3. faiz pt 3 edit latest

15
MEMO MERAH – PADAM BIRU – SUSUN SEMULA HIJAU – TAMBAH HITAM – FORMAT/EJAAN Rujuk web dbp untuk kesesu!n pen""unn k#s kt d$% kj!n !n! http://prpm.dbp.gov.my/ http://etesis.dbp.gov.my/ FORMAT FONT – ARIAL BUKAN TIM! N" ROMAN !MUA TA#UK $URUF B!AR INSTITUT PENDIDI&AN 'URU &AMPUS PEREMPUAN MELA(U MELA&A JABATAN PENDIDI&AN JASMANI DAN &ESIHATAN PJM )*+) PEN(ELIDI&AN TINDA&AN * MENIN'&AT&AN TE&NI& ASAS LARIAN MURID DEN'AN PEN''UNAAN ,IDEO MOHD &HAIRULFAI- BIN TAHIR .* 0 *1 *122.2 SE&OLAH &EBAN'SAAN SRI TAN'&A& LEDAN'3 JOHOR PRO'RAM PENSIS4A-AHAN 'URU PRO'RAM IJA-AH SARJANA MUDA PER'URUAN PENDIDI&AN JASMANI SE&OLAH RENDAH 5AMBILAN FEB 6 *67 MEI 6 *2

Upload: namaku-akira

Post on 02-Nov-2015

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

references

TRANSCRIPT

MEMO

MERAH PADAM

BIRU SUSUN SEMULA

HIJAU TAMBAH

HITAM FORMAT/EJAANRujuk web dbp untuk kesesuaian penggunaan kosa kata dalam kajian ini

http://prpm.dbp.gov.my/http://etesis.dbp.gov.my/FORMAT FONT ARIAL BUKAN TIMES NEW ROMAN

SEMUA TAJUK HURUF BESAR

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

MELAKA

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

PJM 3163PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 MENINGKATKAN TEKNIK ASAS LARIAN MURID DENGAN PENGGUNAAN VIDEO MOHD KHAIRULFAIZ BIN TAHIR

810701-01-5585

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI TANGKAK

LEDANG, JOHOR

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

PENDIDIKAN JASMANI SEKOLAH RENDAH

(AMBILAN FEB 2012)

MEI 2015

BILPERKARAMUKA SURAT

1PENGHARGAAN2

2 TAJUK KAJIAN:

KOORDINASI SEMASA AKTIVITI PERGERAKKAN LOKOMOTOR

NAMA PENYELIDIK

NAMA SEKOLAH3

3PENDAHULUAN4

4TINJAUAN LITERATUR5

5FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN5

6OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN6

7KUMPULAN SASARAN7

8TINDAKAN YANG DICADANGKAN9

9REFLEKSI17

10LAMPIRAN18

11RUJUKAN20

KANDUNGAN

HALAMAN1.0 PENDAHULUAN

1.1. PENGENALAN

2.0 TINJAUAN LITERATUR3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.1. Objektif Umum

4.2. Objektif Khusus

4.3. Soalan Kajian

5.0 KUMPULAN SASARAN

5.1. Senarai Nama Murid Yang Dipilih

6.0 TINDAKAN YANG DICADANG6.1. Perancangan Tindakan

6.1.1. Metodologi Cara pelaksanaan ujian (Ujian Pra/ Ujian Pasca)

6.2. Instrumen soal selidik

6.3. Perancangan Cara Mengumpul Data

6.3.1. Ujian Pra

6.3.2. Ujian Pasca

6.3.3. Soal Selidik

6.4. Perancangan Cara Mengalisis Data

6.5. Perancangan Pelaksanaan Tindakan

6.5.1. Jadual Pelaksanaan Kajian

6.5.2. Anggaran Kos Kajian

7.0 RUJUKAN

8.0 LAMPIRAN

8.1. Borang Skor Kemahiran Ujian Pra/Pasca

8.2. Borang Soal Selidik

1.0 PENDAHULUAN

1.1. PENGENALANMultimedia didefinisikan sebagai satu pakej bahan yang mengandungi kombinasi teks, grafik, animasi, audio dan video (Norhayati Abd Mukti & Siew Pei Hwa, 2004). Merujuk laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Kamus Dewan Edisi ke-4 (2015) memberi makna multimedia sebagai kata gabungan yang menunjukkan banyak dan kepelbagaian alat atau perantara komunikasi ataupun perhubungan. Kelebihan multimedia selain dari pemudah cara ia juga adalah sebagai pengganti atau menyokong kepada p&p serta sesi latihan yang dikendalikan oleh guru atau jurulatih dalam menyampaikan maklumat kepada para pelajar (Heinich, R, Molenda, M, Russel, J. D & Smaldino, 2002).

