4 jenis2 ayt majmuk ms 3-18

18
Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk 3 2.0 JENIS – JENIS AYAT MAJMUK

Upload: mohd-ismail

Post on 08-Jun-2015

1.131 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 4 Jenis2 Ayt Majmuk Ms 3-18

Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk

3

2.0 JENIS – JENIS AYAT MAJMUK2.0 JENIS – JENIS AYAT MAJMUK

Page 2: 4 Jenis2 Ayt Majmuk Ms 3-18

Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk

“Menurut Abdullah Hassan (2008), Ayat majmuk pancangan

didefinisikan sebagai menggabungkan dua atau lebih klausa. Klausa- klausa

itu tidak sama taraf. Dalam ayat majmuk yang dihasilkan, perlu ada klausa

utama dan juga perlu ada klausa, atau klausa- klausa pancangan. Klausa

pancangan itu disisipkan ke dalam klausa utama. Ada tiga kaedah Klausa

pancangan itu disisipkan ke dalam Klausa utama“.

Ini bermakna dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau

ayat utama (ayat induk) dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil

lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian

daripada ayat induk itu.

Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan

kata hubung seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan

sebagainya.

Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada

tiga jenis iaitu :-

1) Ayat Relatif

2) Ayat Komplemen

3) Ayat Keterangan

4

2.1 AYAT MAJMUK PANCANGAN2.1 AYAT MAJMUK PANCANGAN

Page 3: 4 Jenis2 Ayt Majmuk Ms 3-18

Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk

Ayat relatif terdiri daripada satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau

lebih klausa terikat atau ayat kecil .

Dalam bahasa Inggeris, istilah relatif bermakna bersaudara. Dengan

demikian, klausa relatif tersebut adalah bersaudara dengan kata nama dalam

subjek atau predikat dalam klausa utama. Klausa relatif atau bersaudara itu

dipancangkan atau dimasukkan klausa utama selepas ganti nama. Kemudian,

kata nama subjek dalam klausa pancangan itu ditukar kepada ganti nama

yang.

Ayat relatif juga merupakan ayat kecil dipancangkan ke dalam subjek ayat

utama atau predikat ayat utama dengan menggunakan kata hubung yang,

bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.

Contoh proses pancangan berlaku:

1. Contoh Pertama :

Saya membeli buku yang berwarna biru itu

Ayat majmuk ini asalnya terdiri daripada dua klausa (ayat) iaitu :

Pertama : Saya membeli buku itu

Kedua: Buku itu berwarna biru.

Kemudian, kedua- dua klausa ini digabungkan menjadi seperti

berikut, Saya membeli buku itu + Buku itu berwarna biru.

Dalam bahasa Melayu apabila ada dua klausa seperti ini

digabungkan , maka wujudnya klausa pertama (utama) dan

klausa kedua yang bersaudara atau menerangkannya. Ini

bermakna klausa kedua adalah relatif dengan klausa pertama.

5

2.2 AYAT RELATIF2.2 AYAT RELATIF

Page 4: 4 Jenis2 Ayt Majmuk Ms 3-18

Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk

Dalam keadaan ini,klausa relatif itu dipancangkan ke dalam

klausa utama selepas kata nama yang bersaudara dengannya.

Contoh dapat dilihat klausa relatif itu dipancangkan ke dalam

klausa utama.

Saya membeli kereta (kereta itu berwarna putih) itu.

Oleh sebab kata nama objek dalam klausa utama adalah serupa

dengan kata nama subjek dalam klausa relatif, maka ganti nama

subjek klausa relatif itu digantikan dengan kata nama yang.

Perkataan yang menghubungkan klausa relatif yang

dipancangkan itu dengan klausa utama, seperti :

Saya membeli kereta (yang berwarna putih) itu.

Hasilnya adalah ayat majmuk seperti berikut:

Saya membeli kereta yang berwarna putih itu.

Ayat pancangan itu dipancangkan ke dalam klausa utama

selepas kata nama inti, sebelum kata tugas tunjuk itu.

Saya membeli kereta yang berwarna putih itu. [ betul ]

Saya membeli kereta itu yang berwarna putih [ salah ]

Ini adalah kerana, klausa relatif itu bersaudara dengan kata

nama sahaja, bukan dengan seluruh frasa subjek berkenaan.

