3.0 hal ehwal murid peraturan akademik

7
DERAF PERATURAN AKADEMIK KV KPM 2013 PERATURAN AKADEMIK KOLEJ VOKASIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KUMPULAN 2 AHLI KUMPULAN: 1. NAZIR JPN 2. PENSYARAH ILP 3. KUKK Bahagian B: PERATURAN AKADEMIK KOLEJ VOKASIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 3.0 HAL EHWAL MURID 3.1 Kemasukan Murid 3.1.1 Syarat kelayakan kemasukan murid ke KV ditentukan oleh KPM dari semasa ke semasa. 3.1.2 Pemilihan murid yang layak untuk kemasukan ke kursus pengajian KV dipilih dan diperakukan oleh KPM. 3.1.3 Tawaran kemasukan dan pengambilan murid dikeluarkan oleh KPM. 3.1.4 Kemasukan murid baru ke KV dibuat SEKALI pada setiap tahun. 3.2 Status Murid Gagal dan Diberhentikan 3.2.1 Murid yang gagal keseluruhan modul pengajian (Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) kurang daripada 1.0) akan diberhentikan daripada meneruskan pengajian. 1 / Mac 2013

Upload: ahmad-ariffin

Post on 05-Sep-2015

251 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

1

DERAF PERATURAN AKADEMIK KV KPM 2013PERATURAN AKADEMIKKOLEJ VOKASIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KUMPULAN 2AHLI KUMPULAN:1. NAZIR JPN2. PENSYARAH ILP3. KUKK

Bahagian B: PERATURAN AKADEMIK KOLEJ VOKASIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

3.0HAL EHWAL MURID3.1Kemasukan Murid3.1.1Syarat kelayakan kemasukan murid ke KV ditentukan oleh KPM dari semasa ke semasa.3.1.2Pemilihan murid yang layak untuk kemasukan ke kursus pengajian KV dipilih dan diperakukan oleh KPM.3.1.3Tawaran kemasukan dan pengambilan murid dikeluarkan oleh KPM.3.1.4Kemasukan murid baru ke KV dibuat SEKALI pada setiap tahun.

3.2 Status Murid Gagal dan Diberhentikan3.2.1Murid yang gagal keseluruhan modul pengajian (Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) kurang daripada 1.0) akan diberhentikan daripada meneruskan pengajian. Murid yang gagal keseluruhan modul pengajian akan diberhentikan daripada meneruskan pengajian.3.2.2Murid yang diberhentikan atas tindakan tatatertib boleh membuat rayuan kepada KPM untuk kemasukan semula ke KV, KPM. Murid yang diberhentikan kerana gagal pengajian boleh membuat rayuan kepada KPM.Murid yang diberhentikan atas tindakan tatatertib tidak boleh membuat rayuan kepada KPM untuk kemasukan semula ke KV, KPM.3.2.3Segala urusan selain daripada yang dinyatakan di atas adalah tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Pengambilan Pusat, KPM.

3.3Status Murid KV3.3.1Status murid KV adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:3.3.1.1Mendaftar dengan KV untuk mengikuti kursus pengajian pada tarikh pendaftaran rasmi yang ditetapkan.3.3.1.2Mengikuti kursus pengajian dengan memenuhi syarat-syarat pengajian yang ditetapkan oleh KV.

3.4Gugur Status Sebagai MuridMurid akan diberikan status Gugur Taraf (GT) sekiranya tidak mematuhi para 3.3.1.

3.5Keperluan KursusMurid yang berdaftar sebagai murid KV wajib memenuhi semua keperluan kursus yang ditetap oleh KPM.

3.6Tempoh PengajianTempoh pengajian bagi murid KV adalah seperti berikut:3.6.1Program Pra Diploma dua (2) Tahun; dan 3.6.2Program Diploma Vokasional Malaysia dua (2) tahun dan mengikuti LDK/(OJT) selepas semeseter lapan (8) di industri/ Organisasi dengan tempoh minima selama tiga (3) bulan. 3.6.3Di akhir pengajian, murid akan dianugerahkan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dengan syarat memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.

