246-489-1-sm

10
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013 1 MEMPERBAIKI KEKEMASAN PENULISAN HURUF MURID TAHUN 4 URANUS MENGGUNAKAN “BUKU AJAIB MARI MENULIS (BAMM)” Oleh: Adilah Binti Daud & Nordin Bin Shaari Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Dato‟ Razali Ismail [email protected] & [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan membantu tiga orang murid dari tahun 4 Uranus Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting yang menghadapi masalah penguasaan tulisan. Kajian tindakan yang dijalankan berfokus kepada menghasilkan tulisan yang betul dan kemas. Pengkaji memperkenalkan alat intervensi “Buku Ajaib Mari Menulis (BAMM)” supaya murid mempelajari kemahiran menulis bermula dengan langkah paling asas diikuti dengan langkah yang lebih sukar. Pengkaji telah menjalankan langkah-langkah yang dirancang dan beberapa instrumen digunakan untuk mengumpul data kajian. Pengkaji telah menggunakan lima instrumen iaitu ujian pra, ujian pasca, pemerhatian, rakaman foto dan analisis dokumen. Data dianalisis dan hasil menunjukkan bahawa masalah yang dihadapi oleh murid dapat dikurangkan. Perbezaan tulisan peserta kajian dapat dilihat sebelum dan selepas kajian dibuat. Selepas kajian, penggunaan “Buku Ajaib Mari Menulis (BAMM)” mempunyai kesan positif dalam membaiki kekemasan tulisan peserta kajian. Kata kunci: penguasaan tulisan, kemahiran menulis, kekemasan tulisan, Buku Ajaib Mari Menulis (BAMM) PENDAHULUAN Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis antaranya adalah dari segi pengggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Kemahiran menulis diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah. Tulisan yang tidak kemas menyukarkan guru-guru menyemak hasil kerja murid. Oleh itu, kemahiran menulis perlu diberi perhatian serius di peringkat sekolah rendah lagi. Daripada pemerhatian yang pengkaji lakukan di sekolah, terdapat murid yang mempunyai masalah di dalam kemahiran menulis walaupun mereka sudah pandai membaca tetapi tidak dapat menulis dengan kemas dan betul. Oleh itu, pengkaji telah memilih masalah kekemasan tulisan dan kemahiran psikomotor halus bagi kemahiran menulis ini untuk dikaji. Kekemasan tulisan dan kemahiran psikomotor halus yang dimaksudkan pengkaji ialah murid

Upload: norma-saad

Post on 15-Dec-2015

223 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kk

TRANSCRIPT

Page 1: 246-489-1-SM

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

1

MEMPERBAIKI KEKEMASAN PENULISAN HURUF

MURID TAHUN 4 URANUS MENGGUNAKAN

“BUKU AJAIB MARI MENULIS (BAMM)”

Oleh:

Adilah Binti Daud & Nordin Bin Shaari

Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Dato‟ Razali Ismail

[email protected] & [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan membantu tiga orang murid dari tahun 4

Uranus Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting yang menghadapi masalah

penguasaan tulisan. Kajian tindakan yang dijalankan berfokus kepada

menghasilkan tulisan yang betul dan kemas. Pengkaji memperkenalkan alat

intervensi “Buku Ajaib Mari Menulis (BAMM)” supaya murid mempelajari

kemahiran menulis bermula dengan langkah paling asas diikuti dengan

langkah yang lebih sukar. Pengkaji telah menjalankan langkah-langkah yang

dirancang dan beberapa instrumen digunakan untuk mengumpul data kajian.

Pengkaji telah menggunakan lima instrumen iaitu ujian pra, ujian pasca,

pemerhatian, rakaman foto dan analisis dokumen. Data dianalisis dan hasil

menunjukkan bahawa masalah yang dihadapi oleh murid dapat dikurangkan.

Perbezaan tulisan peserta kajian dapat dilihat sebelum dan selepas kajian

dibuat. Selepas kajian, penggunaan “Buku Ajaib Mari Menulis (BAMM)”

mempunyai kesan positif dalam membaiki kekemasan tulisan peserta kajian.

