4. **sila tandakan ( oleh organisasi/badan di mana ... filekasih kepada penyelia saya encik muslim...

32
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM SAINS TINGKATAN EMPAT SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya TANG YUH JYE (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan Oleh ____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 30, LINTANG TENGGIRI, 13700SEBERANG JAYA, ENCIK MUSLIM BIN JONID PRAI Nama Penyelia PULAU PINANG .

Upload: ngonhan

Post on 20-Aug-2019

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan

tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan

Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja

kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE

BERTAJUK UNDERSTANDING THE HUMAN NERVOUS SYSTEM

SAINS TINGKATAN EMPAT

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya TANG YUH JYE

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan Oleh

____________________________ ____________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

30, LINTANG TENGGIRI,

13700SEBERANG JAYA, ENCIK MUSLIM BIN JONID

PRAI Nama Penyelia

PULAU PINANG.

Tarikh: 26 April 2009 Tarikh: 26 April 2009

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains).”

Tandatangan :

Nama Penyelia: Encik Muslim Bin Jonid

Tarikh : 26 April 2009

PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK

‘HUMAN DIGESTIVE SYSTEM’ BIOLOGY TINGKATAN EMPAT

TANG YUH JYE

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : TANG YUH JYE

Tarikh : 26 April 2009

iv

PENGHARGAAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima

kasih kepada penyelia saya Encik Muslim Bin Jonid, atas tunjuk ajar yang diberikan

di samping tidak jemu memberikan bantuan sepanjang melaksanakan web portal

pendidikan ini. Tidak dilupakan kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang

banyak memberi pandangan dan nasihat kepada saya.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-

rakan saya yang sudi menbantu dan memberi nasihat serta tunjuk ajar kepada saya

bagi melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda.

Penghargaan juga tidak lupa dirakamkan kepada ayah, ibu dan adik-beradik

yang amat saya sayangi atas sokongan moral dan bantuan kewangan yang diberikan.

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak

yang terlibat secara lansung atau tidak dalam memberikan sokongan, cadangan dan

sebagainya.

Sekian, terima kasih.

v

ABSTRAK

Perkembangan teknologi maklumat telah mencipta satu kaedah baru

komunikasi antara komuniti dan merangsangkan pembelajaran melalui web.

Pembelajaran web telah dilihat sebagai satu alternatif yang berkesan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Satu web portal pendidikan bertajuk ‘Human

Digestive System’ bagi mata pelajaran Biologi Tingkatan Empat telah dibangukan

dengan memilih MOODLE sebagai platform. Sistem pengurusan kursus, MOODLE

mampu menyediakan pembelajaran berpusatkan pelajar dan mewujudkan

persekitaran konstruktivisme sosial di kalangan guru dan pelajar kerana guru, pelajar

dan bahan pembelajaran elektronik saling berinteraksi di antara satu sama lain

melalui sumber dan aktiviti yang disediakan. Bahan pembelajaran elektronik diisikan

dalam web portal ini disediakan dalam format PowerPoint Slide supaya pelajar dapat

memuat turunkan bahan pembelajaran elektronik. Bahan pembelajaran elektronik

ringkas, padat, menarik dan interaktif kerana menggabungkan elemen-elemen

multimedia seperti teks, grafik, audio, video dan animasi dengan menggunakan

pelbagai perisian seperti Adobe Flash CS3 Professional, Ulead Gif Animator 5.0 ,

Ulead Cool 3D Production Studio, Sony Sound Forge 7.0 dan Adobe Photoshop

CS3. Selain itu, aktiviti-aktiviti juga disediakan dalam MOODLE adalah seperti

Kuiz, Tugasan, Forum dan ‘Chat’. Projek ini dibangunkan berdasarkan model reka

bentuk pengajaran ADDIE dan teori konstruktivisme telah digunakan sebagai

pendekatan utama disamping mengintergrasikan pelbagai strategi dalam

penyampaian maklumat seperti latih tubi, tutorial dan simulasi.

vi

ABSTRACT

The rapid development of multimedia technology has been created a new

community for communication and stimulated web based learning. Web based

learning is viewed as an effective alternative in the process of teaching and learning.

An educated web portal entitled ‘Human Digestive System’ for the Biology subject

Form Four has been developed and MOODLE was chosen as a template. MOODLE

is a one of the management system that can support student centered learning and

enable to create social constructivism learning environment especially for students

and teachers because they can interact among each other through resources and

activities. Besides, there are some electronic learning materials that fill in the web

portal are in the format of PowerPoint Slide thus students can download these

electronic learning material by themselves. These electronic learning materials are

easy, compact, attractive and interactive due to integrate the five elements of

multimedia such as text, graphic, audio, video and animation by using various types

of advance software such as Adobe Flash CS3 Professional, Ulead Gif Animator 5.0,

