persepsi guru sekolah bestari dan sekolah bukan … fileadibah bt. abdul latif yang telah banyak...
Embed Size (px)
TRANSCRIPT



PERSEPSI GURU SEKOLAH BESTARI DAN SEKOLAH BUKAN BESTARI
TERHADAP PENGGUNAAN MEDIA AUDIO-VISUAL DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
SITI AMINAH BT AHMAD
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Kimia).
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006

ii

iii
Dimulakan ucapan dengan Bismillahirrahmanirrahim……..
“Kemanisan dalam hidup itu adalah pabila berlaku suatu pengorbanan yang benar-
benar menguji keimanan insan.”
“Maka kejayaan itu adalah bermula dari suatu pengorbanan. Jalan menuju
kebahagiaan itu tidak ditumbuhi bunga mawar yang harum, melainkan penuh duri
dan pahit.”
TERISTIMEWA BUAT IBU DAN AYAH TERSAYANG.
“ Jasamu Ku Kenang Mendidik Anak Ini Menjadi Insan Berguna” “Ku Doakan Agar
Dikau Mendapat Limpah Kurnia Dari-Nya.”
BUAT ADIK BERADIK YANG DIKASIHI.
“ Pengorbanan Dan Dorongan Amat Aku Hargai.”
BUAT SAHABAT SEPERJUANGAN.
“Kalian Merupakan Insan Yang Diciptakan Untuk Menjadi Sahabat Sejati Dalam
Mengharungi Perjuangan Ini.”
Semoga Semua Di Bawah Lindungan, Pemeliharaan, Dan Keredhaan Allah…Amin!

iv
PENGHARGAAN
Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan
kurnianya kajian ini dapat disiapkan. Selawat dan salam di tujukan kepada
Rasullulah S.A.W yang membawa rahmat ke seluruh alam.
Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima
kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Pn.
Adibah bt. Abdul Latif yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta
bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian ini. Ucapan terima kasih juga
kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sri Amar Diraja, Muar,
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling, Kedah, Sekolah Menengah
Kebangsaan Tinggi Kluang, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Mengkibol,
Kluang serta tidak lupa kepada guru-guru yang telah memberi kerjasama semasa
kajian ini dijalankan.
Sekalung penghargaan kepada mana-mana individu yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini.
WASSALAM.

v
ABSTRAK
Penyelidikan ini bertujuan mengkaji persepsi guru Sekolah Bestari dan
Sekolah Bukan Bestari terhadap penggunaan media audio-visual dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Seramai 93 guru diambil sebagai responden dari 2
buah Sekolah Bestari dan dari 2 buah Sekolah Bukan Bestari secara rawak. Data
yang dikumpul menggunakan set soal selidik yang terdiri daripada 2 bahagian.
Bahagian pertama mengkaji faktor demografi responden dan pada bahagian kedua,
48 item dibina bagi menjawab persoalan kajian. Soal selidik telah dirintiskan dan
mendapat nilai kebolehpercayaan (α = 0.95). Data yang diperolehi daripada
responden telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 10.0. Analisis data
dilakukan dengan melibatkan nilai skor min, ujian t-test dan korelasi. Dapatan kajian
ini menunjukkan bahawa persepsi guru Sekolah Bestari dan Sekolah Bukan Bestari
terhadap kemahiran penggunaan media audio-visual dan tahap pengetahuan pada
tahap yang sederhana masing-masing. Analisis menunjukkan terdapat hubungan
positif yang kuat, signifikan antara kemahiran penggunaan media audio-visual dan
tahap pengetahuan terhadap guru Sekolah Bestari serta Sekolah Bukan Bestari.
Manakala analisis t-test, menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan terhadap tahap pengetahuan dan kemahiran penggunaan media audio-
visual dalam pengajaran dan pembelajaran merentas jenis guru.

vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to investigate the perception of media audio-
visual usage teaching and learning process among the Smart School teachers and not
Smart School teachers. The study focused on the level of media audio-visual skills
usage and the level of among the knowledge teachers. The respondent in this study
involved 93 respondents among the 2 Smart School teachers and not Smart School
teachers. Respondents were chosen from 2 Smart School and from 2 not Smart
School. The data was collected using the questionnaire that consists 2 parts. The first
part was about the demography factors and the other part was constructed by 48
items that will answer the research questions. The data was analyzed using
“Statistical Package for the Social Sciences” (SPSS) version 10.0, included the
calculation of mean score, t-test and correlation. Findings showed the perception the
usage of media in audio-visual and the level of knowledge among them was in
moderate level. On the other hand, the findings showed that the was a positive strong
significant relationship between the usage of media in audio-visual skills and the
level of knowledge among the Smart School teachers and not Smart School teachers
Smart. Besides, t-test analyses showed that there was not significant difference
towards the level of knowledge and level of media audio-visual skills usage in
teaching and learning across the types of teachers.

vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SIMBOL xiii
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 6
1.3 Penyataan Masalah 10
1.4 Persoalan Kajian 10
1.5 Objektif Kajian 11
1.6 Hipotesis Kajian 11
1.7 Kerangka Konsep 13
1.8 Kepentingan Konsep 14
1.9 Skop Kajian 16
2.0 Definisi Operasional Pembolehubah Kajian 16

viii
2.1 Penutup 18
BAB II KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 19
2.2 Objektif Sekolah Bestari 21
2.3 Pelaksanaan Sekolah Bestari 22
2.4 Kepentingan Media Audio-Visual 24
Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran
2.5 Penggunaan Bahan Audio Dalam Proses 26
Pengajaran Dan Pembelajaran
2.6 Penggunaan Televisyen Dalam Proses 27
Pengajaran Dan Pembelajaran
2.7 Penggunaan Berbantukan Komputer 28
Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
2.8 Penggunaan Multimedia Dalam Proses 30
Pengajaran Dan Pembelajaran
2.9 Penutup 30
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 32
3.2 Reka Bentuk Kajian 33
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 33
3.4 Pemilihan Sampel Dan Reka Bentuk 34
Persampelan
3.5 Instrumen Kajian 35
3.6 Kajian Rintis 36
3.7 Prosedur Pengumpulan Data 45
3.8 Proses Penganalisaan Data 45

ix
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 48
4.2 Analisis data 49
4.2.1 Demografi Responden 49
4.2.2 Sekolah 50
4.3 Keputusan Dan Analisis Bahagian II 50
4.3.1 Persepsi Guru Sekolah Bestari Dan 51
Sekolah Bukan Bestari Terhadap
Kemahiran Penggunaan Media
Audio-Visual Dalam Proses Pengajaran
Dan Pembelajaran.
4.3.2 Persepsi Tahap Pengetahuan Guru 53
Sekolah Bestari Dan Sekolah Bukan
Bestari Terhadap Penggunaan
Media Audio-Visual Dalam
Proses Pengajaran Dan Pembelajaran.
4.3.3 Hubungan Antara Kemahiran 54
Penggunaan Media Audio-Visual
Dan Tahap Pengetahuan Terhadap
Guru Sekolah Bestari Serta Sekolah
Bukan Bestari.
4.3.4 Perbezaan Kemahiran Penggunaan 56
Dan Tahap Pengetahuan Terhadap Media
Audio-Visual Dalam Proses Pengajaran
Dan Pembelajaran Merentas Jenis Guru.
4.4 Penutup 57

x
BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN
5.1 Pengenalan 59
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 59
5.2.1 Persepsi Guru Sekolah Bestari 60
Dan Sekolah Bukan Bestari
Terhadap Kemahiran Media
Audio-Visual Dalam Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran.
5.2.2 Persepsi Tahap Pengetahuan 62
Guru Sekolah Bestari Dan Sekolah
Bukan Bestari Terhadap penggunaan
Media Audio-Visual Dalam
Proses Pengajaran Dan Pembelajaran.
5.2.3 Hubungan Antara Kemahiran 65
Penggunaan Media Audio-Visual
Dan Tahap Pengetahuan Terhadap
Guru Sekolah Bestari Serta
Sekolah Bukan Bestari.
5.2.4 Perbezaan Kemahiran Penggunaan 67
Dan Tahap Pengetahuan Terhadap
Media Audio-Visual Dalam Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran
Merentas Jenis Guru.
5.3 Cadangan 70
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 71
5.5 Rumusan 71
BIBLIOGRAFI 73
LAMPIRAN 80

xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Matlamat Sekolah Bestari 24
3.1 Jenis Konstruk Dan Bilangan Item Dalam 38
Soal Selidik.
3.2 Pekali Kebolehpercayaan Alpha Bagi 39
Konstruk Media Audio-Visual.
3.3 Perubahan 5 Point Skala Likert Kepada 47
Skala 3 Peringkat.
3.4 Kekuatan Korelasi. 48
4.1 Taburan Kemahiran Penggunaan Media 53
Audio-Visual Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.
4.2 Taburan Tahap Pengetahuan Guru Terhadap 54
Penggunaan Media Audio-Visual.
4.3 Hubungan Antara Kemahiran Penggunaan 55
Media Audio-Visual Dan Tahap Pengetahuan
Bagi Guru Sekolah Bestari.
4.4 Hubungan Antara Kemahiran Penggunaan 56
Media Audio-Visual Dan Tahap
Pengetahuan Bagi Guru Sekolah Bukan Bestari.
4.5 Perbezaan Kemahiran Penggunaan Media 57
Audio-Visual Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Merentas Jenis Guru.
4.6 Perbezaan Tahap Pengetahuan Media 57
Audio-Visual Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Merentas Jenis Guru.

xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka Konsep 13
4.1 Perbezaan Guru Mengikut Jantina. 50
4.2 Taburan Responden Mengikut Sekolah. 51

xiii
SENARAI SIMBOL
MSC - Koridor Raya Multimedia
ICT - Tekonologi Maklumat Dan Komunikasi
IT - Teknologi Maklumat
ETEMS - Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Dan Sains
KPM - Kementerian Pengajian Malaysia
ISD - Instructional System Design
R & D - Penyelidikan Dan Pembangunan
CTR - Computer Technology Research
% - Peratus
CPU - Unit Pemperosesan Pusat
LCD - Liquid Crystal Display
IRC - Internet Relay Chat
P - Nilai Kebarangkalian
OHP - Overhead Projector
PTPM - Pusat Teknologi Pendidikan Dan Media
WWW - World Wide Web
LAN - Local Area Network
WAN - Wide Area Network
PBSM - Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam
Bahasa Inggeris
K-WORKERS- Pekerja Yang Berpengetahuan
BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan
RMK-9 - Rancangan Malaysia Kesembilan
IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam
KUITTO - Kolej Universiti Tun Hussein Onn
PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru
STS - Sangat Tidak Setuju

xiv
TS - Tidak Setuju
TP - Tak Pasti
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
STM - Sangat Tidak Mahir
TM - Tidak Mahir
AM - Agak Mahir
M - Mahir
SM - Sangat Mahir

xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang soal selidik
B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari Bahagian
Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
(BPPD)
C Surat Kebenaran Menjalankan
Kajian Dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ)
D Surat Sokongan Menjalankan Kajian Dari Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. (UTM)

BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Perkembangan Sekolah Bestari dalam alaf baru telah menjadi arah aliran
dalam perkembangan pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi
pendidikan di Malaysia. Adalah diperakukan bahawa Sekolah Bestari ini merupakan
sekolah yang satu-satunya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik dan
berpengetahuan, dan dijangkakan akan cukup mampu bersaing apabila menghadapi
cabaran-cabaran wawasan negara.
Untuk menentukan kejayaan pencapaian matlamat Sekolah Bestari. Guru
bestari adalah dikehendaki melengkapkan diri dengan kemahiran penggunaan
komputer dan alat teknologi terkini serta pedagogi baru untuk menghadapi cabaran-
cabaran di Sekolah Bestari. Sememangnya, guru bestari bukan sahaja melaksanakan
tugas mengajar dan memberi ilmu pengetahuan, tetapi juga berperanan mendidik
pelajar mengikut matlamat Wawasan 2020, yakni melahirkan teknokrat-teknokrat
yang bertaraf dunia serta bermoral, di samping membentuk generasi cemerlang, yang
mempunyai daya kreativiti dan daya saing, dan seterusnya menjadikan Malaysia
sebuah pusat kecermelangan pendidikan bertaraf dunia.
Menurut Eric Ashby (1967), bidang ilmu pendidikan telah mengalami empat
revolusi iaitu revolusi yang pertama berlaku apabila masyarakat mula menyedari
bahawa orang dewasa mempunyai peranan yang berbeza-beza di dalam

