28 mac - 15 april 2012 isu010 2012 gotong ... 10 2012.pdf · isu010 2012 28 mac - 15 april 2012...

4
www.mbsa.gov.my ISU 010 2012 28 MAC - 15 APRIL 2012 GOTONG ROYONG BERSIH DUN BATU TIGA 1500 KOMUNITI AMBIL BAHAGIAN Y.B Rodziah (bertopi) dan Datuk Bandar (lapan dari kiri) bergambar bersama peserta Gotong Royong Komuniti. G otong Royong Halaman Bersih adalah program inisiatif Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi menjadikan kawasan Shah Alam bersih dan indah. Program melibatkan penyertaan masyarakat setempat yang terdiri daripada Ahli-Ahli Jawatankuasa Penduduk serta pelajar sekolah di sekitar Shah Alam melibatkan Seksyen 17, 18, 19, 20, 23 dan 24. Program gotong royong ini dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Shah Alam Zon 6, 7 dan 8 telah diadakan pada 4 Mac 2012. Bagi gotong royong di Seksyen 17 dan 18, penduduk setempat telah berganding bahu membersihkan kawasan persekitaran mereka. Kawasan yang menjadi tumpuan adalah kediaman bertingkat seperti pangsapuri dan flat termasuk juga kawasan perumahan kos rendah yang didiami oleh penduduk setempat. Wakil dari pihak sekolah juga turut terlibat dalam menjalankan aktiviti gotong royong bersama para pelajar bagi membersihkan kawasan persekitaran sekolah. Manakala di Seksyen 19 dan 20, lokasi yang menjadi tumpuan adalah beberapa buah masjid serta surau di mana wakil Ahli- Ahli Jawatankuasa Surau dan Masjid turut bertungkus lumus membersihkan kawasan masing-masing. Kawasan perumahan teres dua tingkat yang berdekatan serta kawasan taman permainan turut terlibat dalam aktiviti ini. Di Seksyen 23 dan 24 pula, kawasan perumahan dan kawasan komersial seperti kedai, taman permainan dan sekolah berdekatan turut dibersihkan oleh warga kerja MBSA bersama komuniti setempat. MBSA berjaya mengekalkan taraf empat bintang dalam sistem penarafan bintang Star Rating Pihak Berkuasa Tempatan (SSR-PBT) bagi sesi 2010/2011, sepertimana yang diumumkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 26/3/2012. Sebanyak 354 indikator digunakan dalam sistem ini, berdasarkan empat bidang utama iaitu pengurusan, perkhidmatan- perkhidmatan teras, pengurusan pelanggan dan penyertaan komuniti. Berita lanjut sila layari www.mbsa.gov.my MBSA DIIKTIRAF 4 BINTANG

Upload: dinhdien

Post on 08-May-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

www.mbsa.gov.my

ISU0102012

28 MAC - 15 APRIL 2012

GOTONG ROYONG BERSIHDUN BATU TIGA

1500 KOMUNITI AMBIL BAHAGIAN

Y.B Rodziah (bertopi) dan Datuk Bandar (lapan dari kiri) bergambar bersama peserta Gotong Royong Komuniti.

Gotong Royong Halaman Bersih adalah program inisiatif Majlis Bandaraya Shah

Alam (MBSA) bagi menjadikan kawasan Shah Alam bersih dan indah. Program melibatkan penyertaan masyarakat setempat yang terdiri daripada Ahli-Ahli Jawatankuasa Penduduk serta pelajar sekolah di sekitar Shah Alam melibatkan Seksyen 17, 18, 19, 20, 23 dan 24. Program gotong royong ini dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Shah Alam Zon 6, 7 dan 8 telah diadakan pada 4 Mac 2012.

Bagi gotong royong di Seksyen 17 dan 18, penduduk setempat telah berganding bahu membersihkan kawasan persekitaran mereka. Kawasan yang menjadi tumpuan adalah kediaman bertingkat seperti pangsapuri dan flat termasuk juga kawasan perumahan kos rendah yang didiami oleh penduduk setempat. Wakil dari pihak sekolah juga turut terlibat dalam menjalankan aktiviti gotong royong bersama para pelajar bagi membersihkan kawasan persekitaran sekolah.