Ulead Cool 3D Production Studio, Sony Sound Forge 7.0 and Adobe Photoshop

CS3. Apart from these, activities also includes in MOODLE such as Quiz,

Assignment, Forum and Chat. This project was developed based on a Instructional

Design Model, which was Model ADDIE and Constructivism theory also applied as

a main approach. In additions, various teaching strategic also applied in this project

to impart knowledge and information such as drill and practice, tutorial and

simulations.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN 1

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 4

1.1.1 Penyampaian guru bosan 4

dan kurang menarik

1.1.2 Faktor masalah penyediaan 5

1.1.3 Faktor Pengurusan dan Pentadbiran 6

1.1.4 Kurang memahami konsep-konsep 6

asas Sains

1.1.5 Kurang latihan yang diberi oleh guru 7

1.2 Pernyataan Masalah 8

1.3 Objektif Projek 9

viii

1.4 Kepentingan Projek 10

1.4.1 Guru 10

1.4.2 Pelajar 10

1.4.3 Ibu Bapa dan masyarakat 11

1.5 Skop Projek 11

1.6 Rasional Pemilihan Tajuk 12

1.7 Definisi Operasi 13

1.7.1 Pembelajaran Elektronik (E-Learning) 13

1.7.2 MOODLE 15

1.7.3 Web Portal Pendidikan 15

1.7.4 Bahan Bantu Mengajar (BBM) 16

1.7.5 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 16

1.7.6 Multimedia 16

1.7.7 Pengajaran dan Pembelajaran 17

1.8 Penutup 17

2 SOROTAN KAJIAN 18

2.0 Pengenalan 18

2.1 Pembelajaran Elektronik (E-Learning) 20

2.1.1 Komponen Pembelajaran Elektronik 22

2.1.2 Teori Pembelajaran Elektronik 23

2.1.3 Kebaikan E-Learning 24

2.1.4 Kelemahan Penggunaan E-Learning 25

2.2 MOODLE 26

2.2.1 Takrif dan Falsafah MOODLE 27

2.2.2 Rangka keseluruhan MOODLE 28

2.2.3 Pengurusan Laman Web dalam 28

MOODLE

ix

2.2.4 Pengurusan dalam Pengguna MOODLE 29

2.2.5 Pengurusan Kursus dalam MOODLE 29

2.3 Perisian Sumber Terbuka 32

2.4 Teori Pengajaran 33

2.4 .1 Teori pembelajaran Konstruktivisme 34

2.4.2 Teori Behaviorisme 38

2.5 Definisi Pembelajaran Berbantukan Komputer 38

(PBK)

2.6 Definisi Buku Elektronik ( E-Book) 39

2.7 Perbezaan Perisian Pembelajaran Berbantukan 39

Komputer (PBK) dan Buku Elektronik (e book)

2.8 Penutup 40

3 METODOLOGI PROJEK 41

3.0 Pendahuluan 41

3.1 Model Rekabentuk Pengajaran 42

(MODEL ADDIE)

3.1.1 Fasa Analisis (Analysis) 43

3.1.2 Fasa Rekabentuk (Design) 43

3.1.3 Fasa Pembangunan (Development) 44

3.1.4 Fasa Perlaksanaan (Implementation) 44

3.1.5 Fasa Penilaian (Evaluation) 44

3.2 Penentuan Tajuk dan Skop 45

3.3 Objektif Pengajaran 45

3.4 Pengumpulan Bahan dan Penjanaan Idea 46

3.5 Analisis Pembangunan 46

3.5.1 Kumpulan Sasaran 46

3.5.2 Isi Kandungan Pelajaran 47

3.5.3 Format Spesifikasi Isi Kandungan 48

3.6 Pendekatan penyampaian maklumat 49

x

3.6.1 Teori Konstruktivisme 49

3.6.2 Teori Behaviorisme 50

3.7 Strategi penyampaian maklumat 51

3.7.1 Strategi pengajaran kontekstual 51

3.7.2 Latih tubi 52

3.7.3 Tutorial 53

3.7.4 Simulasi 53

3.7.5 Pembelajaran koperatif 53

3.8 Pemilihan Perisian Pembangunan 54

3.9 Pemilihan Perisian Multimedia 55

3.9.1 Adobe Photoshop CS3 55

3.9.2 MOODLE 56

3.9.3 Sony Sound Forge 7.0 56

3.9.4 Ulead Cool 3D 3.5 57

3.9.5 Ulead Cool 3D Production Studio 57

3.9.6 Ulead Gif Animator 5.0 57

3.9.7 Sony Vegas 6.0 58

3.9.8 Adobe Flash CS3 Professional 58

3.10 Pemilihan Perkakasan 58

3.10.1 Spesifikasi Perkakasan Minimum 59

Pengguna

3.11 Penutup 60

4 WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE 61

BERTAJUK “HUMAN DIGESTIVE SYSTEM”