2
masyarakatnya dan beban mendidik anak-anak berpindah dari ibu bapa kepada guru-
guru atau dari rumah ke sekolah.
Revolusi yang kedua boleh juga dianggap sebagai zaman kelahiran media dan
seterusnya media berkembang mencapai ke taraf yang wujud sekarang ini. Sebelum
ini, pengajaran dilakukan secara lisan. Pada waktu itu orang tidak cenderung
menerima penggunaan tulisan di dalam bilik darjah. Kemunculan media bermula
sejak tahun 3,000 sebelum masihi pada zaman penyalinan (scribal age); iaitu ia
bermula dari seni-lukis dan seni-tulis (Kramer, 1965).
Revolusi ketiga tiba apabila terdapat mesin cetak dan baharulah media secara
tulisan dapat berkembang ke taraf sebaran am. Bermula dari negeri Cina, percetakan
lahir apabila penciptaan kertas pada tahun 105 masihi dan seterusnya percetakan
secara besar-besaran yang hanya dipergiatkan pada zaman dinasti Tang dalam tahun
618 hingga 906 masihi (Carter & Goodrich,1955). Manakala di barat, tokoh
reformasi Martin Luther (1483-1546) menggalakkan penganutnya mendalami ilmu
Kitab Injil, menyebabkan banyak penterjemahan dilakukan sebagai unsur sebaran am
(Chappell, 1972).
Manakala, pada pandangan Ashby, revolusi yang keempat lahir dan
berkembang dengan adanya pengetahuan elektronik, terutamanya sekali yang
melibatkan radio, televisyen, pita perakam dan komputer.
Jika dalam bidang komunikasi, media lebih mantap sebagai pengantara di
antara pengantar dan penerima, dalam bidang pendidikan pula, media lebih kukuh
sebagai alat pengantara di antara guru (pengantar) dan murid (penerima). Alat ini
kemudiannya dikenali sebagai alat pandang-dengar oleh para pengguna kerana alat-
alat itu berfungsi untuk dipandang dan didengar dan sebahagian besar dari semua
pembelajaran berpunca dari pancaindera pandang dan dengar. Ini dapat dilihat pada
model komunikasi Shannon dan Weaver (1947), yang menekankan aspek-aspek
teknikal dalam penghantaran mesej dari punca ke penerima bukan aspek-aspek
komunikasi antara manusia. Dalam pengajaran, guru sebagai punca maklumat akan
memilih sesuatu topik pengajaran. Topik pengajaran ialah mesej yang akan
disampaikan melalui pemancar. Kemudian, pemancar menerima mesej ini dan

3
bertukar menjadi isyarat. Isyarat ini akan diterima oleh mata atau telinga penerima
dan bertukar semula menjadi mesej dan akhirnya sampai ke destinasi, iaitu minda
pelajar.
Secara umumnya, media audio-visual ini dapat dikelaskan kepada dua iaitu
perkakasan dan perisian. Contoh-contoh perkakasan ialah Overhead Projector
(OHP), projector slaid, perakam video, televisyen, projektor legap. Sementara
perisian terdiri pelbagai item yang sering digunakan bersama dengan perkakasan
seperti transparensi, slaid, pita audio, dan program komputer (Percival dan Ellington,
1983).
“Dalam pengajaran audio-visual yang bermakna, syaratnya guru harus
merancang pengajaran berasaskan alat ini dari pelbagai sudut yang mana untuk
menyampaikan idea-idea dan pengalaman melalui deria melihat dan mendengar.
Pengajaran audio-visual menekankan kepada pendekatan nilai konkrit atau
pengalaman tidak lisan dalam proses pembelajaran. Pengajaran audio-visual
haruslah tidak dilupakan sebagai salah satu kaedah dalam pengajaran. Media
audio-visual hanya bermakna apabila alat ini digunakan sebagai salah satu media
yang perlu dalam proses pembelajaran.”
(Mc Clusky, 1949).
“Media audio-visual tidak harus dikelaskan kepada pengalaman yang
berasaskan kepada “melihat’’ atau “mendengar”. Tetapi media ini haruslah
berasaskan kepada teknologi moden dalam penghasilan yang bermakna, iaitu
pengalaman konkrit kepada pelajar-pelajar.”
(Dale, Finn, dan Hoban, 1949).
Berdasarkan kepada petikan di atas didapati bahawa bagi sebarang media
yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk
membantunya menyampaikan isi pelajaran secara berkesan, supaya mudah difahami
atau diikuti pelajar. Selain daripada itu, secara tidak langsung guru telah
mempersembahkan bahan-bahan tersebut kepada pelajar. Tetapi adakah media
pengajaran ini membantu sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran
atau hanya sekadar dipertontonkan dan diperlihatkan sahaja bagi menghasilkan

4
tingkah laku yang tertentu yang mana mesti mengaitkan kepada tingkah laku pelajar
dengan kaedah yang tertentu. ( Skinner, 1968 )
Perkara utama yang harus ditekankan dalam pengajaran berbantukan audio-
visual adalah peneguhan terhadap tindak balas pelajar secara kerap dan cepat,
pembelajaran individu dikawal, memastikan pengajaran guru secara logik serta
dikawal secara berurutan, dan tindak balas daripada pelajar. (Hawkridge, 1976). Apa
yang penting, sebarang bahan bantu mengajar yang dipilih hendaklah selaras dengan
hasil pembelajaran berdasarkan kepada objektif pengajaran yang ingin dicapai oleh
guru.
Mengikut Seels dan Richey (1994), teknologi pengajaran mencakupi lima
domain. Kelima-lima domain ini menjadi asas dan struktur kepada bidang teknologi
pengajaran. Lima domain yang dimaksudkan adalah:
1. Rekabentuk.
2. Pengembangan / Pembinaan.
3. Penggunaan.
4. Pengurusan.
5. Penilaian.
Mereka mendefinisikan teknologi pengajaran sebagai teori dan amalan
rekabentuk, pengembangan / pembinaan, penggunaan, pengurusan dan penilaian
terhadap proses dan sumber untuk pembelajaran. Teori mengandungi konsep,
konstruk, prinsip dan saranan yang menyumbang kepada pembinaan kerangka
pengetahuan. Manakala amalan adalah aplikasi pengetahuan untuk menyelesaikan
masalah pengajaran dan pembelajaran.
Domain yang pertama dalam teknologi pengajaran adalah domain
rekabentuk. Dalam rekabentuk terdapat empat bidang utama iaitu rekabentuk sistem
pengajaran, rekabentuk strategi, rekabentuk mesej dan ciri-ciri pelajar. Beberapa
kajian tentang aplikasi rekabentuk pengajaran telah dijalankan untuk menguji kesan
atau impaknya terhadap pembelajaran. Ismail (1994) dan Chan (1996) mendapati
reka bentuk pengajaran dapat membantu atau meningkatkan pencapaian pelajar.

5
Tanpa penggunaan rekabentuk maka pengajaran dalam bilik darjah yang tidak teratur
akan menyebabkan objektif pengajaran sukar dicapai oleh guru.
Reka bentuk mesej pula melibatkan perancangan untuk memanipulasikan
bentuk fizikal mesej (Grabowski, 1991). Ia bermaksud apakah cara dan format yang
paling berkesan untuk menyampaikan mesej kepada pelajar. Menurut Fleming dan
Levie (1993), pula menghadkan definisi mesej kepada pola-pola simbol yang akan
mempengaruhi perilaku kognitif, afektif, dan psikomotor. Maka bentuk mesej
bergantung kepada jenis medium yang digunakan dan tugasan pembelajaran yang
akan dicapai. Kajian yang dijalankan oleh Jeyanti (1997), menunjukkan bahawa
atribut media seperti visual statik dalam teks terancang dan transparensi overhed
dapat membantu pencapaian objektif pembelajaran.
Perkembangan teknologi pendidikan bukan hanya menyelinap ke sekolah-
sekolah malah memainkan peranan yang sama pentingnya di Institusi Pengajian
Tinggi. Ini bertepatan dengan tujuan pusat teknologi pengajaran didirikan ialah untuk
merancang program media pendidikan untuk menyokong kurikulum, pengajaran, dan
penyelidikan. Sebagai contoh, Pusat Teknologi Pendidikan dan Media (PTPM)
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang menyediakan perkhidmatan pinjaman
perkakasan media untuk kakitangan akademik, bantuan teknikal untuk penggunaan
dan penyelenggaraan perkakasan, perkhidmatan penasihatan dan rundingan untuk
penggunaan media di seluruh kampus, perancangan dan pembelian perkakasan media
untuk kakitangan akademik.
PTPM juga menyokong aktiviti penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik
dan kakitangan akademik universiti seperti memberi perkhidmatan penggambaran
video di dalam dan di luar kampus, menerbitkan slaid multimedia dan bahan
komputer.
Maklumat yang disampaikan dalam pembelajaran media, membolehkan guru
lebih berpeluang menitikberatkan pembelajaran secara individu, memahami
keperluan pelajar, membantu mereka untuk menetapkan dan melaksanakan matlamat
dan merangsang mereka untuk menggunakan maklumat berfaedah daripada media
pendidikan. Walaupun demikian, semua maklumat yang diterima oleh pelajar,

6
mereka hanya mempelajarinya apabila guru bertindak balas secara aktif dalam setiap
pengajaran guru. Tindak balas yang dihasilkan oleh pelajar sebenarnya adalah
matlamat dalam sesuatu proses pendidikan. Dalam pengajaran, tindak balas daripada
pelajar akan menjadi lebih terangsang apabila pelbagai media digunakan.
Tambahan lagi, untuk menjana idea mereka secara lisan dan dalam menulis
laporan, pelajar mempelajari untuk merancang dan menghasilkan persembahan slaid,
mengambil gambar-gambar, membina grafik, merancang dan menghasilkan program
televisyen dan bermain permainan pendidikan. Berbeza dengan kebanyakkan media
massa , penggunaan media boleh berfungsi sebagai komunikasi dua hala.
Komunikasi sejagat wujud seperti audio, dan komputer dapat dihantar antara stesen
dunia dengan kedudukan satelit-satelit yang terapung-apung di atas lautan dunia.
Sekarang, pelajar berupaya untuk belajar tanpa bantuan guru dengan kecanggihan
teknologi tersebut.
Pengajaran berkonsepkan media audio-visual ini akan mengubah pendekatan,
strategi dan kaedah, dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, kadang
kala guru menyesuaikan kaedah penemuan di dalam pengajaran mereka kerana
pendekatan ini dikatakan dapat membantu pelajar meningkatkan kemampuan untuk
bertanya soalan, untuk menganalisis maklumat dan mencari langkah penyelesaian
masalah. Contohnya, Sobrante Park School di Oakland, California, pelajar dibawa
ke perpustakaan oleh penyelidik untuk menyiasat dan mempelajari peralatan dan
bahan-bahan yang baru. Di dalam perpustakaan tersebut, pelajar tidak terbatas untuk
mempelajari semua jenis media tersebut dan sentiasa menggalakkan mereka untuk
meminjam bahan-bahan tersebut seperti juga meminjam buku.
1.2 Latar Belakang Masalah
Projek rintis Sekolah Bestari membabitkan 90 sekolah tiga aras teknologi
iaitu sembilan sekolah Aras A, dua sekolah Aras B+ dan 79 sekolah Aras B telah
dilaksanakan. Pelaksanaan Sekolah Bestari ini masih menimbulkan beberapa
masalah yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini. Sekolah yang berhasrat

