2014 tiga september — disember

22
2014 SEPTEMBER — DISEMBER TIGA Aktiviti Galakan Penggunaan InfoLibNews & BK1MC …………..10 Who’s Who Corner: Edry Abdul Halim ……………………..16 Databank Corner: Polis Diraja Malaysia ….………..15 Sambungan ke m/s 2 Program Hari Membaca & Clientele Café Special for November telah berlangsung dengan jayanya pada 27hb November 2014 yang lepas. Program ini bertujuan untuk memupuk dan memperkasakan lagi minat mahu membaca di kalangan kakitangan BERNAMA dan bagi mempromosikan perkhidmatan café yang tersedia di Pusat Maklumat dan Perpustakaan Berita Bernama (InfoLibNews). Program Hari Membaca ini telah berkolaborasi dengan Pusat Kecemerlangan Bernama yang telah menyenarai pendek nama - nama petugas Bernama yang berpotensi untuk menghadirkan diri ke program ini sekaligus mengikuti program buat julung kalinya di buat pada tahun ini iaitu Program Hari Membaca. Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti pertandingan membaca berita, demo masakan sihat, cabutan peminjam buku bertuah dan persembahan ulasan buku. Dalam pertandingan membaca berita, para peserta berpeluang merasai pengalaman beraksi di hadapan kamera yang lengkap dengan penataan cahaya. Manakala pertandingan ulasan buku pula, setiap peserta dikehendaki meminjam sebuah buku dan memahami isi kandungannya. Selepas itu, peserta dikehendaki berkongsi kisah atau maklumat yang diperolehinya kepada para peserta lain di hadapan juri.

Upload: others

Post on 11-Nov-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2014 TIGA SEPTEMBER — DISEMBER

2014 SEPTEMBER — DISEMBER TIGA

Aktiviti Galakan Penggunaan

InfoLibNews & BK1MC …………..10 Who’s Who Corner: Edry

Abdul Halim ……………………..16

Databank Corner: Polis

Diraja Malaysia ….………..15

Sambungan ke m/s 2

Program Hari Membaca & Clientele Café Special for November telah berlangsung dengan jayanya pada 27hb November 2014 yang lepas. Program ini bertujuan untuk memupuk dan memperkasakan lagi minat mahu membaca di kalangan kakitangan BERNAMA dan bagi mempromosikan perkhidmatan café yang tersedia di Pusat Maklumat dan Perpustakaan Berita Bernama (InfoLibNews).

Program Hari Membaca ini telah berkolaborasi dengan Pusat Kecemerlangan Bernama yang telah menyenarai pendek nama - nama petugas Bernama yang berpotensi untuk menghadirkan diri ke program ini sekaligus mengikuti program buat julung kalinya di buat pada tahun ini iaitu Program Hari Membaca.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti pertandingan membaca berita, demo masakan sihat, cabutan peminjam buku bertuah dan persembahan ulasan buku. Dalam pertandingan membaca berita, para peserta berpeluang merasai pengalaman beraksi di hadapan kamera yang lengkap dengan penataan cahaya. Manakala pertandingan ulasan buku pula, setiap peserta dikehendaki meminjam sebuah buku dan memahami isi kandungannya. Selepas itu, peserta dikehendaki berkongsi kisah atau maklumat yang diperolehinya kepada para peserta lain di hadapan juri.

Page 2: 2014 TIGA SEPTEMBER — DISEMBER

Clientele Café pula membuat jualan makanan di luar perkarangan InfoLibNews. Jualan termasuklah dari sarapan pagi sehingga ke jualan makanan tengah hari. Selain daripada itu, terdapat juga demo masakan sihat daripada barangan Amway dan Philips Fryer. Kali ini demo masakan sihat telah mendapat sambutan daripada pengunjung lelaki.

Di akhir program ini kami telah menyampaikan sedikit hadiah penghargaan bagi peserta yang mengikuti aktiviti yang telah kami sediakan. Hadiah yang dimenangi oleh para peserta telah di sampaikan oleh Pengurus Kanan Latihan Encik Syed Khedher. Kami dari InfoLibNews berbesar hati atas kunjungan dan sokongan yang diberikan daripada kalangan peserta dan juga daripada petugas Bernama sendiri.

Page 3: 2014 TIGA SEPTEMBER — DISEMBER
Page 4: 2014 TIGA SEPTEMBER — DISEMBER

Bagi menghargai jasa dan budi pimpinan

Persatuan Pustakawan Malaysia terdahulu, satu majlis

ramah mesra telah diadakan pada 6 September 2014

bertempat di Bangi Golf Resort Restaurant, Bangi.

Penyampaian cenderahati kepada Y.Bhg Dato’

Raslin Abu Bakar, Dato’ Dr Zaiton Osman dan Puan

Maimunah Kadir Mantan PPM disempurnakan oleh Dr.

Nor Edzan Che Nasir, Presiden PPM.

Page 5: 2014 TIGA SEPTEMBER — DISEMBER

Pertandingan Inovasi Terbaik, peringkat

KKMM telah diadakan pada 16 Oktober 2014 di

Pusat Kecemerlangan, Bernama. Sebanyak 10

kumpulan dari semua jabatan di bawah KKMM telah

menyertai pertandingan ini.

Unit Rujukan dengan nama Kumpulan One

RFID, telah mewakili InfoLibNews membentangkan

tajuk inovasi mereka iaitu ‘Sistem Sirkulasi Secara

Layan Diri, Keselamatan Dan Pengesanan Bahan

Secara RFID’.

Page 6: 2014 TIGA SEPTEMBER — DISEMBER

Semenjak InfoLibNews berwajah baru, empat lawatan telah diterima daripada Pengurusan Puncak Niaga, PETRONAS Petroleum Resource Centre (PRC), Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Puncak Perdana dan Fakulti Seni Lukisan dan Seni Reka UiTM Puncak Alam.

Rombongan diberi penerangan mengenai reka bentuk, perkhidmatan terbaru, dan aktiviti InfoLibNews di samping berkongsi pengalaman agar mereka boleh mengaplikasi pengalaman / pengetahuan itu dalam tugasan seharian. Namun, ada dalam kalangan mereka tidak menyangka perpustakaan kecil sebegini boleh menjadi menarik dengan pelbagai ruang yang mempunyai daya tarikan tersendiri.

Rombongan pelawat juga diberi penerangan projek pendigitalan berita Bernama dan sedikit mengenai BLIS di mana membantu pengguna membuat pencarian, lebih berpengetahuan dan berkemahiran serta dapat meningkatkan lagi promosi penggunaan BLIS.

Lawatan ini diharap dapat mencapai matlamat di samping terus membina jar ingan kerjasama di antara golongan pelajar, petugas pentadbiran mahupun pihak organisasi luar.

Page 7: 2014 TIGA SEPTEMBER — DISEMBER
Page 8: 2014 TIGA SEPTEMBER — DISEMBER

Seramai 289 kakitangan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menjalani latihan menghadapi kebakaran di Wisma Bernama bermula pukul 3.08 petang, pada 17 Disember lalu.

Pegawai Informasi Pasukan Kecemasan (ERT) Bernama 2014, Hasni Farlina Abd Hasim berkata latihan itu dijalankan untuk memastikan pergerakan kakitangan dari bangunan Wisma Bernama ke tapak berkumpul lancar sekiranya berlaku kebakaran.

"Latihan ini dilakukan bagi mendidik semua kakitangan Bernama tentang perkara yang perlu mereka lakukan jika berlaku kebakaran sebenar," katanya.

Latihan yang berlangsung hampir setengah jam itu berakhir pada pukul 3.30 petang dan dibantu oleh 45 anggota jawatankuasa ERT Bernama 2014 dan petugas InfoLibNews jugak turut terlibat.

