solat puasa taharah

Upload: noor-hazwani-mansor

Post on 03-Apr-2018

549 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    1/106

    PENGHARGAAN

    Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi di atas segala limpah dan kurnia-Nya kami

    mampu menyempurnakan tugasan ini dengan penelitian dan kajian terperinci daripada

    pelbagai sumber. Tugasan yang diberikan berkenaan dengan kajian dan perincian

    tentang konsep taharah, solat dan puasa berdasarkan pandangan ulama mazhab

    Hanafi, Hanbali, Maliki dan Syafiie.

    Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada

    pensyarah pembimbing kami iaitu Ustazah Mariah yang banyak memberi bimbingan

    dan tunjuk ajar berkaitan dengan tugasan kali ini. Seterusnya kami ingin mengucapkan

    berbanyak-banyak terima kasih kepada kedua ibubapa kami yang memberi sokongan

    moral kepada kami sepanjang kami berusaha menyelesaikan tugasan ini. Tidak lupa

    juga kepada rakan taulan yang banyak menyumbangkan idea dan sanggup berkongsi

    maklumat dengan kami.

    Dengan adanya tugasan ini, kami berharap dapat memberi manfaat yang banyak

    kepada semua dan dapat menjadi salah satu bahan rujukan kepada sesiapa juga. Akhir

    sekali kami ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam

    proses menyiapkan tugasan ini secara langsung dan tidak langsung.

    Sekian, terima kasih.

    Yang benar,

    Noor Annisak binti Othman

    Siti Nurhafiza binti Tim

    Wardyawaty binti Rajikal

    PENGENALAN

    Menurut Bahasa berasal dari shighah mashdar mimy (kata sifat) dan

    isim makan (kata yang menunjukkan tempat).

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    2/106

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    3/106

    Sementara Huzaemah Tahido Yanggo mengelompokkan mazhab-

    mazhab fiqih sebagai berikut :

    1. Ahli al-Sunnah wa al-jamaah

    a. ahl al-Rayi

    kelompok ini dikenal pula dengan Mazhab Hanafi

    b. ahl al-Hadis terdiri atas :

    1. Mazhab Maliki

    2. Mazhab Syafiie

    3. Mazhab Hambali

    2. Syiah

    a. Syiah Zaidiyah

    b. Syiah Imamiyah

    3. Khawarij

    4. Mazhab-mazhab yang telah musnah

    a. Mazhab al-Zhahiry

    b. Mazhab al-Thabary

    c. Mazhab al-Laitsi

    1.0 KONSEP SEMBAHYANG

    1.1 Takrif sembahyang

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    4/106

    Bahasa: doa atau doa dengan kebaikan

    . .dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi

    ketenteraman bagi mereka.1

    Syara: sembahyang ialah semua perkataan dan perbuatan tertentu yang

    dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam.

    Sejarah sembahyang, jenis kewajipan dan fardu-fardunya.

    Ibadah sembahyang mula difardukan pada malam isra, iaitu 5 tahun

    sebelum Hijrah. Hadis Anas: Difardukan sembahyang ke atas Nabi Muhammad

    pada malam Isra dengan 50 waktu, kemudian ia dikurangkan sehingga menjadi 5

    waktu.

    Ulama Hanafi: sembahyang telah difardukan pada malam Isra

    sebelum hari sabtu 17 Ramadan satu setengah tahun sebelum Hijrah.

    Al-Hafiz Ibn Hajar: telah difardukan pada 27 Rejab.

    Sembahyang telah difardukan ke atas setiap mukallaf. Tetapi kanak-

    kanak berusia 7tahun perlulah disuruh sembahyang untuk melatih

    mereka. Sabda Rasulullah:

    Suruhlah anak kamu sembahyang semasa umur mereka 7 tahun dan

    pukullah mereka semasa umur 10 tahun dan asingkanlah tempat tidur

    mereka.

    Kata Abu Hanifah, Sembahyang witir adalah wajib kerana Rasulullah

    s.a.w bersabda:

    " , "

    Sesungguhnya Allah telah menambah terhadap kamu satu sembahyang

    iaitu witir.

    1.2 SYARAT SAH SEMBAHYANG

    1Surah Taubah:103

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    5/106

    1.2.1 Mengetahui telah masuk waktu

    Tidak sah sembahyang yang dilakukan tanpa mengetahui waktunya secara

    yakin atau secara andaian yang berdasarkan ijtihad. Oleh itu, sesiapa yang

    melakukan sembahyang tanpa mengetahui waktu, tidak dikira sah sekalipun

    dilakukan dalam waktunya kerana ibadah sembahyang mesti dengan

    kepastian. Oleh itu, apabila diragui waktunya, maka tidak dikira sebagai sah,

    kerana orang meragui tidak pasti.

    Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan Yang Diwajibkan atas

    orang-orang Yang beriman, Yang tertentu waktunya.2

    Iaitu fardu yang ditetapkan waktunya. Kita telah bincangkan waktu

    sembahyang dan ijtihad bagi menentukan waktu sebelum ini.

    1.2.2 Suci daripada hadas kecil dan besar

    Menurut ijma para ulama, batal sembahyang sekiranya berhadas secara

    sengaja. Tetapi menurut pendapat ulama Hanafi, tidak batal seandainya

    berlaku pada akhir sembahyang. Tetapi menurut Hanafi, tidak batalsembahyang dengan serta merta, kecuali diteruskan untuk satu rukun sahaja

    secara sedar atau keuzuran.

    Maliki: Jika keluar darah dari hidung, sembahyang itu boleh disambung

    dengan 6 syarat:

    Tidak berlumuran darah lebih daripada ukuran wang satu dirham.

    Tidak melewati tempat yang paling dekat untuk menyucikan darah.

    Tempat untuk bersuci itu dekat. Jika terlalu jauh amat terbatalsembahyang.

    Tidak membelakangi kiblat tanpa sebab munasabah.

    Tidak memijak banda najis semasa bergerak untuk bersuci.

    2Surah an-Nisa:103

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    6/106

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    7/106

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    8/106

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    9/106

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    10/106

    1.2.6 Niat

    Bahasa: Kehendak.

    Syara: azam hati untuk melakukan ibadah bertujuan mendekati

    Allah.

    Ulama Hanafi, Hanbali & rajih di kalangan ulama Maliki: niat

    adalah syarat sembahyang .

    Ulama Syafiie & setengah ulama Maliki: Niat adalah salah satu

    fardu sembahyang atau rukun kerana diwajibkan pada

    sebahagian sembahyang iaitu di awal sembahyang.

    Sabda Rasulullah:

    " , "

    sesungguhnya setiap perbuatan adalah dengan niat dan

    sesungguhnya setiap individu menurut niatnya10

    Syarat niat:

    Beragama Islam

    Mumaiyiz

    Tahu apa yang diniatkan

    10Hadis riwayat Imam Hadith yang enam di dalam kitab mereka, daripada Umar bin al-Khattan, r.a Nasb al-Rayah, Jil. 1, hlm,301

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    11/106

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    12/106

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    13/106

    1. Pentafsiran niat.

    Niat adalah

    kehendak yang

    terletak pada hati.

    Dan hati

    mengetahui.

    Tidak disyaratkan

    melafazkan atau

    menyebut dengan

    lidah.

    Niat perlu

    ditentukan.

    Contoh, jika untuk

    solat zohor,

    niatkan untuk

    Zohor dan

    seterusnya.

    Untuk solat sunat,

    memadai dengan

    niat secara umum

    (tanpa

    menentukan jenis).

    Niat sembahyang

    adalah fardu.

    Serentak dengan

    takbiratulihram.

    Jika niat sebelum

    atau selepas takbir

    diselangi masa

    yang panjang

    adalah batal.

    Jikalau singkat:

    Hanafi: sah niat.

    Syafie: batal

    Niat perlu

    ditentukan bagi

    solat sunat witir,

    raya, dan gerhana

    dan minta hujan.

    Bagi solat sunat

    yang lain,

    memadai dengan

    niat sunat sahaja.

    Dikira sah

    Niat serentak dengan

    perbuatan dan

    bertempat di hati

    niatnya.

    Sunat niat awal

    sedikit daripada

    takbir.

    Jika niat disusuli

    dengan InsyaAllah

    tidak membatalkan.

    Bagi sembahyang

    fardu wajib

    ditentukan:

    Niat fardu.

    Niat pelaksanaan

    perbuatan

    Menentukan jenis

    fardu.

    Dilakukan serentak

    dengan

    takbiratulihram.

    Jika solat yang

    Wajib niat dalam

    hati. Sunat untuk

    dilafazkan.

    Solat fardu

    diwajibkan untuk

    menentukan jenis

    sembahyang dan

    berazam untuk

    melakukannya.

    Sah sembahyang

    qada dengan niat

    tunai atau

    sebaliknya jika

    berlainan dengan

    sangkaannya.

    Sembahyang

    sunat wajib niat

    bagi solat sunat

    lima dan bagi yang

    lain memadai

    dengan niat sunat

    saja.

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    14/106

    Terbatal niat

    dengan sekadar

    InsyaAllah.2. Cara berniat

    Diwajibkan imam

    dalam satu kes

    sahaja iaitu dalam

    kes lelaki menjadi

    imam bagi

    orang perempuan.

    3. Waktu berniat

    Serentak dengan

    takbir.

    Sah menurut

    Hanafi niat

    sebelum takbir.

    sembahyang qada

    dengan niat tunai

    atau sebaliknya.

    Imam wajib

    memasang niat.

    Jika makmum

    memasang niat

    solat Jumaat tetapi

    imam sembahyang

    Zohor, maka sah

    solatnya. Tetapi

    batal jika

    sebaliknya.

    berkaitan dengan

    waktu maka wajib

    ditentukan waktu.

    Jika sebaliknya, maka

    memadai dengan niat

    sunat saja.

    Sah sembahyang jika

    tidak tahu waktu

    sudah habis atau

    belum jika waktu

    mendung.

    Di disunatkan

    menentukan hari.

    Niat adalah syarat,

    maka jika ragu

    dengan niat maka

    batal

    sembahyangnya.

    Disyaratkan niat

    imam untuk:

    Solat Jumaat

    Solat Jamak takdim

    Solat Nazar

    Jumhur: niat yang

    betul disusuli

    dengan niat untuk

    keluar daripada

    sembahyang

    adalah terbatal.

    Abu Hanifah:

    sembahyang itu

    sah kerana ibadah

    apabila sah

    dipermulaannya

    maka tidak

    terbatal dengan

    niat keluar

    daripadanya.

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    15/106

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    16/106

    1.2.7 Tertib dalam menunaikan sembahyang dan miwalat (tidak

    terputus hubungan) setiap perbuatannya.

    1.2.8 Meninggalkan percakapan yang tidak berkaitan dengan

    sembahyang.

    1.2.9 Meninggalkan perbuatan yang banyak yang tidak berkaitan

    dengan sembahyang.

    1.2.10Meninggalkan makan minum.

    1.3 RUKUN SEMBAHYANG

    Rukun sembahyang menurut Ulama (selain Mazhab Hanafi)

    Rukun sembahyang yang disepakati ulama

    Mazhab Maliki Mazhab Syafiie Mazhab Hanbali

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    17/106

    Fardu

    sembahyang ada

    14:

    Niat

    Takbiratulihram

    Berdiri tegak

    Al-Fatihah

    Ruku

    Itidal

    Sujud

    Duduk di antar

    dua sujud

    Tamaninah

    Tertib

    Sembahyang

    meliputi

    perkataan dan

    perbuatan.

    3 perkataan yang

    dikira fardu:

    Takbiratulihram

    Al-Fatihah

    Salam.

    3 perbuatan

    fardu:

    Angkat tangan

    ketika takbir

    Tasyahhud

    Mulakan salam

    dari kanan.

    Fardu

    sembahyang ada

    13:

    Niat

    Takbiratulihram

    Berdiri tegak

    Al-Fatihah

    Ruku

    Itidal

    Sujud

    Duduk di antar

    dua sujud

    Tamaninah

    Tahiyat akhir

    Tertib

    Perkara fardu

    tidak boleh

    digantikan dengan

    sujud sahwi. Jika

    telah salam,

    sempurnakan

    yang tertinggal

    kemudian sujud

    sahwi.

    Fardu

    sembahyang ada

    14:

    Takbiratulihram

    Berdiri tegak

    Al-Fatihah

    Ruku

    Itidal

    Sujud

    Bangkit dari sujud

    Duduk di antara

    dua sujud

    Tamaninah

    Duduk ketika baca

    tahiyat

    Tahiyat akhir

    Salam

    Tertib

    Niat dibincangkan

    dalam syarat

    berdasarkan

    metode ulama

    Hanafi dan

    Hanbali dan

    sebhaagian Maliki.

