28052015-sppk-panduan penulisan prosiding sppk2015_28052015

Upload: sitihashidah

Post on 05-Nov-2015

25 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

l

TRANSCRIPT

  • 0

    PANDUAN PENULISAN ARTIKEL

    PROSIDING

    Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 2015 5-7 Ogos 2015

    Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas,

    Jalan Yaacob Latif, 56000, Cheras,

    Kuala Lumpur

    Anjuran

    IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

    IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur

    IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur

    IPG Kampus Ipoh, Hulu Kinta

    IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi

    Dengan kerjasama

    Institut Pendidikan Guru Malaysia,

    Kementerian Pendidikan Malaysia, Cyberjaya

    Disediakan oleh: Sekretariat Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 2015 Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas Mei 2015

  • 1

    1.0 OBJEKTIF Garis panduan ini disediakan sebagai panduan bagi menulis artikel yang akan dimuatkan dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 2015 (SPPK2015). 2.0 PENGENALAN SPPK2015 akan menerbitkan prosiding dalam bentuk CD dan sumbangan artikel adalah terbuka kepada abstrak-abstrak yang telah diterima untuk dibentangkan. Artikel yang diterima adalah berdasarkan hasil kerja penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pendidikan. Kandungan artikel hendaklah dalam bentuk berikut:

    a) hasil kerja penyelidikan; b) penemuan, kaedah atau aplikasi baru;

    Artikel boleh ditulis sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. 3.0 SYARAT PENERIMAAN Artikel yang dihantar hendaklah belum pernah diterbitkan dalam mana-mana jurnal, prosiding atau seumpamanya. Artikel perlu dihantar dalam bentuk softcopy menggunakan format Microsoft Word dengan mengikut format seperti Perkara 4.0. dan 5.0 di bawah. Artikel yang tidak mematuhi format penulisan boleh ditolak tanpa diberi notis. 4.0 FORMAT PENULISAN Ukuran artikel dalam kertas A4 perlulah menggunakan jidar berikut :-

    (a) Atas: 2.54 cm (b) Bawah: 2.54 cm (e) Kiri: 2.54 cm (d) Kanan: 2.54 cm

    Artikel perlulah ditaip menggunakan font jenis ARIAL mengikut spesifikasi yang ditetapkan. 4.1 PENYEDIAAN TAJUK Tajuk artikel hendaklah sama dengan tajuk abstrak yang telah diterima oleh Panel Penilai Abstrak SPPK2015. Di bawah tajuk pula perlu diletakkan nama penuh penulis, nama jabatan dan e-mel artikel berkenaan. Sekiranya penulis lebih dari seorang, nama jabatan beserta e-mel perlu ditulis mendahului nama penulis-penulis lain. Maklumat penulis yang lain memadai nama sahaja.

    i. Tajuk artikel a. Saiz: 12 poin b. Bold & Uppercase c. Centered

    ii. Nama Penulis a. Saiz: 10 poin b. Centered

    iii. Maklumat Penulis (nama jabatan dan email) a. Saiz: 10 poin b. Title Case c. Centered

  • 2

    4.2 PENYEDIAAN ABSTRAK Abstrak adalah sinopsis artikel yang padat dan ringkas yang merangkumi aspek-aspek pemasalahan, objektif, kaedah dan dapatan serta kesimpulan. Abstrak tidak boleh melebihi 200 PATAH PERKATAAN dan perlu ditulis menggunakan bersaiz 10 dan Justified. Sekiranya abstrak melebihi 200 patah perkataan, abstrak berkenaan TIDAK AKAN dimuatkan dalam Buku Program SPPK2015.