Page 9: 2014 TIGA SEPTEMBER — DISEMBER

InfoLibNews dan Bahagian Pusat Pangkalan Data dan Maklumat Korporat Bernama telah bergabung tenaga dalam menjayakan pameran Bernama Library & Infolink Service (BLIS). Pameran yang berlangsung selama dua (2) hari ini bermula dari 9 Disember 2014 sehingga 10 Disember 2014. Ia telah mendapat sambutan yang baik daripada warga UiTM Shah Alam. Bukan sahaja daripada kakitangan perpustakaan yang telah memberikan sokongan malah tidak kurang hebat juga dari kalangan para pelajar yang mengunjungi dan turut serta dalam aktiviti yang telah disediakan dari pihak pengurusan PTAR. Pameran BLIS yang berlangsung di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Utama UiTM Shah Alam ini merupakan satu platform pendidikan dan penerangan kepada pengguna cara penggunaan dan cara carian lebih pantas dalam BLIS. Ia adalah salah satu langkah yang lebih dekat bagi menimbulkan kesedaran setiap pelanggan pangkalan data Bernama seterusnya menggunakan informasi yang telah disediakan dengan lebih efisyen. Selain dari itu, penglibatan kakitangan InfoLibNews sedikit sebanyak membantu memperkenalkan perkhidmatan dan juga maklumat produk Bernama. Pengenalan portal InfoLib-News secara tidak langsung kepada pelanggan BLIS juga merupakan satu bonus kepada BLIS dan InfoLibNews dalam meningkatkan statistik pengunjung. Antara aktiviti yang dijalankan semasa berlangsungnya pameran ini adalah BLIS Hunt, sesi bergambar di Photostation InfoLibNews, Pertandingan Instagram InfoLibNews dan pelbagai acara lain. Kami berterima kasih kepada pihak UiTM atas jemputan yang diberikan kepada kami. Semoga kita akan terus bekerjasama di masa hadapan.

Page 10: 2014 TIGA SEPTEMBER — DISEMBER

Pada 11 Disember 2014 yang lalu, InfoLibNews telah mengadakan satu aktiviti galakan membaca di kalangan petugas Bernama dan juga anak-anak petugas Bernama.

Aktiviti yang diadakan didasarkan dengan perkhidmatan dan kemudahan terkini InfoLibNews iaitu eBook Razz Kids dan World eBook, kemudahan Cyberstation dan Bilik Interaktif dan perkhidmatan Photostation.

Program yang diadakan dua (2) kali setahun ini telah mendapat sambutan yang baik dari kalangan pengguna InfoLibNews.

Terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan sepanjang aktiviti ini di jalankan. Antaranya adalah :

♦ Family Zumba, ♦ Kategori 4 - 7 tahun : Photostation BK1MC Contest Si Cilik Yang Bijak Terapi Minda ♦ Kategori 8 – 11 tahun Bengkel E-book Razz Kids Brain Game ♦ Kategori 12 -17 tahun Bengkel Digital Album (Movie Maker) dan Pertandingan Menghasilkan Digital Album ♦ Kategori Petugas Bernama Interactive Game Bengkel World E-book

Selain daripada itu terdapat juga Cabutan Peminjam Bertuah dan juga cenderahati bagi peminjam buku terbanyak untuk tempoh satu tahun. InfoLibNews juga telah menyediakan satu ruangan baru iaitu ‘Feedback Tree’. Pohon maklumbalas ini bertujuan bagi mendapatkan maklum balas daripada kalangan ahli InfoLibNews tentang kepuasan mereka sepanjang menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak InfoLibNews sendiri.

Akhir sekali kami dari InfoLibNews sendiri berharap agar sokongan yang diberikan daripada kakitangan BERNAMA tidak akan putus dan terus membantu kami bagi memajukan dan memperkenalkan lagi BERNAMA di mata masyarakat.

Page 11: 2014 TIGA SEPTEMBER — DISEMBER
Page 12: 2014 TIGA SEPTEMBER — DISEMBER

Intipati daripada Aktiviti Galakan Penggunaan InfoLibNews & BK1MC, Bengkel Digital Album telah dianjurkan dengan jayanya pada 11 Disember 2014. Ia dihadiri oleh 7 orang peserta yang berumur 10—17 tahun. Bengkel Digital Album ini dikendalikan oleh Sdra, Akmar Farwiz Bakar, yang pertama kali dianjurkan untuk anak warga Bernama, yang bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan asas ‘Movie Maker’ dalam menghasilkan sesuatu video yang berkualiti. Bengkel ditutup dengan penyampaian hadiah kepada peserta yang berjaya menghasilkan video yang terbaik dan berkualiti. Semoga bengkel ini dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam bidang penghasilan video dan sebagai pengetahuan asas bagi ahli BK1MC.

Warga InfoLibNews merakamkan sekalung takziah kepada keluarga Arwah Hamidah Ahmad, 57, yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada 25 Disember 2014 kerana mengidap penyakit kanser. Pemergian Arwah tidak diduga oleh rakan sekerja kerana arwah merahsiakan penyakit yang dialaminya itu daripada pengetahuan rakan sekerja. Arwah menjadi perahsia kerana tidak mahu orang lain risau dan tidak mahu menyusahkan sesiapa. Arwah seorang yang mesra, ceria dan sangat berdedikasi dalam menjalankan tugasnya di Bernama sejak 1983. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong dalam kalangan golongan orang beriman.