Perkembangan multimedia telah membantu guru dalam meningkatkan teknik pengajaran dan pengajaran masa kini (NAMA,TAHUN). Bagi seseorang guru, kemahiran teknologi multimedia banyak menolong dalam tugas harian seperti mencari maklumat untuk pengajaran, menyediakan bahan bantu mengajar, membina jadual waktu, dan penggunaan statistik untuk penilaian pelajar (Noriati A. Rashid et al, 2012). Kemahiran pengintegrasian multimedia dalam p&p (p&p) boleh membantu guru melaksanakan tugasnya dengan lebih efektif dan profesional untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan p&p (Noriati A Rashid et al, 2012). Oleh itu, melalui penggunaan multimedia dalam p&p telah membuka lembaran baru kepada guru untuk menyampaikan ilmu kepada murid dengan lebih mudah dan cepat. Antara tujuan pengintegrasian multimedia dalam p&p adalah untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajarannya (Noriati A Rashid et al, 2012). Secara tidak langsung, ia dapat menarik minat murid untuk belajar dan memahami tentang ilmu yang disampaikan oleh guru.

Penggunaan multimedia dalam sukan juga tidak terkecuali dalam menyampaikan sesuatu kemahiran, teknik dan taktikal kepada murid. Oleh itu, penggunaan multimedia dapat diaplikasikan kepada meningkatkan teknik asas larian murid dalam sukan olahraga. Teknik asas larian terbahagi kepada 3 fasa iaitu teknik permulaan larian, teknik asas larian dan teknik asas menamatkan larian. Berpandukan penggunaan p&p menggunakan multimedia, murid akan dapat memahami dengan lebih cepat dalam teknik asas larian. Ini disokong oleh pendapat Abang Ismail Abang Haji Julhi, Mohd. Taib Harun (2007), kaedah multimedia dalam sukan akan berjaya menarik minat pemain-pemain untuk mengaplikasi dan seterusnya mempraktikkan kemahiran.Penggunaan multimedia yang akan digunakan dalam kajian ini adalah videoMULTIMEDIA video akan digunakan dalam