    Muktamad di

    kalangan Maliki,

    niat ialah rukun

    dan ihram ialah

    ungkapan yang

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    18/106

    meliputi niat serta

    takbir.

    Rukun sembahyang yang disepakati ulama

    1. Takbiratulihram.

    Mazhab Maliki & Hanbali: takbir dalam Bahasa Arab dan tidak

    diselangi dengan perkataan lain di antara dua kalimah itu.

    Cukup untuk didengari oleh telinga sendiri kecuali imam. Jika

    bisu (tetapi perlu menggerakkan bibir dalam lidah), gugur

    kewajipan untuk melafaz takbir.14

    dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!

    Mazhab Maliki, Hanafi, Syafiie, Hanbali: takbir ialah rukun, bukan

    syarat.

    Tetapi mazhab Syafiie mengatakan: tidak mengapa untuk

    menambah takbir seperti

    Ulama Hanafi mensyaratkan 20 perkara untuk takbiratulihram:

    masuk waktu, menutup aurat, suci dari hadas, berdiri, niat

    mengikut imam, melafazkan takbir, menentukan fardu, tidak sah

    jika beristigfar, tidak disatukan dengan Basmalah, tidak boleh

    dahulukan takbir sebelum niat, tidak mendahului imam*,

    menghadap kiblat.

    * sesungguhnya dijadikan imam untuk diikuti, maka apabila ia melakukan

    takbir hendaklah kamu melakukan takbir Muttafaq alaih

    2. Berdiri dalam sembahyang.

    Di kalangan Hanafi: Diwajibkan berdiri bagi yang berupaya dalam

    sembahyang fardu dan dalam sembahyang wajib.15

    14Al- Syarh al-Saghir, Jil. 1, hlm 305 & al-Mughni, Jil. 1, hlm 460-464 &Kasysyaf al-Qina, Jil.1,hlm 451.

    15Tabyin al-Haqaiq, Jil 1, hlm. 104 & Fath al-Qadir, Jil 1, hlm 192, 304, 378.

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    19/106

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    20/106

    Penetapan bacaan dalam kedua-dua rakaat pertama daripada

    fardu adalah wajib, Ali r.a berkata:

    Bacaan dalam kedua-dua rakaat pertama adalah juga bacaan

    dalam kedua-dua rakaat yang akhir.

    Ibn Masud & Aisyah: Diberi pili dalam kedua rakaat akhir,

    samada mahu membaca Quran atau bertasbih.

    Mazhab Hanafi: al-Fatihah bukan merupakan fardu dalam

    sembahyang samada sembahyang perlahan ataupun

    sembahyang nyaring. Ia bukan menjadi fardu ke atas imam atau

    makmum bahkan makmum makruh membacanya.

    4. Ruku.

    Bahasa: membongkok.

    Syara: membongkok belakang dan juga kepala sehingga kedua-dua

    tangan sampai ke lutut.

    . Wahai orang-orang Yang beriman, rukuklah.

    Dalil meletakkan kedua tangan ke atas kedua lutut adalah

    berdasarkan Hadith.

    Maksudnya: aku telah melihatnya apabila Baginda ruku, kedua-dua

    tangannya menguasai kedua-dua lututnya, kemudian meluruskan

    belakangnya. (Membongkokkannya sehingga menjadi sama rata)-

    riwayat Abu Hunaid

    Disyariatkan merenggang jari jemari. Abu Masud bin Amru

    merenggangkan jarinya kemudian berkata Beginilah yang aku

    lihat Rasulullah mengerjakan sembahyang.17

    Aisyah: rasulullah s.a.w apabila ruku Baginda tidak

    meninggikan kepala dan tidak merendahkannya tetapi antara

    keduanya.

    17Riwayat Ahmad, Abu Daud & al-NasaI, Nayl al-Autar, Jil. 2, hlm 243

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    21/106

    Ulama Syafiie & Hanbali: mensyaratkan ruku itu dilakukan

    semata-mata kerana ruku. Oleh itu, jika membongkok untuk

    melakukan sujud tilawah tiba-tiba dilakukan ruku, maka

    perbuatan ruku tidak memadai.

    Tamaninah, tidak bergerak semua anggota selama sekadar

    sekali tasbih dan ruku dan sujud.

    tidak memadai sembahyang seorang lelaki yang tidak membetulkan tulang

    belakangnya ketika ruku dan sujud18

    5. Itidal.

    Abu Hanifah & Muhammad: bangkit daripada ruku, Itidal dan

    duduk antara dua sujud ialah perkara wajib.

    . rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), 19

    Mazhab Hanafi: bangkit dari ruku, duduk antara dua sujud dan

    tegak antara keduanya adalah sunat.

    Abu Yusuf & mazhab lain: bangkit dari ruku, Itidal, berdiri tegak

    dan tamaninah ialah rukun atau fardu dalam sembahyang.

    6. Sujud dua kali bagi setiap rakaat.

    Bahasa: tunduk dan merendahkan diri, atau merendah dan

    tunduk.

    Syara: sujud yang paling minimum ialah meletakkan dahi yang

    terdedah ke atas bumi atau di atas tempat sujud.

    Sujud paling sempurna ialah meletakkan kesemua tangan, lutut,

    kaki dan dahi bersama-sama hidung ke atas bumi.

    18Riwayat al-Bukhari

    19Surah al-Hajj: 77

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    22/106

    Ulama Maliki: sujud di atas bahagian dahi yang paling mudah,

    iaitu sebelah atas kening dan antara dua tepi dahi. Sumat

    meletakkan hidung di tempat sujud.

    Ulama Syafiie, Hanafi, Hanbali jika tidak dapat sujud di atas

    bumi atau seumpamanya bersama-sama dengan imam, kerana

    kesesakan orang ramai. Maka boleh sujud di mana-mana.

    Sujud dengan kedua tangan, lutut, hujung jari kaki menyentuh

    buni adalah sunat.

    Maksudnya: Apabila seseorang hamba melakukan sujud, maka

    sujudlah bersama-samanya tujuh anggota: mukanya, dua

    telapak tangannya, dua lutut dan hujung dua kakinya.20

    7. Duduk di antara dua sujud.

    Duduk antara dua sujud dengan tamaninah ialah rukun menurut

    jumhur. Wajib menurut ulama Hanafi. Berdasarkan hadis:

    ""

    Kemudian bangkit sehingga tetap duduknya.

    Tambah ulama Syafiie: hendaklah bangkit daripada sujud bukan

    kerana terkejut. Dan tidak memanjangkan duduk antara dua

    sujud dan Itidal kerana keduanya adalah rukun pendek untuk

    menjadi pemisah antara dua rukun.

    Cara duduk ikut sunnah adalah secara iftirash iaitu melipat kaki

    kiri dan duduk di atasnya, dan menegakkan kaki kanan serta

    mengeluarkan kaki kiri dari bawah kaki kanan dan menekankan

    dengan jari kaki kanan ke atas buni supaya hujung jari kaki

    kanan itu menghala ke qiblat. Ini adalah mengikut sunnah.Sabda Rasulullah: kemudian dilipatkan kaki kirinya dan duduk di

    atasnya, kemudian tegak sehingga semua tulang kembali ke

    tempatnya, kemudian menunduk untuk sujud.

    20Riwayat jamaah perawi kecuali Bukhari, Nayl al-autar, Jil 2, hlm. 257.

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    23/106

    8. Duduk kali terakhir sekadar bacaan tahiyat.

    Mazhab Hanafi: duduk buat kali terakhir dan membaca tahiyat

    sehinggalah selesai sebutan adalah fardu. Jika

    makmum selesai bacaan sebelum imam, kemudian ia bercakapatau makan, maka sembahyangnya dikira sempurna.

    Ulama Syafiie & Hanbali, duduk kali terakhir dan bacaan tahiyat

    kemudian selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w secara duduk

    sekadar ialah rukun.

    Ulama Maliki, menjadi rukun ialah duduk sekadar untuk memberi

    salam.21

    Ulama Hanafi: tahiyat awal sama seperti tahiyat akhir ialahwajib. Jumhur: sunat. Begitu juga selawat ke atas Nabi s.a.w

    dalam tahiyat akhir (Ulama Hanafi & Maliki)

    , ,

    Jika kamu menyebut ini atau buat ini, maka sempurna

    sembahyangnya.22

    Cara duduk: Ulama Hanafi: cara duduk tasyahhud akhir adalah sama dengan

    duduk iftirasyi.

    Bahawa Nabi s.a.w duduk yakni untuk bertasyahhud lalu Baginda

    melipat kaki kirinya dan dipacak kaki kanannya dengan kaki itu ke

    arah qiblat.

    Ulama Maliki: duduk secara tawaruk dalam tasyahhud pertama

    dan tasyahhud akhir.23

    21Fath al-Qadir maa al-Inayah, jil. 1, hlm 113 & al-Badai, Jil 1, hlm. 113 & Tabyin al-Haqaiq,jil 1, hlm 104.

    22Riwayat ini disenaraikan oleh al-Daruqutni dan dikira sebagai mauquf.

    23Al-Syarh al-Saghir, Jil.1, hlm273

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    24/106

    Ulama Hanbali & Syafiie: sunat duduk secara tawarruk dalam

    tasyahhud akhir secara iftirasyi, tetapi dikeluarkan kaki kiri dari

    sebelah kanan dan pangkal pahanya diletakkan di atas tanah.

    Sehinga sampai kepada rakaat penghabisan

    sembahyang,Baginda melipat kaki kirinya dan duduk di atas pangkal

    paha kiri secara tawarruk, kemudian memberi salam.24

    Lafaz tahiyat

    Ulama Hanafi & Hanbali:

    , , ,

    . ,

    Imam Malik:

    , ,

    Ulama Syafiie:

    ,,

    . ,

    Bacaan paling sempurna:

    , ,

    , ,

    .

    9. Salam

    Ulama Maliki & Syafiie: salam pertama untuk keluar daripada

    sembahyang, semasa duduk adalah fardu.

    24Hadis ini diriwayatkan oleh lima orang Imam Hadith kecuali al-NasaI, Hadith ini disahihkanoleh al-Tirmizi & diriwayatkan oleh al-Bukhari dengan ringkas. Nayl al-Autar, Jil. 2, hlm.184.

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    25/106

    Ulama Hanbali: kedua-dua salam adalah fardu25 kecuali sembahyang

    jenazah, sunat, sujud tilawah dan sujud syukur

    Ulama Maliki & Syafiie: sembahyang tamat dengan salam pertama.

    Tetapi ulama Hanbali dengan salam kedua.

    kunci dalam bersembahyang ialah suci, tahrimnya (memasukinya)

    ialah dengan takbir dan tahlilnya (menamatkannya) dengan memberi

    salam.26

    10.Tamaninah.

    Jumhur: Tamaninah adalah rukun atau syarat rukun. Dalam ruku ,

    Itidal, sujud dan duduk antara dua sujud.

    Ulama Hanafi: wajib

    Jika kamu mendirikan solat hendaklah kamu bertakbir, kemudianbacalah ayat-ayat Quran yang mudah bagi kamu, kemudian rukulah

    sehingga ernyata tetap (tamaninah), kemudian angkat sehingga Itidal,

    kemudian sujud sehingga ternyata tetap, kemudian lakukanlah

    demikian pada semua sembahyang.

    Tamaninah: diam seketika selepas sesuatu gerakan atau diam

    antara dua gerakan yang memisahkan umpamanya antara angkat

    dan jatuh. Anggaran masanya ialah sekadar zikir (bacaan) yang

    diwajibkan.

    Ulama Hanbali: Adapun orang yang lupa, maka dianggarkan

    adanya diam yang paling minimum.

    Ulama Hanafi: Diam anggota sekadar sekali tasbih dalam ruku ,

    sujud dan mengangkat kepala daripada keduanya.

    Ulama Maliki: Diam anggota buat seketika dalam semua rukun

    sembahyang.

    11.Tertib dalam segala rukun seperti yang dituntut dalam sembahyang

    mengikut sunnah .

    25Al-Mughni, Jil. 1, hlm 545 & mughni al-Muhtaj, jil.1, hlm 177

    26Hadis riwayat Muslim

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    26/106

    Jumhur ulama: tertib adalah satu rukun. Wajib dalam bacaan

    dalam perkara berulang dalam setiap rakaat. Fardu pada perkara

    yang tidak berulang.

