› docs › default-source › nie-files › media-coverage › 2017-media... anugerah jauhari...

1
EHASLEEN BACHIK [email protected] BELIAU mungkin dikenali sebagai ‘Papa Rok’ dan masih mengekalkan rambutnya yang panjang. Namun, Datuk Ramli Sarip, 65 tahun, tetap berjaya menentang ‘arus’ – bertahan sepanjang sekitar empat dekad dalam industri seni serta dapat pula mengekalkan imejnya yang baik dan bersih meskipun dunia rok lebih kerap dikaitkan dengan dadah, arak dan wanita. Menurut Datuk Ramli yang men- jadi penyanyi solo setelah kumpulan- nya Sweet Charity bubar pada 1985 memang ada sesetengah peminat wan- ita khususnya yang sudah berdekad mendengar dan menyanyi lagunya akan berasa seronok ketika bertemu- nya buat kali pertama dan akan terus memegang-megangnya. Penghargaan mereka itu menyen- tuh hatinya, namun, beliau tetap mem- batasi diri. “Saya sifatkan diri saya sebagai amat beruntung kerana dalam dunia kelab (muzik), anda boleh melihat seg- ala-galanya di sana. Tetapi arwah ayah saya sentiasa berpesan tentang perkara asas dalam kehidupan iaitu agama dan budaya itu amat penting. “Pengaruh itu penting tapi jangan terpengaruh,” ujar beliau sambil menukil beberapa pemuzik Barat se- perti Jimi Hendrix serta pemain gitar Rolling Stones, Brian Jones, yang akhirnya menemui maut akibat dadah. “Apa jua yang baik dalam dunia se- ni dan muzik itu kita ambil, bukan dari sudut negatifnya,” tambah be- liau. Malam tadi, Datuk Ramli, merupa- kan salah seorang daripada dua pene- rima Anugerah Jauhari Sepanjang Hayat Berita Harian – seiring legenda bola sepak negara, Fandi Ahmad – bersempena ulang tahun Berita Hari- an yang ke-60 tahun. Anugerah tersebut adalah bagi mengiktiraf sumbangan dan penca- paian mereka dalam bidang masing- masing. Menurut Datuk Ramli beliau per- nah duduk mendengar muzik ber- bekalkan air gas “dari sejuk sampai menjadi panas” semata-mata untuk melihat dan cuba memahami dunia muzik meskipun ketika itu beliau masih berada di bangku sekolah. Laluan seninya juga tidak luput daripada pelbagai cabaran. Antara yang paling diingati dan menjadi satu pengajaran bagi dirinya ialah bagaima- na gara-gara rambutnya yang pan- jang, lagunya tidak dimainkan di udara. “Bagi saya itu satu benda pelik, kelakar dan saya pun tidak tahu nak kata apa. Saya tidak kena tangkap sebab dadah, gaduh, minum arak atau apa-apa pun tapi lagu saya tidak di- mainkan di radio kerana saya umpa- ma penghulu yang menentang kera- jaan atau sebagainya. Permit untuk persembahan saya pun tidak dilulus. “Masa tu saya dah 40 tahun lebih. ‘Kau suruh aku gunting rambut? Aku bukan dalam kumpulan seragam’. “ Tabiat saya dari kecil pun saya tidak suka gunting rambut. Arwah ayah saya walaupun dia kerja dia me- mang boleh gunting rambut, tapi saya akan lari. Maghrib saja baru balik sebab dia tidak akan dapat gunting rambut malam-malam,” singkap be- liau. Apa yang menjadi amalan ‘Papa Rok’ yang juga dikenali dengan disip- lin diri serta lagu-lagu berunsur ke- rohanian ialah sentiasa mendoakan se- siapa sahaja, peminat mahupun orang di sekelilingnya. LEGENDA bola sepak Singapura, Fandi Ahmad (gambar atas), melahirkan rasa gembira dan bangga diberi Anugerah Jauhari Sepanjang Hayat. “Ia anugerah yang amat istimewa dan saya tidak terfikir da- pat menerimanya,” kata Fandi ketika ditemui di lapangan ter- bang sebelum berlepas ke Qatar pada hujung minggu lalu. Fandi tidak dapat hadir di majlis penyampaian anugerah tersebut yang berlangsung di Hotel Mandarin semalam kerana beliau kini berada di Timur Tengah bersama rombongan pasu- kan bola sepak nasional. Skuad nasional dijadualkan beraksi menentang Qatar dalam satu perlawanan persahabatan malam ini sebelum tu- run menentang Turkmenistan dalam satu perlawanan penting kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Kopetdag, Ashgabat, pada 10 Oktober. Semalam isteri Fandi, Wendy Jacobs, menerima anugerah itu bagi pihaknya. “Saya berharap anugerah ini dapat memberi inspirasi kepa- da yang lain dan saya mahu mengucapkan terima kasih kepa- da semua yang memilih saya bagi anugerah ini. “Terima kasih Berita Harian!” kata Fandi. ENORHAIZA HASHIM [email protected] JAUHARI Berita Harian tahun ini, Encik Abu Bakar Mohd Nor, mem- pamerkan kejayaan yang ingin diton- jolkan dalam SkillsFuture, jauh sebe- lum gerakan itu diperkenalkan di Sin- gapura. Tanpa kelulusan universiti, ia tidak menghambat karyawan