201419479 eksperimen magnet

3
LAPORAN EKSPERIMEN SAINS Tajuk Kekuatan magnet Objektif Untuk menyiasat hubungan diantara saiz magnet dan kekuatannya. Pernyataan Masalah Adakah saiz magnet mempengaruhi kekuatan tarikan magnet? Hipotesis Magnet yang lebih panjang mempunyai kekuatan tarikan yang lebih tinggi berbanding magnet berukuran pendek. Definisi secara operasi Kekuatan daya tarikan magnet boleh diukur dengan mengambil kira bilangan klip kertas yang tertarik pada magnet. Pemboleh ubah Dimanipulasi : Panjang magnet Bergerak balas : Bilangan klip kertas yang ditarik oleh magnet Dimalarkan : Jenis klip kertas, luas permukaan tapak magnet Bahan/ Radas Magnet Klip kertas Prosedur 1. Bahan dan radas disediakan. 2. Dua jenis magnet yang mempunyai panjang berbeza tetapi mempuyai permukaan tapak yang sama diuji kekuatannya dengan menggunakan klip kertas. 3. Klip kertas besi diletakkan di atas meja. 4. Magnet pendek diletakkan di atas kumpulan klip kertas tersebut. 5. Bilangan klip kertas yang ditarik direkodkan. 6. Langkah 3 hingga 5 diulangi dengan menggantikan magnet yang pendek kepada magnet yang panjang. 7. Eksperimen diulangi sebanyak 3 kali untuk mendapatkan purata bilangan klip kertas yang ditarik.

Upload: won-eyda

Post on 14-Sep-2015

229 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

good

TRANSCRIPT

LAPORAN EKSPERIMEN SAINS

Tajuk Kekuatan magnet

Objektif Untuk menyiasat hubungan diantara saiz magnet dan kekuatannya.

Pernyataan Masalah Adakah saiz magnet mempengaruhi kekuatan tarikan magnet?

Hipotesis Magnet yang lebih panjang mempunyai kekuatan tarikan yang lebih tinggi berbanding magnet berukuran pendek.

Definisi secara operasi Kekuatan daya tarikan magnet boleh diukur dengan mengambil kira bilangan klip kertas yang tertarik pada magnet.

Pemboleh ubah Dimanipulasi : Panjang magnet Bergerak balas : Bilangan klip kertas yang ditarik oleh magnet Dimalarkan : Jenis klip kertas, luas permukaan tapak magnet

Bahan/ Radas Magnet Klip kertas

Prosedur 1. Bahan dan radas disediakan.2. Dua jenis magnet yang mempunyai panjang berbeza tetapi mempuyai permukaan tapak yang sama diuji kekuatannya dengan menggunakan klip kertas. 3. Klip kertas besi diletakkan di atas meja.4. Magnet pendek diletakkan di atas kumpulan klip kertas tersebut. 5. Bilangan klip kertas yang ditarik direkodkan. 6. Langkah 3 hingga 5 diulangi dengan menggantikan magnet yang pendek kepada magnet yang panjang. 7. Eksperimen diulangi sebanyak 3 kali untuk mendapatkan purata bilangan klip kertas yang ditarik.

Keputusan / Pemerhatian

Percubaan

Jenis magnetP1P2P3Purata

Magnet Pendek23302125

Magnet Panjang55525052

Perbincangan 1) Eksperimen ini boleh dijalankan di dalam atau diluar bilik darjah. 2) Aktiviti ini merupakan aktiviti ringkas yang mengaplikasikan penggunaan bahan-bahan di sekeliling kanak-kanak dan mudah didapati.3) Pengembangan dan penjanaan idea kanak-kanak dapat dilakukan dengan mencetus persoalan mengapakah magnet boleh menarik sesetengah bahan dan adakah tarikan yang diberikan oleh magnet yang berbeza saiz adalah sama.4) Eksperimen ini dapat menjawab persoalan kanak-kanak terbabit.5) Murid-murid perlu mengelak melakukan eksperimen ini berdekatan dengan bahan yang boleh menyebabkan tarikan magnet seperti kompas.6) Ini bagi mengelakkan magnet tertarik kepada bahan lain selain bahan yang disediakan.7) Dalam eksperimen ini, murid dapat melihat perbezaan tarikan magnet yang bersaiz besar dan kecil.8) Magnet yang bersaiz besar mempunyai kekuatan magnet yang lebih kuat berbanding magnet yang lebih kecil.9) Ini menyebabkan magnet yang bersaiz besar menarik lebih banyak klip kertas berbanding magnet kecil.

Langkah berjaga-jaga Pelajar perlu berhati-hati sewaktu mengendalikan magnet yang besar. Pelajar perlu memastikan tiada barangan yang diperbuat daripada besi yang berada berdekatan sewaktu eksperimen dijalankan.

Kesimpulan 1. Hipotesis diterima 1. Magnet yang lebih besar mempunyai kekuatan yang lebih tinggi berbanding magnet yang lebih kecil.

Rujukan

Choong, C. F. (2009). Longman Pre-U Tect STPM Physics Volume 1. Selangor Darul Ehsan : Pearson Longman .Choong, C. F. (2010). Longman pre-U Text STPM Physics Volume 2. Selangor Darul Ehsan : Pearson Longman .Kah, T. O Lim Ching Chai, C. S. (2010). Xpress Pro Physics SPM . Petaling Jaya : Sasbadi Sdn Bhd.Yap Eng Keat, K. G. (2008). Logman Essential Physics Form 5 Bilingual text . Kuala Lumpur : Pearson Longman .Yap Eng Keat, K. G. (2008 ). Longman Essential Physics Form 4 Bilingual text . selangor daruh Ehsan : Pearson Longman .Yoon, H. H. (2005). Pre-U text Organic Chemistry . Selangor : pearson Longman .

(n.d.). Retrieved 01 30, 2012, from cikgunaza sains123.blogspot.com/...fizik(n.d.). Retrieved 01 30, 2012, from fs.um.edu.my/documents/bp/fizik_bm10.pdf