aniqah disember 2009

26
Keanggunan Wanita Berilmu 9 771823 ISSN 1394-143 7 644009 DISEMBER 2009 THN.4 Bil. 49 1430 - H Zulhijjah/Muharam Harga: RM5.50 Muka surat 96 Langgan & Menang Penangan Produk Kosmetik Daging Makanan Toksik Punca Anak Berbohong Kesan Emosi Remaja Menghitung Tiga Jumaat Bersuci Cara Islam Muna Usaha Modal

Upload: aniqah-online

Post on 06-Mar-2016

273 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Prebiu keluaran Disember 2009

TRANSCRIPT

Page 1: Aniqah Disember 2009

Keanggunan Wanita Berilmu

9 7 7 1 8 2 3

I S S N 1 3 9 4 - 1 4 3 7

6 4 4 0 0 9

DISEMBER 2009 THN.4 Bil. 491430 - H Zulhijjah/Muharam Harga: RM5.50

Muka surat

96Langgan & Menang

PenanganProduk KosmetikDaging Makanan Toksik

Punca Anak Berbohong

Kesan Emosi RemajaMenghitung Tiga Jumaat

Bersuci Cara Islam

MunaUsaha Modal

Page 2: Aniqah Disember 2009

Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan Kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud;

(Maksud surah an-Nisaa’ ayat 31)

Page 3: Aniqah Disember 2009

�Disember 09

Page 4: Aniqah Disember 2009

Disember 09�

Kandungan

Disember 2009

50

Kirana10 Selesa Bila Bersantai16 Indahnya Rantai Perak17 Kerlipan Swarovski18 Halal, Natural Belum Tentu Thoyyib

Diskusi20 Islam Itu Cantik

23 Mencari Kosmetik Halal

25 Awas Jerat Iklan

27 Penjagaan Kulit

29 Ghairah Ingin Cantik

Nurjannah32 Kebersihan & Bersuci Cara Islam34 Lelaki Baligh Wajib Solat Jumaat

Undang-undang38 Talak Raj’i

Global40 Bencana Kemanusiaan di Somalia

Srikandi44 Ummu Sulaim

Sinar46 Juriah Janaki Korbankan Kerja Demi Islam

Buntu48 Isteri Derhaka

Wajah AniqahAnugerah Semarakkan Semangat Muna

Disember 09�

Page 5: Aniqah Disember 2009

�Disember 09

Disember 2009

82

10

88

78

86

Mercu Dunia54 Sabariah Pasarkan Minuman Herba

Cergas & Aktif56 Berenang, Sihat Dan Menyeronokkan

Muslimat58 Daging Makanan Toksik62 Jihad Bisnes Jalan Menebus Maruah Ummah

Medik66 Osteoporosis Penyakit Senyap

Syhhh...69 Menjahit Kelambu Kaabah

Didik70 Anak Berbohong72 Emosi Remaja

Nutrisi74 Rambutan76 Percutian Dinikmati Kesihatan Diutamakan

Lazeez 78 Gabungan Sunda Dan Thai

Tips Lazeez 81 6 Kesalahan Ketika Menyediakan Makanan

Dekor82 Tenang Menerima Rawatan85 Klasik Tempat Menyimpan Buku

Relaks86 Sepetang Di Tanjung Lumpur88 Hotel Berkonsep KeIslaman

Mobil Anda91 Kendali Kemalangan dengan Bijak

Novel92 Sebahagian Haruman Hayat

Renungan95 Persediaan Mental untuk Anak Ke Sekolah

Page 6: Aniqah Disember 2009

Disember 09�

KETUA EDITOR KUMPULAN

PERUNDING EDITORIAL

EDITOR

EDITOR AGAMA

EDITOR BERSEKUTU

WARTAWAN

PENGARAH SENI

PEREKA GRAFIK

PEREKA GRAFIK KORPORAT

JURU FOTO KANAN

JURU FOTO

PENYELIDIK FOTO

WEB

PERUNDING JUALAN & PEMASARAN

PENOLONG PENGURUS PEMASARAN

EKSEKUTIF KANAN LANGGANAN

EKSEKUTIF KANAN JUALAN

EKSEKUTIF JUALAN

EKSEKUTIF ACARA & PROMOSI

EKSEKUTIF SELIAAN PELANGGAN

PENGURUS PRODUKSI & PENGEDARAN

EKSEKUTIF PENGEDARAN

EKSEKUTIF PRODUKSI

A Member of:

Magazine Publishers Association

Pembaca dialu-alukan menghantar karya untuk disiarkan, tetapi sidang pengarang berhak membuat suntingan. Semua sumbangan sama ada dipakai atau tidak, tidak akan dikembalikan. Semua hakcipta adalah terpelihara. Segala reproduksi dalam apa jua bentuk perlu mendapat keizinan terlebih dahulu. Semua karya yang diterbitkan tidak

semestinya mencerminkan pandangan dan sikap ANIQAH.

Datuk JamaluDDin mansor [email protected]

sarimaH otHman [email protected]

norkHairana Pilus [email protected]

raflis sabirin [email protected]

WebaH salleH [email protected]

norzilaWati siDek [email protected]

norliza WaHiD [email protected]

roiHan mat zaib [email protected]

faraH sHeiakHa abD WaHiD [email protected]

azlan salim [email protected]

anita ismail [email protected]

moHD firDaus abD Halim [email protected]

asraf DaHari [email protected]

moHD Yusri moHD sHakJee [email protected]

Jasman mD noor [email protected]

Wan naqiuDDin Wan Yaacob [email protected]

arman bin Yusuf [email protected]

moHD Hafizi mD taHir [email protected]

sHikin cHristine louis [email protected]

ann norizaD [email protected]

riDzuan besiri [email protected]

azam akbar ramamam [email protected]

zakHWan mD. naWi @ rizak [email protected]

sHaHrul azrin sHaHaruDDin [email protected]

aDibaH aHmaD [email protected]

kHairi ng abDullaH [email protected]

rizal abDul raHman [email protected]

moHamaD zairull moHD Yusof [email protected]

zulkeflee abDullaH [email protected]

WiDYa natasYa mD salleH [email protected]

ilYaH nazraH JamalluDin [email protected]

mmP communications sDn bHD (146937-W)

68-B, Jalan Kampong Attap, 50460 Kuala Lumpur.

