3... · web vieweksport perabot yang meningkat dan peratusan pendapatan eksport daripada barangan...

9
PERMINTAAN UNTUK KAYU GETAH. Syarikat HEVEAPRIME merupakan pengeluar getah asli yang utama di dunia. Syarikat ini menghasilkan hampir 70% daripada pengeluaran getah asli dunia. Harga pasaran getah ditentukan oleh permintaan dan penawaran di pasaran antarabangsa. Selain daripada mekanisme penentuan harga melalui permitaan dan penawaran terdapat juga beberapa faktor lain yang turut mempengaruhi harga getah seperti ekonomi antarabangsa, sosio- politik global, kewujudan stok, pertukaraan mata wang asing dan spekulasi pasaran getah. Penawaran getah juga boleh berubah-ubah mengikut keadaan. Usaha paling penting yang HEVEAPRIME perlu memberi tumpuan sekarang ialah meningkatkan permintaan serta penggunaan produk kayu tropika yang diperakui, kami perlu menyakinkan pasaran bernilai tinggi seperti Belanda untuk meneruskan dan meningkatkan permintaan bagi produk yang dihasilkan secara mampan. Ketika ini, Belanda menduduki tempat ke-14 bagi destinasi eksport paling penting untuk produk kayu Malaysia. Bagaimanapun, import produk Malaysia jatuh sebanyak 7.8 peratus pada 2013 berbanding 2012. Kayu getah yang telah ditebang akan dihantar ke kilang ini untuk diproses seterusnya. Kayu-kayu ini akan dipotong dan digergaji mengikut saiz yang telah ditetapkan mengikut

Upload: nguyennga

Post on 17-Apr-2018

218 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 3... · Web viewEksport perabot yang meningkat dan peratusan pendapatan eksport daripada barangan kayu yang bernilai tambah (value-added) meningkat berbanding produk kayu primer seperti

PERMINTAAN UNTUK KAYU GETAH.

Syarikat HEVEAPRIME merupakan pengeluar getah asli yang utama di dunia.

Syarikat ini menghasilkan hampir 70% daripada pengeluaran getah asli dunia. Harga pasaran

getah ditentukan oleh permintaan dan penawaran di pasaran antarabangsa. Selain daripada

mekanisme penentuan harga melalui permitaan dan penawaran terdapat juga beberapa faktor

lain yang turut mempengaruhi harga getah seperti ekonomi antarabangsa, sosio-politik global,

kewujudan stok, pertukaraan mata wang asing dan spekulasi pasaran getah. Penawaran getah

juga boleh berubah-ubah mengikut keadaan.

Usaha paling penting yang HEVEAPRIME perlu memberi tumpuan sekarang ialah

meningkatkan permintaan serta penggunaan produk kayu tropika yang diperakui, kami perlu

menyakinkan pasaran bernilai tinggi seperti Belanda untuk meneruskan dan meningkatkan

permintaan bagi produk yang dihasilkan secara mampan. Ketika ini, Belanda menduduki

tempat ke-14 bagi destinasi eksport paling penting untuk produk kayu Malaysia.

Bagaimanapun, import produk Malaysia jatuh sebanyak 7.8 peratus pada 2013 berbanding

2012.

Kayu getah yang telah ditebang akan dihantar ke kilang ini untuk diproses seterusnya.

Kayu-kayu ini akan dipotong dan digergaji mengikut saiz yang telah ditetapkan mengikut

permintaan pengilang-pengilang perabot tempatan mahupun luar Negara. Kayu getah adalah

faktor penting bagi Malaysia mencapai sasaran eksport dalam Dasar Industri Kayu Negara

yang sebanyak RM16 bilion pada 2020. Kayu getah merupakan bahan mentah alternatif

untuk kayu dalam industri perabot kayu. Kerajaan giat melaksanakan program ladang hutan

komersial yang menyasar untuk menanam 375,000 hektar antara tahun 2006 dan 2020.

Page 2: 3... · Web viewEksport perabot yang meningkat dan peratusan pendapatan eksport daripada barangan kayu yang bernilai tambah (value-added) meningkat berbanding produk kayu primer seperti

Faedah yang nyata

Eksport perabot yang meningkat dan peratusan pendapatan eksport daripada barangan

kayu yang bernilai tambah (value-added) meningkat berbanding produk kayu primer seperti

kayu bergergaji dan papan lapis. Tahap kepuasan kumpulan sasar/stakeholders FRIM sentiasa

menerima permintaan dan permohonan pelanggan berkaitan khidmat nasihat teknikal dan

ujian produk daripada industri kayu getah Negara sehingga hari ini. Kesemua permintaan

tersebut dipenuhi melalui khidmat perundingan oleh pakar-pakar FRIM dan ujian teknikal

daripada 10 makmal FRIM yang mempunyai akreditasi MS ISO/IEC 17025:2005. FRIM

tidak menerima sebarang aduan berbentuk bantahan terhadap perkhidmatan yang telah

disediakan kepada industri huluan dan hiliran berasaskan kayu getah negara. Kolaborasi yang

erat telah dijalin di antara FRIM dan pengilang kayu dan pembuat produk-produk kayu getah

serta persatuan-persatuan industry yang mewakili mereka.

