32 sebab mengapa perlu melabur dalam pasaran saham

23

Upload: fitrialif

Post on 11-Dec-2015

103 views

Category:

Documents


35 download

DESCRIPTION

32 Sebab Mengapa Perlu Melabur Dalam Pasaran Saham

TRANSCRIPT

Page 1: 32 Sebab Mengapa Perlu Melabur Dalam Pasaran Saham
Page 2: 32 Sebab Mengapa Perlu Melabur Dalam Pasaran Saham

KENYATAAN PENAFIAN

Buku ini telah disediakan sebagai rujukan umum sahaja. Maklumat yang terkandung di dalamnya bukan merupakan sebarang nasihat perundangan, kewangan, dagangan atau pelaburan serta ia juga tidak menyarankan atau menyokong mana-mana produk yang disebutkan di sini.

Walaupun pelbagai langkah telah diambil untuk memastikan ketepatan maklumat di dalam buku ini, pengarang tidak memberi jaminan sama ada secara nyata atau tersirat, terhadap ketepatan dan kesempurnaan maklumat yang terkandung didalamnya.

Pengarang tidak akan menanggung sebarang liabiliti ke atas mana-manakeputusan dagangan/pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat ini. Andaadalah dinasihatkan agar mendapatkan khidmat nasihat profesional dan/atau merujuk undang-undang, syarat dan peraturan yang berkaitan sebelummelakukan dagangan/pelaburan.

Page 3: 32 Sebab Mengapa Perlu Melabur Dalam Pasaran Saham

#1WANG ‘BEKERJA’ UNTUK KITAB ayangkan kita duduk di rumah sambil melayan keluarga, atau kita menjalankan perniagaan

seperti biasa tetapi kita ada sejumlah wang yang kita telah peruntukan untuk dilaburkan dalam pasaran saham iaitu dengan membeli saham-saham syarikat yang masih berada di bawah nilai asalnya (under value). Apabila harga saham mula meningkat, tanpa mengganggu masa dantenaga kita, wang tadi telah pun bekerja untuk kita. Sebagai contoh, perbelanjaan wajib kitaselama setahun sebagai seorang yang biasa-biasa ialah sebanyak RM60,000. Kita bolehsediakan peruntukan untuk membeli saham berharga 20 sen sebanyak 100,000 unit denganjumlah peruntukan modal sebanyak RM20,000. Dalam tempoh beberapa bulan sahaja nilai saham sesuatu syarikat berpotensi boleh meningkat sebanyak 100 hingga 200 peratus.

Andai kata saham tadi meningkat dari 20 sen kepada 80 sen dalam tempoh 10bulan, secara automatik kita akan mendapat keuntungan sebanyak RM60,000. Tanpamengganggu rutin harian, wang bekerja dan menjana pendapatan bagi tahun berkenaan.

32 SEBAB MENGAPA PERLU MELABUR DALAM PASARAN SAHAM

Page 4: 32 Sebab Mengapa Perlu Melabur Dalam Pasaran Saham

#2KAYA SEMAKIN KAYAOrang kaya menjadi semakin kaya kerana hasil pendapatan mereka sentiasa bertambah besar

dan meningkat dari semasa ke semasa. Pernahkah anda mendengar ayat ini “Kesenangan Yang Tertangguh”? Orang yang kaya dan semakin kaya akan menangguhkan kesenangan yang sepatutnya mereka boleh nikmati pada detik itu dengan membelanjakan segala wang dan harta yang mereka miliki. Namun, golongan orang kaya seperti ini tidak melakukan tindakan sebegitu rupa. Apa yang mereka lakukan ialah dengan menggunakan segala hasil pendapatan mereka menjadikan ia sebagai aset iaitu dengan membeli saham, atau menjalankan apa saja bentukperniagaan yang menguntungkan.

Apabila pendapatan mereka bertambah dan terus bertambah banyak, mereka akan terus membeli aset lagi dan meluaskan jaringan perniagaan untuk dijadikan sebagai kilang membuat duit. Sehingalah menjadi semakin kaya dan terus kaya! Persoalannya, mengapakah golonganpertengahan terus bergelumang dengan masalah kewangan yang tak sudah-sudah? Hal iniadalah kerana, disaat pendapatan mereka semakin meningkat, mereka akan membelanjakanpendapatan itu seperti membeli kereta yang lebih mewah, membesarkan rumah, membeligajet-gajet canggih dan sebagainya. Ya, golongan pertengahan ini memang layak dan mampu memiliki rumah besar, kereta besar, gajet yang canggih, mahupun beristeri empat. Namun mereka tidak mempunyai kilang untuk membuat duit, sebaliknya mereka bekerja dan terus bekerja untuk mencari wang sehinggalah menunggu duit pencen, atau pun tidak sempat kerana berehat di liang lahad.