Kata kunci: penguasaan tulisan, kemahiran menulis, kekemasan tulisan, Buku

Ajaib Mari Menulis (BAMM)

PENDAHULUAN

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan

mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu

pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis

antaranya adalah dari segi pengggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul

di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Kemahiran menulis diperlukan untuk semua

mata pelajaran di sekolah. Tulisan yang tidak kemas menyukarkan guru-guru menyemak

hasil kerja murid. Oleh itu, kemahiran menulis perlu diberi perhatian serius di peringkat

sekolah rendah lagi.

Daripada pemerhatian yang pengkaji lakukan di sekolah, terdapat murid yang

mempunyai masalah di dalam kemahiran menulis walaupun mereka sudah pandai membaca

tetapi tidak dapat menulis dengan kemas dan betul. Oleh itu, pengkaji telah memilih masalah

kekemasan tulisan dan kemahiran psikomotor halus bagi kemahiran menulis ini untuk dikaji.

Kekemasan tulisan dan kemahiran psikomotor halus yang dimaksudkan pengkaji ialah murid

Page 2: 246-489-1-SM

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

2

dapat menulis dengan kemas dan menguasai kemahiran psikomotor halus untuk menulis

dengan tersusun.

Setelah mengajar kelas 4 Uranus, pengkaji mendapati tulisan beberapa orang murid-

murid kelas ini sangat buruk, bengkang bengkok, tidak menulis mengikut garisan yang

terdapat pada buku latihan, saiz antara perkataan tidak sama dan ruang antara perkataan yang

tidak konsisten. Tulisan mereka juga sukar untuk dibaca. Antara kesilapan gaya penulisan

yang sering didapati dalam kalangan murid ini ialah cara memegang pensel yang tidak betul

dan kedudukan tangan dan buku yang tidak betul.

Menurut Levine (1979) pula, cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk

tulisan yang dihasilkan oleh murid. Tulisan yang cantik dan mudah dibaca adalah aset dalam

kehidupan seseorang. Levine menegaskan cara kanak-kanak memegang pensel dengan

cengkaman yang kurang kemas menyebabkan pergerakan pensel menjadi tidak licin. Kanak-

kanak yang mempunyai masalah kinestetik biasanya mencengkam pensel secara kuat dengan

meletakkan ibu jari di atas jari telunjuk dan jari hantu ketika memegang alat tulis. Kanak-

kanak begini tidak gemar menulis kerana aktiviti ini menjadi pengalaman yang menyakitkan

bagi mereka.

Berdasarkan pendapat-pendapat tokoh serta kajian-kajian lepas, jelas menunjukkan

permasalahan berkaitan kekemasan tulisan murid berlaku pada peringkat sekolah rendah.

Kajian-kajian lepas menonjolkan pelbagai intervensi yang digunakan untuk membantu

masalah kekemasan tulisan. Antaranya, set garisan berkembar, penggunaan aktiviti

psikomotor halus, Kebanyakan kajian yg pengkaji sertakan sedikit sebanyak mempunyai

persamaan dengan kajian pengkaji namun masih kurang disentuh secara mendalam. Jesteru,

pengkaji ingin mendalami bidang kajian ini supaya dapat memperbaiki cara penulisan murid

agar kemas dan tersusun dan secara tidak langsung dapat menambahbaik amalan pengkaji

dalam pengajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu.

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian ini adalah untuk memperbaiki masalah kekemasan tulisan supaya mereka dapat

menulis dengan kemas, rapi dan tersusun di atas garisan. Secara tidak langsung, mereka

dapat menulis karangan dengan baik dan memudahkan guru memeriksa kertas jawapan.

Masalah ini boleh diperbaiki sekiranya murid mempunyai sikap yang positif dan sentiasa

ingin memperbaiki diri.

Pengkaji telah mengumpul data dengan menggunakan pelbagai kaedah iaitu melalui

pemerhatian, temu bual dan bukti dokumen seperti pemeriksaan buku tulis. Pengkaji

melakukan pemerhatian secara tidak berstruktur terhadap murid yang terlibat apabila

bermulanya aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Page 3: 246-489-1-SM

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

3

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu objektif umum dan objektif

khusus. Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatkan nilai GNP sekolah dengan

peningkatan peratus kelulusan Bahasa Melayu.

