4 tugas utama rasulullah dalam risalah dienul islam

30
TUGAS UTAMA RASULULLAH DALAM RISALAH DEENUL ISLAM Disediakan oleh: Nor Ashyerah Binti Mazlan Nurulhuda Binti Abdul Aziz Nor Shahida Binti Mohmad Basri Nur Adibah Binti Ridzuan

Upload: anafiqah-afiqah

Post on 02-Jul-2015

774 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 4 Tugas Utama Rasulullah Dalam Risalah Dienul Islam

TUGAS UTAMA RASULULLAH DALAM RISALAH DEENUL ISLAM

Disediakan oleh:Nor Ashyerah Binti MazlanNurulhuda Binti Abdul Aziz

Nor Shahida Binti Mohmad BasriNur Adibah Binti Ridzuan

Page 2: 4 Tugas Utama Rasulullah Dalam Risalah Dienul Islam

Pengenalan Islam merupakan agama yang bersifat komprehensif, menyeluruh

dalam semua aspek kehidupan. Asas utama ajaran Islam ialah ke arah membina kehidupan manusia yang beriman, bertakwa dan cemerlang sesuai dengan fitrah manusia itu sendiri.

Dalam menegakkan tujuan tersebut, dakwah Islamiah adalah merupakan jalan utama dalam membangun dan membina manusia yang akan mencapai segala kebahagiaan dan keamanan sama ada dalam kehidupan dunia mahupun di akhirat nanti.

Dakwah Islamiah memainkan peranan yang penting dalam mendidik, membimbing dan mengajar umat manusia untuk menuju ke arah kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan. Justeru itu, sejarah telah membuktikan bagaimana kegemilangan Islam sebagai ad-Din dapat dihayati dan diterima masyarakat di sepanjang zaman dan asas penyebarannya ialah melalui dakwah Islamiah.

Page 3: 4 Tugas Utama Rasulullah Dalam Risalah Dienul Islam

Dakwah Rasulullah Dalam sejarah perjuangan Baginda menyebarkan dakwah

Islamiah, pengorbanan Baginda adalah terlalu besar, apatah lagi ketika Baginda Rasulullah SAW berdakwah dan berhadapan dengan penduduk-penduduk Kota Mekah terutamanya bangsa Quraisy yang degil dan keras kepala.

Meskipun Baginda menghadapi berbagai cacian, celaan, hinaan dan disakiti serta didakwa pula sebagai penipu, pembohong dan sebagainya oleh sebilangan pembesar Quraisy seperti Abu Lahab dan Abu Jahal, yakni bapa saudaranya sendiri, tetapi kesemua itu tidak melemahkan semangat Baginda untuk berdakwah dan menyampaikan ajaran Islam, malahan Baginda terus menjadi lebih sabar, lebih tabah dan cekal untuk terus menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Page 4: 4 Tugas Utama Rasulullah Dalam Risalah Dienul Islam

Apa itu DAKWAH? Dakwah diertikan sebagai mengajak,

membimbing, memandu, menyeru, memanggil dan sebagainya.

Dalam pengertian bahasa Arab, dakwah adalah satu usaha untuk mengajak dan menyeru orang lain untuk bergabung bersama-sama dalam melakukan sesuatu perkara, dan dalam konteks dakwah Islamiah ia adalah usaha untuk menyebarkan Islam dan ajarannya kepada orang lain.

Page 5: 4 Tugas Utama Rasulullah Dalam Risalah Dienul Islam

Tugas para anbiya' dalam berdakwah tidak pernah berbeza dari sudut matlamat dan tujuannya. Ini ditegaskan oleh Allah di dalam al-Quran melalui firmanNya:

# &وْا )ُب *ِن َت َو*ْاْج# /َه* ْالّل # &ُد&َوْا ْاْع#ُب ِن)* َأ 6 وًال ُس& َّر9 َّم9ٍة;

& َأ &ِّل< ُك ِف)ي *ا #ِن *َع*ْث َب *َق*ُد# َو*لْالَّط9اُغ&وَت*

"Demi sesungguhnya, kami telah bangkitkan kepada setiap umat itu seorangrasul yang menyeru mereka ke arah mengabdikan diri kepada Allah dan menjauhi dari taghut".

Page 6: 4 Tugas Utama Rasulullah Dalam Risalah Dienul Islam

NABI ADAM

IBRAHIM

ISMAILISHAK

YAAKUB

YUSUF

ISA

FIHR B MALIK

ABD MANAF

ABDUL MUTHALIB

ABDULLAH

MUHAMMAD610 TAHUN

Page 7: 4 Tugas Utama Rasulullah Dalam Risalah Dienul Islam

Tugas Rasulullah Rasulullah SAW, itu diutus oleh Allah SWT kepada seluruh umat manusia

adalah untuk menyampaikan ajaran dan aqidah yang benar dan lurus, menyeru manusia ke arah kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran. Allah SWT telah berfirman dalam Surah Al Ahzab ayat 45-47:

" Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi terhadap umatmu dan pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Dan juga sebagai penyeru umat manusia seluruhnya kepada agama Allah dengan taufiq yang diberi-Nya dan sebagai lampu yang menerangi. Dan, sampaikanlah berita yang menggembirakan kepada orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya mereka akan beroleh limpah kurnia yang besar dari Allah ".