Tuntasnya, mereka tidak pernah bebas daripada masalah kewangan hinggalah ke hujungnyawa. Mengapa pula orang miskin terus hidup miskin? Apabila golongan miskin memperoleh hasil pendapatan, semuanya akan dibelanjakan kepada keperluan asas seperti beras, gula,garam, baju, alat-alat sekolah, dan lain-lain lagi. Apabila mereka mempunyai lebihan wang,mereka akan menjadi seperti golongan pertengahan juga. Misalnya, golongan miskin akanmenjana pendapatan yang lebih pada sesuatu masa, mereka akan segera membeli barangan yang tinggi nilainya, seperti seluar (jeans) berjenama, motor, kereta, perabot baru, gajet terkini dan sebagainya. Sekarang barulah saya faham mengapa yang kaya menjadi semakin kaya.

Dengan kemampuan yang mereka ada, sudah pasti mereka boleh membeli lebihbanyak unit saham dan menunggu hingga sampai waktunya mereka jual seterusnya memperolehikeuntungan berlipat kali ganda. Bayangkan dengan hanya kenaikan sebanyak 1 sen dengan pembelian sejuta unit saham, keuntungan yang diperolehi ialah sebanyak RM10,000. Bagaimana pula kalau kenaikan sehingga 10 sen atau RM1.00? 10 sen kenaikan bersamaan dengankeuntungan RM100,000 kalau RM1.00 pula, bukankah keuntungan sebanyak RM1,000,000?

32 SEBAB MENGAPA PERLU MELABUR DALAM PASARAN SAHAM

Page 5: 32 Sebab Mengapa Perlu Melabur Dalam Pasaran Saham

#3MISKIN PUN BOLEH KAYAIni adalah peluang untuk orang yang berasal daripada keluarga miskin untuk menjadi kaya.

Bagaimana? Dengan ilmu yang betul tentang saham dan mekanismanya, ia dapat membantu kita memilih mana-mana syarikat yang memberi pulangan yang lumayan kepada pemegang-pemegang sahamnya. Wang yang diuruskan dengan betul walaupun sedikit pasti akan dapatdigandakan dengan banyaknya. Jadi sekurang-kurangnya adalah peluang untuk orang yangberasal daripada keluarga miskin untuk menjadi orang kaya. Wang yang diuruskan dengan betul walaupun sedikit pasti akan dapat digandakan dengan banyaknya. Pelaburan saham memberi satu jalan, ruang dan peluang, bagi keluarga yang miskin untuk menjadi orang kaya. Semua ini tidak mustahil, perkara paling asas untuk mencapai matlamat tersebut, ada yang perlu untuk kita tahu, satu proses yang tidak pernah berhenti, iaitu ilmu, ilmu dan sememangnya ilmu! Pada hakikatnya, firman Tuhan yang menggetarkan jiwa, yang seringkali kita dengar dan baca berbunyi;

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecualikaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka.”

[Ar-Ra’d ayat 11]

Sungguh yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang, untuk keadaan berubah, kita perlu mengubah diri kita dahulu. Diri kita yang perlu bertindak danberusaha. Kejayaan itu terbina dengan adanya mujahadah, istiqamah, doa dan tawakal.Pepatah Arab yang berbunyi ‘Man Jadda Wa Jada’ bererti ‘Barangsiapa yang bersungguh-sungguh pasti akan mendapat hasilnya’. Berusahalah sebaik mungkin untuk mengubahkehidupan, jangan sekali-kali menyerah kalah, atau yang lebih teruk lagi menjadi pengecutdengan menyerahkan hidup pada ketentuan masa. Seorang rakan saya berkata begini‘Sekarang ini umur kita masih muda, masa inilah kita perlu bekerja kuat mencari danmengumpul wang. Selepas umur sudah meningkat tua, tenaga tidak lagi sekuat hari ini,otak akan menjadi semakin lembab, sukar untuk berfikir dan mengingat, sebab itulah kitaperlu bekerja sekuat hati, lihat saja budaya anak-anak muda yang suka membuang masa,bila dapat duit sedikit terus berbelanja di sana-sini, simpanlah agar nanti kita tidak lagipenat, boleh rehat apabila tua, jangan sampai mati pun penat!’ Hai anak muda, ingatkekuatan ekonomi adalah jambatan untuk kita beramal ibadah dengan pahala yangberlipat kali ganda!

