24 nilai murni

Upload: cik-az

Post on 01-Mar-2016

96 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nilai murni

TRANSCRIPT

UPSR- BM (Bhg C)

UPSR- BM (Bhg C)

Nilai-Nilai Murni Bil.Nilai MurniPenerangan/ Kata Kunci

1.Baik Hati Membantu orang yang dalam kesusahan

a) Belas kasihan Bersimpati terhadap kesusahan orang lain

b) Bertimbang rasa Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain

c) Pemurah Member bantuan secara ikhlas kepada yang memerlukan

(menderma, berkongsi, memberikan)

d) Saling memahami Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan orang lain.

e) Saling bermaafan Sanggup meminta maaf dan memaafkan

2.Berdikari Sanngup dan boleh melakukan sesuatu tanpa bantuan orang lain

3.Yakin pada diri sendiri Percaya kepada kebolehan diri dan sanggup mencuba

4.Berhemah tinggi Tidak sombong/ rendah diri

5.Bersopan-santun/ berbudi bahasa Berbudi bahasa dan beradad dalam pergaulan

(mengucapkan terima kasih, bertanya khabar)

6. Mengakui kesilapan diri Sedia mengakui kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat

7.Ramah mesra Sedia bergaul mesra dengan semua orang

8.Hormat- menghormati

Menunjukkan rasa hormat serta memberi layanan yang baik kepada mereka

a) Hormat dan taat kepada ibu bapa Memulia dan patuh kepada mereka

b) Hormat kepada kerajaan dan Negara Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang kebesaran negeri dan negara

c) Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai kaum Menghormati kepercayaan dan adat resam semua kaum

9.Patuh kepada undang-undang Mematuhi undang-undang setiap masa

10.Kasih sayang Menyayangi diri sendiri, orang lain, nyawa binatang dengan ikhlas

11.Sayang kepada alam sekitar Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup

12.Adil Membuat pertimbangan dan keputusan secara positif, menyeluruh dan bersesuaian

a) Saksama Tidak menyebelahi sesuatu pihak dalam membuat keputusan

13.Kebebasan di sisi undang-undangBoleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batasan peraturan dan undang-undang yang tersurat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat Negara dan agama

14.Keberanian Gagah dan berani

a) Berani mencuba Berani melakukan sesuatu perkara yang baru dan mencuba untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi

b) Berani kerana benar Berani mempertahankan sesuatu yang diakui kebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata

15.Menjaga kebersihan diri

Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk kehidupan yang sihat

16.Menjaga kebersihan persekitaran Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapid an bebas daripada kekotoran dan pencemaran

17.Kebersihan mental Pertuturan dan perlakuan yang terpuji dan perlu diamalkan oleh seseorang dalam pergaulannya

18.Jujur Tidak tamak/ tidak mengambil harat benda orang lain

19.Amanah Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain

20.Bercakap benarMenyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung

21.IkhlasMelakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan

22.RajinBerusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti

23.DedikasiBerminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah

24.BekerjasamaMelakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela (bergotong-royong)

25.ToleransiBertolak-ansur serta dapat mengelakkan berlakunya perselisihan

26.Perpaduaan/ Bersatu-paduBersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, Negara dan antarabangsa

27.Kesederhanaan

a) Kesederhaan dan perlakuaan yang sederhanaBertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain

b) Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan orang lainMembuat pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan diri sendiri dan orang lain

28.Kesyukuran/ BersyukurPatuh dan menerima nasib atau takdir

29. Menghargai jasa/ mengenang budi/ membalas jasaPenghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian

30.RasionalBerupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan

31.Semangat bermasyarakatSupaya hidup dalam keadaan yang harmoni

a) BermuafakatMengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama

b) Semangat kejirananBerbaik-baik, bertolak- ansur, tolong-menolong dan bekerjasama dengan jiran tetangga dan masyarakat

c) Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat/ prihatinPeka/ memahami masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya

32.Semangat patriotik

a) Cintakan negaraBerbangga dan taat setia serta berusaha untuk memajukan negara

b) Berkorban untuk negaraSanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan Negara daripada diceroboh

Nyatakan nilai murni untuk huraian di bawah :

Contoh :Sudir suka bergaul dengan jirannya. Nilai Murni : semangat kejiranan

HuraianNyatakan nilai murni :

Jenny rajin menolong ayahnya menyiram pokok di halaman rumah.