berusia 51 tahun itu untuk menaiki tangga ker- jaya bermula daripada seorang pe- nolong pegawai keselamatan hingga menjadi Pengarah Urusan (Gas dan Kapal Khusus) Keppel Offshore & Ma- rine. Malah, pada usia 35 tahun, beliau sudah pun diberi tanggungjawab men- jadi Pengurus Besar tiga buah anak syarikat milik penuh Keppel ter- masuk Alpine Engineering Services dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nakilat-Keppel Offshore & Marine di Qatar pada usia 45 tahun. “Saya beruntung kerana majikan saya tidak melihat diploma binaan yang saya raih dari Politeknik Sin- gapura (SP) sebagai hambatan untuk merintis peluang untuk saya. Apabila saya menaiki tangga kerjaya, saya me- lihat pentingnya meningkatkan ke- mahiran demi menjalankan tugas saya. “Pada akhirnya, ia bukan men- genai kelayakan pendidikan tetapi sa- ma ada kita boleh jalankan tugas yang diberikan dengan cemerlang,’’ kata Encik Abu Bakar, dalam sidang akhbar pagi semalam bagi memperke- nalkan para pemenang Anugerah Jau- hari Berita Harian. Semasa bekerja, beliau meluang- kan masa mengikuti ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan Eksekutif di Universiti Pengurusan Singapura (SMU). “Beliau merupakan contoh Skills- Future jauh sebelum gerakan SkillsFu- ture diperkenalkan. Beliau memula- kan kerjaya di Keppel dengan diplo- ma dan bekerja keras sehingga men- jadi Pengarah Urusan. Dalam masa itu, beliau juga meningkatkan diri dan meluangkan masa memburu ijazah Sarjana. Beliau juga menyumbang se- bagai Kolonel di SAF dan Presiden Persatuan Industri Marin Singapura,’’ kata Editor Berita Harian/Berita Ming- gu, Encik Saat A. Rahman. Semasa Rapat Hari Kebangsaan 2014, Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong menukil contoh Encik Abu Bakar sebagai seorang yang dap- at berjaya dalam bidang itu walaupun pada mulanya beliau tidak mempun- yai ijazah. Apabila beliau pertama kali diberi- tahu bahawa beliau dinobatkan se- bagai pemenang Anugerah Jauhari tahun ini, perkara pertama dilakukan Encik Abu Bakar ialah ‘meng-goggle’ untuk mengetahui penerima lampau Jauhari. “Dengan rasa rendah hati, saya menerima anuggerah ini. Usaha mur- ni BH untuk memberikan anugerah ini amat baik kerana masyarakat per- lu mempunyai inspirasi untuk maju ke hadapan. “Sebagai seorang pemimpin, kita memberikan inspirasi dan menunjuk- kan contoh kepada yang lain,’’ kata Encik Abu Bakar. Ditanya mengenai industri marin yang masih dirundum kelemahan, be- liau menganggap ia sebagai satu kita- ran perniagaan yang akan berlalu. Yang penting, industri itu bersiap se- dia mengaup peluang di masa hada- pan apabila ia pulih semula. Sidang akhbar itu juga disertai pe- menang Anugerah Jauhari Sepanjang Hayat, Datuk Ramli Sarip, dan pe- menang Anugerah Jauhari Harapan, Cik Yusrina Ya’akob. Walaupun takut kepada keting- gian semasa kecil, Cik Yusrina meng- hapuskan rasa takut itu dan menjadi wanita pertama Singapura yang ber- jaya mendaki puncak Gunung Ever- est Mei lalu. Menceritakan detik sampai di pun- cak gunung, Cik Yusrina berkata: “Pa- da mulanya, saya berasa tenteram tetapi sampai sahaja di puncak gu- nung, rasa bersyukur amat sangat se- hinggakan saya terus sujud syukur di situ juga. Air mata tidak henti men- curah-curah.’’ Di sebalik rintangan dan cabaran, beliau menggalak anak-anak muda un- tuk mencari sesuatu yang mereka mi- nati dan fokus mencapai matlamat mereka. Fandi tidak terfikir diberi anugerah ANUGERAH JAUHARI BERITA HARIAN Rahsia ‘Papa Rok’ dapat terus bertahan... Jauhari tak jemu pertingkat diri BERGAMBAR BERSAMA: Cik Yusrina (tengah) mengambil ‘wefie’ bersama Encik Abu Bakar (kiri) dan ‘papa rok’ Datuk Ramli Sarip selepas sidang akhbar bagi mengumumkan penerima Anugerah Jauhari Berita Harian semalam. – Foto-foto JOHARI RAHMAT Foto fail Contoh cemerlang kejayaan yang ingin ditonjolkan SkillsFuture, jauh sebelum gerakan itu diperkenalkan di Singapura “Saya beruntung kerana majikan saya tidak melihat diploma binaan yang saya raih dari Politeknik Singapura (SP) sebagai hambatan untuk merintis peluang untuk saya. Apabila saya menaiki tangga kerjaya, saya melihat pentingnya meningkatkan kemahiran demi menjalankan tugas saya... Pada akhirnya, ia bukan mengenai kelayakan pendidikan tetapi sama ada kita boleh jalankan tugas yang diberikan dengan cemerlang.” – Encik Abu Bakar Mohd Nor. 10 Berita Harian | Khamis, 5 Oktober 2017 Berita SETEMPAT