Tel: +603-2273 5426 Faks: +603-2273 5425

times offset (m) sDn. bHD. Bangunan Times Publishing, Lot 46, Subang Hi-Tech Industrial Park,

Batu Tiga 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Tel: +603-5628 6888 Fax: +603-5628 6899

PP

143

81/1

0/20

06

PENERBIT

PENCETAK

www.aniqah.com.my

Page 7: Aniqah Disember 2009

�Disember 09

AdAkAh wanita yang tidak ingin kelihatan cantik? Adakah manusia yang tidak suka melihat sesuatu yang cantik? Tidak keterlaluan jika saya katakan, hakikatnya manusia suka akan kecantikan.

Justeru itu, lumrah bagi manusia untuk mencari kecantikan. Rumah di hias cantik, tubuh ditutup dengan pakaian cantik dan pastinya wajah juga disolek cantik. Malah, ada yang “mengubah suai” wajah dan tubuh kerana terlalu ghairahkan kecantikan. Baik lelaki mahupun wanita, masing-masing ada cara tersendiri dalam menghias dan merias diri.

harga bukanlah ukuran bagi mereka yang mendambakan wajah cantik. Apatah lagi, kini bidang pengeluaran kosmetik dan perkhidmatan kecantikan semakin maju. Para pengeluar berlumba-lumba mencuba pelbagai kaedah menarik untuk tujuan pemasaran. Iklan-iklan yang disiarkan amat menguja dan mempesonakan. Tanpa berfikir panjang, pengguna menjadi ghairah untuk mencuba. Maklum sajalah, siapa yang tidak ingin kelihatan cantik...

Apakah produk-produk yang dibeli dan digunakan itu halal? kita sering mempersoalkan status halal makanan, bagaimana pula dengan produk-produk kecantikan? hakikatnya, sebahagian kecil sahaja yang terdapat di pasaran itu suci dan berstatus halal.

Sedarkah kita bahawa kebanyakan umat Islam menjadi masyarakat pengguna dan bukannya pengeluar? Inilah cabaran besar bagi kita mengenai isu halal haram bagi makanan dan barangan. kesedaran tentang isu halal amat penting kerana ia mempengaruhi tingkah laku kita. kita bimbang makanan dan barangan dari sumber yang syubhah atau haram yang akan bertukar menjadi darah daging itu akan menjadikan kita manusia yang keras hati, malas beribadah dan sukakan yang mungkar. Maka kesudahannya akan menerima azab seksa daripada Allah s.w.t. Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan hal ini:

“Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas), dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubhah (yang tidak terang halal atau haramnya) yang tidak diketahui oleh manusia. Orang yang memelihara dirinya daripada perkara syubhah itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubhah akan masuk ia ke dalam perkara yang haram laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja ada sebuah kawasan larangan dan tempat larang Allah itu adalah segala yang diharamkan. ketahuilah pada setiap jasad itu ada seketul daging jika ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati.” Wassalam,

Sari OthmanPerunding Editorial

Sepatah Bicara

Muka Hadapan

Penyelaras Farah Sheiakha Foto Jasman dan Yusry Shakjee Solekan Asmarani BidinPakaian Butik HajabaModel Muna Din

Elakkan Produk Kecantikan yang Syubhah dan Haram

Sari

Page 8: Aniqah Disember 2009

Disember 09�

ResponsPembaca Surat Pilihan

KAMI mengalu-alukan pandangan dan komen mengenai ANIQAH atau isu semasa untuk dikongsi bersama. Hantarkan kepada [email protected] atau poskan ke Aniqah (Ruangan Respons Pembaca), 68-B, Jalan Kampung Attap, 50460 Kuala Lumpur. Surat pilihan akan menerima hadiah istimewa daripada penaja iaitu Phytoshoppe Sdn Bhd.

Assalamualaikum,

Sebagai pembaca yang prihatin, saya ingin memberikan sedikit pendapat berkai-tan pendidikan anak-anak. Seperti yang kita maklum, anak-anak adalah pewaris generasi akan datang. Justeru, pendidikan adalah perkara yang tidak harus diabai-kan.

Pendidikan yang dimaksudkan bukanlah pendidikan duniawi semata-mata tetapi bersangkutan juga dengan pendidikan agama. Pendidikan keagamaan bukan sahaja akan menjadi satu landasan ataupun ‘pelindung’ anak-anak agar tidak ter-jerumus dalam kancah kejahatan tetapi juga sebagai pembimbing akal fikiran dan pembakar semangat pada masa hadapan.

Namun, yang paling dikesali adalah sikap sesetengah ibu bapa yang menjadikan pendidikan agama sebagai ilmu sampingan dan sering kali diabaikan. Mereka juga adakalanya berpendapat, pendidikan duniawi adalah yang paling penting terutamanya di dunia yang serba moden ini. Walhal, pendidikan agama adalah penunjuk jalan serta ilmu yang terbaik.

Seharusnya, tanggapan ini dilupuskan untuk kebaikan generasi akan datang. Ingatlah, pendidikan agama tidak boleh dilupuskan malah seharusnya menjadi pembimbing seseorang insan dan bergerak seiringan kemajuan zaman. Tidak salah sekiranya ibu bapa mahukan pendidikan duniawi terbaik untuk anak-anak mereka tetapi aspek keagamaan tidak harus diabaikan walau sedikit pun.

Tidak dinafikan, rata-rata ibu bapa menghantar anak-anak menghadiri kelas-kelas bimbingan al-Quran, Fardhu Ain dan pelbagai lagi kelas-kelas agama. Namun, adalah tidak wajar melepaskan tanggungjawab secara bulat-bulat (keseluruhan) kepada para pengajar kelas-kelas tersebut.

Sebenarnya, ibu bapa perlu memikul tanggungjawab lebih besar terhadap anak-anak dalam membimbing, memberi tunjuk ajar dan mencorakkan masa depan mereka. Ibu bapa tidak boleh mengandai dan mengharapkan pembelajaran di luar rumah sebagai mencukupi. Sedarlah, segala ilmu, baik dunia mahupun akhi-rat yang dipelajari oleh anak-anak perlukan perhatian dan bimbingan ibu bapa. Ilmu agama itu adalah asas pendidikan yang amat penting untuk pembangunan insan.

