22964697 dasar dasar luar malaysia

19
DASAR-DASAR LUAR MALAYSIA Oleh : Aminnulhakim Bin Isa Mohamad Aiyad Bin Ramli PPISMP KS/BI/BMSem 1

Upload: affendy

Post on 24-Sep-2015

279 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

good

TRANSCRIPT

DASAR-DASAR LUAR MALAYSIA

DASAR-DASAR LUAR MALAYSIAOleh : Aminnulhakim Bin Isa Mohamad Aiyad Bin Ramli PPISMP KS/BI/BMSem 1

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHIPENGGUBALAN DASAR LUARPERKEMBANGANDASAR LUARTUNKU ABDUL RAHMANDASAR PRO BARAT 1957 - 1963TUN ABDUL RAZAK1970 - 1976TUN HUSSEIN ONN1976 -1981TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD1981- 2004TUNKU ABDUL RAHMANDASAR PERALIHAN1964 - 1969PENTADBIRAN TUNKU ABDUL RAHMANDASAR PRO-BARAT (1957 - 1963)1- Dasar luar yang dilaksanakan haruslah benar-benar merdeka2- Tunku Abdul Rahman mengemudi Tanah Melayu sebagai sebuah negara merdeka dengan melakukan hubungan baik dengan British dan negara komanwel yang lain.3- British dianggap bapa dan harus dihormati untuk mengharapkan bantuan dan kerjasama4- Untuk menjamin keamanan, Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA) ditandatangani kerana sistem pertahanan Tanah Melayu masih lagi lemah5- Faktor pergolakan politik serantau seperti di Indo-China dan kemaraan fahaman komunis mengancam keselamatan Tanah MelayuPENTADBIRAN TUNKU ABDUL RAHMANDASAR PRO-BARAT (1957 - 1963)6- Perjanjian AMDA tidak mendapat sokongan sebulat suara dari rakyat.7- Tajudin Ali, seorang ahli UMNO mengecam perjanjian kerana menjejaskan kemerdekaan Tanah Melayu.8- Pemuda UMNO Johor menuduh perjanjian AMDA melibatkan Tanah Melayu ke dalam SEATO (South East Asia Treaty Organisation)9- Tuanku berjaya mendapat sokongan sebulat suara mengenai perjanjian AMDA di dalam Majlis Undangan Persekutuan10- Tuanku mengemudi negara dengan sifat anti-komunis dan enggan mengadakan hubungan diplomatik dengan Rusia dan China11- Hubungan luar negara Tanah Melayu terbatas dan hanya melibatkan dengan negara yang mengamalkan demokrasi seperti Thailand, Singapura, Filipina, Indonesia, Australia dan sebagainya.PENTADBIRAN TUNKU ABDUL RAHMANDASAR PRO-BARAT (1957 - 1963)12- Sewaktu perang Vietnam, Tanah Melayu menyokong tindakan Amerika yang membantu tentera Vietnam Selatan memerangi gerila Vietcong yang ditaja oleh pergerakan komunis.13- Dalam isu 2 China, Tanah Melayu tidak mengiktiraf Republik Rakyat China yang berteraskan komunis tetapi menjalinkan hubungan peringkat konsular di Kuala Lumpur dengan Taiwan.14- Dasar pro-barat turut didorong oleh kepentingan ekonomi Tanah Melayu kerana kebergantungan pemasaran hasil bijih timah dan getah kepada British dan untuk menjaga harga pasaran keduanya.15- Pendirian yang terlalu pro-barat membuatkan Tanah Melayu terpisah daripada menjadi sebahagian negara asia tenggara dan kurang dikenali di peringkat negara-negara dunia ketiga.PENTADBIRAN TUNKU ABDUL RAHMANDASAR PERALIHAN (1964 - 1969)1- Dasar luar Malaysia berkisarkan sekitar konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia setelah penubuhan Persekutuan Malaysia 19632- Pada 27 Mei 1961 di Singapura Tunku mengumumkan konsep negara persekutuan dan mendapat reaksi positif dari wakil Indonesia di PBB, Dr. Subandrio.3- Pada Januari 1963, Indonesia melalui Dr. Subandrio mengubah pendirian menentang Persekutuan Malaysia dan melancarkan dasar konfrontasi.4- Penubuhan Persekutuan Malaysia dianggap neo-kolonisme barat dan bakal menggugat rantau asia tenggara.5- Pada Jun 1962, Filipina menuntut Sabah dari Malaysia dengan mengaitkan penguasaan Kesultanan Sulu ke atas Sabah sebelum kehadiran Syarikat Borneo Utara British dan kerajaan British.PENTADBIRAN TUNKU ABDUL RAHMANDASAR PERALIHAN (1964 - 1969)6- Berlakunya pemberontakan A.M Azahari di Brunei yang di sokong Presiden Sukarno untuk memastikan pembentukan