2015 mesyuarat jawatankuasa kurikulum 1

Upload: rathika-narayanan

Post on 06-Mar-2016

32 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

mesyuarat

TRANSCRIPT

MESYUARAT J/KUASA KURIKULUM KALI PERTAMA 2015TARIKH: 29 DISEMBER 2014HARI

: ISNINMASA

: 9:00 PAGI TEMPAT: BILIK MESYUARATKEHADIRAN:

1. Pn Hjh Siti Zabedah Bt Mat- Guru besar2.En. Mohamad bin Hamid - Penolong Kanan Kurikulum 3. En Johari bin Abu Bakar

- Penolong Kanan HEM

4. En Abdul Roni

- Penolong Kanan Ko-Kurikulum

5. En Nashiron Bin Hashim

- Ketua Panitia Bahasa Melayu6. En Mohd Shahman bin Mohamed- Ketua Panitia Matematik7. Pn.Nor Rani binti Isa -Ketua Panitia Sains

8. Pn Rathika. GN

- Ketua Panitia Bahasa Inggeris

9.Pn Rafida Bt Abd Rahman - Ketua Panitia Pendidikan Islam10. Pn Rajibah bt Abdul Razak

- Penyelaras PSS

11. En Hyusmee Bin Kasim

- Ketua Panitia PJK12. En Nur Ikhwan Bin Nordin-Ketua Panitia Bahasa Arab13. En Harris Bin Fadzil

- Ketua Panitia Kemahiran Hidup/TMK14. Pn Mahya Bt Ismail

- Guru JQAF15.Pn Zuriani Bt Abdullah

- Guru Pra Sekolah16. En Ghazali Bin Mokhtar - Guru Pemulihan

17. Cik Kasmaliza binti Kassim - Linus BI18. Pn Norfauziah bt Abd Rahim- Penyelaras PBS20. Pn. Siti Aishah binti Abd, Ghani - SU/Mesyuarat GuruTIDAK HADIR BERSEBAB

1. En Romainy b. Alias Ketua Panitia Muzik/PSK/KT/SejarahPERUTUSAN PENGERUSI Pengerusi Mesyuarat :Puan Siti Zabedah binti Mat Guru Besar SK BinjulAgenda Mesyuarat:

I.Perutusan Pengerusi1.Memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab. Mengucapkan selamat datang dan berterima kasih atas kehadiran guru-guru kerana menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kali Pertama bagi sesi persekolahan tahun 2015.Pengerusi juga telah menunjukkan slide power point untuk Touch Point Buka Sekolah dan Pelan pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB). Beliau juga memberi pendedahan tentang kelas Abad ke 21.Tindakan : Makluman2.Beliau amat mengharapkan semua guru dapat memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang 2015 agar visi dan misi sekolah dapat dicapai.II. Persediaan Sesi Persekolahan 2015.3.Guru-guru diminta membuat persediaan untuk sesi persekolahan akan datang yang akan bermula pada 11 Januari 2015. Pengerusi mahu pada hari pertama persekolahan PdP akan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

a. Setiap guru mata pelajaran diminta memberi maklumat dan penerangan kepada murid berkaitan pelaksanaan PdP, peraturan sekolah, adab belajar dan sebagainya. Begitu juga dengan guru kelas perlu menguruskan bilik darjah dengan baik bagi menggalakkan pembelajaran dan pastikan kerusi dan meja mencukupi mengikut bilangan murid dan dalam keadaan baik serta selamat digunakan oleh murid sebelum sesi persekolahan bermula.

b. Guru juga diminta menyediakan PdP pada hari pertama dalam buku persediaan mengajar.

Tindakan : Semua guru

III. Dasar KPM4. MBMMBI Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggerisa. Di bawah dasar MBMMBI, mata pelajaran Matematik dan Sains bagi Tahun 1 hingga Tahun 6 (2015) telah pun diajar dalam Bahasa Malaysia. b.Selaras dengan pemansuhan PPSMI yang dibuat secara soft landing, peranan Panitia BM dan BI amat penting dalam melaksanakan MBMMBI. Jawatankuasa peringkat sekolah telah dibentuk seperti dalam buku panduan pengurusan. c.Guru-guru matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris perlu memahami kaedah pelaksanaan seperti yang telah dimaklumkan dalam kursus-kursus yang dihadiri.

Tindakan : Semua guru BM dan BI

5.KSSR

a.Semua guru, terutama guru Tahun 1 hingga Tahun 5 mesti memahami KSSR, kaedah pelaksanaan KSSR dan dapat menterjemahkan kurikulum tersebut dalam PdP melalui penulisan Buku Persediaan Mengajar yang lengkap seperti yang telah ditaklimat dan disampaikan dalam kursus yang dihadiri. Bagi guru mata pelajaran yang belum terlibat secara langsung dengan dasar ini perlu menyiapkan diri masing-masing apabila sampai masanya kelak.

