24 lulusan lasalle pelajar myanmar pendidikan … mana si pemain boleh mengimbangi bola raga itu...

2
Berita Harian, Pg 24, Sat 24 Sep 2016 Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited. Permission required for reproduction LASALLE graduate researches Myanmarese sepak takraw SEPAK TAKRAW ARTIST Mr Ahmad Anuar who used to represent Yishun Secondary School in sepak takraw produces installation art based on that theme, went to Myanmar to research the tradition of 'chinlone' thanks to the Winston Oh Travel Award. - Photograph KHALID BABA WALAUPUN tidak lagi me- wakili Sekolah Menengah Yishun dalam perlawanan se- pak takraw, Encik Ahmad Anu- ar Umar tetap menyemai cinta- nya terhadap sukan itu meneru- si seni lukis dan pemasangan. Inilah yang diusahakan be- liau secara gigih di Maktab Seni Lasalle sehingga kakinya mam- pu melangkah ke Myanmar, Mei lalu, bagi mengkaji dan mengamati sukan tradisional negara itu yang dipanggil chin- lone. Chinlone persis sepak takraw dan merupakan gabu- ngan sukan dan tarian serta merupakan kegiatan berpasu- kan tanpa pasukan lawan. Teras permainan ini bukan menang atau kalah tetapi se- jauh mana si pemain boleh mengimbangi bola raga itu den- gan cantik dan baik. Encik Ahmad Anuar, 20 tahun, bertuah kerana merupa- kan antara lima pelajar Lasalle yang menerima Anugerah Kembara Winston Oh. Anugerah berupa geran itu membolehkan pelajar cemer- lang Fakulti Seni Halus, Lasalle, melancong ke luar negara di samping membangun kajian dan latihan kesenian mereka. Semalam, perihal inilah yang terpahat sebagai kena- ngan manis apabila Encik Ah- mad Anuar, anak bongsu em- pat beradik, menutup tirai pen- gajian Diploma Seni Halusnya di majlis konvokesyen yang ber- langsung di Dewan 3, Pusat Persidangan dan Pameran Sin- gapore Expo. Majlis tersebut dihadiri Pe- mangku Menteri Pendidikan (Pendidikan Tinggi dan Kemahi- ran), Encik Ong Ye Kung. Ketika ditemui, Encik Ah- mad Anuar berkata: “Sukan sepak takraw itu de- kat di hati saya kerana saya merupakan wakil sekolah. Bagi saya, sukan ini melambangkan identiti Melayu. “Saya juga menyelongkar konsep ruang menerusi lukisan gelanggang sepak takraw, bad- minton dan bola keranjang. “Dari perspektif seorang pe- nonton pula, saya tertarik meli- hat bagaimana sukan mendo- rong masyarakat berinteraksi dan bersatu hati. Saya juga mi- nat meninjau persaingan yang hadir dalam diri setiap insan.” Di Myanmar, Encik Ahmad Anuar bersandarkan isu yang dibincangkan penulis Alfie Kohn, No Contest , yang mengkritik peraduan. “Menurut Kohn, daripada menekankan persaingan antara individu, lebih baik bantu per- tingkat keyakinan diri mereka, ditambah dengan penghada- man nilai-nilai murni. “Saya lihat betapa semua pemain chinlone seronok menunjukkan kemahiran tanpa risaukan ada yang menumpas- kan mereka,” ujarnya. – HARYANI ISMAIL Lulusan Lasalle kaji ‘sepak takraw’ Myanmar SENIMAN ‘SEPAK TAKRAW’: Encik Ahmad Anuar Umar yang pernah mewakili Sekolah Menengah Yishun bagi perlawanan sepak takraw menghasilkan seni pemasangan bertemakan sepak takraw bahkan ke Myanmar bagi mengkaji sukan tradisional ‘chinlone’ berkat Anugerah Kembara Winston Oh. – Foto KHALID BABA

Upload: phamthuy

Post on 26-May-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 24 Lulusan Lasalle Pelajar Myanmar pendidikan … mana si pemain boleh mengimbangi bola raga itu den-gan cantik dan baik. Encik Ahmad Anuar, 20 tahun, bertuah kerana merupa-kan antara

Berita Harian, Pg 24, Sat 24 Sep 2016 Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited. Permission required for reproduction

LASALLE graduate researches Myanmarese sepak takraw SEPAK TAKRAW ARTIST Mr Ahmad Anuar who used to represent Yishun Secondary School in sepak takraw produces installation art based on that theme, went to Myanmar to research the tradition of 'chinlone' thanks to the Winston Oh Travel Award. - Photograph KHALID BABA

WALAUPUN tidak lagi me-wakili Sekolah Menengah Yishun dalam perlawanan se-pak takraw, Encik Ahmad Anu-ar Umar tetap menyemai cinta-nya terhadap sukan itu meneru-si seni lukis dan pemasangan.

Inilah yang diusahakan be-liau secara gigih di Maktab Seni Lasalle sehingga kakinya mam-pu melangkah ke Myanmar, Mei lalu, bagi mengkaji dan mengamati sukan tradisional negara itu yang dipanggil chin-lone.

Chinlone persis sepak takraw dan merupakan gabu-ngan sukan dan tarian serta merupakan kegiatan berpasu-kan tanpa pasukan lawan. Teras permainan ini bukan menang atau kalah tetapi se-jauh mana si pemain boleh mengimbangi bola raga itu den-gan cantik dan baik.

Encik Ahmad Anuar, 20 tahun, bertuah kerana merupa-kan antara lima pelajar Lasalle yang menerima Anugerah Kembara Winston Oh.

Anugerah berupa geran itu membolehkan pelajar cemer-lang Fakulti Seni Halus, Lasalle, melancong ke luar negara di samping membangun kajian dan latihan kesenian mereka.

Semalam, perihal inilah yang terpahat sebagai kena-ngan manis apabila Encik Ah-mad Anuar, anak bongsu em-pat beradik, menutup tirai pen-gajian Diploma Seni Halusnya

di majlis konvokesyen yang ber-langsung di Dewan 3, Pusat Persidangan dan Pameran Sin-gapore Expo.

Majlis tersebut dihadiri Pe-mangku Menteri Pendidikan (Pendidikan Tinggi dan Kemahi-ran), Encik Ong Ye Kung.

Ketika ditemui, Encik Ah-mad Anuar berkata:

“Sukan sepak takraw itu de-kat di hati saya kerana saya merupakan wakil sekolah. Bagi saya, sukan ini melambangkan identiti Melayu.

“Saya juga menyelongkar konsep ruang menerusi lukisan gelanggang sepak takraw, bad-minton dan bola keranjang.

“Dari perspektif seorang pe-nonton pula, saya tertarik meli-hat bagaimana sukan mendo-rong masyarakat berinteraksi dan bersatu hati. Saya juga mi-nat meninjau persaingan yang hadir dalam diri setiap insan.”

Di Myanmar, Encik Ahmad Anuar bersandarkan isu yang dibincangkan penulis Alfie Kohn, No Contest, yang mengkritik peraduan.

“Menurut Kohn, daripada menekankan persaingan antara individu, lebih baik bantu per-tingkat keyakinan diri mereka, ditambah dengan penghada-man nilai-nilai murni.

“Saya lihat betapa semua pemain chinlone seronok menunjukkan kemahiran tanpa risaukan ada yang menumpas-kan mereka,” ujarnya. – HARYANI ISMAIL

!HARYANI [email protected]

PELAJAR yang ingin me-neruskan pengajian ke institu-si pendidikan swasta digalak-kan mengkaji pilihan mereka secara terperinci.

Mereka juga harus bijak menilai adakah sesebuah kur-sus akan membantu mereka meraih kemahiran yang rele-van bagi pekerjaan yang akan diceburi pada masa akan da-tang.

Ini memandangkan dapa-tan satu tinjauan yang diken-dalikan Majlis Pendidikan Swasta ke atas sembilan insti-tusi pendidikan swasta terbe-sar di sini, awal tahun ini, menunjukkan kadar peker-jaan sepenuh masa bagi lulus-an baru tanpa pengalaman bekerja ialah 58 peratus.

Kadar ini jauh lebih rendah daripada kadar 83 pe-ratus yang dicatat lulusan uni-versiti autonomi (Universiti Nasional Singapura, Universi-ti Teknolongi Nanyang dan Universiti Pengurusan Singapura).

Demikian pengamatan Pemang-ku Menteri Pendidikan (Pendidikan Tinggi dan Kemahiran), Encik Ong Ye Kung, di majlis konvokesyen Maktab Seni Lasalle yang berlang-sung di Pusat Persidangan dan Pa-meran Singapore Expo, semalam.

Tinjauan yang dikendalikan de-ngan kerjasama Kementerian Pen-didikan (MOE) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) itu turut menarik perhatian bahawa penda-patan median lulusan ijazah institu-si pendidikan swasta ialah sekitar 15 peratus lebih rendah ($2,700) daripada lulusan universiti au-tonomi ($3,200).

Antara Disember 2015 dengan Jun lalu, seramai 4,200 individu daripada sejumlah 12,600 lulusan yang tamat pengajian pada 2014 memberikan respons pada tinjauan itu.

Mereka diminta menjawab soa-lan tentang status pekerjaan mere-ka enam bulan selepas tamatnya peperiksaan tahun akhir.

Memberikan pengamatannya, Encik Ong berkata:

“Pelajar yang berhasrat mengi-kuti program ijazah di institusi pen-didikan swasta perlu tahu fakta

yang pragmatik tetapi penting ini.“Secara menyeluruh, kami ingin

mutu hasil pendidikan dan peker-jaan dalam sektor ini dipertingkat.

“Maka, MOE dan Majlis Pendidi-kan Swasta sedang mengkaji lang-kah selanjutnya yang perlu diperke-nal di atas tujuan peningkatan ini.