    Ulama Hanafi: tertib qiyam sebelum ruku atau tertib ruku

    sebelum sujud.

    Jumhur, Ulama Syafiie: disebabkan tertib sebagai rukun, maka

    batallah sembahyangnya kerana ia main-main.

    Jika dia tidak ingat sehingga sampai kepada perbuatan yang

    serupa, maka disempurnakan rakaat yang ditinggalkan dengan

    rakaat yang demikian dan disambung sembahyangnya.

    Jika rukun itu lain daripada niat dan takbiratulihram hendaklah dia

    sambungkan ke atas sembahyangnya yang telah lepas itu jika

    selang masanya tidak lama sedang dia tidak melakukan perkara-

    perkara yang bercanggah dengan sembahyang seperti menyentuh

    najis.

    Jika selang masa tersebut lama menurut uruf hendaklah diulangi

    semula sembahyang itu. Akibat daripada tertib dikira wajib

    (ulama Hanafi) pada perkara berulang di setiap rakaat.27

    1.4 PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN DAN MEROSAKKAN

    SEMBAHYANG

    1. Bercakap dalam sembahyang

    1.1 Mazhab Hanafi

    Sembahyang menjadi rosak dengan selingan percakapan samada

    secara sengaja ataupun tidak, tidak diketahui atau dipaksa.

    Walaupun disebutkan dengan dua perkataan atau satu perkataan

    yang bermakna.

    27Radd al-Muhtar, Jil. 1, hlm 429-432 & al-Badai, jil.1, hlm 241

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    27/106

    Jika seorang yang sedang bersembahyang itu memberi salam atau

    menjawab salam dengan lisan dan bukan dengan tangannya maka

    hukumnya makruh.

    Seorang yang menangis dengan suara yang kuat kerana sesuatu

    bencana, sembahyangnya menjadi rosak kerana dia melahirkan

    perasaan dukacita kerana bencana itu.

    Mengikut pendapat Abu Hanifah dan Muhammad,

    menghembuskan nafas dengan suara yang dapat didengar adalah

    membatalkan sembahyang samada ia bertujuan tafif ataupun

    tidak. Ini berdasarkan kata-kata Ibn Abbas yang bermaksud

    Menghembus nafas dalam sembahang adalah percakapan.28

    Jika seorang yang sedang bersembahyang melayan seekor anjing,

    kucing dengan suara yang bukannya daripada huruf hijaiyah

    (abjad), sembahyang tidak rosak kerana ia adalah suara yang

    tidak berhuruf.

    1.2 Mazhab Maliki

    Sembahyang menjadi batal dengan sebab berkata-kata dengan

    sengaja, wlaupun hanya atau yang bukan bertujuanuntuk memperbetulkan sembayang.

    Batal jika mengeluarkan suara yang tidak berhuruf dengan

    sengaja seperti meniru suara gagak, sengaja menghembus nafas

    dengan mulut dan memberi salam tanpa sedar atau

    ketidakseimbangan sembahyang.

    1.3 Mazhab Syafiie

    Batal sembahyang dengan mengeluarkan perkataan manusia

    biasa terdiri daripada dua huruf dan bermakna walaupun untuk

    kepentingan sembahyang itu.

    28Diriwayatkan oleh Said bin Mansor dalam Sunannya. Nayl al-Autar, Jil.2, hlm. 317

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    28/106

    Berdehem, menangis, mengerang dan menghembus nafas

    (keluarkan 2 huruf) adalah membatalkan.

    Mengeluarkan perkataan dengan banyak29 adalah membatalkan.

    Tetapi jika berdeham sedikit, batuk atau bersin adalah dimaafkan.

    1.4 Mazhab Hanbali

    Batal jika bertutur yang terdiri daripada dua huruf atau lebih bagi

    tujuan selain sembahyang. Misalannya seorang berkata, Hai

    budak beri saya minuman.

    Tidak terbatal sembahyang jika bertutur di luar kawalan seperti

    tertidur.

    Batal dengan hembusan nafas dengan kuat yang terkeluar

    daripadanya dua huruf. Ibn Abbas berkata, Sesiapa yang

    menghembus nafas dengan kuat dalam sembahyang

    sesungguhnya dia telah dianggap bertutur.

    Tangisan kuat bukan kerana Allah juga membatalkan.

    Mazhab Hanbali mengharuskan bacaan ayat-ayat dengan melihat

    al-Quran ketika sembahyang. Makruh yang hufaz. Kerana

    menghilangkan khusyu.

    2.0 KONSEP PUASA MENURUT EMPAT MAZHAB.

    29Mengikut uruf. Fuqaha mengukur cakap dengan kadar 7 patah berpandukan cerita Zu al-Yadain

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    29/106

    2.1 Takrif Puasa:

    Bahasa: Menegah dan menahan daripada sesuatu.

    Syarak: menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yangmembatalkan puasa, bermula daripada terbit fajar sidik hingga jatuh

    matahari dan disertai dengan niat pada malamnya.

    2.2 Rukun Puasa;

    Rukun puasa ialah menahan diri daripada keinginan perut dan faraj atau

    dengan kata lain menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa.

    Mengikut mazhab Maliki dan Syafie ditambahkan satu rukun lain iaitu berniat

    pada waktu malam.

    2.3 Masa puasa :

    Bermula dari naik fajar hingga jatuh matahari. Dalilnya firman Allah:

    Maksudnya: Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari

    benang hitam, iaitu fajar.

    2.4 Faedah Berpuasa :

    1. Taat kepada perintah Allah. Ibadah ini akan memberikan kita ganjaran

    pahala. Orang-orang yang berpuasa dengan ikhlas akan masuk ke

    pintu syurga yang khas disediakan yang dinamakan al-Rayyan.

    2. Terselamat dari azab Allah disebabkan puasa yang dikerjakan.3. Mendidik budi pekerti seorang mukmin seperti berdisiplin, bersabar,

    amanah dengan perintah Allah dan sebagainya.

    4. Menyebarkan perasaan kasih sayang, melahirkan semangat kerjasama

    diantara orang Islam. Contohnya amalan berbuka puasa bersama-

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    30/106

    sama dalam majlis berbuka puasa, majlis berbuka puasa dengan anak

    yatim dan sebagainya.

    2.5 Fardhu puasa dan Bahagiannya.

    Dalil a-Quran yang mewajibkan kita berpuasa ialah dari surah Baqarah ayat

    183:

    Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa

    sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu

    bertakwa,

    Allah SWT juga berfirman:

    Maksudnya: Oleh itu, sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan

    Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu.

    Puasa bulan Ramadhan diwajibkan selepas arahan memaling qiblat kearah

    kaabah pada tahun kedua Hijrah. Raasulullah telah berpuasa sebanyak

    sembilan Ramadhan dalam masa sembilan tahun dan Baginda wafat pada

    bulan Rabiuawal tahun 11 Hijrah.

    2.6 Bahagian-Bahagian Puasa.

    Puasa mempuanyai beberapa bahagian iaitu wajib, sunat, haram dan

    makruh. Ulama Hanafi berpendapat puasa mempunyai lapan bahagian iaitu

    puasa fardhu, puasa qada Ramadhan dan puasa kifarat. Puasa wajib yang

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    31/106

    ditentukan seperti nazar yang ditentukan sementara puasa wajib yang tidak

    ditentukan adalah seperti puasa nazar mutlak dan puasa sunat.

    Puasa Wajib .

    Puasa dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:1. Puasa wajib mengikut masa iaitu puasa Ramadhan.

    2. Puasa wajib kerana ada illat iaitu puasa kifarat.

    3. Puasa kerana pilihan orang itu sendiri iaitu puasa nazar.

    Mengikut ulama Mazhab Hanafi, puasa lazim (mesti) terbahagi kepada dua

    bahagian iaitu fardhu dan wajib. Puasa fardhu ada dua bahagian, iaitu Puasa

    muayyan(tetap) seperti puasa tunai Ramadhan dan puasa tidak muayyan

    (seperti puasa qada ramadhan). Puasa wajib mempunyai dua bahagian iaitupuasa muayyan seperti puasa nazar yang ditentukan dan puasa tidak

    muayyan seperti puasa nazar mutlak dan puasa qada sunat yang

    dibatalkan.

    Puasa yang Diharamkan.

    Mengikut jumhur atau makruh tahrim mengikut Hanafi Mazhab adalah

    seperti berikut:

    1. Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya atau mendapat

    izin daripadanya,kecuali suami tidak memerlukannya berdasarkan

    hadis sl-Bukhari dan Muslim:

    .

    Terjemahan: tidak menjadi halal (haram) bagi seorang perempuan berpuasa

    sedangkan suaminya ada bersama-sama kecuali izinnya.

    Juga oleh kerana hak suami suatu kewajipan, hak itu tidak harus dikecualikan

    untuk melaksanakan perkara sunat. Andainya seorang isteri mengerjakan

    puasa tanpa izin suaminya, puasanya sah walaupun ianya menjadi haram.

    Suami pila boleh menyuruh isterinya berbuka puasa kerana adanya hak dan

    keperluan suami tersebut. Puasa ini mengikut Mazhab Hanafi menjadi

    makruh.

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    32/106

    2. Puasa pada Hari Syak. Iaitu hari 30 Syaban apabila meragui tentang

    tarikh sebenar bulan Ramadhan. Para fuqaha berpendapat puasa itu

    tidak makruh sebaliknya iaadalah harus jika kebiasaan puasanya

    berkebetulan dengan puasa sunat seperti hari Isnin atau Khamis.

    Mengikut ulama Mazhab Hanafi, Hari Syak ialah akhir bulan Syaban

    apabila disyaki disebabkan oleh gelap yang tidak dapat menentukan

    bulan Ramadhan atau bulan Syaban. Andainya keadaan langit cerah dan

    anak bulan tidak kelihatan ianya bukan hari Syak. Hukum berpuasa pada

    Hari Syak adalah makruh apabila seorang itu telah berniat puasa

    Ramadhan atau berniat puasa wajib lain. Juga makruh berpuasa sehari

    atau dua hari sebelum Ramadhan kerana terdapat hadith:

    ,, .

    Terjemahan: Jangan kamu mendahulukan Ramadhan sehari atau dua hari

    dengan puasa melainkan bagi seorang lelaki yang biasa berpuasa, maka

    adalah harus baginya berpuasa pada hari itu.

    Dalam Mazhab Maliki menetapkan hari Syak ialah hari 30 Syaban

    apabila keadaan cuaca pada malam 30 Syabaan itu gelap (mendung) dan

    tidak kelihatan anak bulan. Sebaliknya jikia cuaca pada malam itu cerah,

    hari itu bukan hari Syak, kerana apabila sabit kelihatan anak bulan

    Ramadhan pada malam itu hari keesokannya adalah termassuk hari-hari

    Syaban secara yakin.

    Ulama Mazhab Syafii berpendapat hukum puasa pada hari Syak adalah

    haram dan tidak sah melakukan puasa sunat pada hari Syak, kerana

    terdapat riwayat Ammar bin Yasir r.a:

    .

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    33/106

    Terjemahan: sesiapa berpuasa pada Hari Syak, sesungguhnya dia telah

    menderhaka Abu al-kassim (Muhammad) saw.

    Dalam mazhab Syafii adalah wajib imsak (menahan diri) daripada

    berpuasa pada Hari Syak kemudian ternyata kepadanya bahawa hari itu

    adalah bulan Ramadhan kerana puasanya menjadi wajib kecuali jika dai

    tidak mengetahuinya. Menurut Mazhab Hanbali, Hukum berpuasa pada

    Hari Syak ada persamaan dengan pendapat Mazhab Maliki dimana ianya

    adalah makruh. Oleh itu, berpuasa pada Hari Syak adalah makruh

    mengikut pendapat jumhur dan menjadi haram mengikut Mazhab Syafii.

    3. Puasa Hari Raya Aidilfitri, Adha dan Hari-Hari Tasyrik. Mengikut Mazhab

    Hanafi puasa pada hari-hari tersebut adalah haram. Sementara

    pendapat mazhab lain ianya haram dan tidak sah dilakukan, sama ada

    puasa itu fardhu ataupun sunat dan tidak memadai puasa pada hari

    itusebagai ganti puasa fardhu mengikut hadis riwayat Abu Hurairah:

    :, .

    Terjemahan: bahawa Rasulullah saw menegah berpuasa pada dua hari

    Aidilfitri dan Aidul Adha.