4.0 Pengenalan 61

4.1 Web portal “ Human Digestive System” 61

4.2 Reka bentuk Web Portal 61

4.2.1 Skrin Login 62

4.2.2 Skrin „Main Menu‟ 64

xi

4.2.3 Skrin „Objective‟ 66

4.2.4 Skrin Lesson 66

4.2.5 Skrin Quiz 69

4.2.6 Skrin Forum dan Chat 70

4.2.7 Skrin „Happy Hour’ 71

4.2.7 Skrin Glossary 72

4.2.8 Skrin e-Link 73

4.3 Penutup 74

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN 75

CADANGAN

5.0 Pengenalan 75

5.1 Perbincangan 75

5.2 Kelemahan Projek 76

5.2.1 Kekurangan kepakaran perisian 76

5.2.2 Kos yang tinggi 77

5.2.3 Kekangan masa 77

5.2.4 Kekurangan Perisian Asal 78

5.3 Kekuatan web portal berasaskan MOODLE 78

5.4 Kelemahan web portal berasaskan MOODLE 80

5.5 Cadangan 82

5.6 Kesimpulan 84

RUJUKAN 85

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi 6

Penggunaan BBM: Pengurusan & Pentadbiran

2.2 Perbezaaan Pembelajaran Berbantukan Komputer 40

(PBK) dan Buku Elektronik (e book)

3.1 Jadual Spesifikasi Isi Kandungan 48

xiii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 MODEL ADDIE 42

4.1 Skrin MOODLE 62

4.2 Skrin MOODLE bagi subjek Biologi 63

4.3 Skrin MOODLE bagi web portal 63

„Human Digestive System‟

4.4 Skrin login 64

4.5 & 4.6 Skrin main menu 65

4.7 Skrin Objective 66

4.8 Skrin Lesson 67

4.9 Skrin nota Lesson 1 67

4.10 Skrin nota Lesson 2 68

4.11 Skrin nota Lesson 3 68

4.12 Skin Quiz 69

4.13 Skrin soalan Quiz 70

4.14 Skrin forum 71

4.15 Skrin permainan crossword 72

4.16 Skrin Glossary 73

4.17 Skrin e-link 73

xiv

SENARAI SINGKATAN

BBM - Bahan Bantu Mengajar

E-Community - Communiti Elektronik

E-Book - Buku Elektronik

E-Economy - Ekonomi Elektronik

E-Learning - Pembelajaran Elektronik

CAL - Computer- Aided Learning

CBL - Computer- Based Learning

CD-ROM - Compact Disk Read Only Memory

CMS - Course Content Management System

HTML - Hyper Text Markup Language

ICT - Information and Communication technology

IT - Information Technology ( Teknologi Maklumat )

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

LAN - Local Area Network

LMS - Learning Management System

MOODLE - Modular Object-Oriented Dynamic Learning

Environment

MSC - Multimedia Super Corridor

NITA - National Information Technology Agenda

NITC - National Information Technology Council

OSS - Open Source Software

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

PHP - Hyper Preprocessor

TV - Televisyen

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

WAN - Wide Area Network

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

“Untuk melengkapkan semua murid dengan pengetahuan

asas mengenai komputer dan penggunaannya supaya

mereka boleh mengendalikan urusan hidup seharian

dengan sempurna dalam masyarakat yang harus kelak

berorientasi komputer”

( Abdul Rahman bin Abdullah 1987)

Usaha untuk menggalakkan penggunaan komputer khususnya dalam bidang

pendidikan telah menjadi satu perkara yang baru sejak tahun 1996. Dalam dunia

teknologi maklumat yang begitu berkembang pesat ini, matlamat di atas telah

dirakamkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum semasa merencanakan matapelajaran

pengenalan kepada komputer. Agenda IT Kebangsaan (National IT Agenda, NITA) telah

dilancarkan pada Disember 1996 oleh National IT Council

(NITC) yang dipengerusi oleh YAB Perdana Menteri Malaysia yang lalu, Tun Dr

Mahathir Mohamad. NITA memberikan garis panduan bagaimana teknologi maklumat

dan komunikasi (Information and Communication technology, ICT) dapat digunakan

untuk menjadi Malaysia merupakan sebuah negara maju selaras dengan Wawasan 2020 (

2

NITC, 2001 ).Salah satu inisiatif awal NITC adalah untuk mewujudkan Multimedia

Super Corridor, MSC bagi mencapai agenda IT kebangsaan.

Beberapa strategi telah dirancangkan oleh pihak NITC untuk membawa Malaysia

ke era globalisasi dalam abad ke-21 ini. Empat bidang utama yang telah dikenal pasti

untuk memberi tumpuan khas adalah E-Community, E-Public service, E-Learning dan

E-Economy. Kementerian Pelajar Malaysia dan sektor swasta dipertanggungjawabkan

untuk menjayakan agenda E-Learning Kebangsaan. Lantaran daripada itu terdapat

beberapa contoh tapak web yang menyediakan kemudahan tersebut seperti WebCT

(Goldberg, 1996), Top Class and World Lecture Hall. Salah satu daripada aplikasi

Internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah pembelajaran melalui Web.

Sejak kebelakangan ini, pembelajaran elektronik (E-Learning) semakin

diperkatakan. Ini adalah kerana wujudnya pelbagai peralatan yang canggih telah dicipta

bagi kemudahan semua dan ia tidak dikhaskan kepada golongan pelajar semata-mata.