Tindakan : Makluman

IV. Program KPM

6.PROSIDAR Program Sifar Dadah Sekolah Rendah

a. Diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi Tahap 2 dan Pendidikan Kesihatan bagi Tahap 1.

b.Untuk Tahap 2 60 minit dalam mata pelajaran PSK

c.Untuk Tahap 1 60 minit dalam mata pelajaran PJK

d.Sesuai juga diterapkan dalam mata pelajaran BM.

e.Ada panduan dan modul dibekalkan.

7.PKJR Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya

a.Pelaksanaan Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) bagi murid Tahun 3, 5 dan 6 dilaksanakan di seluruh negara mulai 1 JULAI 2010. Ia diajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan modul yang dibekalkan.

8. SEGAK Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan

a. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2008 dan Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia berkaitanperkara di atas telah diedarkan pada 4 September 2008 adalah berkaitan dan dirujuk.

b.Pelaksanaan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) hendaklah :

c.Mengikut Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

d.Penilaian SEGAK hendaklah dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Julai . Data perlu dihantar ke JPN sebanyak 2 kali mengikut tarikh yang ditetapkan selepas penilaian dibuat.

e.Penilaian tersebut boleh dilaksanakan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran f. Pendidikan Jasmani dan juga di luar waktu persekolahan.Semua guru mata pelajaran terlibat wajib melaksanakan semua program KPM untuk memastikan dasar dan matlamat pendidikan tercapai.

Tindakan : Semua guru PSK,PJK dan BM

V. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT 9.Pn. Noraini selaku wakil setiausaha membentangkan minit mesyurarat J/Kuasa Kurikulum kali ketiga 2014 . 10. Encik Nashiron bin Hashim mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan Encik Harris bin Fadzil menyokong.

VI. PERKARA BERBANGKIT

11. Rujuk agenda 13 ,didapati ada seelintir murid tahun 4 tidak mendapat buku WAVES.pengerusi meminta Panitia Bahasa Inggeris untuk mengambil tindakan. Guru-guru Bahasa Inggeris diminta menasihati murid-murid untuk membuat latihan-latihan yang ada dalam buku WAVES.

12. Merujuk perkara tiga analisa dan keputusan peperiksaan Akhir tahun, pengerusi telah mengucapkan tahniah atas keputusan UPSR yang telah meningkat dan amat berharap agar guru-guru akan member komitmen yang sama untuk tahun 2015.VII. Dasar Kurikulum Sekolah13.Pengerusi membentangkan dasar-dasar kurikulum sekolah seperti visi, misi dan moto sekolah.

a. Semua guru diminta mengetahui dan menghayati visi, misi dan moto sekolah. Semua guru boleh merujuk buku panduan dan senarai tugas guru 2015 yang akan dibekalkan bagi mengetahui semua maklumat berkaitan dengan sekolah. Beliau amat berharap semua guru mematuhi dan melaksanakan semua dasar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dalam usaha merealisasikan visi sekolah.

b. Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan :i) Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.

c. ii) Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.iii) Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.

d. Program-program berbentuk akademik hendaklah sentiasa diutamakan dalam program-program sekolah.

Tindakan : Semua guru

VIII. Mesyuarat

14. Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum dan panitia hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya 4 kali setahun dan setiap mesyuarat perlu ada minit yang akan diletakkan ke dalam Fail Pengurusan di pejabat dan satu salinan untuk simpanan setiausaha. Pengurusan setiap mesyuarat perlu diuruskan dengan sempurna, ada surat panggilan mesyuarat, agenda, maklum balas dan menyediakan minit mesyuarat mengikut pekeliling PKPA 2/1991.a. Mesyuarat panitia mesti dipengerusikan oleh ketua panitia dan ahli-ahli adalah terdiri daripada semua guru yang mengajar termasuk pihak pentadbir dan wajib hadir dalam mesyuarat.

Tindakan : Ketua Panitiab. Puan pengerusi mengingatkan kepada semua ketua panitia supaya sentiasa

menjadikan Buku Panduan Pengurusan Panitia Sekolah sebagai rujukan

semasa mesyuarat panitia ataupun mengurus panitia.

Tindakan : Ketua Panitia

IX.Pengurusan Panitia Mata Pelajaran

15.Semua mesyuarat panitia mesti dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat kurikulum.

