4. praktikum 4.1 pengenalan - ipbl.edu.my praktikum pismp.pdf · di ipg kepada praktik semasa...

32
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan 27 4. PRAKTIKUM 4.1 Pengenalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 (PPPM) menterjemahkan keberhasilan pendidikan sebagai pembangunan model insan yang berkualiti sebagai negara ke arah mencapai taraf negara maju. Amanah ini merupakan tanggung jawab besar yang perlu dihayati oleh semua warga pendidik khususnya warga IPGM. Peranan dan komitmen padu padu diperlukan untuk menyediakan latihan bagi melahirkan bakal guru yang berkualiti untuk merealisasikan transformasi pendidikan negara seperti yang dihasrat oleh PPPM 2013 2025. Fokus transformasi dalam amalan profesional adalah untuk menyusun dan memantapkan pelaksanaan praktikum sedia ada dengan merujuk pendekatan Nexus Theory and Practices bagi merapatkan jurang antara teori dengan praktikal, khususnya ketika pelajar IPG berhadapan dengan situasi sebenar di sekolah. Melalui transformasi praktikum, IPG memperkenalkan pemantapan pelaksanaan praktikum secara bertema disamping meningkatkan kualiti pemerhatian dan pencerapan klinikal, dan menambahbaik program pementoran. 4.2 Transformasi Praktikum Transformasi Praktikum di IPG adalah berlandaskan kepada pendekatan Nexus Theory and Practices. Pendekatan Nexus Theory and Practices merapatkan jurang antara teori dengan praktis pelajar IPG dengan sekolah. Melalui pendekatan ini, pelajar akan dapat mengimbangi pengetahuan teoritikal dan praktikal pelajar dan membolehkan pemindahan pembelajaran (transfer of learning) iaitu perkara yang telah dipelajari di IPG dapat diaplikasikan ke dalam situasi sebenar di sekolah secara efektif. Melalui komuniti profesional, guru pembimbing (sekolah) dan pensyarah penyelia (IPG) perlu bekerjasama untuk mewujudkan proses kolaboratif antara sekolah dan IPG bagi memastikan pelajar mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sokongan yang diperlukan. Perkongsian yang teguh antara sekolah dan IPG akan menjadi pemacu kepada program pendidikan guru melalui Model Enhanced Partnership (Rajah 4.1).

Upload: hoangtuong

Post on 16-Jul-2019

308 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 4. PRAKTIKUM 4.1 Pengenalan - ipbl.edu.my Praktikum PISMP.pdf · di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum. Konsep Praktikum Bertema ini akan ... (RPH) mengikut format yang

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

27

4. PRAKTIKUM

4.1 Pengenalan

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM) menterjemahkan

keberhasilan pendidikan sebagai pembangunan model insan yang berkualiti sebagai negara

ke arah mencapai taraf negara maju. Amanah ini merupakan tanggung jawab besar yang

perlu dihayati oleh semua warga pendidik khususnya warga IPGM. Peranan dan komitmen

padu padu diperlukan untuk menyediakan latihan bagi melahirkan bakal guru yang berkualiti

untuk merealisasikan transformasi pendidikan negara seperti yang dihasrat oleh PPPM 2013

– 2025.

Fokus transformasi dalam amalan profesional adalah untuk menyusun dan memantapkan

pelaksanaan praktikum sedia ada dengan merujuk pendekatan Nexus Theory and Practices

bagi merapatkan jurang antara teori dengan praktikal, khususnya ketika pelajar IPG

berhadapan dengan situasi sebenar di sekolah. Melalui transformasi praktikum, IPG

memperkenalkan pemantapan pelaksanaan praktikum secara bertema disamping

meningkatkan kualiti pemerhatian dan pencerapan klinikal, dan menambahbaik program

pementoran.

4.2 Transformasi Praktikum

Transformasi Praktikum di IPG adalah berlandaskan kepada pendekatan Nexus Theory and

Practices. Pendekatan Nexus Theory and Practices merapatkan jurang antara teori dengan

praktis pelajar IPG dengan sekolah. Melalui pendekatan ini, pelajar akan dapat mengimbangi

pengetahuan teoritikal dan praktikal pelajar dan membolehkan pemindahan pembelajaran

(transfer of learning) iaitu perkara yang telah dipelajari di IPG dapat diaplikasikan ke dalam

situasi sebenar di sekolah secara efektif.

Melalui komuniti profesional, guru pembimbing (sekolah) dan pensyarah penyelia (IPG) perlu

bekerjasama untuk mewujudkan proses kolaboratif antara sekolah dan IPG bagi memastikan

pelajar mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sokongan yang diperlukan. Perkongsian

yang teguh antara sekolah dan IPG akan menjadi pemacu kepada program pendidikan guru

melalui Model Enhanced Partnership (Rajah 4.1).

Page 2: 4. PRAKTIKUM 4.1 Pengenalan - ipbl.edu.my Praktikum PISMP.pdf · di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum. Konsep Praktikum Bertema ini akan ... (RPH) mengikut format yang

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

28

Rajah 4.1: Enhanced Partnership Model

Sumber: Adaptasi National Institute of Education (2009) in Oon-Seng Tan,

Woon-Chia Liu dan Ee-Ling Loo (Ed.), (2007).

4.2.1 Strategi Pelaksanaan Transformasi Praktikum IPG

Strategi pemantapan praktikum melalui transformasi IPG akan dilaksanakan seperti berikut:

i. melaksanakan praktikum berdasarkan konsep Nexus Theory and Practice;

ii. melaksanakan program praktikum bertema;

iii. memantapkan penilaian praktikum;

iv. membangunkan sistem pementoran berstruktur berasaskan kompetensi; dan

v. membangunkan e-Praktikum.

Pemantapan Praktikum dilaksanakan menggunakan kerangka konsep pendekatan Nexus

Theory and Practice seperti yang digambarkan dalam Rajah 4.2 di bawah.

Page 3: 4. PRAKTIKUM 4.1 Pengenalan - ipbl.edu.my Praktikum PISMP.pdf · di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum. Konsep Praktikum Bertema ini akan ... (RPH) mengikut format yang

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

29

Rajah 4.2: Pendekatan Nexus Theory and Practice Dalam Pelaksanaan

Praktikum di IPG

4.3 Konsep Praktikum Bertema

Praktikum Bertema berfokus kepada tema-tema tertentu bagi memantapkan penguasaan dan

kemahiran pelajar dalam PdP. Pelaksanaan Praktikum Bertema melibatkan empat komponen

utama iaitu perancangan, pelaksanaan, amalan pedagogi masa kini, kemahiran insaniah serta

refleksi dalam PdP. Setiap komponen mempunyai tema-tema yang khusus. Tema ini

mengabungjalin pengetahuan dan kemahiran ke arah melahirkan insan guru yang profesional

dan memiliki sahsiah guru yang unggul.

Model Struktur Transformasi Praktikum Bertema seperti di Rajah 4.3 yang dicadangkan ini

menekankan kemampuan pelajar untuk menterjemahkan ilmu yang diperoleh secara teoritikal

di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum. Konsep Praktikum Bertema ini akan

mula diperkenalkan kepada pelajar PISMP Ambilan Jun 2017.

Page 4: 4. PRAKTIKUM 4.1 Pengenalan - ipbl.edu.my Praktikum PISMP.pdf · di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum. Konsep Praktikum Bertema ini akan ... (RPH) mengikut format yang

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

30

Rajah 4.3: Model Struktur Praktikum Bertema IPG

4.4 Objektif Praktikum Bertema

Melalui praktikum bertema, pelajar akan;

i. menyepadukan teori dengan praktik PdP;

ii. mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP berdasarkan tema;

iii. mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai;

iv. merancang dan melaksanakan PdP secara berpasangan dan individu

mengikut tema yang telah ditentukan;

v. mengenal pasti dan menyelesaikan masalah PdP;

vi. memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri, menghayati dan mengamalkan

nilai-nilai profesionalisme keguruan;

vii. memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik melalui pembinaan

portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri;

viii. mengoptimumkan kegunaan pelbagai sumber dan teknologi dalam proses

PdP;

ix. menguasai kemahiran fasilitator; dan

x. menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti

kokurikulum berdasarkan tema.

Page 5: 4. PRAKTIKUM 4.1 Pengenalan - ipbl.edu.my Praktikum PISMP.pdf · di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum. Konsep Praktikum Bertema ini akan ... (RPH) mengikut format yang

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

31

4.5 Komponen Tema Dalam Praktikum Bertema IPG

Praktikum dilaksanakan dalam dua fasa dan selama dua belas minggu bagi setiap fasa.

Pelaksanaan Praktikum Fasa 1 memberi pendedahan kepada kesemua komponen tema.