Creation of public value

Anggaran nilai industri berasaskan kayu getah sekarang adalah di antara RM8 hingga 10

bilion setiap tahun manakala industri perabot bernilai lebih dari RM6 bilion setiap tahun.

Eksport perabot berasaskan kayu getah telah meningkat daripada hampir tidak wujud sejak

1980an kepada RM6.55 billion pada tahun 2010. Pada 1980an, hanya terdapat satu kilang

papan serpai yang menggunakan kayu getah untuk pembuatan papan serpai beracuan

(moulded particleboard). Penggunaan kayu getah sebagai bahan utama dalam pembuatan

papan

Page 3: 3... · Web viewEksport perabot yang meningkat dan peratusan pendapatan eksport daripada barangan kayu yang bernilai tambah (value-added) meningkat berbanding produk kayu primer seperti

Kelestarian

Kelestarian bahan kayu adalah amat penting di pasaran antarabangsa untuk produk

berasaskan kayu. Untuk produk yang diperbuat daripada kayu getah, sejenis sisa perladangan,

isu kelestarian telah dipenuhi dengan baik. Kayu getah yang diguna adalah sisa daripada

program penanaman semula pokok getah. Justeru, penggunaan kayu getah untuk pelbagai

rantaian industri adalah lestari. Produk kayu geta yang digunakan adalah storan karbon untuk

sepanjang hayat produk tersebut.

Kepentingan yang nyata

Inovasi pemprosesan dan penggunaan kayu getah yang berterusan amatlah penting

untuk memastikan pembangunan industri tidak terjejas oleh keperluan baharu pasaran

antarabangsa terhadap isu-isu seperti kualiti dan keselamatan produk, kelestarian, perubahan

iklim, yang sering menimbulkan halangan perdagangan kepada produk kayu-kayan tempatan.

PERKEMBANGAN INDUSTRI

Sejarah pengeluaran dan pengeksportan perabot di Malaysia bermula agak perlahan

dengan pertumbuhan kilang kecil-kecilan pada lewat 1970an.

Industri perabot Malaysia hanya memasuki era eksport pada pertengahan tahun

1980an dengan eksport berjumlah RM25 juta pada tahun 1985.

Eksport perabot Malaysia terus berkembang maju dengan mencatat jumlah eksport

sebanyak RM1.228 bilion dan bertambah hampir RM1 bilion setiap tahun.

Sebagai contoh, jumlah eksport mencatatkan RM2.078 bilion pada 1995, RM3.094

bilion (1997), hampir RM5 bilion (1999), melebihi RM5 bilion (2000), RM7.67 bilion

(2005) dan meningkat ke paras tertinggi sebanyak RM8.19 bilion pada tahun 2006.

Eksport perabot Malaysia dijangka berkembang antara tujuh dan sembilan peratus

setiap tahun.

Sehingga akhir 2005, Amerika Syarikat masih lagi menjadi pengimport perabot

Malaysia yang terbesar dengan jumlah sebanyak 33.5 peratus. Ia disusuli Jepun (10.25

peratus) dan United Kingdom (8.85 peratus).

Prospek Cerah.

Page 4: 3... · Web viewEksport perabot yang meningkat dan peratusan pendapatan eksport daripada barangan kayu yang bernilai tambah (value-added) meningkat berbanding produk kayu primer seperti

Mengenai jenis perabot pula, rekod menunjukkan 81.41 peratus datangnya daripada

perabot kayu terutama kayu getah diikuti logam (12.30 peratus), manakala perabot

rotan hanya menyumbang sebanyak 0.65 peratus daripada keseluruhan eksport

perabot negara.

Prospek industri perabot adalah cerah walaupun Malaysia terpaksa bersaing dengan

negara jiran yang lain seperti Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam mahu pun China.

Seperti Malaysia, Negara-negara berkenaan juga berusaha mempergiatkan aktiviti

mereka dengan meneroka dan terus mencari pasaran baru.