Page 13: 2014 TIGA SEPTEMBER — DISEMBER

InfoLib kerana telah berjaya mendapat peruntukan di bawah RMK10 pada tahun 2013, maka tahun 2014, InfoLibNews telah berwajah baru dengan lima (5) komponen utama iaitu penambahbaikan fizikal; kelengkapan ICT, projek digital; menaiktaraf sistem perpustakaan; dan membina koleksi penyelidikan.

Kerja ubah suai ruangan kerja baru telah dijalankan pada 11 Januari. Sebelum berpindah, telah mengadakan "Farewell @ Level 8" pada 30 April. InfoLib mula beroperasi di Tingkat 11 pada 2 Jun dan mula dikenali sebagai Pusat Maklumat & Perpustakaan Berita (InfoLibNews). Bagi mewar-warkan lokasi terkini kepada warga Bernama, "Office Warming cum Syawal" telah diadakan pada 13 Ogos.

Pembentangan kepada pasukan Inspektorat, ICU (Bahagian Keselamatan, Pusat Transformasi Penyampaian, Unit Penyelarasan Pelaksanaan) JPM telah diadakan pada 2 Disember di KKMM. Bagi 6 projek yang selesai pada tahun 2014 di bawah KKMM, Hasil “Laporan Exit Conference Penilaian Amalan Terbaik Projek Pembangunan (Inspektorat)” projek ini telah mendapat markah tertinggi iaitu 92 dan tergolong dalam Band Pencapaian 4 (Audit mamatuhi sepenuhnya kriteria, mempunyai ciri-ciri tambahan, terdapat inovasi/pembaharuan yang boleh meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja) sama dengan pencapaian Malaysia Network Information Center – MYNIC, yang meliputi Perancangan dan Permohonan Projek; Pelaksanaan di Lapangan; dan Penilaian termasuk Penyerahan dan Penggunaan. Terdapat juga penemuan dan penambahbaikan dan tindakan susulan. Kemudahan dan Perkhidmatan yang terkini dan telah dinaiktaraf adalah: Kemudahan: 1. Aktiviti rujukan serta pinjaman dan pemulangan bahan bacaan – Clientele Station 2. Ruangan minuman dan makanan ringan bagi menarik pengguna membaca sambil bersantai -

Clientele Café 3. Kemudahan 8 buah komputer untuk kegunaan pengguna - Cyber Station 4. Kemudahan 2 buah ruangan rujukan peribadi - Carrel Station 5. Kemudahan mesin untuk membuat pinjaman dan pemulangan bahan secara elektronik di

InfoLibNews – Self Check Station 6. Sistem Keselamatan bahan yang diletakkan di pintu masuk dan juga menampal bahan pengesan

- tag RFID di setiap bahan. 7. Kemudahan mesin pemulangan bahan secara elektronik yang terletak di lobi Bernama – Book

Drop Station 8. Bilik penayangan video, permainan X-Box dan set karaoke - Interactive Cube 9. Memaparkan maklumat dan promosi kepada InfoLibNews secara elektronik – Digital Info 10. Maklumat ringkas mengenai Bernama dan InfoLibNews – Info Walk 11. Ruangan yang boleh dipelbagaikan kegunaannya untuk ceramah, taklimat, mesyuarat dan

menjalankan pelbagai aktiviti - Multipurpose Cube (MPC) 12. Bilik untuk aktiviti perbincangan dalam kumpulan yang kecil, membuat rujukan penyelidikan dan

pelbagai permainan minda - Inspired Cube 13. Sudut bergambar untuk kenang-kenangan dan mempromosi InfoLibNews - Photostation 14. Mempunyai pelbagai permainan minda - Brain Game Corner 15. Mesin fotokopi, pengimbas, penjilidan dan laminasi – Stationary Corner

16. Memaparkan maklumat mengenai InfoLibNews dan sijil kemenangan – Quality Corner 17. Aktiviti pendigitalan Berita Bernama - Digital Cube 18. Interaksi melalui media sosial – FB, Instagram dan Twitter

Page 14: 2014 TIGA SEPTEMBER — DISEMBER

Perkhidmatan: 1. BLIS (Bernama Library and Infolink Service) iaitu pangkalan data berita dan maklumat

