3 memori seorang tua

12
CERPEN MEMORI SEORANG TUA ( ZAHARI AFFANDI) SINOPSIS Pak Itam digambarkan oleh penulis sebagai seorang pejuang yang cekal. Beliau keluar masuk penjara kerana penentangannya terhadap Inggeris. Pak Itam merupakan anak Melayu pertama yang menjadi majistret di negara ini. Beliau menolak jawatan berkenaan kerana cintanya yang mendalam terhadap bangsa dan negara. Pak Itam berhasrat untuk mengadakan sambutan hari jadinya yang ke-85. Itulah sambutan hari jadi yang pertama sejak beliau dilahirkan ke dunia. Beliau bercadang untuk menjemput wartawan media massa, mahasiswa universiti, serta para penduduk Langat ke majlis berkenaan supaya mereka dapat bersama-samanya meraikan hari tersebut. Beliau ingin berkongsi cerita tentang kisah perjuangannya. Perjuangan Pak Itam adalah untuk memelayukan orang Melayu dan mahu supaya Tanah Melayu ini diterajui oleh orang Melayu. Namun, Pak Itam kecewa kerana banyak orang Melayu yang menjadi tukang angguk kepada penjajah dan hidup dengan berlatarkan gaya hidup penjajah. Ketika Pak Itam membaca majalah Mastika lama, terpapar kisah isterinya, Siti Nurhidayah yang menuntut fasakh ketika beliau ditahan di penjara Singapura. Itulah kali terakhir beliau menatap wajah dua orang anaknya, lzwan dan Nuryani Iman. Peristiwa itu menyebabkan Pak Itam tersentuh. Tuk Mat yang banyak membantu Pak Itam datang untuk memberitahu bahawa segala persiapan untuk majlis itu sudah siap termasuklah urusan mengundang tetamu. Bersama-sama dengan beberapa orang pemuda kampung, iaitu Isa, Latif, dan Jali, mereka bekerjasama bagi menjayakan majlis tersebut. Atur cara majlis ialah persembahan kebudayaan daripada jemputan khas serta pameran hasil pena Pak Itam seperti akhbar, majalah, buku-buku, dan koleksi gambar Pak Itam. Para tetamu akan dijamu juga dengan buah-buahan dan pelbagai jenis makanan. Pada hari itu, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan deklamasi puisi. Apabila ditanya tentang Sidah anak angkatnya, Pak Itam memberitahu, Sidah tidak perlu dijemput kerana dia kini berada di London bersama-sama dengan suaminya yang melanjutkan pelajaran. Dalam kesibukan itu, Pak Itam teringat akan isteri dan kedua-dua orang anaknya. Pada hari yang ditetapkan, Pak Itam lengkap berbaju Melayu menyambut tetamu. Tetamu menikmati makanan dan persembahan kebudayaan. Orang kampung memenuhi tempat berlangsungnya majlis tersebut, namun Pak Itam kecewa kerana tetamu dari jauh masih belum sampai. Tambah mengecewakan Pak Itam kerana wartawan akhbar dan televisyen tidak muncul. Pak Itam merasakan orang cepat lupa akan pengorbanannya.

Upload: cik-diana

Post on 04-Aug-2015

295 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 3 Memori Seorang Tua

CERPEN MEMORI SEORANG TUA ( ZAHARI AFFANDI)

SINOPSIS

Pak Itam digambarkan oleh penulis sebagai seorang pejuang yang cekal. Beliau

keluar masuk penjara kerana penentangannya terhadap Inggeris. Pak Itam

merupakan anak Melayu pertama yang menjadi majistret di negara ini. Beliau menolak

jawatan berkenaan kerana cintanya yang mendalam terhadap bangsa dan negara.

Pak Itam berhasrat untuk mengadakan sambutan hari jadinya yang ke-85. Itulah

sambutan hari jadi yang pertama sejak beliau dilahirkan ke dunia. Beliau bercadang untuk

menjemput wartawan media massa, mahasiswa universiti, serta para penduduk Langat

ke majlis berkenaan supaya mereka dapat bersama-samanya meraikan hari tersebut. Beliau

ingin berkongsi cerita tentang kisah perjuangannya. Perjuangan Pak Itam adalah untuk

memelayukan orang Melayu dan mahu supaya Tanah Melayu ini diterajui oleh orang

Melayu. Namun, Pak Itam kecewa kerana banyak orang Melayu yang menjadi tukang

angguk kepada penjajah dan hidup dengan berlatarkan gaya hidup penjajah.