2. Contoh kedua

i. Atan yang cepat naik angin menampar budak yang suka

mengintai orang kampung itu.

ii. Atan menampar budak itu.

iii. Atan cepat naik angin.

iv. Budak itu suka mengintai orang kampung.

6

Page 5: 4 Jenis2 Ayt Majmuk Ms 3-18

Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk

Ayat (iii) dipancangkan kepada subjek ayat utama dalam

ayat (i) dan ayat (iv) dipancangkan kepada objek ayat

utama.

Kesimpulannya, ayat (1) terdiri daripada satu ayat utama

dan dua ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat

utama.

3. Contoh ketiga :

i. Ahmad membeli novel Samad Said yang baru dipasarkan.

ii. Ahmad membeli novel Samad Said.

iii. Novel Samad Said baru dipasarkan.

Ayat (iii) telah dipancangkan dalam objek ayat utama dan

dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan Novel Samad

Said dan penggunaan kata yang.

Kesimpulannya, penanda relatif ialah yang. Namun,

dalam bahasa Melayu perkataan yang bukan sahaja

digunakan sebagai penanda relatif, tetapi digunakan juga

sebagai nama yang digugurkan daripada frasa nama +

yang seperti contoh :

a) Orang yang rajin dan berusaha selalunya berjaya.

Yang rajin dan berusaha selalunya berjaya.

b) Baju yang hijau itu warna kegemaran saya.

Yang hijau itu warna kegemaran saya.

c) Bangunan yang tinggi itu bangunan Bank Negara.

Yang tinggi itu bangunan Bank Negara.

7

Page 6: 4 Jenis2 Ayt Majmuk Ms 3-18

Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk

Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat

kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama.

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim: 2004:

241), kata hubung, pancangan komplemen berfungsi menghubungkan satu

klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa

utama. Dua contoh kata komplemen

yang sering digunakan ialah "bahawa" dan "untuk".

Dalam bahasa Inggeris perkataan komplemen bermakna pelengkap.

Oleh sebab itu klausa komplemen adalah klausa yang dipancangkan ke

dalam klausa utama bagi melengkapkan klausa tersebut. Klausa komplemen

ini dipancangkan ke dalam klausa utama dengan menggunakan kata hubung

seperti: bahawa, untuk, demi, yang, agar. supaya, semoga, setelah. Kata

hubung ini juga dipanggil Kata hubung komplemen.

Bagi ayat- ayat yang mengandungi kata hubung komplemen bahawa

pada kedudukan objek, pengguguran kata komplemen tersebut dibenarkan

selagi tidak menjejaskan ayat. Namun, pada kedudukan frasa nama kata

komplemen untuk tidak boleh digugurkan.

Seperti ayat berikut:

1) Untuk Ali melakukannya sangat sukar.

Ali melakukannya sangat sukar.

2) Dia mengetahui bahawa Ahmad telah hilang.

Dia mengetahui Ahmad telah hilang.

3) Bahawa ekonomi negara telah merosot adalah kurang tepat.

Ekonomi Negara telah merosot adalah kurang tepat.

8

2.3 AYAT KOMPLEMEN2.3 AYAT KOMPLEMEN

Page 7: 4 Jenis2 Ayt Majmuk Ms 3-18

Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk

Diagram :

(a) Dia menerangkan sesuatu. (ayat induk)

(b) Murid itu sakit. (ayat komplemen)

Dia FN S Ayat Pertama

P

Kata Kerja Ayat Kedua

Menerangkan ( Objek )

Bahawa Murid itu sakit

Ayat Dia menerangkan sesuatu telah dipancangkan ke dalam ayat Murid itu

sakit untuk melengkapi kata kerja dalam ayat tersebut. Hubungan seperti

ini, yang berbeza daripada hubungan relatif , disebut hubungan komplemen.

Pembentukan ayat-ayat majmuk komplemen biasanya disertai penggunaan

beberapa perkataan tertentu yang digunakan sebagai kata komplemen untuk

menandakan hubungan ini. Terdapat dua komplemen dalam bahasa Melayu,

iaitu bahawa dan untuk. Perhatikan contoh-contoh di bawah:

Dia mengetahui bahawa Ahmad telah pergi.