Nur Haiza Ibrahim,Jln Bagan Ajam,Butterworth.

Jangan Abaikan Pendidikan Agama Anak-anak Salam,

Pertama, saya ingin mengucapkan tahniah kepada warga kerja ANIQAH kerana banyak memberikan pengetahuan kepada pembacanya. Sebagai salah seorang pembaca ANIQAH, saya cukup berbangga kerana majalah yang menampilkan isu-isu keIslaman ini semakin mendapat tempat di hati pembaca. Semoga sambutannya semakin hebat dari semasa ke semasa.

Bagaimanapun, saya ingin mencadangkan agar majalah ANIQAH memperbanyakkan lagi kupasan isu berkaitan kehamilan kerana ia begitu menarik perhatian pembaca terutamanya golongan ibu. Umpamanya privacy ketika bersalin, cara bersalin dan persiapan menanti kehadiran anak yang pernah disiarkan ANIQAH sebelum ini. Ternyata isu yang dibincangkan sangat menarik dan unik.

Harapan saya juga agar majalah ANIQAH mendapat sokongan daripada semua pihak dan kupasannya memberi manfaat kepada pembaca. Sama-samalah kita doakan semoga apa yang disampaikan dapat dimanfaatkan semua pihak. Wassalam.

Isma Syuhada, Kerteh, Terengganu.

Perbanyakkan Isu Kehamilan

Page 9: Aniqah Disember 2009

�Disember 09

Page 10: Aniqah Disember 2009

Disember 09�

KiranaSekilas

INSTITUT Pengupayaan Wanita bagi Anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali NAM (NIEW) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Malaysia buat pertama kalinya telah menganjurkan Pameran Antarabangsa mengenai Wanita (NIEX ’09) akhir Oktober lalu bertempat di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur.

NIEX ‘09 merupakan platform untuk membina hubungan kerjasama, bertukar pandangan, berkongsi amalan yang baik dan makanisma serta menguatkan hubungan diplomatik dan dua hala antara Negara-negara Ahli pertubuhan NAM. Dengan adanya pameran ini orang ramai dapat melihat usaha yang dilaksanakan ahli-ahli NAM memperkasakan wanita mereka bagi mencapai kesamaan gender.

Dengan tema WANITA NAM: SERIBU WAJAH, pameran ini bertujuan mempertingkatkan peranan wanita di seluruh dunia. Kesamaan tidak hanya berupa fizikal tetapi juga cabaran-cabaran yang dihadapi wanita di negara-negara terlibat dalam pertubuhan NAM. Dengan mengetengahkan tujuh isu utama Deklarasi Putrajaya iaitu: Wanita, Kemiskinan dan Perkembangan Ekonomi; Kuasa Wanita dalam Membuat Keputusan; Wanita dan Pelajaran; Wanita dan Kesihatan; Wanita, Media dan ICT; Keganasan Terhadap Wanita dan Wanita dalam Krisis Pengurusan, pameran ini mempamerkan isu wanita dalam negara-negara NAM melalui pertunjunjukan visual. Selaras dengan itu pertunjukan pentas juga diadakan sepanjang pameran itu. Antaranya persembahan-persembahan kebudayaan antarabangsa, ucapan-ucapan dan juga dokumentari video menunjukkan keunikan budaya dan tradisi negara-negara pertubuhan NAM. Bual bicara mengenai wanita, galeri foto, galeri jualan barangan antarabangsa, pemeriksaan kesihatan percuma dan juga kuiz. Dalam ucapan alu-aluan di majlis perasmian itu, Datuk Rafiah Salim selaku Pengarah NIEW

berkata, sehingga akhir tahun ini jadual aktiviti NIEW telah sarat dipenuhi. Antaranya pada November, bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohammad akan memberikan ucapan berjudul “Peranan Wanita Dalam Membina Bangsa” di suatu majlis makan tengah hari. Kemudian diikuti pelancaran volum pertama jurnal yang diberi nama: The NIEW Journal.

Upacara perasmian pameran itu telah disempurnakan Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dalam ucaptamanya beliau memuji sikap Datuk Rafiah Salim, sebagai pemimpin muka baru yang berani menyuarakan hasrat kaum wanita untuk diketengahkan kepada pihak kerajaan dan NAM. “Saya ucapkan tahniah kepada Datuk Rafiah kerana di bawah pimpinan beliau telah berjaya mengadakan pameran ini dan berbagai aktiviti NIEW yang lain,” tegas beliau.

Sebagai media yang prihatin dan sentiasa mendukung usaha pembangunan wanita, majalah ANIQAH turut bekerjasama dalam pengisian program dengan menganjurkan Beauty Talk dan Demonstrasi Produk

SAHARA Bloom Skin Care, persembahan band kanak-kanak Sekolah Sri Acmar, serta pertunjukan-pertunjukan fesyen dari Butik PSF dan Butik Zaljannah. Gerai ANIQAH yang mempromosikan majalah-majalah keluaran MMP COMMUNICATIONS SDN BHD iaitu ANIQAH, Milenia Muslim dan Forward juga turut dikunjungi oleh Dato Sri Shahrizat. Q

Pameran Wanita Seribu Wajah

OLEH: Webah Salleh FOTO: Naqie

Datin Siti RohayahMuhamad Yusuf

Page 11: Aniqah Disember 2009

�Disember 09

Sekilas

Produk kecantikan, SAHARA Bloom, baru-baru ini mengadakan bengkel sempena mempromosi produknya di Kota Bharu, Kelantan. Datin Siti Rohayah Muhamad Yusup, Pengarah Urusan OxygenMD

Sdn. Bhd., syarikat yang mengeluarkan produk SAHARA Bloom, menyarankan agar para peserta yang hadir, bukan sahaja memberi perhatian terhadap aspek kecantikan diri, malah pembangunan diri dan keluarga melalui perniagaan kecantikan.