Menurut Noraffandy Yahaya (2001) berpendapat pembelajaran elektronik adalah salah

satu kaedah pembelajaran baru di mana semua maklumat seperti nota mahupun tugasan

yang diperkenalkan oleh pelajar akan dihantar kepada pensyarah melalui mel elektronik

, CD-ROM dan Internet pula menjadi kunci kepada semua pintu-pintu ilmu yang

bermanfaat. Menurut Baharuddin Aris (2000) pembelajaran elektronik atau e-learning

merupakan satu mod pembelajaran yang berasaskan kepada penggunaan perkakasan

elektronik.

Di institusi pengajian tinggi, penggunaan Internet dalam bidang pendidikan telah

digunakan secara meluas. Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), pembelajaran

elektronik atau e-learning (http://elearning.utm.my/), telah diperkenalkan sejak tahun

1997. Segala bentuk bahan pengajaran pensyarah merangkumi kuiz, tugasan,

pengumuman dan lain-lain disimpan di dalam komputer pelayan untuk diakses oleh

pelajar mengikut fakulti masing-masing. Di Fakulti Pendidikan UTM, pihak fakulti

3

mengambil inisiatif menyediakan komputer pelayan khas untuk menyimpan bahan

pengajaran pensyarah. Halaman ini dinamakan halaman CYBERDIDIK

(http://cyberdidik.fp.utm.my). Pelajar boleh mengakses bahan pengajaran mengikut

subjek yang ditawarkan oleh Jabatan masing-masing.

Menurut UNICON (2000), komponen yang terlibat dalam pembelajaran

elektronik ialah :

(i) Penyampaian maklumat dalam pelbagai format.

(ii) Pengurusan pengalaman dalam pembelajaran.

(iii) Masyarakat rangkaian yang terdiri daripada pelajar, pembangunan maklumat

dan pakar rujuk.

Seperti kenyataan ketua setiausaha di Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr Johari

bin Mat, di satu persidangan pembelajaran elektronik pada Mei, 2000 di Kuala Lumpur

berkata “ teknologi telah dan akan wujud sebagai satu komponen penting dalam

pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan negara kita. Penyampaian bahan

pembelajaran perlu diubahsuai mengikut kewujudan teknologi. Guru sepatutnya dapat

mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.” Dari kenyataan

tersebut tanggungjawab dan cabaran guru adalah lebih besar.

Secara umunya, pembelajaran elektronik adalah sebarang pengajaran dan

pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik seperti LAN, WAN atau Internet

untuk menyampai isi kandungan dan interaksi. Internet, Intranet, satelit, tape audio atau

video, TV interaktif dan CR-ROM adalah sebahagian dari media elektronik yang

dimaksudkan di dalam kategori ini. Kini penggunaan komputer sebagai alat pengajaran

dan pembelajaran sedang diberi penekanan oleh Kementerian Pelajar Malaysia. (Sim,

Abdul Rahim, Chong, Mohamad dan Lim, 1997).

4

1.1 Latar Belakang Masalah

Matapelajaran sains merupakan matapelajaran yang menyeronokkan yang

banyak berkait dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Namun begitu, kebanyakan

para pelajar tidak berminat dengan sains. Ini dapat dilihat kepada kemasukan pelajar

sains yang rendah iaitu 34.3% berbanding dengan kemasukan pelajar sastera iaitu 65.7%

(Hani, 2001). Kajian juga menunjukkan bahawa pelajar yang tidak berminat dengan

sains merasakan bahawa sains merupakan matapelajaran yang membebankan kerana

kebanyakan konsep sains adalah abstrak dan sukar untuk difahami (Subahan 1999).

Penguasaan komputer sebagai alat pengajaran dan pembelajaran diberi

penekanan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah sejajar dengan hasrat pemimpin

Negara dalam usaha menuju Wawasan 2020. Kementerian Pelajaran Malaysia sedang

mengintegrasikan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah

bestari dan sekolah biasa. Oleh itu, persediaan guru dalam mengharungi cabaran

teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting

dewasa ini. Ini adalah kerana dapat meringankan beban guru, ia juga dapat memberikan

guru sains yang terkini dan membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan di sekolah.

Antara masalah yang dikenal pasti untuk kajian ini dijalankan adalah:-

1.1.1 Penyampaian guru bosan dan kurang menarik

Dalam kajian yang dijalankan oleh UNESCO, di kebanyakan negara di rantau

ini, termasuk Malaysia, masih kedapatan kaedah pengajaran guru yang

autokratik, formal dan tradisional. Kebanyakan penyampaian hanya dalam

bentuk satu hala dengan guru bercakap, membaca dan berkuliah, manakala

5

pelajar pula sebagai peserta pasif atau “passive learner”. (UNESCO-Education

for all,1990). Menurut Ab. Rahim dan Ismail (1990), alat yang digunakan oleh

kebanyakan guru masih lagi buku teks, papan kapur, buku tulis dan kaedah cakap

dan tulis atau „talk and chalk‟ dan „talk and talk‟. Ini kerana cara pengajaran di

sekolah masih berpusatkan guru, cara penyampaian yang linear membosankan

pelajar. Buku teks atau buku rujukan tidak dapat menunjukkan audio dan

animasi, rajah yang berwarna-warni juga sukar dihasilkan memandangkan kos

cetakan yang tinggi menyebabkan pelajar tidak menumpu perhatian terhapap

pengajaran guru.

