gerak tari jaya lulusan cemerlang lasalle

4
Berita Harian, Pg 10, 27 September 2016 Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited. Permission required for reproduction SEKECIL usia 11 tahun, Encik Syaril Amri Mohd Tajuddin sudah didedahkan pada ke- tangkasan dunia tarian hip hop. Beliau merupakan anggota termuda kru hip hop popular, Fantastic Four Dance Crew, yang dipimpin Encik Mohd Ridwan (Ewan) Rashid. Bagaimanapun, bidang tarian ini tidak di- ambil serius olehnya kerana cita-cita utamanya dahulu ialah mengikuti kursus diploma pengu- rusan sukan dan riadah di Politeknik Republic (RP). Tapi impian itu tidak menjadi nyata, menyebabkan beliau tercari-cari kursus yang sesuai dengan jiwanya. Hanya selepas bersembang dengan dua penari mapan, Encik Shahrin Johry dan Encik Mohamad Sufri Juwahir, barulah Encik Syaril terbuka hati mengikuti diploma tarian di Mak- tab Seni Lasalle. Jumaat lalu, beliau, yang kini berusia 21 tahun, menutup tirai pengajiannya pada majlis konvokesyen Lasalle yang berlangsung di Dew- an Persidangan dan Pameran Singapore Expo. Beliau juga antara pelajar cemerlang kursus itu yang menerima Dermasiswa Tan Chay Bing selama tiga tahun berturut-turut sepanjang pe- ngajian di Lasalle. Ketika ditemui Gah!, Encik Syaril, yang merupakan anak seorang pemandu teksi dan suri rumah, berkata: “Menari hanyalah hobi sahaja walaupun saya terdedah pada tarian hip hop sewaktu di bangku sekolah rendah. “Memandangkan saya aktif dalam sukan bola lantai, saya idamkan peluang mendalami kursus pengurusan sukan dan riadah di Politeknik Republic. “Apabila harapan itu tidak kesampaian, tarian merupakan bidang gantian. Saya akui pa- da hari pertama di Lasalle, saya terasa kekok, bagaikan terperangkap di dalam dunia serba asing. “Saya tiada latar belakang tarian balet. Tahun pertama memang penuh jerih payah- nya. Tapi kosa kata saya dalam dunia tarian semakin bertambah dengan setiap kepayahan yang dilalui. Saya juga mula tahu siapa ‘Permaisuri Tarian Moden’, Martha Graham.” Berkat latihan gigih yang dilaluinya, beliau mampu menguatkan ototnya. Kursus balet bahkan membolehkan Encik Syaril melakukan dirian tangan pada tempoh waktu lebih lama. “Kedudukan postur saya lebih baik. Saya tidak pernah putus asa bagi memperbaiki diri saya. “Fokus saya pada usaha menguasai setiap teknik yang diajar pensyarah. Banyak onak dan durinya tapi saya anggap motivasi guru atau leteran mereka sebagai pembakar sema- ngat,” ceritanya lagi. Beliau jenis pelajar yang banyak bertanya di studio tarian bagi membolehkannya memaha- mi sesuatu teknik atau teori tari yang diajar dengan baik. Ditanya mengenai kenangan manisnya di Lasalle, Encik Syaril berkata: “Pastinya kenangan menjadi satu-satunya pelajar diploma yang terpilih bagi projek pesta tarian jurutari dan pensyarah tari tidak asing la- gi, Albert Tiong. Pelajar lain yang dipilihnya merupakan mereka di peringkat ijazah, baik dari Lasalle