Antara produk-produk SAHARA Bloom termasuk gel penjagaan mata, masker, krim rawatan malam, serum jeragat, krim menegang wajah/anti kedutan, krim pelindung cahaya matahari dan serum penjagaan dalaman wanita. Selain penjelasan mengenai produk-produk, demonstrasi penjagaan wajah juga dianjurkan. Seorang pakar perubatan, Dr. Mudzakkir Kholil, juga dijemput untuk memberi penerangan mengenai wanita dan hormon serta keajaiban Pueraria Mirifica, yang juga dikenali sebagai ‘akar hikmat’ sejenis tumbuhan yang mengandungi kadar phyto- estrogen dan isoflavenes tinggi yang amat berfaedah dalam penghasilan hormon wanita. Seramai kira-kira 100 orang menghadiri majlis tersebut. Sambutan para peserta terhadap produk SAHARA Bloom amat menggalakkan, malah, beberapa orang telah menandatangani perjanjian untuk menjadi pengedar.

MediNOR One Health Centre merupakan sebuah pusat kesihatan yang menitikberatkan kecergasan, pemakanan serta kepentingan kehidupan individu secara sihat telah dirasmikan dalam satu majlis petang yang santai. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Datin Dr Norazizah Taib, pusat kesihatan ini turut menyediakan bilik rawatan serta ruang senaman yang dilengkapi mesin canggih seperti Jet Vibe, Freemotion Cable Cross dan Treadmill yang berfungsi untuk program pengurusan berat badan, kardiovaskular dan latihan ketahanan tubuh badan yang mantap. Manakala setiap ruang pusat kesihatan ini diberi sentuhan moden agar pelanggan berasa tenang untuk menjalani pemeriksaan serta mengikuti program kesihatan yang bersesuaian. Perkhidmatan lain di mediNOR Onehealth Centre ialah Health Risk Appraisal (HRA) Survey, Program Fitness, Runding Cara Wellness dan rawatan komplimentari.

SAHARA Bloom di Kota Bharu

Perasmian mediNOR One Health Center

�Disember 09

Datin Dr Norazizah Taib

Datin Siti RohayahMuhamad Yusuf

Page 12: Aniqah Disember 2009

Disember 09�0

KiranaKirana

SelesaTeRSeRlAh kelembutan si gadis dalam rekaan merah jambu yang sering menjadi lambang kewanitaan dan pilihan kebanyakan wanita.

Disember 09�0

Page 13: Aniqah Disember 2009

��Disember 09

KiranaKirana

Bila BersantaiSelesaB ersantai di tepian pantai, menghirup udara segar sambil menikmati kesegaran

air kelapa muda pastinya sangat menenangkan jiwa. Anda tentu mahukan keselesaan tetapi masih tampil sopan pabila ditiup bayu laut. Paten t-shirt

muslimah 100 peratus kapas dari Koleksi hilyah ini amat sesuai untuk bersantai. Anda bebas bergerak dan berasa selesa pada kulit, rekaannya yang agak longgar tidak membataskan pergerakan. Malah tulisan/sulaman indah di sisi t-shirt menonjolkan kelainan pada rekaan. Bukan sekadar hiasan di pakaian, ia memberi maksud yang tersurat buat pemakainya yang menghargai erti kehidupan.

PENYELARAS: Norzilawati Sidek FOTO: Yusri Shakjee PAKAIAN: Hilyah Sales Office, 39 Jalan Waruna AR U5/AR, Taman Desa Subang, 40150 Shah Alam, Selangor (www.hilyah.com) TEL: 03-78473256 MEKAP: Comel Fadilah MODEL: Nani ROC

Page 14: Aniqah Disember 2009

Disember 09��

Kirana

T-ShiRT biru ini tampak menyerlah dalam suasana damai pantai,

bagaikan sedondon apabila digayakan dengan seluar jeans.

Page 15: Aniqah Disember 2009

��Disember 09

SeleSA dengan rekaan t-shirt hijau, tidak canggung untuk bergerak aktif ketika di tepi laut.

Page 16: Aniqah Disember 2009

Disember 09��

Kirana

PeNYATuAN warna t-shirt dan biru ombak menambahkan lagi seri si pemakai yang mahukan ketenangan di waktu petang.

Page 17: Aniqah Disember 2009

��Disember 09

KOMBiNASi t-shirt dan selendang ungu memberikan

penampilan ayu dan lembut kepada si pemakai.

Page 18: Aniqah Disember 2009

Disember 09��

Rantai PerakIndahnya

RINGKAS tetapi tetap menyerlah apabila digayakan. Malah ia menambahkan keanggunan pemakainya. Rantai perak ini bukan sahaja sesuai dipakai untuk menghadiri majlis keraian malah untuk ke pejabat. Apa yang penting, si pemakai hendaklah tahu memilih pakaian yang sesuai sebagai gandingannya. Walaupun bentuknya kelihatan agak ringkas, ia sesuai digayakan dengan pelbagai jenis pakaian.

Bagi wanita yang suka menggayakan pelbagai jenis fesyen, aksesori perak amat sesuai kerana ia kelihat- an menarik serta menyerlah. Ramai di kalangan wanita masa kini memilih aksesori peraksama ada untuk digayakan ke pejabat mahupun menghadiri apa juga majlis formal atau kenduri. Jom belek-belek rantai perak, mungkin ada yang akan menawan mata dan memikat hati anda. Q

OLE

H: N

orliz

a W

ahid

FOTO

: Yusr

i Sha

kjee

Te

rimak

asih

ata

s ker

jasa

ma

D’o

r Rue

Sdn

. Bhd

, 98&

98M

, Ja

lan

SBC

3, T

aman

Ser

i Bat

u Ca

ves,

Sela

ngor

. Te

l: 03

-618

4166

7/ 0

3-61

8416

62.

Disember 09��

Kirana

Page 19: Aniqah Disember 2009

17Disember 09

Kirana

Kerlipan Swarovski

Gelang tangan, rantai leher dan cincin merupakan aksesori

yang paling digemari oleh golongan wanita. Istimewa dari D’Little Asia

Collections adalah aksesori ini yang direka khas menggunakan

Crystallised Swarovski Elements dalam warna hijau yang menarik.

Kerlipan batu Swarovski pasti akan membuatkan anda ingin

memilikinya.