Ketika Pak Itam membaca majalah Mastika lama, terpapar kisah isterinya, Siti

Nurhidayah yang menuntut fasakh ketika beliau ditahan di penjara Singapura. Itulah kali

terakhir beliau menatap wajah dua orang anaknya, lzwan dan Nuryani Iman. Peristiwa itu

menyebabkan Pak Itam tersentuh. Tuk Mat yang banyak membantu Pak Itam datang untuk

memberitahu bahawa segala persiapan untuk majlis itu sudah siap termasuklah urusan

mengundang tetamu. Bersama-sama dengan beberapa orang pemuda kampung, iaitu Isa,

Latif, dan Jali, mereka bekerjasama bagi menjayakan majlis tersebut.

Atur cara majlis ialah persembahan kebudayaan daripada jemputan khas serta pameran

hasil pena Pak Itam seperti akhbar, majalah, buku-buku, dan koleksi gambar Pak Itam. Para

tetamu akan dijamu juga dengan buah-buahan dan pelbagai jenis makanan. Pada hari itu,

tetamu turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan deklamasi puisi. Apabila

ditanya tentang Sidah anak angkatnya, Pak Itam memberitahu, Sidah tidak perlu dijemput

kerana dia kini berada di London bersama-sama dengan suaminya yang melanjutkan

pelajaran. Dalam kesibukan itu, Pak Itam teringat akan isteri dan kedua-dua orang

anaknya.

Pada hari yang ditetapkan, Pak Itam lengkap berbaju Melayu menyambut tetamu. Tetamu

menikmati makanan dan persembahan kebudayaan. Orang kampung memenuhi tempat

Page 2: 3 Memori Seorang Tua

berlangsungnya majlis tersebut, namun Pak Itam kecewa kerana tetamu dari jauh masih

belum sampai. Tambah mengecewakan Pak Itam kerana wartawan akhbar dan televisyen

tidak muncul. Pak Itam merasakan orang cepat lupa akan pengorbanannya.

Apabila tiba waktu zuhur, Pak Itam masuk ke rumah. Beliau menunaikan solat. Kiah yang

cemas cuba memberitahukan perkara yang berlaku kepada Pak Itam. Apabila Tuk Mat

mendekati Pak Itam yang terbaring di atas sejadah, beliau sudah meninggal dunia. Tetamu

yang hadir membaca surah Yasin untuk jenazah Pak Itam. Pada ketika itu, seorang

perempuan tua datang lalu mendekati jenazah Pak Itam. Dia memegang kaki Pak Itam

sebelum meletakkan sejambak ros. Dengan linangan air mata, perempuan tua itu beredar.

Tatkala orang ramai tercengang memikirkan identiti perempuan tua itu, Tuk Mat sambil

menyapu air matanya menganggap hajat Pak Itam sudah tercapai.

TEMA

Tema cerpen ini ialah semangat patriotik, iaitu tentang keinginan seorang tokoh untuk

berkongsi memori lampaunya dengan masyarakat. Pak Itam ingin berkongsi perjuangan

yang telah dilaluinya dengan anak cucu cicit dalam usaha beliau membebaskan negara ini

daripada penjajahan.

PERSOALAN

Sikap kurang prihatin generasi muda yang tidak menghargai jasa tokoh yang banyak

berjasa kepada negara.

Pengorbanan demi membuktikan rasa cinta yang mendalam terhadap bangsa dan

negara.

Rasa tanggungjawab terhadap nasib yang akan dialami oleh anak bangsa.

Kekecewaan pada saat-saat akhir kehidupan seorang nasionalis Melayu.

Kecintaan terhadap bangsa dan negara.

Cabaran-cabaran yang dilalui pada zaman pramerdeka dalam usaha mengusir penjajah

dan menyemaikan semangat kebangsaan dalam diri orang Melayu.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama - Pak Itam

Pak Itam anak Pahang yang berasal dari Kuala Semantan.

Beliau berumur 85 tahun.