    Mazhab Maliki membuat satu penetapan haram berpuasa pada Hari

    Tasyrik iaitu hari selepas hari Raya Aidiladha. Manakala jumhur ulama

    pula berpendapat masa haram berpuasa ialah tiga hari selepas Hari raya

    Adha dan berpuasa pada hari kekempatnya adalah makruh sahaja.

    Mazhab Syafii pula berpendapat, adalah haram berpuasa pada Hari raya

    Adidilfitri dan Adha walaupun seseorang sedang membuat haji tamattu

    dan umrah kerana larangan puasa pada hari-hari tersebut seperti yang

    diriwayatkan oleh Abu Daud dengan sanad yang sah. Jumhur ulama

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    34/106

    ( Hanafi, Maliki dan Hanbali) dalam hal ni mengecualikan (ertinya harus)

    berpuasa orang yang sedang menunaikan haji tamattu.

    4. Puasa perempuan berhaid dan nifas.

    Hukum puasa seorang perempuan berhaid dan bernifas adalah haram dantidak sah seperti diterangkan dalam perbahasan haid dan nifas dan

    menjadi wajib ke atas kedua-dua mereka mengqadakan puasa.

    Puasa Makruh.

    Mazhab Hanafi

    Ulama mazhab Hanafi berpendapat bahawa puasa makruh terbahagi kepada

    dua bahagian iaitu makruh tahrim dan makruh tanzih. Makruh tahrim ialah

    puasa pada hari-hari seperti hari Aidilfitri, Aidiladha, Hari Tasyrik dan Hari

    Syak, kerana terdapat larangan puasa pada hari-hari tersebut. Puasa

    seseorang akanterlaksana tetapi berdosa. Makruh Tanzih pula berlaku pada

    hari Asyura (10 Muharam) dengan meninggalkan puasa pada hari

    kesembilan atau hari ke -11. Makruh juga berpuasa bagi musafir jika

    puasanya mendatangkan kepenatan kepadanya.

    Mazhab Maliki.

    Menjadi makruh berpuasa sunat sebelum menunaikan puasa wajib yang

    tidak ditentukan masanya seperti qada Ramadhan dan kifarat.

    Mazhab Syafii

    Ulama SyafiI berpendapat menajdi makruh menentukan hari Jumaat sahaja,

    atau Sabtu sahaja atau Ahad sahaja untuk berpuasa. Juga makruh berpuasa

    sepanjang tahun bagi mereka yang bimbangkan berlaku mudarat dengan

    sebab puasa atau bimbang tempatnya hak yang wajib dan sunat. Jika

    sesorang itu berpuasa pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha serta hari

    Tasyrik, ia adalah haram.

    Mazhab Hanbali.

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    35/106

    Mazhab Hanbali punyai pendapat yang sama dengan Mazhab SyafiI,

    mengikut mereka juga makruh berpuasa secara terus menerus iaitu dengan

    cara tidak berbuka puasa antara dua hari. Berpuasa dalam perjalanan yang

    boleh diqasarkan sembahyang adalah makruh walaupun tidak menghadapi

    kesukaran. Juga menjadi makruh memilih bulan Rejab sahaja untuk amalan

    berpuasa kerana ada larangan Nabi saw;

    Terjemahan: baginda Nabi saw melarang daripada berpuasa malamnya

    (Rejab)

    Sebab lain ialah kerana berpuasa dalam bulan rejab bererti menghidupkan

    satu tradisi Jahiliyah.

    2.7 Masa wajib Berpuasa.

    Masa Wajib berpuasa

    Puasa wajib dilakukan dengan sebab salah satu daripada tiga perkara:

    1. Nazar . iaitu apabila sesorang bernazar untuk berpuasa satu hari atau

    satu bulan untuk mendampingkan diri kepada Allah.

    2. Kifarat. Dengan kifarat, ia disebabkan oleh sesuatu maksiat yang

    dilakukan oleh seseorang seperti kesalahan membunuh dengan tidak

    sengaja, mendengar sumpah,puasa ramadhan dengan jima pada

    siang hari, dan kifarat zahir.

    3. Menyaksikan sebahagian daripada malam atau siang bulan

    Ramadhan.Puasa Ramadhan menjadi wajib sama ada oleh sebab

    kelihatan anak bulan jika cuaca langit pada malam itu cerah atau oleh

    secukupnya bilangan 30 hari bulan ramadhan dalam keadaan langitberawan atau berkabus atau sebagainya. Firman Allah:

    Terjemahannya: barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat

    tinggalnya) di bulan itu, Maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu.

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    36/106

    Cara Sabit Anak Bulan Ramadhan Dan Anak Bulan Syawal.

    Terdapat pendapat yang berbeza antara fuqaha mengenai cara dalam

    menetukan anak bulan Ramadhan dan bulan syawal iaitu melihat anak

    bulan oleh kumpulan ramai, melihatnya oleh dua orang Islam yang adil

    dan melihatnya oleh seorang lelaki adil.

    Mazhab Hanafi.

    1. Mereka berpendapat dalam keadaan langit cerah kelihatan anak

    bulan dan puasa Ramadhan, hendaklah disaksikan oleh sekumpulan

    ramai.

    2. Dalam keadaan cuasa langit tidak cerah disebabkan oleh mendung,

    kabus atau seumpanya memadai bagi sesorang pemerintah

    menerima kelihatan anak bulan dengan kesaksian oleh seorang

    muslim, adil berakal lagi baligh.

    3. Keterangan dengar cakap adalah harus di hadapan seorang hakimuntuk menyokong keterangan seorang lain yang telah melihat anak

    bulan.

    Mazhab Maliki

    Ulama Mazhab Maliki berpendapat terthabitnya anak bulan melalui ruyah

    dengan tiga cara antaranya:

    1. Melalui pandangan orang ramai walaupun mereka bukan orang adil

    iaitu mereka itu tidak mungkin sepakat kata berlakunya dusta dan

    tidak disyaratkan mereka itu lelaki yang merdeka lagi adil.

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    37/106

    2. Melalui penglihatan dua orang atau lebih orang adil maka terthabitnya

    ruyah dan berbuka dalam keadaan mendung atau cerah. Seorang adil

    adalah lelaki merdeka, baligh, berakal yang tidak melakukan dosa

    besar serta tidak meneruskan dosa kecil dan tidak pernah melakukan

    perkara yang mencacatkan maruah.

    3. Melalui saksi seorang adil dengan itu thabitlah puasa dan berbuka

    puasa bagi pihak dirinya sendiri atau menyempurnakan khabar berita.

    Mazhab Syafie

    Ulama Mazhab Syafie berpendapat adalah thabit kelihatan anak bulan

    Ramadhan atau Syawal atau lainnya bagi orang ramai dengan kelihatan

    anak bulan oleh seorang yang adil. Sorang yang melihat sendiri anak bulan

    Ramadhan, maka wajib keatasnya sekalipin dia bukan seorang yang adil.

    Mazhab Hanbali

    Kethabitan ruyah bulan Ramadhan boleh terlaksana dengan keterangan

    seorang mukalaf yanga dil pada zahir baik lelaki mahupun perempuan,

    merdeka ataupun seorang hamba.

    2.8 Syarat-Syarat Puasa.

    Syarat syarat wajib puasa.

    Para fuqaha telah menetapkan lima syarat untuk wajib puasa seperti

    berikut:

    1. Islam. Ia dikira sebagai syarat wajib di sisi Mazhab hanafi dan syarat

    sah disisi jumhur. Dengan itu puasa tidak wajib ke atas orang kafir

    dan tidak dituntut qada mengikut mazhab Hanafi dan Maliki. Tidak

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    38/106

    sah puasa orang kafir walau dalam apa keadaan sekalipun, dan

    walaupun orang murtad mengikut mazhab lain. Orang murtad juga

    tidak dikehendaki qada.

    2. Baligh dan berakal. Oleh itu puasa tidak wajib ke atas kanak-kanak,

    orang gila, orang pengsan dan orang mabuk, sebab tidak ada

    tuntutan taklif ke atas mereka bukan orang yang layak berpuasa.

    Menurut sabda Rasulullah saw:

    :,,

    .Maksudnya: tidak diambil kira sebagai kesalahan daripada perbuatan tiga

    orang, iaitu kanak-kanak hingga sampai umur baligh, orang gila sehingga dia

    sembuh dan orang tidur sehingga dia terjaga.

    Mengikut ulama Mazhab Syafii, Hanafi, juga Hanbali wali kanak-kanak

    Mumayiz ini wajib menyuruh anaknya berpuasa jika mampu setelah sampai

    umur 10 tahun. Kedudukannya sama seperti solat. Ulama Maliki pula

    berpendapat kanak-kanak yang belum baligh tidak diperintahkan berpuasa

    berlainan dengan solat.beliau juga berpendapat, seorang yang gila tidak sah

    dan dia wajib mengqadakannya mengikut pendapat masyhur dalam mazhab

    ini kerana berdasarkan hadis Rasulullah saw:

    Maksudnya: (Allah memaafkan) seorang yang gila hinggalah dia kembali

    sembuh.

    Mazhab Syafii berpendapat apabila seorang kanak-kanak telah sampai umur

    baligh, atau seorang gila telah sedar pada siang hari, maka hukum kedua-

    dua orang ini sama seperti hukum orang kafir menganut Islam, mereka tidak

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    39/106

    wajib melakukan Qada. Wajib diqadakan puasa yang terluput disebabkan

    oleh pitam, murtad dan mabuk.

    Ulama Mazhab Hanbali berpendapat bahawa jika kanak-kanak mencapai

    umur baligh ketika ia dalam keadaan puasa baik lelaki dan perempuan wajib

    menyempurnakan puasanya. Apabila seorang gila itu menjadi sedar di

    pertengahan bulan, dia wajib berpuasa bagi baki hari-hari yang masih

    tinggal. Manakala tidak wajib mengqadakan pada hari-hari yang tidak lepas.

    Ulama Hanafi berpendapat puasa orang pengsan adalah sah. Pandangan

    ulama Syafii dan Hanbali pula ialah sah puasa bagi orang yang pengsan jika

    dia sedar satu ketika pada siang hari.

    4 dan 5: Berupaya (sihat) dan bermukim seorang yang sakit dan orang yang

    musafir tidak wajib berpuasa.

    Maksudnya: dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara

    kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah

    baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang

    lain. dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka

    tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin.

    barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, Maka Itulah

    yang lebih baik baginya. dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu

    Mengetahui.

    2.9 Spesifikasi Syarat- syarat Puasa Menurut Empat Mazhab:

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    40/106

    Mazhab Hanafi:

    Terbahagi kepada tiga jenis:

    1. Syarat wajib

    2. Syarat wajib tunai3. Syarat sah tunai.

    Syarat-syarat wajib ada empat perkara iaitu Islam, berakal, baligh,

    mengetahui wajib puasa bagi seorang yang memeluk Islam di negeri kafir

    atau tibggal di negeri Islam. Seorang yang gila sepanjang ramadhan tidak

    wajib mengqadakannya jika dia sedar di pertengahan bulan Ramadhan, ia

    wajib mengqadakan hari-hari yang lalu. Seorang yang jatuh pengsan

    sepanjang Ramadhan, hendaklah dia mengqadakannya. Jika dia pengsan

    setengah hari Ramadhan dia tidak perlu qada. Syarat wajib tunai ada dua.

    Syarat yang pertama ialah sihat daripada penyakit, haid dan nifas. Oleh itu

    tidak wajib puasa bagi orang sakit. Syarat kedua ialah orang yang bermukim.

    Tidak wajib berpuasa bagi orang musafir. Tetapi wajib mengqadanya. Syarat

    sah puasa pula ada tiga. Pertama niat. Kedua suci daripada haid dan nifas.

    Perempuan yang haid atau nifas Cuma wajib mengqada;kannya. Manakala

    syarat ketiga pula suci dari perkara yang merosakkan puasa.

    Mazhab Maliki.

    Ulama Mazhab Maliki menyebut tiga jenis syarat bagi puasa:

    1. Syarat wajib

    2. Syarat sah3. Syarat wajib dan syarat sah.

    Kesemua syarat ada tujuh : Islam, baligh, berakal. Suci daripadahaid dan

    nifas, sihat bermukim dan niat.