7
melaksanakan Sekolah Bestari haruslah ada kelengkapan komputer kerana komputer
merupakan penjana utama dalam perlaksanaanya. Namun demikian, sekolah
pedalaman sukar untuk melaksanakan Sekolah Bestari kerana sukar dihubungi
dengan jalan darat dan mengambil masa yang lama untuk bekalan elektrik sampai ke
kawasan itu. Oleh itu, kemudahan komputer tidak dapat dibekalkan.
Hanya empat hingga tujuh buah komputer dibekalkan untuk sebuah kelas.
Keadaan ini menyebabkan pelajar berkongsi menggunakan komputer. Ini seterusnya
menimbulkan persaingan penggunaan dikalangan pelajar. Pelajar yang berani dan
berkebolehan akan menguasai penggunaannya berbanding dengan pelajar yang
lemah dan tidak berani bersaing.Ini wujud kerana kemudahan komputer masih tidak
mencukupi untuk sesebuah sekolah.
Sekolah Bestari dilancarkan secara berperingkat. KPM menggalakkan semua
sekolah menjadi Sekolah Bestari tetapi perlu mencari sumber kewangan sendiri. Oleh
itu, banyak perkara perlu dibuat seperti menyediakan kemudahan awam dan perlu
membeli peralatan yang canggih. Ini menyebabkan tidak semua sekolah mampu
menjadi Sekolah Bestari.
Gagasan Sekolah Bestari diambil dari Amerika Syarikat. Kebimbangan
tentang kemungkinan perancangan hanya terapan daripada sejarah luar negeri yang
tidak bersesuaian dengan keadaan negara kita. Penyesuaian perlu dibuat sebagai
penyesuaian dengan realiti setempat.
Guru–guru sains sering dianggap sebagai tidak tahu menggunakan berbagai-
berbagai jenis media pengajaran (audio-visual) dalam pengajaran dan pembelajaran
di sekolah. Hal ini berlaku mungkin disebabkan guru-guru tersebut langsung tidak
tahu tentang media pengajaran.
Kekangan yang timbul dalam menggunakan teknologi pengajaran ini kerana
kekangan dari diri sendiri, rakan seperjuangan, pihak pentadbiran atau pelajar serta
persekitaran. Ini adalah mungkin masa yang agak panjang dalam mengendalikan
media pengajaran tersebut, contohnya terdapat lima langkah dalam menggunakan
media sebagai alat bantuan dalam pengajaran seperti persiapan guru itu sendiri

8
adalah perlu dalam mengendalikan media audio-visual tersebut. Selain itu keadaan
persekitaran dan bilik darjah harus dititikberatkan supaya media tersebut dapat
berfungsi iaitu dapat didengar dan dilihat dengan baik. Seterusnya menggunakan
media tersebut seperti imej dan kekuatan bunyi adalah jelas ,dapat difahami serta
menarik perhatian pelajar. Langkah yang terakhir ialah tindakan susulan yang
diambil oleh guru seperti mengemukakan soalan dan berbincang bersama-sama
pelajar serta membuat penilaian terhadap pelajar (Brown, Lewis dan Harcleroad,
1973).
Dengan wujudnya ledakan maklumat yang semakin rancak kini, terdapat
segelintir para guru tidak menyedari bahawa sedikit sebanyak perubahan tersebut
telah menimbulkan impak yang amat dahsyat dalam sistem pendidikan negara.
Contohnya teknologi pengajaran ini telah membentuk empat pola pengajaran iaitu
hubungan antara guru dengan pelajar, guru dengan bahan pandang dengar, guru
dengan sistem pengajaran dan media dan media pengajaran sahaja (tiada peranan
guru).
Sehingga kini, guru masih lagi mengambil jalan yang mudah dengan hanya
menggunakan ‘chalk and talk’ atau syarahan semata-mata dan yang lebih
menyedihkan, mereka menggunakan kaedah bacaan-hafal-periksa (buku teks). Ini
merupakan kaedah tradisional iaitu tiada media digunakan dalam pengajaran kecuali
guru dan papan kapur. Guru bertutur sepanjang masa pengajaran dengan sedikit atau
tiada langsung interaksi antara guru dengan pelajar sama seperti kaedah kuliah.
Teknologi pengajaran ini telah mempengaruhi sistem atau pendekatan proses
pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh menukar sistem pendidikan konvensional
(bersemuka), menerima sistem pembelajaran jarak jauh menggunakan bahan gaya
pos dan kelas telesidang, sistem kelas terbuka menggunakan sistem pengajaran
individu dan pengajaran peribadi atau sistem sekolah bebas menggunakan sistem
belajar sendiri dan pembelajaran bebas menggunakan perkhidmatan jaring (internet)
seperti WWW, LAN, dan WAN.
Teknologi pengajaran juga boleh mengubah cara pengajaran dirancang dan
disusun. Sebagai contoh, kurikulum literasi komputer mempunyai strategi pengajaran