OLEH: Farah Sheiakha FOTO: Yusry Shakjee (Terima kasih Aida Mohd Noor dari D’Little Asia Collections, Tingkat 1 Tesco Stores (M) Sdn Bhd, No 3 Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, Shah Alam)

17Disember 09

Page 20: Aniqah Disember 2009

Disember 0918

Kirana

Penghujung tahun ber- erti sedikit kebahagiaan bagi ibu kerana inilah kesempatan untuk merapatkan hubungan anak dan keluarga. Mereka yang sedikit mampu mungkin merancang perkelahan manakala yang lebih mampu akan bercuti ke luar negara. Sebelum keluar rumah, eloklah mengambil makanan sederhana berat supaya tidak perlu berhenti beberapa kali untuk membeli jajan. Makan sambil memandu dalam kereta bukan sahaja tidak baik untuk penghadaman malah punca kepada gastrik, sembelit, sakit kepala dan perut buncit. Buah-buahan sesuai tetapi elakkan buah yang terlalu berair seperti tembi- kai atau yang berangin seperti durian, cempedak dan langsat.

Tidak perlu pergantungan ubat tahan mengantuk atau tonik tenaga kerana ia bersifat stimu- lant (perangsang) yang memicu kepada ketagihan kafiena dan pengumpulan residu biokimia ke atas sendi, yang menjadi faktor penyumbang (co-faktor) kepada keluhan gout dan arthritis.

Anda boleh merendam kurma dalam secawan air suam untuk semalaman. Kisar keesokan paginya dan ditambah sesudu madu, sehiris halia serta secubit gula perang untuk sinergi yang terbaik. Ramuan ini kaya vitamin B3 Niacin, bagus untuk ketenangan saraf, tumpuan dan membekal tenaga ekstra untuk pemanduan dan perjalanan. Gantikan santan nasi lemak kepada minyak kelapa dara (VCO), lebihkan hirisan halia dan racik sedikit daun pudina, Insya Allah segar dan awet muda.

Untuk kembung perut, cirit-birit dan keracunan makanan, sebaiknya bawa minyak terapi (lavender + halia +geranium + grapefruit + chamomile). Baik sebagai sapuan, seduhan

Cadangan Makanan untuk PerjalananSarapan Makanan Ringan/Jajan Hentikan Gantikan kepada1. Roti Gandum 1. Buah potong: Jambu 1. Kopi Herba 1. Tea + Halia2. Chapati Betik, ciku, pisang 2. Herba 2. Tea Kayu Manis + 3. Nasi Lemak 2. Kurma/Kismis Tanpa Pelawas Pudina4. Nasi Kerabu Sulfur 3. Isotonik 3. Jus Kurma Madu 3. Kerepek Tanpa Garam 4. Tea Jamu 4. Air Kelapa Asli

Halal, Natural Belum Tentu ThoyyibOleh Dr(H)Kirana Mohamad

Page 21: Aniqah Disember 2009

19Disember 09

Kirana

Ramuan Fungsi Kimia Kesan Sampingan Pilihan SelamatSodium Laureth Agen Buih Lemak Babi/Mineral Tanpa Buih/BusaLaureth/Lauryl Radang saraf otak Beras + pati minyakSulphate

Zink Phyritione (ZPT) Anti Kelemumur Radang Otak Pati Selasih Depresi Pati Bunga Raya

1. Dicaliumphosphate Bahan Aktif 1. Serbuk Tulang Babi Tanpa Florida2. Flourida & Florida dalam Pasta Gigi 2. Perosak kelenjar Garam Bukit/Arang

1. Lanolin Agen Pelembap, Sumber Bahan berasaskan air2. Allantoin pengikat cecair mineral/haiwan dan pati minyak3. Gliserin syubahah + pelarut toksid

Aluminium Agen Peluntur Keracunan Saraf Otak, Air Mawar dalam SPF, Nyanyuk, Parkinson Deodoran

Titanium Agen Pemutih/ Penyumbang kepada Beras Pulut + Bunga Pencerah Kulit Kanser Kulit, Payudara Melur

Sulphur Agen Pengecut Sangat Toksid, Mengkudu Hutan Jerawat terkuat penyebab athma, Temulawak radang peparu

Parrafinum Bahan dasar Kerengsaan, berasal Minyak Kelapa Dara krim, losyen, balm daripada petroleum (VCO)

Aurum Metallicum Popular sebagai Depresi Minyak sayur(Emas 24 karat) agen peremajaan Keracunan Darah Minyak Bijan untuk kulit Minyak Lobak Merah matang

Kojic Acid Tonik Awet Muda Carcinogen (Agen Kanser) Air Mawar + Pandan

Menthol Crystal bahan aktif untuk Residu kimia penyebab Minyak sayur + Arnica rasa panas auto imun diseases Mengkudu, Hempedu bumi

Salicylic Acid Melegakan gatal, Residu kimia ke sendi Bunga Kekwa, ngilu, kerengsaan penyebab arthritis Mengkudu Hutan, minyak terapi

Bengkel Terapi Tusuk Jari (10am-4pm) 19 Disember 2009 (Sabtu)Pembaca ANIQAH dipelawa menyertai Bengkel Intensif Terapi Tusuk Jari. Bengkel intensif ini dirangka bagi mereka yang terlalu sibuk tetapi ingin merawat diri sendiri atau ahli keluarga yang memiliki sejarah atau menghidap kanser dan penya- kit kronik lain. Dengan sekali penyertaan, anda dapat mengikuti Bengkel yang sama pada masa hadapan tanpa dikenakan bayaran. Selepas tamat bengkel, peserta boleh membuat kelompok Tusuk Jari dan mengadakan tutorial untuk pemantapan secara Percuma.Yuran RM588 (Pembaca ANIQAH hanya RM388). Bahan Bengkel disediakan, makan minum sendiri. Cenderamata alatan terapi diberikan.Kandungan 1) Praktik Terapi Tusuk Jari2) Kenal Saluran Tenaga (point)3) Terapuetik Rawatan4) Remedy untuk RawatanTempat Edde Homeopathy Medic, No 16A, Jalan Camar 4/3, Kota Damansara (Selepas Masuk Tol Kota Damansara, lepasi 2 lampu isyarat, belok kiri. Lokasi bersebelahan kedai 7-11, Tingkat 1)

dan bilasan jika berlaku cedera ringan. Bagi ibu mengandung, sapulah minyak tersebut sebelum dan ketika ‘jet lag’ perjalanan.