Tindakan : Ketua & Setiausaha Panitia 16.Mesyuarat Panitia mesti dihadiri oleh wakil pentadbir. Berikut agihan tugas pentadbir ikut mata pelajaran.

Bil.Mata PelajaranJawatan Pentadbir

1.Matapelajaran Teras

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Sains / Matematik / Pendidikan Islam / Bahasa ArabGuru Besar (Penasihat)

PK 1

2.Lain-Lain Mata PelajaranPK 1 / Mana-mana Pentadbir

Tindakan : Ketua & Setiausaha Panitia17. Setiausaha Panitia perlu menyerahkan salinan minit mesyuarat kepada Setiausaha Kurikulum untuk disampaikan kepada Guru Besar dalam tempoh seminggu selepas mesyuarat dijalankan.Tindakan : Setiausaha Panitia

18.Sila rujuk Buku Panduan Pengurusan Panitia.

Tindakan : Ketua & Setiausaha Panitia19. Sistem Faila.Semua fail diurus oleh setiausaha panitia dibantu oleh ketua panitia. Satu salinan akan diserahkan kepada Bahagian Pentadbiran Sekolah. Nombor Rujukan untuk Fail dan surat menyurat perlu dirujuk di pejabat.

b.Pengerusi memaklumkan bahawa setiausaha panitia boleh meminta bantuan pembantu tadbir untuk menyediakan surat menyurat. Surat tersebut perlu didrafkan terlebih dahulu dan diserah dalam tempoh yang munasabah untuk disiapkan.

c.Sila rujuk Buku Panduan Pengurusan Panitia Tindakan : Setiausaha Panitia

X.Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pengajaran Harian20.Setiap panitia mesti menggunakan sukatan pelajaran yang terkini.

21.Satu salinan sukatan pelajaran terkini mesti disimpan dalam fail panitia.Tindakan : Ketua & Setiausaha Panitia22.Semua guru mesti bersedia dengan Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap sebelum masuk ke kelas. Rancangan Pengajaran Harian adalah dokumen yang paling penting bagi setiap guru.

23.Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) perlu disiapkan dengan bertaip sebelum hari pertama persekolahan. Ia perlu disemak terlebih dahulu oleh Ketua Panitia sebelum disahkan oleh guru besar.

24.Rancangan Pelajaran Harian (RPH) perlu disediakan sehari sebelum pengajaran & pembelajaran dijalankan. Penulisan rancangan mengajar harian perlulah mengikut format yang telah ditetapkan dalam mesyuarat panitia.

25.Impak ditulis selepas P & P dengan memasukkan maklumat seperti bilangan murid yang hadir dapat mencapai hasil pembelajaran pada hari berkenaan dan juga nyatakan tindakan susulan/aktiviti yang dicadangkan kepada murid yang tidak mencapai hasil pembelajaran.

26.Buku persediaan mengajar perlu dilengkapkan dengan semua maklumat yang diperlukan mengikut butiran yang ada dalam buku tersebut. Guru besar akan membuat pemeriksaan keseluruhan buku ini pada hujung bulan Januari ini. Semua guru diminta melengkapkan buku tersebut untuk disemak oleh guru besar.

. Tindakan : Semua guru

Untuk makluman dan tindakan guru XI. PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH(PBS)27. Guru Besar telah memberi pekeliling BIL 1/2014 tentang Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.(PBS) 28. PBS masih diteruskan tetapi fail-fail showcase and evidence tidak digunakan lagi.29.Guru besar menyuruh guru-guru memberi tumpuan kepada DSP(DSP),FPM,FS dan RT dan juga SPPBS dalam pekeliling 4.1, 4.2 dan 4.3.Pekeliling dikepilkan dalam minit

mesyuarat.30.DSP diganti PPPM.Dianggap sebagai pelaksanaan fleksibel dan tidak membebankan guru.31. Puan Fauziah meminta semua guru yang mengajar kelas KSSR hendaklah menyiapkan rekod Pelaporan PBS offline dan serahkan kepada Penyelaras PBS untuk simpanan dan satu salinan dalam fail panitia masing - masing.Didapati ada beebrapa orang guru tidak menyerahkan Rekod pelaporan PBS Offline Untuk makluman dan tindakan guruX11. Program LINUS 2.0/PROTIM32. Pengerusi telah meminta guru-guru LINUS memberi laporan LINUS setiap tahun.

33. Didapati masih ada murid LINUS di tahun 1 hingga 3 maka pengerusi meminta Panitia

Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris mencadangkan program yang boleh dijalankan

untuk mendapat Sifar LINUS. 34. Murid PROTIM Matematik Tahun 4 2014 didapati ramai.Oleh itu pengerusi mencadangkan panitia Matematik mengambil perhatian yang serius terhadap perkara

ini.