Pada masa ini, kita menghadapi masalah penurunan harga getah. Penunurun yang ketara

berlaku sejak bulan Jun 2012. Penurunan ini dikatakan berpunca daripada 3 faktor :

1. Krisis hutang negara-negara zon Eropah.

2. Kelembaban ekonomi China.

3. Pergolakan politik Timur Tengah dan Thailand

KESIMPULAN

Page 5: 3... · Web viewEksport perabot yang meningkat dan peratusan pendapatan eksport daripada barangan kayu yang bernilai tambah (value-added) meningkat berbanding produk kayu primer seperti

Kini, walaupun harga getah tidak lagi mampu mencapai harga tertinggi yang pernah

diperoleh dahulu, namun beberapa langkah baru bagi membantu memulihkan harga pasaran

telah pun dipersetujui oleh pakatan negara pengeluar utama komoditi itu, iaitu Malaysia,

Thailand dan Indonesia. Antaranya, penarikan balik 300,000 tan kayu getah daripada pasaran

dan mempercepatkan program penanaman semula seluas 100,000 hektar yang bakal

menyebabkan pengurangan eksport sebanyak 150,000 tan.

Selain itu faktor cuaca turut akan menyokong harga komoditi itu untuk melonjak pada

paras yang tinggi. Jepun juga dilihat antara negara yang berminat untuk mengimport getah

asli daripada negara pengeluar utama ini, sejajar dengan pemulihan beransur-ansur industri

automotif di negara itu. Beberapa pengeluar kereta utama dunia seperti Nissan juga kini

sedang dalam proses meningkatkan pengeluaran unit keretanya susulan pelancaran model

barunya. Hal ini dilihat dapat meningkatkan permintaan terhadap getah asli, seterusnya

menaikkan harga getah sedunia.

Getah sememangnya dilihat mempunyai potensi yang cukup besar. Penanaman getah

diakui sebagai satu perusahaan jangka panjang yang boleh mendatangkan hasil yang

berpanjangan. Namun bagaimanapun ia perlukan perancangan dan komitmen yang teliti

daripada pelbagai pihak. Jika dahulu industri getah dianggap tidak penting lagi, namun hari

ini semua menyedari dan bersetuju bahawa industri getah semakin penting dan boleh menjadi

pemacu kepada aktiviti ekonomi negara.

REFERENCE

Page 6: 3... · Web viewEksport perabot yang meningkat dan peratusan pendapatan eksport daripada barangan kayu yang bernilai tambah (value-added) meningkat berbanding produk kayu primer seperti

1. http://www.frim.gov.my/frim-presents-results-of-rubberwood-demand-supply-study/?

lang=ms

2. http://www.kppk.gov.my/index.php/ms/news-cutting/3823-timber-malaysia-perlu-

tingkatkan-usaha-rangsang-permintaan-bagi-produk-kayu-uggah.html

3. Abdul Rashid, A.M. & Lim, S.C. (Editors) 1998. Proceedings of the colloquium on

rubberwood resources and technologies. 23 March 1998. Kuala Lumpur

4. . Ani Sulaiman & Lim, S.C. 1992. Wood quality study of rubberwood at different

ages

and clones. Pp39-50 in Report on properties and utilisation of rubberwood from trees

of different age groups. Forest Research Institute Malaysia, Kepong.

5. 3Anonymous 1996. FRIM-UTM Acoustic Panel Products Research Team.

Preliminary

findings on the absorption coefficient of rubberwood and oil palm empty fruit

bunches particleboards. Pp. 255-260, in Abdul Rashid Ab. Malik, Abdul Rahim Nik,

Aminuddin Mohamad, Lee Su See, Andrew Wong Han Hoy & Khoo, K.C. (eds.)

Proceedings of the Conference on Forestry and Forest Products Research, 3-4 Oct.

FRIM, Kuala Lumpur.

6. Azizol Abd. Kadir & Rahim Sudin 1989. Carbohydrates in Rubberwood (Hevea

brasiliensis Muell). Holzforschung 43(1989):173-178.

7. Daljeet, K.S., Choo, K.T. & Hong, L.T. (Editors) 1987. Proceedings of the second

rubberwood seminar. Nov. 19—20, 1985. Kuala Lumpur

8. Daljeet Singh, K.S., Rahim Sudin & Choo, K.T. 1985. The utilisation potential of

rubberwood. Proceedings of the Second National Rubberwood Seminar, Kuala

Lumpur, November 1985:64-71.

9. Gan, K.S. & Ho, K.S. 1997. Rubberwood sawing in Sarawak using mobile circular

Saw. Journal of Tropical Forest Products 2(2):193—198

10. Gan, K.S. and Choo, K.T. 1998. Solar drying of Rubberwood (Hevea braziliensis).

Journal of Tropical Forest Products. 4(2):174-180.

11. Gan, K.S., Choo, K.T & Lim S.C. 2000. Moisture uptake by kiln-dried rubberwood.

Journal of Tropical Forest Products 6(2):200-205.