1.1.2 Faktor masalah penyediaan

Analisis keputusan kajian yang dijalankan oleh Yeo Kee Jiar (1996), pensyarah

UTM menunjukkan lebih daripada 40% guru tidak menggunakan bahan bantu

mengajar (BBM) kerana mengejar masa menghabiskan sukatan pelajaran.

Penyediaan BBM bagi mereka mengambil masa yang panjang dan

menambahkan beban tugas harian mereka. Keadaan ini selari dengan pandangan

Dodge, Bogdan, Brogden dan Lewis (1974) yang mengatakan bahawa

perancangan dan penyediaan BBM memerlukan masa yang panjang dan

menghalang guru menggunakan BBM. Menurut Baharuddin Aris (2000),

penggunaan BBM yang berbentuk elektronik jarang sekali digunakan

memandangkan penghasilan BBM memerlukan masa, tenaga dan kemahiran

yang tinggi. Oleh itu, penggunaan perisian BBM di sekolah amat terhad.

6

1.1.3 Faktor pengurusan dan pentadbiran

Menurut Day dan Scholl (1987), pelbagai halangan yang wujud menyebabkan

ramai guru tidak menggunakan BBM dalam pengajaran. Keputusan kajian yang

dijalankan oleh Baharuddin Aris (1996) mendapati lebih daripada 60% guru

mengatakan tiada peruntukan kewangan bagi menghasilkan BBM dan mereka

terpaksa menggunakan wang sendiri. (lihat jadual 1.1). Walaupun pengetua

menggalakkan para guru menggunakan BBM, namun lebih 10% responden

mengatakan pengetua dan guru-guru lain tidak memuji mereka atas usaha

menggunakan BBM. Dapatan ini disokong oleh pendapat Rose (1982) yang

merumuskan beberapa faktor penghalang dalam penggunaan BBM oleh guru.

Antaranya ialah peruntukan yang tidak mencukupi dari sekolah untuk membeli

dan menyelenggarakan BBM.

Item pengurusan dan Pentadbiran Peratusan

Tiada peruntukan kos bagi menghasilkan BBM 60%

Pengetua dan guru-guru lain tidak memuji menggunakan BBM 10%

Wang sendiri untuk menyediakan BBM 20%

Tiada latihan dan perkhidmatan 10%

Jadual 1.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan BBM: Pengurusan

dan Pentadbiran

1.1.4 Kurang memahami konsep-konsep asas Sains

Semasa mengajar kebanyakan guru sains lebih memberi tumpuan kepada

kemahiran penghafalan dan ingatan kembali konsep-konsep, teorem-teorem dan

7

formula-formula sains. Ini adalah antara faktor mengapa pelajar menganggap

mata pelajaran sains sebagai mata pelajaran yang susah untuk dipelajari kerana

memerlukan banyak penghafalan. Oleh itu, pelajar-pelajar kurang memahami

konsep asas dengan mendalami dalam mata pelajaran sains dan sebaliknya

mereka mengafalkan konsep-konsep dan teori-teori dalam sains tanpa

memahami. Sepatutnya mata pelajaran sains adalah mata pelajaran yang

menekankan dan menggalakkan pelajar berfikir kritis. Ainon & Abdullah (1999)

mengatakan pelajar aliran sains lebih mengamalkan pemikiran kritis. Razali

Ismail (2002) berpendapat bahawa pengajaran secara tradisional memberikan

kepada konsep-konsep dan isitilah-istilah saintifik secara terasing yang mana

akhirnya akan dilupai. Selain itu, Subahan (1996) juga berpendapat orientasi

mangajar di sekolah lebih menggalakkan pembelajaran fakta secara hafalan.

1.1.5 Kurang latihan yang diberi oleh guru

Pengukuhan sesuatu konsep adalah amat penting selepas guru menyampaikan

pengajaran. Tambahan pula latihan yang diberi oleh guru di sekolah mungkin

tidak mencukupi untuk ulangkaji bagi pelajar di rumah. Ada sesetangah pelajar

terpaksa mengorbankan masa untuk menambahkan aktiviti pembelajaran dengan

mengambil kelas tuisyen. Ibu bapa terpaksa mengeluarkan wang yang lebih

untuk melihat anak-anak mereka berjaya dalam akademik. Latihan ke arah

membentuk pelajar berfikir secara saintifik tetapi kurang menggalakkan.

Pengajaran yang sesuai dengan keperluan semasa juga tidak pernah diubah

(MohdM Majid Konting, 1996).Maka web portal berasaskan moodle merupakan

alternatif untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dengan adanya pembelajaran

elektronik dapat membantu pelajar mengulangkaji pelajaran di rumah serta

memudahkan guru mendapat bahan pengajaran dan meringankan tugas-tugas

yang terpaska dipikul oleh mereka.

8

Oleh yang demikian, penggunaan pembelajaran elektronik merupakan satu

alternatif dalam meringankan beban guru bagi menangani pelajar yang mempunyai

pelbagai tahap pemikiran. Diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat kepada guru

dan pelajar pada masa sekarang supaya menghasilkan generasi yang celik IT pada masa

akan datang.