32 SEBAB MENGAPA PERLU MELABUR DALAM PASARAN SAHAM

Page 6: 32 Sebab Mengapa Perlu Melabur Dalam Pasaran Saham

#5

#4

MUDAH MACAM MAIN “GAME”

WANG “BERCAMBAH” DENGANSENDIRINYAW

Pernah bermain ‘game’? Dengan ilmu dan pengalaman yang diperolehi pelaburan saham menjadi lebih mudah umpama bermain ‘game’. Hanya dengan beberapa klik pada butang BUY

dan SELL sahaja. Klik butang BUY pada harga rendah, kemudian jangan lupa untuk klik butang SELL pada harga tinggi. Anda sudah mencetak duit dalam pelaburan saham! Mudah sangat kan?

ang berganda-ganda atau wang ‘bercambah’ dengan cepat apabila ia beradadalam pasaran saham. Bagaimana ini mampu berlaku? Bayangkan kita mempunyai

RM10,000 untuk membeli saham yang bernilai 10 sen dan jumlah saham yang dimilikiadalah sebanyak 100,000 unit. Dengan kenaikan hanya 1 sen sahaja, wang tadi mula‘bercambah’ menjadi RM11,000. Kadang-kadang ia berlaku hanya dalam masa beberapaminit sahaja. Kadang-kadang ia berlaku berbulan-bulan lamanya, namun penggandaanwang tetap akan berlaku.

32 SEBAB MENGAPA PERLU MELABUR DALAM PASARAN SAHAM

Page 7: 32 Sebab Mengapa Perlu Melabur Dalam Pasaran Saham

#6BUKA AKAUN CDS PERCUMA

kaun CDS atau Central Depository System ialah akaun yang akan digunakan untuk semua transaksi jual beli saham. Kebanyakan syarikat broker tidak mengenakan sebarang caj

untuk membuka akaun CDS. Kalau ada pun yang mengenakan bayaran, ia mungkin untuk caj perkhidmatan bagi menguruskan pembukaan akaun iaitu RM10 + 6% GST (RM10.60). Hanya perlu sertakan beberapa dokumen peribadi yang telah disahkan untuk tujuan rekod.

A

32 SEBAB MENGAPA PERLU MELABUR DALAM PASARAN SAHAM

Page 8: 32 Sebab Mengapa Perlu Melabur Dalam Pasaran Saham

P

#7BERPELUANG UNTUK MENJADIPEMILIK “SYARIKAT” GERGASI

elaburan saham dapat diumpamakan seperti pemilikan bersama sesuatu syarikat iaitudengan cara membeli saham syarikat berkenaan. Ada orang berbakat untuk menubuhkan

syarikat sendiri. Ada orang yang langsung tiada bakat tersebut. Maka pasaran sahammembuka peluang kepada orang yang tidak tahu menguruskan perniagaan sendiri untuk membeli dan menjadi pemilik bersama. Bayangkan berapa agaknya modal nak membinabangunan KLCC (Kuala Lumpur City Centre). Sudah tentu ianya bukan suatu angka modal yang kecil bukan? Tetapi dengan membeli saham syarikat yang memiliki bangunan KLCC secara au-tomatik kita turut menjadi pemilik kepada KLCC. Seronok bukan? Akhirnya kitajuga berkeupayaan menjadi sebahagian daripada pemilik bangunan tersebut. Sekiranyasaham syarikat KLCC meningkat, tidak ada kekangan untuk kita melepaskan pegangantersebut. Kita boleh menjual saham tersebut pada bila-bila masa.

32 SEBAB MENGAPA PERLU MELABUR DALAM PASARAN SAHAM

Page 9: 32 Sebab Mengapa Perlu Melabur Dalam Pasaran Saham

#8MUDAH MENDAPATKAN MAKLUMAT SYARIKAT

ebelum membeli saham sesebuah kaunter itu, perkara paling asas yang sepatutnya kita ketahui ialah maklumat latar belakang syarikat tersebut, terutamanya mengenai laporan

kewangan tahunan syarikat terbabit, agar kita dapat mencapai keuntungan yang diidamkan,bukan sebaliknya. Ramai yang kecundang dalam pasaran saham, akibat menjadikanpelaburan tersebut sebagai perjudian, melabur dengan membabi-buta, akhirnya kecundang di tengah jalan. Pasaran saham dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia.Laporan Kewangan Tahunan atau apa sahaja laporan berkaitan dengan syarikat yang kita labur akan diberikan kepada semua pemegang saham. Selain itu, dengan adanya kemudahan internet kita boleh mengakses dan mendapatkan maklumat dengan sangat mudah. Maklumat syarikat, merupakan senjata ampuh yang membawa hala tuju kita dalam pelaburan saham. Sama ada kaunter itu boleh dibeli atau pun tidak, ianya bergantung kepada maklumat syarikat yang kita perolehi. Jangan membeli dengan membabi buta, itu sikap negatif orang yang suka berjudi dalam pasaran saham.