Page 3: 3 Memori Seorang Tua

Pak Itam merupakan seorang pejuang tulen kerana keberanian beliau menentang penjajah

Inggeris. Sebagai akibatnya sebahagian besar hidupnya dihabiskan di dalam penjara, iaitu di

Singapura, di Penjara Pudu, di Melaka, dan di Johor.

Selain sebagai pejuang nasionalis, beliau merupakan seorang penulis dan wartawan yang

berani.

Beliau menganggotai Angkatan Pemuda Insaf, menjadi pemimpin PKMM, dan turut

menentang penubuhan Malayan Union.

Beliau seorang intelektual kerana merupakan anak Melayu pertama menyandang jawatan

majistret.

Beliau amat membenci orang Melayu yang tergamak menjadi tali barut Inggeris.

Hasrat beliau adalah untuk mengumpulkan para wartawan akhbar dan televisyen, serta

penduduk Langat sempena dengan hari jadinya yang ke-85. Di samping itu, beliau ingin

mempamerkan koleksi penulisan beliau.

Beliau seorang yang taat akan perintah agama dan kuat beribadah terutamanya pada waktu

malam.

Beliau seorang yang baik hati kerana bersedia melayan tetamu yang ingin bertemu

dengannya.

Isteri beliau yang bernama Siti Nurhidayah meminta fasakh ketika beliau berada di

penjara.

Beliau amat merindui bekas isteri dan dua orang anaknya yang bernama Izwan dan Nuryani

Iman.

Beliau tekun mengumpulkan hasil kerja beliau seperti buku, rencana di majalah, keratan

akhbar, dan gambar untuk tatapan umum.

Watak Sampingan - Tuk Mat

Tuk Mat bekas anggota polis pencen berpangkat sarjan.

Tuk Mat tinggal berjiran dengan Pak Itam.

Tuk Mat amat berdisiplin dan menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Pipi kanannya berparut kerana terkena peluru Bintang Tiga dalam suatu pertempuran di

Gua Musang semasa zaman darurat.

Tuk Mat baik hati kerana beliau dan keluarganya menjaga kebajikan Pak Itam.

Page 4: 3 Memori Seorang Tua

Tuk Mat seorang yang rajin. Buktinya, beliau banyak membantu Pak Itam dalam usaha

mengadakan sambutan hari lahirnya.

Watak Sampingan – Rokiah

Rokiah anak gadis Tuk Mat.

Rokiah pelajar Tingkatan Empat. Rambutnya bertocang.

Rokiah seorang yang baik hati. Dia banyak membantu Pak Itam, iaitu menghantar makanan

dan mencuci pakaian Pak Itam.

Watak Sampingan - Halimah

Halimah anak gadis Tuk Mat juga.

Halimah baik hati juga kerana bersilih ganti dengan Rokiah membantu Pak Itam.

Watak Sampingan - Rogayah

Rogayah ialah isteri Tuk Mat. Rogayah digambarkan juga seorang yang baik hati kerana

banyak membantu Pak Itam.

Rogayah ikhlas membantu Pak Itam. Beliau tidak mahu menerima sebarang bayaran

daripada Pak Itam.

Watak Sampingan - Jali

Jali rajin dan banyak membantu Pak Itam menjayakan majlis yang dianjurkannya.

Dia merupakan lulusan daripada ITM dalam jurusan Komunikasi dan Pengiklanan.

Dia membuka sebuah galeri kecil di Arked MARA Kajang.

Watak Sampingan – Siti Nurhidayah

Siti Nurhidayah ialah janda Pak Itam yang menuntut fasakh ketika Pak Itam berada di

dalam penjara.

Beliau sempat hadir pada hari kematian Pak Itam.

Siti Nurhidayah mempunyai dua orang anak, iaitu Izwan dan Nuryani Iman.

LATAR

Latar Tempat

Latar tempat dalam cerpen ini ialah di Langat, iaitu tempat kediaman Pak Itam.

Selain itu, kediaman Pak Itam dan halaman rumahnya, iaitu tempat majlis dan pameran

diadakan turut menjadi latar dalam cerpen ini.

Page 5: 3 Memori Seorang Tua

Latar Masa

Latar masa cerpen ini ialah masa sekarang.

Peristiwa yang berlaku dalam cerpen ini berlaku pada waktu pagi, tengah hari, petang, dan

malam.