Untuk Ali melakukannya amat sukar.

Sungguh mustahil untuknya melarikan diri.

9

Page 8: 4 Jenis2 Ayt Majmuk Ms 3-18

Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk

Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis ayat komplemen iaitu:

1) Ayat komplemen frasa nama

2) Ayat komplemen frasa kerja

3) Ayat komplemen frasa adjektif

1) Ayat komplemen frasa nama

1.1Frasa nama boleh berada pada empat tempat dalam ayat, iaitu

sebagai subjek, predikat, objek tepat dan objek sipi. Namun, ayat-

ayat komplemen jenis frasa nama hanya dapat menduduki dua

tempat iaitu sebagai ayat komplemen frasa nama subjek dan ayat

komplemen frasa nama objek tepat seperti berikut :

1.1.1 Ayat komplemen frasa nama subjek

Bahawa bahasa Melayu bahasa ibunda memanglah jelas.

Untuk dia mendapat kejayaan dalam peperiksaan itu

memang sukar.

Bahawa cerita itu menyeramkan tidak benar.

Dakwaan bahawa Ali membunuh telah mendapat liputan

meluas di media.

Amat penting untuk kita menyedari kejayaan tidak akan

datang bergolek tanpa usaha.

Walaupun susunan ayat- ayat di atas ialah ayat

songsang, namun bahagian- bahagian yang condong

tetap merupakan subjek.

2) Ayat komplemen frasa nama objek tepat

2.1 Objek dalam ayat boleh wujud sebagai objek tepat kata kerja

transitif atau sebagai objek sipi, tetapi ayat komplemen boleh

wujud hanya sebagai objek tepat sahaja. Contoh :

Kerajaan mengumumkan bahawa rakyat akan

menikmati pemberian subsidi berikutan harga minyak

dinaikkan secara mendadak.

Berita TV3 itu menyebut bahawa semua penumpang

kapal terbang Boeing 474 terselamat.

10

Page 9: 4 Jenis2 Ayt Majmuk Ms 3-18

Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk

Mereka menyedari bahawa kehidupan mereka belum

terbela sepenuhnya.

Yang dituduh mengakui bahawa dia yang melakukan

rompakan di kedai emas tersebut.

Dalam ayat- ayat di atas ayat komplemen berfungsi

sebagai objek tepat kata kerja transitif pada ayat

induknya.

3) Ayat komplemen frasa kerja

3.1Frasa kerja dalam ayat boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif,

iaitu yang diikuti bukan oleh kata nama tetapi oleh keterangan-

keterangan lain yang bertujuan melengkapkan frasa tersebut. Ada

ayat- ayat komplemen yang berfungsi sebagai pelengkap kepada

kata kerja ini, yang bukan frasa nama. Sekali imbas ayat- ayat ini

seolah-olah ayat komplemen frasa nama objek, tetapi hakikatnya

tidak, oleh sebab ayat- ayat tersebut tidak boleh mengalami proses

pasif, iaitu bagi menentukan frasa nama objek. Oleh itu ayat- ayat

itu digolongkan ke dalam jenis ayat- ayat komplemen frasa kerja.

Contohnya :-

Ahmad berpendapat bahawa ladang kelapa sawit itu tidak

patut dibangunkan perumahan.

Penceramah itu berfahaman bahawa pembangunan

negara seiring dengan kepesatan ekonomi.

Puan Fatimah beranggapan bahawa suaminya telah

melupakan tanggungjawab terhadap anak-anaknya.

Saya berpendapat bahawa cadangan itu boleh diterima.

Murid itu berasa bahawa nasihat guru disiplinnya itu

benar.

4) Ayat komplemen frasa adjektif

11

Page 10: 4 Jenis2 Ayt Majmuk Ms 3-18

Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk

4.1Frasa adjektif boleh menjadi unsur predikat sesuatu ayat. Begitu

juga ayat komplemen boleh terdiri daripada ayat komplemen

adjektif, iaitu yang merupakan ayat kecil yang dipancangkan ke

dalam ayat induk. Tetapi, jumlah ayat jenis ini dalam bahasa

Melayu amat terhad.

Ini dapat dilihat menerusi contoh berikut:

Saya amat percaya bahawa saya akan cemerlang dalam

peperiksaan.

Pelajar itu sedar bahawa mereka harus berjaya dalam

peperiksaan.

Dia sangat yakin bahawa anaknya akan berjaya.

Mereka sangat insaf bahawa mereka itu serba kekurangan.

12

2.4 AYAT KETERANGAN2.4 AYAT KETERANGAN

Page 11: 4 Jenis2 Ayt Majmuk Ms 3-18

Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk

Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat

induk dan satu ayat kecil atau lebih yang bertugas sebagai keterangan

kepada predikat.

Contoh :

(i) Pemain hoki negara gagal kerana tidak bersedia.

(ii) Bayi itu menangis kerana ia lapar.

(iii) Dia bukan majikan saya ketika saya bekerja dahulu.

Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan menerangkan kata

kerja dalam ayat utama.

Contoh- contoh dia atas menunjukkan bahawa ayat majmuk

tersebut mempunyai dua ciri iaitu pertama, adanya ayat induk

dengan satu ayat kecil atau lebih yang tidak dapat berdiri

sendiri, dan kedua, oleh sebab adanya kata hubung yang

menghubungkaitkan ayat induk dengan ayat- ayat kecil seperti

ketika, kerana, semasa, sewaktu, dan sekiranya. Ayat- ayat kecil

ini merupakan ayat keterangan. Hubungan antara ayat- ayat ini

dapat diringkaskan seperti berikut :

Ayat induk+ Kata hubung + Ayat keterangan

Namun, kedudukan ayat keterangan ini tidak tetap, boleh hadir

di belakang ataupun di hadapan ayat induk. Ini dapat dilihat

menerusi contoh berikut :

a) Kerana tidak bersedia pemain hoki negara gagal.

b) Kerana ia lapar bayi itu menangis.

c) Ketika saya bekerja dahulu dia bukan majikan saya.

13

Page 12: 4 Jenis2 Ayt Majmuk Ms 3-18

Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk

Jenis – Jenis Ayat Keterangan

Ianya dapat dibahagikan kepada sembilan jenis iaitu :

1) Keterangan musabab

2) Keterangan akibat

3) Keterangan syarat

4) Keterangan waktu

5) Keterangan pertentangan

6) Keterangan harapan

7) Keterangan cara

8) Keterangan tujuan

9) Keterangan perbandingan

1. Keterangan musabab

1.1.Keterangan musabab dapat diertikan sebagai unsur yang

menerangkan sebab berlakunya sesuatu kejadian atau perbuatan.

Kata hubung keterangan musabab yang digunakan adalah seperti

kerana, lantaran, dan oleh sebab.

1.2.Sebagai contoh :

Saya tidak dapat hadir kerana saya tidak sihat.

Oleh sebab mereka datang lewat mereka tidak dibenarkan

masuk ke dewan peperiksaan.

Pelajar itu cemerlang lantaran usaha yang bersungguh-

sungguh.

Saya tidak dapat hadir kerana saya tidak sihat.

Oleh sebab dia memandu terlalu laju, Aman menerima lima

saman.

2. Keterangan akibat

14

Page 13: 4 Jenis2 Ayt Majmuk Ms 3-18

Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk

2.1Keterangan akibat didefinisikan sebagai unsur yang menerangkan kesan

atau hasil sesuatu perbuatan. Kebiasaannya, kata hubung adalah seperti

hingga dan sehingga.

2.2Sebagai contoh :

Pelajar itu berusaha bersungguh- sungguh sehingga ia

berjaya.

Ia menjerit terlalu kuat hingga serak suaranya.

3. Keterangan syarat

3.1Keterangan syarat ialah unsur yang menerangkan tuntutan yang mesti

dipenuhi. Kata hubung keterangan syarat adalah seperti sekiranya, andai

kata, jikalau, jika dan kalau

3.2Sebagai contoh :

Sekiranya saya lulus peperiksaan ini saya akan

mengadakan kenduri kesyukuran.

Andai kata mereka bertindak kita akan bertahan

bersungguh- sungguh.

Jika diizinkan Allah saya akan berkunjung lagi ke Melaka

tempat bersejarah ini.

Siti akan ikut serta kalau ayah membenarkannya.

