37388423 aktiviti kembara autosaved 1

10
Pengenalan Bina Insan Guru Program Bina Insan Guru berhasrat untuk membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal, mental, rohani dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Proses pembinaan insan guru dilihat dari aspek kesedaran bahawa profesion perguruan adalah profesion yang mulia. Insan guru adalah merupakan pembina generasi yang cemerlang, pembentukan jati diri masyarakat dan role model kepada masyarakat. Di samping itu, insan guru juga perlu mampu untuk menyesuaikan diri dan menangani pelbagai cabaran dalam perubahan zaman era globalisasi ini. Program ini mampu membentuk akhlak mulia, membina daya kepimpinan dan memupuk sikap bertanggungjawab, berfikiran kritis dan kreatif serta menghayati misi dan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kursus Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini yang melibatkan semua pelajar Program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), KPLI SR LPBS, KPLI SR LPBS j- QAF,PISMP DAN PLKSP yang direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan perkhemahan 4 hari 3 malam dalam tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.

Upload: eilamiera

Post on 05-Feb-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

n

TRANSCRIPT

Page 1: 37388423 Aktiviti Kembara Autosaved 1

Pengenalan Bina Insan Guru

Program Bina Insan Guru berhasrat untuk membina insan guru yang

berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal,

mental, rohani dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras

dengan nilai-nilai keguruan. Proses pembinaan insan guru dilihat dari aspek

kesedaran bahawa profesion perguruan adalah profesion yang mulia. Insan guru

adalah merupakan pembina generasi yang cemerlang, pembentukan jati diri

masyarakat dan role model kepada masyarakat. Di samping itu, insan guru juga

perlu mampu untuk menyesuaikan diri dan menangani pelbagai cabaran dalam

perubahan zaman era globalisasi ini.

Program ini mampu membentuk akhlak mulia, membina daya kepimpinan dan

memupuk sikap bertanggungjawab, berfikiran kritis dan kreatif serta menghayati misi

dan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kursus Bina Insan Guru (BIG)

merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru

yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan

Falsafah Pendidikan Guru (FPG).

Program ini yang melibatkan semua pelajar Program Kursus Perguruan

Lepasan Ijazah (KPLI), KPLI SR LPBS, KPLI SR LPBS j-QAF,PISMP DAN PLKSP

yang direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan perkhemahan 4 hari 3 malam

dalam tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal

diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang

diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program

ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan

kuasa professional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani

pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.

Page 2: 37388423 Aktiviti Kembara Autosaved 1

Aktiviti Kembara

Hari : Isnin

Tarikh : 1 Mac 2010

Aktiviti pertama yang saya dan kawan-kawan jalani sewaktu Program Bina

Insan Guru (BIG) ialah kembara. Aktiviti ini memerlukan kami berjalan melalui

sebuah kawasan ladang kelapa sawit yang luas. Kami juga dikehendaki untuk

memasak dalam aktiviti ini. Taklimat telah diberikan sebelum kani memulakan aktiviti

supaya kami dapat menjalani aktiviti ini dengan baik. Kami telah dibekalkan dengan

peralatan memasah dan bahan-bahan yang akan digunakan untuk memasak.

Di sini, kita dapat lihat bahawa persediaan awal amat perlu sebelum

memulakan sesuatu. Kita sebagai seorang bakal guru haruslah membuat persediaan

terlebih dahulu sebelum mengajar murid-murid. Dalam aktiviti ini juga saya dapat

pelajari bahawa kita perlu sentiasa menghargai apa yang kita ada dan gunakan

benda tersebut sebaik mungkin. Contohnya, kami telah diberikan 3 batang mancis

untuk proses menghidupkan api. Oleh itu kami perlulah pandai untuk menggunakan

mancis tersebut kerana jika kami tidak pandai menggunakannya kami tidak akan

diberikan mancis lain sebagai ganti. Dalam kehidupan kita kita haruslah sentiasa

menghargai apa yang kita ada kerana jika kita merasakan kita kekurangan sesuatu

mungkin ada orang lain yang mengalami kekurangan atau kesusahan yang lebih

teruk dari kita.

Persinggahan kami adalah di suatu tempat yang agak lapang dan

berhampiran dengan tanah perkuburan. Apabila saya renungkan kembali, aktiviti

amatlah bermakna kerana di samping saya belajar cara untuk menguruskan

kehidupan kita di dunia, saya juga diberikan kesempatan untuk berfikir dan ingat

akan mati. Kubur itu mengingatkan saya dan rakan-rakan bahawa kita tidak selama-

lamanya hidup di dunia ini. Apabila tiba masanya semua orang akan mati. Oleh itu,

kita perlulah sentiasa mengingati mati supaya kita terbatas dan terpelihara daripada

melakukan sebarang kemungkaran.