Cirit-birit adalah haemostasis tubuh untuk melepaskan ‘racun’, justeru mengambil pil penahan cirit/muntah bukanlah sunnatullah. Rasulullah berpesan supaya tetaplah memi- num air madu sehinggalah keluhan akut tersebut reda.

Dalam tulisan lalu telah dinyatakan beberapa ramuan asas dalam kosmetik yang syubahah dan berbahaya. Perhatikan jadual di sebelah sebagai pedoman untuk memilih kosmetik yang Halalan Thoyyiban serta sesuai untuk perjalanan. Jenama dan kuasa iklan tidak penting! Anda mesti peka kepada ramuan dengan membaca label pada bungkusan produk.

Dr(H)Kirana Mohamad merupakan perunding rawatan alternatif sepenuh masa di Kuala Lumpur dan menerima undangan bengkel & rawatan di Johor Bahru dan Kota Kinabalu setiap bulan. Layari www.biohijamah.blogspot.com Pembaca boleh mengemukakan soalan melalui emel [email protected] sertakan sekali gambar masalah anda. Surat yang tersiar akan menerima hadiah.

Maklumat lanjut, sila hubungi [email protected].

Mengkudu hutan membantu melegakan gatal.

Page 22: Aniqah Disember 2009

Disember 0920

Diskusi

Islam Itu Cantik

Islam mengharuskan wanita berhias asalkan tidak berlebih-lebihan.

OLEH: Norzilawati Sidek FOTO: Unit Foto MMP

Disember 0920

Apa guna cantiknya mukaJika amal susuk dan sakaDi dunia bolehlah bersuka-sukaTapi di akhirat menempah puaka Derita sengsara di dalam neraka

Bait-bait kata daripada Penceramah Bebas, Ustazah Siti Nor Bahiyah memberi makna yang mendalam buat kita sebagai umat Islam apatah lagi yang bergelar wanita yang sudah sinonim dengan isu kecantikan.

Kata beliau, setiap umat manusia yang dijadikan Allah s.w.t mahukan kecantikan dan sudah menjadi fitrah manusia suka berhias untuk kelihatan cantik dalam apa jua keadaan.

Page 23: Aniqah Disember 2009

21Disember 09

Diskusi

Allah s.w.t juga memerintahkan anak cucu Adam agar berhias untuk sentiasa kemas, rapi, bersih, sopan dan berdisplin sebagai tanda kesykuran di atas berbagai nikmat yang telah dikuriakan-Nya kepada kita sebagaimana yang telah dinyatakan-Nya dalam Surah al-A’raf ayat 31 bermaksud,

“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah (kemas, bersih, sopan) di setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan. Katakanlah, “Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik?” Katakanlah, “Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui.”

“Allah s.w.t sukakan keindahan, kebersihan, dan kesopanan dan menggalakkan hamba-Nya berhias dengan berpakaian demikian itu untuk mengerjakan ibadat,” ujar beliau.

Malah kita juga disuruh bersyukur atas nikmat yang diperolehi seperti yang tertulis di dalam Surah ad-Dhuha ayat 11, “Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebut (berzikirullah, bertahmid, bertasbih, bertaqdus) sebagai bersyukur kepadaNya.”

Selain al-Quran, beberapa hadis turut meriwayatkan bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. juga mementingkan kecantikan dan nikmat bersyukur seperti yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi daripada Amru bin Syuaib, Rasulullah pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah suka melihat bekas pengaruh nikmatn-Nya (akhlak) pada diri hambaNya.”

Nabi s.a.w. juga bersabda, “Sesungguhnya Allah itu Maha Indah (cantik) dan sukakan keindahan (kecantikan).” (Baihaqi Kitab al-Sunan al-Kubra). Menurut isteri kepada penceramah tersohor itu,

Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid, keinginan naluri wanita untuk berhias agar kelihatan cantik dan elok dipandang mata tidak pernah dihalang oleh Islam kerana ia adalah agama yang selaras dengan fitrah manusia.

Namun ini tidaklah bermakna seorang wanita itu boleh berhias diri mengikut seleranya dengan mengenepikan apa yang telah dibataskan dan ditetapkan oleh syarak. Setiap wanita Islam yang berhias cantik, bagi yang telah bersuami hanya untuk suaminya saja, maka haram berhias yang menimbulkan syahwat selain suaminya. Dalam menghias diri wanita mestilah tidak terlibat dengan perkara-perkara berikut:

1Tidak mengubah ciptaan Allah s.w.t. Firman Allah di dalam surah ar-Rum ayat

30, “Maka hadapkanlah dirimu ke arah agama yang jauh dari kesesatan; Fitrah Allah yang menciptakan manusia untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”Di antara usaha syaitan untuk menyesatkan manusia adalah dengan memerintahkan mereka agar merubah ciptaan Allah. Nabi Muhammad saw bersabda, “Allah melaknat para wanita yang menyambung rambutnya dan yang minta disambung, wanita yang mentatu dan meminta untuk ditatu,wanita yang mencukur alisnya dan yang meminta untuk dicukur alisnya” (Riwayat imam bukhari)

Allah melaknat para wanita yang mencukur dan membentuk bulu keningnya dan para wanita yang meminta dicukurkan dan dibentukkannya. Perbuatan ini merupakan dosa, dilaknat oleh Allah kerana dengan sengaja merubah apa yang telah Allah ciptakan.

2Tidak memudaratkan diri seperti kesakitan pada tubuh atau bertambah beban

kewangan. Firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 195, “Janganlah kamu sengaja mencampakkan dirimu ke dalam lembah kebinasaan.”

Ustazah Dato’ Siti Nor Bahiyah

Keinginan naluri wanita untuk berhias agar kelihatan cantik dan elok dipandang mata tidak pernah dihalang oleh Islam kerana ia adalah agama yang selaras dengan fitrah manusia.

3Tiada unsur penipuan atau untuk membanggakan diri. Nabi saw bersabda,

“Barangsiapa yang menipu, maka dia bukan dari kalangan kami.”

4Tidak membazir dalam menghias diri. Perkara ini Allah swt jelaskan di dalam surah al-A’raf

ayat 31 dan ternyata membazir ini juga adalah sifat syaitan.