S

32 SEBAB MENGAPA PERLU MELABUR DALAM PASARAN SAHAM

Page 10: 32 Sebab Mengapa Perlu Melabur Dalam Pasaran Saham

#9

#10

PROSEDUR MUDAH

KIRA-KIRA YANG SANGAT MUDAH

ntuk melabur dalam pelaburan saham, kita hanya perlukan akaun CDS, Trading Platformdan modal. Dengan adanya ketiga-tiga perkara tersebut kita sudahpun boleh memulakan

pelaburan. Tidak perlu menunggu pihak bank untuk meluluskan urusan jual beli. Tidak perluurusan di kaunter yang rumit dengan pelbagai borang. Hanya semudah beli dan jual begitusahaja. Segala urusan jual beli juga sangat mudah. Hanya perlu berada di depan komputer riba yang mempunyai akses internet.

elaburan saham tidak memerlukan anda mempunyai IQ yang sangat tinggi. Bukankahmudah untuk membuat kira-kira jika kita memiliki modal sebanyak RM10,000. Sekiranya

harga saham ialah 10 sen, maka kita boleh membeli sebanyak 100,000 unit saham (kiraan kasar tanpa mengambil kira kos urusniaga). Syarikat broker juga turut menyediakan kemudahan sistem kira-kira yang lengkap kepada pelabur di dalam Trading Platform. Hanya perlu masukkan jumlah unit saham dan harga yang hendak dibeli dan dengan automatik kita akan mendapat jumlah yang sepatutnya kita bayar bagi memiliki saham kaunter yang diingini.

U

P

32 SEBAB MENGAPA PERLU MELABUR DALAM PASARAN SAHAM

Page 11: 32 Sebab Mengapa Perlu Melabur Dalam Pasaran Saham

#11

#12

TIDAK MEMERLUKAN KELAYAKANAKADEMIK, ‘CLEANER’ PUN BOLEHBELI SAHAM

BUKAN ANAK ORANG KAYA

eluang untuk mendapatkan pulangan yang lumayan terbentang luas di hadapan mata, namuntidak semua yang tahu dan berani untuk bertindak melakukan pelaburan. Sangkaan mereka,

pelaburan saham hanya sesuai untuk golongan profesional dan bijak pandai saja. Sedangkan, syarat-syarat untuk membuka akaun CDS tidak memerlukan kelayakan akademik yang tinggi. Sesiapa sahaja boleh membeli saham, mahasiswa universiti, pak guard, petani, nelayan,penjawat awam, mahupun usahawan, asalkan dia memiliki modal, tahu kira-kira dan mempunyai serba sedikit pengetahuan tentang kaedah jual beli saham. Yang paling penting adalah ilmumengenai pelaburan saham. Hatta seorang tukang cuci pun boleh membeli saham.

idak semua di kalangan kita yang dilahirkan oleh orang kaya. Orang kaya sekalipun akan jatuh miskin

kalau tidak tahu menguruskan kewangan dengan betul. Jadi jangan biarkan kemiskinan terus menghantui kitasampai tujuh keturunan. Hentikan kemiskinan danbangunlah untuk belajar ilmu pelaburan saham daripadaorang yang betul-betul terbukti berjaya menjana pendap-atan melalui pelaburan saham. Wang yang sedikit pasti akan bertambah banyak jika betul dengan caranya.Pelaburan saham adalah satu jalan terbaik untuk orang miskin mengubah nasib hidup. Rezeki itu ada, apa yang paling penting ialah mesti ada usaha.

P

T

32 SEBAB MENGAPA PERLU MELABUR DALAM PASARAN SAHAM

Page 12: 32 Sebab Mengapa Perlu Melabur Dalam Pasaran Saham

#13

#14

TIADA KEMAHIRAN UNTUKMENGURUS PERNIAGAAN

TIADA MASA UNTUK MENGURUSKANPERNIAGAAN

agaimana hendak menguruskan perniagaan sedangkan tiada minat dan ilmu tentangpengurusan perniagaan. Oleh kerana perniagaan menjanjikan pendapatan yang lumayan dan

digalakkan dalam Islam berbanding dengan bekerja makan gaji maka kita seharusnyamemilih untuk berniaga. Walaubagaimanapun, kita masih boleh memperolehi pendapatan melalui perniagaan yang dijalankan oleh orang lain. Bagaimana? Mudah sangat! Kita hanya perlu menjadi sebahagian daripada mana-mana syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia. Biar pakar yang menguruskan perniagaan. Biar yang pakar terus berniaga dan menjana keuntungan. Kita hanya perlu kira keuntungan yang kita hendak capai.

ata-rata ibu-bapa yang menghantar anak ke universiti pasti mengharapkan anak-anak dapatbekerja di sektor awam kerana menganggap pendapatannya menjamin masa hadapan. Tidak

dinafikan terlalu banyak kemudahan yang diberikan sehingga syaratsyarat ‘berhutang’dengan bank pun agak longgar.

