23/4/2021 - sabah
TRANSCRIPT
1
23/4/2021
2
“IMARAH MASJID” KHUTBAH PERTAMA
محد لله الحقآئل :الح
مسجد إنما ٱيعمر لله ب ءامن ٱمن قام لأخر ٱ لوم ٱو للهة ٱوأ لو ة ٱوءات لص كو إل لز يش ه ٱولم لله
ح من ن يكونوائك أ ل وح
١٨ لمهتدين ٱفعس أ
ده ل شيحك ل وحح نح لآ إل إل اللههد أ شح
ل ، أ دا عبحده ورسوح ن مم
هد أ شح
،وأ
اللهم صل وسل مح عل سي دنا م عيح جح
حابه أ صح
د وعل ءال وأ .م
ا بعحد ،أم ،فيا عباد الله ن ،اتقوالله حمتقوح فقدح فاز ال وى الله وحصيحكمح وإياي بتقح أ
MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,
Marilah kita bersama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan
berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya serta meninggalkan segala
tegahan-Nya. Kesempatan berada di bulan Ramadan ini, perlu kita manfaatkannya dengan
mengimarahkan masjid dengan mengambil kira SOP yang telah ditetapkan Kerajaan untuk
kebaikan kita semua. Semoga dengan mengimarahkan masjid di bulan Ramadan ini kita akan
beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
SIDANG JUMAAT SEKALIAN,
Walaupun secara harfiahnya, masjid bermaksud “tempat bersujud”, masjid, pada zaman Nabi dan
Sabahat juga merupakan pusat pentadbiran kerajaan. Peranannya bukan sekadar tempat
beribadah, tetapi juga sebagai pusat kegiatan ilmu, pusat dakwah, tempat perbincangan untuk
mengatur strategi pertahanan negara dan seumpamanya. Peranan masjid yang sedemkian
pentingnya seperti zaman Nabi dan para Sabahat kerana aktiviti pengimarahan masjid yang bertitik
tolak daripada kefahaman terhadap ajaran Islam dan tahap keimanan mereka yang tinggi. Firman
Allah SWT dalam surah Al-Taubah ayat 18:
3
مسجد إنما ٱيعمر لله ب ءامن ٱمن قام لأخر ٱ لوم ٱو للهة ٱوأ لو ة ٱوءات لص كو إل لز يش ه ٱولم لله
ح من ن يكونوائك أ ل وح
١٨ لمهتدين ٱفعس أ
Maksudnya: “Sesungguhnya hanya yang mengimarahkan masjid-masjid Allah adalah orang yang
beriman kepada Allah dan hari Akhirat, mendirikan solat dan menunaikan zakat sedang dia tidak
gentar selain kepada Allah. Maka mereka inilah yang diharapkan menjadi dari kalangan mereka
yang mendapat petunjuk”.
“Imarah” menurut dalam Kamus Dewan bermaksud menggerakkan atau menghidupkan suasana
atau menghidupkan suasana di masjid atau surau dengan pelbagai kegiatan berfaedah, biasanya
berbentuk keagamaan. Dr Yusof al-Qardhawi ada memberikan pandangan bahawa pengimarahan
masjid bukan hanya berkaitan dengan aktiviti Ibadah tetapi termasuklah aktiviti-aktiviti untuk
meningkatkan syiar Islam.
Berdasarkan kepaya ayat al-Quran dan definisi ini, pengimarahan masjid adalah cermin keimanan
seseorang Islam. Ini jelas dalam satu hadith Nabi S.A.W daripada Abi Said Al-Khudri R.A bahawa
Rasullulah bersabda yang mafhumnya
“Bila kamu sekalian melihat seseorang yang sentiasa pergi ke masjid maka persaksikanlah
keimanan untuknya”
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH
Dalam satu Hadis daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang bersuci di rumahnya kemudian berjalan ke rumah Allah untuk menunaikan
kewajipan solat fardhu yang diwajibkan oleh Allah, maka setiap langkahnya yang sebelah
menghapuskan dosa dan yang sebelah lagi meninggikan darjat”. (Riwayat Muslim).
