20april pj2a (golek bola)

6
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI (KSSR) Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Tarikh : 20.04.2015 (Isnin) Tahun : 2 Amanah Masa : 8:45a.m. 9:15a.m. Bilangan Murid : 24 orang (L=15, P=9) Tema / Tajuk : Golek bola ke sasaran Standard kandungan : 1.4 Berkebolehan melakukan kemahiran manipulasi alatan dengan lakuan yang betul. Standard Pembelajaran : 1.4.2 menggolek bola pada satu jarak 2.3.1 Menyatakan perkaitan antara aplikasi daya dengan pergerakan objek. 5.3.1 berkomunikasi antara rakan, guru dan ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal. Hasil Pembelajaran : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat: Psikomotor : Menggolek bola dengan sebelah tangan tepat pada sasaran sekurang-kurangnya 3 daripada 5 percubaan pada jarak 4 meter. Kognitif : Menyatakan secara lisan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 teknik pergerakan yang perlu diambil perhatian semasa menggolek bola. Afektif : Melibatkan diri secara afektif dan menunjukkan perasaan ingin mencuba semasa menjalankan aktivti. Penggabungjalinan : Matematik dan Pendidikan Moral. Pengalaman Sedia Ada : Murid-murid pernah menjalankan latihan menggolek bola pada pengajaran dan pembelajaran yang lepas.

Upload: chinchuan

Post on 05-Sep-2015

257 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

df

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI (KSSR)Mata Pelajaran: Pendidikan JasmaniTarikh: 20.04.2015 (Isnin)Tahun: 2 AmanahMasa: 8:45a.m. 9:15a.m. Bilangan Murid: 24 orang (L=15, P=9)

Tema / Tajuk: Golek bola ke sasaranStandard kandungan: 1.4 Berkebolehan melakukan kemahiran manipulasi alatan dengan lakuan yang betul.

Standard Pembelajaran: 1.4.2 menggolek bola pada satu jarak 2.3.1 Menyatakan perkaitan antara aplikasi daya dengan pergerakan objek. 5.3.1 berkomunikasi antara rakan, guru dan ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.

Hasil Pembelajaran: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:Psikomotor : Menggolek bola dengan sebelah tangan tepat pada sasaran sekurang-kurangnya 3 daripada 5 percubaan pada jarak 4 meter.Kognitif : Menyatakan secara lisan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 teknik pergerakan yang perlu diambil perhatian semasa menggolek bola.Afektif : Melibatkan diri secara afektif dan menunjukkan perasaan ingin mencuba semasa menjalankan aktivti.

Penggabungjalinan: Matematik dan Pendidikan Moral.Pengalaman Sedia Ada: Murid-murid pernah menjalankan latihan menggolek bola pada pengajaran dan pembelajaran yang lepas.EMK: Kreatif dan inovatifSumber / BBM: Bola gimrama (12), Skitel Besar (6), Gelung (6)Penerapan Nilai: Kerjasama, tanggungjawab, keyakinan diri, menghormati rakanKBKK: Membanding baza kemahiran menggolek bola dengan menggunakan sebelah tangan dan kedua-dua tangan.Penilaian P&P: Pemerhatian

BAHAGIAN / MASATAJUK / AKTIVITIBUTIRAN MENGAJAR / FOKUS PEMBELAJARANORGANISASI / PENGELOLAANSTRATEGI / CATATAN

Permulaan(5 minit)

a) Memanaskan badanMenjaring Ikan

b). Aktiviti regangan Menggapai Bintang

(meningkatkan suhu badan untuk aktiviti regangan dan meningkatkan kadar degupan jantung.)

1. Dua orang murid dari setiap kumpulan dipilih menjadi jaring.2. Dua orang murid mengejar ikan dan menangkapnya masuk ke kumpulan mereka sebagai jaring.3. Apabila ikan ditangkap, ikan akan masuk ke dalam kelompok jaring dan menangkap ikan lain.4. Murid sebagai jaring mesti saling memegang tangan semasa menangkap ikan, pastikan tangan tidak putus.5. Apabila kelompok jaring melebihi enam orang, kelompok jaring dipecahkan kepada dua.6. Ikan melarikan diri dari tangkapan.

(menggelakkan daripada kecederaan dan meningkatkan julat pergerakan.)

1. Setiap kumpulan ambil jarak dan ruang masing-masing2. Murid ikut apa yang dibuat oleh guru. Berdiri tegak dan kaki buka seluas bahu. Mata pandang hadapan dan tangan di sisi. Melompat menggunakan bebola kaki dan kaki dibuka semasa melompat. Tangan diayunkan di sisi dan tepuk tangan di atas kepala. Fleksi lutut semasa mendarat. Mendarat menggunakan dua belah kaki.3. Lompat bintang dalam kiraan empat ulangan sehingga sepuluh ulangan.

Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan perempuan dan kumpulan lelaki.

1.

Petunjuk: Murid ikan Murid jaring Guru Skitel

- Kaedah: Arahan

Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan dan berbaris mengikut kumpulan.

- Kaedah: Tunjuk Cara- Pendekatan: Berpusatkan guru

NIlai: Patuh pada arahan

BBM: Skitel (6) Bola (4)

Perkembangan(8 minit)

Aktiviti KelasAktiviti 1:Golek bola ke empat penjuru skitel

Aktiviti 2:Menggolek bola zig-zag ke dalam gelung.

1. Setiap ahli kumpulan berdiri di penjuru stikel diletak. Setiap stikel terdapat 6 orang murid dari kumpulan yang lain.2. Murid menggolek bola kepada rakan sekumpulan yang berada di penjuru seterusnya.3. Murid menggolek bola mengikut pusingan arah jam.4. Satu bola sahaja dimulakan.5. Bilangan bola akan ditambah secara perlahan-lahan sehingga 3 biji.6. Murid menggolek bola dengan menggunakan teknik dan pergerakan yang betul.

Kaki dibuka depan belakang. Membongkokkan badan. Mata pandang bola Menghayun tangan dari belakang dan menggolek. Ikut lajak.7. Pastikan bola yang digolek sampai ke kedudukan rakan.

1. Murid berdiri dalam kedudukan zig-zag.2. Murid menggolek bola kepada rakan seterusnya. 3. Murid terakhir menggolek bola ke dalam gelung.4. Setiap kumpulan diberi 5 percubaan.

6 Kumpulan

4 meter

- Kaedah: Tunjuk Cara- Pendekatan: Berpusatkan murid

-Berada dalam kumpulan masing-masing.

- Kaedah: Arahan- Pendekatan: Berpusatkan muridNilai: Patuh pada arahan Kerjasama Toleransi

BBM: Bola gimrama (12) Skitel besar (4)

Nilai: Patuh pada arahan Kerjasama Toleransi

BBM: Bola gimrama (6) Gelung (6)

Kemuncak(12 minit)

Permainan kecil:Bola Beracun1. Satu kumpulan masuk ke tengah-tengah bulatan.2. Murid yang berada di luar bulatan menggolekkan bola kepada murid yang berada di tengah-tengah bulatan.3. Murid bulatan besar mempunyai dua biji bola untuk menggolek.4. Sekiranya murid di tengah-tengah bulatan terkena bola dikira mati dan keluar dari bulatan.5. Masa dua minit diberi bagi satu sesi pertandingan.6. Kumpulan lain masuk pula ke dalam bulatan setelah satu sesi pertandingan tamat.7. Kumpulan mana yang mempunyai paling banyak ahli yang masih selamat selepas sesi pertandingan tamat dikira pemenang.

Murid membentuk satu bulatan besar.

- Kaedah: interpersonal.- Pendekatan: TGFU

Nilai: Bekerjasama Patuh pada arahan

BBM: Bola gimrama (2) Skitel besar (4)

Penutup(5 minit)a) Menyejukkan badan

b) Buat refleksi dan soal jawab berkaitan kemahiran yang telah dipelajari.

c) Rumusan

Murid diminta membuat ladam kuda dengan menggunakan bahasa tubuh.

i. Gaya pokok melambai di tiup angin.ii. Menyilang kedua belah tangan.iii. Mengangkat bahuiv. Melukis bulatan besar di udara.v. Murid di minta duduk, tapak kaki dirapatkan sambil menggoyangkan lutut.vi. Tarik nafas sebanyak 3 kali bersama

Soalan:Apakah teknik pergerakan yang perlu diambil perhatian semasa menggolek bola. Kaki dibuka depan belakang. Membongkokkan badan. Mata pandang bola Menghayun tangan dari belakang dan menggolek. Ikut lajak.

Guru menjelaskan kepada murid tentang kepentingan melakukan teknik-teknik kemahiran menggolek bola dengan betul.

Guru mengetuai aktiviti menyejukkan badan

- Kaedah: Demonstrasi- Pendekatan: berpusatkan guru.

x x x x x x x x x x G x x x x x x x x x x x x x x xG= guruX = Murid

- Kaedah: soal jawab - Pendekatan: berpusatkan guru.

Nilai: Keyakinan diri

Pentaksiran Tingkahlaku