39036006 konsep akhbar dalam darjah

8
“Konsep Akhbar Dalam Darjah (ADD) yang dirintis Berita Harian ini perlu diteruskan untuk kebaikan pelajar kita. Malah, saya berpendapat wakil rakyat di negara ini wajar menaja akhbar ini ke sekolah untuk kebaikan pelajar di kawasan mereka. “Menggunakan akhbar dalam P&P bukan saja menyeronokkan malah mampu menanam minat membaca di samping menggalakkan pelajar mendapat pelbagai ilmu baru menerusi pelbagai bahan berita yang disiarkan Berita Harian,” katanya ketika majlis pelancaran sumbangan akhbar Berita Harian anjuran Parlimen Batu Pahat, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senggarang, di sini, semalam. KEWUJUDAN pelbagai sumber ilmu terkini, termasuk internet tidak menjejaskan populariti akhbar sebagai bahan bantu mengajar guru di bilik darjah. Malah, penggunaan pelbagai bahan siaran akhbar antaranya berita, rencana, gambar dan ilustrasi mampu meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran, selain mewujudkan suasana pembelajaran aktif dan menyeronokkan. Dengan memanipulasikan bahan berkenaan sebagai bahan bantu mengajar juga memudahkan tugasan guru kerana tidak perlu mengambil masa atau bersusah payah menyediakannya dalam bentuk bercetak dan lebih menarik. Menyedari keberkesanan bahan seumpamanya dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah, Sekolah Rendah Islam Abim (SRIA), Sungai Ramal, Kajang, mengambil inisiatif menganjurkan bengkel Akhbar Dalam Darjah (ADD), baru-baru ini. Bengkel sehari dengan kerjasama Unit Pendidikan, Berita Harian, itu antara lain bertujuan mempelbagai dan memantapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah berkenaan. Pengetuanya, Tengku Noor Ketina Tengku Abdullah, berkata pendedahan diterima menerusi program itu bermanfaat termasuk memperkaya teknik pengajaran, sekali gus membantu meningkatkan keberkesanan penyampaian guru. Katanya, konsep ADD diperkenalkan Berita Harian sejak 1985 itu dapat membantu guru menyediakan bahan pengajaran menarik berdasarkan bahan mudah diperoleh, selain mampu merangsang minat pelajar. “Pada masa sama, sumber akhbar dapat meningkatkan pengetahuan dan maklumat semasa pelajar. “Banyak idea bernas dan kreatif boleh digunakan guru bagi mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran menarik dan berkesan,” katanya. Seramai 75 guru SRIA dari seluruh Selangor menyertai program sehari bimbingan Pengarang Berita Pendidikan, Berita Harian, Tamrin Anuar. Tengku Noor Ketika berkata, pihak sekolah sentiasa menggalakkan guru mempelbagaikan bahan bantu mengajar termasuk penggunaan akhbar. “Pemilihan bahan yang sesuai dapat membantu meningkatkan kreativiti guru, sekali gus mewujudkan suasana pembelajaran menyeronokkan.

Upload: zulhilmi-rahazat

Post on 19-Jul-2016

164 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

mm

TRANSCRIPT

Page 1: 39036006 Konsep Akhbar Dalam Darjah

“Konsep Akhbar Dalam Darjah (ADD) yang dirintis Berita Harian ini perlu diteruskan untuk kebaikan pelajar kita. Malah, saya berpendapat wakil rakyat di negara ini wajar menaja akhbar ini ke sekolah untuk kebaikan pelajar di kawasan mereka. 

“Menggunakan akhbar dalam P&P bukan saja menyeronokkan malah mampu menanam minat membaca di samping menggalakkan pelajar mendapat pelbagai ilmu baru menerusi pelbagai bahan berita yang disiarkan Berita Harian,” katanya ketika majlis pelancaran sumbangan akhbar Berita Harian anjuran Parlimen Batu Pahat, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senggarang, di sini, semalam.

KEWUJUDAN pelbagai sumber ilmu terkini, termasuk internet tidak menjejaskan populariti akhbar sebagai bahan bantu mengajar guru di bilik darjah.

Malah, penggunaan pelbagai bahan siaran akhbar antaranya berita, rencana, gambar dan ilustrasi mampu meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran, selain mewujudkan suasana pembelajaran aktif dan menyeronokkan.