Fasa 2 pula memberi pemantapan kepada komponen tema mengikut keperluan pelajar

berdasarkan rumusan praktikum Fasa 1.

Perincian wajaran mengikut komponen bagi setiap fasa ditunjukkan dalam Jadual 4.1 di

bawah.

Jadual 4.1 Perincian Wajaran Praktikum Mengikut Komponen

FASA 1 FASA 2

BIL KOMPONEN TEMA MARKAH

%

WAJARAN

% BIL KOMPONEN TEMA

MARKAH

%

WAJARAN

%

1. BIDANG TERAS

PERANCANGAN

PELAKSANAAN

AMALAN PEDAGOGI

MASA KINI

KEMAHIRAN INSANIAH

REFLEKSI

100

25

25

10

10

30

55 1. BIDANG TERAS

PERANCANGAN

PELAKSANAAN

AMALAN PEDAGOGI

MASA KINI

KEMAHIRAN INSANIAH

REFLEKSI

100

15

15

20

20

30

55

2.

BIDANG ELEKTIF

TERAS

PERANCANGAN

PELAKSANAAN

AMALAN PEDAGOGI

MASA KINI

KEMAHIRAN INSANIAH

REFLEKSI

100

25

25

10

10

30

30 2. BIDANG ELEKTIF

TERAS

PERANCANGAN

PELAKSANAAN

AMALAN PEDAGOGI

MASA KINI

KEMAHIRAN INSANIAH

REFLEKSI

100

15

15

20

20

30

30

3. KOKURIKULUM

PERANCANGAN

PELAKSANAAN

AMALAN PEDAGOGI

MASA KINI

KEMAHIRAN INSANIAH

REFLEKSI

100

25

25

10

10

30

10 3. KOKURIKULUM

PERANCANGAN

PELAKSANAAN

AMALAN PEDAGOGI

MASA KINI

KEMAHIRAN INSANIAH

REFLEKSI

100

25

25

10

10

30

10

4. REFLEKSI

PERTENGAHAN

PRAKTIKUM

100 5 4. REFLEKSI

PERTENGAHAN

PRAKTIKUM

100 5

JUMLAH 100 JUMLAH 100

Page 6: 4. PRAKTIKUM 4.1 Pengenalan - ipbl.edu.my Praktikum PISMP.pdf · di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum. Konsep Praktikum Bertema ini akan ... (RPH) mengikut format yang

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

32

4.5.1 Perancangan

Dalam tema perancangan, pelajar perlu menyediakan Rancangan Semester, Rancangan

Mingguan dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mengikut format yang ditetapkan oleh

IPG sebelum melaksanakan pengajaran. Dalam penyediaan RPH, pelajar perlu

menitikberatkan kepada empat fasa seperti yang berikut;

i. Pengenalan

ii. Permulaan

iii. Perkembangan pengajaran

iv. Penutup

Dalam perancangan fasa-fasa tersebut, terdapat tema yang boleh dijadikan fokus penyeliaan

oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing dengan pelajar. Tema adalah seperti yang

dicadangkan beserta dengan wajaran dalam Jadual 4.2 di bawah:

Jadual 4.2 Senarai Tema Dalam Komponen Perancangan Dengan Wajaran

KOMPONEN ASPEK TEMA PERINCIAN FASA 1 FASA 2

PERANCANGAN

PdP

(Penyediaan

RPH)

PENGENALAN

PERMULAAN

PERKEMBANGA

N PENGAJARAN

PENUTUP

PENGENALAN

- Hasil pembelajaran

- Isi pelajaran

PERMULAAN

⁻ Set induksi

PERKEMBANGAN

PENGAJARAN

- Strategi pengajaran

pembelajaran

- Kesesuaian aktiviti

dengan strategi

- Sumber pengajaran

pembelajaran

- Unsur Kemahiran Berfikir

Aras Tinggi

- Elemen Merentas

Kurikulum

PENUTUP

25%

15%

Page 7: 4. PRAKTIKUM 4.1 Pengenalan - ipbl.edu.my Praktikum PISMP.pdf · di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum. Konsep Praktikum Bertema ini akan ... (RPH) mengikut format yang

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

33

4.5.2 Pelaksanaan

Pelajar perlu melaksanakan sesi PdP berdasarkan RPH yang disediakan. Pelaksanaan PdP

akan melibatkan fasa-fasa berikut;

i. Permulaan

ii. Perkembangan pengajaran

iii. Penutup

Dalam pelaksanaan fasa-fasa tersebut, terdapat tema yang boleh dijadikan fokus penyeliaan

dan bimbingan kepada pelajar. Tema yang dicadangkan beserta dengan wajaran ditunjukkan

dalam Jadual 4.3 dibawah:

Jadual 4.3 Senarai Tema Dalam Komponen Pelaksanaan Dengan Wajaran

KOMPONEN

ASPEK TEMA

PERINCIAN

FASA

1

FASA

2

PELAKSANAAN

PdP

PERMULAAN

PERKEMBANGAN

PENUTUP

PERMULAAN

⁻ Set Induksi

PERKEMBANGAN

PENGAJARAN

- Langkah-langkah

pengajaran

- Aktiviti pengajaran

- Perbezaan individu murid

- Kepelbagaian aktiviti

PENUTUP

PENCAPAIAN HASIL

PEMBELAJARAN

PENTAKSIRAN

- Memantau pembelajaran

murid.

- Memberi maklumbalas

terhadap respon murid.

- Penilaian pembelajaran

- Menyimpan rekod markah

murid.

PENGURUSAN BILIK

DARJAH

25%

15%

Page 8: 4. PRAKTIKUM 4.1 Pengenalan - ipbl.edu.my Praktikum PISMP.pdf · di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum. Konsep Praktikum Bertema ini akan ... (RPH) mengikut format yang

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

34

- Persekitaran pembelajaran

- Peluang pembelajaran

- Rutin dan peraturan

PENGLIBATAN MURID

PENGGUNAAN SUMBER

PENGAJARAN

PEMBELAJARAN

APLIKASI KBAT

PENERAPAN NILAI

4.5.3 Amalan Pedagogi Masa Kini

Selain proses pengajaran yang melibatkan perancangan, pelaksanaan dan refleksi, pelajar

juga didedahkan dengan amalan pedagogi masa kini yang boleh meningkatkan kualiti PdP

pelajar. Contoh amalan pedagogi masa kini disenaraikan dalam Jadual 4.4.

Jadual 4.4 Senarai Contoh Tema Dalam Amalan Pedagogi Masa Kini dan Wajarannya

KOMPONEN

ASPEK TEMA

FASA 1

FASA 2

AMALAN

PEDAGOGI

MASA KINI

Contoh:

⁻ Kompetensi 4C / 6C (Creative,

Critical, Collaboration,

Communication, Character,

Citizenship)

⁻ Pembelajaran Terarah Kendiri

⁻ Pembelajaran Koperatif

⁻ Pembelajaran Inkuiri-Penemuan

⁻ Pembelajaran Penerokaan

⁻ Pembelajaran Kontekstual Terarah

⁻ Pembelajaran Berasaskan Projek

⁻ Pembelajaran Berasaskan

Penyelesaian Masalah

⁻ Pembelajaran berasaskan otak

(Brain Based Learning)

10% 20%

Page 9: 4. PRAKTIKUM 4.1 Pengenalan - ipbl.edu.my Praktikum PISMP.pdf · di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum. Konsep Praktikum Bertema ini akan ... (RPH) mengikut format yang

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

35

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah penyelia dan guru pembimbing tentang tema

berkaitan amalan pedagogi masa kini yang ingin diberi tumpuan sama ada dalam Fasa 1 atau

Fasa 2. Jadual 4.4 di atas adalah senarai contoh perincian tema-tema yang boleh dijadikan

fokus untuk penyeliaan pelajar.

4.5.4 Kemahiran Insaniah

Kemahiran Insaniah (KI) merangkumi kemahiran generik seperti kemahiran komunikasi,

pemikiran kritis dan kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran sosial-kerja berpasukan,

pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika

dan moral profesional, serta kemahiran kepimpinan. Kemahiran tersebut perlu dikuasai oleh

graduan untuk memenuhi tuntutan keperluan pekerjaan di pelbagai sektor sama ada di dalam

atau luar negara.

Graduan yang memiliki kemahiran tersebut akan lebih berketerampilan serta mampu berdaya

saing dalam sektor pekerjaan dan seterusnya menjadi modal insan kelas pertama yang dapat

menyumbang kepada kemajuan organisasi dan pembangunan negara. Sehubungan dengan

itu, semasa praktikum pelajar boleh memilih salah satu kemahiran insaniah yang disenaraikan

dalam Jadual 4.5 untuk dijadikan fokus penyeliaan.