(http://blis.bernama.com) 2. Portal InfoLibNews (menaiktaraf dari Equip kepada Equalizer - Dynamic Portal) iaitu portal bagi

mempromosi perkhidmatan dan koleksi InfoLibNews (http://infolibnews.com) 3. Media sosial seperti Blog, FB, Twitter dan Instagram untuk berinteraksi dengan pengguna 4. Koleksi eBook melebihi 3 juta buah buku - World E-Book 5. Latihan BLIS/Portal InfoLibNews kepada petugas Bernama/pelanggan BLIS 6. Troli berisi bahan bacaan yang bergerak ke jabatan/bahagian lain di Bernama pada setiap hari

Khamis, 3.30 petang - Le Tour de InfoLibNews 7. Mempromosi nombor sambungan untuk pertanyaan rujukan - Hotline 202 8. Pinjaman Berkelompok sebanyak 900 buah buku bacaan ringan Perpustakaan Negara Malaysia 9. Pinjaman koleksi buku yang tidak terdapat di InfoLibNews – Pinjaman di antara perpustakaan

(ILL)

InfoLibNews telah meneruskan amalan mengadakan aktiviti bagi mempromosi pelbagai perkhidmatan dan kemudahan terkini serta menggalakkan budaya membaca dengan kerjasama daripada Jawatankuasa Induk BK1MC, Benita, KKB, Pusat Kecemerlangan, PPM (Persatuan Pustakawan Malaysia) dan Jabatan/Bahagian lain di Bernama. Pengenalan kepada penggunaan Book-drop dan juga mempromosi penggunaan Self-check dan World E-book telah diadakan di Lobi Wisma Bernama pada 23 Julai. Aktiviti pinjaman buku dan edaran bubur lambuk telah diadakan. Promosi produk juga dipanjangkan ke Jabatan Pengarang, di Tingkat 1.

Aktiviti 27 November yang merupakan Hari Membaca dengan jualan makan pagi serta tengahari, demo masakan sihat, peminjam bertuah dan aktviti peminjaman buku sebanyak 131 buah buku.

Aktiviti hujung tahun pada 4 Disember yang bertemakan kemudahan/perkhidmatan InfoLibNews terkini dengan aktiviti peminjaman buku sebanyak 409 pinjaman buku, Peminjam Buku Bertuah/Terbanyak, Family Zumba, Photostation BK1MC Contest, Si Cilik yang Bijak, Terapi Minda, Bengkel E-book Razz Kids, Bengkel Digital Album menggunakan Movie Maker, Interactive Game – X-Box Kinact dan Bengkel World E-Book.

Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 29 April dan ke Pesta Buku Big Bad Wolf telah diadakan pada 15 Disember. Aktiviti Clientele Cafe' telah diadakan pada 17 Oktober, 27 November dan 4 Disember. InfoLib Alert telah diterbitkan sebanyak 3 keluaran.

Aktiviti BKlMC (Bernama Kids' IMalaysia Club) telah diadakan pada 10 Jun (Bengkel B.E.S.T. Belajar) dan sempena cuti sekolah pada 4 Disember. Aktiviti pinjaman buku BKIMC adalah sebanyak 263 buah buku bagi tahun 2014.

Membantu Persatuan Perpustakaan Malaysia (PPM) menerbitkan buku Cabaran Pembangunan Perpustakaan: Esei-esei memperingati Shahar Banun Jaafar dan Shahaneem Hanoum Dadameah; dan Garis panduan Lawatan Amalan Terbaik Perpustakaan yang telah dilancarkan pada 14 April. Menyumbang esei bertajuk Exploring Digital Initiatives of the Main News Libraries in Malaysia: A Review by SLC dalam Buku Peringatan tersebut. Membantu PPM juga menganjurkan Bengkel Amalan Terbaik ke arah Kecemerlangan Perpustakaan pada 12 dan 13 Mac di KMC, Bank Negara dan Bengkel “Knowledge Sharing via KMaya” di InfoLibNews pada 14 Ogos. InfoLibNews mempunyai koleksi buku sebanyak 5,341 buah buku, 36 judul majalah, 10 tajuk surat khabar dan 4,932,710 dokumen/artikel. Koleksi yang boleh diakses melalui BLIS men-gandungi 8,701 biodata tokoh terkenal (modul Who's Who), 3,996 artikel terpilih (modul Data-

bank), 1,484,301 berita Bernama (modul Bernama News) dan 3,150,964 keratan akhbar ter-bitan tempatan utama (Modul Archival News).

