document3

1
Peranan guru biasa sebagai guru bimbingan amatlah besar dan penting. Antara peranan seorang guru biasa sebagai guru pembimbing adalah menolong murid membuat penyesuaian. Dalam hal ini, guru biasa membantu anak-anak muridnya menyesuaikan diri mereka dalam pelbagai aspek seperti fizikal, mental, emosi, persekitaran dan sebagainya. Kedua, guru biasa yang berperanan sebagai guru pembimbing juga menolong murid dalam pelajaran. Murid pada zaman sekarang menghadapi pelbagai masalah dan masalah-masalah tersebut kadang-kala menjadi satu halangan kepada mereka untuk mengikuti atau menguasai proses pengajaran dan pembelajaran. bagi mengatasi masalah tersebut, guru sedia membantu murid dalam pelajaran mereka. Misalnya, sekiranya murid menghadapi masalah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, guru bertanggungjawab untuk menolong murid berkenaan dalam mata pelajaran tersebut. Segala kemuskilan yang wujud dalam kalangan murid perlulah diselesaikan oleh guru dengan mengambil tindakan sewajarnya seperti member penerangan yang ringkas, tepat dan jelas, memberikan contoh-contoh yang bersesuaian dengan topik yang diajar serta menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai dengan tahap penerimaan murid. Selain itu, guru juga boleh membuat perancangan yang sistematik serta melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik bagi membantu murid mengikuti pembelajaran.

Upload: mohd-syukur-abdullah

Post on 15-Dec-2015

219 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

Page 1: Document3

Peranan guru biasa sebagai guru bimbingan amatlah besar dan penting. Antara

peranan seorang guru biasa sebagai guru pembimbing adalah menolong murid

membuat penyesuaian. Dalam hal ini, guru biasa membantu anak-anak muridnya

menyesuaikan diri mereka dalam pelbagai aspek seperti fizikal, mental, emosi,

persekitaran dan sebagainya. Kedua, guru biasa yang berperanan sebagai guru

pembimbing juga menolong murid dalam pelajaran. Murid pada zaman sekarang

menghadapi pelbagai masalah dan masalah-masalah tersebut kadang-kala menjadi

satu halangan kepada mereka untuk mengikuti atau menguasai proses pengajaran dan

pembelajaran. bagi mengatasi masalah tersebut, guru sedia membantu murid dalam

pelajaran mereka. Misalnya, sekiranya murid menghadapi masalah dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu, guru bertanggungjawab untuk menolong murid berkenaan

dalam mata pelajaran tersebut. Segala kemuskilan yang wujud dalam kalangan murid

perlulah diselesaikan oleh guru dengan mengambil tindakan sewajarnya seperti

member penerangan yang ringkas, tepat dan jelas, memberikan contoh-contoh yang

bersesuaian dengan topik yang diajar serta menggunakan pendekatan, strategi, kaedah

dan teknik yang sesuai dengan tahap penerimaan murid. Selain itu, guru juga boleh

membuat perancangan yang sistematik serta melaksanakan proses pengajaran dan

pembelajaran yang lebih menarik bagi membantu murid mengikuti pembelajaran.