Raju akan menggosok giginya sebelum tidur

Shah, Kumar dan Kenny beratur ketika menaiki bas sekolah.

Rosmah menyimpan wang yang diberikan oleh neneknya di dalam tabung.

Sarimah menggunakan jejantas ketika melintas jalan.

Murir-murid kelas 2A menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat.

Setiap hari, Raju mengemas tempat tidurnya sendiri.

Pak Ali mengucapkan terima kasih kepada Melissa kerana telah membantunya,

Penduduk Kampung Merlimau bergotong-royong membersihkan taman permainan itu.

Chris belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN C

1. Baca sekali untuk memahami petikan secara umum.

2. Baca sekali lagi dan gariskan perkataan atau ayat yang mempunyai nilai murni atau pengajaran.

3. Senarai semua nilai murni atau pengajaran untuk dibuat ulasan.

4. Gunakan penanda wacana bagi setiap nilai murni atau pengajaran yang diulas.

5. Pastikan tiada nilai murni atau pengajaran yang diulas berulang-ulang.

6. Setiap nilai murni atau pengajaran perlu disertai dengan huraian yang baik.

7. Pastikan tiada kesilapan tatabahasa apabila membina ayat.

8. Elakkan menggunakan ayat yang terlalu panjang.

9. Jawapan yang bersifat positif.Mulakan ayat seperti berikut:i. Kita mestilah.........................................ii. Kita sepatutnya....................................iii. Kita seharusnya...................................iv. Kita dikehendaki.................................v. Kita sewajarnya .....................................

CONTOH PENULISAN:

1. Nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas, antaranya kita mestilah..............

2. Selain itu, kita sepatutnya......................................................

3. Seterusnya, kita seharusnya .....................................................

4. Kita juga dikehendaki............................................................

5. Akhir sekali kita sewajarnya ....................................................

Setiap Nilai Murni perlu dihuraikan dalam ayat lengkap. Sebagai contoh, perhatikan rumusan berikut:

Nilai murni yang dapat diambil dari petikan di atas antaranya, kita mestilah mematuhi peraturan walaupun di mana juapun kita berada. Selain itu kita juga sepatutnya melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab. Seterusnya,kita juga seharusnya perihatin dengan keadaan dan masalah yang berlaku di sekeliling kita. Kita juga dikehendaki berterus-terang tentang masalah yang dihadapi agar pihak-pihak berwajib dapat menghulurkan bantuan. Akhir sekali, Kita sewajarnya memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan.

(Bilangan perkataan lebih kurang 55-60 patah )

BM Tahun 3 : Latihan Kata Tanya

Isi tempat kosong dengan kata tanya yang sesuai. (14%)

berapakah mengapakah apakah siapa bilakah bagaimanakah mana

1. ______________________ dua orang budak perempuan itu menangis di kantin ?

2. _______________________ jumlah gula-gula dalam botol itu ?

3. _______________________ Roxanne boleh terjatuh ke dalam longkang ?

4. Lagu itu ditujukan kepada _____________ ?

5. Jelapang padi banyak terdapat di negeri ________________ ?

6. Selepas mencuci sayur ini, _______________ langkah seterusnya ?

7. ___________________________ kamu akan memulangkan buku rujukan saya yang kamu pinjam ?

Jawapan : 1. Mengapakah, 2. Berapakah, 3. Bagaimanakah, 4. siapa, 5. mana, 6. apakah, 7. Bilakah

Jawapan :

Jenny rajin menolong ayahnya menyiram pokok di halaman rumah.membantu

Raju akan menggosok giginya sebelum tidurmenjaga kebersihan diri

Shah, Kumar dan Kenny beratur ketika menaiki bas sekolah.berdisiplin / bertatatertib

Rosmah menyimpan wang yang diberikan oleh neneknya di dalam tabung.berjimat-cermat

Sarimah menggunakan jejantas ketika melintas jalan.menjaga keselamatan diri

Murir-murid kelas 2A menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat.cinta akan negara / semangat patriotik

Setiap hari, Raju mengemas tempat tidurnya sendiri.berdikari

Pak Ali mengucapkan terima kasih kepada Melissa kerana telah membantunya,berterima kasih / bersyukur

Penduduk Kampung Merlimau bergotong-royong membersihkan taman permainan itu. berkerjasama

Chris belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang.rajin