Dengan memanipulasikan bahan berkenaan sebagai bahan bantu mengajar juga memudahkan tugasan guru kerana tidak perlu mengambil masa atau bersusah payah menyediakannya dalam bentuk bercetak dan lebih menarik.

Menyedari keberkesanan bahan seumpamanya dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah, Sekolah Rendah Islam Abim (SRIA), Sungai Ramal, Kajang, mengambil inisiatif menganjurkan bengkel Akhbar Dalam Darjah (ADD), baru-baru ini.

Bengkel sehari dengan kerjasama Unit Pendidikan, Berita Harian, itu antara lain bertujuan mempelbagai dan memantapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah berkenaan.

Pengetuanya, Tengku Noor Ketina Tengku Abdullah, berkata pendedahan diterima menerusi program itu bermanfaat termasuk memperkaya teknik pengajaran, sekali gus membantu meningkatkan keberkesanan penyampaian guru.

Katanya, konsep ADD diperkenalkan Berita Harian sejak 1985 itu dapat membantu guru menyediakan bahan pengajaran menarik berdasarkan bahan mudah diperoleh, selain mampu merangsang minat pelajar.

“Pada masa sama, sumber akhbar dapat meningkatkan pengetahuan dan maklumat semasa pelajar.

“Banyak idea bernas dan kreatif boleh digunakan guru bagi mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran menarik dan berkesan,” katanya.

Seramai 75 guru SRIA dari seluruh Selangor menyertai program sehari bimbingan Pengarang Berita Pendidikan, Berita Harian, Tamrin Anuar.

Tengku Noor Ketika berkata, pihak sekolah sentiasa menggalakkan guru mempelbagaikan bahan bantu mengajar termasuk penggunaan akhbar.

“Pemilihan bahan yang sesuai dapat membantu meningkatkan kreativiti guru, sekali gus mewujudkan suasana pembelajaran menyeronokkan.

"Pengajaran menggunakan buku teks semata-mata menjadikan minda pelajar tidak berkembang. Kita harus pelbagaikan sumber termasuk akhbar yang turut mendedahkan mereka pelbagai maklumat menarik dan terkini," katanya

Bahan daripada akhbar mampu tingkat keberkesanan pengajaran dan difahami pelajar

PENDEDAHAN penggunaan Akhbar Dalam Darjah (ADD) di kalangan peserta Kursus Literasi (LINUS) Bahasa Melayu Tahun Satu 2010 anjuran Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Selangor, di Kuala Lumpur, baru-baru ini dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran guru, sekali gus minat belajar di kalangan murid.

Dengan tahap pencapaian murid yang dikategorikan sebagai lembam, guru perlu bijak

Page 2: 39036006 Konsep Akhbar Dalam Darjah

mempelbagaikan teknik pengajaran supaya wujud situasi pembelajaran menarik dan berkesan.

Penyelia Bahasa Melayu, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Yusuf Abdul, berkata pelbagai bahan seperti berita, gambar, iklan, kartun dan komik boleh digunakan guru melaksanakan proses pengajaran dengan lebih menarik menerusi kegiatan yang dirancang.

Katanya, selain menanam minat membaca di kalangan murid, guru boleh menggunakan kreativiti masing-masing membina bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih berkesan.

“Sejajar konsep pemusatan pelajar, akhbar sesuai digunakan kerana pendekatan dilaksanakan memberi fokus kepada murid.

http://www.pkghl.net/hl-v1/index.php?option=com_content&view=article&id=139:tamrin-anuar-q-atasi-murid-lembamq-berita-harian-09022010&catid=86:indeks-akhbar-pendidikan&Itemid=142

Pada hari 6 Februari 1958, bangunan Syarikat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur dibuka dengan rasminya oleh D.Y.M.M. Sultan Selangor, Tuanku Hishamuddin Alam Shah. Dengan pembukaan bangunan baru itu, akhbar Utusan Melayu rasmilah dicetak dan diterbitkan di Kuala Lumpur, setelah 19 tahun, iaitu semenjak pemindahannya dalam tahun 1939 dari Singapura. Perpindahan tempat percetakan dan penerbitan ini merupakan satu kemajuan bagi Syarikat Utusan Melayu yang kini mempunyai bangunannya sendiri yang dilengkapkan dengan alat-alat jentera yang moden. Akhbar Utusan Melayu merupakan satu akhbar yang terulung yang dipunyai dan diusahakan sepenuhnya oleh orang-orang Melayu. Utusan Melayu  ialah satu-satunya akhbar nasional yang diterbitkan dalam tulisan Jawi. Oeh yang demikian, Utusan Melayu merupakan akhbar yang sangat popular terutamanya dalam kalangan orang-orang Melayu di kawasan luar bandar di mana tulisan Jawi masih lagi difahami dan digunakan dengan meluas. Semenjak  mula ditubuhkan, Utusan Melayu telah banyak menyedarkan dan menyuarakan kepentingan dan perjuangan orang-orang Melayu dalam hal-hal ekonomi, politik dan sosial supaya mereka tidak ketinggalan di belakang dari bangsa-bangsa lain di negara ini.