Latar Masyarakat

Latar masyarakat yang dipaparkan dalam cerpen ini ialah masyarakat pejuang

yang amat mencintai bangsa dan negara. Contohnya, Pak Itam sanggup keluar masuk

penjara kerana menentang Inggeris demi sayang akan bangsa dan negara.

Masyarakat penulis dan wartawan yang menulis artikel untuk menentang penjajah.

Contohnya, Pak Itam mewakili golongan masyarakat yang menentang penjajah melalui

masa pena.

Masyarakat kampung yang masih mengekalkan amalan bekerjasama dan bergotong-

royong. Contohnya, Tuk Mat dan beberapa orang pemuda membantu Pak Itam

mengadakan majlis sambutan hari jadi Pak Itam secara besar-besaran.

Masyarakat yang sanggup berkorban untuk negara. Contohnya, Pak Itam menolak

jawatan majistret yang mampu menjadikan hidupnya mewah demi perjuangan untuk

negara.

Masyarakat yang menghargai jasa-jasa pejuang negara. Contohnya, Pak Mat amat

menghargai usaha perjuangan Pak Itam dan anggota kumpulan Kopratasa menciptakan

lagu khas untuk menghargai perjuangan Pak Itam.

Masyarakat yang membantu dengan ikhlas. Contohnya, isteri Tuk Mat yang membantu

Pak Itam tidak mahu menerima sebarang bayaran kerana dia ikhlas membantu Pak Itam.

PLOT

Peristiwa-peristiwa dalam plot cerpen ini disusun secara tidak kronologi.

Plot cerpen "Memori Seorang Tua" mempunyai beberapa tahap, iaitu pengenalan,

pengembangan, perumitan, klimaks, dan peleraian. Plot cerpen "Memori Seorang Tua" ini

bermula dengan tahap pengenalan cerita, iaitu mengisahkan kehidupan zaman muda

Pak Itam yang sering keluar masuk penjara kerana menentang penjajah. Perjuangan

untuk memartabatkan orang Melayu amat menebal dalam jiwanya.

Kemudian, plot cerita memasuki tahap pengembangan. Pada tahap ini, Pak Itam

menyatakan hasrat beliau untuk mengadakan sambutan hari jadinya yang ke-85.

Sambutan hari jadi buat pertama kali ini turut diadakannya untuk berkongsi

pengalamannya sebagai pejuang. Dinyatakan juga jasa Pak Itam yang ingin melihat anak

bangsanya hidup dengan sempurna dan bebas daripada sebarang bentuk penjajahan.

Page 6: 3 Memori Seorang Tua

Perumitan cerpen ini adalah apabila tetamu yang hadir pada majlis yang diadakan oleh Pak

Itam itu kurang. Pak Itam begitu sayu dan beranggapan bahawa pengorbanannya selama ini

semakin dilupakan.

Klimaks cerpen ini adalah apabila Pak Itam menghembuskan nafasnya yang terakhir di atas

sejadah. Orang ramai yang hadir membaca surah Yasin untuknya.

Kehadiran seorang wanita yang sudah berumur pada hari kematian Pak Itam merupakan

peleraian cerpen ini. Kehadiran wanita inilah yang dihajati oleh Pak Itam sejak sekian lama.

TEKNIK PLOT

Pelbagai teknik plot atau teknik penulisan digunakan oleh Zahari Affandi untuk

mengembangkan plot cerita "Memori Seorang Tua ". Antaranya termasuklah:

Teknik pemerian

Teknik pemerian ialah penceritaan tentang sesuatu peristiwa atau kejadian, misalnya:

Tetapi ramai orang Melayu yang tidak tahu jiwanya, tidak mahu mengerti visionnya.

Yang Pak Itam berasa sayu, ramai kawan-kawannya yang baru pulang dari tanah

Inggeris, hidup lebih Orang Putih daripada Orang Putih. (hal. 112)

Teknik dialog

Teknik dialog menunjukkan watak dalam cerpen berkomunikasi. Menerusi dialog Antara

watak, cerita dikembangkan oleh penulis. Antara teknik dialog dalam cerpen ini

termasuklah:

"Budak-budak sekarang semuanya tak boleh diharap." Pak Itam sedikit kesal. (hal. 114)

"Berehat, pak, esok orang ramai, penat pula untuk melayan. " Tuk Mat memberitahu.