Page 3: 37388423 Aktiviti Kembara Autosaved 1

Aktiviti Air (Kayak & Rakit)

Hari : Selasa

Tarikh : 2 Mac 2010

Dalam Program Bina Insan Guru, saya dan rakan-rakan telah menjalani dua

aktiviti air iaitu berkayak dan berakit. Melalui aktiviti yang telah dijalankan, saya

berpendapat bahawa kerjasama dalam kumpulan adalah amat penting. Sifat tolong-

menolong juga perlu supaya kerja yang diberikan dapat dilakukan dengan mudah

dan cepat. Sebagai seorang bakal guru, sifat ini amat perlu untuk ditanam dalam diri

saya kerana apabila saya dihantar untuk bertugas kelak, saya akan dapat

bekerjasama dengan baik dengan guru-guru senior yang telah lama berkhidmat

dalam bidang ini.

Aktiviti ini juga membuatkan saya menyedari bahawa kita tidak perlu menjadi

seorang yang sombong walaupun kita mempunyai kelebihan. Contohnya, walaupun

kita mahir dalam ikatan tali, kita masih tidak akan mampu untuk mengikat rakit

seorang diri tanpa pertolongan rakan-rakan yang lain. Begitu juga apabila kita

menjadi guru kelak. Tidak perlu kita menyombong diri hanya kerana kita lulusan

ijazah dan guru-guru senior tidak. Sebenarnya banyak pengalaman yang dimiliki

guru-guru senior yang perlu kita pelajari kerana mungkin sesetengahnya kita tidak

belajar sewaktu di maktab.

Aktiviti air ini juga turut menguji tahap ketahanan fizikal dan mental saya.

Untuk menjadi seorang guru yang baik, saya perlu sentiasa bersedia dari segi mental

dan fizikal dalam melayani karenah para pelajar dan juga masyarakat sekeliling.

Aspek keselamatan juga amat penting dalam menjalani aktiviti air seperti ini. Di sini,

saya dapat melihat bahawa para fasilitator amat menitikberatkan aspek keselamatan.

Ini bermakna, apabila bergelar sebagai seorang guru kelak, saya perlulah sentiasa

menjaga keselamatan murid dalam apa jua aktiviti yang dijalankan. Penerangan awal

dan langkah-langkah keselamatan perlu sentiasa menjadi aspek yang terpenting.

Page 4: 37388423 Aktiviti Kembara Autosaved 1

Pidato Spontan

Hari : Rabu

Tarikh : 3 Mac 2010

Aktiviti ini telah dijalankan pada hari terakhir saya dan rakan-rakan berada di

Kem Lanchang, Merlimau, Melaka. Setiap kumpulan telah diberikan satu tajuk dan

diminta untuk menyampaikan sebuah pidato. Kami telah diminta untuk bersetuju

dengan tajuk yang telah kami peroleh. Tajuk-tajuk yang diberikan amat mencabar

daya pemikiran kami. Ini kerana, tajuk yang diberikan kebanyakannya berkenaan

wanita dan kerjaya wanita itu sendiri.

Berdasarkan aktiviti ini, saya telah dapati bahawa saya masih lagi tidak

mempunyai kekuatan untuk bercakap di hadapan khalayak ramai. Inilah kelemahan

yang saya dapat kesan setelah menjalani aktiviti ini. Selain itu, aktiviti ini juga telah

dapat memberikan pengetahuan baru kepada saya. Adalah amat penting bagi

seorang guru untuk mengetahui isu-isu semasa negara lebih-lebih lagi isu0isu yang

berkaitan dengan pendidikan. Ini adalah untuk memastikan guru tersebut sentiasa

bergerak ke hadapan dan tidak ketinggalan.

Peserta-peserta yang menyampaikan pidato mereka telah berjaya

menyampaikan dengan jayanya walaupun ada sesetengah yang bercakap dengan

tidak lancar. Di sini, dapat saya ambil pengajaran ialah, sebagai seorang bakal guru,

saya perlu bercakap dan berkomunikasi dengan jelas. Ini adalah untuk mengelakkan

muri-murid yang akan saya ajar mengalami salah faham dan sebagainya. Saya juga

perlu berpegang teguh pada pendirian saya dan tidak mudah merasa tergugat

apabila terdapat suara-suara yang mengatakan perkara-perkara tidak baik kepada

saya. Sifat berpendirian teguh ini amat penting kepada seorang guru supaya dia

tidak akan diperlekeh dan dipergunakan oleh orang lain.