atau Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa). “Saya ingat detik-detik saya, yang ketika itu di tahun pertama, terpaksa mencuri pandang di balik pintu kaca studio tarian ketika Albert mengajar pelajar-pelajar tahun keduanya. “Saya impikan pengalaman berada di bawah bimbingannya. Memang penat bukan kepalang dan berpeluh sebab ia bak satu pelari- an 2.4 kilometer yang tiada kesudahannya! Al- bert tegas dengan pelajarnya tetapi selalu mem- percayai kebolehan kami.” Encik Syaril juga sempat bekerjasama dengan penari antarabangsa, Ole, yang terlatih dalam bidang hip hop menerusi karya tari ber- tajuk Electricity. “Selepas Perkhidmatan Negara (NS), saya bercadang melakukan kerja sebagai jurutari. Impian saya suatu hari nanti ialah menyertai institusi tarian terbilang, Trinity Laban Conser- vatoire of Music and Dance di London. “Seorang pensyarah saya mempelajari sains tarian yang mengkaji cara merangsang otot kita agar bergerak dalam proses tarian di institusi itu. Pastinya ia cabang tarian yang menarik dan membuka minda,” katanya lagi. Di majlis konvokesyen Lasalle Jumaat lalu, Pemangku Menteri Pendidikan (Pendidikan Tinggi dan Kemahiran), Encik Ong Ye Kung, yakin peluang pekerjaan cerah bagi lulusan ke- senian daripada Lasalle. Bersandarkan Tinjauan Pekerjaan Lulusan kendalian Kementerian Pendidikan (MOE), be- liau mendedahkan bahawa kebanyakan lulu- san kesenian Lasalle (tujuh dalam kalangan 10 yang ditinjau), mampu mendapatkan peker- jaan sepenuh masa, sambilan atau bebas dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian tahun lalu. “Kami hanya perlu tekankan kepada anda (para lulusan kesenian) bahawa sebilangan be- sar daripada lulusan Lasalle di masa lalu mem- punyai portfolio atau kerjaya bebas yang me- merlukan mereka mengimbangi bermacam tu- gasan. Kerja anda bukan tugas masuk 9 pagi pu- lang 5 petang, Isnin hingga Jumaat. “Begitulah keadaan industri yang anda sendiri pilih untuk diceburi. Seiringan dengan itu, terdapat lebih ramai pelajar yang bukan dalam jurusan seni, memilih menjadi usahawan atau menawarkan khidmat profesional atau pa- kar secara bebas. “MOE berharap dapat mengambil kira pe- rubahan keadaan bekerja masa kini dalam me- ngukur hasil pekerjaan di masa akan datang,” jelas Encik Ong. Rai kehidupan dan seni menerusi Gerak tari jaya lulusan cemerlang Lasalle KESUNGGUHAN KELUAR DARI ZON SELESA: Bermula sebagai penari hip hop Fantastic Four Dance Crew, Encik Syaril Amri Mohd Tajuddin, kini mampu melakukan aksi dirian tangan dengan lebih baik selepas melalui latihan balet menerusi kursus diploma tarian daripada Maktab Seni Lasalle. – Foto-foto KHALID BABA Pembelajaran seni mampu menjamin masa depan seorang individu dengan pelbagai prasarana yang giat dibina pemerintah bagi memajukan seni. Inilah yang diyakini sekumpulan anak muda yang berusaha membangkitkan minat berterusan dalam memburu impian yang berlandaskan kecenderungan. HARYANI ISMAIL ([email protected]) melaporkan.