5Tiada unsur najis dalam produk tersebut dan menjauhkan diri dari benda-benda

yang diharamkan seperti botox yang telah diharamkan penggunaannya oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kerana ia didapati mengandungi bahan-bahan yang meragu- kan dan bersifat najis.

Page 24: Aniqah Disember 2009

Disember 0922

Diskusi

Mencari Kosmetik Halal

6Tidak menyerupai jantina berlainan. Menjauhkan diri dari perkara-perkara

yang membawa persamaan antara lelaki dan perempuan atau sebaliknya.

Rasullah saw bersabda, “Allah melaknat wanita-wanita yang menyerupai lelaki dan lelaki yang menyerupai wanita.” (Riwayat al-Bukhari).

7Tidak menyerupai orang kafir dan fasiq.

8 Wanita hanya berhias untuk suami dan mahramnya

sahaja serta tidak mendedahkan aurat.

Firman Allah di dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud, “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya iaitu muka dan kedua belah tapak tangan dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka.”

9Tidak terlibat dengan perkara-perkara khurafat

dan sihir seperti menggunakan tangkal azimat, jampi mantera, ilmu pengasih dan susuk. Ini ternyata dosa besar kerana telah menduakan Allah swt iaitu syirik kepada Allah. Allah berfirman di dalam surah al-Maidah ayat 72, “Sesungguhnya orang yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, maka pastilah Allah

akan mengharamkannya masuk syurga dan tempatnya adalah dalam neraka.”

Menurut Ustazah Siti Nor Bahiyah lagi, Islam mengharuskan wanita berhias bagi meraikan fitrah manusia. Sebagai contoh, Islam mengharuskan sutera dan emas buat wanita untuk berhias asalkan tidak berlebih-lebihan dan bukan untuk bermegah-megah atau selama mana ia tidak bertentangan dengan syarak seperti berhias sehingga mendatangkan fitnah atau menimbulkan keghairahan lelaki.

Tambah beliau, Saidatina Aishah r.a pernah memperbolehkan sahabat dan hamba perempuannya untuk memakai alat kosmetik dengan nipis (Syeikh Ali Jumaat dalam Fatwa Kontemporari jilid 1/574).

Kata beliau, wanita harus menggunakan emas untuk kecantikan selagi ia tidak melampaui batas. Ali bin Abi Talib r.a. berkata, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. mengambil sutera lalu meletakkannya di tangan kanannya dan mengambil emas lalu meletakkannya di tangan kirinya, kemudian baginda bersabda,

“Sesungguhnya kedua-dua ini haram bagi kaum lelaki dari umatku (dan halal bagi kaum wanita).” (hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Beliau juga mengulas mengenai amalan ke- arah kecantikan melalui penggunaan susuk. Susuk ada kaitan dengan makhluk halus yang melibatkan ilmu sihir. Ini bertentangan dengan ajaran Islam kerana terdapat unsur syirik kepada Allah swt.

Pemakaian susuk mempengaruhi seseorang itu agar mempercayai adanya kuasa selain kuasa Allah. Penggunaan susuk juga perlu menjalani proses untuk memasukkan susuk ke dalam mana-mana bahagian tubuh badan atau wajah dengan menggunakan khidmat bomoh atau pawang yang disertai dengan jampi serapah.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda, “Sesungguhnya jampi mantera, tangkal azimat, ilmu pengasih adalah syirik.” (riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad). Dalam hadis lain pula baginda bersabda, “Barang siapa mendatangi tukang tilik lalu membenarkan apa yang diucapkannya, maka solatnya selama 40 hari tidak diterima.” (riwayat Muslim).

Susuk perlu mengikuti pantang larangnya, perlu dibuang sebelum meninggal dunia. Justeru bagi sesiapa yang memakai susuk, segeralah membuangnya dan bertaubat kepada Allah di atas segala perbuatannya itu sebelum terlambat.

“Diingatkan kepada wanita, kecantikan pada wajah tiada nilainya di sisi Allah swt, andai hati tidak dipenuhi dengan sifat-sifat mahmudah atau terpuji. ,” tambah Ustazah Siti Nor Bahiyah.

Bagi beliau, kecantikan rupa paras tiada maknanya jika diri tidak tunduk sujud mengabdikan diri pada Rabbul Izzati. Dari Abu Hurairah, baginda s.a.w. bersabda,

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada paras rupa seseorang kamu, mahupun harta benda kamu, tetapi sesungguhnya Allah melihat pada hati dan amalan kamu.” Q

Saidatina Aishah r.a pernah memperbolehkan

sahabat dan hamba perempuannya

untuk memakai alat kosmetik dengan nipis

Page 25: Aniqah Disember 2009

23Disember 09

Hampir setiap hari, kita dipaparkan dengan iklan produk penjagaan diri dan kosmetik terbaru khususnya yang berstatus halal. Perkembangan ini dilihat sangat membanggakan sekali gus menim-bulkan persoalan apakah industri ini benar-benar dapat menjamin kesucian kosmetik khususnya ramuan mentah yang digunakan bagi menghasil-kan setiap produk.

Banyak yang telah kita dengar mengenai ramuan-ramuan dalam penggunaan kosmetik, antaranya uri, lemak babi dan sebagainya. Dalam pada pelbagai persoalan yang timbul, rata-rata, tidak dinafikan bahawa produk-produk kecantikan dari luar negara yang gah jenamanya terus mendapat sambutan. Apakah status halal tidak diambil kisah?

ANIQAH menemui Dr(H)Kirana Mohamad, seorang pengamal rawatan alternatif yang turut terlibat dalam penghasilan produk organik Halalan Thoyyiban, untuk penjelasan lanjut.

Mencari Kosmetik Halal

23Disember 09

OLEH: Sarimah Othman FOTO: Unit Foto MMP

Page 26: Aniqah Disember 2009

Disember 0924

Diskusi

Halal pada aspek sumber pendapatan, cara mendapatkan dan penyaluran serta bahan yang digunakan. Lalu kira-kira bagaimana penampilan (presentation) kita di hadapan Allah dengan unsur syubhah yang ‘melekap’ pada tubuh kita melalui pelembab bibir (glise-rin), sabun mandi (sodium laureth sulphate), ubat gigi (dicalcium phosphate) dan minyak wangi (najis haiwan)? Cuba renungkan.