Malaysia terkubur7- Parti Komunis Indonesia di bawah pimpinan D.N Aidit menggesa tindakan lebih agresif oleh Indonesia kepada Malaysia8- Tindakan agresif Indonesia memuncak sewaktu pendaratan dan serangan tentera indonesia di Kukup, Benut dan Pontian hinggalah rampasan kuasa berlaku di Indonesia dan berakhirnya dasar konfrontasi kepada Malaysia9- Konflik diantara 3 negara iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia telah menyebabkan ketiga-tiga negara berusaha untuk mendapatkan pengaruh10- Malaysia telah menghantar rombongan muhibbah diketuai Lee Kuan Yew ke 17 buah negara Afrika namun gagal memperbaiki imej negara dan Malaysia tidak dijemput menghadiri Persidangan Negara-negara Berkecuali di Kaherah 1964.PENTADBIRAN TUNKU ABDUL RAHMANDASAR PERALIHAN (1964 - 1969)11- Pada Jun 1965, Malaysia dihalang untuk menyertai Persidangan Afro- Asia di Algeria dan Malaysia sekali lagi menghantar rombongan muhibbah ke negara-negara Afrika untuk menjelaskan pertikaian dengan Indonesia12- Pada 19 Jun 1965, Malaysia dibenarkan menghadiri persidangan di Algeria namun terpaksa dibatalkan akibat rampasan kuasa di Algeria13- Setiausaha PBB ketika itu, U Thant menyifatkan pembentukan Malaysia merupakan sah hasil daripada pungutan suara sukarela dari Sabah dan Sarawak dan memberi kemenangan moral kepada MalaysiaPENTADBIRAN TUN ABDUL RAZAK(1970 - 1976)1- Dasar luar negara berlaku perubahan ketara iaitu daripada dasar pro- barat kepada bersifat berkecuali2- Dalam Persidangan Negara-Negara Berkecuali di Lusaka, Zambia pada Disember 1970, Malaysia menghantar wakil buat kali pertama3- Dalam ucapan di parlimen pada Julai 1971, Tun Razak mengakui perubahan di sekitar asia tenggara menggalakkan penyesuaian dasar luar seperti pengunduran tentera British dari Singapura dan Malaysia setelah kemenangan Parti Konservatif di British4- Pada persidangan November 1971 di Kuala Lumpur, Perisytiharan Kuala Lumpur telah dipersetujui untuk menjadikan asia tenggara sebagai kawasan aman, bebas dan berkecuali (Zone of Peace Freedom and Neutrality - ZOPFAN)PENTADBIRAN TUN ABDUL RAZAK(1970 - 1976)5- China menyokong pembentukan ZOPFAN, manakala Rusia tidak berminat dengan ZOPFAN dan menganggap bertentangan dengan hasratnya untuk meluaskan pengaruh di Asia Selatan dan Asia Tenggara, Amerika pula enggan campur tangan.6- Pada 1971, Malaysia menyokong usul Albania untuk memasukkan China ke dalam PBB dan tidak mengiktirafkan Taiwan sebagai salah sebuah negara PBB.7- Hubungan baik dengan China banyak memberi faedah kepada Malaysia kerana terdapat beberapa isu yang masih tidak selesai diantara Malaysia dan China8- Isu pertama ialah China menarik balik sokongan kepada PKM, memberhentikan siaran Suara Revolusi Malaysia yang dipancarkan ke Malaysia dan isu kerakyatan 220 000 keturunan cina di Malaysia yang belum mendapatkan kerakyatan.PENTADBIRAN TUN ABDUL RAZAK(1970 - 1976)9- Antara tahun 1972 dan 1973, Malaysia mula mengadakan hubungan diplomatik dengan negara blok komunis iaitu Korea Utara, Vietnam Utara, Jerman Timur dan Republik Mongolia.10- Pada Mei 1974, Tun Abdul Razak menjadi pemimpin Malaysia pertama melawat ke negara China dan berjaya menyelesaikan beberapa isu-isu berbangkit11- Disember 1974, Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan China dan menempatkan seorang duta di BeijingPENTADBIRAN TUN HUSSEIN ONN(1976 - 1981)1- Meneruskan dasar berkecuali di peringkat antarabangsa dan menumpukan perhatian kepada kerjasama keselamatan dan pertahanan negara2- Berusaha mewujudkan kawasan bebas, aman dan berkecuali di rantau asia tenggara namun harus menimbangkan mengikut 4 isu utama di rantau asia.3- Pada 1977, Menteri Luar Malaysia, Tengku Rithaudeen melawat Vietnam bagi mendapatkan jaminan tentang prinsip pengecualian yang dipelopori Malaysia dan diterima