dasar luar dunia

Upload: sivanesan-siva

Post on 14-Jan-2016

34 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pembentangan yang berkaitan dengan dasar luar Negara.

TRANSCRIPT

Slide 1

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGERAHUI DASAR LUAR SESEBUAH NEGARA DI DUNIA .APAKAH MATLAMAT SESEBUAH NEGARA MENGAMALKAN DASAR LUAR HUBUNGAN ANTARABANGSA

NAMA : SIVANESAN A/L MUNIANDY (940918-08-6275)KELAS : F3D- SEJARAHSUBJEK : HUBUNGAN ANTARABANGSANAMA PENSYARAH : EN. ROMLIE

LOGO

DASAR LUAR Dasar luar negara boleh dianggap sebagai instrumen atau alat yang diperlukan oleh sesebuah negara untuk berhubung, berinteraksi dengan sebuah negara yang lain, baik yang berjiran dengannya atau yang berada jauh dengannya. Melalui dasar luar negara, kita menyatakan pendirian kita berhubung dengan sesuatu isu yang berlaku di sempadan negara kita mahupun negara lain yang jauh dari segi kedudukan geografi dalam hubungan antarabangsa. Dalam sistem perhubungan antarabangsa, pembentukan dasar luar negara juga perlu mengambil kira dasar luar atau sikap negara-negara lain. Dasar luar boleh berubah mengikut senario politik antarabangsa.DEFINISI

FAKTOR-FAKTOR MEPENGARUHI DASAR LUAR SESEBUAH NEGARA - kebanyakan Negara di dunia terletak di tempat yang paling strategik . - contohnya, Kedudukan malaysia di pertengahan laluan perdagangan antara Timur Jauh dengan Timur Tengah membolehkannya mengawal laluan perdagangan ini. - Keadaan ini menyebabkan negara kita mengamalkan dasar luar yang bebas dan berkecuali. -Negara kita juga sentiasa berusaha memastikan kawasan ini terhindar daripada tekanan kuasa luar dan menjadikan kawasan ini satu kawasan yang aman, bebas dan berkecuali.

1.Persekitaran geostrategik

-Negara di dunia kaya dengan bahan mentah seperti petroleum, getah, bijih timah, kelapa sawit dan sebagainya. - Keadaan ini menyebabkan negara dunia memerlukan ramai rakan perdagangan untuk memasarkan barangan dan hasil negara mereka. -Maka kita haruslah mengkaji aspek dasar luar negara yang diamalkan tidak membawa keburukan kepada rakan perdagangan yang sedia ada, di sebaliknya dapat menarik ramai lagi rakan perdagangan.

-Negara kita merupakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang mementingkan demokrasi, kebebasan dan kemakmuran rakyat. -Maka kita akan berhubung dengan negara yang juga memperjuangkan prinsip yang sama.

2.Struktur ekonomi negara3. Struktur politik negara

-Dasar luar negara dunia juga dipengaruhi oleh faktor keselamatan negara.

- Sebagai contoh, keganasan komunis di negara kita menyebabkan negara kita tidak berhubung dengan negara komunis.

- Pergolakan politik di Indo-China menyebabkan negara kita menentang Vietnam yang menyerang Kampuchea dan kuasa-kuasa luar yang cuba menggugat kestabilan politik di Asia Tenggara.

4.Keselamatan negara

- Keadaan politik dan keselamatan serantau juga mempengaruhi dasar luar negara dunia.

-Dasar luar negara dunia bertujuan mewujudkan keamanan dan kestabilan serantau jelas dilihat apabila negara kita memainkan peranan yang aktif dalam segala perbincangan mengenai Kampuchea. - sebagai contoh,Negara kita telah cuba menyelesaikan konflik di negara tersebut agar keamanan dan kestabilan politik wujud di negara itu.5. Keadaan politik serantau

-Pada awalnya, nama negara kita tidak dikenali oleh negara yang lain di dunia ini. - Untuk membolehkan negara kita dikenali oleh seluruh dunia, maka negara kita telah mengadakan hubungan diplomatik dengan negara yang lain.

- Oleh sebab hubungan diplomatik yang dijalinkan membolehkan kita memperolehi kepentingan dari segi politik, ekonomi dan sosial dari negara tersebut, maka polisi yang diamalkan oleh negara kita akan digubal supaya sesuai dengan keadaan tersebut.6.Hubungan diplomatik

7 -Dasar luar negara sedunia dipengaruhi oleh sistem perundangan antarabangsa.

- sebagai contoh, Negara kita menghormati prinsip-prinsip yang digariskan dalam Piagam PBB dan juga undang-undang yang ditetapkan oleh badan-badan antarabangsa. -Badan-badan antarabangsa telah menetapkan pelbagai peraturan yang menggariskan etika tindak-tanduk semua negara terutamanya peraturan atas perundangan tentang diplomasi, menghormati keutuhan negara lain, komunikasi dan juga mekanisme untuk menyelesaikan sesuatu pertelingkahan. -Maka, dasar luar negara dunia juga terikut-ikut dengan undang-undang yang ditetapkan.

7. Undang-undang antarabangsa

MATLAMAT SESEBUAH NEGARA MENGAMALKAN DASAR LUAR HUBUNGAN ANTARABANGSA