Jadual 4.5 Senarai Tema Dalam Kemahiran Insaniah Dengan Wajaran

KOMPONEN ASPEK TEMA FASA 1 FASA 2

KEMAHIRAN

INSANIAH

Kemahiran Komunikasi

Pemikiran Kritis dan Kemahiran

Penyelesaian Masalah

Kemahiran Sosial – Kerja Berpasukan

Pembelajaran Sepanjang Hayat dan

Pengurusan Maklumat

Kemahiran Keusahawanan

Etika dan Moral Profesional

Kemahiran Kepimpinan

10%

20%

Page 10: 4. PRAKTIKUM 4.1 Pengenalan - ipbl.edu.my Praktikum PISMP.pdf · di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum. Konsep Praktikum Bertema ini akan ... (RPH) mengikut format yang

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

36

4.5.5 Refleksi

Selepas pelaksanaan PdP, pelajar perlu membuat penulisan refleksi berdasarkan isu atau

masalah kritikal semasa perancangan serta pelaksanaan PdP. Penulisan refleksi boleh dibuat

seperti yang berikut;

i. Refleksi ke atas tindakan;

ii. Refleksi semasa tindakan; dan

iii. Refleksi untuk tindakan

Semasa pasca penyeliaan atau bimbingan, pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau

guru pembimbing untuk menentukan tema yang perlu diberi perhatian semasa penulisan

reflektif. Jadual 4.6 di bawah menunjukkan aspek tema dalam amalan refleksi dan wajaran

setiap tema tersebut.

Jadual 4.6 Senarai Tema Dalam Komponen Refleksi Dengan Wajaran

Komponen Aspek Tema Fasa 1 Fasa 2

Refleksi

⁻ Catatan refleksi selepas PdP

⁻ Pemikiran reflektif (Penulisan

jurnal)

⁻ Pembinaan portfolio

30% 30%

Refleksi Pertengahan Praktikum

5%

5%

4.5.6 Kokurikulum

Selain daripada pengajaran di dalam kelas, pelajar juga perlu melibatkan diri untuk

mengendalikan aktiviti kokurikulum. Oleh yang demikian, perancangan kokurikulum perlu

disediakan mengikut tempoh mereka menjalani praktikum. Pelibatan pelajar dalam

kokurikulum akan diselia untuk kedua-dua fasa praktikum. Pelajar boleh berbincang dengan

pensyarah atau guru pembimbing untuk memilih tema yang akan difokuskan semasa

penyeliaan tersebut. Tema dalam kokurikulum adalah seperti yang disenaraikan dalam Jadual

4.7 di bawah.

Page 11: 4. PRAKTIKUM 4.1 Pengenalan - ipbl.edu.my Praktikum PISMP.pdf · di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum. Konsep Praktikum Bertema ini akan ... (RPH) mengikut format yang

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

37

Jadual 4.7 Senarai Tema Dalam Komponen Kokurikulum Dengan Wajaran

Ko-Kurikulum Komponen Aspek Tema Fasa 1 Fasa 2

Permainan

Perancangan

Pelaksanaan

Amalan Pedagogi

Masa Kini

Kemahiran Insaniah

Refleksi

PERMULAAN

- Set Induksi

PERKEMBANGAN

PENGAJARAN

- Aplikasi Kemahiran

- Penguasaan

Kemahiran

- Pengelolaan aktiviti

- Penilaian

PENUTUP

- Rumusan pengajaran

- Refleksi

KEJURULATIHAN

PENGANJURAN

10%

10%

Olahraga

Unit Beruniform

Persatuan

4.6 Penilaian Pelaksanaan Praktikum Bertema IPG

Proses bimbingan dan penyeliaan praktikum Fasa 1 dan Fasa 2 melibatkan pensyarah

penyelia dan guru pembimbing teras dan elektif. Lawatan sosial mengantikan komponen pra

penyeliaan yang dilaksanakan dalam amalan praktikum semasa. Lawatan sosial hanya

dilaksanakan oleh pensyarah penyelia teras sahaja. Lawatan sosial dilaksanakan untuk

mewujudkan hubungan (rapport) antara pensyarah penyelia, guru pembimbing, pengurusan

sekolah dan pelajar.

Penilaian praktikum dilaksanakan semasa penyeliaan. Pemantapan penilaian praktikum

melibatkan pertambahan bilangan penilaian bagi bidang teras dan elektif. Penilaian praktikum

bagi bidang teras dilaksanakan sebanyak tiga kali dengan sekali kali penyeliaan bersama

dengan guru pembimbing. Penilaian praktikum bidang elektif teras pula adalah sebanyak dua

kali dengan sekali penyeliaan bersama guru pembimbing, manakala penilaian untuk bidang

kokurikulum dilaksanakan sekali sepanjang tempoh praktikum.

Page 12: 4. PRAKTIKUM 4.1 Pengenalan - ipbl.edu.my Praktikum PISMP.pdf · di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum. Konsep Praktikum Bertema ini akan ... (RPH) mengikut format yang

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

38

Untuk mengukuhkan aspek penilaian, proses bimbingan dilaksanakan sepanjang praktikum

melalui bimbingan secara bersemuka (face to face) dan dalam talian (maya). Bimbingan

bersemuka (face to face) dilaksanakan sebanyak sekali bagi bidang teras, elektif dan

kokurikulum. Pelaksanaan bimbingan secara bersemuka memerlukan pensyarah penyelia

hadir dan membimbing pelajar di sekolah.

Bimbingan dalam talian (maya) dilaksanakan sebanyak tiga kali bagi bidang teras dan dua

kali bagi bidang elektif dan sekali untuk bidang kokurikulum. Pelajar dikehendaki memuatnaik

Rancangan Pengajaran Mingguan, Rancangan Pengajaran Harian, lampiran aktiviti dan akhir

sekali refleksi bagi sesi PdP minggu mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Unit

Praktikum. Pensyarah penyelia dikehendaki menyemak bahan yang telah dimuatnaik dan

memberi bimbingan bagi mengatasi masalah atau persoalan yang dikemukakan oleh pelajar.

IPG dikehendaki melaksanakan sesi refleksi pertengahan praktikum ketika pelajar menjalani

praktikum. Pengisian bagi sesi refleksi pertengahan praktikum ini melibatkan pembentangan

pengalaman pelajar ketika mereka menjalani praktikum. Sesi refleksi ini melibatkan

pertemuan antara pelajar, pensyarah penyelia dan pihak pengurusan praktikum yang

diadakan pada masa dan tempat yang ditetapkan. Pelajar diharapkan akan dapat berkongsi

pengalaman semasa menjalani praktikum dan memberikan pandangan serta pendapat yang

membina. Pelajar juga digalakkan untuk menyatakan pendapat terhadap penyeliaan dan

bimbingan yang telah mereka peroleh.

Pembentangan ini merangkumi refleksi semasa praktikum di mana pelajar menghubungkait

antara teori yang telah dipelajari di IPG dengan pengalaman mengajar semasa praktikum.

Aktiviti ini membolehkan pelajar membuat rumusan antara teori dan praktik. Pelaksanaan sesi

ini menyokong pendekatan Nexus Theory and Practices. Kaedah dan perincian

pembentangan portfolio ini adalah tertakluk kepada IPG.

4.7 Pementoran Berstruktur

Konsep pementoran dalam konteks praktikum IPG merupakan satu proses yang kompleks

dan mengandungi pelbagai dimensi dalam membimbing, mengajar, mempengaruhi dan

memberi sokongan kepada pelajar.

Secara umumnya tugas mentor adalah untuk memimpin, membimbing, dan menasihati guru

yang baharu dan kurang pengalaman untuk menghadapi suatu suasana kerja berdasarkan

perkongsian pengalaman dan maklumat. Sementara itu program pementoran dalam

praktikum di IPG memberi peluang kepada pensyarah yang berpengalaman untuk

Page 13: 4. PRAKTIKUM 4.1 Pengenalan - ipbl.edu.my Praktikum PISMP.pdf · di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum. Konsep Praktikum Bertema ini akan ... (RPH) mengikut format yang

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

39

membimbing, memberikan sokongan secara personal dan profesional ke arah perkembangan

pelajar melalui refleksi dan kolaboratif.

Pementoran berstruktur memerlukan model pementoran yang terancang dari aspek strategi

perkembangan kompetensi mentor, pemindahan pengetahuan, penilaian, peta kurikulum

praktikum yang khusus, sumber dan alat bantu yang sesuai. Kerangka Pementoran

Berstruktur Berasaskan Kompetensi dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu input, proses dan

hasil seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.4.

