2.acara-balapan

17
TAJUK 2 : ACARA BALAPAN – LARI PECUT ( 100 Meter ) Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan, perbincangan mengenai fasa-fasa dan peraturan-peraturan lari pecut. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. menjelaskan teknik asas lari pecut dengan cara yang betul. 2. menjelaskan fasa-fasa dalam lari pecut. 3. menjelaskan undang-undang dan peraturan dalam acara lari pecut. Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Pendahuluan Anda tentu dapat mengenali acara-acara trek atau balapan kerana acaranya adalah acara-acara yang berbentuk larian di trek. Di peringkat antarabangsa, trek mengandungi lapan lorong sejauh 400 meter. Tiap-tiap lorong lebar minima 1.22 meter dan maksima 1.25 meter . Di peringkat sekolah, panjang trek boleh diubah suai kepada 200 meter atau 300 meter jika padang sekolah tidak cukup besar untuk Acara Balapan Lari Pecut Lari Jarak Sederhana Lari Berganti- ganti

Upload: lenny-mangai

Post on 11-Jan-2016

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

2.acara-balapan

TRANSCRIPT

Page 1: 2.acara-balapan

TAJUK 2 : ACARA BALAPAN – LARI PECUT ( 100 Meter )

Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan, perbincangan mengenai fasa-fasa dan

peraturan-peraturan lari pecut. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai

bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:

1. menjelaskan teknik asas lari pecut dengan cara yang betul.2. menjelaskan fasa-fasa dalam lari pecut.3. menjelaskan undang-undang dan peraturan dalam acara lari pecut.

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Pendahuluan

Anda tentu dapat mengenali acara-acara trek atau balapan kerana acaranya adalah acara-acara

yang berbentuk larian di trek. Di peringkat antarabangsa, trek mengandungi lapan lorong sejauh

400 meter. Tiap-tiap lorong lebar minima 1.22 meter dan maksima 1.25 meter . Di peringkat

sekolah, panjang trek boleh diubah suai kepada 200 meter atau 300 meter jika padang sekolah

tidak cukup besar untuk trek 400 meter.

Sub Tajuk 2.1 : Lari pecut 100 meter

Lari pecut 100 meter memerlukan seseorang berlari sepantas mungkin dalam jarak dekat yang

Acara Balapan

Lari Pecut Lari Jarak Sederhana

Lari Berganti-ganti

Page 2: 2.acara-balapan

memerlukan tenaga yang tinggi iaitu sistem tenaga anaerobik. Faktor yang mempengaruhi

kepantasan ialah kekerapan langkah dan panjang langkah. Dalam pertandingan, acara lari pecut

menggunakan teknik permulaan gaya dekam.

Lari pecut boleh dibahagikan kepada fasa-fasa berikut:

i. Fasa permulaan

Kedudukan Dekam

Permulaan Gaya peluru:

Page 3: 2.acara-balapan

Berdiri di blok, rapat kepada garisan

Blok hadapan diletak 1 ½ tapak dari garisan permulaan dan blok

belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan

Letakkan kaki di blok

Jari kaki belakang segaris dengan tumit kaki hadapan

Ruang di antara 2 tapak kaki adalah seluas buku penumbuk

Permulaan Gaya Sederhana (Medium)

Blok di hadapan berada 1 ½ tapak dari garisan permulaan dan blok

belakang 2 tapak dari bahagian hadapan blok hadapan

Lutut kaki belakang segaris dengan hujung jari kaki hadapan

Ruang di antara 2 tapak kaki adalah seluas buku penumbuk

Permulaan Gaya Panjang (Elongated)

Blok hadapan diletak 1 ½ tapak dari garis permulaan dan blok

belakang 3 tapak dari bahagian hadapan blok hadapan

Lutut kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki

hadapan

Ruang di antara 2 tapak kaki adalah seluas buku penumbuk

Kedudukan tangan, kepala dan leher

Kedua belah tangan lurus dan dibuka seluas bidang bahu.

Ibu jari dan jari penunjuk dibuka luas dengan jari-jari lain rapat di antara satu

sama lain, diletak di belakang garis permulaan.