(hat. 117)

Teknik imbas kembali

Teknik imbas kembali menunjukkan watak atau penulis mengimbau sesuatu peristiwa

atau kejadian yang telah berlaku pada suatu ketika. Dalam cerpen "Memori

Seorang Tua", pengarang banyak menggunakan teknik imbas kembali dalam

Page 7: 3 Memori Seorang Tua

menceritakan sesuatu peristiwa dan kejadian. Antara teknik imbas kembali dalam

cerpen ini termasuklah:

Tiba-tiba hatinya dipintali kesayuan. Di mana Siti Nurhidayah? Di mana Izwan di mana

Nuryani Iman? Sudah berpuluh tahun berpisah. (hal. 119)

Teknik monolog

Teknik monolog ialah tutur kata watak secara sendirian, misalnya: Sampai juga hajat Pak

Itam rupanya, Tuk Mat berfikir dalam hatinya sambil menyapu air mata yang lebat

tercurah ke atas pipinya. (hal. 130)

GAYA BAHASA

Dari segi diksi atau pemilihan kata, pengarang memilih kata-kata yang sesuai

dengan latar cerita cerpen tentang tokoh pejuang yang menentang penjajah. Misalnya

pengarang turut menggunakan beberapa perkataan Inggeris, iaitu handsome, Cecil

Street.

Dari segi pembinaan ayat, pengarang menggunakan ayat pendek, ayat sederhana

panjang, dan ayat panjang.

Pengarang menggunakan simile, antaranya termasuklah:

...bagaikan rumput-rumput pada musim kemarau. (hal. 109)

Pak Itam terasa dirinya kian mengecil seperti sebiji debu! (hal. 119)

Pengarang turut menyelitkan peribahasa, misalnya:

Anak muda seperti enau di belukar... (hal. 109) yang bermaksud sikap mementingkan

diri sendiri.

Orang Putih memang cekik darah. (hal. 109) yang bermaksud mendapatkan keuntungan

secara paksaan.

Cerpen "Memori Seorang Tua" mempunyai beberapa unsur personifikasi juga,

misalnya:

angin di luar membedal daun pintu. (hal. 120)

Angin di luar diberi sifat boleh membedal daun pintu merupakan unsur personifikasi.

Nafas tuanya mendesis malas. (hal. 121)

Nafas tuanya diberi sifat mendesis malas merupakan unsur personifikasi.

Metafora atau perbandingan secara langsung dalam cerpen ini, misalnya:

makanan kerohanian (hal. 115)

tangisan ketakwaan (hal. 119)

Page 8: 3 Memori Seorang Tua

Beberapa bentuk sinkope atau singkatan kata ada juga digunakan dalam cerpen

ini, misalnya:

"Tak payah, budak-budak tu pun dah muak, hari-hari makan durian, "jawab Tuk Mat.

(hal. 123)

Kata tak singkatan daripada kata tidak, kata tu singkatan daripada kata itu, dan

kata dah singkatan daripada kata sudah.

Pengarang banyak juga menggunakan pengulangan kata untuk menimbulkan keindahan

dalam karya, contohnya:

Menunduk kepala Orang Putih meminta sedekah, jadi abdi, jadi tukang mandikan

anjing Orang Putih. jadi unta, jadi keldai Orang Putih! (hal. 112)

NILAI

Nilai pengorbanan. Contohnya, Pak Itam sanggup berkorban dengan menolak

kemewahan hidup demi cinta akan bangsa dan negara. Beliau menolak jawatan sebagai

majistret.

Nilai semangat patriotik. Contohnya, Pak Itam memiliki semangat patriotik yang tulen

menentang Inggeris melalui mata penanya dan juga penentangan secara terus.

Nilai baik hati. Contohnya, Rokiah dan Halimah membantu membasuh pakaian Pak Itam.

Nilai merendah diri. Contohnya, Pak Itam terasa dirinya kerdil dan senantiasa

mengagungkan kebesaran Tuhan.

Nilai murah hati. Contohnya, Pak Itam membiayai segala perbelanjaan menyediakan

makanan dan keperluan lain untuk menjamu tetamu yang hadir pada majlis hari jadinya.