2.0 TINJAUAN LITERATURRamai pengkaji yang telah menjalankan kajian mengenai peningkatan sesuatu kemahiran melalui multimedia dalam latihan. Antaranya, Menurut Abang Ismail Abang Haji Julhi, Mohd. Taib Harun (2007), kajian tentang keberkesanan penggunaan multimedia terhadap penguasaan kemahiran sukan bola baling yang memberi fokus terhadap kemahiran APA YANG MENGGUNAKAN MULTIMEDIA permainan bola baling. Kajian ini bertujuan untuk melihat implikasi penggunaan multimedia dalam sukan bola baling. Dapatan kajian tersebut menunjukkan kaedah multimedia dalam sukan bola baling akan berjaya menarik minat pemain-pemain untuk mengaplikasi dan seterusnya mempraktikkan kemahiran yang ditunjukkan dalam cakera padat. MANAKALA Ukasyah Dzul Bahak, Zulkifli Mat Som (2013), kajian tentang PENGGUNAAN multimedia DAPAT meningkatkan kemahiran menjaring atas kepala dalam permainan bola baling menggunakan multimedia. Dapatan kajian menunjukkan kemahiran menjaring atas kepala dalam permainan bola baling dapat ditingkatkan menggunakan kaedah multimedia. Kedua-dua kajian tersebut dapat dirumuskan bahawa penggunaan multimedia mampu menarik minat murid dalam sesi p&p malah dapat meningkatkan kemahiran murid dengan menggunakan multimedia. Mohd. Arif dan Mohd. Jasmy (2002), TELAH menjalankan kajian tentang implikasi teknologi maklumat dan komunikasi ke atas gaya pengajaran Pendidikan Jasmani yang memberi fokus terhadap kemahiran permainan bola tampar. Kajian ini bertujuan untuk melihat implikasi penggunaan multimedia dalam pengajaran Pendidikan Jasmani bagi kemahiran bola tampar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa PENGGUNAAN multimedia mampu mengubah gaya pengajaran seseorang guru Pendidikan Jasmani dalam meningkatkan lagi kemahiran permainan bola tampar. Implikasi daripada kajian ini juga mendapati bahawa masyarakat umumnya seharusnya sedar dan tahu bahawa aplikasi multimedia berkemampuan dijadikan sebagai tutor yang berkesan dalam era dunia tanpa sempadan.Kajian Perzylo (1993) dalam Mohd. Arif dan Mohd. Jasmy (2002), multimedia mengintegrasikan corak terbaik di antara pelbagai corak pembelajaran. Antara kebaikan yang bermakna dalam penggunaan multimedia untuk pembelajaran termasuklah persembahan maklumat pelbagai gaya pembelajaran. Di samping itu, pembelajaran dengan kelajuan sendiri dan pelajar dapat menguasai setiap peringkat, selain dapat menambahkan capaian kepada pendidikan dalam subjek tertentu walaupun kekurangan tenaga pengajar dalam mata pelajaran tertentu. Kaedah PENGGUNAAN multimedia juga memberi persembahan maklumat yang dapat dilihat serta menarik dengan satu persembahan secara berbunyi yang menambahkan minat, meningkatkan daya peringatan dan memperbaiki kadar kejayaan. Kelebihan yang lain pula ialah, penambahan kawalan dan kebebasan adalah diperkenalkan ke atas proses pembelajaran.

Melalui dapatan dari kajian-kajian lepas, penggunaan multimedia mendapat tempat daripada kalangan penyelidik untuk menguji keberkesanan dalam meningkatkan sesi pengajaran & pembelajaran dan memberikan persembahan yang memberangsangkan dalam meningkatkan kemahiran latihan sukan. Kajian-kajian tersebut menjelaskan penggunaan multimedia amat bersesuaian dalam bidang pendidikan serta menepati sistem latihan sukan dan permainan. Dari kajian-kajian yang ditemui, para pengkaji hanya tertumpu kepada permainan sahaja. Masih belum ada lagi kajian penggunaan multimedia dalam bidang sukan olahraga. Oleh itu, pengkaji akan menguji keberkesanan penggunaan multimedia dapat meningkatkan teknik asas larian terhadap murid-murid.3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINANKajian ini bertujuan mengkaji penggunaan multimedia @ video terhadap peningkatan penguasaan murid dalam teknik asas larian. Melalui penggunaan multimedia, murid akan dipaparkan cara pergerakan dan perlakuan dengan teknik yang betul. Kajian ini penting kerana penggunaan multimedia mampu membantu murid meningkatkan kefahaman teknik asas larian dengan mudah. Oleh itu, pengkaji akan melaksanakan satu pemerhatian berstruktur melalui ujian pra yang merupakan ujian awal untuk memperoleh data bagi mengenal pasti masalah sebenar yang wujud dalam teknik asas larian. Semasa ujian dijalankan, pengkaji akan menyediakan jarak larian sejauh 30 meter. Setiap orang murid hanya dibenarkan dua kali percubaan sahaja. Murid akan dinilai berdasarkan perlakuan yang memenuhi teknik asas larian. Terdapat tiga kriteria yang dinilai oleh pengkaji iaitu teknik asas permulaan larian, teknik asas berlari, dan teknik asas menamatkan larian. INI BOLEH DIMASUKKAN DALAM LANGKAH TINDAKAN KAJIANBILNAMAJANTINAMARKAHUMUR