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    41/106

    Syarat wajib ialah tiga iaitu baligh, sihat dan bermukim, dengan itu tidak

    wajib bagi kanak-kanak berpuasa, tetapi harus. Walinya pula tidak wajib

    memerintah kanak-kanak itu berpuasa. Tidak wajib puasa bagi orang yang

    sakit, lemah, orang yang dipaksa dan orang musafir, tetapi orang itu wajib

    mengqadakannya. Tentang syarat sah pula ada dua perkara iaitu Islam,

    dengan itu tidak wajib bagi orang kafir, syarat wajib dan sah pula ada tiga

    perkara iaitu suci daripada haid dan nifas, berakal dan niat.

    Mazhab Syafii.

    Ulama Mazhab Syafii berpendapat syarat puasa ada dua jenis iaitu syarat

    wajib dan syarat sah. Syarat wajib ada empat perkara:

    1. Islam. Orang kafir yang asli tidak wajib puasa. Wajib keatas orang

    murtad mengqadakannya selepas dia kembali kepada Islam.

    2. Baligh. Seorang kanak-kanak tidak wajib puasa dan tidak wajib

    mengqadakannya. Mereka disuruh puasa bila capai umur tujuh tahun

    dan dipukul kerana meninggalkannya bila cukup umur 10 tahun.

    3. Berakal. Dengan itu tidak wajib tunai dan qada puasa atas orang gila,

    kecuali kehilangan akal disebabkan perbuatan sengaja, samalah

    seperti orang mabuk. Tidak dituntut puasa qada ketika mabuk.

    4. Berupaya. Tidak wajib puasa bagi orang yang lemah dengan sebab

    tua, sakit dan tidak ada harapan sembuh. Juga tidak wajib puasa atas

    orang yang haid.

    Syarat sah ada empat perkara:

    1. Islam ketika puasa. Tidak sah bagi orang yang kafir asli dan murtad.

    2. Mumayiz atau siuman sepanjang hari. Kanak-kanak sah puasanya.

    3. Suci daripada haid dan nifas sepanjang hari.

    4. Keadaaan waktu sesuai untuk berpuasa. Dengan itu puasa dua hari

    raya, hari-hari Tasyrik, hari Syak adalah tidak sah.

    Mazhab Hanbali

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    42/106

    Syarat puasa ada dua bahagian iaitu syarat wajib dan syarat sah:

    Syarat wajib ada empat iaitu:

    1. Islam. Tidak wajib keatas orang kafir walaupun kafir murtad. Oleh itu

    maka seorang yang murtad pada hari puasa, puasanya terbatalberdasarkan firman Allah dalam surah az-Zumar ayat 65:

    Terjemahan: Jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan

    (Allah) tentulah akan gugur amalanmu..

    Jika seorang itu murtad kembali kepada Islam, maka hendaklah dia qada

    puasanya pada hari itu.

    2. Baligh. Puasa tidak wajib kepada kanak-kanak walaupun umurnya

    hampir sampai umur berdasarkan hadis:

    Terjemahan: tiga jenis orang diberi pengecualian (daripada

    tanggungjawab)

    Seorang wali kanak-kanak yang sudah mumaiyiz wajib menyuruh kanak-

    kanak itu meninggalkannya dengan tujuan membiasakan kanak-kanak

    dengan amalan puasa seperti juga sembahyang.

    3. Berakal. Tidak wajib puasa atas orang gila, megikut hadis yang di atas.Orang gila atau pengsan apabila sedar dalam satu bahagian dari masa

    siang hari, puasanya adalah sah, dengan syarat mereka berniat puasa

    di waktu malam. Hal yang sama juga puasa sah bagi orang yang tidur

    sepanjang hari kerana tidur suatu kebiasaan yang tidak langsung

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    43/106

    menghilangkan perasaannya. Seorang yang mabuk baik sengaja atau

    tidak wajib keatasnya qada puasa.

    4. Mempuyai keupayaan puasa. Puasa tidak wajib bagi orang yang lemah

    disebabkan oleh tua dan sakit yang tidak ada harapan sembuh. Firman

    Allah dalam surah Baqarah ayat 286:

    Terjemahan: Allah tidak memberkati seseorang melainkan apa yang

    terdaya olehnya.

    Syarat-syarat sah ada empat perkara:

    1. Niat puasa yang dibuat pada waktu malam bagi tiap-tiap puasa wajib.

    Untuk puasa fardhu tidak wajib niat fardhu.

    2. Suci dari haid dan nifas. Haram melakukan puasa ketika haid dan nifas.

    3. Islam. Tidak sah puasa orang kafir walaupun dia murtad.

    4. Berakal atau mumyiz. Tidak sah puasa kanak-kanak yang tidak

    mumayiz iaitu kanak-kanak yang belum sampai umur tujuh tahun.

    2.10 Perkara Makruh Ketika Puasa Menurut Empat Mazhab .

    Mazhab Hanafi.

    1. Merasa sesuatu dengan lidah.

    2. Mengunyah gam yang tidak mengandungi pemanis keran perbuatan

    demikian boleh menyebabkan dia dituduh tidak berpuasa sama ada

    lelaki atau perempuan.

    3. Berkucup, bersentuh berpeluk dan sentuh-menyentuh jika

    dibimbangkan akan menyebabkan keluar mani atau berlaku jima.

    4. Mengumpul air liur dengan sengaja kemudian menelannya untuk

    mengelak dari syubhah.

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    44/106

    5. Sesuatu yang dalam sangkaannya akan melemahkannya seperti

    berbekam dan mengeluarkan darah.

    Mazhab Syafii.

    Ulama Mazhab Syafii berpendapat adalah makruh bagi seseorang berpuasa

    untuk berbekam, mengeluarkan darah, berkucup dan menjadi haram jika dia

    bimbang boleh keluarkan mani, mengecap makanan, menikmati bunyian,

    pandang lihat, sentuhan, wangian seperti cium bauan dan menyentuhi,

    melihat kerana itu semua tidak bersesuaian dengan hikmat puasa.

    Perbuatan mencium hingga menggerakkan syahwat ia menjadi haram.

    Makruh juga berkumur dan memasukkan air ke hidung dengan berlebihan

    kerana ditakuti akan termasuk ke halkum.

    Mazhab Hanbali.

    Perkara-perkara makruh adalah seperti berikut:

    1. Mengumpul air liur dan menelannya. Jika perbuatan itu dilakukan

    dengan sengaja ia tidak membatalkan puasanya kerana air liur itu

    datang daripada perutnya ke bahagian rongganya.

    2. Berkumur dengan memasukkan air k hidung dengan berlebihan kerana

    terdapat hadis berhubung dengan Langit dan Subrah di mana Baginda

    bersabda:

    Terjemahan: memasukkan air ke dalam hidung dengan seberapa baik kecuali

    jika kamu berpuasa.

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    45/106

    3. Mengecap makanan tanpa sesuatu hajat kerana tidak selamat

    makanan itu sampai ke halkum yang boleh membatalkan puasa.

    4. Mengunyah sesuatu yang tidak hancur bahagian-bahagiannya kerana

    ia mengumpulkan air liur, rasa manis dan membawa kepada dahaga.

    Jika bahan yang dikunyah itu ada rasa di halkum, puasanya menjadi

    batal.

    5. Mengucup isteri bagi seseorang yang tergerak syahwat nafsunya

    berdasarkan hadis riwayat Aisya r.a:

    ,, .

    Terjemahan: rasulullah saw telah mengucup sedangkan Baginda berpuasa

    dan Baginda bersentuh kulit sedangkan Baginda berpuasa dan Baginda

    mampu menguasai perasaannya.

    6. Membiarkan sisa-sisa makanan melekat di celah-celah gigi kerana

    ditakuti air liurnya akan menolak sesuatu daripada sisa-sisa itu ke

    rongganya.

    7. Menghidu sesuatu tidak selamat daripada kemungkinan sampai ke

    halkum seperti bedak, kapur, minyak wangi, kemenyan, kasturi dan

    sebagainya.

    2.11 Keuzuran Yang Mengharuskan Berbuka Puasa.

    1. Musafir

    Firman Allah swt:

    Terjemahan : maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau musafir, (bolehlah

    ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu

    pada hari-hari yang lain.

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    46/106

    Perjalanan yang mengharuskan berbuka ialah perjalanan jauh yang

    mengahruskan qasar sembahyang. Jarak yang dianggarkan ialah 89

    kilometer.

    Mazhab Hanbali:

    Berpendapat musafir walaupun perjalanannya pada waktu siang selepas

    gelincir matahari, harus baginya berbuka puasa.

    Mazhab SyafiI dan Hanafi:

    Meletakkan syarat tiga, iaitu seorang itu hendaklah bukan sentiasa dalam

    perjalanan. Andainya seorang itu sentiasa belayar atau berjalan seperti

    pemandu kereta, tidak harus baginya berbuka, kecuali jika dengan sebab

    puasa itu ia mengahadapi kesulitan yang sama kesulitan yangmengharuskan tayamum iaitu kebimbangan terhadap nyawa, atau

    kebimbangan mengidap pnyakit yang lama. Kedua ialah dalam perjalanan

    yang harus dan ntidak berniat bermukim selama empat hari dalam

    perjalanan. Perjalanan hendaklah berbuka puasa pada malam hari sebelum

    naik fajar.

    Mazhab Maliki:

    Berbuka puasa disebabkan perjalanan harus dilakukan dengan empat syarat,

    iaitu perjalanan tersebut boleh diqasarkan solat, suatu perjalanan harus,

    perjalanan bermula sebelum fajar jika dilakukan di awal hari dan berniat dari

    waktu malam untuk berbuka.

    2. Sakit:

    Ialah suatu penyakit yang mendatangkan kesukaran yang amat sangat dan

    akan dibimbangan akan mendatangkan kerosakan pada tubuh badan.

    Mazhab Hanafi dan Maliki:

    Seorang yang sihat tetapi takut akan jatuh sakit sama seperti orang yang

    sakit hukumnya . Diharuskan membuka puasa.

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    47/106

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    48/106

    2.12 Qada Puasa, Kifarat Dan Fidyahnya.

    Hukum Qada

    Ulama bersependapat mengatakan bahawa setiap mereka yang

    membatalakn puasa Ramadhannya sehari atau lebihwajib menggatikannya(qada) sama ada disebabkan keuzuran, sakit, musafir, haida dan

    sebagainya, ataupun secara sengaja atau lupa, Firman Allah:

    Terjemahan: maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir,

    wajiblah dia berpuasa sebanyak hari yang lain

    Ayat ini bermaksud hendaklah kau berbuka dan gantikan dengan hari yanglain.

    Qada puasa hendaklah bermula daripada habis bulan Ramadhan sehingga

    Ramadhan yang berikutnya. Disunatkan segera menggantikannya.

    Kifarat.

    Perkara yang mewajibkan kifarat ini ialah tindakan membatalkan puasa

    Ramadhan sahaja , Apabila ia dilakukan dengan tujuan yang sengaja kerana

    tindakan tersebut dikira mencabul kehormatan puasa tanpa sebarang

    perkara yang mengharus tindakan sedemikian. Maka tidak wajib bagi mereka

    yang haid, nifas, gila, pitam dan terlupa kerana mereka tidak

    mengkehendaki sedemikian.

    Hukum kifarat adalah wajib bagi mereka yang melakukan persetubuhan dan

    membuka dengan sengaja. Kifarat terbahagi kepada tiga jenis iaitu

    memerdekakan hamba, berpuasa dan member makan kepada orang miskin.

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    49/106

    Fidyah.

    Fidyah hukumnya adalah wajib berdasarkan firman Allah:

    Terjemahan: dan wajib keatas orang yang tidak terdaya berpuasa membayar

    fidyah iaitu memberi makan orang miskin.

    Menurut ulama Mazhab Hanafi, fidyah adalah sebanyak setengah gantang

    gandum ataupun nilai harganya, dengan syarat ketidakmampuan untuk

    berpuasa itu hendaklah berterusan sehingga ke mati. Mengikut pendapat

    jumhur pula, fidyah adalah sebanyak satu cupak makanan yang biasa

    menjadi makanan asasi di negeri berkenaan untuk setiap hari puasa yang

    ditinggalkan.

    Semua ulama berpendapat bahawa fidyah untuk mereka yang tidak mampu

    dan tidak terdaya untuk berpuasa. Misalnya orang yang sangat tua dan

    orang sakit yang tidak ada harapan sembuh. Firman Allah surah Al Hajj ayat

    78;

    Terjemahan: dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan

    dan susah payah dalam perkara agama.

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    50/106

    Mengikut ulama jumhur selain Hanafi, fidyah juga wajib ke atas mereka yang

    hamil dan perempuan menyusu sekiranya mereka bimbnag terhadap

    keselamatan anaknya disamping wajib qada.