1.2 Pernyataan Masalah

Pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada komputer semakin lumrah

digunakan di sekolah. Dengan menggunakan kemudahan komputer, pelajar

mendapatkan maklumat dari berbagai-bagai sumber seperti internet, buku rujukan

elektronik, perisian berpandukan komputer (CD-ROM) dan perbincangan elektronik.

Pendidik pula bertindak sebagai fasilitator dan menpunyai lebih masa untuk

menyediakan pakej pembangunan yang berlainan mengikut kehendak pelajar. (Elington,

1995).

Walaupun banyak telah ditulis dan diperkatakan tentang penggunaan teknologi,

terutama komputer dalam pengajaran Sains dan Matematik, namun pada hakikatnya

tidak banyak yang dapat dilakukan oleh guru. Salah satu sebab ialah kekurangan bekalan

komputer dan perisian komputer yang sesuai untuk tujuan pengajaran Sains dan

Matematik. (Munirah Ghazali, 1995).

Oleh yang demikian, penggunaan web portal yang berasaskan Moodle

merupakan satu alternatif dalam meringankan beban guru dan menyelesaikan masalah

seperti dinyatakan dalam later belakang masalah yang timbul. Menurut Wan Ralinin, Hj

Mat Jizat Abdul, Mohamad Bilal Ali (1999) serta Kozme & Johston (1993) telah

9

mencadangkan beberapa cara bagaimana teknologi ini dapat digunakan dalam

membantu pengajaran dan pembelajaran:

(a) Membolehkan penglibatan aktif dalam pembinaan pengetahuan

(b) Menyediakan situasi pembelajaran sebenar. (real-world situation)

(c) Kepelbagaian bahan pengajaran seperti multimedia dan internet

(d) Latih tubi dalam konsep asas untuk mencapai tahap masteri

(e) Kemudahan aktiviti kerjasama, dan

(f) Perkaitan konsep melalui hiperteks.

Kesimpulanya, masalan pembelajaran Sains di sekolah telah wujud sejak

dahulu lagi sehingga kini. Pelbagai cara dilakukan oleh pihak tertentu mengatasi

masalah yang dihadapi. Seiring dengan perubahan teknologi maklumat dan komunikasi

merupakan satu alternatif bagi menyelesaikan masalah tersebut. Satu projek web portal

berasaskan MOODLE yang bertajuk “human digestive system” dilaksanakan supaya

menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

1.3 Objektif Projek

Secara khususnya objektif projek pembangunan web portal berasaskan

MOODLE ini adalah :-

(i) Membangunkan bahan pembelajaran elektronik bagi tajuk Human

Digestive System Biologi Tingkatan Empat yang bercirikan:-

Menggunakan platform Microsoft Office PowerPoint 2007 berserta

dengan perisian lain dalam proses pembangunan

Mempunyai elemen-elemen multimedia

10

1.4 Kepentingan Projek

Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi kepentingan kepada :-

1.4.1 Guru

Bahan pembelajaran elektronik yang disediakan dalam web portal ini ini

boleh dijadikan sebagai suatu bahan bantu mengajar BBM bagi mengatasi

kekurangan BBM yang tradisional. Ini adalah kerana BBM ini dilengkapi dengan

elemen-eleman multimedia seperti grafik, video, audio dan animasi yang dapat

mendedahkan kepada pembelajaran lebih menarik dan realistik.Selain itu, ia

dapat mengurangkan beban guru kerana rekod bagi setiap pelajar telah

disediakan dalam web portal berasaskan MOODLE. Bagi memudahkan

pengurusan, guru dapat menyemak kelemahan pelajar dan mengenal pasti

masalah yang mereka hadapi. Oleh itu, pembangunan web portal ini

menghasilkan persekitaran pembelajaran yang berkesan iaitu penglibatan pelajar

aktif dalam persekitaran pembelajaran melalui web, kolabrasi, interaktif dan

penerokaan sumber maklumat. (Noraffandy Yahaya & Wan Salihin Wong

Abdullah,1999).

1.4.2 Pelajar

Para pelajar dapat menggunakan web portal yang disediakan bagi

membantu menambahkan ilmu pengetahuan dan memanfaatkan sumber rujukan.

11

Dalam konteks pengajaran pula, ICT boleh digunakan sebagai alat persembahan

dan alat demokrasi. (KPM,2001). Para pelajar juga dapat membuat latih tubi

berulangkali sehingga mereka tanpa rasa segan dan malu jika melakukan

kesilapan semasa menjawab latihan-latihan yang terdapat dalam perisian

tersebut. Selain itu, pelajar juga dapat mengkongsi pengetahuan dan sumber

maklumat menjadikan pelajar mempunyai aras kemahiran berfikir yang tinggi

dan menjadikan proses pembelajaran secara aktif dan interaktif pada pelbagai

perspektif.(Harasim, Calvert & Groenboer,1997). Keadaan ini mewujudkan suatu

persekitaran pembelajaran kolaborasi dalam proses pembelajaran. Persekitaran

pembelajaran kolaborasi yang berkesan dengan memberikan peluang bagi pelajar

untuk berbincang, berdebat, berunding dan memberikan refleksi pada

pengetahuan yang dipelajari. (Bonk & Reynolds,1997).