“Pada masa yang sama, institusi pendidikan posmenengah pemerin-tah menawarkan lebih banyak lalu-an yang rencam menerusi Program Bekerja dan Belajar (ELP) SkillsFu-ture agar lulusan baru politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) akan terus menajamkan kema-hiran mereka menerusi pekerjaan dan pembelajaran di samping meraih kelulusan yang diiktiraf in-dustri di peringkat sijil lanjutan, di-ploma, diploma lanjutan dan diplo-ma spesialis,” jelas Encik Ong.

Beliau menambah bahawa uni-versiti setempat juga sedang mem-bangun laluan bagi pembelajaran golongan dewasa di mana mereka akan membangun pusat khusus ba-gi pembelajaran sepanjang hayat.

Pusat itu akan menawarkan pel-bagai kursus bermodul bagi golo-ngan dewasa mempertingkat diri dan kekal relevan dengan perkem-bangan industri.

Lulusan Lasallekaji ‘sepak takraw’

Myanmar

Pelajar pendidikan

swasta digalak kaji

kursus secara terperinci

Berita HarianSingapura @BeritaHarianSG

IKUTI KAMI DI

24

ENCIK ONG YE KUNG: Universiti setempat sedang membangun laluan bagi pembelajaran golongan dewasa di mana mereka akan membangun pusat khusus bagi pembelajaran sepanjang hayat. – Foto fail

SABTU, 24 SEPTEMBER 2016 (22 ZULHIJAH 1437)

SENIMAN ‘SEPAK TAKRAW’: Encik Ahmad Anuar Umar yang pernah mewakili Sekolah Menengah Yishun bagi perlawanan sepak takraw menghasilkan seni pemasangan bertemakan sepak takraw bahkan ke Myanmar bagi mengkaji sukan tradisional ‘chinlone’ berkat Anugerah Kembara Winston Oh. – Foto KHALID BABA

“Pelajar yang berhasrat mengikuti program ijazah di institusi pendidikan swasta perlu tahu fakta yang pragmatik tetapi penting ini.Secara menyeluruh, kami ingin mutu hasil pendidikan dan pekerjaan dalam sektor ini dipertingkat.Maka, MOE dan Majlis Pendidikan Swasta sedang mengkaji langkah selanjutnya yang perlu diperkenal di atas tujuan peningkatan ini. Pada masa yang sama, institusi pendidikan posmenengah pemerintah menawarkan lebih banyak laluan yang rencam menerusi Program Bekerja dan Belajar (ELP) SkillsFuture agar lulusan baru politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) akan terus menajamkan kemahiran mereka menerusi pekerjaan dan pembelajaran di samping meraih kelulusan yang diiktiraf industri di peringkat sijil lanjutan, diploma, diploma lanjutan dan diploma spesialis.”– Encik Ong Ye Kung, Pemangku Menteri Pendidikan (Pendidikan Tinggi dan Kemahiran)

Diterbitkan dan dicetak oleh Singapore Press Holdings Limited. Co. Regn. No. 198402868E. Anggota Pengedaran Biro Audit Singapura. Perkhidmatan Pengguna (Pengedaran): 6388-3838, [email protected], Faks: 6746-1925.

Page 2: 24 Lulusan Lasalle Pelajar Myanmar pendidikan … mana si pemain boleh mengimbangi bola raga itu den-gan cantik dan baik. Encik Ahmad Anuar, 20 tahun, bertuah kerana merupa-kan antara

Berita Harian, Pg 24, Sat 24 Sep 2016 Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited. Permission required for reproduction Even though he no longer represents Yishun Secondary School in sepak takraw competitions, Mr Ahmad Anuar Umar still nurtures his love for the sport through drawing and installation art. His hard work at LASALLE College of the Arts enabled him to travel to Myanmar last May to research and observe the traditional sport in the country where it is called chinlone. Chinlone is similar to sepak takraw - a combination of sport and dance as well as a team activity but without an opposing team. The main aim of the game is not to win or lose but to see how best the players can balance the ball artfully and well. Mr. Ahman Anuar, 20 years old, is fortunate as he is one of only five LASALLE Diploma students who received the Winston Oh Travel Award. The Award is a grant that allows top students from LASALLE’s McNally School of Fine Arts to travel overseas while doing research and developing their own art practice. Yesterday, Mr Ahmad Anuar, the youngest of four siblings, who closed the curtains on his Diploma in Fine Arts at the convocation ceremony held at Hall 3, Singapore Expo Convention and Exhibition Centre. The ceremony was graced by Mr Ong Ye Kung, Acting Minister for Education (Higher Education and Skills). When interviewed, Mr Ahmad Anuar said, “Sepak takraw is close to my heart as I used to represent my school. To me, this sport is symbolic of Malay identity. “I also investigated the concept of space through the sketch of the sepak takraw, badminton and basketball courts. “From the perspective of a spectator, I was keen to observe how sport encourages the community to interact and unite. I was also interested at looking into how competition exists inside each human being.” In Myanmar, Mr Ahmad Anuar based his work on the issue discussed by writer Alfie Kohn, No Contest, which critiqued contests. “According to Kohn, rather than emphasising rivalry between individuals, it is better to help support each other's confidence, and reinforce this with good values. “I saw how all the chinlone players can be flaunting their skills without worrying about having a competitor who could beat them,” he added.