Rajah 4. 4: Kerangka Bimbingan Praktikum

Sumber : Adaptasi daripada Model Bimbingan Praktikum, Syed Ismail Syed Mustapa, Tesis Doktor Falsafah, UKM, 2014

Berdasarkan Rajah 4.4, pada peringkat input, terdapat lima kompetensi utama yang perlu

dikuasai oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing iaitu;

i. Kemahiran Penyeliaan Klinikal;

ii. Kemahiran Pemerhatian Bertema;

iii. Kemahiran Bimbingan Bertema;

iv. Kemahiran Refleksi; dan

Page 14: 4. PRAKTIKUM 4.1 Pengenalan - ipbl.edu.my Praktikum PISMP.pdf · di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum. Konsep Praktikum Bertema ini akan ... (RPH) mengikut format yang

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

40

v. Kemahiran Menilai dan Memberi Maklum Balas.

4.8 e- Praktikum

e-Praktikum yang dihasilkan dalam melaksanakan penyeliaan latihan praktik secara atas

talian telah dibangunkan bagi mempraktikkan konsep penyeliaan klinikal. Penyeliaan klinikal

merupakan satu proses penyeliaan yang merangkumi prapemerhatian, pemerhatian

pengajaran secara langsung, pengumpulan data dari pemerhatian, penganalisisan tingkah

laku mengajar dan aktiviti untuk meningkatkan mutu pengajaran.

e-Praktikum dihasilkan bagi menyokong proses penyeliaan klinikal seperti yang berikut;

Sidang PraPemerhatian

Pemerhatian

Analisis

Sidang Pasca Pemerhatian

Analisis Sidang Pasca Pemerhatian

e-Praktikum merupakan portal yang akan menempatkan sistem bimbingan dan penilaian

praktikum IPG yang dikenali MyPoroms. e-Praktikum akan ditempatkan di pusat pengkalan

data KPM dan dikawal selia sepenuhnya oleh pegawai IPG Tugas utama meraka adalah

memastikan agar e-Praktikum berjalan dengan baik, lancar dan selamat. Setiap kampus

mempunyai ‘Uniform Resource Locator’ (URL) secara berasingan dan bertanggungjawab

terhadap sistem masing-masing.

4.9 Objektif Praktikum

Melalui praktikum, pelajar dapat:

4.9.1 Menyepadukan teori dengan amali PdP.

4.9.2 Mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran pdp.

4.9.3 Mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

4.9.4 Merancang dan melaksanakan PdP secara berpasangan dan individu

mengikut tema yang telah ditentukan

4.9.5 Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah PdP berdasarkan tema yang

telah ditetapkan

4.9.6 Memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri, menghayati dan mengamalkan

nilai-nilai profesionalisme keguruan.

4.9.7 Memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik melalui pembinaan portfolio

dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri.

Page 15: 4. PRAKTIKUM 4.1 Pengenalan - ipbl.edu.my Praktikum PISMP.pdf · di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum. Konsep Praktikum Bertema ini akan ... (RPH) mengikut format yang

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

41

4.9.8 Mengoptimumkan kegunaan pelbagai sumber dan teknologi dalam proses

PdP.

4.9.9 Menguasai kemahiran fasilitator.

4.9.10 Menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti

kokurikulum.

4.10 Kaedah Pelaksanaan Praktikum

4.10.1 Penempatan Pelajar

4.10.1.1 Pelajar telah menyempurnakan setiap fasa PBS mengikut

struktur program yang telah ditetapkan. Sila rujuk Jadual 1.2.

4.10.1.2 Penempatan pelajar di sekolah kelolaan KPM dan agensi luar

perlu dibuat secara permuafakatan antara IPG, JPN dan agensi

yang terlibat.

4.10.1.3 Penempatan pelajar ditempatkan mengikut tagging mengikut

surat tawaran .

4.10.1.4 Pelajar boleh ditempatkan di sekolah yang bukan mengikut tagging

jika bilangan dan lokasi sekolah berkenaan tidak dapat memenuhi

keperluan dan syarat praktikum.

4.10.1.5 Tempoh pelaksanaan praktikum adalah seperti ditetapkan dalam

struktur program. Sila rujuk Jadual 1.2.

4.10.2 Bilangan Waktu Mengajar

4.10.2.1 Minimum sepuluh waktu mengajar seminggu.

4.10.2.2 Gabungan jumlah waktu mengajar seminggu maksimum dua belas

waktu mengajar seminggu (Bidang Teras: 6 - 10 waktu dan Elektif

Teras: 2 - 4 waktu).

4.10.2.3 Pelajar wajib mengajar kursus Bidang Teras dan satu kursus Elektif

Teras.

4.10.2.4 Pengajaran berpasangan perlu dijalankan sekurang-kurangnya dua

kali pada setiap peringkat praktikum.

4.10.3 Panduan Penyelia

4.10.3.1 Penyeliaan hendaklah berasaskan pencerapan klinikal.

4.10.3.2 Bimbingan berterusan perlu diamalkan sepanjang praktikum.

4.10.3.3 Penilaian hanya dibuat selepas bimbingan diberikan.

Page 16: 4. PRAKTIKUM 4.1 Pengenalan - ipbl.edu.my Praktikum PISMP.pdf · di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum. Konsep Praktikum Bertema ini akan ... (RPH) mengikut format yang

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

42

4.10.3.4 Pemetaan Penyeliaan dan Bimbingan Praktikum Fasa 1 dan 2 dapat

dirumuskan seperti dalam Jadual 4.8

Jadual 4.8 Pemetaan Bimbingan dan Penyeliaan Praktikum Fasa 1 dan 2

4.10.4 Rumusan Agihan Lawatan Sosial, Bimbingan, Kolaboratif dan

penyeliaan Fasa 1 dan 2

Jadual 4.9 Agihan Lawatan Sosial, Bimbingan, Kolaboratif dan Penyeliaan Praktikum Fasa

1 dan 2

Page 17: 4. PRAKTIKUM 4.1 Pengenalan - ipbl.edu.my Praktikum PISMP.pdf · di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum. Konsep Praktikum Bertema ini akan ... (RPH) mengikut format yang

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

43

4.11 Agihan dan Wajaran Bagi Penyeliaan, Bimbingan Serta Markah Mengikut Fasa

Praktikum

A. Agihan Penyeliaan Praktikum bagi Fasa 1 dan 2 adalah seperti jadual berikut:

Jadual 4.10 Agihan Penyeliaan Praktikum Fasa 1 dan 2

B. Rumusan keseluruhan bimbingan praktikum bagi Fasa 1 dan 2 adalah seperti jadual

berikut:

Jadual 4.11 Rumusan Keseluruhan Bimbingan Praktikum Fasa 1 dan 2

C. Wajaran markah untuk setiap fasa praktikum adalah seperti jadual berikut:

Jadual 4.12 Wajaran Markah Antara Bidang Teras, Elektif dan Kokurikulum

Fasa Bidang Teras

Bidang Elektif

Bidang Kokurikulum

Refleksi (Semasa Pertengahan Praktikum)

Jumlah

FASA 1 dan

FASA 2

55%

30%

10%

5%

100

Praktikum Mata Pelajaran IPG Sekolah Bilangan

Penyeliaan

Fasa 1

dan

Fasa 2

Bidang Teras 2 + 1 (Bersama) 1(Bersama) 3

Elektif Teras 1 + 1 (Bersama) 1(Bersama) 2

Kokurikulum 1 - 1

Praktikum Kursus IPG/

Sekolah

Lawatan

Sosial

Bimbingan f2f

( Bersemuka )

Bimbingan

Maya

Bilangan

Bimbingan

FASA 1

dan

FASA 2

Bidang Teras

IPG

1 1 3 4

Bidang Elektif - 1 2 3

Ko-kurikulum - 1 1 2

Bidang Teras

Sekolah

- 4 - 4

Bidang Elektif - 3 - 3

Ko-kurikulum - - - -

Page 18: 4. PRAKTIKUM 4.1 Pengenalan - ipbl.edu.my Praktikum PISMP.pdf · di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum. Konsep Praktikum Bertema ini akan ... (RPH) mengikut format yang

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

44

D. Perincian wajaran penyeliaan praktikum keseluruhan adalah seperti jadual berikut:

Jadual 4.13 Wajaran Penyeliaan Praktikum Keseluruhan

FASA KURSUS IPG SEKOLAH WAJARAN

FASA 1

dan FASA 2

Bidang Teras

(55%)

Lawatan Sosial Tiada

55%

Penyeliaan 1 (10%) Bimbingan

Penyeliaan 2 (15%) Bimbingan

Penyeliaan Bersama (30%)

Penyeliaan Bersama

Bidang Elektif (30%)

Penyeliaan 1 (10%) Penyeliaan Bersama

(20%)

Bimbingan Penyeliaan Bersama

30%

Ko Kurikulum (10%)

Penyeliaan 1 (10%) - 10%

Refleksi Pertengahan Praktikum

5 %

JUMLAH 100%

4.12 Pelaksanaan Praktikum Pendidikan Khas

4.12.1 Penempatan pelajar-pelajar Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran,

Pendidikan Khas Masalah Pendengaran dan Pendidikan Khas Masalah

Penglihatan akan ditempatkan di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK).

