3 fungsi seni islam

Upload: amalludin-amal-din

Post on 07-Jul-2015

263 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1. SUBJEK : MPW 1143 Pengajian Islam 2. TAJUK : Jelaskan 3 Fungsi Seni Islam

3. DISEDIAKAN OLEH :

a) AMALLUDIN BIN JAAFAR b) MOHD YUSOF B JAMALUDDIN c) MAHMUZIR BIN OSMAN d) MOHAMAD JAILANI BIN HUSSIN

AS1110749 AS1110711 AS1110714 AS1110659

4. PENSYARAH : TUAN HAJI ZULKIFLI BIN GHOZALI

A) DEFINISI SENI ISLAM Seni Islam bermaksud setiap yang halus, indah, lembut dan mententeramkan jiwa, sama ada suara, muzik, lukisan, ukiran dan sebagainya yang dicipta dan dipersembahkan mengikut lunas-lunas Islam. B) FUNGSI SENI ISLAM Di dalam Islam, seni haruslah memberi kesan kepada jiwa manusia untuk lebih dekat kepada Allah. Antara fungsinya ialah : 1. Menggiatkan akal atau merangsang minda supaya menyedari dan menghayati perkaitan antara seni dengan alam rohaniah dan alam fizikal, dan seterusnya menyedarkan dirinya tentang keagungan Allah, Tuhan pencipta alam. 2. Membina kekhusyukan dan ketenangan dalam jiwa kita kerana manusia secara fitrah gemar dan cintakan kepada sesuatu yang halus, elok, lembut, indah, senang didengar atau dilihat. Contohnya seeorang pelukis akan merasa tenang apabila melihat hasil karyanya yang elok dan cantik . Orang yang beriman akan bertambah rasa kesyukurannya di atas kurniaan Ilahi kepadanya. 3. Menanamkan rasa takwa kepada Allah melalui seni yang berpaksikan Tauhid, iaitu yakin dengan kewujudan Allah dan taat kepadanya. Ahli seni yang yakin dengan Allah, akan menjunjung semua perintah Allah s.w.t, dengan tidak melakukan sesuatu yang dilarang oleh Penciptanya.

C) RUMUSAN 1. Seni di dalam Islam mestilah berpaksikan kepada Tauhid dan menjurus ke arah pengabdian kepada Allah s.w.t.

2. Seni bertujuan membentuk seseorang menjadi baik, beradab, berbudi pekerti mulia dan halus perasaan. 3. Pelaksanaan dan pengendalian seni hendaklah mengikut cara yang dibenarkan dalam Islam.