Pada 1 Januari 2003, akhbar Utusan Melayu, satu-satunya akhbar bertulisan Jawi yang bersalut 1001 sejarah perjuangan bangsanya boleh dikatakan memasuki era `kelumpuhan' yang serius dan mungkin akan terus berkubur tanpa nisan jika tiada sebarang usaha untuk menyelamatkannya dilakukan. Berikut dipetik keluhan dan rintihan terhadap hidup mati tulisan Jawi dalam era globalisasi hari ini.

”AWANG setuju dengan semua yang diperkatakan oleh Saudara Tajuddin Saman, kecuali satu. Beliau yakin tidak ada seorang pun Melayu yang tidak sanggup tampil untuk menyelamatkan Utusan Melayu sekiranya mereka tahu peranan akhbar ini. Di sini beliau silap. Pengurusan Utusan Melayu telah melakukan bermacam-macam usaha untuk menghidupkan akhbar ini sebagai akhbar harian termasuk meminta sokongan Melayu daripada orang seperti Hamid Othman (Tan Sri), kepimpinan Pusat Islam serta orang politik. Pencinta-pencinta tulisan Jawi juga berusaha dengan mengadakan bengkel dan sebagainya untuk mencetuskan minat terhadap

Page 3: 39036006 Konsep Akhbar Dalam Darjah

tulisan Jawi. Tapi semuanya berakhir begitu sahaja. Pernah diminta supaya wakil-wakil rakyat membeli dan mengedarkannya kepada murid sekolah di kawasan masing-masing. Pun tidak ke mana. Kini, apabila Utusan Melayu terpaksa dijadikan akhbar mingguan dan menghadapi kemungkinan ditutup terus, terdengarlah suara-suara yang bertanya kenapa dan mengapa. Ahad lalu, Penolong Pengarang Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain menulis tentang nasib Utusan Melayu di bawah tajuk Melayu Matikan Utusan Melayu. Beliau mengakhiri tulisannya dengan menyatakan: ``Ironiknya, ketika akhbar harian Jawi yang sinonim dengan Melayu diketepikan oleh orang Melayu, masyarakat Cina dengan bangga dan gembira menyambut kelahiran sebuah lagi akhbar harian Cina, Oriental Daily News. Akhbar ini bernasib baik kerana mendapat sokongan orang-orang Cina.'' Awang mahu bertanya, sanggupkah orang Melayu tampil menghidupkan semula Utusan Melayu dengan menyokongnya sebagaimana orang Cina menyokong akhbar Cina?

Daripada petikan di atas, kita dapat mengandaikan bahawa pemartaban tulisan Jawi dalam Bahasa Melayu perlu diberikan perhatian serius.  Menurut Mohd Hussein Baharuddin, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan tekanan dalam usaha memartabatkan tulisan Jawi dalam masyarakat Melayu kini,  iaitu pendirian orang Melayu itu sendiri. Dalam mengharungi era globalisasi, orang Melayu seolah-olah lupa akan kewujudan unsur dalam Bahasa Melayu yang paling penting, iaitu tulisan. Penggunaan tulisan Rumi telah menenggelamkan sejarah kepentingan tulisan Jawi sebagai alat menyampaikan ilmu sewaktu perkembangan agama Islam di rantau ini. Kanak-kanak tidak diberikan penekanan penulisan Jawi kecuali sekadar sebagai tulisan Arab dalam kelas agama. Oleh itu sikap orang Melayu perlulah diubah agar tulisan Jawi dapat dikekalkan dalam persada hari ini.

