243389869-teks-mc-rimup-2014

4
Teks MC RIMUP 2015 Majlis RIMUP tempat hentian, Peserta berseri direnjis pilis, Harap semua berikan perhatian, Mohon saya mulakan majlis. Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Assalamualaikum.... Salam perpaduan dan salam 1 Malaysia. Yang berusaha Guru Besar SJKC Min Te, Encik Ng Kheng Guan dan guru2 penolong kanan, Yang dihormati barisan guru2 pengiring serta murid2 yang dikasihi sekalian. siding hadirin dan hadirat yang dihormati, Program RIMUP 2015 ini akan dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku . Para hadirin diminta berdiri. Terima kasih..para hadirin dipersilakan duduk. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya, kita diberikan kesempatan untuk berhimpun pada hari ini, bagi menjayakan program RIMUP antara SJKT Ayer Tawar, SK Methodist Ayer Tawar dan SJKC Min Te selaku tuan rumah. Bagi pihak sekolah, saya mengalu-alukan kehadiran anak- anak dan guru-guru pengiring ke SJKC Min Te pada hari ini. Bertemu kita di pagi ceria, Menjalin ikatan suci murni, Program RIMUP aktiviti mulia, Bina perpaduan jati diri.

Upload: shuhaime-ishak

Post on 05-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

free

TRANSCRIPT

Page 1: 243389869-Teks-Mc-Rimup-2014

Teks MC RIMUP 2015

Majlis RIMUP tempat hentian,

Peserta berseri direnjis pilis,

Harap semua berikan perhatian,

Mohon saya mulakan majlis.

Sirih berlipat sirih pinang,

Sirih dari Pulau Mutiara,

Pemanis kata selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum....

Salam perpaduan dan salam 1 Malaysia.

Yang berusaha Guru Besar SJKC Min Te, Encik Ng Kheng Guan dan guru2 penolong kanan, Yang dihormati barisan guru2 pengiring serta murid2 yang dikasihi sekalian.siding hadirin dan hadirat yang dihormati,

Program RIMUP 2015 ini akan dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku . Para hadirin diminta berdiri.

Terima kasih..para hadirin dipersilakan duduk. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan

limpah kurnianya, kita diberikan kesempatan untuk berhimpun pada hari ini, bagi menjayakan program RIMUP antara SJKT Ayer Tawar, SK Methodist Ayer Tawar dan SJKC Min Te selaku tuan rumah.

Bagi pihak sekolah, saya mengalu-alukan kehadiran anak-anak dan guru-guru pengiring ke SJKC Min Te pada hari ini.

Bertemu kita di pagi ceria,Menjalin ikatan suci murni,Program RIMUP aktiviti mulia,Bina perpaduan jati diri.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian,

RIMUP merupakan singkatan kepada Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan bertujuan bagi melahirkan insan-insan yang berlainan kaum, agama, dan budaya dapat hidup dan bekerja bersama dengan harmonis ke arah mewujudkan masyarakat serta negara yang aman damai. RIMUP juga memberi peluang kepada guru-guru dan murid-murid dari sekolah berlainan aliran berintegrasi dengan aktif dan positif.

Page 2: 243389869-Teks-Mc-Rimup-2014

Majlis dengan ini menjemput Encik Ng Kheng Guan, Guru Besar SJKC Min Te untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan PROGRAM RIMUP 2015. Dengan segala hormatnya dipersilakan tuan.

Terima kasih di atas ucapan Guru Besar SJKC Min Te ,En.Ng Kheng Guan sebentar tadi.

Bagi melancarkan aktiviti RIMUP pada hari ini, dengan ini saya memaklumkan atur cara program.

****

Sidang hadirin dan hadirat sekalian, Acara sukaneka akan membuka tirai aktiviti selepas ini. Justeru,diminta para

peserta yang bertanding bersiap sedia dan bergerak ke padang bersama dengan guru pengiring masing-masing.

Perhimpunan kita di dewan ini direhatkan seketika untuk memberi laluan kepada aktiviti padang.

Kita berjumpa kembali selepas ini. Sekian.

Page 3: 243389869-Teks-Mc-Rimup-2014

Majlis pada pagi ini akan diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderahati. Majlis menjemput ________________________________________ bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Dengan ini pihak majlis mengambil kesempatan merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan sekolah yang terlibat atas kerjasama padu, sumbangan tenaga dan sokongan dalam memastikan program RIMUP 2015 ini berjalan lancar. Bagi pihak majlis, saya memohon maaf sekiranya terdapat kepincangan mahupun kekurangan sepanjang program ini.

Kalau ada sumur di ladang,

Boleh saya menumpang mandi,

Kalaun ada umur yang panjang,

Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian.