2015 konserto terakhir (sinopsis bab 1-5)

7
5 PA 1 SINOPSIS KONSERTO TERAKHIR ENCIK SAHARUDDIN B ABDULLAH BAB 1>5 NUR FATIN FAIQAH BT IBHARIM

Upload: saharuddin-abdullah

Post on 18-Jul-2015

148 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2015 Konserto Terakhir (sinopsis bab 1-5)

5 PA 1

SINOPSIS KONSERTO TERAKHIR

ENCIK SAHARUDDIN B ABDULLAH

BAB 1>5

NUR FATIN FAIQAH BT IBHARIM

Page 2: 2015 Konserto Terakhir (sinopsis bab 1-5)

Sinopsis Bab 1 – KeluargaHayati tidak ada mood ( keinginan ) untuk belajar piano

pada hari itu kerana sering membuat kesalahan. Keadaan ini menimbulkan salah faham

antara Hayati dengan guru pianonya. Tiba-tiba muncul Hilmi di saat-saat getir tersebut.

Hilmi memperkenalkan dirinya sebagai dua pupu Hayati iaitu anak Pak Karim dari

Kedah. Hayati berasa gusar melihat gerak-geri Hilmi yang serba canggung. Dia tidak

pernah mengetahui bahawa bapanya masih mempunyai saudara di kampung. Datin

Salmah juga tidak menyenangi kehadiran Hilmi di rumahnya. Sementara menunggu

kepulangan Datuk Johari, Hilmi ditempatkan di sebuah bilik berhampiran dengan bilik

Pak Amat, drebar mereka. Kehadiran Hilmi telah mengingatkan Datuk Johari tentang

kampung halamannya yang telah ditinggalkan selama tujuh belas tahun lalu.

Hilmi menyatakan hasratnya untuk mencari pekerjaan. Walau bagaimanapun,

kelulusannya yang hanya setakat darjah empat sekolah Melayu menyukarkan usaha

Datuk Johari mencari pekerjaan untuknya. Akhirnya Hilmi disuruh menjadi tukang kebun

di rumahnya. Hilmi bekerja dengan tekun membersihkan kebun itu. Dalam masa yang

sama, perasaannya cemburu melihat kemesraan antara Hayati dengan Mohsin.

Page 3: 2015 Konserto Terakhir (sinopsis bab 1-5)

Sinopsis Bab 2 – Kuli

Hilmi gembira dengan pekerjaannya sebagai tukang kebun. Dia telah

melakukan perubahan yang besar di pekarangan rumah itu sehinggakan

mendapat pujian daripada Datuk Johari dan juga Dr. Nathan iaitu jiran Datuk

Johari. Hilmi berkawan baik dengan Pak Amat. Pak Amat pernah menjadi

penyelam mutiara di Darwin, Australia. Datuk Johari gelisah apabila Dr. Nathan

bertanyakan tentang tukang kebun barunya itu kerana dia tidak sampai hati

menganggap Hilmi sebagai tukang kebunnya. Hilmi amat tertarik dengan

mainan piano Hayati. Rumah Datuk Johari juga sering didatangi oleh saudara

mara Datin Salmah yang berpangkat.

Dalam pada itu, Datin Salmah teringat akan kata-kata kakaknya Siti Hajar

tentang Hilmi kerana lambat laun orang akan mengetahui bahawa Hilmi itu

anak saudara Datuk Johari. Hasutan Siti Hajar itu menimbulkan rasa gelisah di

hati Datin Salmah dan dia berusaha mencari jalan untuk mengusir Hilmi dari

rumahnya.