Selanjutnya juga perlu difikirkan peranan pihak perancang bahasa, khususnya badan kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka mengambil inisiatif yang lebih inovatif dalam mempertahankan tulisan Jawi dalam masyarakat hari ini. Malah sebenarnya tulisan Jawi dapat dimantapkan melalui bidang pendidikan. Pengajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah bermula daripada Tahun 1 lagi akan memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak  untuk belajar  menulis dalam tulisan Jawi. Pendidikan bukan sahaja bersifat satu hala atau satu lawan satu dalam kelas tetapi perkembangan multimedia dapat membantu perkembangan tulisan Jawi dalam pendidikan melalui perisian kursus dalam CD atau VCD yang memudahkan pengedaran yang lebih luas.

Bahan pengajaran juga perlu diperbanyakkan misalnya buku-buku latihan yang berorientasikan pembelajaran kendiri dan juga melalui akhbar Utusan Melaysia yang dapat membantu perkembangan korpus bahasa melalui tulisan Jawi. Penggunaan akbar Jawi dalam darjah merupakan langkah yang perlu digalakkan di semua sekolah agar pembelajaran menjadi lebih menarik dan praktikal. Kementerian Pelajaran seharusnya mengambil inisiatif untuk mengembangkan penulisan Jawi melalui peruntukan dalam jadual waktu persekolahan untuk pembelajaran. Kepentingan mempelajari tulisan Jawi samalah juga dengan kepentingan mempelajari Bahasa Melayu.

Pameran seni khat juga seharusnya diperbanyakkan dan pelajar sekolah harus digalakkan mengunjungi pameran sedemikian supaya mendapat pendedahan yang sewajarnya tentang warisan Melayu yang kian dilupakan ini. Bengkel tentang penulisan Jawi dalam kalangan

Page 4: 39036006 Konsep Akhbar Dalam Darjah

belia dan pelajar peringkat remaja dapat mempertingkatkan lagi kesedaran mempertahankan tulisan Jawi sebagai alat pengembangan ilmu. Selain daripada kemudahan bahan pengajaran, guru yang berpengalaman perlu dilahirkan untuk memenuhi keperluan pengajaran. Latihan dapat meningkatkan kaedah pengajaran yang lebih berkesan.

Rajah 6.5: PEMBAKAR SEMANGAT... Peranan besar tulisan Jawi pada akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Utusan Zaman dan majalah Warta Ahad dalam menyuburkan semangat kemerdekaan dan patriotisme

dalam kalangan orang Melayu. Foto: Melati Arif  Sumber:Dipetik daripada

http://web5.bernama.com/events/merdeka50/newsbm.php?id=247824

Menurut  Bukhari Lubis, pensyarah di Jabatan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merangkap Pengarah Penerbit UPSI, satu kaedah untuk memartabatkan tulisan Jawi ialah  setiap masa, lokasi atau di mana saja sewajarnya diletakkan tulisan ini. Media massa turut memberi sokongan seperti menyelitkan berita, iklan atau papan tanda dalam tulisan ini. Apabila semua pihak saling membantu, usaha memartabatkan tulisan ini mudah dilaksanakan, sekali gus memperluaskan pengaruh atau penggunaannya. Pada masa sama, kegiatan menguasai ejaan ini mesti diperkasakan dalam kalangan generasi muda kerana mereka golongan terbesar. Antaranya, mengadakan pelbagai sayembara serta kursus umum di sekolah rendah dan menengah. Percambahan minat terhadap golongan ini jika dijana sejak awal mampu membentuk keseimbangan dalam pelbagai aspek sekali gus mencapai kejayaan pada masa depan. Justeru, jika ada pelajar yang berminat menjadi pakar bahasa, perlulah dikaji dan diteroka keistimewaan sistem tulisan Jawi. Ini perlu dilakukan demi masa depan negara dan negara memerlukan golongan ini untuk meneruskan kesinambungan sedia ada. Pada masa sama, penerbitan buku dalam versi Jawi mestilah dipelbagaikan dengan memberi galakan atau insentif. Beliau percaya, jika disokong dengan mekanisme padu, martabat untuk mengangkat taraf tulisan ini akan tercapai. Yang penting ialah galakan serta cara pelaksanaannya. Sudah sampai masanya

Page 5: 39036006 Konsep Akhbar Dalam Darjah

masyarakat menyemarakkan tulisan ini sebagai satu bukti terunggul kewujudan tamadun Melayu suatu ketika dulu.