Daripada aktiviti juga saya telah pelajari bahawa sebagai seorang manusia,

kita perlulah menghormati pendapat dan pandangan orang lain. Mungkin apa yang

dikatakan oleh mereka tidak sama seperti yang kita fikirkan, oleh itu, kita perlulah

menerima pendapat mereka sebagai tanda kita menghormati pandangan mereka.

Sebagai contoh apabila menjadi seorang guru kelak, saya perlu menerima pendapat

Page 5: 37388423 Aktiviti Kembara Autosaved 1

dan teguran daripada rakan-rakan sejawat atau guru besar supaya orang lain juga

akan menerima pendapat dan teguran saya dengan terbuka.

Tazkirah

Tazkirah telah disampaikan oleh peserta BIG pada setiap waktu Subuh dan

waktu Maghrib. Pelbagai topik-topik agama telah dibincangkan dalam tazkirah

tersebut. Antaranya ialah berkenaan Solat Jamak dan Qasar, adab belajar,

kebersihan dalam solat dan sebagainya.

Dalam aktiviti ini, banyak ilmu yang telah saya pelajari. Segala masalah

berkenaan agama juga telah dapat saya selesaikan. Walaupun begitu, masih banyak

lagi perkara yang perlu saya pelajari mengenai agama. Pengetahuan mengenai

agama ini amat penting kepada seorang guru kerana guru merupakan tempat murid

bertanyakan sesuatu yang tidak mereka fahami. Guru juga perlu menunjukkan

contoh teladan yang baik kepada murid-murid. Apabila seseorang guru itu

mempunyai pengetahuan yang banyak mengenai agama, semestinya dia juga akan

berkelakuan baik kerana dia tahu kesan yang akan diterimanya sekiranya melakukan

perkara tidak baik. Jadi, apabila murid melihat tingkah laku guru mereka baik,

mereka juga akan cuba untuk menjadi seorang yang baik.

Melalui aktiviti ini juga, dapat saya simpulkan kepada diri saya bahawa, untuk

menyampaikan sesuatu ilmu, tidak kira ilmu agama atau ilmu apa sekalipun, kita

perlulah mendalami ilmu tersebut dengan mendalam terlebih dahulu. Ini kerana,

apabila murid atau sesiapa bertanya kepada kita, kita akan dapat menjawabnya

dengan yakin dan tanpa ragu-ragu. Kita juga perlu membuat persiapan sebelum

menyampaikan ilmu tersebut. Ini adalah untuk mengelakkan kita berasa gementar

dan gugup semasa menyampaikan ilmu. Sekiranya kita membuat persiapan terlebih

dahulu, kita akan berasa lebih yakin untuk menyampaikan ilmu itu.

Page 6: 37388423 Aktiviti Kembara Autosaved 1

Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Hari : Rabu

Tarikh : 3 Mac 2010

Aktiviti ini telah diadakan pada hari terakhir Program Bina Insan Guru. Aktiviti

Latihan Dalam Kumpulan (LDK) diadakan di Dewan Seri Kandi. Peserta-peserta BIG

telah diminta untuk berada dalam kumpulan masing-masing dan menjawab beberapa

soalan yang telah diberikan oleh kaunselor.

Disebabkan masa yang singkat, kaunselor tidak dapat mengupas dengan

lebih mendalam tentang soalan-soalan yang telah kami jawab. Sepanjang Program

Bina Insan Guru kali pertama ini, kami telah menjalani 3 aktiviti latihan dalam

kumpulan iaitu mengenali potensi diri, motivasi kepuasan kerjaya dan rahsia tarikh

lahir.

Dalam semua aktiviti tersebut, saya telah dapat mengenal potensi diri saya

dan juga kelemahan diri yang perlu saya baiki. Dalam ujian keyakinan diri, keputusan

yang saya peroleh ialah sangat rendah. Memang saya akui bahawa saya agak

kurang berkeyakinan terutama sekali untuk bercakap di hadapan khalayak ramai.

Setelah mengikuti program ini, saya dapat merasakan keyakinan diri saya sedikit

berubah berbanding sebelum ini dan saya akan berusaha untuk meningkatkan lagi

keyakinan diri saya supaya saya dapat menjadi seorang guru yang baik kelak.

Saya dan rakan-rakan juga telah diberi maklumat mengenai sifat-sifat individu

mengikut bulan kelahiran mengikut kajian Dr. Hj. Fadzilah Kamsah. Dalam aktiviti ini,

kami diminta untuk menanda sifat-sifat yang kami miliki. Mengikut apa yang saya

tandai dan rakan-rakan tanda memang terdapat banyak persamaan sifat kami

dengan sifat yang dinyatakan. Oleh itu, kita haruslah menerima diri kita seadanya.

Dengan sikap begini, kita dapat memberi penghargaan yang terbesar kepada diri kita

sendiri. Namun, setiap sikap yang ada pada diri kita tidak semestinya baik dan

mantap. Sehubungan dengan itu, kita perlulah bersedia untuk mengubah sikap kita

yang tidak baik kepada yang baik dan kita perlu menerima pandangan orang

sekeliling mengenai sikap kita kerana kadang-kadang kita tidak sedar bahawa sikap

kita itu tidak disenangi oleh orang lain.

Page 7: 37388423 Aktiviti Kembara Autosaved 1

Penilaian kendiri

Setelah menjalani Program Bina Insan Guru (BIG) selama 4hari saya telah

mendapat pelbagai ilmu baharu dan juga kemahiran-kemahiran yang tidak pernah

saya ketahui sebelum ini. Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang

memberi banyak pengalaman dan input yang berguna kepada saya. Saya berasa

sangat bersyukur dan gembira kerana berpeluang mengikuti progam ini. Segala input

yang saya dapat ini sangat berguna dalam kehidupan seharian saya terutama

semasa bergelar seorang pendidik kelak.

Pertama sekali program ini telah mengajar saya bahawa dalam apa jua

rintangan dan cabaran yang kita alami kita perlu tabah dan sabar dalam

menghadapinya. Kita juga tidak boleh berputus asa dengan mudah dan perlu

mencari jalan penyelesaian yang baik kepada masalah yang kita hadapi. Sebagai

seorang bakal guru, sikap ini perlu diterapkan dalam diri saya supaya saya tidak

akan merasa tertekan dengan kerjaya saya dan tingkah laku murid-murid saya kelak.

Usaha yang gigih amat diperlukan untuk membolehkan murid-murid saya memahami

setiap apa yang saya ajar dan mengaplikasikannya ke dalam kehidupan mereka.

Yang kedua ialah sikap kerjasama. Dapat saya nyatakan di sini dalam setiap

aktiviti yang dijalankan memerlukan kerjasama yang baik antara ahli kumpulan.

Tanpa kerjasama yang baik sesebuah organisasi atau kumpulan tidak akan berjaya

melakukan sesuatu. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru, saya perlu sentiasa

memberi kerjasama yang baik kepada masyarakat dan rakan sejawat agar apa yang

ingin dilakukan dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Sekiranya kita boleh

memberi kerjasama yang baik dengan orang lain, maka orang lain juga akan

memberikan kerjasama yang baik juga kepada kita.

Yang ketiga ialah saya mempelajari bahawa kita perlu mematuhi arahan

ketua. Ketua dilantik untuk mengetuai ahlinya. Namun tanpa kepercayaan dan

kesefahaman daripada ahli-ahli di bawahnya, ketua tersebut tidak akan berjaya

melaksanakan tugasnya sebagi seorang ketua. Sebagai contoh dalam aktiviti berakit,

pada mulanya kumpulan saya merupakan kumpulan yang terakhir sampai di tengah,

tetapi apabila berakit ke darat kumpulan merupakan kumpulan kedua yang berjaya

sampai. Ini menunjukkan betapa pentingnya kita untuk mematuhi dan percaya

kepada segala arahan ketua. Apabila bergelar seorang guru kelak, saya perlulah

Page 8: 37388423 Aktiviti Kembara Autosaved 1

sentiasa mematuhi arahan ketua saya agar segala kerja yang diserahkan kepada

saya dapat disiapkan dengan sempurna dan dapat memuaskan hati semua pihak.

Seterusnya ialah apa yang dapat saya pelajari melalui BIG ini adalah sikap

yang sentiasa ingin mencari ilmu. Semua benda yang berada di sekeliling kita

merupakan guru yang sentiasa memberi pelbagai ilmu kepada kita. Namun semua

ilmu itu tidak akan datang dengan petikan jari sahaja. Jadi tanggungjawab kita

adalah mencari dan menggali ilmu-ilmu tersebut. Ilmu sangat penting untuk

menghadapi apa jua rintangan yang tidak dapat kita duga. Manusia tanpa ilmu

merupakan manusia yang paling malang dan miskin dalam dunia ini. Seorang guru

memerlukan ilmu yang cukup. Ilmu yang harus ada pada seorang guru bukan sahaja

dari segi intelek, malah dari semua segi kehidupan ini. Ini kerana, guru merupakan

tempat rujukan kepada pelajar. Oleh itu, untuk menjadi seorang guru yang baik, saya

perlulah sentiasa menambah ilmu pengetahuan baik dari segi pendidikan dan ilmu-

ilmu kehidupan yang lain.