Kerja makan gaji, baik di sektor awam mahupun swasta semuanya memerlukan komitmen masa dan tanggungjawab yang samada mahu atau tidak ia terpaksa dijalankan. Kekangan masa inilah yang menyebabkan ramai yang tidak mempunyai cukup masa untuk menguruskan perniagaan. Tetapi dengan pelaburan saham kita tidak perlu berada di dalam suasana fizikal perniagaan untuk membuat sesuatu urusan dalam perniagaan. Kita hanya perlu memantau pergerakan hargasaham melalui skrin komputer riba sekali sekala dan apabila untung jualkan sahaja saham yang kita beli itu. Biarkan orang-orang yang pakar dalam perniagaan menjalankan perniagaan dan kita hanya perlu menjadi pelabur. Orang-orang yang pakar tersebut kita panggil sebagai ‘GoodManagement’

B

R

32 SEBAB MENGAPA PERLU MELABUR DALAM PASARAN SAHAM

Page 13: 32 Sebab Mengapa Perlu Melabur Dalam Pasaran Saham

#15

#16

MENJANA PENDAPATAN SAMPINGANSELAIN PENDAPATAN TETAP

TIDAK PERLU GUNA DUIT POKETSENDIRI UNTUK MELANCONG

elaburan saham adalah salah satu cara bagaimana untuk menjana pendapatan dalamperniagaan dan dalam masa yang sama kita masih bekerja makan gaji. Seronok bukan, gaji

yang diterima setiap bulan ditambah dengan keuntungan jual beli saham. Malahan ramai pelabur saham yang menjana keuntungan berlipat kali ganda berbanding gaji bulanan yang merekaterima. Sehinggakan ada yang sanggup berhenti kerja dan menumpukan sepenuhnya kerjaya mereka dalam pelaburan saham. Hebat bukan? Sekiranya kita sudah benar-benar mahir, kita tidakperlu lagi untuk bergerak awal pagi, pulang lewat petang semata-mata untuk memastikan dapur di rumah berasap.

langkah seronoknya bila boleh melancong pada bila-bila masa. Bila tergerak hati hendakmelancong, terus sahaja beli tiket dan tempah hotel untuk bercuti. Kadang-kadang kita agak

berkira-kira jika terpaksa menyimpan duit untuk tujuan melancong, malah kadang-kadang duit yang disimpan untuk melancong pun terpaksa digunakan untuk tujuan lain yang lebih penting.Namun, dengan menggunakan hasil keuntungan dari pelaburan saham, kita boleh melancong kemana-mana sahaja dan pada bila-bila masa yang kita mahukan. Sedikitpun tidak mengeluarkanpeluh dan tenaga yang banyak untuk menjana keuntungan daripadanya. Oh! Bahagia rasanya kehidupan sebegitu. Sarapan pagi di Malaysia, makan tenghari di Dubai dan makan malam puladi kota London.

P

A

32 SEBAB MENGAPA PERLU MELABUR DALAM PASARAN SAHAM

Page 14: 32 Sebab Mengapa Perlu Melabur Dalam Pasaran Saham

#17

#18

MELAKUKAN KEBIASAANORANG KAYA

INGIN BERSARA MUDA

elabur saham adalah kebiasaan bagi orang-orang kaya. Jadi pada yang belum kaya, dan masih miskin sekurang- kurangnya anda sudah pun selangkah kehadapan. Hendak jadi kaya,

harustahuapakebiasaanyangorangkaya lakukan. Dengan melakukan kebiasaan orang kaya, tidak mustahil kita juga akan mampu jadi seperti mereka. Namun sekali lagi diingatkan pelaburansaham bukan Skim Cepat Kaya. Hari ni labur, esok dah kaya. Silap-silap hari ini labur, esoksudah lebur. Ilmu pelaburan sangat penting bagi memastikan kita benar-benar melakukankebiasaan orang kaya.

iapa yang tidak teringin untuk bersara diawal usia 30 tahun atau 40 tahunkan? Umur bersara bagi penjawat awam ialah pada umur 60 tahun. Cuba bayangkan bagaimana hasil kerja orang

yang berusia 60 tahun? Mengapa perlu bekerja sehingga ke hujung usia? Adakah kerana kita tiada pilihan atau kita sengaja memilih untuk bersara setua itu? Alangkah bahagianya kalau boleh bersara di awal usia 30-an. Pelaburan saham adalah salah satu pelan persaraan tak kira bersara semasa muda ataupun tua.