Upload: buitruc

Post on 03-Jan-2017

273 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Gerak tari jaya lulusan cemerlang Lasalle

Berita Harian, Pg 10, 27 September 2016 Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited. Permission required for reproduction

SELEPAS dua tahun mengajar lukisan di sekolah, Cik Maisarah Ka-mal, mengambil keputusan kembali ke bilik darjah dan menimba penge-tahuan di Maktab Seni Lasalle.

Mahasiswa tahun pertama kursus ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam seni halus itu teroka semula erti disiplin, penguru-san masa dan kreativiti dalam pera-nan barunya itu.

Sebagai pelukis muda yang dipe-ngaruhi sekitarannya, beliau peka terhadap bermacam perkara dan akan mengamati lorekan terperinci pada dedaunan menghijau.

Cik Maisarah, 24 tahun, juga ge-mar meninjau dengan mendalam lukisan yang digantung di muzium.

Kini, dua siri karyanya yang diberi nama Tidal Wave dan On Geometry dipamerkan di Maya Gallery sempena Pameran Kini.

Sebagaimana jelasnya tentang karya yang dihasilkan sebagai pendedahan pada dunia lukisan galeri:

“Sebelum ini, saya terikat de-

ngan tugas mengajar sehinggakan tiada masa menyiapkan lukisan ba-ru.

“Siri Tidal Wave ini melambang-kan pasang surut emosi dan mood harian saya berurusan dengan pela-jar dan teman sekeliling yang ba-nyak ragamnya.

“Kerja seni ini berulang tetapi ia memberi saya kebebasan menebar imaginasi. Kadangkala tersilap atau ada kemalangan kecil berlaku sewaktu menghasilkan karya ini. Ta-pi tidak mengapa sebab setiap pro-ses seni itu indah dan menggembira-kan.”

Siri arca On Geometry yang dija-na lulusan diploma pengajaran seni daripada Akademi Seni Halus Nan-yang (Nafa) itu hasil pembelajaran di kelas arca Lasalle pula mengisah-kan tentang ketegaran hidup.

“Kadangkala, kita rasa rimas dibendung dengan sesuatu peratu-ran atau ikatan.

“Saya biarkan sahaja orang yang melihat memberikan takrifan ten-tang karya saya. Apakah pengertian-

nya buat mereka? Setiap orang ada pandangan berbeza. Saya enggan menjelaskan maksud mendalam-nya. Semakin rencam pandangan an-da, semakin baik,” katanya lagi.

Memandangkan ini kali pertama beliau mengusahakan karya arca, banyak perkiraan dan eksperimen yang perlu dikendalikan khususnya dalam pemilihan dan adunan bahan kayu dan simen.

“Menjelang hujung tahun ini,

saya merancang melibatkan diri dalam program penempatan seni ba-gi menimba ilmu dan pengalaman.

“Kembalinya saya ke bangku sekolah memenatkan juga pada mu-lanya. Saya lebih sibuk memerah idea. Apabila sampai peringkat ijazah, anda tidak lagi boleh harap-kan pensyarah anda memberikan se-mua maklumat kepada anda. Perlu rajin cari sendiri dan usahakan yang terbaik,” tambahnya.

SEPERTI ramai pemuda lain yang gemarkan dunia pantas kereta, Encik Rick Farid juga cenderung mengamati bentuk dan fungsi kenderaan itu.

Bahkan, beliau mengidamkan kerjaya sebagai se-orang pereka kereta suatu hari nanti.

Bagaimanapun, sebelum bidang idaman itu menjadi tugasan realiti, Encik Rick, 21 tahun, akur beliau perlu melalui asas rekaan dengan mengambil diploma dalam rekaan perabot di Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa).

Kini, di samping sibuk mengendalikan projek sekolah, beliau turut menghasilkan beberapa kepingan karya seni tentang kunjungannya ke Bali bagi Pameran Kini di Maya Gallery, balai seni milik bapa saudaranya, Encik Jeffrey Wandly.

Pameran yang turut disertai lima pelukis baru lain itu berlangsung hingga 12 Oktober ini di ruang galeri sekitar Oxley Bizhub 2, Ubi Road 1.

Encik Rick mengabadikan pengamatannya tentang upacara membakar mayat di Bali yang dipanggil ngaben, sesuatu yang disaksikan sendiri bersama Encik Jeffrey, seorang jurubina dan pelukis.

Ketika diminta mengulas pengalamannya, pemuda berkaca mata itu, berkata:

“Saya dapati budaya ngaben ini menarik sekali.“Tatkala itu, saya mengikuti bapa saudara saya dalam

kunjungan dan kerjasama bersama beberapa galeri seni di Bali.

“Kebetulan sewaktu kami ke sana, ada upacara ini yang dikendalikan bagi mengurus pembakaran mayat permaisuri daerah Seminyak.

“Tidak seperti upacara pengkebumian atau pembaka-ran lain yang diiringi dengan kesedihan dan kesayuan, ngaben bak meraikan peralihan pada satu tempoh ke-hidupan yang berbeza.