Page 15: 2014 TIGA SEPTEMBER — DISEMBER

Pinjaman keseluruhan buku bagi tahun 2014 adalah sebanyak 3,313 buah buku, 341 buah majalah, 549 buah buku melalui perkhidmatan Le Tour de' InfoLib telah dipinjam oleh pengguna. Bernama Library and InfoLink Service (BLlS) diakses oleh 162,102 pengguna, 15,376 pengguna Portal InfoLib dan 62,949 pengguna blog InfoLib. InfoLib juga telah mencapai KPI (pinjaman buku dan hits penggunaan BLIS) yang telah ditetapkan bagi tahun 2014. Menyertai pameran Karnival Membaca 1Malaysia anjuran Perpustakaan Negara Malaysia di PWTC pada 26 - 28 Jun. Mempamerkan maklumat mengenai Unit, BLIS dan projek Digital, Dart a Quiz dan Infohunt telah diadakan. Dijemput memberi taklimat bertajuk “Program Promosi di InfoLib, Bernama” di Kursus Promosi Perhidmatan Perpustakaan di UKM, Bangi pada 15 Mei. InfoLibNews juga menyertai Pertandingan Keceriaan Pejabat Terbaik sempena sambutan Hari Inovasi KKMM 2014 yang berjaya mendapat naib juara dan Pertandingan Inovasi dengan tajuk “Sistem Sirkulasi secara layan diri, Keselamatan dan Pengesahan bahan secara RFID” yang mana berjaya mendapat tempat ketiga. InfoLibNews telah menerima kunjungan pelawat dari pelajar UiAM, Jawatankuasa Tetap Pepustakaan Khusus, MajIis Perbandaran Johor, PETRONAS Resource Centre, pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM and pelajar Jabatan Fotomedia Kreatif, UiTM.

Terima kasih kepada semua yang menyokong dan membantu menjayakan InfoLibNews serta menggunakan perkhidmatan dan kemudahan InfoLibNews terutama dengan suntikan baru. Semoga InfoLibnews juga dapat membatu Benama menjana lebih pendapatan selain BLIS dengan kemudahan yang terkini.

Page 16: 2014 TIGA SEPTEMBER — DISEMBER
Page 17: 2014 TIGA SEPTEMBER — DISEMBER
Page 18: 2014 TIGA SEPTEMBER — DISEMBER

LTDI = 549

Bernama = 1890PNM = 1421

Jumlah = 3313

Page 19: 2014 TIGA SEPTEMBER — DISEMBER

ALAMAT:

Polis Diraja Malaysia Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman 50560, Kuala Lumpur

TELEFON: (03) 2266 2222

FAKS: (03) 2273 9602

E-MEL: [email protected]

LAMAN UTAMA: http://www.rmp.gov.my/index.cfm

PENJAWAT: KETUA POLIS NEGARA CP Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar ** (w.e.f. / mulai 17/5/2013)

TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA (Memangku) Datuk Seri Noor Rashid bin Ibrahim (w.e.f. / mulai 1/12/2014)

JABATAN PENGURUSAN PENGARAH Dato' Seri Mohamad Fuzi bin Harun ** (w.e.f. / mulai 1/2/2014) TIMBALAN PENGARAH (PENTADBIRAN) Datuk Mohamed Darus bin Mahmud (w.e.f. / mulai 20/4/2007)

TIMBALAN PENGARAH (PENGURUSAN) SAC 1 Zaleha binti Abdul Rahman (w.e.f. / mulai 2/11/2007)

JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL (JSJK) PENGARAH Datuk Wira Mortadza bin Nazarene (w.e.f. / mulai 2012) TIMBALAN PENGARAH Acting DCP Dato' Nooryah binti Md Anvar ** (w.e.f. / mulai 16/1/2008)

JABATAN SIASATAN JENAYAH (JSJ) PENGARAH Datuk Seri Mohmad bin Salleh ** (w.e.f. / mulai 28/6/2014)

TIMBALAN PENGARAH I (KECEKAPAN/OPERASI) Datuk Jalil Hassan (w.e.f. / mulai 2013)

JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI DAN KETENTERAMAN AWAM (KDNKA) PENGARAH Dato' Sri Salleh bin Mat Rashid ** (w.e.f. / mulai 11/5/2011) JABATAN LOGISTIK PENGARAH Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah ** (w.e.f. / mulai 11/5/2011)