Hadith ini menunjukkan Allah telah menjanjikan banyak keistemewaan bagi orang yang
mengimarahkan masjid. Sempena bulan Ramadhan ini marilah kita bersama-sama meraih ganjaran
yang dijanjikan Allah ini dengan mengimarahkan masjid. Walau bagaimanapun, dalam keadaan
pendemik covid-19 yang masih lagi berlaku, pengimarahan masjid ini perlu dilakukan dengan kreatif
4
dan bijaksana dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa seperti
penjarakkan sosial dan memakai pelitup muka sepanjang semasa berada di dalam masjid. SOP
yang dibuat bermatlamatkan untuk mancapai maslahah am dan bagi mengelakkan kemudharatan
yang besar. Selaras dengan itu, pihak jawatankuasa Masjid dan pihak-pihak yang berkaitan perlu
merancang aktiviti pengimarahan ala normal baharu.
SIDANG JUMAAT SEKALIAN
Kesimpulan khutbah pada hari ini ialah
1. Pengimarahan masjid adalah satu keperluan bagi menjadikan sesebuah masjid berperanan
sepertimana peranannya pada zaman nabi dan para sahabat.
2. Allah menjanjikan banyak pahala dan kebaikan bagi orang yang mengimarhkan masjid
apatah lagi di dalam bulan Ramadhan.
3. Pengimarahan masjid normal baharu perlu dipraktikan selaras dengan SOP yang telah
ditetapkan oleh pihak berkuasa bagi menjaga maslahah ammah masyarakat Islam
seluruhnya.
Firman Allah SWT dalam surah al-Jinn ayat 18:
ن ٱلمسجد لله …وأ
Maksudnya: "Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-
mata…”
ر الكيحم بارك الله لح ولكمح كح آن العظيحم ونفعن وإياكمح بما فيحه من الآيات وال بالقرح
الع تغحفر الله ميحع العليحم اقول قوحل هذا واسح ومنحكمح تلاوته إنه هو الس ظيحم لح وتقبل من
ولسائر كمح الحغفور ول هو إنه تغحفروحه فاسح منات والمؤح منيح والمؤح لمات والمسح المحسلمحي
. الرحيم
5
6
لاء عنا ادحفع اللهم حوباء الح شاء وال حمنحكر والحفحح حمحن وال ، بطن وما منحها ظهر ما ،والحفت والة هذا بلنا منح ان ومنح ،خاص بلح لميح حمسح ة ال ء ك عل إنك ، عم نعوذ إنا اللهم .قديحر شححبص من بك نون ،ال ذام ،والح ء ومنح ،والح قام س سح
رححم يا ، الأ
أ احيح .الر
Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami kesejahteraan, keamanan, keselamatan serta lindungilah kami daripada bala bencana dan wabak penyakit berbahaya khususnya Covid-19. Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami kekuatan untuk mematuhi SOP yang disediakan MKN dan KKM bagi membendung penyebaran Covid-19 yang sememangnya telah berada dalam komuniti kami. Sesungguhnya kepadaMu juga tempat kami memohon perlindungan. Ya Allah, Jadikanlah kami dan daripada keturunan kami orang-orang yang istiqamah mendirikan solat secara berjemaah, menunaikan zakat, mewakafkan harta dan berinfaq pada jalan yang Engkau redhai. Sesungguhnya hanya kepadaMu jua Ya Allah tempat Kami mengadu dan memohon pertolongan.
خرة حسنة وقنا عذاب النار نحيا حسنة وف الأ .ربنا آتنا ف الد
فاذحكروا كرحكمح الحعظيحم الله كروه ،يذح لوه ،كمح يزدح نعمه عل واشحأ له منح واسح يعحطكمح فضح
ر ولكح ب الله كح ،أ نعون ما يعحلم والله .تصح
**** Disediakan dan diedar oleh:
Bahagian Penyelidikan dan Sebaran Am Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah
NOTA: Teks khutbah ini mengandungi potongan ayat-ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Mohon jaga dengan cermat dan tidak
disepahkan. Sebarang pertanyaan atau maklum balas, sila hubungi Unit Penerbitan, Bahagian Penyelidikan dan Sebaran Am Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Tingkat 4, Blok A, Wisma MUIS 88737 KOTA KINABALU. Tel: 088-522142
Pihak JHEAINS berusaha untuk mempertingkat kualiti khutbah Jumaat yang diterbitkan. Maklum
balas dari pihak tuan/ puan amat dihargai. Sila semak QR code ini. Sekian, terima kasih.