Kepala dan leher didongak, mata pandang ke hadapan

Kedudukan Sedia

Badan diangkat dan condong ke hadapan

Kedua tangan lurus menahan berat badan

Kaki belakang hampir lurus

Kepala pandang hadapan (1 – 1.5 meter)

Kedudukan Berlepas

Page 4: 2.acara-balapan

Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan pantas serta

tahap rendah

Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya

Dimulakan dengan larian / pecutan dalam jarak 30 – 60 meter,

kedudukan badan condong ke hadapan dan mula menegak

Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini

ii. Fasa Larian

Lutut diangkat tinggi dengan langkahan panjang dan pantas.

Kedudukan badan mula menegak dan kedudukan kepala memandang ke

hadapan dalam keadaan rehat.

Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

Berlari dengan tahap kelajuan maksima sehingga ke garisan penamat.

iii. Fasa penamat

Faktor yang paling penting untuk menamatkan larian ialah untuk

berlari 10 m lebih dari jarak larian sebenar.

Contoh :- Larian untuk larian 100m, pelari haruslah berlari untuk 110 m.

Atlit akan terus memecut serta mengekalkan kelajuan melintasi

garisan penamat.

Tonjolkan bahagian torso (badan-dada) ke hadapan

Bahu diangkat dan tangan ditarik ke belakang

Peraturan Dan Undang-undang Lari Pecut;

Peserta hendaklah berlari dalam lorong masing-masing Peserta hendaklah menggunakan blok mula semasa permulaan larian Semua peserta mesti memakai sekurang-kurangnya tanda nombor di depan dan di

belakang baju Jika memakai ‘spike’ bilangan pepaku hendaklah tidak melebihi 11 batang dan tidak boleh

melebihi 9 mm panjangnya Peserta yang melakukan salah mula semasa permulaan akan disingkirkan dari

pertandingan tanpa amaran ( termasuk semua acara-acara balapan yang lain ).

Page 5: 2.acara-balapan

Aktiviti 2

1. Senaraikan 3 gaya untuk permulaan lari pecut.

2. Berdasarkan pembacaan anda, nyatakan perbezaan utama dalam ketiga-tiga gaya permulaan lari pecut.

TAJUK 3 : ACARA BALAPAN – LARI PECUT ( 200 Meter Dan 400 Meter )

Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan, perbincangan mengenai teknik larian

200 meter dan 400 meter serta teknik larian di selekoh. Modul ini juga dibekalkan dengan

soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:

Page 6: 2.acara-balapan

1. menjelaskan teknik asas lari pecut 200 meter dan 400 meter.2. menjelaskan dan melakukan teknik larian di selekoh dengan teknik yang betul.

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Pendahuluan

Untuk lari pecut 200 meter dan 400 meter, semua fasa-fasa larian adalah sama dengan lari pecut

100 meter yang memerlukan seseorang berlari sepantas mungkin yang memerlukan tenaga yang

tinggi iaitu sistem tenaga anaerobik. Faktor yang mempengaruhi kepantasan ialah kekerapan

langkah dan panjang langkah.

Sub Tajuk 3.1 : Lari Pecut 200 meter dan 400 meter

Teknik Lari Pecut 200 meter dan 400 meter

Acara Balapan

Lari Pecut( 200 M & 400

M )

Lari Jarak Sederhana

Lari Berganti-ganti

Page 7: 2.acara-balapan

Berlari dengan hujung kaki.

Berlari langkah panjang dengan lutut diangkat sekurang-kurang aras pinggang.

Berlari dengan pecutan yang makin meningkat dari awal permulaan hingga ke

penamat.

Berlari seberapa hampir dengan garisan bahagian dalam lorong masing-masing

terutama di selekoh.

Berlari dengan kedudukan badan condong ke kiri semasa di selekoh

Sebaik-baiknya pelari berlari terus melepasi garisan penamat tanpa memikirkan untuk

mendada.

Aktiviti 3

1. Berdasarkan pembacaan anda, terangkan bagaimana corak larian di selekoh yang sebaiknya.

2. Senaraikan ciri-ciri pelari pecut yang baik.

TAJUK 4 : ACARA BALAPAN – LARI JARAK SEDERHANA

Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan dan perbincangan tentang jenis-jenis

acara lari jarak sederhana, ciri-ciri pelari, teknik larian dan peraturan-peraturan larian jarak

sederhana. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:

1. menyatakan jenis-jenis acara yang terdapat dalam kategori lari jarak sederhana.2. menjelaskan teknik larian jarak sederhana dengan cara yang tepat.3. menyatakan dan mengenalpasti ciri-ciri seorang pelari jarak sederhana yang berkesan4. menyatakan peraturan larian jarak sederhana.