    2.13 Perkara Perkara Yang Merosak Dan Tidak Merosakkan Puasa.

    Mazhab Hanafi

    Perkara yang merosakkan puasa ada dua bahagian :

    1. Mewajibkan qada sahaja

    2. Mewajibkan qada dan kifarat

    Contoh Perkara yang merosakkan puasa dan mewajibkan qada sahaja:

    1. Memakan sesuatu bahan yang bukannya makanan seperti ubat. Juga

    bukan sesuatu untuk dimakan seperti minyak makan, jem, madu lebah

    dan gula.

    2. Mengambil ubat sebab sakit, dalam perjalanan, paksaan, tersilap,

    kealpaan, termasuk air kumur atau mengubati luka hingga sampai ke

    otak atau rongga badan.

    3. Seseorang yang merosakkan puasanya yang bukan puasa Ramadhan

    dengan perbuatan juma atau sebagainya, kerana ketiadaan

    melanggar kehormatan bulan Ramadhan.

    Contoh perkara yang merosakkan puasa dan diwajibkan qada serta kifarat.

    1. Suntikan urat atau bawah kulit atau otot. Sebaiknya suntikan itu

    ditangguhkan hingga waktu malam.

    2. Menghidu bau-bauan harum seperti bunga mawar atau bunga kasturi

    atau minyak wangi.

    Mazhab Maliki

    Contoh perkara yang merosakkan puasa dan mewajibkan qada sahaja:

    1. Sengaja berbuka puasa fardu yang bukan Ramadhan. Seperti qada

    Ramadhan, kifarat, nazar yang ditetapkan dan sebagainya.

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    51/106

    2. Sengaja berbuka puasa Ramadhan apabila tidak cukup syarat wajib

    kifarat contohnya kerana sakit, musafir atau terlupa.

    3. Berbuka puasa sunat dengan sengaja.

    Contoh perkara yang merosakkan puasa dan mewajibkan qada serta kifarat:

    1. Sengaja jima walaupun tidak keluar air mani kerana perbuatan itu

    mencabuli kehormatan bulan Ramadhan dengan tidak

    mengiharukannya. Jika seorang yang perempuan yang dipaksa tidur

    dengannya, maka wajib bayar kifarat dirinya dan juga perempuan itu.

    Jika sebab lupa dan jahil atau mempunyai alasan yang munasabah, ia

    tidak perlu membayar kifarat.

    2. Mengeluarkan air mani atau mazi dalam keadaan sedar serta ada

    keseronokan disebabkan kucupan atau pergeseran dan sebagainya.

    3. Makan dan minum dengan sengaja dan seumpamanya seperti

    menelan benda-benda hingga ke halkum melalui mulut walaupun

    terpaksa.

    4. Sengaja berbuka puasa tanpa uzur, sakit atau perjalanan atau datang

    haid bagi perempuan. Ia wajib membayar kifarat

    Contoh perkara yang membatalkan puasa:

    1. Jima yang mewajibkan mandi

    2. Mengeluarkan air mania tau mazi dengan kucupan, pengeseran badan

    atau renungan atau khalayan yang lama masanya.

    3. Muntah dengan sengaja.

    4. Sampai benda yang cair ke halkum melalui mulut, hidung atau telinga

    dengan sengaja atau terlupa atau tersalah seperti berkumur, bersugi.

    5. Sampai sesuatu ke dalam perut, sama ada benda cair atau tidak

    melalui mulut, hidung dan mata. Samada dengan sengaja atau

    tersalah atau terlupa atau terpaksa.

    Mazhab Syafie

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    52/106

    Contoh perkara yang membatalkan puasa dan mewajibkan qada sahaja:

    1. Menyebabkan sesuatu benda atau bahan sampai ke perut,walaupun

    sedikit melalui rongga badan dengan sengaja.

    2. Menelan kahak, jika tertelan dengan sendiri dan tidak mampu

    meluahkannya maka ia tidak membatalkan puasa.

    3. Berkumur atau memasukkan air ke hidung secara berlebihan sehingga

    menyebabkan air masuk kedalam perut.

    4. Muntah dengan sengaja.

    5. Mengeluarkan air mani dengan cara selain daripada bersetubuh

    samada kucupan atau berkhayal dan sebagainya.

    Contoh perkara yang mewajibkan qada kifarat dan denda (tazir)

    1. Hendaklah ia telah berniat puasa pada malamnya. Jika ia tidak berniat,

    maka puasanya tidak sah dan ia tetap juga mesti menahan diri seperti

    mereka yang berpuasa.

    2. Hendaklah dilakukan dengan sengaja, dilakukan dengan pilihan dan

    kemahuan sendiri dan tidak mengetahui hukum haramnya. Seorang

    yang terlupa, dipaksa atau tidak tahu hukum dengan sebab baru

    memeluk Islam, tidak dikenakan kifarat.

    3. Hendakalh persetubuhan berlaku dalam bulan Ramadhan. Kifarat tidak

    wajib kiranya persetubuhan itu membatalkan puasa yang bukan dalam

    bulan Ramadhan seperti puasa sunat.

    4. Hendaklah puasa tersebut batal dengan sebab persetubuhan sahaja.

    Jika makan terlebih dahulu kemudia melakukan persetubuhan, maka

    tidak lagi dikenakan kifarat.

    5. Kanak-kanak tidak dikenakan kifarat. Begitu juga orang musafir atau

    sakit.

    2.14 Perkara Yang Tidak Membatalkan Puasa.

    1. Masuk sesuatu dalam perut atau tubuh sekiranya berlaku kerana

    terlupa, dipaksa atau sebab jahil.

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    53/106

    2. Mengeluarkan darah. Berbekam, kerana Rasulullah sendiri

    melakukannya bagaimanapun ia dikira makruh.

    3. Memakai celak mata

    4. Mengucup atau memeluk isteri jika tidak menjejaskan syahwatnya.

    5. Mazhab Hanbali

    Perkara yang membatalkan puasa dan mewajibkan qada sahaja:

    1. Memasukkan sesuatu benda melalui saluran yang terdedah ke dalam

    rongga tubuh secara sengaja tanpa dipaksa ataupun jahil.

    2. Memakai celak yang pasti sampai ke halkum. Rasulullah telah

    menyuruh supaya memakai celak batu sewaktu mahu tidur, sambil itu

    Baginda menegaskan:

    Terjemahan: hendaklah dielakkan oleh mereka yang berpuasa.

    3. Menyebabkan muntah dengan sengaja walaupun sedikit.

    4. Perbuatan berbekam kiranya keluar darah membatalkan puasa orang

    yang melakukan perbuatan bekam itu dan juga orang dibekam.

    Berdasarkan hadis:

    Terjemahan: tukang bekam dan kena bekam batal puasanya.

    5. Melakukan kucupan, memegang atau menyentuh dan melakukanpergaulan yang lain daripada jima lalu keluar mani atau mazi.

    6. Berlaku murtad secara mutlak.

    7. Makan di siang hari dengan kesilapan yang jelas.

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    54/106

    2.15 Perkara yang mewajibkan qada dan kifarat:

    Hanya satu saja iaitu melakukan persetubuhan di siang hari dalam bulanRamadhan tanpa didahului oleh sebarang keuzuran.

    2.16 Perkara yang tidak membatalkan puasa:

    1. Sesuatu yang tidak dapat dielakkan seperti menelan air liur, debu

    jalan, debu tepung dan sebagainya.Mengeluarkan kahak dari bahagian

    tekak tanpa maksud adalah membatalkan puasa tetapi kiranya ditelan

    maka ia membatalkan puasa.

    2. Berkumur atau menyedut air samada berlebihan atau tidak. Berkumurtanpa tujuan ataupun kerana menghilangkan panas dan dahaga adalah

    makruh.

    3. Berkucupan, berpegang-pegang dan sebagainya tanpa mengeluarkan

    mani.

    4. Keluar mazi disebabkan memandang sesuatu yang memberahikan

    berulang kali, kerana tidak terdapat nas tentangnya.

    5. Mengeluarkan darah dari tubuh

    6. Syak tentang naik fajar.

    7. Termuntah tanpa kemahuan. Tetapi jika sengaja, wajib qada puasanya.

    8. Bersugi sepanjang hari.

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    55/106

    KONSEP TAHARAH

    Perbincangan taharah dimulakan daripada perbincangan tentang solat kerana taharah

    merupakan anak kunci dan syarat sah solat. Dan syarat mestilah didahulukan daripada

    mashrut(perkara yang perlu kepada syarat). Sabda Nabi s.a.w.:

    Maksudnya:Anak kunci sembahyang ialah suci (tuhur), yang mengharamkan perlakuan

    yang dihalalkan sebelum sebelum sembahyang ialah takbiratul-ihram dan yang

    menghalalkan perkara yang diharamkan di dalam sembahyang ialah salam.30

    Sabda Baginda juga:

    Maksudnya: Suci adalah sebahagian daripada iman.31

    1. PENGERTIAN DAN KEPENTINGAN TAHARAH

    Pengertian Taharah

    Pengertian TaharahBahasa Bersih dan suci daripada kekotoran atau najis hissi seperti

    30Hadith Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibn Majah.

    31Hadith Riwayat Muslim.

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    56/106

    kencing atau lainnya dan najis manawiseperti perkara yang aib

    dan maksiat.Syara Bersih daripada najis sama ada najis haqiqi, iaitu khabath

    (sesuatu yang kotor menurut syara) atau najis hukmi, iaitu

    hadath (sesuatu sifat syara yang ada pada anggota dan iamenghapuskan taharah).

    Imam al-Nawawi Mengangkat hadath atau menghilangkan najis atau yang serupa

    dengan kedua-duanya dari sudut bentuk atau maknanya.Ulama Mazhab

    Hanafi, Hanbali dan

    Maliki

    Menghapuskan apa yang menghalang sembahyang, iaitu

    hadath atau najis dengan menggunakan air atau

    menghapuskan hukumnya dengan tanah.

    Jenis Taharah

    Taharah terbahagi kepada dua jenis iaitu taharah hadath (menyucikan hadath) dan

    taharah khabath (menyuci kekotoran).

    Taharah Hadath Taharah Khabath Badan Badan

    Pakaian

    TempatCara Menyucikan

    Hadath besar

    (mandi)

    Hadath

    kecil

    (wudhu)

    Suci gantian kepada

    hadath kecil dan besar

    kerana keuzuran

    Basuh

    Sapu

    Renjis

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    57/106

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    58/106

    Jumhur ulama mengatakan bahawa orang kafir diperintah melakukan hukum-hukum

    cabang ibadah. Ini bermakna mereka akandihukum di akhirat dengan hukuman

    tambahan selain hukuman syirik kepada Allah. Oleh itu, mereka akan menghadapi dua

    hukuman iaitu hukuman kerana tidak beriman kepada Allah dan hukuman kerana

    meninggalkan hukum cabang agama.

    Mazhab Hanafi mengatakan bahawa orang kafir tidak diperintah melakukan hukum-

    hukum cabang syariat. Oleh itu, di akhirat nanti mereka hanya dikenakan satu

    hukuman iaitu hukuman kerana meninggalkan keimanan kepada Allah.

    Walaupun demikian, kedua-dua pihak ini sependapat mengatakan bahawa

    pertikaian pendapat mereka tidak melahirkan sebarang kesan mengenai hukum-hukum

    dunia. Oleh itu, orang kafir selagi mereka kafir mereka tidak sah menunaikan ibadah,

    jika mereka menganut Islam, maka mereka tidak dituntut melakukan qada.Berdasarkan ini, maka tidak sah sembahyang yang dilakukan oleh orang kafir.

    Menurut pendapat jumhur, jika seseorang murtad yang kembali kepada Islam,

    maka dia tidak perlu mengqada sembahyang-sembahyang yang ditinggalkannya.

    Sebaliknya menurut ulama Syafie, ia wajib mengqadakan sembahyangnya.

    2) Berakal

    Tidak wajib taharah ke atas orang gila dan pitam kecuali kedua-dua mereka siuman

    ketika waktu masih ada. Tetapi wajib taharah bagi orang yang mabuk.3) Baligh

    Antara tanda-tanda baligh ialah mimpi basah, tumbuh bulu, datang haid, mengandung

    dan cukup umur 15 tahun. Ada pendapat mengatakan 17 tahun. Abu Hanifah

    mengatakan 18 tahun.