1AHMAD MUHAIMIN B MOHD KHALIDLelaki8/810 tahun

2MUHAMMAD HAKIM B ABDUL LATIFLelaki3/810 tahun

3MUHAMMAD HAKIM BIN ABDULLAHLelaki2/510 tahun

4MUHAMMAD HAZIM BIN HUSNYLelaki2/510 tahun

5MUHAMMAD KHAIRUL ASYRAF B HASNUL HADILelaki2/510 tahun

6MUHAMMAD KHAIRUL FITRI BIN HASNUL HADILelaki2/510 tahun

7MUHAMMAD LUQMAN AKID BIN ABDUL KARIMLelaki2/510 tahun

8MUHAMMAD NASRUL IQBAL BIN MALLEYLelaki3/510 tahun

9MUHAMMAD NUR IMAN BIN MOHD HISHAMLelaki3/510 tahun

10MUHAMMAD ZIKRI B ZAKIFRILelaki2/510 tahun

4.0 OBJEKTIF KAJIAN4.1. Objektif Umum :-i. Meningkatkan kemahiran murid dalam MEMAHAMI teknik asas larian.

4.2. Objektif Khusus :-Meningkatkan kemahiran teknik asas larian yang merangkumi tiga kriteria iaitu teknik asas berlari, teknik asas permulaan dan tenik asas menamatkan larian.

Soalan Kajian :-

Adakah penggunaan video membantu murid memahami teknik asas larian? SOALSELIDIKAdakah penggunaan video meningkatkan kemahiran teknik asas permulaan larian? UJIAN PRA/PASCA DATA SEBELUM DAN DATA SELEPASAdakah penggunaan multimedia meningkatkan kemahiran teknik asas berlari? UJIAN PRA/PASCA DATA SEBELUM DAN DATA SELEPASAdakah penggunaan multimedia meningkatkan kemahiran teknik asas menamatkan larian? UJIAN PRA/PASCA DATA SEBELUM DAN DATA SELEPASAdakah penggunaan multimedia meningkatkan kemahiran teknik asas larian Sebelum dan selepas? UJIAN PRA/PASCA DATA SEBELUM DAN DATA SELEPAS

5.0 KUMPULAN SASARANKumpulan sasaran ialah murid Tahun Empat seramai 10 orang murid lelaki yang bersekolah di SK Sri Tangkak, Ledang, Johor. Murid-murid dipilih melalui kelemahan pelaksanaan amali ketika p&p dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Rasional untuk memilih murid-murid ini kerana mereka tidak dapat mengaplikasikan pengajaran dengan baik dalam teknik asas larian tanpa menggunakan multimedia.5.1. Senarai SUBJEK @ RESPONDEN Nama Murid Yang Dipilih

BILNAMAJANTINAMARKAHUMUR

1AHMAD MUHAIMIN B MOHD KHALIDLelaki3/510 tahun

2MUHAMMAD HAKIM B ABDUL LATIFLelaki3/510 tahun

3MUHAMMAD HAKIM BIN ABDULLAHLelaki2/510 tahun

4MUHAMMAD HAZIM BIN HUSNYLelaki2/510 tahun

5MUHAMMAD KHAIRUL ASYRAF B HASNUL HADILelaki2/510 tahun

6MUHAMMAD KHAIRUL FITRI BIN HASNUL HADILelaki2/510 tahun

7MUHAMMAD LUQMAN AKID BIN ABDUL KARIMLelaki2/510 tahun

8MUHAMMAD NASRUL IQBAL BIN MALLEYLelaki3/510 tahun

9MUHAMMAD NUR IMAN BIN MOHD HISHAMLelaki3/510 tahun

10MUHAMMAD ZIKRI B ZAKIFRILelaki2/510 tahun

JELASKAN BAGAIMANA DATA @ MARKAH INI DIKUMPULKAN PERLUKAN PENERANGAN ATAU LAMPIRAN BERKAITAN6.0 TINDAKAN YANG DICADANGPemerhatian berstruktur

Perkara yang hendak dikenal pasti terlebih dahulu ialah melibatkan kriteria-kriteria perlakuan dalam fasa lakuan teknik asas larian. Pemerhatian berstruktur ini dilakukan menggunakan senarai semak seperti ditunjukkan pada tajuk cara menganalisis data. Pengkaji akan menyediakan borang berbentuk Skala Likert iaitu teknik asas larian yang mengandungi tiga kriteria. Skala Likert terdiri daripada tiga tahap iaitu lemah, sederhana, dan baik. Contohnya, murid yang lemah mendapat skor (1-2), murid yang sederhana mendapat skor (3-4), dan murid yang baik mendapat skor (5).