Tindakan : Semua AJK LINUS DAN PROTIMXIII.PROSPEK A35.Pengerusi mengingatkan guru-guru tentang program mega PPD iaitu PROSPEK A

masih diteruskan.Guru-guru harus member perhatian kepada aspek-aspek yang

dipantau. Iaitu PEN MERAH pemeriksaan buku tulis dan kontrak latihan.

1M2B1B 1 MURID 2 BUKU 1 BULAN .

36. Puan Rajibah selaku Penyelaras PSS mencadangkan murid-murid ada dua buah buku

nilam BM dan BI. Penyemakan buku NILAM akan dibuat oleh guru matapelajaran

masing-masing.

XIV.Pembelajaran & Pengajaran (PdP)

37. Semua buku SPBT adalah wajib digunakan manakala buku kerja perlu digunakan serta hendaklah sentiasa disemak.

Tindakan : Makluman38. Bilik-bilik khas perlu digunakan untuk PdP dengan mengikut jadual yang telah

disediakan dan pastikan guru ada bersama murid semasa kelas tersebut digunakan. Rekod penggunaan bilik-bilik ini perlu dipantau dan dibentangkan /dimaklumkan dalam mesyuarat jawatankuasa.

Tindakan : Penyelaras Bilik Khas

XV.Pemantauan Kurikulum Berkualiti (PKB)39. Pengerusi meminta semua guru untuk memberi lebih perhatian dan peka dengan

Jadual PKB yang disertakan dalam Buku Perancangan dan Takwim 2015.

40. Diminta guru-guru mengahntar mengikut jadual yang ditetapkan. Jadual-jadual berikut adalah dikepilkan daripada mukasurat 59 hingga 63. a) Jadual Agihan Semakan Rekod Pengajaran & Pembelajaran (Lampiran A1)

b) Jadual Agihan Pencerapan Pembelajaran & Pengajaran (Lampiran B1)

c) Jadual Agihan Semakan Kekerapan Latihan Murid (Lampiran C1)

d) Jadual Agihan Pemantauan Prestasi Murid (Lampiran D1)

e) Jadual Agihan Tugas Pemantauan Pengurusan Bilik Darjah (Lampiran E1)

Tindakan : Pentadbir dan Semua guruXVI.Pusat Sumber Sekolah (PSS)41.Puan Rajibah menjelaskan tentang keadaan PSS pada masa sekarang.42. Pengerusi member pendapat untuk meminta Bantuan Bakti dari PKG Kuala Ketil.

43.Aktiviti- aktiviti akan dirancang oleh Puan Rajibah untuk 2015.

Untuk Makluman

XVII.Transisi 2015

44.Pengerusi mengumumkan Transisi 2015 ialah pada 31/12/2014.

45.Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Puan Fauziah kerana telah membuat

Persiapan yang awal dan Puan Fauziah juga telah membentangkan AJK Transisi 2015.

46. Guru-guru yang dipertanggungjawabkan untuk Taklimat kepada waris diminta ,

bersedia. 47. Cik Kasmaliza diminta mengawasi murid-murid Tahun 1 dalam kelas sewaktu sesi taklimat waris.

XVIII. Kewangan

48.Pengerusi memaklumkan peruntukan kewangan 2015 tidak ada lagi.Beliau juga

Mengucapkan tahniah kepada semua panitia kerana dapat merancang bajet dan

menggunakan duit dengan betul walaupun Panitia Agama pada saat terakhir.

49.Pengerusi amat berharap kewangan 2015 akan digunakan dengan sebaik-baiknya

dan dapat membawa kebaikan untuk para murid. Perbincangan dalam panitia amat

penting.

XIX.Hal-hal lain50. Encik Johari memberitahu bilangan terkini murid dalam setiap tahun.51.Encik Harris member penerangan tentang EMIS dan status guru-guru.

52.Encik Ghazali meminta jasa baik pihak pentadbir supaya tidak member relief untuk

beliau kerana terasa amat menganggu PDP pemulihan beliau.

53.Encik Nashiron meminta guru-guru yang berminat untuk melanggan Didik memberi

nama kepada beliau.Didik akan dilanggan untuk semua murid Tahun 5 &6.

54. Guru-guru Tahun 6 diminta melengkapkan perancangan strategic 2015-2017.

Untuk makluman dan tindakan semua guru.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.10tgh.Disediakan oleh, Disemak oleh,

.. ..

(RATHIKA.GN) (PN.HJH.SITI ZABEDAH BT MAT)

Guru Penolong ,SKB.