4. Keterangan waktu

4.1Keterangan waktu ialah unsur yang menerangkan masa sesuatu

perbuatan atau kejadian. Kata hubung keterangan waktu adalah seperti

sejak, semenjak, sementara, tatkala, dan ketika

4.2Sebagai contoh :

Polis segera tiba setelah mendapat maklumat tentang

pergaduhan itu.

Sementara menunggu jagung masak petani itu menanam

tebu.

Tatkala hujan membasahi bumi mereka masih di sawah.

15

Page 14: 4 Jenis2 Ayt Majmuk Ms 3-18

Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk

Ketika masih kecil dahulu saya selalu menolong ibu

membuat kuih di dapur.

5. Keterangan pertentangan

5.1Keterangan pertentangan ialah unsur yang menerangkan sesuatu

perbuatan atau kejadian yang berlawanan. Kata hubung keterangan

pertentangan adalah seperti walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun,

walau bagaimanapun, namun, sekalipun dan sedangkan.

5.2Sebagai contoh:

Sekalipun dia sudah lanjut usia, dia masih bersemangat

ingin menyambung pelajarannya ke peringkat ijazah.

Meskipun hari sudah lewat pemuda itu masih enggan

berganjak daripada kedai tersebut.

Mereka berpindah juga ke bandar sedangkan hati mereka

masih di kampung.

Kendatipun polis itu telah terkena peluru, dia terus

melawan perompak.

6. Keterangan harapan

6.1Keterangan harapan merupakan unsur yang menerangkan sesuatu

perbuatan atau kejadian yang dihajati. Kata hubung keterangan harapan

ini adalah seperti supaya, agar, semoga, moga- moga, dan kalau- kalau.

6.2Sebagai contoh :

Supaya suasana menjadi aman damai mereka bersetuju

dengan cadangan ketua kampung itu.

Kita mesti bertolak ansur agar semua pihak berpuas hati.

Cuba berusaha dahulu, kalau- kalau kita berjaya

menyelesaikan masalah ini.

16

Page 15: 4 Jenis2 Ayt Majmuk Ms 3-18

Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk

7. Keterangan cara

7.1Keterangan cara dapat diertikan sebagai unsur yang menerangkan gaya

atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku. Kata hubung

keterangan cara ialah dengan

7.2Sebagai contoh :

Dengan memberanikan hati Anita nekad terjun daripada

kapal ke dalam laut

Pemuda itu datang dengan menaiki kapal terbang

Dia menangkap tikus itu dengan menggunakan

perangkap tikus

Mereka ke sekolah dengan menaiki bas

8. Keterangan tujuan

8.1Keterangan tujuan ialah unsur yang menerangkan maksud bagi sesuatu

perbuatan atau kejadian. Kata hubung keterangan tujuan adalah seperti

untuk, demi, dan bagi

8.2Sebagai contoh :

Para pelajar berusaha bersungguh- sungguh untuk

berjaya di dalam peperiksaan

Demi menyatukan rakyat yang berbilang kaum,

Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan

Masyarakat ditubuhkan

Udara yang bebas daripada pencemaran amat diperlukan

bagi menjamin kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-

tumbuhan

9. Keterangan perbandingan

17

Page 16: 4 Jenis2 Ayt Majmuk Ms 3-18

Soalan 1 : Jenis-jenis ayat majmuk

9.1Keterangan perbandingan dapat didefinisikan sebagai unsur yang

menerangkan kejadian yang menjadi persamaan. Kata hubung

keterangan perbandingan adalah seperti, macam, seolah- olah, seakan-

akan, ibarat, bagaikan, dan bak

9.2Sebagai contoh :

Hatinya pilu seperti dihiris pisau

Ali bermimpi seolah- olah berada di alam kayangan

Hidupnya amat bertuah ibarat bulan jatuh ke riba

Kedua mempelai itu bagaikan cincin dengan permata,

sama cantik sama sepadan

Dia terdiam bagai mulutnya terkunci rapat

Pemuda itu sering termenung macam pungguk merindui

bulan

Kesimpulannya, ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan

dengan menggunakan kata hubung- kata hubung yang tertentu

mengikut kesesuaian penggunaannya di dalam konteks ayat.

18