4.12.2 Panduan Penyeliaan bagi Program Pendidikan Khas Masalah

Pembelajaran, pelajar dikehendaki mengajar sekurang-kurangnya satu

kursus Bidang Teras mengikut ketetapan berikut dan satu kursus Elektif

Teras.(Rujuk Jadual 4.14)

Page 19: 4. PRAKTIKUM 4.1 Pengenalan - ipbl.edu.my Praktikum PISMP.pdf · di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum. Konsep Praktikum Bertema ini akan ... (RPH) mengikut format yang

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

45

Jadual 4.14 Agihan Penyeliaan dan Mata Pelajaran pendidikan Khas

TAHAP Program Kursus Bil. Waktu

Tahap 1

(Tahun 1, 2 dan 3)

PPKI

SKPK

BidangTeras

Bahasa Melayu

Matematik

Bahasa Inggeris

6 – 10

SKPK Elektif Teras (semua mata pelajaran sekolah)

2 - 4

PPKI

Pengurusan Kehidupan

Pengurusan Diri

Pengurusan Tingkah Laku

Terapi

Rekreasi

RBT

Tahap 2

(Tahun 4, 5 dan 6)

SKPK

PPKI

BidangTeras

Bahasa Melayu

Matematik

Bahasa Inggeris

6 - 10

SKPK Elektif Teras (semua mata pelajaran sekolah)

2 - 4

PPKI

Pengurusan Kehidupan

Pengurusan Diri

Pengurusan Tingkah Laku

Terapi

Rekreasi

RBT

4.12.3 Pelajar Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, Pendidikan Khas Masalah

Pendengaran dan Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dikehendaki

melaksanakan pengajaran penuh di kelas Pendidikan Khas bagi kursus Bidang

Teras dan Elektif Teras dan kokurikulum di Program Pendidikan Khas Integrasi

(PPKI) dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK).

4.12.4 Sekiranya subjek Elektif Teras pelajar bersamaan dengan subjek Bidang Teras,

maka pelajar boleh memilih subjek lain sebagai gantian Elektif Teras di Program

Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas

(SKPK). Jika Elektif Teras yang diambil tidak dapat dipenuhi oleh pihak sekolah,

maka pelajar tersebut perlu mengajar mana-mana subjek Elektif Teras lain yang

ada di PPKI atau SKPK.

Page 20: 4. PRAKTIKUM 4.1 Pengenalan - ipbl.edu.my Praktikum PISMP.pdf · di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum. Konsep Praktikum Bertema ini akan ... (RPH) mengikut format yang

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

46

4.12.5 Pelajar Pendidikan Khas Masalah Pendengaran dan Pendidikan Khas

Masalah Penglihatan akan menjalani praktikum di kedua-dua kategori

sekolah iaitu pada Fasa 1 di PPKI manakala Fasa 2 di SKPK dan

sebaliknya.

4.12.6 Pelajar akan diselia serta dinilai subjek Bidang Teras dan subjek Elektif

Teras yang sama bagi sepanjang tempoh praktikum. Jika pelajar

mengajar lebih dari satu subjek sama ada dalam Bidang Teras atau

Elektif Teras, pelajar dan penyelia akan berbincang untuk memutuskan

subjek yang dipilih.

4.12.7 Pelajar Bidang Teras Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

dikehendaki menjalankan ujian diagnostik (Bahasa Melayu dan

Matematik) serta penilaian alternatif yang sesuai (senarai semak dan

analisis dokumen) terlebih dahulu sebelum merancang pengajaran dan

pembelajaran.

4.12.8 Pelajar Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dikehendaki

merancang, melaksana dan menilai satu Rancangan Pendidikan

Individu (RPI) dalam bidang teras ke atas seorang murid pada setiap

peringkat praktikum.

4.13 Pelaksanaan Kokurikulum

4.13.1 Pelajar wajib melaksanakan aktiviti kokurikulum minimum 1 jam seminggu.

4.13.2 Pensyarah Elektif Teras bertanggungjawab membuat bimbingan dan

penyeliaan kokurikulum seperti jadual penyeliaan.

4.13.3 Pelajar perlu melaksanakan sekurang-kurangnya satu aktiviti kokurikulum

dalam mana-mana komponen kokurikulum sama ada kelab dan persatuan,

sukan dan permainan atau unit beruniform di peringkat sekolah.

4.13.4 Menyediakan satu (1) RPH Kokurikulum yang lengkap bagi mana-mana

komponen pada setiap kali pelaksanaan.

4.14 Syarat Taksiran Prestasi Pelajar dalam Praktikum

4.14.1 Asas taksiran untuk menetapkan prestasi pelajar adalah berdasarkan kepada

bimbingan dan penilaian formatif dan sumatif.

4.14.2 Penilaian formatif dibuat secara berterusan oleh guru pembimbing dan

pensyarah penyelia menggunakan borang bimbingan.

4.14.3 Pensyarah penyelia dan guru pembimbing akan membuat rumusan prestasi

pelajar menggunakan Borang Penilaian Praktikum.

Page 21: 4. PRAKTIKUM 4.1 Pengenalan - ipbl.edu.my Praktikum PISMP.pdf · di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum. Konsep Praktikum Bertema ini akan ... (RPH) mengikut format yang

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

47

4.14.4 Penilaian Praktikum pelajar dalam praktikum dibuat berasaskan kepada

komponen-komponen yang dinyatakan dalam Jadual 4.3a dan Jadual 4.3b.

4.15 Penentuan Cemerlang Praktikum

4.15.1 Markah Bidang Teras dan Elektif Teras mestilah 90% ke atas

4.15.2 Pelajar yang mendapat markah 90% dan ke atas untuk kedua-dua kursus perlu

direntas cemerlang (Rujuk Lampiran D).

4.15.3 Kedua-dua Bidang Teras dan Elektif Teras akan direntas secara berasingan.

4.15.4 Sekiranya mana-mana satu kursus direntas dan didapati tidak mencapai tahap

cemerlang, maka rentas cemerlang untuk kursus yang kedua tidak perlu dibuat

dan gabungan markah kursus tersebut akan diturunkan kepada 89%.

4.15.5 Bagi markah 90% ke atas tetapi tidak dilaporkan untuk rentasan akan

diturunkan pada markah 89%.

4.15.6 Penilaian rentasan adalah muktamad.

4.15.7 Pencalonan dibuat 3 minggu sebelum praktikum tamat.

4.15.8 Menunjukkan sikap positif terhadap profesion keguruan.

4.16 Refleksi Pertengahan Praktikum(RPP)

4.16.1 Pelajar wajib mengikut RPP dan sebagai prasyarat untuk lulus praktikum.

4.16.2 RPP perlu diselesaikan sebelum tamat tempoh praktikum.

4.16.3 RPP perlu diselesaikan sebelum tamat tempoh praktikum.

4.16.4 Pensyarah bidang teras sebagai panel penilai bertanggungjawab

mengendalikan RPP. Antara tanggungjawabnya ialah:

Menilai pembentangan pelajar

Masukkan markah secara atas talian.

Memastikan kehadiran pelajar.

Memastiakan semua pelajar melaksanakan pembentangan RPP.

Mengisi markah RPP secara atas talian dan menyerahkan borang penilaian

RPP kepada Unit Praktikum

4.16.5 Jabatan Akademik yang berkenaan bertanggungjawab

Menguruskan penyediaan tempat pembentangan.

Menguruskan jadual pembentangan pelajar

Memastikan keberadaan dan kehadiran pensyarah penyelia

4.16.6 Proses pelaksanaan

Pelaksanaan RPP dijalankan oleh IPG masing-masing

Page 22: 4. PRAKTIKUM 4.1 Pengenalan - ipbl.edu.my Praktikum PISMP.pdf · di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum. Konsep Praktikum Bertema ini akan ... (RPH) mengikut format yang

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

48

Tempoh pelaksanaan RPP dilaksanakan dalam tempoh 2 hari secara

berkumpulan.