3.7Penangguhan PengajianMurid boleh diberi status penangguhan pengajian dengan kelulusan KPM. Tempoh tersebut tidak diambil kira sebagai pengajian di KV. 3.8Penggantungan Pengajian3.8.1Murid boleh diberi status penggantungan pengajian dengan kelulusan Mesyuarat Jawatakuasa Akademik KV.

3.9Kehadiran Murid3.9.1Murid diwajibkan menghadiri kuliah dan aktiviti berkaitan kursus yang diikuti. 3.9.2 Kehadiran kurang 90% dari jumlah jam pertemuan untuk setiap modul, boleh menyebabkan murid tidak dibenarkan menduduki Penilaian Akhir kecuali dengan kebenaran bertulis Jawatankuasa Pengurusan Akademik di peringkat KV.

3.10 Kelayakan Menduduki Penilaian Akhir3.10.1 Murid perlu menyemak Penyata Kelayakan Menduduki Pentaksiran Pusat yang dikeluarkan oleh KV dan disahkan oleh KPM. Sebarang pindaan hendaklah mendapat pengesahan daripada Jawatankuasa Pengurusan Akademik KV.3.10.2 Murid yang gagal membawa Penyata Kelayakan Menduduki Pentaksiran Pusat tidak dibenarkan menduduki Pentaksiran Pusat/Penilaian Akhir tersebut kecuali mendapat kebenaran khusus daripada Jawatankuasa Pengurusan Akademik KV.

3.11 Jadual Pentaksiran Pusat3.11.1 Jadual Pentaksiran Pusat disediakan oleh KPM. 3.11.2 Pentaksiran Pusat hendaklah dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan oleh KPM.

3.12Perlanggaran Tatatertib Murid bersabit dengan Pentaksiran KV3.12.1Murid yang didapati bersalah oleh Jawatankuasa Pengurusan Akademik KV akan dikenakan tindakan mengikut keputusan Jawatankuasa Pengurusan Akademik KV. 3.12.2Murid yang disabitkan kesalahan di atas mengikut keputusan Jawatankuasa Pengurusan Akademik KV boleh diberi Gred E (Gagal).3.12.3Murid yang telah terbukti terlibat dengan plagiarisme dalam projek/tugasan akan digagalkan dalam modul tersebut dan diberi Gred E (Gagal).

3.13 Pentaksiran Pusat SemulaKPM berhak mengarahkan KV untuk mengadakan pentaksiran pusat semula pada bila-bila masa sekiranya perlu dalam keadaan berikut:3.13.1 Berlaku kebocoran soalan pentaksiran pusat.3.13.2 Calon tidak dapat menduduki pentaksiran pusat kerana bencana alam.

3.14 Status Keputusan Pentaksiran Status Keputusan Pentaksiran adalah berdasarkan pencapaian PNGK.

3.15Penyata Keputusan Pentaksiran 3.15.1 Penyata keputusan pentaksiran akan dikeluarkan setiap semester oleh KPM.3.15.2 KV berhak menahan Penyata Keputusan Pentaksiran sekiranya murid gagal mematuhi mana-mana peraturan yang ditetapkan oleh KV.

3.16 Menduduki Semula Pentaksiran Pusat3.16.1Hanya modul akademik sahaja yang dibenarkan untuk diambil semula pentaksiran pusat. 3.16.2Murid yang gagal modul akademik dibenarkan mengambil sekali sahaja ulangan pentaksiran pusat iaitu semasa pentaksiran modul akademik tersebut ditawarkan semula.

3.17 Laluan Murid KVRajah 1 menunjukkan secara ringkas laluan murid KV KPM.

Kolej Vokasional KPMProgram Pra Diploma (2 TAHUN) (SVM)

PNGK < 2.00

PNGK 2.00 : Syarat Kredit lulus dalam Bahasa MelayuKompeten tahap 1 & 2

Tidak layak mengikuti program DVM

Tamat Pengajian di KV

Program DVM ( 2 tahun dan 3 bulan OJTDVM + Sijil IndustriTamat Pengajian

Dicadangkan ke Program SLDN atau program lain yang bersesuaian

Lulus semua modul akademik /insaniah dan kompeten semua modul vokasional

Rajah 1: Laluan Murid KV

1 / Mac 2013