Kelemahan saya dan rakan-rakan sepanjang mengikuti program ini ialah kami

tidak menepati masa. Setiap aktiviti yang kami lakukan pasti ada sahaja yang

terlewat begitu juga saya. Ketepatan masa adalah amat penting kepada kita.

Sebagai seorang bakal guru, ketepatan masa adalah amat penting kerana sekiranya

kita terlewat masuk ke kelas dan pada waktu tersebut seorang murid mengalami

kecederaan atau tidak sihat, kita akan dipersalahkan dan kita perlu

bertanggungjawab di atas kelewatan dan kelalaian kita. Oleh itu, setelah menyedari

akan kelemahan ini, saya akan cuba untuk merubah dan berusaha untuk menepati

masa.

Sepanjang program ini juga, para fasilitator banyak menegur saya dan rakan-

rakan kerana kami terlalu banyak bercakap. Sebenarnya banyak bercakap adalah

baik sekiranya kita bercakap mengenai sesuatu yang berfaedah tetapi kami ditegur

kerana kami sering berbanyak pelbagai perkara walaupun sewaktu aktiviti atau

tazkirah dijalankan. Oleh itu, di sini dapat saya ambil pengajaran ialah saya perlu

gunakan sikap suka bercakap ini ke jalan yang betul dan kurangkan bercakap

apabila berada di dalam sesuatu majlis ilmu. Guru merupakan teladan yang baik

kepada pelajar. Disebabkan itu, saya perlu berubah supaya murid-murid saya kelak

tidak akan bercakap sewaktu majlis ilmu sedang berlangsung.

Page 9: 37388423 Aktiviti Kembara Autosaved 1

Penambahbaikan untuk diri saya ialah saya perlu meningkatkan lagi disipplin

dalam diri agar matlamat yang dirancangkan dapat dicapai dan dapat menepati

masa yang telah ditetapkan. Saya juga perlu menguasai semangat kepimpinan yang

tinggi supaya saya dapat menjadi barisan pendidik yang boleh memimpin generasi

akan datang dengan baik. Perancangan yang lebih awal juga amatlah perlu dan saya

perlu menguruskan masa saya dengan baik.

Cadangan saya untuk memastikan program ini dapat memberi kesan yang

mendalam kepada guru pelatih ialah banyakkan aktiviti yang memerlukan guru

pelatih tampil ke hadapan untuk bercakap kerana ini akan dapat memupuk

keyakinan guru pelatih. Di samping itu juga, aspek kerohanian seperti tazkirah,

Qiamullai dan sebagainya perlulah ditambah lagi agar guru pelatih dapat mendalami

agama dengan lebih mendalam. Aktiviti-aktiviti yang menguji tahap kecergasan

fizikal guru pelatih juga perlu ditambah supaya guru pelatih akan sentiasa cergas dan

mampu untuk menjadi seorang guru yang aktif dan kreatif dengan idea-idea baru.

Kesimpulannya, tugas seorang guru bukan hanya di dalam kelas tetapi guru

juga berperanan dalam kehidupan para pelajarnya dan mereka perlu membentuk

pelajar mereka untuk menjadi seorang insan yang berguna. Setiap apa yang

dilakukan oleh guru perlulah mulia dan berfaedah kerana guru merupakan role model

kepada pelajarnya. Guru diibaratkan sebagai seorang peniaga manakala pelajarnya

pula sebagai seorang pelanggan. Oleh itu, peniaga itu perlulah menjaga

pelanggannya dengan baik agar pelanggannya itu tidak lari dan pergi kepada

peniaga yang lain.

Seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti

pengajarannya dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan murid-muridnya

dikatakan mempunyai "profesionaliti" yang tinggi. Dengan kata lain, guru itu melihat

perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu "pekerjaaan" tetapi

sebagai satu "profesion" yang bermatlamat melahirkan pelaja yang mampu berjaya

dengan baik dalam hidup mereka.

Program Bina Insan Guru ini amatlah penting kerana melalui program ini,

banyak input yang berguna dapat dipelajari oleh para guru pelatih untuk menjadi

seorang guru yang cemerlang.

Page 10: 37388423 Aktiviti Kembara Autosaved 1

Isi kandungan

Pengenalan

Laporan reflektif

i. Aktiviti kembara

ii. Aktiviti air

iii. Pidato spontan

iv. Tazkirah

v. Latihan dalam kumpulan (LDK)

Penilaian kendiri

Lampiran

i. Gambar aktiviti

ii. Buku program

iii. Jadual program