Berdasarkan ayat ini, manusia tidak lagi mempunyai alasan untuk kufur kepada Allah.

Page 8: 4 Tugas Utama Rasulullah Dalam Risalah Dienul Islam

1)Nabi Muhammad sebagai

Syaahidan(Saksi) Dan demikianlah pula Kami telah

menjadikan kamu(umat Islam) “umat pertengahan” agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu….

(Al-Baqarah,ayat 143)

Page 9: 4 Tugas Utama Rasulullah Dalam Risalah Dienul Islam

Sebagai contoh,dalam mahkamah,apakah tugas seorang saksi?

Memberi keterangan kepada semua orang yang apa yang disaksinya benar. Menyatakan kesalahan atau kebenaran sesuatu kes atau kejadian. Menunjukkan kebenaran dan juga kebatilan. Pendek kata, saksi adalah medium antara kebenaran dan kebatilan. Dia menjadi medium kepada hakim supaya hakim dapat membuat keputusan,betul atau salah,itulah tugas seorang saksi.

Page 10: 4 Tugas Utama Rasulullah Dalam Risalah Dienul Islam

Maka,apa yang dimaksudkan dengan

kita(umat Islam) sebagai saksi?

Page 11: 4 Tugas Utama Rasulullah Dalam Risalah Dienul Islam

Yang dimaksudkan sebagai saksi itu ialah kita menjadi medium kepada umat manusia tentang Islam itu sendiri.

Ayat berikutnya,Rasulullah hakim ke atas

kita,maksudnya,Rasulullah bertanggungjawab mempamerkan Islam kepada kita atau Rasulullah sebagai medium umat Islam mengenal Islam.

Kita sebagai hakim dan Rasulullah sebagai saksi. Begitu juga dengan kita,umat manusia yang lain sebagai hakim dan kita sebagai saksi,tugas kita? Iaitu,menyampaikan kepada umat manusia bahawa hanya cara hidup Islam adalah cara hidup yang terbaik.

Page 12: 4 Tugas Utama Rasulullah Dalam Risalah Dienul Islam

2) Mubassyirin(Pembawa khabar

gembira) Dalam keadaan sukar yang penuh ujian

dan cubaan, dan pada saat yang gelap dan genting sekalipun, Nabi SAW terus berusaha menghilangkan sifat putus asa untuk menyebarkan risalah Islam, dan berusaha membangkitkan harapan dalam jiwa para sahabatnya perasaan tsiqah (yakin) pada janji Allah ..

Page 13: 4 Tugas Utama Rasulullah Dalam Risalah Dienul Islam

Meneladani Rasulullah SAW adalah bahawa kita harus meyakini akan berita gembira yang telah dijanjikan oleh Allah kepadanya, dan yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW kepada kita. Diantaranya adalah:

Page 14: 4 Tugas Utama Rasulullah Dalam Risalah Dienul Islam

1. Berita gembira dari Al-Qur’an

Bahwa Allah telah berjanji akan menyempurnakan cahaya-Nya, dan memenangkan agama-Nya

“Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justeru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya”. Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci”.

(As-Shaf:8-9)

Page 15: 4 Tugas Utama Rasulullah Dalam Risalah Dienul Islam

Ini adalah janji Allah untuk memenangkan agama yang benar yaitu Islam secara keseluruhan; maksudnya adalah semua agama, dan janji Allah pasti benar, dan Allah tidak akan melanggar janji-Nya, dan kita sedang menunggu realisasi janji tersebut; unggulnya agama Islam dan menang atas semua agama, baik samawi ataupun wadh’i (buatan manusia).

Page 16: 4 Tugas Utama Rasulullah Dalam Risalah Dienul Islam

Janji Allah berupa khilafah, kejayaan dan keamanan bagi orang-orang beriman

”Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan aku. dan Barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, Maka mereka Itulah orang-orang yang fasik”. (An-Nur:55)

Allah SWT sebagaimana dalam janji-Nya akan memberikan keamanan yang sebelumnya dalam keadaan ketakutan.