Kesimpulannya, tulisan merupakan warisan bangsa yang tidak ternilai harganya. Malah tulisan Jawi merupakan nadi yang menggerakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan meletakkan Bahasa Melayu setaraf dengan bahasa-bahasa asing di dunia ini pada satu ketika dahulu. Kini, masyarakat perlulah disedarkan tentang keperluan mempertahankan warisan budaya ini agar tidak pupus ditelan dek zaman.  Rakyat dan kerajaan perlu berganding bahu untuk merealisasikan semula keagungan tulisan Jawi sebagai alat mengembangkan ilmu dalam Bahasa Melayu.

RAMAI guru sependapat bahawa penggunaan akhbar sesuai sebagai bahan bantu alternatif berkesan dalam usaha memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran, selain mampu menarik minat pelajar.

Selain mengandungi pelbagai jenis bahan antaranya berita, rencana dan gambar yang boleh dimanipulasikan untuk pengajaran, mereka juga menyifatkan pendekatan itu sebagai satu cara mendedahkan pelajar maklumat terkini.

Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Jalan Ipoh, Alia Fatma Bostanoordin, berkata penggunaan akhbar turut memupuk minat pelajar membaca selain menggalakkan mereka berinteraksi dengan rakan lain.

Beliau yang baru setahun berkhidmat berkata, pendekatan itu juga boleh membantu pelajar meningkatkan penguasaan khususnya bagi subjek Bahasa Melayu.

"Pendekatan ini juga sesuai dilaksanakan dalam usaha mempelbagaikan kaedah, di samping mewujudkan suasana belajar berbeza," katanya ketika ditemui selepas menyertai Bengkel Akhbar Dalam Pendidikan anjuran Berita harian di Dewan Seminar Anjung Riong, Balai Berita, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bengkel dua hari dirasmikan Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Mahfar Ali itu dihadiri kira-kira 120 guru dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.

Hadir sama Pengarang Pendidikan Berita Harian, Zainor Said yang turut menyampaikan taklimat mengenai operasi penerbitan akhbar, manakala bengkel dibimbing Pengarang Berita Pendidikan, Tamrin Anuar.

Guru SMK Sri Pantai, Nor Azhar Muhammad, menyifatkannya bertuah terpilih menyertai bengkel itu kerana didedahkan pelbagai maklumat baru bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran di bilik darjah.

"Kalau dulu saya menganggap akhbar hanya sebagai sumber maklumat, kini saya tahu ia boleh dimanfaatkan sebagai bahan bantu mengajar.

"Penggunaannya sesuai kerana ia turut mendidik pelajar mengamalkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif," katanya.

Page 6: 39036006 Konsep Akhbar Dalam Darjah

Guru SMK Cyberjaya, Nada Nurhida Mohd Fadzil, pula berkata penggunaan akhbar sebagai bahan bantu mengajar adalah sesuatu yang baru dan akan memanfaatkannya.

"Setelah mengikuti bengkel ini, saya mendapat pendedahan yang lebih jelas kerana perbincangannya menyeluruh terutama dari segi cara pemilihan dan penggunaan bahan," katanya yang juga baru setahun mengajar.

Wan Zulnasri Wan Kamal dari SMK Syed Manshor, Hulu Selangor, pula berkata penggunaan akhbar bukan saja memudahkan pengajaran guru, malah membantu pelajar lemah memahami pelajaran lebih cepat.

Guru Bahasa Inggeris yang berkhidmat sejak lapan tahun lalu itu berkata, pelajar juga mudah memahami aspek dipelajari tanpa perlu guru menjelaskannya dengan panjang lebar.

Seorang lagi guru, Nainie Azimi dari SMK St Gabriel, berkata penggunaan bahan akhbar boleh mengelakkan pelajar bosan.

Program Akhbar@Sekolah mampu meningkatkan penguasaan pelajar terhadap tulisan jawi menerusi penjualan akhbar Utusan Melayu Mingguan di peringkat sekolah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program dengan kerjasama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dan Kumpulan Utusan itu dapat menggalakkan penggunaan akhbar di bilik darjah apabila akhbar Utusan Melayu Mingguan dan Utusan Malaysia dibekalkan oleh koperasi sekolah.

Menurut beliau, akhbar arus perdana itu dapat digunakan dengan lebih meluas di peringkat sekolah apabila ia dijual dengan harga lebih murah berbanding di pasaran.

“Selain bertujuan meningkatkan penjualan akhbar Utusan melalui koperasi sekolah, ia diharap mampu menggalakkan pembacaan dan penggunaan tulisan jawi melalui penjualan akhbar Utusan Melayu Mingguan dan Utusan Malaysia yang lebih murah,” katanya.