Objektif khusus kajian ini supaya pelajar dapat:

1. Meningkatkan tahap kekemasan tulisan murid terhadap aktiviti menulis melalui

pengunaan “Buku Ajaib Mari Menulis (BAMM).”

2. Membantu murid memperbaiki cara memegang pensel dan postur badan yang betul

semasa aktiviti menulis supaya dapat menulis dengan baik dan jelas untuk dibaca.

3. Menunjukkan perbezaan di antara kekemasan tulisan peserta kajian sebelum dan

selepas penggunaan “Buku Ajaib Mari Menulis (BAMM)”

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan tiga orang murid tahun 4 Uranus yang terdiri daripada tiga orang

murid lelaki dan seorang murid perempuan. Kesemua murid di dalam kelas ini terdiri

daripada bangsa Melayu kesemuanya. Tahun 4 Uranus merupakan kelas pertama daripada

dua kelas kesemuanya bagi tahun 4 ini. Pencapaian akademik adalah di tahap yang sederhana

di mana murid dapat menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Sekolah ini membahagikan murid mengikut pencapaian ujian. Setelah pengkaji

membuat pemerhatian sepanjang dua minggu pengkaji mengajar dalam kelas tersebut,

pengkaji mendapati tiga orang peserta kajian menghadapi masalah dalam menulis ayat

dengan kemas dan cantik. Peserta kajian ini amat aktif dalam aktiviti sesi soal jawab dan

memberi pendapat dalam kelas. Akan tetapi, apabila pengkaji meminta peserta kajian

menterjemah apa yang disebut olehnya ke dalam bentuk penulisan, tulisannya sukar untuk

dibaca. Maka pengkaji telah memilih ketiga-tiga murid tersebut untuk dijadikan peserta

kajian bagi membantu mereka menulis ayat dengan kemas dan tersusun.

TINDAKAN

Dalam kajian tindakan ini, pengkaji menggunakan Model Kurt Lewin yang merupakan

pengasas kepada penyelidikan tindakan. Menurut Model Kurt Lewin (1946), beliau

menerangkan bahawa modelnya terdiri daripada empat proses atau peringkat dalam satu

lingkaran iaitu merancang, bertindak, memerhati dan refleksi. Model Kurt Lewin ini

diaplikasikan apabila masalah atau isu kajian telah diketahui dan memerlukan pengesahan

supaya perancangan yang tepat dapat digunakan.

Page 4: 246-489-1-SM

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

4

Perancangan

Dalam perancangan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid seramai tiga

orang, pengkaji telah memikirkan untuk membina teknik menulis dengan betul. Pada

peringkat awalnya, pengkaji menjadi “role model” kepada peserta kajian. Pengkaji

menunjukkan kepada mereka cara memegang pensel yang betul. semasa langkah ini,

pengkaji melatih murid menulis dengan kedudukan tangan dan buku latihan yang sesuai dan

selesa. Pengkaji menunjukkan kedudukan murid mencontohi tindakan yang telah

ditunjukkan. Mereka dikehendaki mempraktikkan sehingga menguasai kemahiran tersebut.

Peringkat pertama, murid didedahkan dengan alat intervensi iaitu “Buku Ajaib Mari

Menulis (BAMM)” yang mengandungi set 26 huruf besar dan huruf kecil. Buku ini juga

disertakan dengan set garisan berkembar dan garisan satu yang digunakan oleh peserta kajian

supaya mereka dapat menulis dengan kemas dan teratur. Pengkaji akan mengulangi teknik

tersebut menggunakan petikan teks. Peserta kajian akan menyalin petikan teks tersebut

dengan menulis semula di atas “Buku Ajaib Mari Menulis (BAMM)”. Sekiranya tulisan

peserta kajian tidak kemas, mereka boleh memadamnya dengan menggunakan pemadam

papan putih.