Page 8: 2.acara-balapan

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Sub Tajuk 4.1 : Lari Jarak Sederhana

Larian jarak sederhana memerlukan daya tahan, dayatahan kelajuan dan kelajuan terutama

semasa menghampiri garisan penamat. Bentuk dan pendekatan latihan lari jarak sederhana

sedikit berbeza dengan lari pecut terutama dari segi jenis-jenis latihan dan juga intensiti latihan.

Larian Jarak Sederhana

800 meter 1500 meter

Ciri-ciri Pelari Jarak Sederhana

Pelari yang mengambil bahagian dalam acara-acara jarak sederhana perlu mempunyai

ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri adalah seperti berikut:

Mempunyai keupayaan fizikal dan mental yang tinggi.

Bijak mewujudkan pendekatan terbaik untuk lariannya tanpa banyak terpengaruh

dengan corak larian peserta lain.

Memerlukan taktik, strategi dan psikologi yang tinggi semasa mengambil bahagian

dalam larian.

Mempunyai keseimbangan yang tinggi antara kelajuan, ketahanan kelajuan dan

dayatahan semasa berlari.

Teknik Larian

Teknik larian bermaksud cara pelari melakukan larian dari permulaan larian sehingga ke penamat larian.

Permulaan Larian

Semua permulaan bagi lari jarak sederhana adalah sama iaitu dengan gaya berdiri.

Acara Balapan

Lari PecutLari Jarak

Sederhana ( 800 m & 1500 m )

Lari Berganti-ganti

Page 9: 2.acara-balapan

Permulaan larian dilakukan oleh pelepas di tempat permulaan dengan arahan ’ Ke

garisan!!, dan tembakan pistol dilepaskan’.

Dalam semua acara larian jarak sederhana dan jarak jauh, pelari akan berlari

dipermulaan ’mess start’ iaitu bermula di garisan lengkung secara beramai-ramai

dan terus masuk ke lorong sebelah dalam.

Bagi acara 800 meter, pelari akan bermula larian dengan dua cara iaitu:

Jika peserta lebih dari 8 orang, pelari akan bermula larian dengan cara ’mess

start’ iaitu bermula di garisan lengkung beramai-ramai.

Jika peserta 8 orang dan kurang, pelari akan bermula di garisan permulaan satu

setengah ’stagger’ dengan pelari akan berlari di lorong masing-masing sehingga

selepas 100 meter barulah pelari memotong masuk ke lorong sebelah dalam.

Semasa Larian

Teknik-teknik larian bergantung kepada bentuk badan serta kekuatan ayunan kaki dan

tangan pelari. Kombinasi keseluruhan badan akan memberi kelebihan dan kekuatan

untuk bergerak dengan lebih pantas. Bagaimana pun latihan sistematik adalah penting

bagi penyesuaian diri pelari tersebut dengan acara yang disertainya.

Teknik berlari dengan betul:

Semasa berlari, kedudukan badan pelari hendaklah dalam keadaan tegak dengan

kepala pada kedudukan selari dengan torso serta dalam situasi menegak dan

seimbang.

Pelari hendaklah mengelak dari menoleh ke belakang atau ke sebelah.

Mata pelari hendaklah ditumpukan pada satu titik lebih kurang tiga meter

dihadapannya.

Berlari di lorong paling dalam.

Berlari mengikut rentak keupayaan sendiri

Meningkatkan dan mengekalkan kelajuan sepanjang larian.

Elak memotong pelari lain di bahagian selekoh balapan

Menamatkan Larian

Cara menamatkan larian adalah sama dengan acara-acara larian yang lain iaitu dengan

Page 10: 2.acara-balapan

menghampiri bahagian torso ke garisan penamat.

