4AspekTaklimat orientasi Guru Baharu

5Objektif1. Pendedahan awal terhadap tanggungjawab dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang guru baharu, pementoran guru baharu dan taklimat orientasi.2. Maklumat ringkas mengenai tugasan guru baharu.

6Aktiviti1. Taklimat mengenai penempatan sebagai seorang guru tetap.2. Berjumpa dan disambut ole guru besar SJK (C) Tah Tong (Pn. Tan Siew Kiat)3. Didedahkan dengan jadual waktu PdP sementara oleh GPK 1 (Cik Choon Sook Chin)

7PenilaianMendapatkan maklum balas dan layanan yang mesra dan baik daripada pihak PPD Pontian serta pihak sekolah.

8RefleksiMaklumat yang diberikan dapat meningkatkan kefahaman saya terhadap seseorang guru yang akan mengajar di sekolah. Selain itu, saya juga didedahkan untuk mengenali guru besar-guru besar di daerah Pontian

___________________________________________( NGU SZE YIEN )( Foon Man Ha )

LAPORAN ORIENTASI PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARUBilPerkaraKeterangan

1Tarikh2 April 2014

2Masa7.30-8.30 pagi

3BidangPengurusan sekolah

4AspekMengenali persekitaran sekolah

5ObjektifPendedahan awal kepada p[ersekitaran sekolah

6Aktiviti1. Suai kenal dengan semua staf di sekolah.2. Menerima jadual waktu PdP.3. Membuat rondaan di sekeliling sekolah untuk mengetahui posisi setiap bilik khas dan juga bilik darjah.

7PenilaianPihak sekolah telah memberikan perhatian yang baik terhadap keperluan guru baharu. Guru- guru juga memberikan tunjuk ajar yang baik.

8RefleksiSaya mendapat bimbingan dan tunjuk ajar yang baik. Pihak sekolah telah banyak menunujukkan sikap yang sudi membimbing untuk membantu saya apabila saya ada kemusyikilan. Ia telah mengingatkan saya supaya selalu menghulurkan tangan terhadap guru baharu yang memerlukan bantuan pada masa yang akan datang.

___________________________________________( NGU SZE YIEN )( Foon Man Ha )

LAPORAN ORIENTASI PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARUBilPerkaraKeterangan

1Tarikh6 April 2014

2Masa7.30-12.55 tgh

3BidangPengurusan kurikulum

4AspekMengumpul bahan-bahan yang berkaitan dengan jadual waktu PdP

5Objektif1. Mendapatkan bahan-bahan yang berkenaan2. Memastikan DSKP, RPT, buku teks dan modul guru adalah lengkap.

6Aktiviti1. Berjumpa dengan Panitia BM, Panitia, KT, Panitia PSV untuk mendaptkan bahan yang diperlukan.

7PenilaianKetua Panitia sudi meluangkan masa untuk memberikan tunjuk ajar dan taklimat ringkas kepada saya. Di samping itu, guru-guru lain juga akan memberikan nasihat kepada saya apabila mereka mengetahui saya mengalami masalah dalam menjalankan PdP.

8RefleksiSaya mendapat bimbingan dan tunjuk ajar yang baik. Pihak sekolah telah banyak menunujukkan sikap yang sudi membimbing untuk membantu saya apabila saya ada kemusyikilan. Ia telah mengingatkan saya supaya selalu menghulurkan tangan terhadap guru baharu yang memerlukan bantuan pada masa yang akan datang.

___________________________________________( NGU SZE YIEN )( Foon Man Ha )

LAPORAN ORIENTASI PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARUBilPerkaraKeterangan

1Tarikh8 April 2014

2Masa2.00-3.00pm

3BidangSambutan Hari Guru Peringkat Johor

4AspekTaklimat Koir

5Objektif1. Penerangan tujuan koir dan lagu yang akan dipersembahkan oleh kumpulan koir.2. Maklumat terperinci tentang tarikh, masa, tempat bagi Sambutan Hari Guru peringkat Johor 2014

6Aktiviti1. Kehadiran diambil.2. Penerangan selanjut dijalankan.3. Masa latihan ditetapkan.

7PenilaianPenerangan yang ringkas dan jelas. Semua peserta koir telah memberikan kerjasama yang baik.

8RefleksiSaya bersyukur kerana diberikan peluang untuk menyertai persembahan koir ini.

___________________________________________( NGU SZE YIEN )( Foon Man Ha )

LAPORAN ORIENTASI PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARUBilPerkaraKeterangan

1Tarikh17 April 2014

2Masa10.00am.- 12.00pm.