    4.3 KATA KUNCI

    Penulis perlu memberikan tiga hingga lima perkataan kata kunci berbentuk perkataan atau frasa dan diletakkan selepas Abstrak. Ia bertujuan bagi memudahkan pencarian maklumat. Kata kunci perlu ditulis menggunakan format Normal, bersaiz 10 dan Justified. 4.4 KANDUNGAN Manuskrip mesti mengandungi bahagian-bahagian berikut iaitu Pengenalan, Sorotan Literatur, Kaedah, Keputusan, Perbincangan dan Rumusan. Setiap bahagian perlu diberikan tajuk yang sesuai dan dinomborkan. Tajuk dan nombor tajuk tersebut perlu ditulis menggunakan format Bold, bersaiz 10 dan Justified. Manakala teks artikel pula ditulis menggunakan format Normal, bersaiz 10 dan Justified. Setiap jadual dan gambar rajah perlu dirujuk terlebih dahulu sebelum dipersembahkan dan diikuti dengan keterangan berkaitan jadual dan gambar rajah tersebut. Jadual dan gambar rajah hendaklah lengkap, ringkas dan jelas serta diberikan tajuk yang bersesuaian. Jadual atau gambar rajah ini juga hendaklah dinomborkan secara teratur seperti Jadual 1, Jadual 2 dan seterusnya atau Rajah 1, Rajah 2 dan seterusnya. Tajuk jadual perlu diletakkan di bahagian atas jadual, manakala tajuk rajah pula perlu diletakkan di bahagian bawah rajah (dengan menggunakan format APA) 4.5 PENGHARGAAN Penghargaan tidak lebih dari 50 patah perkataan, jika ada, diletakkan di bahagian akhir manuskrip sebelum bahagian rujukan. 4.6 RUJUKAN Semua rujukan yang disebut dalam teks mestilah disenaraikan. Senarai rujukan tidak boleh mengandungi sumber-sumber yang tidak dirujuk dalam artikel. Senarai rujukan yang lengkap hendaklah menggunakan sistem penulis tahun (author - date) mengikut abjad. Senarai rujukan hendaklah diletakkan di bahagian akhir sesebuah manuskrip. Gaya penulisan rujukan adalah mengikut APA Citation Style 6th edition. Rujukan pula ditulis menggunakan format Normal, bersaiz 10 dan Justified 5.0 SPESIFIKASI JARAK Selain daripada panduan yang disenaraikan dalam 4.0 di atas, penulis diminta supaya mematuhi panduan berikut dalam penulisan Jurnal.

    i. Nama penulis perlu diletakkan di bawah tajuk artikel dengan diselangkan sebanyak dua baris

    ii. Maklumat lanjut mengenai penulis seperti; institusi dan e-mel perlu diletakkan di bawah nama penulis pada muka surat pertama artikel berkenaan.

    iii. Jarak di antara Tajuk dengan Nama Penulis dan Abstrak dan di antara Abstrak dengan baris pertama teks ialah dua baris.

    iv. Jarak di antara sub-judul dengan baris terakhir teks sebelumnya ialah satu baris. v. Jarak di antara sub-judul dengan baris pertama teks selepasnya ialah satu baris. vi. Jarak di antara perenggan ialah satu baris.

  • 3

    vii. Mulakan sub-judul berserta nombornya dari jidar kiri . viii. Mulakan baris pertama perenggan dengan TANPA jarak dari jidar kiri. ix. Jarak di antara ayat terakhir dengan Jadual, Rajah atau Ilustrasi ialah satu baris x. Line Spacing ialah 1.

    6.0 HAK CIPTA Segala manuskrip yang diterbitkan dalam prosiding adalah menjadi hak milik mutlak SPPK2015. SPPK2015 berhak menerbitkan semula manuskrip ini dalam pelbagai bentuk untuk tujuan ilmiah. 7.0 PENYERAHAN ARTIKEL Sebelum menghantar artikel tersebut, sila gunakan senarai semak di Lampiran 1. Artikel hendaklah dihantar pada/sebelum 30 Jun 2015 melalui email mengikut format yang dinyatakan di bahagian 4.0 ke:

    Emel: [email protected] 8.0 PENERANGAN & MAKLUMAT LANJUT Penjelasan & maklumat boleh diperolehi dengan menghubungi

    Sekretariat Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 2015 Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Jalan Yaacob Latif, 56000 Cheras No Tel: 91318160 samb 50

  • 4

    Lampiran 1 Prosiding SPPK 2015

    SENARAI SEMAK

    Sila Tandakan

    ()

    Untuk Kegunaan Sekretariat

    A. FORMAT PENULISAN

    1. Saiz Kertas A4

    2. Jenis Font-ARIAL

    3. Tajuk Artikel

    3.1 Saiz 12

    3.2 Bold & Uppercase

    3.3 Centered

    4 Maklumat Penulis

    4.1 Saiz: 10 poin

    4.2 Centered

    4.3 Alamat email

    B. ABSTRAK

    1. Bilangan Perkataan (tidak melebihi 200 patah

    perkataan)

    2. Font

    2.1 Saiz: 10 poin

    2.2 Normal

    2.3 Justified

    C. KATA KUNCI

    1. Bilangan perkataan 3 hingga 5

    2. Font

    2.1 Saiz: 10 poin

    2.2 Normal

    2.3 Justified

    D. RUJUKAN

    1. Gaya APA edisi 6