Tindakan

Pada permulaan aktiviti, pengkaji menunjukkan cara memegang pensel yang betul. Semasa

langkah ini, pengkaji akan melatih murid menulis dengan kedudukan tangan dan buku latihan

yang sesuai dan selesa. Pengkaji menunjukkan kedudukan tangan dan buku latihan semasa

menulis. Kemudian, pengkaji akan meminta murid mencontohi tindakan yang telah

ditunjukkan. Mereka dikehendaki mempraktik sehingga menguasai kemahiran tersebut.

Pengkaji mengedarkan bahan intervensi “Buku Ajaib Mari Menulis” kepada ketiga-tiga

peserta kajian. Pengkaji menunjukkan cara untuk menulis huruf A sehingga Z dengan

langkah yang betul pada buku tersebut. Peserta kajian diminta menulis semula huruf tersebut

berulang-ulang kali berpandukan contoh yang telah pengkaji tuliskan. Pengkaji menganalisis

hasil kerja peserta kajian. Sekiranya peserta kajian berjaya menulis dengan betul, pengkaji

akan meneruskan dengan langkah seterusnya.

Pengkaji akan mengedarkan beberapa kad yang mengandungi teks petikan cerita

pendek. Peserta kajian akan memilih kad petikan cerita mengikut pilihan hati mereka.

Peserta kajian dikehendaki menyorongkan kad tersebut memasuki “Buku Ajaib Mari Menulis

(BAMM)”. Kad tersebut boleh ditukar ganti dengan kad cerita yang lain. Peserta kajian

menulis dengan cara menyalin semula petikan teks cerita pendek yang terdapat dalam kad.

Uniknya “Buku Ajaib Mari Menulis (BAMM)” ini ialah ia boleh dipadam dengan

menggunakan pemadam papan putih dan boleh digunakan secara berulang-ulang kali.

Pemerhatian

Pada peringkat ini, pemerhatian dan membuat analisa dijalankan bagi menguji tahap

pemahaman dan penerimaan murid berkaitan bahan yang diperkenalkan. Pengkaji merekod

dan menganalisis segala data yang diperolehi seperti analisis dokumen, pemerhatian secara

Page 5: 246-489-1-SM

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

5

tidak langsung dan temu bual tidak berstruktur. Perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian

Pasca akan direkodkan dalam bentuk jadual dan graf.

Refleksi

Pengkaji membuat refleksi tentang keputusan selepas intervensi dijalankan. Pengkaji

membuat refleksi mengenai keberkesanan tindakan berdasarkan data yang dikumpul.

sekiranya intervensi tidak berjaya, pengkaji membuat gelung kitaran kedua. Pada peringkat

ini, pengkaji merenung kembali bahan yang digunakan dan teknik yang dijalankan melalui

aspek kebaikan, keburukan serta memikirkan cadangan penambahbaikan untuk masa depan.

Lingkaran kedua

Dalam kajian ini, pengkaji mendapati kajian ini kurang mencapai sasaran yang dikehendaki.

Pengkaji mendapati masalah utama yang membawa kepada keadaan ini adalah alat intervensi

itu sendiri. Keadaan ini membawa pengkaji kepada lingkaran kedua dalam kajian ini.

Gelungan kedua berlaku apabila prestasi kekemasan tulisan peserta kajian masih lagi

kurang memuaskan. Pengkaji memberikan set garisan 3 kepada peserta kajian. Pada

peringkat awal, murid dikehendaki menulis perkataan di atas set garisan berkembar tiga.

Setelah kemahiran menulis dapat dikuasai sedikit demi sedikit, pengkaji akan meneruskan

aktiviti menulis dengan set garisan satu. Penggunaan set garisan berkembar ini adalah

bertujuan untuk memperbaiki kekemasan tulisan peserta kajian terutamanya bagi mereka

yang menulis tidak tersusun rapi dan tidak menulis di atas garisan. Alat instrumen yang

digunakan ialah Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca.

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Meningkatkan tahap kekemasan tulisan murid terhadap aktiviti menulis melalui

penggunaan “Buku Ajaib Mari Menulis (BAMM).”