M

S

32 SEBAB MENGAPA PERLU MELABUR DALAM PASARAN SAHAM

Page 15: 32 Sebab Mengapa Perlu Melabur Dalam Pasaran Saham

B

M

#19

#20

PELABURAN SAHAM ADALAHPELABURAN YANG MUDAH

MUDAH DICAIRKAN

erbanding dengan pelaburan yang lain, pelaburan saham tidak memerlukan modal yangsangat besar. Tidak perlu mengeluarkan 10% daripada nilai ratusan ribu ringgit seperti

pelaburan hartanah. Kita juga tidak perlu risau untuk tujuan penyimpanan dan keselamatansekiranya ingin melabur dalam emas. Permulaan yang sedikit inilah antara sebab kenapa kitaperlu terlibat dengan pelaburan saham. Saham boleh dibeli sekecil-kecil unit saham iaitu dari100 unit hinggalah ratusan ribu unit mengikut kemampuan kita.

embeli dan menjual saham sangat mudah. Tidak perlu mengiklankan dimana-mana akhbar untuk mendapatkan pembeli. Tidak perlu membuat pengumuman untuk menjual saham.

Pasti akan ada pembeli sekalipun pada harga yang tinggi. Semudah itu juga untuk mendapatkan tunai hasil daripada keuntungan. Hanya perlu maklumkan pada syarikat broker untuk membuatpengeluaran. Sama ada dengan cek ataupun minta untuk dimasukkan terus ke akaun bank kita.

32 SEBAB MENGAPA PERLU MELABUR DALAM PASARAN SAHAM

Page 16: 32 Sebab Mengapa Perlu Melabur Dalam Pasaran Saham

B

K

#21

#22

BOLEH BERMULA DENGAN MODAL YANG KECIL

BERDAGANG MENGGUNAKANTELEFON BIMBIT, KOMPUTER RIBA, JANJI ADA INTERNET

oleh kah bermula dengan RM100? Ya boleh, namun pulangannya sudah pasti kecil. Mana mungkin modal RM100 pulangannya RM10,000. Namun kemungkinan untuk mendapatkan

20%-50% pulangan pelaburan itu ada. Bayangkan kalau ada RM10,000 dan pulangan 20%setahun, bukankah wang meningkat? Kira-kira yang sangat mudah. Peratusan pulangankeuntungan atau Return On Investment (ROI) adalah sama tidak kira berapa modal yang kitakeluarkan.

ini, teknologi begitu pesat membangun dan berkembang. Tidak perlu menghadap skrin di syarikat-syarikat broker mahupun bank. Kita tidak perlu terikat di depan komputer riba, hanya

dengan memiliki telefon pintar sahaja kita mampu berjual beli di manamana sahaja.

Teringat percutian saya ke Hong Kong baru-baru ini. Kami ke Macau sekejap dengantujuan untuk bercuti di sana. Bayangkan hanya dengan memiliki akses internet pada masa itu, saya telah menjual pelaburan saya dengan pulangan keuntungan sebanyak 58 peratus. Pelabu-ran yang hanya memakan masa 3 minggu itu saya jual ketika saya berada disana. Seronokbukan? Bermakna percutian kami kali itu, adalah percutian yang percuma.

Selain daripada menjana keuntungan yang berganda, percutian ke Macau telah mengukir pengalaman yang cukup berharga untuk dikongsikan bersama. Pada hakikatnya, ruang danpeluang terbentang luas, akses internet dan gajet canggih boleh diperolehi di mana-manasahaja, senang cerita alasan sukar dan tiada masa untuk melabur dalam pasaran sahamsebenarnya tidak boleh diterima pakai. Mahu atau tidak, itu sahaja!

32 SEBAB MENGAPA PERLU MELABUR DALAM PASARAN SAHAM

Page 17: 32 Sebab Mengapa Perlu Melabur Dalam Pasaran Saham

B

S

#23

#24

BOLEH TAHU KESAN BERITA TERKINI TERHADAP PASARAN SAHAM

SURIRUMAH PUN BOLEH MENJANA PENDAPATAN

Kalau sebelum ini, dengar berita atau baca akhbar kita tidak pernah tahu pun tentang kesannya terhadap ekonomi negara dan dunia. Tetapi kini, saya sangat sensitif dengan apa sahaja

berita yang dipaparkan. Sekiranya krisis, perang, bencana dan sebagainya, ia pasti memberikesan kepada penurunan dan kenaikan harga saham. Kadang-kadang harganya jatuh lebihrendah di Bursa Malaysia dari nilai sebenar saham tersebut. Peluang terbaik adalah membeli pada harga sedang rendah, dan tiba masa ekonomi pulih semula, ketika itulah pulangan inifiniti akan diperolehi.

iapa kata pendapatan surirumah hanya bergantung pada suami? Mungkin zaman dulu yatapi sekarang sudah lain. Kalau tak percaya, para suami hantarlah isteri ke Kelas Pelaburan

Saham dan beri sedikit peruntukan kepada isteri untuk membeli saham.