Manakala di Seksyen 19 dan 20, lokasi yang menjadi tumpuan adalah beberapa buah masjid serta surau di mana wakil Ahli-Ahli Jawatankuasa Surau dan Masjid turut bertungkus lumus membersihkan kawasan masing-masing. Kawasan perumahan teres dua tingkat yang berdekatan serta kawasan taman permainan turut terlibat dalam aktiviti ini. Di Seksyen 23 dan 24 pula, kawasan perumahan dan kawasan komersial seperti kedai, taman permainan dan sekolah berdekatan turut dibersihkan oleh warga kerja MBSA bersama komuniti setempat.

MBSA berjaya mengekalkan taraf empat bintang dalam sistem penarafan bintang

Star Rating Pihak Berkuasa Tempatan (SSR-PBT) bagi

sesi 2010/2011, sepertimana yang diumumkan oleh

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 26/3/2012. Sebanyak

354 indikator digunakan dalam sistem ini, berdasarkan

empat bidang utama iaitu pengurusan, perkhidmatan-

perkhidmatan teras, pengurusan pelanggan dan

penyertaan komuniti.

Berita lanjut sila layariwww.mbsa.gov.my

MBSA DIIKTIRAF4 BINTANG

www.mbsa.gov.my

MAJLIS PELANTIKAN AHLI MAJLISMAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM BAGI SESI 2012/2013

Pada 7 Mac 2012 yang lalu, telah berlangsung Majlis Pelantikan Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Sesi 2012/2013,

bertempat di Dewan Perbandaran, Wisma MBSA. Seramai 24 Ahli Majlis telah dilantik sebagai Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam bagi Sesi 2012/2013.

Datuk Bandar dalam ucapannya telah menyeru Ahli-Ahli Majlis supaya dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Selain itu, Ahli-Ahli Majlis juga

diminta untuk mendekatkan diri dengan komuniti melalui penglibatan secara aktif di dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh masyarakat setempat.

Tujuh (7) orang Ahli Majlis baru telah dilantik, di samping 17 Ahli Majlis yang dilantik semula. Ahli-Ahli Majlis juga akan diberikan kawasan pentadbiran mengikut Zon Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) yang akan ditetapkan oleh pihak Majlis. Berikut disenaraikan Ahli-Ahli Majlis, MBSA bagi sesi 2012 / 2013 :

Y. BHG. DATO’ HAJI MOHD JAAFAR BIN HAJI MOHD ATAN

DATUK BANDAR

DPMS. PPT, PSK, BKT, AMN, PJK

Y.D.H DATO’ HJ. EMRAN BIN HJ. KADIRDATO’ ORANG KAYA MAHA BIJAYA PETALING

ORANG BESAR DAERAH PETALING

DSSA,SSA, AMN

ENCIK KAMARUDZAMAN BIN SANUSI

TUAN IR. IZHAM BIN HASHIM

www.mbsa.gov.my

ENCIK ANG LENG KIAT

Y.M TENGKU AHMAD BIN TENGKU KASIM

ENCIK NORHALIM BIN SIROME

PUAN DR DAROYAH BT ALWI

PUAN NORAINI BT. HUSSIN

ENCIK NG BOON TECK

ENCIK SIVARAJAN A/L ARUMUGAM

ENCIK ABD MANAFF HJ YUSOFF

PUAN MARIAM BT ABDUL RASHID

PUAN SARIMAH BINTI LISUT

ENCIK TAN AH KOW @ TAN SIE WAI

ENCIK GANABATIRAU A/L VERAMAN

ENCIK ABDUL RAZAK BIN IDRIS

ENCIK HALIM BIN MOHAMED REDZUAN

ENCIK ZAINAL BIN SAID

ENCIK PRAKASH RAO A/L APPLASAMY

ENCIK FAKHRUL AZMAN BIN KHALIDIN

PUAN RUTHIRA A/P SURASAN

ENCIK SABASTINE RAO A/L PRAGASAM

ENCIK HISHAM BIN SHARIMAN

www.mbsa.gov.my

BULETIN KOMUNITI INI DITERBITKAN OLEH : JABATAN KORPORAT, MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

TINGKAT G, WISMA MBSA PETI SURAT 7200 PERSIARAN PERBANDARAN, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

: www.mbsa.gov.my: www.korporat-mbsa.blogspot.com

: fb.com/majlisbandarayashahalam: +603 5522 2743/2741

: [email protected]