Tempoh pembentangan Pembentang RPP adalah selama 30 minit (15

minit membentang dan 15 minit sesi soal jawab)

Pensyarah penyelia akan dilantik sebagai penilai penilai. Antara tanggungjawab

panel penilai ialah:

a) Bertanggungjawab membuat penilaian pembentang.

b) Berada sepanjang tempoh penilaian pembentangan.

c) Penilaian dibuat oleh panel penilai dan penyelarasan markah antara panel

perlu dilaksanakan selepas tamat sesi pembentangan.

d) Dokumen yang berkaitan dengan pembentang RPP perlu diserahkan kepada

pensyarah penyelia pelajar berkenaan.

e) Markah akhir RPP dimasukkan oleh pensyarah penyelia masing-masing

secara atas talian selewat-lewatnya pada minggu ke-8.

4.17 Prosedur Rentasan Cemerlang

4.17.1 Melengkapkan borang pencalonan cemerlang praktikum dan menyerahkan

borang pencalonan beserta Borang PR1, PR2 dan Jadual Waktu Pelajar

pada minggu ke sembilan.

4.17.2 Unit Praktikum melantik dua orang pensyarah perentas dan salah seorang

pensyarah perentas mestilah terdiri daripada pensyarah bidang dan

seorang daripada jabatan yang berkecuali.

4.17.3 Perentas melaksanakan rentasan berdasarkan dokumen pencalonan yang

lengkap

4.17.4 Keputusan rentasan perlu diserahkan kepada Unit Praktikum dengan kadar

segera selepas selesai proses rentasan.

4.17.5 Perlu rujuk Instrumen rentasan cemerlang utk tambah baik

4.18 Kes Gagal Praktium

4.18.1 Pelajar yang gagal praktikum perlu disahkan oleh JKIAPIPG.

4.18.2 Laporan kes berpotensi gagal perlu dilaporkan oleh pensyarah penyelia kadar

segera untuk tindakan Unit Praktikum.

4.18.3 Melaksanakan rentasan kes gagal (Rujuk Lampiran D).

4.18.4 Pelajar boleh digagalkan berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:

Pelajar tidak memenuhi syarat-syarat seperti disenaraikan dalam kategori

lulus.

Page 23: 4. PRAKTIKUM 4.1 Pengenalan - ipbl.edu.my Praktikum PISMP.pdf · di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum. Konsep Praktikum Bertema ini akan ... (RPH) mengikut format yang

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

49

Pelajar menunjukkan sikap negatif dan tidak mematuhi teguran dan

bimbingan yang diberikan dari semasa ke semasa, walaupun telah diberi

amaran bertulis sebanyak tiga kali atas kesalahan sama sepanjang tempoh

praktikum.

Tidak memenuhi kehadiran praktikum

Pelajar tidak menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Pelajar tidak menulis Jurnal Reflektif Mingguan

Melanggar mana-mana peraturan di bawah Akta 174 dan disabitkan

kesalahan.

4.18.5 Pelajar yang gagal praktikum diberi peluang mengulang sekali sahaja bagi

setiap fasa praktikum (tertakluk kepada syarat-syarat pengijazahan dan tidak

melebihi tempoh pengajian maksimum 10 semester).

4.18.6 Kes Gagal dan Mengulang

4.18.6.1 Pelajar yang gagal praktikum disebabkan oleh masalah disiplin

dan dilibatkan dengan Akta 174 akan mengulang keseluruhan

praktikum dan hanya layak memperoleh gred maksimum C.

4.18.6.2 Pelajar yang mengulang praktikum dengan sebab-sebab yang

dibenarkan oleh Rektor/Pengarah IPG layak memperoleh gred

seperti status asal. Contoh:-

Sakit berterusan

Kes-kes yang khas mendapat kebenaran Pengarah/Rektor

Bencana alam

Menyertai Misi Negara

4.19 Prosedur Rentasan Gagal

4.19.1 Melengkapkan borang pencalonan gagal praktikum bersama Laporan Kes

Gagal (Rujuk Lampiran 2-6).

4.19.2 Unit Praktikum akan melantik 2 org perentas

4.19.3 Perentas akan melaksanakan rentasan berdasarkan Laporan Kes Gagal.

4.19.4 Keputusan rentasan perlu diserahkan kepada Unit Praktikum dengan kadar

segera selepas selesai proses rentasan.

Page 24: 4. PRAKTIKUM 4.1 Pengenalan - ipbl.edu.my Praktikum PISMP.pdf · di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum. Konsep Praktikum Bertema ini akan ... (RPH) mengikut format yang

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

50

4.20 Penangguhan Praktikum

4.20.1 Penangguhan praktikum tertakluk kepada keputusan yang dibuat oleh

JKIAPIPG. Permohonan penangguhan hendaklah dibuat kepada Pengarah

IPG.

4.20.2 Penangguhan praktikum tidak boleh melebihi satu tahun selepas tamat

tempoh pengajian atau tertakluk kepada keputusan Senat IPG.

4.20.3 Praktikum yang tertangguh perlu disempurnakan sebelum pelajar menjalani

Internship.

4.20.4 Pelajar mesti melaporkan diri ke IPG asal mereka selepas tamat tempoh

penangguhan yang dipohon untuk meneruskan praktikum.

4.20.5 Pelajar tidak dibenarkan bertukar pusat latihan dan diletakkan di bawah

bimbingan dan penyeliaan IPG asal masing-masing kecuali mendapat

kelulusan Pengarah IPG.

4.21 Ketidakhadiran Praktikum

Perkara atau urusan yang membolehkan ketidakhadiran pelajar hanya dengan

kebenaran Pengarah IPG tetapi tidak melebihi 30% daripada jumlah hari

praktikum dinyatakan seperti yang berikut:

4.21.1 Pelajar sakit atau cedera dan disahkan oleh pegawai perubatan.

4.21.2 Menjadi saksi atau terlibat dalam perbicaraan kes mahkamah.

4.21.3 Ahli keluarga terdekat (Rujuk pada pekeliling Perkhidmatan Awam) meninggal

dunia dengan disertakan sijil kematian.

4.21.4 Peristiwa di luar jangkaan atau hal-hal kecemasan.

4.21.5 Sebab-sebab lain yang diberi kebenaran oleh Pengarah IPG dengan mengisi

borang seperti dalam Lampiran C.

4.21.6 Kes-kes lain yang tertakluk kepada pekeliling perkhidmatan yang sedang

berkuat kuasa.

4.21.7 Pelajar tidak dibenarkan melibatkan diri dalam aktiviti luar sepanjang tempoh

praktikum kecuali dengan kebenaran rektor dan pengarah kampus.

4.22 Tindakan bagi Kehadiran Kurang 100%

4.22.1 Tindakan bagi kehadiran yang kurang daripada 100% “dengan kebenaran”

adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.2.

Page 25: 4. PRAKTIKUM 4.1 Pengenalan - ipbl.edu.my Praktikum PISMP.pdf · di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum. Konsep Praktikum Bertema ini akan ... (RPH) mengikut format yang

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

51

Jadual 4.2 Tindakan bagi Kes Kehadiran Praktikum/Internship Kurang daripada 100%

Peratus Kehadiran Tindakan

90% ke atas JKIPIPG/JKIAPIPG akan menentukan sama ada pelajar perlu

melengkapkan kehadiran.

70% - 89.9% Pelajar wajib melengkapkan kehadiran.

Kurang daripada 70% Pelajar wajib mengulang keseluruhan.

4.22.2 Kehadiran yang kurang daripada 100% tanpa sebab atau tanpa kebenaran,

kes ini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib IPG untuk diambil

tindakan.

4.23 Tugas dan Tanggungjawab Unit Praktikum / Amalan Profesional

4.23.1 Melaksanakan dasar praktikum yang diputuskan oleh IPGM.

4.23.2 Merancang dan menyediakan Jadual Kerja Pelaksanaan Praktikum.

4.23.3 Menguruskan surat pelantikan guru pembimbing dengan pihak JPN.

4.23.4 Merancang dan menguruskan penempatan pelajar dan pensyarah penyelia.

4.23.5 Merancang dan menguruskan maklumat / taklimat pengurusan praktikum

kepada pelajar, pensyarah penyelia dan pihak sekolah.

4.23.6 Merancang dan menguruskan kursus pementoran untuk pensyarah penyelia

dan guru pembimbing mengikut keperluan.

4.23.7 Memastikan kelancaran pelaksanaan praktikum.

4.23.8 Menguruskan pengumpulan dan penyimpanan dokumen dan rekod praktikum.

4.23.9 Melaksanakan sesi refleksi praktikum selepas tamat tempoh praktikum.

4.23.10 Membuat analisis dan rumusan refleksi praktikum.

4.23.11 Membentangkan kehadiran dan keputusan praktikum untuk disahkan oleh

JKIPIPG/JKIAPIPG sebelum diserahkan kepada Unit Peperiksaan dan

Penilaian.

4.23.12 Menyediakan dokumen dan laporan kes-kes Praktikum untuk dibawa ke

JKIAPIPG.