1.4.3 Ibu Bapa dan masyarakat

Dengan menuju era ICT, adalah amat wajar jika setiap masyarakat didedahkan

tentang penggunaan web portal ini supaya melahirkan masyarakat Malaysia yang

celik IT. Ibu bapa yang merupakan individu yang paling hampir dengan pelajar

apabila berada di rumah, ibu bapa dapat memantau prestasi dan pencapaian

akademik anak-anak mereka melalui web portal ini . Kajian ini dapat mendorong

ibu bapa melibatkan diri dalam perbincangan dengan guru-guru untuk mengatasi

masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka dalam proses pembelajaran.

12

1.5 Skop projek

Web portal yang berasaskan MOODLE ini dibangunkan berdasarkan subjek

Biologi bagi Tingkatan empat. Penilaian formatif diselitkan dalam bahan pembelajaran

elektronik ini bagi menguji tahap kefahaman pelajar sepanjang pembelajaran.

Tajuk yang dipilih adalah merupakan bab enam dalam mata pelajaran Biologi

Tingkatan empat, iaitu Human Digestive System.

Isi kandungan yang dipilih dalam membuat bahan bantu mengajar ialah :-

(a) organ-organ yang terlibat dalam sistem pencernaan dan

(b) Enzim- enzim tertentu yang terlibat dalam tindak balas kimia.

Skop projek dalam web portal berasaskan MOODLE ini adalah setakat menyediakan :-

(i) Sumber (Resouces)

(ii) Nota pembelajaran ( Notes)

(iii) Perbincangan (Forum)

(iv) Tugasan (Assignment)

(v) Kuiz (Quiz)

(vi) Latihan (Exercise)

(vii) Permainan (Games)

1.6 Rasional Pemilihan Tajuk

Tajuk Human Digestive System untuk Biologi Tingkatan Empat ini dipilih kerana

tajuk ini agak sukar difahami oleh pelajar serta memerlukan masa yang agak lama untuk

menerangkan kepada pelajar. Tajuk ini merupakan satu tajuk yang abstrak kerana

banyak enzim terlibat semasa proses pencernaan makanan. Akibatnya, para pelajar sukar

untuk mengingati nama enzim yang terlibat semasa pencernaan makanan. Selain itu,

proses pencernaan makanan juga sukar untuk diterangkan kerana merangkumi organ-

13

organ badan manusia. Oleh itu bagi memudahkan pelajar untuk memahami dan

menguasai tajuk ini, elemen-elemen multimedia seperti video, audio, grafik dan animasi

diperlukan di dalam perisian ini. Hinz (1969) mendapati gabungan penerimaan sesuatu

maklumat dengan menggunakan dua pancaidera; penglihatan dan pendengaran secara

serentak akan menigkatkan kefahaman yang lebih tinggi. Kenyataan ini disokong oleh

Johnson dan Mywebust (1967) yang mengatakan bahawa kaedah penggunaan pelbagai

deria (multisensory) iaitu pengajaran yang melibatkan penggunaan beberapa deria atau

pun kesemua rangkain deria bagi memaksimumkan kesan pemulihan.

Merujuk kepada guru-guru di sekolah, tajuk ini susah difahami oleh pelajar dan

adalah rasional untuk memilih tajuk ini. Borang soal selidik telah dikemukakan kepada

dua orang guru biologi yangmasing-masing berasal dari Sekolah Menengah Tun

Fatimah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent (rujuk LAMPIRAN A dan

LAMPIRAN B). Dua orang guru mencapai kata setakat bahawa tajuk sistem pencernaan

manusia sukar memahami bagi pelajar Tingkatan Empat, namun begitu modul perisian

BBM adalah diperlukan.

1.7 Definisi Operasi

Beberapa isitilah yang digunakan dalan kajian ini:

1.7.1 Pembelajaran elektronik (E-Learning)

Definisi pembelajaran elektronik ini seringkali berubah-ubah selaras dengan

kemajuan teknologi masa kini. Istilah pembelajaran elektronik mengandungi pengertian

14

yang sangat luas, sehingga banyak pakar menghuraikan tentang definisi pembelajaran

elektronik dari berbagai sudut pandangan. Secara umumnya, pembelajaran elektronik

adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik

(LAN,WAN atau internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi ataupun

pemudahcaraan. Internet, intranet, satelit dan video adalah sebahagian daripada media

elektronik yang dimaksudkan dalam kategori ini.Pengajaran boleh disampaikan secara

synchronously iaitu pada waktu yang sama atau serentak, ataupun asynchronously iaitu

pada waktu yang berbeza atau tidak serentak.Bahan pengajaran dan pembelajaran yang

disampaikan melalui teks, animasi, simulasi, audio dan video. Ia juga harus

menyediakan kemudahan untuk perbincangan kumpulan dan bantuan profesional isi

kandungan pelajaran secara dalam talian (Learnframe,2001).