: twitter.com/sacitycouncil

MBSA DAN F&N BEVERAGES MARKETING ANJUR PERTANDINGAN KITAR SEMULA UNTUK KALI KE 6 BERTURUT-TURUT

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama F&N Beverages

Marketing Sdn. Bhd sedang menganjurkan Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah Tahun 2012 buat kali ke enam berturut-turut. Program ini merupakan wadah pihak Majlis Bandaraya Shah Alam untuk mendidik masyarakat khususnya golongan pelajar mengenai pentingnya amalan kitar semula.

Selain daripada pelajar sekolah, bagi memperluaskan lagi dan meningkatkan kesedaran amalan kitar semula di kalangan masyarakat, Majlis turut membuka pertandingan ini di kalangan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Shah Alam yang akan disertai oleh persatuan-persatuan penduduk serta penduduk setempat. Melalui kategori MPP ini, Majlis mengharapkan mesej kitar semula dapat disebarluaskan secara lebih menyeluruh di kalangan warga Shah Alam. Pertandingan diadakan dalam tempoh 3 bulan bermula dari bulan Mac hingga bulan Mei 2012.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Tuan Mohtar Hani, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam. Turut hadir En. Khalid Alvi, Pengarah Urusan F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd,

Dato’ Kamal Harun, Penasihat Hal Ehwal Korporat F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd. dan En. Basrin Yaman, Ketua Penolong Pengarah Ko-Kurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.

Pertandingan kitar semula ini bukan sahaja dapat membantu memelihara kesejahteraan alam sekitar, malah dapat menjimatkan kos pengurusan sisa pepejal yang ditanggung oleh Majlis.

Dari kiri Dato’ Kamal Harun, En. Mohtar Hani, En. Khalid Alvi dan En. Basrin Yaman bersama-sama merasmikan Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah Tahun 2012 .

Pertandingan ini diharap dapat mendidik masyarakat khususnya pelajar sekolah untuk

menjadikan kitar semula sebagai amalan

seharian

PELANTIKAN KONTRAKTOR BAGI KERJA-KERJA UNDI MBSAKALI PERTAMA TAHUN 2012 (1 / 2012)

Pada 8 Mac 2012 yang lalu, telah diadakan cabutan bagi kerja-kerja undi

kali pertama bagi tahun 2012 bertempat di Dewan Bankuet, Wisma MBSA. Seramai 111 wakil kontraktor hadir pada sesi undian tersebut di mana majlis ini telah dipengerusikan oleh Puan Norani bt. Amat, Ketua Bahagian Tender & Kontrak, MBSA.

Antara kerja-kerja yang ditawarkan adalah membaik pulih jalan, membina batu berbendul, membaiki penutup longkang dan kerja pembersihan longkang, menurap semula jalan yang rosak, membaiki pejalan kaki, membaiki parit erong, kerja–kerja menurap jalan, membaik pulih dewan dan sebagainya.

Melalui sesi undian tersebut, seramai 15 wakil kontraktor telah dipilih dan wakil yang berjaya dalam cabutan kerja undi diberi

surat tawaran serta senarai kerja undi dan maklumat kawasan yang perlu dibaik pulih. Kontraktor dipilih perlu menyelesaikan kerja-kerja yang diberi dalam tempoh yang ditetapkan iaitu di antara 2 hingga 3 minggu. Jumlah keseluruhan kerja undi yang ditawarkan adalah sebanyak RM229,613.52.

Bagi memastikan kerja yang lebih efisien, 10 kontraktor telah diletakkan pada senarai simpanan. Wakil kontraktor ini akan diberi tender kerja-kerja penyelenggaraan yang akan ditetapkan oleh Majlis mengikut kesesuaian.