moukesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/2_buletinkesedar... · 2014. 2. 26. · sebagai agensi yang...

20
berita selanjutnya di mukasurat 7 BIL. 2 / 2012 • APRIL-JUN EDARAN PERCUMA MOU KESEDAR & RISDA marhaban ya ramadan al kareem

Upload: others

Post on 22-Dec-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MOUkesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/2_BuletinKesedar... · 2014. 2. 26. · Sebagai agensi yang telah lama berkembang-34 tahun menabur jasa di bumi Selatan Kelantan, tidak dinafikan

berita selanjutnyadi mukasurat 7

BIL. 2 / 2012 • APRIL-JUNEDARAN PERCUMA

MOUKESEDAR& RISDAmarhaban ya ramadan al kareem

Page 2: MOUkesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/2_BuletinKesedar... · 2014. 2. 26. · Sebagai agensi yang telah lama berkembang-34 tahun menabur jasa di bumi Selatan Kelantan, tidak dinafikan

2

BULE

TIN

KES

EDA

R

PenaungHAJI MOHD ARSHAD ISMAIL

PenasihatHAJI RAMLI MAT ZAIN

HAJI FAZAM MAT LAZIM

Ketua EditorMD. ASRI JUSOH

Timbalan Ketua Editor NURHAYATI MAT RUSOK

AHMAD ABDULLAH

Editor Bersekutu NORLIDASAIDI AWANG TEH

KAMARUZAMAN AHMADKAMAL BADRUL HISHAM MOHAMED

MASKHARIAH SAMSUDINABD. AZIZ AHMAD

MOHD RAMADHAN SULAIMANHASRI RIFDI HAMZAH

HUSNIFAISAL RAMLIHAJI OTHMAN SETAPA

NIK JOHAN NIK ABDULLAHHAJI MOHD AFFANDI AB. GHANI

AHMAD TARMIDZI RASHIDI

Pembaca PrufMASKHARIAH SAMSUDINKAMARUZAMAN AHMAD

Pereka Grafik ABDULLAH ZAWAWI OTHMAN

JurufotoMUHAMMED ALUI YUSOF

SHARUDDIN IBRAHIMMOHD. HAFIZ MOHAMED DIN

PengedaranROHANI MAT ZAIN

LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN(KESEDAR)

Kementerian Kemajuan Luar Bandar & WilayahKompleks Ibu Pejabat KESEDAR, Bandar Baru Gua Musang

18300 Gua Musang, KELANTANTel : 09 913 2200 Fax : 09 912 1211

www.KESEDAR.gov.my

MENCIPTA KECEMERLANGAN

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Selamat berjumpa lagi.

Para pembaca yang budiman, Saya membawa tema mencipta kecemerlangan kerana kata sifat kepada subjek itu membawa pengertian kepada keunggulan dan martabat yang tinggi dari segi kedudukannya. Maknanya kecemerlangan itu mesti dicipta, dicapai dan dijaga supaya sifat-sifat keunggulan tidak terjejas, merudum atau pupus sama sekali.

Sebagai agensi yang telah lama berkembang-34 tahun menabur jasa di bumi Selatan Kelantan, tidak dinafikan banyak kejayaan yang telah dicapai bersama pahit manis keringat ditabur. Tinggal lagi sebagai pemimpin di KESEDAR banyak perkara yang terfikir oleh saya untuk diketengahkan supaya menjadi nadi dan budaya kita semua.

Meminjam sari ucapan YAB Perdana Menteri, saya tertarik untuk turut menerapkan seluruh warga kerja supaya bertindak dengan terancang,bergerak dengan cepat, tepat dan berintegriti (CTI) supaya golongan sasar dan klien dapat merasai perkhidmatan kita. Sikap dan tindakan ini perlu disusuli dengan produktiviti, kreativiti dan inovasi (PCI) agar golongan sasar mendapat lebih kepuasan di atas perkhidmatan.

Dua akronim ini (CTI dan PCI) mencerminkan proses pembaharuan yang perlu dilakukan dalam perkhidmatan kerajaan iaitu mencari idea-idea baru yang lebih bernas dan tidak bergantung kepada kaedah-kaedah konvensional kerana apa yang lebih penting ialah keberhasilan. Perkhidmatan awam masa kini harus diterapkan dengan akronim-akronim yang memberikan gambaran proses pembaharuan dalam kerajaan.

Natijah kepada semua ini, selain daripada pembaharuan dan pendekatan baru kepada organisasi, ia menjanjikan kepuasan selari dengan janji kita di dalam piagam pelanggan. Mohon perhatian lebih serius daripada semua warga kerja pada setiap peringkat dan kedudukan. Kita terus relevan jika kita berubah dan menggandakan produktiviti.