SERTAKAN LAMPIRAN BERKAITAN DAN KEPUTUSAN 6.1. Perancangan Tindakan

JELASKAN DENGAN JADUAL YANG SESUAI KEMUDIAN BARU BERI PENERANGAN SETIAP LANGKAH YANG DIPILIHDalam menjalankan kajian, pengkaji akan melaksanakan pemerhatian berstruktur melalui ujian pra bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid. Pemerhatian berstruktur ini dilaksanakan berpandukan tiga kriteria iaitu teknik asas permulaan larian, teknik asas berlari dan teknik asas menamatkan larian. Hal ini adalah untuk mendapatkan maklumat awal serta mengenal pasti tahap kemampuan yang boleh dilakukan oleh murid. Data yang diperoleh melalui ujian pra akan memudahkan pengkaji untuk menjalankan kajian ini. Seterusnya, ia akan memudahkan pengkaji untuk mengetahui tahap awal murid sebelum latihan menggunakan multimedia diberikan kepada murid-murid.

Kemudian, penggunaan multimedia ditayangkan kepada murid bagi meningkatkan teknik asas larian ke tahap yang lebih baik. Pengkaji akan memberikan penerangan kepada murid melalui tayangan multimedia diikuti dengan latihan teknik asas larian. Tempoh latihan dijalankan selama seminggu di mana latihan dijalankan 5 hari dalam hari persekolahan. Latihan ini bertujuan untuk memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran teknik asas larian dengan sempurna dan selamat.

Setelah tamat menjalani latihan, pengkaji akan melaksanakan ujian pasca. Ujian pasca ini merangkumi tiga kriteria iaitu teknik asas permulaan larian, teknik asas larian dan teknik asas menamatkan larian sama seperti ujian pra. Seterusnya, pengkaji akan mengumpul data berpandukan keseluruhan kriteria yang telah dilaksanakan untuk menilai semula keberkesanan tahap penguasaan murid. Melalui data, pengkaji akan menganalisis dengan teliti dan terperinci bagi mengesahkan data yang telah diperoleh. SERTAKAN INTERVENSI @ RAWATAN YANG TELAH DIJALANKAN, LANGKAH2 YANG DIAMBIL DIPERINCIKAN 6.2. Perancangan Cara Mengumpul Data

6.2.1. Ujian PraAPAKAH UJIAN YANG DIGUNAKAN PERLU DIJELASKAN BAGI MEMBERI INFO TERHADAP PEMBACA KAJIAN INI-SERTAKAN LAMPIRAN YANG BERKAITANUjian pra akan diberikan kepada kumpulan kajian setelah membuat pemerhatian terhadap murid. Ujian pra diberikan untuk mengukur perbezaan jumlah ketepatan murid dalam teknik asas larian yang merangkumi tiga kriteria. Setiap murid akan diberikan dua percubaan dan pengkaji akan merekodkan data dalam borang disediakan. Data yang diperoleh akan digunakan untuk membuat perbandingan di dalam ujian pasca nanti. Perbandingan data akan dipaparkan dalam bentuk graf bagi memudahkan proses interpretasi data.6.2.2. Ujian PascaAPAKAH UJIAN YANG DIGUNAKAN PERLU DIJELASKAN BAGI MEMBERI INFO TERHADAP PEMBACA KAJIAN INI-SERTAKAN LAMPIRAN YANG BERKAITANUjian pasca dijalankan selepas pengajaran menggunakan kaedah multimedia diberikan kepada murid setelah mereka berlatih mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pengkaji. prosedur ujian adalah sama seperti ujian pra, iaitu kesemua peserta diberikan dua kali percubaan. Ujian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbandingan antara ujian pra dan ujian pasca yang telah dijalankan. Data yang diperoleh akan dipaparkan dalam bentuk graf bagi memudahkan proses perbandingan dan interpretasi data.