Upload: others

Post on 26-Feb-2020

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: › docs › default-source › nie-files › Media-Coverage › 2017-Media... ANUGERAH JAUHARI BERITA HARIAN Jauhari tak jemu …kan bola sepak nasional. Skuad nasional dijadualkan

EHASLEEN [email protected]

BELIAU mungkin dikenali sebagai ‘Papa Rok’ dan masih mengekalkan rambutnya yang panjang.

Namun, Datuk Ramli Sarip, 65 tahun, tetap berjaya menentang ‘arus’ – bertahan sepanjang sekitar empat dekad dalam industri seni serta dapat pula mengekalkan imejnya yang baik dan bersih meskipun dunia rok lebih kerap dikaitkan dengan dadah, arak dan wanita.

Menurut Datuk Ramli yang men-jadi penyanyi solo setelah kumpulan-nya Sweet Charity bubar pada 1985 memang ada sesetengah peminat wan-ita khususnya yang sudah berdekad mendengar dan menyanyi lagunya akan berasa seronok ketika bertemu-nya buat kali pertama dan akan terus memegang-megangnya.

Penghargaan mereka itu menyen-tuh hatinya, namun, beliau tetap mem-batasi diri.

“Saya sifatkan diri saya sebagai amat beruntung kerana dalam dunia kelab (muzik), anda boleh melihat seg-ala-galanya di sana. Tetapi arwah ayah saya sentiasa berpesan tentang perkara asas dalam kehidupan iaitu agama dan budaya itu amat penting.

“Pengaruh itu penting tapi jangan terpengaruh,” ujar beliau sambil menukil beberapa pemuzik Barat se-perti Jimi Hendrix serta pemain gitar Rolling Stones, Brian Jones, yang akhirnya menemui maut akibat dadah.

“Apa jua yang baik dalam dunia se-ni dan muzik itu kita ambil, bukan dari sudut negatifnya,” tambah be-liau.

Malam tadi, Datuk Ramli, merupa-kan salah seorang daripada dua pene-rima Anugerah Jauhari Sepanjang

Hayat Berita Harian – seiring legenda bola sepak negara, Fandi Ahmad – bersempena ulang tahun Berita Hari-an yang ke-60 tahun.

Anugerah tersebut adalah bagi mengiktiraf sumbangan dan penca-paian mereka dalam bidang masing- masing.