Page 4: 2015 Konserto Terakhir (sinopsis bab 1-5)

Sinopsis Bab 3 – Piano

Hilmi kecewa apabila dia mendapati tanamannya dirosakkannya oleh kumbang. Dia

telah melepaskan geramnya dengan memijak-mijak kumbang-kumbang itu dengan

tumitnya. Tindakan Hilmi itu ditegur oleh Hayati dan menganggap dia seorang yang

kejam. Akhirnya Hayati faham kenapa Hilmi memusnahkan kumbang yang

mengancam keselamatan tanamannya. Kadangkala Hayati ikut bersama-samanya

mencari kumbang dan ulat. Dua kali dalam seminggu iaitu hari Sabtu dan Khamis,

Hayati belajar bermain piano di rumahnya. Pada hari-bari tersebut Hilmi akan

mencari kerja yang dapat dibuatnya di depan rumah berhampiran dengan ruang

tamu. Pada kedua-dua hari tersebut keletihannya terasa hilang, dan dia menunggu

kedua-dua hari itu dengan penuh harapan kerana dia dapat mendengar lagu-lagu

merdu yang keluar dari hujung-hujung jari Hayati yang diletakkan di atas pianonya.

Lagu-lagu itu menjadi makanan rohaninya. Pada suatu hari Khamis, Hilmi gelisah

kerana Hayati belum pulang lagi. Rupa-rupanya Hayati dan Mohsin pergi menonton

wayang. Hati Datin Salmah mulai berubah terhadap Hilmi. Dia tidak lagi

menyebutnya sebagai tukang kebun tetapi sebagai kaum keluarganya. Datuk Johari

juga mulai bangga kerana tiap-tiap orang yang datang memuji-muji tanaman bunga

di rumahnya. Malah hasil tanaman seperti terung, kacang, timun, dan petola telah

berbuah dengan lebatnya dan menjadi satu kebanggaan pula kepada Datin Salmah.

Dia menghadiahkan hasil tanaman itu kepada teman-temannya apabila pergi ke

morning coffee dan juga ketika ada antara kawannya yang datang berkunjung ke

rumahnya, mereka pulang dengan membawa buah tangan. Datin Salmah gembira

mendengar pujian daripada kawan-kawannya.

Page 5: 2015 Konserto Terakhir (sinopsis bab 1-5)

Sinopsis Bab 4 – HukumanLeha, penolong pembantu rumah telah pulang ke kampung. Hilmi telah ditugaskan oleh DatinSalmah untuk membersihkan ruang tamu. Hilmi amat senang hati menerimanya kerana dapatdatang berhampiran dengan piano. Suatu hari Hilmi keseorangan di rumah kerana Datin tidakada di rumah, manakala Hayati belum pulang dari sekolah, sementara Mak Minah keluar kerumah seorang kenalannya. Hilmi telah mencuba memainkan piano tersebut sehingga tidakmenyedari kepulangan Mak Minah. Perbuatan Hilmi itu ditegur oleh Mak Minah kerana takutdimarahi oleh Datin Salmah. Kebimbangan Hilmi jelas terlihat apabila Datin Salmahmemanggilnya. Rupa-rupanya Datin Salmah menyuruhnya mengambil bunga yang dibawa darirumah kawannya. Hilmi juga berasa lega kerana Mak Minah tidak memberitahu mak ciknyatentang perlakuannya tadi.Ketika Hayati pulang dan hendak menghiburkan tetamunya iaitu pak cik dan mak ciknya, diamenyedari pianonya telah rosak. Apabila dia meletakkan jari-jarinya pada mata-mata piano danmembuat "intro"-nya dengan C minor, tiba-tiba pada mata yang mengeluarkan nada “fa” nadanya begitu melenting. Peristiwa itu telah menimbulkan kegemparan kecil. Datin Salmahmula mencari siapa yang mengganggu piano itu. Ketika dipanggil oleh Datin Salmah, MakMinah terpaksa memberitahu yang Hilmi telah memainkan piano itu. Datin Salmah inginmengambil kesempatan dari peristiwa itu untuk mengusir Hilmi. Atas kebijaksanaan DatukJohari, Hilmi dimaafkan dan dipotong gajinya. Datin Salmah juga menyuruh Hilmi memujukHayati dan memohon maaf daripadanya.Sementara itu, Datin Salmah sekeluarga akan bercuti selama satu bulan. Mak Minah dan Pak Amat juga diberi cuti balik ke kampung. Hilmi diminta untuk menjaga rumah tersebut sepanjangpeninggalan mereka. Hilmi amat kesunyian sepanjang ketiadaan mereka terutamanya rasa kehilangan terhadap Hayati kerana sebulan lamanya dia tidak akan mendengar lagu-lagu yang dimainkan oleh Hayati. Kehidupan Hilmi sepanjang waktu hanya bertemankan bunga-bungadan tanamannya sahaja.