6.2.3. Soal SelidikAPAKAH SOALSELIDIK YANG DIGUNAKAN PERLU DIJELASKAN BAGI MEMBERI INFO TERHADAP PEMBACA KAJIAN INI-SERTAKAN LAMPIRAN YANG BERKAITANSoal selidik ialah suatu alat atau instrumen pengumpulan data yang tidak memerlukan pengkaji bersoal jawab dengan murid. Soal selidik dibuat bagi mengetahui minat murid terhadap kaedah multimedia yang digunakan dalam melakukan kemahiran teknik asas larian. Hanya dua skala yang terlibat dalam soal selidik ini iaitu Ya dan Tidak. Borang soal selidik ini hanya mempunyai enam soalan berkaitan minat dan kefahaman murid tentang kaedah multimedia yang digunakan. Borang soal selidik akan di edar setelah tamat ujian pasca. Sebelum menjawab, pengkaji akan memberikan penerangan tentang cara menjawab soalan. Hal ini adalah bagi memastikan murid faham dan dapat menjawab soalan dengan betul.6.3. Perancangan Cara Menganalisis DataBil.AktivitiTarikh Pelaksanaan

1.Mengenal pasti masalah

2.Mencari bahan kajian di perpustakaan dan internet

3.Penulisan Kertas Cadangan Kajian

4.Perjumpaan bersama Penyelia

5.Pelaksanaan Ujian Pra

6.Tayangan multimedia kepada murid dan latihan teknik asas larian

7.Pelaksanaan Ujian Pasca dan Soal Selidik

8.Analisis Data dan Perbincangan

9.Penulisan Kajian Tindakan

10.Perjumpaan bersama Penyelia

Kajian ini adalah berbentuk eksperimental yang melibatkan ujian pra dan ujian pasca. Kesemua data yang diperoleh akan dianalisis bagi mendapatkan nilai min dengan menggunakan Microsoft Office Excel. Seterusnya hasil analisis akan dipaparkan dalam bentuk jadual dan juga graf bar bagi memudahkan proses interpretasi data.6.4. Perancangan Pelaksanaan TindakanSIFAR6.4.1. Jadual Pelaksanaan Kajian

HariTindakanMasa

Ahadi. Mengadakan Ujian Pra30 minit

Isnini. Tayangan Multimedia

ii. Latihan Teknik Asas Larian1 jam

Selasai. Tayangan Multimedia

ii. Latihan Teknik Asas Larian1 jam

Rabui. Tayangan Multimedia

ii. Latihan Teknik Asas Larian1 jam

Khamisi. Mengadakan Ujian Pasca

ii. Menjawab Soal Selidik1 jam

6.4.2. Anggaran Kos Kajian ARIALFONT YANG DIGUNAKAN DALAM JADUAL INI TIMES NEW ROMAN - YOOOBilBahanBilangan unitHarga seunit (RM)Jumlah Harga (RM)

1Kertas A41 rim12.0012.00

2.Dakwat4 botol20.0080.00

3.Pensel12 batang1.0012.00

4.Komputer Riba1Persendirian-

5.LCD1Sumbangan Sekolah-

6.Reben13.003.00

7.Skitel4Sumbangan Sekolah-

JUMLAH107.00

RUJUKANAbang Ismail bin Abang Haji Julhi dan Mohd. Taib bin Harun. (2007). Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Penguasaan Kemahiran Sukan Bola Baling. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang.

Heinich, R, Molenda, M, Russel, J. D & Smaldino. 2002. Instructional media and the new technologies of instruction. United State of America: John Wiley & Sons. Inc.