Page 17: 4 Tugas Utama Rasulullah Dalam Risalah Dienul Islam

2.Berita gembira dari sunnah Rasulullah

Rasulullah SAW memberitahu bahwa Islam akan tersebar ke seluruh dunia .Seperti yang diriwayatkan dari Tamim dia berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:

“Sungguh perkara ini -Islam- akan sampai seperti sampainya waktu malam, dan Allah tidak akan meninggalkan rumah yang berlumpur dan berbulu kecuali Allah akan masukkan ke dalamnya agama ini, dengan kemuliaan orang-orang mulia yang dimuliakan oleh Islam dan menghinakan orang-orang yang terhina karena telah dihinakan oleh Islam”

Page 18: 4 Tugas Utama Rasulullah Dalam Risalah Dienul Islam

Munculnya pembaharuan dalam setiap abad.Dari Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah akan mengirimkan untuk umat ini pada setiap seratus tahun seseorang yang memperbaharui agamanya”

(HR Abu Daud).

Page 19: 4 Tugas Utama Rasulullah Dalam Risalah Dienul Islam

Kemenangan atas orang-orang Yahudi .Dari Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Kelak kalian akan memerangi orang-orang Yahudi hingga kalian akan menguasai mereka sampai batupun akan berkata: wahai muslim ini yahudi ada dibelakang saya maka bunuhlah”. (Muttafaq alaih).

Page 20: 4 Tugas Utama Rasulullah Dalam Risalah Dienul Islam

3)Nadzir (Pemberi Peringatan/ Khabar

dukacita) Membawa berita duka dan khabar derita

kepada umat manusia dengan menerangkan seksa yang akan tertimpa kepada orang-orang yang sering melakukan dosa

Surah as-Saba’: 28

Page 21: 4 Tugas Utama Rasulullah Dalam Risalah Dienul Islam

Contoh: Kisah-kisah umat yang terdahulu yang

diseksa dan diazab atas kesesatan yang mereka lakukan

Page 22: 4 Tugas Utama Rasulullah Dalam Risalah Dienul Islam

Kaum Nabi Nuh: Syirik , menyembah berhala dan

menghina nabi Tenggelam didalam banjir

Kaum Nabi Hud: Syirik , menyembah berhala dan

menghina nabi Kemarau 3 tahun dan ribut dahsyat

Page 23: 4 Tugas Utama Rasulullah Dalam Risalah Dienul Islam

Kaum Nabi Ibrahim: Syirik , menyembah berhala dan cuba

membunuh nabi Gempa bumi

Kaum Nabi Soleh: Syirik , menyembah berhala dan cuba

membunuh nabi Suara keras yang membinasakan

Page 24: 4 Tugas Utama Rasulullah Dalam Risalah Dienul Islam

Kaum Nabi Luth: Syirik , menyembah berhala dan

hubungan sejenis bumi dibalikkan dan hujan batu

Kaum Nabi Shuib: Syirik , menyembah berhala dan suka

menipu dalam jual beli Gempa bumi dahsyat

Page 25: 4 Tugas Utama Rasulullah Dalam Risalah Dienul Islam

Kaum Nabi Musa: Syirik , menyembah berhala,menyeksa

dan bunuh manusia,mengaku tuhan Kemarau,ribut,taufan,serangan

serangga, air sungai menjadi darah,karam di laut merah

Page 26: 4 Tugas Utama Rasulullah Dalam Risalah Dienul Islam

Cara memberi peringatan: Motivasi( Attarghib) Ancaman( Attarhib) Teguran( Almaui’zatul Hasanah) Perdebatan Yang Harmoni (Mujadilah

Bil Ihsan) Permesyuaratan( Syura) Penyerahan( Tawakal) Seksaan( Al Azab)

Page 27: 4 Tugas Utama Rasulullah Dalam Risalah Dienul Islam

PENDEKATAN DAKWAH YANG

DIGUNAKAN OLEH NABI MUHAMMAD

S.A.W

Page 28: 4 Tugas Utama Rasulullah Dalam Risalah Dienul Islam

Tadabur ayat cinta Allah…

“Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajar mereka kitab dan hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata. Dan (juga) kepada kaum yang lain dari mereka yang belum berhubungan dengan mereka. Dan Dialah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.” (62:2)

Page 29: 4 Tugas Utama Rasulullah Dalam Risalah Dienul Islam

Di dalam ayat ini, proses pendakwahan Nabi Muhammad SAW tercerna menerusi tiga cara iaitu:

Proses pembacaan (tilawah)

Penyucian (tazkiyah)

Pengajaran (ta’lim).

Pendekatan ini adalah antara cara dakwah dilakukan baginda bagi menangani cabaran kehidupan masyarakatnya pada waktu itu yang berada di dalam keadaan kemunduran ilmu dan budaya. Fenomena masyarakat ini sering diistilahkan di dalam teks sejarah sebagai keadaan hidup ‘jahiliah’.

Page 30: 4 Tugas Utama Rasulullah Dalam Risalah Dienul Islam

Tanam kangkung di tepi perigiDibuat ulam sambal tenggiriTersalah kata harap dimaafi

Telanjur bicara mohon diampuni

SEKIAN,TERIMA KASIH