    Oleh itu, tidak wajib taharah ke atas kanak-kanak. Kanak-kanak hendaklah

    disuruh melakukan taharah apabila usiamenjangkau 7 tahun dan mereka perlu dipukul

    jika enggan melakukannya apabila mencapai usia 10 tahun.Sekiranya seorang kanak-kanak sedang mendirikan sembahyang kemudian dia

    menjadi baligh dalam waktu yang masih ada atau dalam sembahyang tersebut, maka

    menurut ulama Mazhab Maliki dia mesti mengulangi taharah dan sembahyangnya,

    tetapi menurut Imam Syafie kanak-kanak tersebut tidak diwajibkan taharah.

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    59/106

    4) Berhenti darah haid dan nifas

    5) Masuk Waktu

    6) Tidak Tidur

    7) Tidak Lupa

    8) Tidak Dipaksa

    Menurut ijma ulama, orang yang tertidur, orang yang terlupa dan orang yang dipaksa

    mesti mengqadakan sembahyang yang telah luput.

    9) Ada Air atau Debu Tanah yang Suci

    Jika kedua-duanya tidak ada, maka seseorang itu mesti mendirikan sembahyang dan

    mengqadakannya setelah didapati air atau tanah. Ada pendapat mengatakan ia tidak

    perlu qada, dan ada juga pendapat mengatakan ia tidak perlu sembahyang, tetapi

    wajib mengqadanya.

    10)Berdaya Melakukan Taharah Setakat yang Boleh

    2. JENIS-JENIS PENYUCI

    Taharah adalah wajib menurut syara menurut dalil qatI ayang diijmakan. Perkara yang

    diwajibkan ialah wudhu, mandi junub, mandi kerana menyucikan haid dan mandi nifas

    dengan air. Jika air tidak ada, maka hendaklah digantikan dengan tayammum dan

    diwajibkan juga menghilangkan najis.

    Ahli-ahli fiqh berpendapat mengatakan harus bersuci dengan air yang

    menyucikan atau air yang mutlak, iaitu air yang disebut sebagai air sahaja tanpa

    disertakan dengan sebarang sifat seperti air mustamal (yang telah digunakan) atau

    sebarang sandaran seperti air mawar. Firman Allah SWT:

    Maksudnya: Dan Kami telah meniupkan angin untuk mengawinkan (tumbuh-tumbuhan)

    dan Kami turunkan hujan dari langit, lalu Kami beri minum kamu dengan air itu, dan

    sekali-kali bukanlah kamu yang menyimpannya.33

    Allah berfirman lagi:

    33Surah al-Hijr: ayat 22

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    60/106

    Maksudnya: .. dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untukmensucikan kamu dengan hujan itu,34

    Ahli-ahli fiqh juga bersependapat mengatakan harus bersuci dengan carasapu

    dengan kertas atau dengan batu dalam kes istinja. Ini bermakna harus menggunakan

    kertas atau batu untuk menghilangkan najis kencing dan berak dengan syarat air

    kencing atau tahi itu tidak mencemarkan kawasan tepi tempat keluarnya. Para ahli fiqh

    juga sependapat mengatakan bahawa bersuci dengan tanah adalah dikira sebagai suci

    dari segi hukum sahaja (taharah hukmiyyah). Mereka juga sependapat mengatakan

    bahawa arak menjadi suci dengan cara ia bertukar menjadi cuka.

    3. CARA-CARA BERSUCI

    Mazhab Hanafi

    Air Mutlak sekalipun Air Mustamal

    Penggunaan air ini menghasilkan kedua-dua taharah haqiqi dan hukmi (hadath dan

    janabah). Contohnya ialah seperti penggunaan air hujan, air laut, air perigi, air mata airdan air yang bertakung di kawasan lembah. Dan Allah SWT menamakan air ini sebagai

    menyucikan (tahur) seperti yang disebut dalam firman-Nya:

    Maksudnya: Dan Kami turunkan dari langit air yang menyucikan..35

    Cecair yang Suci

    Cecair yang suci ialah cecair yang mengalir apabila diperah cecair tersebut iadapatmenghilangkan najis. Ulama Hanafi dan ulama lain sependapat mengatakan bahawa

    cecair yang suci tidak dapat menghilangkan hadath hukmi (iaitu hadath-hadath yang

    34Surah al-Anfaal:ayat 11

    35Surah al-Hijr: ayat 22

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    61/106

    boleh hilang dengan wudhu dan mandi), sebab hadath hukmi hanya dapat dihilangkan

    dengan air.

    Menurut Abu Hanifah dan Abu Yusuf, penggunaan cecair yang suci dapat

    menghilangkan najis haqiqidaripada badan dan pakaian. Contohnya ialah air mawar,

    air bunga, cuka, air tumbuh-tumbuhan, air buah-buahan, air kacang yang jika direbus

    dengan air kemudian apabila disejukkan akanmenjadi beku dan air daripada sebarang

    bahan yang jika diperah akan mengeluarkan air, termasuk peluh yang dapat

    membersihkan jari. Jika labu seorang ibu menjadi najis kerana muntah anaknya, maka

    iamenjadi suci atau bersih dengan cara anaknya itu menghisap susunya sebanyak tiga

    kali. Mulut seorang peminum arak menjadi bersih dengan bertukar air liur.

    Bahan yang tidak mengalir seperti madu, minyak sapi, lelemak, minyak, susu,

    walaupun susu yang dimasamkan, sup dan sebagainya tidak dapat digunakan sebabbahan-bahan ini tidak dapat menghilangkan najis.

    Muhammad al-Hasan, Zufar dan ulama lain selain ulama Hanafi tidak

    membenarkan penggunaan cecair untuk menghilangkan najis kerana syara

    mengiktirafkan bersuci hanya dengan air dan tidak selainnya.

    Harus bersuci dengan air yang bercampur dengan sedikit bahan yang suci yang

    mengubah salah satu sifat air itu seperti air keruh dan air yang bercampur dengan

    sabun, bahan pencuci atau kunyit selagi air itu masih halus dan mengalir, kerana air itumasih dinamakan air. Tidak harus bersuci dengan air yang bercampur dengan bahan-

    bahan tersebut jika melebihi jumlah air.

    Menyental

    Menyental ialah menyapu bahagian yang terkena najis dengan tanah secara kuat

    sehingga kesan atau zat najis hilang, samadengan mengutis dengan kayu atau tangan.

    Menyental dapat menghilangkan najis yang berjirim (sesuatu yang basah/ dapat dilihat

    sesudah keringnya) seperti tahi, darah, mani, air kencing dan arak yang terkena tanah.

    ,,).(, .

    Maksudnya: Apabila salah seorang kamu datang ke masjid hendaklah diterbalikkan

    kasutnya supaya ia dapat melihat apakah ada kekotoran, jika dia mendapati ada

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    62/106

    kekotoran hendaklah disapu (disental) dengan tanah kemudian dia boleh

    bersembahyang dengan kasut.36

    Sekiranya najis tersebut bukan najis yang berjirim, maka wajib dibasuh sebanyak

    tiga kali, walaupun iasudah kering. Pada setiap basuhan, hendaklah dibiarkan

    sehingga air titisan berhenti dan sehinggalah hilang basahan dari khuf, tetapi tidak

    disyaratkan kering khuftersebut.

    Kebanyakan ulama mengatakan kasut menjadi suci dengan carasental di tanah

    jika najis itu kering; ia tidak menjadi suci jika najis itu basah. Ini kerana Aisyah

    menganyah manikering daripada kain Rasulullah s.a.w., jika mani itu basah beliau

    membasuh kain tersebut. Imam Syafie dan Muhammad bin al-Hasan mengatakan

    kasut yang terkena najis tidak akansuci jika disental dengan tanah sama ada najis

    tersebut kering ataupun basah kerana najis meresap ke dalam kasut seperti ia jugameresap ke dalam badan dan pakaian. Ulama Mazhab Hanbali pula mengatakan

    boleh disental jika najis tersebut sedikit tetapi jika banyak, ia mesti dibasuh.

    Sapu yang Menghilangkan Kesan Najis

    Membersihkan benda-benda yang licin seperti mata pedang, cermin, barang kaca,

    bekas yang diminyakkan, kuku, tulang, permukaan barangan perak dan lain-lain kerana

    semua barang tersebut tidak diserapi najis. Telah sabit bahawa para sahabat

    Rasulullah s.a.w. membunuh orang kafir dengan pedang-pedang mereka. Merekamenyapunya dan bersembahyang dengannya.

    Maka, memadai menyapu pada tempat yang dibekam dengan tiga perca kain

    yang bersih yang dibasahkan.

    Ulama Mazhab Maliki berpendapat sama seperti ulama Mazhab Hanafi kerana

    jika barang itu dibasuh, ia akan merosakkannya seperti pedang, kasut dan khuf.

    Pengeringan dengan Cahaya Matahari atau Udara dan Hilang Kesan Najis

    Cara ini dapat membersihkan bumi dan semua benda yang melekat pada bumi sepertipokok, rumput dan batu hampar dengan tujuan untuk bersembahyang di atasnya,

    bukan dengan tujuan bertayammum dengannya. Benda-benda yang dapat dialihkan

    perlu dibasuh jika terkena najis untuk membersihkannya.

    36Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Hakim dan Ibn Hibban

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    63/106

    Tanah yang terkena najis boleh menjadi bersih atau suci dengan cara

    dikeringkan (melalui matahari atau udara), berdasarkan hadith riwayat Ibn Umar:

    ,,,

    .

    Maksudnya: Aku sering tidur di Masjid Rasulullah s.a.w. semasa aku masih muda dan

    belum berumahtangga. Aku sering melihat anjing kencing dan berkeliaran dalam

    masjid, tetapi tidak ada siapa pun yang memercikkan air ke atasnya.37

    Ulama selain Mazhab Hanafi mengatakan bumi tidak menjadi suci melalui

    pengeringannya. Bumi yang terkena najis mestilah dibasuh dengan air. Oleh sebab itu,

    jika bumi, kolam, lopak, perigi, tempat takungan air dan lain-lain terkena najis

    (mutanajis), maka iadapat disucikan dengan cara memperbanyakkan curahan air ke

    atasnya sama ada air hujan ataupun selainnya, sehingga hilang zat najis itu. Seperti

    yang terdapat dalam hadith mengenai seorang Arab Badwi kencing di dalam masjid

    Nabi Muhammad s.a.w. lalu disuruh oleh Baginda supaya disimbahkan sebaldi air ke

    atasnya.

    Pakaian Labuh yang Dipakai Menyentuh Bumi yang Najis dan Bumi yang Suci

    Berulang Kali

    Perbuatan ini menyucikan pakaian itu, sebab bumi boleh membersihkan antara satu

    samalain, berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah yang bermaksud:Saya adalah seorang perempuan yang sering melabuhkan pakaian. Saya kerap

    berjalan di tempat yang kotor. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Ia dibersihkan oleh

    (tanah) yang berikutnya. 38

    Ulama Mazhab Maliki dan Hanbali bersependapat dengan ulama Mazhab

    Hanafi tentang ini, tetapi Imam Syafie mengajuinya bersih jika kain itu menyentuh najis

    yang kering. Manakala ulama Mazhab Hanbali mengehadkan kepada najis yang

    sedikit. Bagi mereka, jika najis itu banyak, kain itu mesti dibasuh.

    Mengganyah

    37Hadith Riwayat Abu Daud

    38Hadith Riwayat Abu Daud

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    64/106

    Cara ini dapat membersihkan air manimanusia yang terkena pakaian kemudian kering.

    Jika kesannya masih ada selepas diganyah, iatetap bersih sama seperti kesan selepas

    dibasuh. Syaratnya ialah kepala kemaluan yang dilalui oleh air mani tersebut adalah

    suci, seperti ia disucikan (dibasuh) dengan air bukan beristinja dengan kertas atau

    batu. Jika air kencing tidak bersepah dan manitidak lalu di atasnya di bahagian luar

    kemaluan, maka mani yang terkena pakaian yang sudah kering dapat dikeringkan

    dengan cara mengganyah sekiranya laluan mani itu tidak member kesan (tidak

    menajiskan) ke atas air kencing pada bahagian dalam kemaluan.

    Air maniyang basah hendaklah dibasuh berdasarkan hadith Aisyah bahawa

    beliau membasuh kain Rasulullah s.a.w. yang terkena mani. Dalam hadith riwayat al-

    Daruqutni daripada Aisyah yang bermaksud: Saya mengganyah manidari pakaian

    Rasulullah s.a.w. jika ia kering dan saya membasuhnya jika ia basah.Ulama Maliki bersependapat dengan ulama Hanafi tentang kenajisan mani.