CAWANGAN KHAS PENGARAH Datuk Seri Akhil bin Bulat (w.e.f. / mulai 13/8/2009)

TIMBALAN PENGARAH CAWANGAN KHAS I (OPERASI) Acting DCP Dato' Harun bin Md Idris (w.e.f. / mulai 21/6/2006)

Kemaskini pada: 14 Disember 2014

Page 20: 2014 TIGA SEPTEMBER — DISEMBER

LayariModulWho’s Who dihttp://blis.bernama.com

NAMA : Edry Bin Abdul Halim JAWATAN TERKINI

: Komposer, pengarah dan penyanyi

TARIKH LAHIR

: 28 April 1976

BANGSA : Melayu

AGAMA : Islam

NAMA ISTERI : Milia Binti Mohammed

BILANGAN ANAK

; 4 orang

NAMA ANAK

: 1. Emil Edry : 2. Edylia Edry : 3. Emery Edry : 4. Elya Edry

ALAMAT PEJA-BAT

: KRU Berhad No 27-3 Jalan Jelatek 2 Jelatek Business Centre Off Jalan Jelatek 54200 Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur TEL: 03 - 4252 8566 FAX: 03 - 4257 8566

KERJAYA : KRU Motion Picture (Swasta) : Komposer, Pengarah dan Penyanyi

LAIN-LAIN KRU Studios akan berpindah ke ibu pejabat yang baru di Cyberjaya pada bulan Oktober 2009. KRU Studios telah dirasmikan oleh Dato' Seri Hj. Mohd Shafie Bin Hj. Apdal, Menteri Perpaduan Negara, Kebudayaan, Ke-senian dan Warisan. KRU Studios diwakili oleh Pengarah Urusannya Encik Redza Rafiq. Fasa pertama pembinaan KRU Studios bermula pada Januari 2009 dan dijangka siap pada Ogos 2009.

(KRU Studios akan berpindah keibupejabat yang baru di Cyberjaya pada bulan Oktober 2009. KRU Studios telah dirasmikan oleh Dato' Seri Hj. Mohd Shafie Bin Hj. Apdal, Menteri Perpaduan Negara, Kebudayaan, Ke-seniandanWarisan. KRU Studios diwakili oleh Pengarah Urusannya Encik-Redza Rafiq. Fasa pertama pembinaan KRU Studios bermula pada Januari 2009 dan dijangka siap pada Ogos 2009)

Kemaskini pada: 21 Oktober 2014

Page 21: 2014 TIGA SEPTEMBER — DISEMBER
Page 22: 2014 TIGA SEPTEMBER — DISEMBER

Sidang Pengarang

Penasihat & Editor Hasnita Ibrahim (InfoLibNews)

Nor Aini Abd Rashid (Jab. Pengarang)

Penyumbang Artikel Hasnita Ibrahim

Jizni Azrin Juhari Mohd Sobri Amat Bokri

Pereka Grafik Jizni Azrin Juhari

Mohd Tadzman

INFOLIBNEWS

Tingkat 11, Wisma BERNAMA 28, Jalan 1/65A,

Off Jalan Tun Razak 50700, Kuala Lumpur

Hotline: 603-26962202

Faks: 603-26944203 [email protected]

HUBUNGI

420 432 271 379 172 657 169 206 316 171 203 656 175 676 167 205 439 168 185 588 587 565

Pengurus Maklumat Hasnita Hj. Ibrahim Pustakawan Masfaliza Masmuda Rozlen Mustapa Unit Pakej Maklumat Lalitha A/P Nadarajah Unit Digital Jizni Azrin Juhari Muhammad Abdul Hadi Abdul Halim Ariffin Raghavan A/L Krishnan Hafizzul Hakimi Hamzah Mohd Fikri Ahmad Unit Rujukan & Maklumat Mohamod Nik Mohd Sobri Amat Bokri Rohana Mohd Noor Mohd Tadzman Utuh Tang Siti Nur Azahani Unit Pangkalan Data Tokoh Baharudin Jalil Norlizawati Yahya Akmal Hakim Mohd Nur Anis Aqilah Unit Pangkalan Data Berperkara Arif Shamsuddin Jenah Baba Mohd Wahid Md. Som Nor Lela Hanapiah