Menurut Datuk Ramli beliau per-nah duduk mendengar muzik ber-bekalkan air gas “dari sejuk sampai menjadi panas” semata-mata untuk melihat dan cuba memahami dunia muzik meskipun ketika itu beliau masih berada di bangku sekolah.

Laluan seninya juga tidak luput daripada pelbagai cabaran. Antara yang paling diingati dan menjadi satu pengajaran bagi dirinya ialah bagaima-na gara-gara rambutnya yang pan-jang, lagunya tidak dimainkan di udara.

“Bagi saya itu satu benda pelik, kelakar dan saya pun tidak tahu nak kata apa. Saya tidak kena tangkap sebab dadah, gaduh, minum arak atau apa-apa pun tapi lagu saya tidak di-mainkan di radio kerana saya umpa-ma penghulu yang menentang kera-jaan atau sebagainya. Permit untuk persembahan saya pun tidak dilulus.

“Masa tu saya dah 40 tahun lebih. ‘Kau suruh aku gunting rambut? Aku bukan dalam kumpulan seragam’.

“ Tabiat saya dari kecil pun saya tidak suka gunting rambut. Arwah ayah saya walaupun dia kerja dia me-mang boleh gunting rambut, tapi saya akan lari. Maghrib saja baru balik sebab dia tidak akan dapat gunting rambut malam-malam,” singkap be-liau.

Apa yang menjadi amalan ‘Papa Rok’ yang juga dikenali dengan disip-lin diri serta lagu-lagu berunsur ke-rohanian ialah sentiasa mendoakan se-siapa sahaja, peminat mahupun orang di sekelilingnya.

LEGENDA bola sepak Singapura, Fandi Ahmad (gambar atas), melahirkan rasa gembira dan bangga diberi Anugerah Jauhari Sepanjang Hayat.

“Ia anugerah yang amat istimewa dan saya tidak terfikir da-pat menerimanya,” kata Fandi ketika ditemui di lapangan ter-bang sebelum berlepas ke Qatar pada hujung minggu lalu.

Fandi tidak dapat hadir di majlis penyampaian anugerah tersebut yang berlangsung di Hotel Mandarin semalam kerana beliau kini berada di Timur Tengah bersama rombongan pasu-kan bola sepak nasional.

Skuad nasional dijadualkan beraksi menentang Qatar dalam satu perlawanan persahabatan malam ini sebelum tu-run menentang Turkmenistan dalam satu perlawanan penting kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Kopetdag, Ashgabat, pada 10 Oktober.

Semalam isteri Fandi, Wendy Jacobs, menerima anugerah itu bagi pihaknya.

“Saya berharap anugerah ini dapat memberi inspirasi kepa-da yang lain dan saya mahu mengucapkan terima kasih kepa-da semua yang memilih saya bagi anugerah ini.

“Terima kasih Berita Harian!” kata Fandi.

ENORHAIZA [email protected]

JAUHARI Berita Harian tahun ini, Encik Abu Bakar Mohd Nor, mem-pamerkan kejayaan yang ingin diton-jolkan dalam SkillsFuture, jauh sebe-lum gerakan itu diperkenalkan di Sin-gapura.

Tanpa kelulusan universiti, ia tidak menghambat karyawan berusia 51 tahun itu untuk menaiki tangga ker-jaya bermula daripada seorang pe-nolong pegawai keselamatan hingga menjadi Pengarah Urusan (Gas dan Kapal Khusus) Keppel Offshore & Ma-rine.

Malah, pada usia 35 tahun, beliau sudah pun diberi tanggungjawab men-jadi Pengurus Besar tiga buah anak syarikat milik penuh Keppel ter-masuk Alpine Engineering Services dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nakilat-Keppel Offshore & Marine di Qatar pada usia 45 tahun.

“Saya beruntung kerana majikan saya tidak melihat diploma binaan yang saya raih dari Politeknik Sin-gapura (SP) sebagai hambatan untuk merintis peluang untuk saya. Apabila saya menaiki tangga kerjaya, saya me-lihat pentingnya meningkatkan ke-mahiran demi menjalankan tugas saya.

“Pada akhirnya, ia bukan men-genai kelayakan pendidikan tetapi sa-ma ada kita boleh jalankan tugas yang diberikan dengan cemerlang,’’ kata Encik Abu Bakar, dalam sidang akhbar pagi semalam bagi memperke-nalkan para pemenang Anugerah Jau-hari Berita Harian.