Nilai kasih sayang. Contohnya, Pak Itam amat menyayangi bekas isterinya dan dua

orang anak yang telah meninggalkannya semasa dia berada di dalam penjara.

PENGAJARAN

Kita hendaklah cinta akan bangsa dan negara dan tidak membiarkannya dijajah orang

bangsa lain.

Kita perlulah sanggup berkorban demi negara yang tercinta serta tidak terlalu

mengutamakan kepentingan diri sendiri.

Kita hendaklah senantiasa mentaati suruhan Tuhan dengan meningkatkan amalan

ibadah.

Kita hendaklah menjaga kebajikan warga emas yang telah banyak meninggalkan jasa

kepada kita.

Page 9: 3 Memori Seorang Tua

Warga muda hendaklah tahu mengenang jasa tokoh yang banyak berkorban untuk

bangsa dan negara.

Kita hendalah meneladani semangat tokoh terdahulu yang memiliki semangat juang

yang jitu.

ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM CERPEN MEMORI SEORANG TUA  KARYA ZAHARI AFFANDI

ITEM PERNYATAAN HURAIAN

Tema

Semangat patriotik iaitu perjuangan mempertahankan tanah air daripada cengkaman penjajah

Pak Itam beria-ria mengadakan majlis sambutan hari jadinya semata-mata untuk berkongsi kisah perjuangannya mempertahankan tanah air suatu ketika dahulu sehingga dia keluar masuk penjara dan kehilangan keluarga demi bangsa dan tanah air

Persoalan

Persoalan semangat cinta akan tanah air

Pak Itam keluar masuk penjara kerana mempertahankan tanah air daripada penjajah. Baginya Tanah Melayu mesti diterahui oleh orang Melayu.

Persoalan tanggungjawab untuk berkongsi memori hidup dan perjuangan bangsa

Pak Itam mengadakan majlis sambutan hari jadinya yang ke-85 untuk berkongsi memori hidup dan perjuangannya terhadap bangsa dan negara kepada penduudk kampug

Persoalan mengangkat maruah bangsa sendiri

Perjuangan Pak Itam adalah untuk memelayukan orang melayu dan memanusiakan manusia supaya mereka tahu menilai hak dan tahu menjaga maruah bangsa

Persoalan kasih sayag terhadap keluarga

Pak Itam terkenangkan isteri  dan anak-anaknya yang sehingga hari ini dia tidak mengetahui ke mana mereka menghilang

Persoalan tolong-menolong untuk meringankan beban

Tuk Mat membantu Pak Itam untuk mempersiapkan segala kelengkapan sempena majlis sambutan hari jadi Pak Itam

Persoalan mengenang jasa dan pengorbanan pejuang tanah air

Pak Itam menjadi sayu apabila tetamu tidak datang. Dia merasakan begitu cepat orang melupakan jasa dan pengorbanan orang tua sepertinya

Watak & perwatakan

Seorang yang patriotik Pak Itam menganggap negara ini patut ditadbir oleh orang Melayu dan setiap kekayaan negara perlu dikongsi sama rata bukannya dikaut oleh orang lain

Page 10: 3 Memori Seorang Tua

Pak ItamSeorang yang bersemangat tinggi

Pak Itam bersemangat untuk menerima tetamu sempena majlis sambutan hari jadinya yang ke-85 kerana dia dapat berkongsi pengalaman hidupnya menentang penjajah dan mengangkat maruah bangsa

Seorang yang berani Pak Itam sanggup keluar masuk penjara semata-mata untuk mempertahankan tanah air dan maruah bangsa

Seorang yang penyayang Walaupun isterinya meminta cerai ketika dia berada di penjara, tetapi Pak Itam sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya

Watak & perwatakan

Tuk Mat

Seorang yang suka menolong

Tuk Mat membantu Pak Itam mempersiapkan majlis sambutan hari jadi Pak Itam sehingga selesai

Seorang yang ikhlas Tuk Mat dan isterinya membantu Pak Itam dengan ikhlas dan menolak upah yang diberikan oleh Pak Itam

Seorang yang prihatin Tuk Mat sayu melihat wajah Pak Itam yang begitu kecewa apabila tidak ramai yang hadir ke majlisnya

Latar masa

Zaman penjajah Pak Itam keluar masuk penjara kerana mempertahankan tanah air daripada penjajah