“Secara umum, ngaben melambangkan proses meng-hantar si mati kepada dunia baru atau kehidupan selanjutnya. Ada struktur yang menampung mayat ini se-belum dibakar dan abunya dibawa ke pantai.”

Menurut Encik Rick lagi, mayat yang diuruskan itu be-rada dalam keadaan berbaring.

Dalam lukisannya, beliau menggunakan simbol se-pasang kaki berada di bawah setiap struktur persis keran-da berhias itu.

Ada keranda batu yang kelihatan persis ukiran ker-bau manakala ada pula dibuat dalam bentuk kuil yang di-panggil wadah dan diperbuat daripada kayu dan papier-mache (kertas tumbuk yang dicampur dengan bahan pelekat).

Pengiring keranda itu dipercayai tidak berjalan dalam barisan teratur. Mengikut kepercayaan, langkah itu akan mengelirukan roh jahat agar ia tidak menghampiri si mati.

“Menghasilkan lukisan sebegini yang berteraskan un-sur budaya menarik bagi saya. Saya yakin ia akan mem-buat sesiapa yang memandang tertarik mengetahui lebih lanjut tentang ngaben.

“Pengalaman melihat upacara pembakaran di Bali itu terpahat di ingatan. Ia adalah simbol kematian tetapi ia juga melambangkan kehidupan. Perjalanan jauh mereka yang menguruskan proses pembakaran ini sarat dengan tradisi dan budaya.

“Sekali gus, ia mengingatkan saya tentang kaum ke-luarga tercinta yang telah meninggalkan saya buat sela-ma-lamanya. Nasihat mereka agar saya terus memburu impian saya hingga jaya terngiang-ngiang di telinga.

“Sebagai pelukis baru, saya tumpukan pada ketelitian lukisan saya dan kemudian warna terang benderangnya yang lebih menarik perhatian,” tambah Encik Rick.

Dalam bidang pengajiannya, beliau ingin mem-pelajari seberapa banyak teknik asas mereka perabot yang boleh dijadikan landasan bagi rekaan kereta kelak.

“Rekaan perabot ini hanyalah batu loncatan bagi saya meneroka bidang rekaan kereta.

“Asasnya serupa di mana kita perlu perhatikan peri-hal ergonomik rekaan dan lekuk-lekuknya atau kese-suaian bahan yang digunakan,” jelasnya.

Encik Rick banyak menerima galakan berseni dari-pada Encik Jeffrey yang mengendalikan Maya Gallery bersama isterinya, Cik Masturah Sha’ari.

Sebelum ke Nafa, beliau memiliki diploma rekaan produk dan perindustrian daripada Politeknik Temasek

(TP).“Saya suka bereksperimen dengan imaginasi saya.

Idea saya berlegar di sekitar menggabungkan apa yang wujud dengan apa yang hanya ada dalam fantasi pemi-kiran saya.

“Budaya pop yang menyerlah lagi luar biasa di Bali mempengaruhi karya seni saya. Saya juga ingin belajar daripada golongan pelukis mapan tentang cara mengem-bangkan bakat dalam dunia seni yang pesat berkembang ini,” katanya lagi.

Encik Rick juga pernah terlibat dalam pameran pe-lukis baru, Embryonic: An Exhibition of Young & Emer-gent Artists, di Maya Gallery sebelum ini.

SEKECIL usia 11 tahun, Encik Syaril Amri Mohd Tajuddin sudah didedahkan pada ke-tangkasan dunia tarian hip hop.

Beliau merupakan anggota termuda kru hip hop popular, Fantastic Four Dance Crew, yang dipimpin Encik Mohd Ridwan (Ewan) Rashid.

Bagaimanapun, bidang tarian ini tidak di-ambil serius olehnya kerana cita-cita utamanya dahulu ialah mengikuti kursus diploma pengu-rusan sukan dan riadah di Politeknik Republic (RP).