Peraturan Larian Jarak Sederhana

Permulaan larian menggunakan gaya berdiri

Bagi acara 800 meter dengan garis permulaan satu setengah ’stagger’, peserta akan

berlari mengikut lorong masing-masing sehingga ke 100 meter pertama dan selepas

melintasi satu garisan lengkung yang ditanda dengan bendera di luar balapan,

peserta bebas memasuki lorong yang dikehendaki.

Perlakuan menghalang pelari lain dikira satu kesalahan dan larian pelari tersebut

boleh dibatalkan.

Aktiviti 4

1. Dengan merujuk kepada pembacaan di internet dan juga buku yang berkaitan, apakah latihan yang sesuai untuk dijalankan ke atas atlet sekolah yang mengambil bahagian dalam larian jarak sederhana ini?

Page 11: 2.acara-balapan

TAJUK 5 : ACARA BALAPAN – LARI BERGANTI-GANTI

Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan, perbincangan, peraturan-peraturan lari

berganti-ganti dan teknik larian. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai

bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:

1. menjelaskan fasa-fasa dalam larian semasa memberi dan menerima baton.2. menjelaskan undang-undang dan peraturan dalam lari berganti - ganti

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Sub Tajuk 5.1: Lari Berganti-ganti

Acara ini memerlukan sekumpulan peserta yang terdiri daripada empat orang, berlari mengikut

Acara Balapan

Lari Pecut Lari Jarak Sederhana

Lari Berganti-

ganti

Page 12: 2.acara-balapan

jarak tertentu, secara bergilir-gilir dengan sepantas yang mampu. Faktor pertukaran baton yang

cekap dan licin merupakan faktor penentu kemenangan dalam acara ini. Pertukaran baton perlu

dilakukan dalam zon pertukaran baton iaitu sepanjang 20 meter.

Page 13: 2.acara-balapan

Zon Pertukaran Baton

Zon Menerima baton Zon Menunggu

10.00 m 10.00 m 10.00 m

Peraturan 170 : Lari berganti-ganti

Garisan-garisan setebal 5 sm hendaklah dibuat merentasi balapan bagi

menandakan jarak peringkat larian dan menentukan garisan pembahagi.

Setiap zon pertukaran baton hendaklah sepanjang 20 m dengan garisan pembahagi

di tengah-tengahnya.

Garisan tengah zon pertukaran baton pertama 4 x 400 m ( atau zon pertukaran

baton kedua 4 x 200 m) sama dengan garisan permulaan 800 m.

Zon pertukaran baton kedua dan terakhir 4 x 400 m ialah garisan 10 m di kedua-dua

belah garisan permulaan/ penamat

Lari berganti-ganti 4 x 100 m dan kalau boleh 4 x 200 m hendaklah dijalankan

dalam lorong sepenuhnya.

Dalam 4 x 100 m dan 4 x 200 m, pelari-pelari kecuali pelari pertama sesuatu

pasukan itu boleh memulakan lariannya tidak melebihi 10m keluar daripada zon

pertukaran baton. Satu tanda yang jelas akan diletakkan pada setiap lorong bagi

menandakan had luar zon.

Bagi 4 X 400 m, pelari pertama berlari dalam lorong sendiri; pelari kedua berlari 100

m dalam lorong sendiri sehingga ke garisan memotong masuk lorong pertama (cut

in line) selepas itu masuk ke lorong pertama. Pelari ketiga dan keempat akan

menerima baton mengikut susunan kedudukan di selekoh 200 m. Peraturan ini

dikuatkuasakan jika terdapat lebih daripada 4 pasukan.

Baton hendaklah diserahkan di dalam zon sambut. Kedudukan baton yang menjadi

penentu bukan kedudukan tubuh, kaki atau tangan peserta.

Peserta tidak boleh menghalang atau mengganggu peserta lain.

Komposisi dan susunan larian peserta-peserta dalam pasukan hendaklah

Page 14: 2.acara-balapan

diisytiharkan secara rasmi sejam sebelum masa panggilan pertama pusingan

pertama. Setelah pertandingan bermula hanya dua peserta boleh digantikan.

Aktiviti 5

1. Apakah fasa-fasa yang terdapat dalam acara lari berganti-ganti?

2. Berdasarkan pembacaan anda, bincangkan bagaimana untuk meningkatkan kelancaran pertukaran baton dalam acara lari berganti-ganti.