Waktu pagi Pak Itam berkira-kira untuk memasang tujuh lapan khemah supaya penduudk Langat dapat menjamu selera

Tengah hari Budak kontrak akan datang memasang khemah

Selepas sembahyang asar Pak Itam melihat persiapan akhir majlis sambutan hari jadinya

Malam Tuk Mat datang ke rumah Pak Itam untuk melaporkan bahawa segala persiapan telah selesai dan meminta Pak Itam berehat

Latar tempat

Penjara Singapura Isteri Pak Itam membawa surat fasakh ketika dia merinkuk di dala penjara di Singapura

Langat Pak Itam menjemput penduduk Langat supaya datang ke majlis sambutan hari jadinya

Rumah Pak Itam Majlis sambutan hari jadi Pak Itam doadakan di pekarangan rumahnya

Latar masyarakat

Masyarakat pejuang iaitu berusaha membebaskan tanah air daripada penjajah

Pak Itam mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya semata-mata berjuang mempertahankan tanah air daripada cengkaman penjajah

Masyarakat yang rajin membantu

Tuk Mat rajin membantu Pak Itam membuat persiapan sempena majlis sambutan hari jadi Pak Itam yang ke-85

Masyarakat yang melupakan jasa dan pengorbanan pejuang negara

Pak Itam sayu apabila masyarakat Langat tidak hadir dalam majlis sambutan hari jadinya seolah-olah mereka melupakan jasa dan pengorbanan Pak Itam

Masyarakat yang penyayang

Walaupun Pak Itam sudah bercerai dengan iaterinya tetapi dia tetap sayang dan mendoakan agar isterinya diberi kebahagian

Page 11: 3 Memori Seorang Tua

Masyarakat yang bersemangat tinggi untuk berkongsi pengalaman hidup

Pak Itam bersemangat tinggi membuat persiapan menyambut majlis hari jadinya kerana dia ingin berkongsi pengalaman hidupnya berjuang untuk negara dan bangsa

Nilai

Tanggungjawab Pak Itam bertanggungjawab untuk berkongsi pengalaman hidupnya dengan masyarakat akan perjuangannya terhadap bangsa dan negara

Bantu-membantu Tuk Mat membantu Pak Itam membuat persiapan majlis sambutan hari jadi Pak Itam hingga selesai

Mengenang jasa Masyarakat seolah-olah lupa akan jasa dan pengorbanan Pak Itam kerana tidak hadir ke majlis sambutan hari jadi Pak Itam

Kasih sayang Pak Itam sedih apabila mengenangkan isteri dan dua orang anaknya yang tidak pernah dijumpainya sehingga sekarang

Patriotik Pak Itam mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya berjuang untuk bangsa dan negara sehingga keluar masuk penjara dan kehilangan isteri dan anak-anak

Pengajaran

Kita hendaklah cinta akan negara dengan berjuang menentang penjajah

Pak Itam keluar masuk penjara kerana perjuangannya menentang penjajah dan mengangkat maruah bangsa Melayu

Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga

Walaupun sudah bercerai tetapi Pak Itam sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya dan sering berdoa supaya isterinya beroleh kebahagiaan

Kita hendaklah rajin membantu supaya beban mereka dapat diringankan

Tuk Mat dan penduduk kampung membantu Pak Itam membuat persiapan majlis sambutan hari jadi Pak Itam

Kita hendaklah mengenang jasa pejuang negara

Masyarakat perlu mengenang jasa dan pengorbanan pejuang tanah air kerana merekalah kita dapat hidup aman

Kita hendaklah berkongsi pengalaman hidup supaya masyarakat dapat jadikan pedoman

Pak Itam bersungguh-sungguh mengadakan majlis hari jadinya dengan menjemput seluruh penduduk Langat untuk berkongsi kisah perjuangannya

Gaya Bahasa

Bahasa asing – bahasa Inggeris

Hot, vision, Happy birthday to you

Sinkof Sudahlah pak, hari dah nak masuk zuhur, pergilah berehat

Pepatah Kebersihan sebahagian daripada imanSimile Pak Itam terasa dirinya kian mengecil seperti

sebiji debuPersonifikasi Tiba-tiba hatinya diintali kesayuan