Semasa bekerja, beliau meluang-kan masa mengikuti ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan Eksekutif di Universiti Pengurusan Singapura (SMU).

“Beliau merupakan contoh Skills-Future jauh sebelum gerakan SkillsFu-

ture diperkenalkan. Beliau memula-kan kerjaya di Keppel dengan diplo-ma dan bekerja keras sehingga men-jadi Pengarah Urusan. Dalam masa itu, beliau juga meningkatkan diri dan meluangkan masa memburu ijazah Sarjana. Beliau juga menyumbang se-bagai Kolonel di SAF dan Presiden Persatuan Industri Marin Singapura,’’ kata Editor Berita Harian/Berita Ming-gu, Encik Saat A. Rahman.

Semasa Rapat Hari Kebangsaan 2014, Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong menukil contoh Encik Abu Bakar sebagai seorang yang dap-at berjaya dalam bidang itu walaupun pada mulanya beliau tidak mempun-yai ijazah.

Apabila beliau pertama kali diberi-tahu bahawa beliau dinobatkan se-bagai pemenang Anugerah Jauhari tahun ini, perkara pertama dilakukan Encik Abu Bakar ialah ‘meng-goggle’ untuk mengetahui penerima lampau Jauhari.

“Dengan rasa rendah hati, saya menerima anuggerah ini. Usaha mur-ni BH untuk memberikan anugerah ini amat baik kerana masyarakat per-lu mempunyai inspirasi untuk maju ke hadapan.

“Sebagai seorang pemimpin, kita memberikan inspirasi dan menunjuk-kan contoh kepada yang lain,’’ kata Encik Abu Bakar.

Ditanya mengenai industri marin yang masih dirundum kelemahan, be-liau menganggap ia sebagai satu kita-ran perniagaan yang akan berlalu. Yang penting, industri itu bersiap se-dia mengaup peluang di masa hada-pan apabila ia pulih semula.

Sidang akhbar itu juga disertai pe-menang Anugerah Jauhari Sepanjang Hayat, Datuk Ramli Sarip, dan pe-menang Anugerah Jauhari Harapan, Cik Yusrina Ya’akob.

Walaupun takut kepada keting-gian semasa kecil, Cik Yusrina meng-hapuskan rasa takut itu dan menjadi

wanita pertama Singapura yang ber-jaya mendaki puncak Gunung Ever-est Mei lalu.

Menceritakan detik sampai di pun-cak gunung, Cik Yusrina berkata: “Pa-da mulanya, saya berasa tenteram tetapi sampai sahaja di puncak gu-nung, rasa bersyukur amat sangat se-hinggakan saya terus sujud syukur di situ juga. Air mata tidak henti men-curah-curah.’’

Di sebalik rintangan dan cabaran, beliau menggalak anak-anak muda un-tuk mencari sesuatu yang mereka mi-nati dan fokus mencapai matlamat mereka.

Fandi tidak terfikir diberi

anugerah

ANUGERAH JAUHARI BERITA HARIAN

Rahsia ‘Papa Rok’ dapat terus bertahan...

Jauhari tak jemu pertingkat diri

BERGAMBAR BERSAMA:Cik Yusrina (tengah) mengambil ‘wefie’ bersama Encik Abu Bakar (kiri) dan ‘papa rok’ Datuk Ramli Sarip selepas sidang akhbar bagi mengumumkan penerima Anugerah Jauhari Berita Harian semalam. – Foto-foto JOHARI RAHMAT

Foto fail

Contoh cemerlang kejayaan yang ingin ditonjolkan SkillsFuture, jauh sebelum gerakan itu diperkenalkan di Singapura

“Saya beruntung kerana majikan saya tidak melihat diploma binaan yang saya raih dari Politeknik Singapura (SP) sebagai hambatan untuk merintis peluang untuk saya. Apabila saya menaiki tangga kerjaya, saya melihat pentingnya meningkatkan kemahiran demi menjalankan tugas saya... Pada akhirnya, ia bukan mengenai kelayakan pendidikan tetapi sama ada kita boleh jalankan tugas yang diberikan dengan cemerlang.”

– Encik Abu Bakar Mohd Nor.

10 Berita Harian | Khamis, 5 Oktober 2017

Berita SETEMPAT