Tapi impian itu tidak menjadi nyata, menyebabkan beliau tercari-cari kursus yang sesuai dengan jiwanya.

Hanya selepas bersembang dengan dua penari mapan, Encik Shahrin Johry dan Encik Mohamad Sufri Juwahir, barulah Encik Syaril terbuka hati mengikuti diploma tarian di Mak-tab Seni Lasalle.

Jumaat lalu, beliau, yang kini berusia 21 tahun, menutup tirai pengajiannya pada majlis konvokesyen Lasalle yang berlangsung di Dew-an Persidangan dan Pameran Singapore Expo.

Beliau juga antara pelajar cemerlang kursus itu yang menerima Dermasiswa Tan Chay Bing selama tiga tahun berturut-turut sepanjang pe-ngajian di Lasalle.

Ketika ditemui Gah!, Encik Syaril, yang merupakan anak seorang pemandu teksi dan suri rumah, berkata:

“Menari hanyalah hobi sahaja walaupun saya terdedah pada tarian hip hop sewaktu di bangku sekolah rendah.

“Memandangkan saya aktif dalam sukan bola lantai, saya idamkan peluang mendalami kursus pengurusan sukan dan riadah di Politeknik Republic.

“Apabila harapan itu tidak kesampaian, tarian merupakan bidang gantian. Saya akui pa-da hari pertama di Lasalle, saya terasa kekok, bagaikan terperangkap di dalam dunia serba asing.

“Saya tiada latar belakang tarian balet. Tahun pertama memang penuh jerih payah-nya. Tapi kosa kata saya dalam dunia tarian semakin bertambah dengan setiap kepayahan yang dilalui. Saya juga mula tahu siapa ‘Permaisuri Tarian Moden’, Martha Graham.”

Berkat latihan gigih yang dilaluinya, beliau mampu menguatkan ototnya. Kursus balet bahkan membolehkan Encik Syaril melakukan dirian tangan pada tempoh waktu lebih lama.

“Kedudukan postur saya lebih baik. Saya tidak pernah putus asa bagi memperbaiki diri saya.

“Fokus saya pada usaha menguasai setiap teknik yang diajar pensyarah. Banyak onak dan durinya tapi saya anggap motivasi guru atau leteran mereka sebagai pembakar sema-ngat,” ceritanya lagi.

Beliau jenis pelajar yang banyak bertanya di studio tarian bagi membolehkannya memaha-mi sesuatu teknik atau teori tari yang diajar dengan baik.

Ditanya mengenai kenangan manisnya di Lasalle, Encik Syaril berkata:

“Pastinya kenangan menjadi satu-satunya pelajar diploma yang terpilih bagi projek pesta tarian jurutari dan pensyarah tari tidak asing la-gi, Albert Tiong. Pelajar lain yang dipilihnya merupakan mereka di peringkat ijazah, baik dari Lasalle atau Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa).

“Saya ingat detik-detik saya, yang ketika itu di tahun pertama, terpaksa mencuri pandang di balik pintu kaca studio tarian ketika Albert mengajar pelajar-pelajar tahun keduanya.

“Saya impikan pengalaman berada di bawah bimbingannya. Memang penat bukan kepalang dan berpeluh sebab ia bak satu pelari-an 2.4 kilometer yang tiada kesudahannya! Al-bert tegas dengan pelajarnya tetapi selalu mem-percayai kebolehan kami.”

Encik Syaril juga sempat bekerjasama

dengan penari antarabangsa, Ole, yang terlatih dalam bidang hip hop menerusi karya tari ber-tajuk Electricity.

“Selepas Perkhidmatan Negara (NS), saya bercadang melakukan kerja sebagai jurutari. Impian saya suatu hari nanti ialah menyertai institusi tarian terbilang, Trinity Laban Conser-vatoire of Music and Dance di London.

“Seorang pensyarah saya mempelajari sains tarian yang mengkaji cara merangsang otot kita agar bergerak dalam proses tarian di institusi itu. Pastinya ia cabang tarian yang menarik dan membuka minda,” katanya lagi.