Dengan ilmu yang betul, wang yang diperuntukkan tersebut pasti membantu mengurangkanbeban suami untuk menampung perbelanjaan anak-anak sekolah.

Wanita hari ini, walaupun hanya surirumah namun kebanyakan mereka adalah berkelulusantinggi, sekalipun tidak berkelulusan, wanita agak bijak dan rajin mencari peluang dan informasi.

Tidak dapat dinafikan wanita mempunyai kemampuan menguruskan banyak tugas dalam satu masa. Oleh itu, saham adalah peluang untuk para surirumah merancang kewangan dimasahadapan.

32 SEBAB MENGAPA PERLU MELABUR DALAM PASARAN SAHAM

Page 18: 32 Sebab Mengapa Perlu Melabur Dalam Pasaran Saham

S

#25ADA ILMU BOLEH MENGURANGKAN RISIKO

ocrates pernah berkata, “Orang yang bijak ialah orang yang rendah diri, sedar tentang apa yang dia tidak tahu.” Dengan ilmu pelaburan yang betul, risiko yang selalu dimitoskan

akan dapat dikurangkan. High Risk, High Return. Namun dengan adanya ilmu kita masih boleh mengecilkan risiko yang ada dan memaksimumkan keuntungan.

Ilmu merupakan perkara asas yang amat penting dalam pelaburan saham. Jangan jadi seperti Si Penjudi yang melabur saham secara membuta tuli, jangan pula jadi seperti orang yang suka membuat spekulasi dengan hanya mendengar suara-suara sumbang di luar sana, tanpamembuat analisis terhadap kesahihan sesuatu maklumat tersebut. Perlu diingat, dalam pelaburan saham terdapat dua jenis modal yang perlu dilaburkan, pertama modal ilmu, kedua tidak lain tidak bukan ialah modal kewangan.

Berapa juta sekalipun modal kewangan yang dimiliki, andai tidak mahu melabur untukmenimba ilmu pelaburan, adalah sangat tidak mustahil risiko kerugian akan datang menimpabertubi-tubi hinggalah jatuh tersungkur. Jangan sampai nasi menjadi bubur. Warrent Buffetjuga berkata begini; “Anda tidak betul dan tidak salah, apabila orang ramai setuju atau tidak setuju dengan anda, anda betul kerana data dan kesimpulan anda betul” Semua tokoh pelaburan yang berjaya, mengangkat martabat ilmu sebagai panduan perniagaan sehingga mampu mencetak wang dalam pelaburan saham.

32 SEBAB MENGAPA PERLU MELABUR DALAM PASARAN SAHAM

Page 19: 32 Sebab Mengapa Perlu Melabur Dalam Pasaran Saham

P

D

#26

#27

TAK PERLU MENGURUSKAN PRODUK

MASA IALAH WANG. SEMAKIN LAMAKITA MEMBELI SAHAM DAN SIMPAN,SEMAKIN MENINGKAT HARGANYA

elaburan saham juga adalah salah satu cabang bisnes. Namun begitu, ia tidak sama denganbisnes lain yang mempunyai produk untuk dijual yang mana kita harus menguruskan

penyimpanan dan penghantaran kepada pembeli. Jual beli saham hanya memerlukan komputer riba dan talian internet. Anda perlu mahir menggunakannya, dan membeli pada kaunter yangberpotensi akan meningkat naik.

alam pelaburan saham, semakin lama kita menyimpan saham sesuatu syarikat, semakintinggi pulangan yang bakal kita peroleh. Selain daripada keuntungan daripada kenaikan

harga, kita juga akan mendapatkan keuntungan daripada agihan dividen. Sebagai contoh, harga saham Petronas Gas Berhad atau dikenali sebagai PETGAS pada Januari 2012 ialah RM15.26 seunit dan harga saham tersebut pada September 2013 ialah RM20.10. Menarik bukan?