    Ulama Syafie dan Hanbali mengatakan manimanusia adalah suci berdasarkan hadith

    yang diriwayatkan daripada Aisyah yang ada pada al-Daruqutni. Ibn Abbas

    mengatakan, Sapukannya dengan idhkhir (sejenis rumput yang berbau) atau dengan

    secebis kain kerana ia adalah sama seperti hingus dan kahak.39

    Membusar

    Kapas membersihkan najis apabila dibusarkan. Kesan najis akan hilang jika najis itusedikit.

    Pengasingan (al-Taqwir)

    Pengasingan di sini bermaksud mengasingkan bahagian yang bernajis daripada

    bahagian yang tidak bernajis. Cara ini dapat membersihkan minyak yang beku yang

    terkena najis. Isteri Rasulullah s.a.w. (Maimunah) mengatakan yang bermaksud:

    Bahawa seekor tikus telah jatuh ke dalam minyak sapi lalu mati. Kemudian ditanya

    Rasulullah s.a.w. tentang itu. Jawab Rasulullah s.a.w., Buangkan tikus itu dan minyak

    sapi yang disekelilingnya, bakinya boleh dimakan.40 Ini dipersetujui oleh semua

    ulama.

    39Diriwayatkan oleh Said bin Mansur dan al-Daruqutni secara marfu.

    40Hadith Riwayat al-Bukhari, Ahmad dan an-NasaI menambah pada minyak sapi yangbeku.

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    65/106

    Jika najis itu jatuh ke dalam cecair seperti minyak dan minyak sapi yang cair,

    maka menurut jumhur ulama iaadalah najis. Menurut ulama Hanafi, cecair itu boleh

    menjadi suci dengan menuangkan air ke atasnya sebanyak tiga kali ataupun

    meratakannya ke dalam bejana yang berlubang kemudian dituangkan air ke atasnya.

    Minyak itu akannaik ke atas permukaan lubang bejana itu hendaklah dibuka supaya air

    dapat mengalir keluar.

    Jika barang yang dimasak seperti daging, gandum dan ayam, maka iamenjadi

    suci dengan basuhan dalam keadaan yang mentah tetapi ia tidak boleh disucikan sama

    sekali jika ia terkena najis kemudian dimasak bersama-sama dengan najis itu, sebab

    najis sudah meresap ke dalam bahagian barang itu. Berdasarkan ini, jika direbus

    kepala binatang bersama daging dan usus besar sebelum daripada dibasuhnya dan

    dibersihkan, maka iatidak akan suci. Jika direbus ayam sebelum daripada ditebukperutnya (dan dikeluarkan najisnya) untuk dicabut bulunya, maka ia tidak akan suci

    sama sekali.

    Ulama Mazhab Maliki dan Hanbali bersependapat dengan ulama Mazhab

    Hanafi bahawa daging yang direbus bersama dengan najis tidak akansuci. Mazhab

    Maliki menambah bahawa telur yang direbus dengan najjis, buah zaitun yang dimasak

    dengan najis dan tembikar yang diresapi najis tidak dapat disucikan, tetapi jika najis

    terjatuh ke dalam daging yang sedang direbus sesudah daging itu dimasak, maka

    menurut ulama Mazhab Maliki ia boleh disucikan, iaitu dengan cara dibasuh air keruh

    yang melekat padanya, dengan syarat najis itu tidak lama berada di dalamnya.

    Ulama Mazhab Syafie mengatakan barang-barang yang beku yang meresap

    najis ke dalam dirinya boleh disucikan. Jika dimasak daging dalam najis ataupun jika

    gandum meresapkan najis ke dalam dirinya ataupun pisau direndam ke dalam air

    bernajis, maka semuanya boleh disucikan dengan cara dituangkan atau dijiruskan air

    ke atasnya, kecuali batu bata susu yang diuli dengan najis yang beku, maka ia tidak

    suci.

    Membahagikan Benda yang Terkena Najis

    Terbahagi kepada dua:

    a) Memisahkan bahagian yang terkena najis dengan bahagian yang bersih atau

    suci.

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    66/106

    b) Membahagikan barang mithli (seperti bijirin) seperti gandum dan barli apabila

    terkena najis dan dibahagi-bahagikan kepada ahli-ahli kongsi atau para pembeli.

    Jika keldai yang mengirik padi atau gandum lalu terkencing di atas gandum atau padi

    tersebut, kemudian gandum atau padi tersebut dibahagikan atau dibasuh

    sebahagiannya ataupun sebahagiannya dihibahkan kepada seseorang atau dimakan

    ataupun dijual, maka yang baki dan yang dihibah, dimakan atau dijual itu menjadi suci.

    Sesuatu barang yang najis kemudian diberikan kepada orang yang berpendapat ianya

    tidak najis adalah samahukumnya, iaitu menjadi suci. Pengasingan memberi dan

    membahagi-bahagikan pada hakikatnya tidak dikira sebagai menyucikan, tetapi dikira

    sebagai cara menyuci atas dasar untuk memberi kemudahan kepada manusia.

    Istihalah

    Istihalah ialah perubahan atau pertukaran sendiri benda yang najis atau perubahan

    melalui sesuatu. Contohnya daging kijang berubah menjadi kesturi dan arak berubah

    menjadi cuka dengan sendirinya. Ini adalah pendapat Imam Muhammad al-Hasan

    yang berlawanan dengan pendapat Abu Yusuf kerana sesuatu najis apabila berubah

    sifatnya, maka dia tidak menjadi najis lagi, kerana najis itu ialah nama bagi sesuatu zat

    yang bersifat, oleh itu ia akan hilang (tiada) bersama kehilangan sifatnya. Jadi

    hukumnya samaseperti arak yang berubah menjadi cuka. Hukum arak itu dipersetujui

    oleh semua mazhab.Menurut ulama Mazhab Maliki, arak menjadi suci jika berubah menjadi cuka,

    tetapi menurut ulama Mazhab Syafie dan Hanbali arak tidak menjadi suci jika diproses

    menjadi cuka melalui pemprosesan seperti memasukkan bawang dan roti panas,

    kerana bahan yang dicampakkan ke dalam arak itu menjadi najis sebaik sahaja

    iaterkena arak. Sesuatu najis juga tidak akanmenjadi suci dengan sebab bertukar

    (berubah) sifatnya dengan sebab api. Contohnya, abu tahi najis akan tetap menjadi

    najis walaupun dibakar.

    Jika seekor anjing terjatuh ke dalam tempat membuat garam lalu iamenjadi

    garam, maka ia tetap najis. Tetapi menurut ulama yang masyhur dalam kalangan

    ulama Maliki, mereka mengecualikan abu dan asap najis di mana mereka mengatakan

    ia suci menurut pendapat yang muktamad.

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    67/106

    Dalam kes arak menjadi cuka hasil daripada perbuatan memindahkannya dari

    satu tempat ke suatu tempat, ulama Mazhab Hanbali mensyaratkan bahawa

    pemindahan itu mestilah bukan tujuan untuk menjadikannya cuka. Jika pemindahannya

    bertujuan demikian, maka iatidak menjadi suci kerana menurut hukum, haram

    menjadikan arak sebagai cuka. Oleh itu, ia tidak melahirkan taharah (suci).

    Mazhab Syafie mengatakan bahawa tidak ada sebarang najis boleh menjadi

    suci disebabkan oleh perubahan sifatnya kecuali tiga jenis iaitu:

    i. Arak bersama bekasnya apabila bertukar menjadi cuka dengan

    sendirinya.

    ii. Kulit, selain daripada kulit anjing dan babi, yang menjadi najis dengan

    sebab mati menjadi suci zahir dan batinnya apabila disamak.

    iii. Sesuatu yang berubah menjadi binatang, seperti bangkai apabila menjadiulat, kerana terjadi kehidupan baru.

    Samak

    Samak digunakan untuk membersihkan kulit yang bernajis atau pun bangkai. Samak

    boleh menyucikan semua jenis kulit kecuali kulit manusia, kulit babi, serta kulit binatang

    kecil seperti kulit tikus dan ular. Hukum ini berdasarkan satu hadith:

    .

    Maksudnya:Apa jua kulit yang disamak, mak ia menjadi suci.41

    Menyamak juga dapat menghilangkan sebab kenajisan bangkai, iaitu

    kelembapan dan darah yang mengalir. Jadi, samakan adalah sama seperti pakaian

    yang terkena najis apabila dibasuh.

    Mazhab Hanafi, samak adalah pensuci jika iadilakukan dengan alat yang dapat

    menghalang kerosakan dan busuk. Samak tetap dikira sebagai penyuci, walaupun

    samak itu berbentuk hukum sahaja (dibaghah hukmiyyah) seperti dilumur tanah dan

    dijemur, sebab maksudnya terhasil.Setiap kulit yang menjadi suci dengan samak adalah menjadi suci dengan

    carasembelihan. Mengikut pendapat yang muktamad kulit anjing dan kulit gajah adalah

    41Diriwayatkan daripada Hadith Ibn Abbas yang ada pada al-Nasai, al-Tirmizi dan Ibn Majah,dan daripada Hadith Ibn Umar yang ada pada al-Daruqutni. Ia adalah Hadith hassan.

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    68/106

    menjadi suci dengan samak, kecuali kulit manusia dan kulit babi. Kulit manusia

    dikecualikan kerana manusia dimuliakan oleh Allah dankulit babi juga dikeculikan

    kerana ia merupakan najis ain. Binatang-binatang yang kecil yang tidak boleh disamak

    adalah dihukumkan sebagai samadengan keduanya. Kulit bangkai sama ada bulu atau

    lainnya adalah suci dan bagi sarung (qamis al-hayyah) kulit ular adalah suci.

    Ulama Syafie juga mengaggap samak sebagai pensuci. Iadapat menyucikan

    semua kulit yang menjadi najis dengan sebab kematian, iaitu menyucikan dari segi

    zahirnya san mengikut pendapat yang masyhur ia menyucikan juga dari segi batinnya,

    biarpun binatang itu bukan binatang yang dimakan dagingnya. Walau bagaimanapun,

    disyaratkan samak itu mestilah dengan sesuatu yang dapat membuang kekotoran

    daripada kulit, iaitu lendir dan kelembapan yang melekat pada kulit yang jika dibiarkan

    akanmerosakkan kulit. Bahan yang digunakan mestilah tajam seperti daun akasia(qaraz), manjakani (afs), kulit delima dan tawas (al-shubb), tidak kira bahan tersebut

    suci atau najis seperti tahi burung. Tidak sah menyamak dengan cahaya matahari,

    dilumur tanah, dibekukan dan dimasinkan kerana kesemuanya tidak dapat

    menghilangkan kotoran pada kulit biarpun kulit tersebut kering dan harum baunya.

    Menurut ulama Mazhab Syafie juga, kulit anjing dan babi serta kulit binatang

    yang lahir daripada kacukan keduanya atau daripada salah satunya dengan binatang

    yang suci, tidak dapat disucikan dengan samak. Mereka juga berpendapat barang-

    barang yang ada di atas kulit bangkai seperti bulu dan seumpamanya tidak dapat

    disucikan dengan samak. Walau bagaimanapun, jika ianya sedikit iadimaafkan kerana

    susah hendak menghilangkannya.

    Menurut ulama yang masyhur dari kalangan ulama Mazhab Maliki dan Hanbali,

    kulit yang najis tidak dapat disucikan dengan cara samak berdasarkan Hadith Abdullah

    bin Ukaim yang bermaksud, Sebulan sebelum Rasulullah s.a.w. wafat, Baginda

    mengutus surat kepada kami supaya jangan mengambil faedah daripada bangkai sama

    ada kulit ataupun asab(urat besar). Hadith ini mengesahkan hadith-hadith sebelumnyakerana dikeluarkan di akhir umur Nabi Muhammad s.a.w. Lafaznya menunjukkan

    bahawa penggunaan kulit bangkai sebelumnya hanya satu rukhsah. Seorang ulama

    Mazhab Maliki, iaitu al-Dardir mengatakan, Hadith Rasulullah s.a.w. Adalah dibawa

    kepada makna suci dari segi bahasa, bukan dari segi syara. Ini adalah mengikut

  • 7/29/2019 solat puasa taharah

    69/106

    pendapat yang masyhur dalam mazhab. Oleh itu, tidak harus bersembahyang atas kulit

    bangkai yang disamak.

    Menurut pendapat yang masyhur dalam kalangan ulama Mazhab Maliki bahawa

    kulit yang disamak tetap najis, dan harus dugunakan untuk perkara-perkara yang kering

    tetapi