4.23.13 Menghantar Minit Mesyuarat JKIAPIPG kepada IPGM.

4.23.14 Membantu Unit Kewangan IPG menguruskan Borang Tuntutan Elaun Guru

Pembimbing.

4.23.15 Menjalankan pemantauan pelaksanaan Praktikum secara rawak (Rujuk

Lampiran B).

Page 26: 4. PRAKTIKUM 4.1 Pengenalan - ipbl.edu.my Praktikum PISMP.pdf · di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum. Konsep Praktikum Bertema ini akan ... (RPH) mengikut format yang

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

52

4.23.16 Mengendalikan kes-kes khas seperti penangguhan, melengkapkan tempoh

Praktikum, gagal dan disiplin serta mengambil tindakan sewajarnya.

4.23.17 Mengesahkan kehadiran dan keputusan Praktikum.

4.24 Tugas dan Tanggungjawab Jabatan Akademik

4.24.1 Menerima maklumat berkaitan daripada Unit Praktikum.

4.24.2 Menguruskan Refleksi Pertengahan Praktikum.

4.24.3 Menyusun jadual pelaksanaan

4.24.4 Menguruskan pengisian markah

4.24.5 Memastikan pengllibatan pensyarah yang berkenaan

4.24.6 Memastikan markah telah diisi secara atas talian

4.24.7 Memberi kursus bimbingan penyeliaan praktikum kepada pensyarah penyelia

yang bukan bidang yang diselia yang tidak mempunyai kepakaran dalam

bidang berkaitan.

4.24.8 Mengendalikan kes-kes Refleksi Pertengahan Praktikum yang lain

memerlukan perhatian dan tindakan.

4.25 Tugas dan Tanggungjawab Pensyarah Penyelia

4.25.1 Menerima surat pelantikan sebagai pensyarah penyelia daripada Pengarah

IPG.

4.25.2 Menerima maklumat berkaitan praktikum daripada Unit Praktikum.

4.25.3 Memastikan kehadiran pelajar 100% dalam pelaksanaan praktikum.

4.25.4 Berbincang dengan pelajar tentang urusan bimbingan dan penyeliaan

praktikum.

4.25.5 Mengadakan perbincangan dengan pentadbir sekolah dan guru pembimbing

secara berterusan untuk menjalinkan hubungan profesional.

4.25.6 Melaporkan kemajuan dan kes-kes disiplin pelajar dari semasa ke semasa

kepada Unit Praktikum.

4.25.7 Menyemak dan membimbing pelajar dalam penulisan RPH, Jurnal Reflektif

secara atas talian.

4.25.8 Pensyarah bidang teras dan pensyarah elektif teras perlu menyemak dan

membimbing pembinaan portfolio praktikum berdasarkan senarai semak yang

disediakan.

4.25.9 Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan yang kemas kini.

4.25.10 Memantau kehadiran, prestasi dan disiplin pelajar sepanjang tempoh

praktikum.

Page 27: 4. PRAKTIKUM 4.1 Pengenalan - ipbl.edu.my Praktikum PISMP.pdf · di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum. Konsep Praktikum Bertema ini akan ... (RPH) mengikut format yang

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

53

4.25.11 Memaklumkan dengan segera secara bertulis kes-kes khas yang memerlukan

perhatian dan tindakan Unit Praktikum menggunakan borang yang ditetapkan.

4.25.12 Memberi bimbingan berasaskan konsep praktikum bertema dan prinsip-prinsip

permentoran berstruktur.

4.25.13 Menyelia secara tersebar sepanjang tempoh praktikum mengikut jadual

penyeliaan yang telah dicadangkan.

4.25.14 Membimbing pelajar secara bersemuka dan maya berdasarkan jadual

penyeliaan yang telah ditetapkan.

4.25.15 Melaksanakan lawatan sosial berdasarkan jadual penyeliaan yang telah

ditetapkan.

4.25.16 Membimbing pelajar-pelajar dalam perancangan, pelaksanaan dan penilaian

kokurikulum (Lampiran 2-4).

4.25.17 Berkolaboratif dengan guru pembimbing dalam semua aspek pelaksanaan

praktikum.

4.25.18 Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah pendidik yang cemerlang.

4.25.19 Melengkapkan borang bimbingan dan menyerahkan salinan asal kepada

pelajar.

4.25.20 Pensyarah Bidang Teras dan Elektif Teras wajib membuat rumusan prestasi

praktikum setiap pelajar bersama-sama guru pembimbing Bidang Teras atau

Elektif Teras dengan menggunakan Borang Penilaian Praktikum secara atas

talian.

4.25.21 Pensyarah Elektif Teras bertanggungjawab membuat bimbingan dan

penyeliaan kokurikulum.

4.25.22 Mencetak dan menyerahkan Borang Penilaian Praktikum yang lengkap kepada

Unit Praktikum berdasar keperluan.

4.25.23 Pensyarah penyelia praktikum bukan bidang perlu diberi pendedahan oleh

jabatan yang berkenaan sebelum melaksanakan penyeliaan.

4.25.24 Pensyarah yang menyelia kursus bidang teras Bimbingan dan Kaunseling perlu

memiliki kelayakan yang berkaitan bidang.

4.25.25 Melengkapkan borang pencalonan cemerlang praktikum dan menyerahkan

borang pencalonan beserta semua dokumen penilaian Jadual Waktu Pelajar

pada minggu ke sembilan melalui Ketua Jabatan masing-masing.

4.25.26 Melaksanakan tugas sebagai panel penilai Refleksi Pertengahan Praktikum

dan menguruskan sesi berkenaan.

4.25.27 Memastikan pelajar menyediakan RPH secara bertaip serta muat-naik fail RPH

satu Bidang Teras dan satu Elektif Teras bagi setiap minggu dan hanya

berfokus kepada kelas yang sama.

Page 28: 4. PRAKTIKUM 4.1 Pengenalan - ipbl.edu.my Praktikum PISMP.pdf · di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum. Konsep Praktikum Bertema ini akan ... (RPH) mengikut format yang

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

54

4.26 Tugas dan Tanggungjawab Pelajar

4.26.1 Menghadiri taklimat yang dikendalikan oleh Unit Praktikum.

4.26.2 Memahami dan berusaha mencapai matlamat dan objektif praktikum.

4.26.3 Menghadiri taklimat yang dikendalikan oleh Unit Praktikum.

4.26.4 Memahami dan berusaha mencapai matlamat dan objektif praktikum.

4.26.5 Berbincang dengan pensyarah penyelia tentang pelaksanaan praktikum

sebelum menjalani praktikum.

4.26.6 Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru-guru dan

staf sokongan di sekolah.

4.26.7 Berbincang dengan guru pembimbing untuk mencapai persefahaman tentang

peranan dan tanggungjawab masing-masing

4.26.8 Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru-guru dan

staf sokongan di sekolah.

4.26.9 Menyerahkan jadual waktu, senarai tugas, takwim sekolah dan maklumat–

maklumat lain kepada pensyarah penyelia dalam minggu pertama praktikum.

4.26.10 Mematuhi dan mengamalkan etika profesion perguruan, peraturan IPG dan

peraturan sekolah.

4.26.11 Hadir ke sekolah dengan tugas rutin seorang guru serta terlibat dengan aktiviti

anjuran sekolah di sepanjang tempoh praktikum.

4.26.12 Merekod kehadiran pada setiap hari persekolahan mengikut sistem yang

diguna pakai di sekolah.

4.26.13 Menyerahkan Rekod Pengajaran Harian kepada pentadbiran sekolah pada

setiap minggu di sepanjang tempoh praktikum.

4.26.14 Melengkap dan menghantar borang kehadiran praktikum ke Unit Praktikum

pada minggu pertama setiap bulan.

4.26.15 Mendapatkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran(DSKP).

4.26.16 Menyediakan rancangan semester dan mingguan sepanjang tempoh

praktikum.

4.26.17 Menyediakan RPH mengikut format yang ditetapkan oleh IPG dan memuat

naik fail RPH secara atas talian sebelum melaksanakan PdP.

4.26.18 Penulisan RPH selain daripada Kursus Bahasa perlu ditulis dalam bahasa

Melayu.

4.26.19 Menyediakan Jurnal Reflektif secara atas talian dalam bahasa Melayu kecuali

kursus TESL menggunakan bahasa Inggeris. (Lampiran 2-3 dan Lampiran

2-3a).

4.26.20 Memuat turun dan mencetak RPH, Jurnal Reflektif dan Borang Bimbingan

Praktikum.