Di majlis konvokesyen Lasalle Jumaat lalu, Pemangku Menteri Pendidikan (Pendidikan Tinggi dan Kemahiran), Encik Ong Ye Kung, yakin peluang pekerjaan cerah bagi lulusan ke-senian daripada Lasalle.

Bersandarkan Tinjauan Pekerjaan Lulusan kendalian Kementerian Pendidikan (MOE), be-liau mendedahkan bahawa kebanyakan lulu-san kesenian Lasalle (tujuh dalam kalangan 10 yang ditinjau), mampu mendapatkan peker-jaan sepenuh masa, sambilan atau bebas dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian tahun lalu.

“Kami hanya perlu tekankan kepada anda (para lulusan kesenian) bahawa sebilangan be-sar daripada lulusan Lasalle di masa lalu mem-punyai portfolio atau kerjaya bebas yang me-merlukan mereka mengimbangi bermacam tu-gasan. Kerja anda bukan tugas masuk 9 pagi pu-lang 5 petang, Isnin hingga Jumaat.

“Begitulah keadaan industri yang anda sendiri pilih untuk diceburi. Seiringan dengan itu, terdapat lebih ramai pelajar yang bukan dalam jurusan seni, memilih menjadi usahawan atau menawarkan khidmat profesional atau pa-kar secara bebas.

“MOE berharap dapat mengambil kira pe-rubahan keadaan bekerja masa kini dalam me-ngukur hasil pekerjaan di masa akan datang,” jelas Encik Ong.

Mahu belajar lagi cara perluas daya kreatif

Rai kehidupan dan seni menerusi amatan budaya Bali

Gerak tari jayalulusan cemerlang Lasalle

KESUNGGUHAN KELUAR DARI ZON SELESA: Bermula sebagai penari hip hop Fantastic Four Dance Crew, Encik Syaril Amri Mohd Tajuddin, kini mampu melakukan aksi dirian tangan dengan lebih baik selepas melalui latihan balet menerusi kursus diploma tarian daripada Maktab Seni Lasalle. – Foto-foto KHALID BABA

DALAMI KESENIAN BARU: Guru lukisan, Cik Maisarah Kamal, kembali ke bangku sekolah dan mengikuti kursus seni halus di Maktab Seni Lasalle bagi menimba ilmu mengukir arca.

BURU IMPIAN LANGKAH DEMI LANGKAH: Encik Rick Farid yang mengidamkan kerjaya sebagai pereka kereta kini mendalami seni rekaan perabot di Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa) dan tidak melupakan kerja seni lukisnya yang menyelongkar budaya ngaben atau upacara membakar mayat dan peralihan pada kehidupan selanjutnya di Bali.

Pembelajaran seni mampu menjamin masa depan seorang individu dengan pelbagai prasarana yang giat dibina pemerintah bagi memajukan seni. Inilah yang diyakini sekumpulan anak muda yang berusaha membangkitkan minat berterusan dalam memburu impian yang berlandaskan kecenderungan. HARYANI ISMAIL ([email protected]) melaporkan.

10 Berita Harian | Selasa, 27 September 2016

Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan

Page 2: Gerak tari jaya lulusan cemerlang Lasalle

Berita Harian, Pg 10, 27 September 2016 Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited. Permission required for reproduction