3BidangPengurusan aktiviti sekolah

4AspekMajlis persaraan Guru Besar SJK (C) Tah Tong (Pn. Tan Siew Kiat)

5Objektif1. Menyambut hari jadi serta majlis persaraan guru besar.2. Mengenang jasa budi guru besar terhadap sekolah ini.

6Aktiviti1. Majlis Persaraan2. Nyanyian lagu Hari Jadi3. Ucapan persaraan guru besar, Pn. Tan Siew Kiat.4. Penyampaian hadiah kepada guru besar.5. Sesi mengambil gambar.

7PenilaianKerjasama antara guru dan murid telah menjayakan majlis persaraan ini dengan meriah dan teratur.

8RefleksiDalam majlis ini saya sebagai AJK Persiapan Tempat, Guru-guru telah banyak memberikan bimbingan kepada saya dan sangggup mendengar pandangan saya teradap hiasan pentas. Hal ini mengingatkan saya supaya selalu merendahkan diri untuk mendengar nasihat daripada orang lain.

___________________________________________( NGU SZE YIEN )( Foon Man Ha )

LAPORAN ORIENTASI PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARUBilPerkaraKeterangan

1Tarikh23 April 2014

2Masa8.00-10.30pm.

3BidangPengurusan aktiviti PIBG

4AspekMesyuarat AJK PIBG

5Objektif1. Perbincangan terperinci terhadap pembukaan rasmi bangunan baru untuk sekolah.2. Persediaan Majlis Pengumpulan Dana Sekolah

6Aktiviti1. Pengerusi majlis memberikan ucapan yang ringkas.2. Perkara-perkara mesyuarat lepas dicadangkan telah diluluskan.3. Laporan perbelanjaan bangunan baru telah dihasilkan oleh Bendahari.4. Semua AJK PIBG berbincang tentang Majlis Pengumpulan Dana Sekolah.

7PenilaianPihak sekolah dan PIBG memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Guru mentor saya juga memberikan penjelasan kepada saya tentang asal usul dan pengumpulan dana ini.

8RefleksiMesyuarat ini membolehkan saya memahami betapa pentingnya untuk semua warga sekolah bekerjasama dan mengadakan hubungan yang rapoh dengan pihak PIBG supaya dapat menjalankan sesuatu aktiviti dengan lebih baik.

___________________________________________( NGU SZE YIEN )( Foon Man Ha )

LAPORAN ORIENTASI PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARUBilPerkaraKeterangan

1Tarikh30 April 2014

2Masa1.30-4.30pm

3BidangKursus Latihan Dalam Perkidmatan (LDP)

4AspekCeramah Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu

5Objektif1. Meningkatkan pengetahuan guru tentang pengajaran teknik menjawab soalan Bahasa Melayu UPSR2. Membantu guru mengenalpasti format peperiksaan UPSR.

6Aktiviti1. Penceramah mendedahkan format Bahasa Melayu UPSR yang umum serta menunjukkan contoh- contoh soalan BM yang penah diuji dalam UPSR yang lepas.

7PenilaianPenceramah yang berpengalaman dan memberikan maklumat serta info yang sangat jelas.

8RefleksiIa membolehkan saya lebih memahami format ujian Tahun 6 bagi mata pelajaran BM. Ia membantu saya untuk menguasai topik-topik yang perlu diberi perhatian semasa saya mengajar BM Tahun 1.

___________________________________________( NGU SZE YIEN )( Foon Man Ha )

LAPORAN ORIENTASI PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARUBilPerkaraKeterangan

1Tarikh6 Mei 2014

2Masa2.30-4.30pm

3BidangPerayaan Hari Guru Peringkat Johor

4AspekLatihan koir

5ObjektifMengadakan latihan koir untuk persembahan koir sempena Hari Guru

6Aktiviti1. Kehadiran diambil.2. Berkumpul dan berlatih dengan guru-guru dari sekolah lain.

7PenilaianSemua guru menunjukkan komitmen yang tinggi dan kerjasama yang diberikan oleh semua peserta amat menggalakkan. Suasana semasa berlatih juga amat bersemangat walaupun semua peserta agak letih.

8RefleksiKomitmen yang tinggi amat penting untuk kita sebagai seorang guru apabila terlibat dalam sesetengah aktiviti. Hal ini telah mengingatkan saya supaya selalu bertanggungjawab teradap perkara yang diamanahkan.

___________________________________________( NGU SZE YIEN )( Foon Man Ha )

LAPORAN ORIENTASI PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARUBilPerkaraKeterangan

1Tarikh22 Mei 2014

2Masa8.00-1.30pm

3BidangPerayaan Hari Guru Peringkat Johor

4AspekPersembahan koir

5ObjektifPersembahan koir oleh wakil guru dari sekolah di Pontian.