Sekian terima kasih.

Ramadan Dan Hari Raya

Para pembaca sekalian,

Sempena kehadiran ramadan Al-Mubarak dan Hari Raya Aidilfitri, Sidang Editor mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan Hari Raya. Semoga amal ibadah yang akan dikerjakan mendapat tempat di sisi Allah.

Amin

Ketua Editor

editorial

Page 3: MOUkesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/2_BuletinKesedar... · 2014. 2. 26. · Sebagai agensi yang telah lama berkembang-34 tahun menabur jasa di bumi Selatan Kelantan, tidak dinafikan

BULETIN

KESEDA

R

3

29 April 2012, bertempat di Dewan Hikmah Ibu Pejabat KESEDAR telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kelab Keluarga KESEDAR (3K) kali ke-20. Mesyuarat Agung ini diadakan untuk membentang dan melaporkan aktiviti kelab sepanjang tahun 2011 di samping memilih dan melantik Ahli Jawatankuasa Kelab, Pemeriksa Kira-Kira serta juga Pemegang Amanah bagi Sesi 2012/2014.

MAT dirasmikan oleh YABrs Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR. Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa 3K dan ahli Kelab kerana dapat menjayakan banyak program sepanjang tahun 2011. Aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan yang baik dari semua ahli. Beliau menggesa semua ahli supaya menjalin semangat kerjasama yang lebih erat di kalangan ahli kelab untuk menjadikan 3K sebagai pertubuhan contoh.

MAT 3K ke 2OMesyuarat Agung Tahunan Kelab Keluarga

Mesyuarat kali ini, Kelab 3K melancarkan Logo Baru Kelab selari dengan perubahan setelah logo lama digunakan lebih 20 tahun. Saudara Mohd Fadhly bin Ab Manaf, sekali lagi diberi kepercayaan untuk terus memegang tampuk Yang Dipertua Kelab. Seramai 10 Ahli Jawatankuasa telah dilantik untuk terus menyumbangbakti kepada kelab.

Majlis turut dihadiri oleh Tuan Haji Fazam bin Mat Lazim, Timbalan Pengurus Besar KESEDAR (Pengurusan) serta pegawai-pegawai kanan KESEDAR.

oleh: HASRI RIFDI HAMZAH

Page 4: MOUkesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/2_BuletinKesedar... · 2014. 2. 26. · Sebagai agensi yang telah lama berkembang-34 tahun menabur jasa di bumi Selatan Kelantan, tidak dinafikan

Bertempat di Hotel New Pasific, Kota Bharu, Kelantan pada 18 Mei 2012 majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Hari Inovasi KESEDAR 2012 telah diadakan.

Majlis gilang gemilang ini adalah untuk memberikan pengiktirafan kepada 39 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Mereka yang menerima APC adalah penjawat yang diakui jabatan atas sumbangan daya usaha, dedikasi dan komitmen terhadap tugas masing-masing yang telah membuktikan kecemerlangan tersebut dengan penghasilan mutu kerja yang melangkaui standard dan norma.

4

BULE

TIN

KES

EDA

R

oleh: HASRI RIFDI HAMZAH

Page 5: MOUkesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/2_BuletinKesedar... · 2014. 2. 26. · Sebagai agensi yang telah lama berkembang-34 tahun menabur jasa di bumi Selatan Kelantan, tidak dinafikan

YBhg. Dato’ Ibrahim bin Muhammad, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Bandar dan Wilayah menyampaikan anugerah kepada penerima-penerima anugerah pada kali ini. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan modal insan KESEDAR yang akan menentukan kejayaan untuk mentransformasikan sektor luar bandar dengan lebih lestari. Kakitangan KESEDAR adalah aset yang paling penting bagi menjamin pencapaian organisasi di tahap terbaik. Justeru kecemerlangan ini bukan sahaja harus dipertahan malah mesti dipertingkat dan dikekalkan untuk tahun-tahun yang mendatang.

Hadirin turut dihiburkan lagi dengan persembahan artis tempatan, kumpulan koir dan kumpulan dikir barat KESEDAR.