9
yang berlainan dengan pengajaran konvensional. Selain itu adalah penggunaan
simulasi komputer bagi mengatasi kesukaran pelajar untuk memahami konsep dalam
sains. Kita sedia maklum bahawa pelajar sering menghadapi masalah dalam
memahami konsep-konsep abstrak dalam mata pelajaran sains. Ini adalah penting
bagi memastikan konsep yang diterima pelajar adalah bertepatan dengan konsep
sains. Menurut Driver (1981), idea yang tidak selari dengan konsep sains ini
dikenali sebagai kerangka alternatif dan ia berbeza dengan konsep sebenar,
sebagaimana yang difahami oleh ahli atau pakar sains (Akerson, et.al, 2000).
Keadaan ini bertambah meruncing apabila pelajar dikehendaki menerima
secara bulat-bulat fakta dan konsep sains yang disampaikan melalui proses
penghafalan (Gredler, 1997). Dweck (1986) dan West & Pines (1983), dalam kajian
mereka menunjukkan aspek motivasi memainkan peranan yang penting dalam
memupuk perubahan konsep pada pelajar. Dalam konteks penyelidikan ini,
perubahan pengkonsepan dimotivasikan melalui simulasi komputer.
Tambah menyedihkan lagi apabila Laporan Kementerian Pendidikan juga
menggambarkan bahawa amalan penggunaan media teknologi pendidikan di
peringkat sekolah telah diketepikan kerana guru-guru begitu ghairah menghabiskan
sukatan pelajaran disebabkan tekanan peperiksaan menurut Asiah, (1990). Ataupun
kerana bekalan teknologi pendidikan tidak mencukupi. Tetapi menurut Asiah (1990),
lagi, walaupun kebanyakkan sekolah memiliki peralatan teknologi pendidikan,
namun tidak ramai guru menggunakan dan memanfaatkannya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Jelaslah bahawa, teknologi pengajaran (audio-visual) ini ialah gabungan
harmoni dan sistematik daripada perkakasan, perisian, dan seni mengguna dan
mengendalikan dalam pengajaran. Gabungan ketiga-tiga itulah yang akan
menghasilkan pengajaran yang berkesan dan penuh bermakna. “Teknologi
pengajaran merangkumi penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam memenuhi
keperluan pendidikan. Ia meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan media
dan kaedahnya dan pengawasan persekitaran setakat mana ia dapat menimbulkan
pembelajaran” ubahsuai daripada (Dertek Unwin, 1976).

10
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi guru Sekolah Bestari dan
Sekolah Bukan Bestari terhadap kemahiran penggunaan media audio-visual dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di 4 buah sekolah iaitu di Negeri Johor, dan
Kedah. Kajian juga dilakukan dengan mengenal pasti tahap pengetahuan guru
Sekolah Bestari dan Sekolah Bukan Bestari terhadap penggunaan media audio-
visual. Penyelidik mengkaji hubungan antara kemahiran penggunaan media audio-
visual dan tahap pengetahuan terhadap guru Sekolah Bestari dan Sekolah Bukan
Bestari dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Akhir sekali, perbezaan
kemahiran penggunaan dan tahap pengetahuan terhadap media audio-visual dalam
proses pengajaran dan pembelajaran merentas jenis guru.
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan kajian yang ingin di lihat dalam kajian ini adalah seperti berikut:
i. Apakah persepsi guru Sekolah Bestari dan Sekolah Bukan Bestari terhadap
kemahiran penggunaan media audio-visual dalam pengajaran dan pembelajaran.
ii. Apakah persepsi tahap pengetahuan guru Sekolah Bestari dan Sekolah Bukan
Bestari terhadap penggunaan media audio- visual dalam pengajaran dan
pembelajaran.
iii. Adakah terdapat perhubungan antara persepsi tahap pengetahuan dan kemahiran
penggunaan media audio-visual dalam pengajaran dan pembelajaran bagi guru
Sekolah Bestari dan Sekolah Bukan Bestari.
iv. Adakah terdapat perbezaan kemahiran penggunaan media audio- visual dalam
pengajaran dan pembelajaran merentas jenis guru.
v. Adakah terdapat perbezaan tahap pengetahuan media audio- visual dalam
pengajaran dan pembelajaran merentas jenis guru.