Mohd. Arif & Mohd. Jasmy. 2002. Implikasi teknologi maklumat dan komunikasi ke atas gaya pengajaran pendidikan jasmani. Fokus terhadap kemahiran permainan bola tampar. Prosiding Seminar Kebangsaan profesion perguruan 2002. Universiti Kebangsaan Malaysia: hlm. 375 391.Norhayati Abd Mukti & Siew Pei Hwa. 2004. Malaysian Perspective: Designing Interactive Multimedia Learning Environment for Moral Values Education. Educational Technology & Society, 7 (4), 143-152.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhariah Syed Ahmad, Wan Kamaruddin Wan Hasan. 2012. Teknologi Dalam P&p, Edisi Kemas Kini, Siri Pendidikan Guru. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Ukasyah Dzul Bahak & Zulkifli Mat Som (2013). Prosiding Jilid 2, Seminar Penyelidikan Pelajar PISMP AMBILAN JANUARI 2010, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

LAMAN WEB

http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2007/physedn/abgismailIPBLfp.pdf Dilayari pada Januari 23, 2015https://panitiapemulihan.wordpress.com/2012/02/20/apa-itu-ujian-saringan-ujian-diagnostik/ Dilayari pada Mac 16, 2015

https://www.academia.edu/8856069/INSTITUT_PENDIDIKAN_GURU_KAMPUS_TEMENGGUNG_IBRAHIM_JALAN_DATIN_HALIMAH_80350_JOHOR_BAHRU_JOHOR_KEBERKESANAN_PENGGUNAAN_MULTIMEDIA Dilayari pada Januari 23, 2015LAMPIRAN6.5. Borang Skor Kemahiran Ujian Pra/Pasca6.6. Borang Soal Selidik Tayangan MultimediaBORANG SKOR UJIAN KEMAHIRAN

Nama : ______________________________________

1. Ujian Kemahiran Teknik Asas Permulaan LarianUjian

Teknik Asas Menamatkan LarianPercubaan 1Percubaan 2Skor Terbaik

Ujian Pra123451234512345

//4

Ujian Pasca123451234512345

2. Ujian Kemahiran Teknik BerlariUjian

Teknik Asas Menamatkan LarianPercubaan 1Percubaan 2Skor Terbaik

Ujian Pra123451234512345

//4

Ujian Pasca123451234512345

3. Ujian Kemahiran Teknik Asas Menamatkan Larian

Nama: Bulan

Ujian

Teknik Asas Menamatkan LarianPercubaan 1Percubaan 2Skor Terbaik

Ujian Pra123451234512345

//4

Ujian Pasca123451234512345

Ujian PraUjian

Teknik Asas Menamatkan LarianPercubaan 1Percubaan 2Skor Terbaik

Skor 123451234512345

Bulan

Bintang

Ayim

Anu

Abu

Ayu

Aku

Abi

Abu

Abu

Ujian PascaUjian

Teknik Asas Menamatkan LarianPercubaan 1Percubaan 2Skor Terbaik

Skor 123451234512345

Bulan

Bintang

Ayim

Anu

Abu

Ayu

Aku

Abi

Abu

Abu

Perbandingan Data Antara Responden@Subjek

Ujian

Teknik Asas Menamatkan LarianUjian Pra Ujian Pasca Terbaik

Skor 1234512345

Bulan

Bintang

Ayim

Anu

Abu

Ayu

Aku

Abi

Abu

Abu

Graf

Ujian PascaUjian

Teknik Asas Menamatkan LarianPercubaan 1Percubaan 2Skor Terbaik

Bulan 123451234512345

//4

123451234512345

SkorPencapaian

5Baik

3 - 4Sederhana

1 - 2Lemah

LAMPIRAN ABORANG SOAL SELIDIK TAYANGAN VIDEO UNTUK P&P Nama : _____________________________________________

Arahan : Sila tandakan ( / ) pada ruangan yang berkenaan.SoalanSkala

YaTidak

1. Adakah penggunaan VIDEO menarik perhatian anda untuk belajar?

2. Adakah faham tentang apa yang disampaikan di dalam tayangan multimedia tersebut?

3. Adakah penggunaan multimedia dapat membantu anda meningkatkan kemahiran teknik asas permulaan larian?

4. Adakah penggunaan multimedia dapat membantu anda meningkatkan kemahiran teknik asas berlari?

5. Adakah penggunaan multimedia dapat membantu anda meningkatkan kemahiran teknik asas menamatkan larian?

6. Adakah tayangan multimedia dapat membantu guru dalam proses p&p untuk meningkatkan pemahaman anda dalam teknik asas larian?

JUMLAH

Komen pelajar