Menurut Rosenberg (2001), pembelajaran elektronik merujuk kepada penggunaan

teknologi internet untuk menyampaikan penyelesaian yang luas untuk meningkatkan

pengetahuan dan prestasi. Ia berasaskan tiga kriteria utama iaitu:

(i) Pembelajaran adalah berangkaian dan berupaya membuat pengemaskinian,

menyimpan atau mendapatkan kembali, menyebar dan berkongsi pengajaran atau

maklumat dengan pantas.

(ii) Ia disampaikan kepada pengguna akhir melalui komputer menggunkan teknologi

yang berpiawai.

(iii) Ia memfokuskan terhadap pendangan yang meluas terhadap pembelajaran dan

penyelesaian pembelajaran yang melampaui paradigma latihan tradisional.

Selain itu, pembelajaran elektronik merupakan suatu jenis belajar mengajar yang

memungkinkan tersampaikannya bahan ajar ke siswa dengan menggunakan media

Internet, Intranet atau media jaringan komputer lain.(Hartley, 2001).

15

Yusup (2000) mengkategorikan definisi pembelajaran elektronik kepada tiga

iaitu:

(i) Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi

maklumat dan komunikasi secara terarah (pendekatan sistem) atau terarah

pelajar.

(ii) Pendekatan pembelajaran yang menggunakan media digital dan rangkaian

komputer untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan terutama

menggunakan internet.

(iii)Pembelajaran elektronik mempunyai ciri-ciri seperti merupakan teknologi

elektronik sebagai bantuan dan sistem penilaian diuruskan oleh komputer. Selain

itu, ia boleh belajar pada bila-bila masa dan di mana jua.

1.7.2 MOODLE

MOODLE adalah suatu course content management (CMS) yang diperkenalkan

pertama kali oleh Martin Dougiamas, seorang computer scientist dan educator, yang

menghabiskan sebahagian waktunya untuk mengembangkan sebuah learning

management system (LMS) di salah satu perguruan tinggi di kota Perth, Australia.

MOODLE merupakan sebuah CMS berbasis open source yang saat ini digunakan oleh

Universiti, lembangan pendidikan, sekolah K-12 dan individual yang ingin

menggunakan teknologi web untuk pengelolaan kursusnya (Cole,2005).

16

1.7.3 Web Portal Pendidikan

Web portal pendidikan bermaksud pintu gerbang yang menyediakan pelbagai

bentuk kandungan di dalam masyarakat seperti bahan pengajaran, latihan, rancangan

mengajar, maklumat dan berita terkini, mesej, forum, e-mail dan sebagainya. Teknologi

web portal ini menggambarkan bahawa suatu laman web utama menjadi pusat kepada

maklumat organisasi. Situasi ini membenarkan kandungan maklumat dan persembahan

dalam portal dapat diuruskan dengan mudah (Mohd Shamrie dan Azizi Aziz, 2005).

Web portal juga dikenali sebagai platform untuk komuniti siber berkongsi maklumat di

mana komuniti siber di sini menggambarkan masyarakat yang berhubungan antara satu

sama lain, menolong individu lain dalam menyelesaikan masalah dan satu hubungan

yang bersifat mesra dan meyakinkan (Preece, 2001).

1.7.4 Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Segala bahan elektronik bersama perisian (software) berkenaan yang digunakan

oleh guru untuk membantu dalam penyampaian pengajaran di dalam bilik darjah dan

membantu murid belajar dengan lebih berkesan dan menarik. Contohnya radio,

televisyen, perakam video, OHP, tansparensi, perakam kaset (radio kaset) dan kaset

(pita), projektor slaid dan slaid serta komputer dan perisian. (Baharuddin,1995).

1.7.5 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)

Satu pendekatan yang menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan

pembelajaran untuk mempelajari sesuatu secara langkah demi langkah iaitu program

terancang. (Baharuddin,2001).

17

1.7.6 Multimedia

Terdiri daripada gabungan elemen-elemen teks, grafik, animasi, bunyi dan video untuk

mempersembahkan maklumat kepada pengguna melalui komputer. (Jamalludin

Harun,2001).

1.7.7 Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran boleh dijelaskan sebagai proses menyampaikan maklumat,

menyediakan peluang dan memberi pengalaman serta memupuk nilai yang boleh

mendatangkan perubahan dari segi tingkah laku dan meningkatkan kebolehan kognitif

pelajar (Esah, 2003: 6). Pembelajaran pula dilihat sebagai proses dalaman yang dialami

oleh pelajar melalui pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dan

membawa perubahan kognitif dan tingkah laku pelajar secara kekal (Esah, 2003: 9).

1.8 Penutup

Pembangunan menggunakan web portal ini diharapkan dapat mempermudahkan

pengajaran dan pembelajaran di sekolah sekaligus mengharungi dunia teknologi

maklumat dan komunikasi dalam merealisasikan Wawasan 2020. Web portal ini

menyediakan aktiviti-aktiviti yang tidak terdapat dalam kelas seperti chat, forum, games

dan lain-lain.