32 SEBAB MENGAPA PERLU MELABUR DALAM PASARAN SAHAM

Page 20: 32 Sebab Mengapa Perlu Melabur Dalam Pasaran Saham

S

M

#28

#29

MENGATASI INFLASI

PULANGAN LUMAYAN

etiap tahun nilai matawang semakin menyusut. Selain emas, saham juga adalah salah satu platform untuk mengatasi inflasi. Dengan saham, wang berkembang mengikut perkembangan

syarikat yang berpotensi. Sebagai contoh untuk anda lebih faham, sekiranya inflasi setahun ialahsebanyak 2.5 peratus, ianya dapat diatasi sekiranya pulangan yang diterima dari jual beli saham lebih daripada inflasi. Sebagai contoh pulangan diterima sebanyak 25 peratus setahun. Oleh itu, sedikit sebanyak inflasi dapat diatasi.

ana lagi perniagaan yang pasti memberikan pulangan yang lumayan tanpa kita perlu berada di lokasi perniagaan? Pemilihan kaunter yang betul akan dapat menjanjikan pulangan yang

lumayan kepada si pembeli. Membeli pada harga yang rendah dan menjual pula pada harga yang tinggi, bukankah itu dianggap sebagai pulangan yang lumayan? Inilah yang dikatakan wangbekerja untuk anda, mencetak wang dengan mudah di pasaran saham, akan menjadikan andaseorang insan yang kaya dan berjaya!

32 SEBAB MENGAPA PERLU MELABUR DALAM PASARAN SAHAM

Page 21: 32 Sebab Mengapa Perlu Melabur Dalam Pasaran Saham

D

#30BOLEH MEMILIH UNTUK MELABURDALAM JANGKA MASA PENDEK ATAUJANGKA MASA PANJANG

alam pelaburan saham kita bebas untuk memilih berapa lama kita hendak melabur dalamsesebuah syarikat tanpa terikat dengan mana-mana kontrak. Kita boleh melabur dalam

tempoh yang sangat singkat, iaitu beli pada waktu pagi dan jual pada waktu petang.

Kita juga boleh melabur dalam jangka masa yang panjang sehingga bertahun-tahun.Tiada ikatan kontrak yang memerlukan kita melalui tempoh matang pelaburan. Anda hanya perlu memantau prestasi syarikat tersebut dari semasa ke semasa, bila sudah dirasakan perlu untuk dijual dan ia memberi pulangan keuntungan yang sudah mencapai sasaran anda, jangan tunggu lama-lama, jual dan raihlah keuntungan hasil daripada titik peluh anda itu.

32 SEBAB MENGAPA PERLU MELABUR DALAM PASARAN SAHAM

Page 22: 32 Sebab Mengapa Perlu Melabur Dalam Pasaran Saham

R

#31PELUANG UNTUK MENJADI SALAHSEORANG PEMILIK PERNIAGAAN YANG HEBAT-HEBAT

amai jutawan yang telah berjaya menubuhkan legasi perniagaan yang hebat-hebat di negara kita. Pelaburan saham memberi peluang kepada kita yang biasa-biasa ini untuk bersama-

sama menjadi pemilik kepada mana-mana syarikat mereka.

Sebagai contoh, kita boleh membeli saham POS MALAYSIA untuk menjadi pemilik bersamalegasi Jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Berikut merupakan syarikat-syarikat beliauyang tersenarai di Bursa Malaysia. Antaranya:

• DRB-HICOM • IJM • MALAKOFF • GAS MALAYSIA • MMC • POS MALAYSIA

Terdapat beberapa lagi syarikat Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary telah tersenarai dalam Bursa Saham.

32 SEBAB MENGAPA PERLU MELABUR DALAM PASARAN SAHAM

Page 23: 32 Sebab Mengapa Perlu Melabur Dalam Pasaran Saham

32 SEBAB MENGAPA PERLU MELABUR DALAM PASARAN SAHAM

H

#32BERPELUANG MEMBELI SAHAM PADA HARGA YANG RENDAH

arga saham yang tidak menentu menyebabkan harga saham mungkin boleh jatuh daripada nilai sebenar saham tersebut. Peluang ini hanya boleh diperolehi sekiranya kita melabur

dalam pasaran saham. Kita berpeluang membeli saham di bawah nilai sebenar. Apabila harga menjadi stabil semula dan menghampiri nilai sebenarnya, kita boleh menjual saham tersebut atau menjadi pemegang saham dalam jangka masa yang panjang sekiranya kita tidak bercadanguntuk menggunakan wang dalam jangka masa terdekat.

Untuk maklumat & sebarang pertanyaan lebih lanjut,sila hubungi kami ditalian:

019-244 2244 / 013-244 2244 / 019-244 2400

ALL RIGHTS RESERVED©2015 RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD.

DAPATKAN KOLEKSI BUKU TENTANGPELABURAN SAHAM TERBITANAZIZAN OSMAN PUBLICATION