Page 6: 2015 Konserto Terakhir (sinopsis bab 1-5)

Sinopsis Bab 5 – PenungguHilmi tidak ikut menghantar Datuk Johari dan keluarganya berangkat ke luar negeri. Diamemuatkan barang-barang yang mahu dibawa ke dalam motokar. Datuk Johari berpesan supayamenjaga rumah dengan baik. Datin Salmah pula tidak bercakap sepatah pun dengannya. Dia sibukbercakap dengan orang lain. Sepeninggalan mereka, Hilmi mendapat simpati jiran Datuk Johari, iaitu Dr. Nathan. Mamat kawan baiknya iaitu drebar Dr. Nathan juga balik ke kampung. Hilmisibuk mengemaskan rumah Datuk Johari. Hidupnya terasa bebas. Dia menjadi tuan rumah dan diajuga menjadi raja. Setelah selesai mengemas, Hilmi masuk ke bilik mak ciknya. Dia amat terkejutkerana bilik itu seperti sebuah syurga. Dari bilik mak ciknya, dia pergi pula ke bilik Hayati. Seolah-olah perasaannya amat dekat dengan Hayati. Dia amat merindui Hayati. Hilmi masuk pula ke biliktamu. Di ruangan tamu, matanya tertumpu pada piano. Keinginannya untuk bermain piano begitukuat dan meronta-ronta di dalam dirinya tetapi dia tidak berani menyentuhnya. Akhirnya diamenuju ke biliknya. Tiba-tiba Hilmi teringat kucing Siam kesayangan Hayati. Dia masuk ke dalamrumah mencari kucing itu. Dia membawa kucing itu ke dapur dan diberi makan ikan.Dalam pada itu, Mamat, drebar Dr. Nathan telah balik dari kampung dan membawa bersamaisterinya Esah. Esah telah diperkenalkan oleh Mamat kepada Hilmi. Mamat mengajak Hilmimakan bersama-samanya. Esah juga telah bekerja sebagai tukang masak di rumah D. Nathan. Hilmi berasa kecewa. Dia mengharapkan bila Mamat balik dari Kelantan dia mahu mengajakMamat tidur bersama-sama menemaninya. Mamat telah memperkenalkan Hilmi dengan EncikBakar, seorang ketua sebuah quartet. Encik Bakar menyuruh Hilmi bermain organ dan Hilmi telahmendapat pujian daripada Encik Bakar. Encik Bakar mengajar Hilmi muzik secara percuma. Hilmiamat gembira mendengar kata-kata Encik Bakar kerana pada sangkaannya Encik Bakar akanmengenakan bayaran kepadanya.Justeru, Hilmi pada mulanya kurang senang kerana setiap kali dia pergi ke rumah Encik Bakar, diaakan meninggalkan rumah pak ciknya. Dia berasa bersalah kerana telah melanggar janji-janjinyapada pak ciknya. Walau bagaimanapun kerana minat yang amat mendalam terhadap muzik, Hilmiterpaksa melakukannya. Hilmi telah belajar dengan tekun dan Encik Bakar juga telah mengajarnyatentang not-not muzik.

Page 7: 2015 Konserto Terakhir (sinopsis bab 1-5)