With the government investing in various facilities to promote art, students pursuing art educations can now look forward to a secure future. This is the opinion of a group of youths who worked hard to keep their passion alive while pursuing their dreams. Dance movements by an outstanding LASALLE graduate DETERMINATION TO GET OUT OF THE COMFORT ZONE: Starting from being a hip hop dancer for the Fantastic Four Dance Crew, Mr Syaril Amri Mohd Tajuddin, is now able to do a better handstand after going through ballet lessons from the Diploma in Dance programme from the LASALLE College of the Arts. – Photograph KHALID BABA From as young as 11 years old, Mr Syaril Amri Mohd Tajuddin has been exposed to the agility of the hip hop dance world. He was the youngest member of the popular hip hop crew, Fantastic Four Dance Crew, led by Mr Mohd Ridwan (Ewan) Rashid. However, dancing was not taken seriously because he previously wanted to take up a sports and leisure management diploma at the Republic Polytechnic (RP). But that dream was not fulfilled, which led him to seek for another suitable course. After talking with two established dancers, Mr Shahrin Johry and Mr Mohamad Sufri Juwahir, Syaril set his heart to take up a Diploma in Dance at the LASALLE College of the Arts. Last Friday, the LASALLE’s convocation ceremony at the Singapore Expo Conference and Exhibition Hall marked the completion of his studies who is by now 21 years old. He is also one of the top students of the course who received Tan Chay Bing Scholarship for three consecutive years throughout his studies at LASALLE.

Page 3: Gerak tari jaya lulusan cemerlang Lasalle

Berita Harian, Pg 10, 27 September 2016 Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited. Permission required for reproduction

When approached by Gah!, Syaril, who is the son of a taxi driver and a housewife, said, “Dancing was only hobby even though I have been exposed to hip hop since my primary school days. “But as I was active in floor ball, I always wanted to take up the sport and leisure management course at the Republic Polytechnic. “When that dream seemed impossible, dance became an alternative field. I admit that on my first day at LASALLE, I felt awkward, as if I was trapped in a foreign world. “I didn’t have any background in ballet. The first year was full of struggles. But with time and effort, my knowledge of dance increased – I even came to learn who the modern dance queen, Martha Graham was.” Through all the tough trainings, which he carried out diligently, he was able to strengthen his muscles. In fact, within a short time through the ballet course, Syaril could do a handstand. “My posture improved. I never stopped improving myself. My focus is to master each technique taught by the lecturer. There were so many difficulties but I was very motivated by my lecturers and considered their nagging as encouragement,” he added. He was the type of student who asked a lot of questions in the dance studio to ensure that he fully understood a dance technique or theory taught. When asked about his unforgettable memories at LASALLE, Syaril said, “Definitely the best memory is being the only Diploma student selected for a dance production by the well-known dance trainer and lecturer, Albert Tiong. Other students he selected were BA(Hons) Dance students from LASALLE or Nanyang Academy of Fine Arts (NAFA). “I remembered the time when I was in my first year, I stole glances from beyond the glass door of the dance studio when Albert was teaching the second year students. I yearned for the experience of being under his guidance. It can be extremely tiring and sweaty because it was like an unending 2.4 kilometre run! Albert can be strict with his students but he also believed in our abilities.”

Page 4: Gerak tari jaya lulusan cemerlang Lasalle

Berita Harian, Pg 10, 27 September 2016 Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited. Permission required for reproduction

Syaril also managed to collaborate with international dancer, Ole, who was skilled in hip hop from the dance work entitled Electricity. “After National Service (NS), I hope to be a dance trainer. My dream is to be able to enrol in the multi-dance institution, Trinity Laban Conservatoire of Music and Dance in London. “One of my lecturers took Dance Science at that institution, which studied the way our muscles are stimulated as we move during the dancing poses. The branch of that dance field is interesting and eye opening,” he added. During the LASALLE convocation held last Friday, the Acting Minister for Education (Higher Education and Skills), Mr Ong Ye Kung, shared that he believes job opportunities are bright for the arts graduates from LASALLE. Based on the Graduate Employment Survey, he revealed that seven in 10 LASALLE graduates were able to obtain full time employment, part time or freelance work within six months of completing their studies last year. “We only have to emphasise to you (arts graduates) that the majority of past LASALLE graduates have portfolios or freelance careers which require them to balance many tasks. Your work is not to come in at 9am in the morning and return home at 5pm in the afternoon, from Monday till Friday. “That is the industry that you have chosen to embark on. Correspondingly, there are many students not from the arts field, who choose to be entrepreneurs or provide freelance professional or expert service. MOE hopes to take into account the changes in the current working conditions when measuring future work outcomes,” added Mr Ong.