Page 29: 4. PRAKTIKUM 4.1 Pengenalan - ipbl.edu.my Praktikum PISMP.pdf · di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum. Konsep Praktikum Bertema ini akan ... (RPH) mengikut format yang

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

55

4.26.21 Mendapatkan bimbingan daripada guru pembimbing semasa merancang

pengajaran.

4.26.22 Melaksanakan pengajaran secara berpasangan untuk Bidang Teras dan

Elektif Teras dalam tempoh praktikum (Lampiran 2-2).

4.26.23 Menyediakan Jurnal Reflektif secara atas talian untuk kursus bidang teras dan

elektif teras.

4.26.24 Melaksanakan dan membantu mengendalikan aktiviti kokurikulum.

Perancangan kokurikulum perlu disediakan mengikut tempoh praktikum

(Lampiran 2-4 dan Lampiran 2-4a). Menyediakan satu (1) RPH Kokurikulum

bagi mana-mana komponen pada setiap kali pelaksanaan.

4.26.25 Melengkapkan, mengemas kini dan menyerahkan portfolio amalan

profesional kepada guru pembimbing dan pensyarah penyelia pada setiap kali

bimbingan/penyeliaan dijalankan (Lampiran 2-3b).

4.26.26 Mengisi Borang Refleksi Praktikum IPG selepas selesai menjalani praktikum.

4.26.27 Menyerahkan Borang Rumusan Kekerapan Bilangan Penyeliaan Praktikum

kepada Unit Praktikum setelah tamat praktikum (Lampiran 2-7).

4.26.28 Pelajar bidang teras Bimbingan dan Kaunseling perlu menyediakan rekod-

rekod berkaitan pengurusan dan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

berdasarkan buku panduan semasa yang dikeluarkan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia.

4.27 Tugas dan Tanggungjawab Pengurus Sekolah

4.27.1 Menerima maklumat berkaitan praktikum daripada Unit Praktikum IPG.

4.27.2 Mencalonkan guru pembimbing dalam kalangan guru terlatih yang

berpengalaman dan membimbing pelajar sepanjang tempoh praktikum.

4.27.3 Memberi taklimat kepada pelajar tentang:

Sejarah, struktur organisasi, pengurusan, peraturan, disiplin dan budaya

sekolah.

Tugas dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru

disiplin, guru panitia, guru kokurikulum, guru darjah, guru kursus, guru

tugas khas dan tugas staf sokongan.

Latar belakang murid dan masyarakat setempat.

Tugas dan tanggungjawab pelajar di sekolah.

Pengelolaan aktiviti kokurikulum.

Maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

Page 30: 4. PRAKTIKUM 4.1 Pengenalan - ipbl.edu.my Praktikum PISMP.pdf · di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum. Konsep Praktikum Bertema ini akan ... (RPH) mengikut format yang

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

56

4.27.4 Memberi jadual waktu dan takwim sekolah kepada pelajar pada hari pertama

melapor diri.

4.27.5 Mengawasi disiplin pelajar dan mengesahkan kehadiran mereka.

4.27.6 Memberitahu secara bertulis kepada pihak IPG tentang pelajar yang:

Tidak menjalankan tugas dengan memuaskan.

Tidak hadir tanpa sebab.

Terlibat dengan kes-kes disiplin.

Menghadapi masalah kesihatan dan kemalangan.

4.27.7 Menyemak dan mengesahkan rancangan pengajaran pelajar.

4.27.8 Mengesahkan kehadiran pelajar dengan menandatangani Borang Kehadiran

Praktikum.

4.27.9 Memastikan guru pembimbing memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara

berterusan kepada pelajar, berdasarkan jadual kerja penyeliaan yang

disediakan.

4.27.10 Mengambil berat hal-hal berkaitan dengan kebajikan pelajar.

4.27.11 Memastikan segala proses berkaitan dengan pelaksanaan penyeliaan

praktikum dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan.

4.27.12 Memastikan pelajar dilibatkan sebagai pembantu guru penasihat dalam

komponen kokurikulum.

4.27.13 Memastikan pelajar tidak diberi kelas ganti melebihi LIMA waktu seminggu.

4.27.14 Bagi bidang teras Bimbingan dan Kaunseling, memberi sokongan ke arah

mewujudkan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang selaras dengan

buku panduan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, Kementerian

Pendidikan Malaysia.

4.28 Tugas dan Tanggungjawab Guru Pembimbing

4.28.1 Menghadiri taklimat berkaitan praktikum daripada Unit Praktikum IPG.

4.28.2 Memahami, menghayati dan melaksanakan peranan sebagai guru

pembimbing (Lampiran 2-1)

4.28.3 Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar dalam aspek PdP di dalam

dan di luar bilik darjah dalam perkara-perkara yang berikut:

Jadual waktu

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran(DSKP)

Rancangan semester dan persediaan mengajar harian

Sumber PdP

Proses PdP

Page 31: 4. PRAKTIKUM 4.1 Pengenalan - ipbl.edu.my Praktikum PISMP.pdf · di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum. Konsep Praktikum Bertema ini akan ... (RPH) mengikut format yang

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

57

Pengajaran berpasangan

Amalan pemulihan dan pengayaan dalam PdP

Teknik penyoalan

Pentaksiran dan penilaian murid

Pengurusan bilik darjah

Penilaian kendiri (refleksi) dan penulisan jurnal reflektif mingguan

Pengelolaan (perancangan, pelaksanaan dan penilaian) kokurikulum

Hal-hal lain yang berkaitan

4.28.4 Memberi peluang kepada pelajar membuat pemerhatian pengajaran guru

pembimbing.

4.28.5 Menyemak, memberi ulasan bertulis dan menandatangani Rekod Persediaan

Mengajar pelajar.

4.28.6 Menyemak dan membimbing pelajar dalam penulisan refleksi pengajaran,

penulisan Jurnal Reflektif Mingguan (Lampiran 2-3 dan 2-3a) dan pembinaan

portfolio praktikum dengan menggunakan senarai semak yang ditetapkan

(Lampiran 2-3b).

4.28.7 Menyelia pengajaran pelajar berdasarkan prinsip pencerapan klinikal dengan

menggunakan borang bimbingan.

4.28.8 Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan yang kemas kini.

4.28.9 Memaklumkan kepada pengurus sekolah mengenai perkembangan pelajar

dari semasa ke semasa sepanjang tempoh praktikum.

4.28.10 Memantau kehadiran pelajar sepanjang tempoh praktikum.

4.28.11 Membuat laporan bertulis tentang kes-kes khas (kes berpotensi gagal dan

masalah disiplin) pelajar kepada pihak IPG dengan segera.

4.28.12 Membuat rumusan prestasi praktikum pelajar bersama pensyarah penyelia

dengan menggunakan Borang Penilaian Praktikum.

4.28.13 Bagi bidang Bimbingan dan Kauseling, guru pembimbing hanya perlu

membimbing pelajar dalam aspek pengurusan perkhidmatan Bimbingan dan

Kaunseling sahaja.

4.29 Khidmat Profesional

4.29.1 Peringkat IPG

Khidmat penyeliaan daripada jabatan lain di IPG Kampus boleh

dilaksanakan sekiranya ketidakcukupan tenaga penyelia daripada jabatan

yang menawarkan kursus

Page 32: 4. PRAKTIKUM 4.1 Pengenalan - ipbl.edu.my Praktikum PISMP.pdf · di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum. Konsep Praktikum Bertema ini akan ... (RPH) mengikut format yang

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

58

Pensyarah Penyelia yang dilantik perlu mempunyai kepakaran bidang

berkenaan.

Kursus bimbingan penyeliaan praktikum dalam bidang berkenaan perlu

dilberikan kepada pensyarah yang tidak mempunyai kepakaran dalam

bidang berkaitan.

4.29.2 Bantu Selia IPG

Khidmat penyeliaan daripada IPG Kampus lain boleh dilaksanakan sekiranya

ada permohonan daripada IPG Kampus yang menawarkan kursus dengan

ketetapan berikut:

Mendapat kelulusan Pengarah IPGK.

Proses lantikan pensyarah penyelia perlu diuruskan oleh IPGK yang

membantu.

Proses lantikan guru pembimbing perlu diuruskan oleh IPGK asal.

Taklimat pensyarah dan guru pembimbing perlu diuruskan oleh IPGK yang

membantu.

Sebarang bayaran tuntutan ditanggung oleh IPGK asal.

Dokumen praktikum perlu disediakan oleh IPGK yang membantu.

Pengendalian secara atas talian adalah di bawah kendalian IPGK yang

membantu sehingga tamat tempoh praktikum dan diserahkan semula

kepada IPGK asal.

Rentasan cemerlang dibuat oleh IPGK yang membantu.

Pengurusan kes-kes khas yang melibatkan pelajar akan dirujuk dan

dikendalikan oleh IPGK asal.