Rajah 1 : Peratusan peningkatan skor markah ujian pra dan ujian pasca

0

20

40

60

80

100

PesertaKajian 1

PesertaKajian 2

PesertaKajian 3

Jum

lah

Mar

kah

Bilangan Peserta Kajian

UJIAN PRA

UJIAN PASCA

Page 6: 246-489-1-SM

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

6

Setelah melaksanakan gelungan kedua, didapati berlakunya peningkatan dalam kemahiran

menulis bagi ketiga-tiga responden setelah diuji dengan beberapa kriteria tulisan seperti

mana dalam rajah di atas. Peningkatan yang memberangsangkan ini telah membuktikan

bahawa penguasaan murid-murid dalam kemahiran menulis dan kekemasan tulisan semakin

meningkat. Dengan ini, maka sekali gus dapat membuktikan keberkesanan Buku Ajaib Mari

Menulis (BAMM) dapat membantu memperbaiki kekemasan tulisan peserta kajian.

Membantu murid memperbaiki cara memegang pensel dan postur badan yang betul

semasa aktiviti menulis supaya dapat menulis dengan baik dan jelas untuk dibaca.

Alat instrumen yang digunakan ialah Pemerhatian dan Rakaman Foto.

Jadual 1 : Pemerhatian terhadap teknik menulis yang betul.

Bil Item

Peserta

Kajian

1

Peserta

Kajian

2

Peserta

Kajian

3

Jumlah

1 Cara memegang pensel dengan betul ✔ ✔ ✔ 3

2 Posisi tubuh yang betul semasa menulis ✔ ✔ x 2

3 Kedudukan kertas yang betul semasa

menulis ✔ ✔ ✔ 3

Perkara pertama yang pengkaji perhatikan ialah cara peserta kajian memegang pensel.

Peserta kajian memegang pensel dengan cara yang salah. Oleh itu, dalam proses rawatan,

pengkaji memberi bimbingan secara individu kepada ketiga-tiga peserta kajian tentang cara

memegang pensel yang betul. Selain itu, kedudukan kertas atau buku latihan serta postur

badan peserta kajian semasa menulis juga turut diperhatikan oleh pengkaji. Berdasarkan

pemerhatian pengkaji ketika sebelum rawatan, postur badan ketiga-tiga peserta kajian adalah

tidak betul kerana mereka terlalu membongkok semasa menulis dan kertas yang digunakan

semasa menulis kelihatan condong. Faktor seperti ini merupakan salah satu punca tulisan

peserta kajian menjadi tidak kemas dan teratur kerana kedudukan tangan dan postur badan

yang tidak betul mempengaruhi kekemasan tulisan yang dihasilkan.

Oleh itu, dalam proses rawatan, pengkaji membimbing ketiga-tiga peserta kajian

untuk menulis dengan kedudukan postur badan yang betul dan kedudukan kertas iaitu dada

menghadap ke meja sebanyak 180 darjah. Setelah menjalani rawatan selama beberapa

minggu, pengkaji mendapati peserta kajian telah dapat membiasakan diri dengan kedudukan

postur badan yang betul dan secara tidak langsung meningkatkan penguasaan murid dalam

kemahiran menulis.

Page 7: 246-489-1-SM

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

7

Rajah 2 : Postur badan responden semasa menulis

Pengkaji perhatikan peserta kajian ini sukar untuk membetulkan kedudukan postur tubuhnya

sewaktu menulis. Peserta kajian ini masih selesa dengan cara membongkokkan sedikit tubuh.

Setelah diberikan rawatan, peserta kajian ini telah dapat membiasakan diri menulis dengan

tidak membongkokkan tubuh walaupun masih lagi selesa dengan keadaan sebelum ini.

Berdasarkan pemerhatian selepas proses rawatan, pengkaji mendapati peserta kajian dapat

membentuk dan menghasilkan abjad dengan langkah dan saiz yang seragam dalam ujian

pasca berbanding dengan hasil tulisannya dalam ujian pra.

Menunjukkan perbezaan di antara kekemasan tulisan peserta kajian sebelum dan

selepas penggunaan “Buku Ajaib Mari Menulis (BAMM)”

Tulisan peserta kajian dilihat berbeza sebelum rawatan dijalankan dan selepas rawatan

dijalankan. Pengkaji telah menganalisis data berdasarkan instumen lembaran kerja yang

dibuat oleh peserta kajian sepanjang proses rawatan tersebut. Pemerhatian lembaran kerja ini

dilakukan oleh pengkaji bagi setiap peserta kajian dan analisis dokumen dilakukan serta

melihat perubahan sebelum rawatan dan selepas rawatan.