6Aktiviti1. Persembahan koir oleh kumpulan guru baru.2. Ucapan VIP disampaikan.3. Deklamasi sajak yang bertemakan Hari Guru.4. Persembahan tarian.

7PenilaianPasukan koir telah mempersembahkan koir dengan baik dan berjaya. Komitmen dan kerjasama yang tinggi telah ditunjukkan oleh semua rakan sejawat koir.

8RefleksiKomitmen yang tinggi amat penting untuk kita sebagai seorang guru apabila terlibat dalam sesetengah aktiviti. Hal ini telah mengingatkan saya supaya selalu bertanggungjawab teradap perkara yang diamanahkan.

___________________________________________( NGU SZE YIEN )( Foon Man Ha )

LAPORAN ORIENTASI PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARUBilPerkaraKeterangan

1Tarikh23 Mei 2014

2Masa7.00pm-10.30pm

3BidangPengurusan aktiviti sekolah

4AspekMajlis Pengumpulan Dana Sekolah

5Objektif1. Pelantikan AJK Jemaah Sekolah Tahun 20142.Pengumpulan dana untuk kemudahan dan perisian sekolah untuk bangunan baru.

6Aktiviti1. Ucapan alu-aluan.2. Perasmian majlis3. Penyampaian cenderamata dan hadiah.4. Persembahan oleh murid-murid dan juga AJK PIBG.5. Ucapan guru besar- Pn Lim Chai Huah.6. Ucapan persaraan mantan guru besar, Pn. Tan Siew Kiat.

7PenilaianMajlis ini adalah majlis yang terpenting untuk tahun 2014. Pihak sekolah dan Jemaah sekolah telah bekerjasama menjayakan majlis ini dengan baik. Selain itu, ibu bapa juga turut hadir untuk memberikan sokongan moral kepada pihak sekolah.

8RefleksiDalam majlis ini, saya sebagai AJK Hadiah . Cikgu Kwek telah banyak memberikan tunjuk ajar agar lebih prihatin dalam menyediakan hadiah semasa majlis penyampaian hadiah dijalankan.

___________________________________________( NGU SZE YIEN )( Foon Man Ha )

LAPORAN ORIENTASI PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARUBilPerkaraKeterangan

1Tarikh26 Mei 2014

2Masa2.15-4.30pm

3BidangPembangunan Guru Baharu

4AspekTaklimat Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB)

5Objektif1. Penerangan tentang kepentingan PPGB.2. Pendedahan tentang tanggungjawab dan amanah bagi guru baharu.

6Aktiviti1. Pegawai PPD Pontian telah menerangkan kepentingan PPGB.2. Modul PPGB akan dihantar ke setiap sekolah.3. Sesi soal jawab untuk menjawab kemusyikilan guru baharu dijalankan..

7PenilaianPenerangan telah diberikan dengan jelas oleh pegawai PPD Pontian. Selain itu, sesi soal jawab juga membantu guru baharu menghilangkan kemusykilan guru baharu dan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

8RefleksiTaklimat ini membolehkan saya lebih jelas tentang tanggungjawab saya dan mampu menjalankan perkaran yang diamanahkan dengan lebih efektif.

___________________________________________( NGU SZE YIEN )( Foon Man Ha )

LAPORAN ORIENTASI PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARUBilPerkaraKeterangan

1Tarikh9 Jun 2014

2Masa7.30-8.30am

3BidangPerkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

4AspekMenangani masalah perselisihan faham antara murid

5Objektif1. Memahami masalah yang dihadapi oleh murid.2. Mendapatkan bantuan dan bimbingan yang professional daripada kaunselor di sekolah untuk menangani masalah ini.

6Aktiviti1. Mendapat bimbingan daripada kaunselor tentang cara menguruskan masalah perselisihan faham antara murid Tahun 5.2. Mendapatkan nasihat dan cadangan supaya lebih memahami keadaan murid dan memberikan bantuan yang lebih lanjut.

7PenilaianKaunselor di sekolah amat berpengalaman. Beliau telah memberikan cadangan yang amat baik untuk saya agar lebih baik dalam menguruskan murid-murid yang mempunyai masalah sebegini.

8RefleksiTeknik untuk memberikan bimbingan dan kaunseling juga amat penting bagi seseorang guru supaya lebih baik dalam membantu murid secara holistik.

___________________________________________( NGU SZE YIEN )( Foon Man Ha )