Apakah aspek utama yang melibatkan isu halal dalam kosmetik?Isu yang utama tentulah bahan mentah dan pati (ekstrak) yang digunakan. Pengusaha seti-dak-tidaknya mempelajari cosmetoelogy, phar-makognosi, chemistry dan aromaterapi supaya tidak mudah diperdaya oleh pihak pengilang. Ini kerana tidak ada jaminan pengilang, ahli kimia dan perunding formulanya seorang yang memiliki fikrah Islami dan memperjuangkan halal secara kaffah.Rata-rata majoriti pengilang menggunakan Sodium Laureth Sulphate (SLeS) yang berasal daripada lemak haiwan (babi), alkohol dan mineral untuk produk-produk pencuci muka, krim mandian, sabun, basuhan wanita (feminine wash) dan syampu rambut.

Menurut rakan aromatherapist di Australia, me- reka sudah tidak menggunakan bahan tersebut berikutan bantahan daripada pengguna (veg-etarian dan new age) yang mendapati sumber lemak tersebut daripada babi! Wallahu ‘alam

Bukankah agensi-agensi tertentu di negara ini mampu menguji kewujudan sel atau gen haiwan. Tidak mungkin mereka terlepas pandang?Jika masih ingat, pada sekitar tahun 80-90’an, di Asean heboh diperkatakan enzim babi dalam penambah perisa makanan. Pihak industri mendakwa bahawa ia berasal daripada ubi

kayu. Untuk proses crystalise (menjadikan ia kepada bentuk hablur seperti Kristal) diperlukan enzim. Enzim tersebut didapati daripada rawan babi. Apabila enzim tersebut dihubungkan kepada output ubi kayu, maka terbentuk kristal. Jadilah penambah perisa makanan.

Halal atau haram?Saya tidak berani menjawab kerana ia adalah di bawah kuasa majlis fatwa. Terpulang kepada ijtihad dan mazhab individu. Cuma saya dapat menjelaskan bahawa dalam proses pembuatan kosmetik juga begitu. Terdapat bahan yang berasal atau bercampur dengan unsur syubhah tetapi tidak bermakna ia ‘dimasukkan’ sebagai kandungan. Kerana itu, sifatnya mungkin syub-hah. Misalnya pati minyak, minyak wangi dan perahan ekstrak dalam proses enfleurage. Proses ini sudah tidak popular tetapi masih digunakan khususnya melibatkan pati minyak yang sukar diperah. Dengan menggunakan lemak haiwan sebagai perantara, terbitan minyak akan diikat oleh lemak, kemudiannya diperah. Kelebihan proses ini adalah kandungan aktifnya lebih baik daripada penyulingan hidro. Perahan tersebut dibekalkan ke seluruh dunia dalam bentuk cecair.

Bagaimana pula aspek Thoyyiban ?Produk yang halal belum tentu pula thoyyib. Perlu daya peka pengguna Muslim sendiri. Seringlah membaca label sebelum terpedaya dengan dakwaan Halal, Natural atau Herba.

Dalam konteks kosmetik, penggu-naan lanolin sebagai dasar losyen, pelembap dan krim perlu diperha-tikan. Kalangan aromatherapist me-nolak penggunaannya berdasarkan: “because of the many chemicals which were poured on the sheep’s back. There will still a pesticide residue in the wool fat if the sheep have pasture which has been treated with organophosphate as these are deposited in the fat of

both animals and humans and are cumulative.”

Seringnya komposisi tersebut ditambah paraf-finum, white oil, mineral oil yang mana dalam ilmu aromaterapi disebut “cheap oil that not much good for anyone and certainly not for babies! It is used widely by industries due to cheap and completely inert which gives it indefinite shelf life.”

Tetapi bukankah dengan kecanggihan ter-kini, semua bahan sudah boleh dibuat dari-pada mineral?Lanolin sudah dibuat daripada minyak biji bun-ga matahari dan sintetik tetapi harganya berbe-

za. Di sinilah pentingnya pengusaha mengenal pasti sumber tersebut. Misalnya SLeS sudah ada penggantinya iaitu Sodium Lauryl Sulphate (SLS) daripada kimia sintetik. Perkataan mineral digunakan untuk ‘melembutkan’ unsur kimia tersebut. SLS ini asalnya digunakan dalam industri kerana keupayaannya menanggalkan gris, minyak pada enjin, peralatan industri dan lantai restoran. Kini, popular digunakan untuk snow car wash. Jadi pengguna boleh menilai sendiri di mana thoyyibnya menggunakan kosmetik berbahan tersebut.

Bagaimana Dr menjelaskan kepentingan Ha-lalan Thoyyiban?Pengalaman klinikal mendapati co-factor ke-pada barah payudara ialah abuse of cosmetics iaitu kesan buruk daripada penyalahgunaan kosmetik. Mengapa dikatakan abuse? Kerana pengilang menggunakan bahan kasar industri untuk disapu di wajah yang lembut dan fragile. Misalnya paraben itu sejenis antibakteria yang digunakan untuk hospital dan keselamatan tetapi dimasukkan ke dalam hampir 90peratus produk harian.

Harus diingat wajah merupakan lapisan kulit yang paling tipis. Sehingga kekuatan kimia mampu menembus ke lapisan kulit seterusnya ke kapilari dan salur darah. Himpunan residu kimia akan bertapuk di persendian, rawan dan sel yang menunggu waktu apabila sistem ket-ahanan tubuh (imuniti) seseorang itu menurun.

Jadi jika pengguna hanya memikirkan soal halal tapi tidak ambil kisah aspek thoyyib, nantinya bakal menempa musibah penyakit berupa depresi (derma cream), keracunan darah (pemutih), nyanyuk (deodoran), radang saraf (emas), radang hati (platinum) dan bermacam-macam keluhan psikosomatik. Kedua-duanya penting, halalan dan thoyyiban! Q

Majoriti pengilang menggunakan Sodium Laureth Sulphate(SLeS) yang berasal daripada lemak haiwan (babi), alkohol dan mineral

Antara produk yang sesuai untuk muslimah.