Sebelum Rawatan Intervensi Selepas Rawatan Intervensi

Rajah 3 : Analisis lembaran kerja peserta kajian

Peserta kajian

Page 8: 246-489-1-SM

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

8

Berdasarkan rajah 3, analisis lembaran kerja peserta kajian menunjukkan perubahan yang

sangat baik. Jika dilihat kepada penulisannya, menjadi semakin kemas dan cantik. Huruf

ditulis dengan baik, perkataan ditulis dalam keadaan sebaris serta mempunyai jarak yang

betul antara setiap perkataan.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN

Meningkatkan tahap kekemasan tulisan murid terhadap aktiviti menulis melalui

pengunaan “Buku Ajaib Mari Menulis (BAMM).”

Pengkaji telah menjalankan satu analisis dapatan kajian hasil daripada ujian pra dan ujian

pasca. Kedua-dua ujian tersebut menunjukkan terdapat peningkatan kekemasan tulisan

peserta kajian.

Oleh hal yang demikian, pengkaji bersetuju dengan Velilie Entalai Anak Juan

(2007), dalam kajian beliau yang bertajuk „Teknik Garis Tiga dalam Mengatasi Masalah

Menulis Huruf Besar Ayat Bahasa Melayu Murid Tahun Tiga‟. Hasil dapatan kajian beliau

membuktikan bahawa teknik garis tiga dapat membantu peserta kajian mengurangkan

kesalahan penggunaan huruf besar semasa menulis ayat Bahasa Melayu.

Dapatan kajian menunjukkan berlakunya peningkatan yang positif dari aspek

kekemasan tulisan dan penguasaan peserta kajian dalam kemahiran menulis. Perubahan yang

ketara dapat dilihat pada graf perbezaan peratus dalam ujian pra dan pasca yang telah

dibincangkan dalam bab sebelumnya. Jesteru, penggunaan Buku Ajaib Mari Menulis

(BAMM) dalam memperbaiki kekemasan tulisan peserta kajian adalah berkesan.

Membantu murid memperbaiki cara memegang pensel dan postur badan yang betul

semasa aktiviti menulis supaya dapat menulis dengan baik dan jelas untuk dibaca.

Bimbingan secara individu sangat penting dalam membantu peserta kajian memperbaiki cara

memegang pensel dan postur badan yang betul semasa aktiviti menulis supaya dapat menulis

dengan baik dan jelas untuk dibaca. Ini bersesuaian dengan apa yang dinyatakan oleh

Muhammad Firdaus Razlan (2012) bahawa bimbingan boleh dijadikan sebagai peneguhan

kepada peserta kajian agar memperbetulkan postur tubuh badan semasa menulis. Menurut

beliau lagi, postur badan yang betul semasa menulis akan menjadi faktor yang penting bagi

menulis sesuatu agar kemas dan cantik.

Beberapa dapatan kajian dapat dirumuskan berdasarkan kajian yang dilakukan. Hasil

dapatan kajian menunjukkan terdapat beberapa persamaan ketara antara kajian pengkaji

dengan kajian yang pernah dijalankan sebelum ini walaupun kajian yang dijalankan oleh

pengkaji adalah dalam bentuk yang berbeza.

Page 9: 246-489-1-SM

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

9

Perbezaan di antara kekemasan tulisan peserta kajian sebelum dan selepas

penggunaan “Buku Ajaib Mari Menulis (BAMM)”

Kajian ini mendapati bahawa penggunaan Buku Ajaib Mari Menulis (BAMM) dapat

membantu meningkatkan kekemasan tulisan peserta kajian. Terdapat perbezaan tulisan

peserta kajian yang dapat dikenal pasti sebelum dan selepas rawatan yang dijalankan.