menjadi cadangan ASEAN.4- Pada 1978, Malaysia menerima kunjungan Perdana Menteri Vietnam, Pham Van Dong dan Naib Perdana Menteri China, Teng Hsiao Ping.5- Pada September 1979, Tun Hussein Onn telah membalas kunjungan ke China dan diikuti Rusia.PENTADBIRAN TUN HUSSEIN ONN(1976 - 1981)PENTADBIRAN TUN HUSSEIN ONN(1976 - 1981)6- Pada Mac 1980, Tun Hussein Onn mengadakan rundingan dengan Presiden Suharto dan mengeluarkan Perisytiharan Kuantan untuk menyeru China dan Rusia tidak campur tangan isu di Vietnam dan isu tersebut diselesaikan menggunakan rundingan.7- Pada Oktober 1980, Malaysia mengumumkan kesediaan untuk membantu Thailand seandainya negara itu diserang oleh tentera Vietnam dan Kempuchea8- Perbelanjaan pertahanan ditambah 56%, pembelian 80 buah pesawat skyhawk dan pembesaran sehingga 3 kali ganda tentera menjelang 1990 untuk mempertahankan negara dari serangan pihak luar.9- Malaysia terus mengamalkan sikap berhati-hati di peringkat antarabangsaPENTADBIRAN TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD(1981 - 2004)1- Pengekalan dasar luar yang sedia ada dan penekanan diperkenal tanpa mengubah struktur2- Tidak menjadikan barat sebagai ikutan namun memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur iaitu Jepun dan Korea Selatan3- Tun Dr. Mahathir telah memperkenalkan dasar Beli Barangan Britain Terakhir kerana Britain masih menganggap Malaysia negara yang lemah dan harus tunduk kepada kamahuannya4- Dasar itu tidak berpanjangan apabila berlaku pertemuan diantara Tun Dr. Mahathir dengan Perdana Menteri Britain, Puan Margaret Thacher5- ASEAN telah diletakkan sebagai senarai teratas di dalam keutamaan dasar luar Malaysia kerana untuk menjamin tiadanya serangan oleh negara serantau sewaktu berlakunya konflik di sekeliling Malaysia6- Telah diadakan rundingan dengan Kesatuan Ekonomi Eropah (EEC) untuk meningkatkan taraf ekonomi negaraPENTADBIRAN TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD(1981 - 2004)7- Tun Dr. Mahathir juga telah menjalinkan hubungan dengan negara- negara islam yang lain dan bertindak mengecam tindakan negara- negara bukan islam di Persidangan PBB yang memendang serong terhadap kebangkitan umat islam.8- Pada mulanya Dr. Mahathir kecewa dengan perjalanan Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) dan tidak pernah hadir pada persidangan di India 1983 namun mengubah pendirian pada akhirnya.9- Malaysia juga telah menjalinkan hubungan yang baik dengan negara- negara mundur di Selatan Pasifik dan Afrika seperti Malta, Kepulauan Maldives, Tonga dan sebagainya dengan menawarkan program kerjasama teknikal bagi membangunkan negara mereka dan memasarkan produk Malaysia ke negara mereka.10 -Tun Dr. Mahathir telah mengambil sikap yang tegas di dalam bersuara untuk menaikkan imej Malaysia di mata dunia.PENTADBIRAN TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI (2003 - 2009)1- Mengekalkan hubungan damai dengan semua negara tanpa mengira taraf ekonomi, ideologi dan sistem politik.2- Mengambil pendekatan yang bebas, berkecuali dan berprinsip dalam hal ehwal diplomatik serantau dan antarabangsa.3- Membentuk hubungan dan kerjasama ekonomi yang erat dengan semua negara terutama rakan-rakan dalam ASEAN dan serantau.4- Memajukan keamanan dan kestabilan serantau menerusi program pembangunan kapasiti dan langkah-langkah penyelesaian.5- Memainkan peranan yang berpengaruh selaku pengerusi NAM & OIC.6- Terlibat secara aktif & bermakna di PBB, terutama dalam usaha menamatkan ketidakadilan & kezaliman serta mendaulatkan undang- undang antarabangsa.7- Mengutarakan Malaysia sebagai negara islam contoh yang toleran dan progresif.BIBLIOGRAFIRuslan Zainuddin, Sejarah Malaysia Edisi Kedua, Penerbitan Fajar Bakti SDN. BHD, Shah Alam

Haji Dr. Syed Ibrahim, 2006, Malaysia Kita, ILBS : Selangor Darul Ehsan.