Berdasarkan analisis dokumen yang telah dibuat oleh pengkaji, peserta kajian 2

menunjukkan perubahan dari segi kekemasan tulisan yang agak ketara. Setiap perkatan

ditulis dengan kemas dan tersusun serta perkataan ditulis dalam keadaan yang sebaris. Jika

dilihat pada pemerhatian awal, tulisan ketiga-tiga peserta kajian tidak kemas dan sukar

dibaca oleh guru. Selepas rawatan menggunakan Buku Ajaib Mari Menulis (BAMM),

keputusan amatlah memberangsangkan serta menampakkan tulisan ketiga-tiga peserta kajian

semakin jelas, cantik dan kemas. Secara keseluruhannya, pada pemerhatian akhir analisis

dokumen kesemua peserta kajian menunjukkan perubahan dan tulisan peserta kajian menjadi

semakin kemas dan cantik.

Kajian pengkaji ini disokong oleh kajian yang telah dijalankan oleh Nur Azzah

Atiqah (2012) yang berpendapat bahawa masalah tulisan peserta kajian dapat dibantu melalui

kaedah bimbingan secara individu dengan menggunakan Kit Coretan Comel. Hasil

kajiannya menunjukkan bahawa penggunaan alat intervensi tersebut sangat berkesan dalam

membantu muridnya menulis perkataan atau huruf Bahasa Melayu dengan lebih jelas dan

senang untuk dibaca.

RUMUSAN

Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa rawatan yang dijalankan oleh pengkaji dalam

membantu memperbaiki kekemasan tulisan murid adalah berkesan dan peningkatan positif

dapat dilihat berdasarkan keputusan ujian pra dan pasca, analisis dokumen serta pemerhatian

yang dijalankan oleh pengkaji sebelum dan selepas rawatan. Oleh itu, hal ini membuktikan

bahawa kajian penyelidikan yang dijalankan oleh pengkaji berjaya memberikan kesan positif

kepada peserta kajian.

Page 10: 246-489-1-SM

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

10

RUJUKAN

Bahagian Pendidikan Guru (2001). Garis Panduan Kursus Penyelidikan Tindakan Maktab

Perguruan. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Graves, D. (1983). Writing : Teachers amd Children at Work. New Hampshire : Heinemann

Juliana Ling Chu Chen (2009). Membaiki Tulisan Murid Tahun 3 dalam Mata Pelajaran

Bahasa

Cina dengan Kaedah Ansur Maju : Penulisan Ilmiah Penyelidikan Tindakan. IPG KBL

Juriah Long (1990). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya : Fajar Bakti

Levine, M.D. (1987). Developmental Variation and Learning Disorders, Cambridge,

Massachusetts : Educators Publishing Service, Inc.

Levine, M.D. (1994). Educational Care : A System for Understanding and helping Children

with

Learning Problems at Home and in School, Cambridge, Massachusetts : Educators

Publishing Service, Inc.

Mohammad Azizzat Bin Abdillah (2009). Penggunaan Set Garisan Berkembar Secara

Berperingkat dalam Memperbaiki Kekemasan Tulisan Murid Tahun 4 : Penulisan

Ilmiah Penyelidikan Tindakan. IPG KBL

Norazura Binti Zikir (2011). Kekemasan Penulisan Huruf Melalui Kaedah Psikomotor Halus

: Penulisan Ilmiah Penyelidikan Tindakan. IPG Kampus Kota Bharu

Normasheeda Binti Salleh (2009). Penggunaan Sebatang Pensel dalam Membantu Murid

Pemulihan Menjarakkan Ruang Antara Perkataan : Penulisan Ilmiah Penyelidikan

Tindakan. IPG KBL

Sassoon, R (1983). The Practical Guide to Children‟s Handwriting. Great Britain : Thames

and Hudson

Sassoon, R. (1990), Handwriting : The Way to Teach it. Cheltenham : Stanley Thornes

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010).Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

http://www.cdl.org/resource-library/articles/graphomotor.php.

Dilayari pada 20 Februari 2013.

Zalaika Binti Mohd Ali (2009). Penggunaan Kombinasi Kaedah dalam Memperbaiki

Kekemasan Tulisan Murid Tahun 5 : Penulisan Ilmiah Penyelidikan Tindakan . IPG

KBL