BULETIN

KESEDA

R

5

Page 6: MOUkesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/2_BuletinKesedar... · 2014. 2. 26. · Sebagai agensi yang telah lama berkembang-34 tahun menabur jasa di bumi Selatan Kelantan, tidak dinafikan

BULE

TIN

KES

EDA

R

6

PWKMesyuarat Persatuan Wanita KESEDAR

Mesyuarat Agung Persatuan Wanita KESEDAR (PWK) sesi 2012/2014 telah diadakan pada 21 Jun 2012 bertempat di Dewan Rahmat, Ibu Pejabat KESEDAR. Mesyuarat dimulakan dengan sesi ceramah oleh peguam dari Jabatan Bantuan Guaman cawangan Gua Musang mengenai khidmat-khidmat guaman yang disediakan oleh jabatan tersebut. Mesyuarat dwi tahunan ini adalah bertujuan untuk membentang Laporan Tahunan Persatuan dan memilih Ahli Jawatankuasa baru untuk sesi akan datang. Mesyuarat diserikan lagi dengan kehadiran isteri Pengurus Besar KESEDAR, Puan Rohayah binti Haji Ibrahim yang juga Penaung PWK. Timbalan Pengurus Besar KESEDAR (Pembangunan), Tuan Haji Ramli bin Mat Zain telah meluangkan masa merasmikan mesyuarat pada kali ini. Dalam

ucapan perasmiannya, beliau berharap PWK dapat bergerak dengan lebih aktif untuk memartabatkan satu-satunya persatuan yang hanya dianggotai oleh wanita di KESEDAR di mata luar. Selain itu, beliau turut menyarankan agar semua penjawat wanita dan isteri-isteri penjawat lelaki menjadi ahli bagi menambah kekuatan persatuan ini. Tambah beliau lagi, persatuan ini juga harus mempunyai daya saing yang tinggi untuk bersaing dengan persatuan-persatuan wanita lain yang telah jauh ke hadapan. Sebagai tanda sokongan, pihak Pengurusan KESEDAR telah meluluskan peruntukan RM5,000.00 kepada PWK dan akan disalurkan melalui Bahagian Pembangunan Masyarakat.

oleh: NORIZA CHE SOH

Page 7: MOUkesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/2_BuletinKesedar... · 2014. 2. 26. · Sebagai agensi yang telah lama berkembang-34 tahun menabur jasa di bumi Selatan Kelantan, tidak dinafikan

Pada 26 April 2012 bertempat di Hotel Seri New Pacific Kuala Lumpur, KESEDAR telah menandatangani MOU persefahaman dengan RISDA bagi menyelesaikan kesulitan yang dihadapi oleh KESEDAR dalam melaksanakan program tanam semula ladang RKT. Program MOU tersebut adalah bertujuan untuk mendapatkan bantuan kewangan atau input pertanian daripada RISDA yang dianggarkan berjumlah RM39.74 juta.

Bantuan kewangan atau input pertanian yang akan disalurkan oleh pihak RISDA akan dapat membiayai program tanam semula di RKT Meranto, Lebir, Sungai Asap dan Jeram Tekoh yang melibatkan kawasan ladang getah seluas 4305.06 hektar.

Program tanam semula ini akan dapat memberi manfaat kepada 1,070 orang peneroka di keempat-empat RKT tersebut.

Sebelum MOU persefahaman dimeterai, KESEDAR juga telah menerima bantuan kewangan dan input pertanian daripada pihak RISDA sebanyak RM6.04 juta mulai tahun 2007 hingga 2011 untuk membiayai program tanam semula getah kepada kelapa sawit di RKT Renok Baru seluas 1,421 hektar yang melibatkan seramai 236 orang peneroka. Program tanam semula tersebut telahpun dilaksanakan dan dijangka dapat mengeluarkan hasil pada tahun 2013 nanti.

MOUKESEDAR & RISDA

BULETIN

KESEDA

R

7

oleh: NURHAYATI MAT RUSOK

Page 8: MOUkesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/2_BuletinKesedar... · 2014. 2. 26. · Sebagai agensi yang telah lama berkembang-34 tahun menabur jasa di bumi Selatan Kelantan, tidak dinafikan

BULE

TIN

KES

EDA

R

8

Raih LABA RM1.08 Juta KPKB

Koperasi Pegawai-pegawai KESEDAR Berhad (KPKB) mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali ke 23 pada 26 Jun 2012 bertempat di Dewan Utama, Kolej KPTM-KESEDAR di Gua Musang. Mesyuarat dirasmikan oleh Tuan Haji Mat Deris Bin Mat Jusoh, Ketua Sektor Operasi Dan Kawal Selia, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang diwakili Pengerusi Eksekutif SKM.

Dalam ucapan perasmiannya, Ketua Sektor menzahirkan rasa bangga kerana KPKB terus unggul melonjak laba sehingga mencecah RM 1.08 Juta bagi tahun kewangan 2011 yang lalu. KPKB terus mengekal sebagai 100 Koperasi Terbaik di Malaysia dan terbaik di negeri Kelantan. Dalam usaha memperkasakan lagi kemampuan Koperasi, beliau menyarankan supaya koperasi meneroka dan membuka sayap perniagaan dalam sektor-sektor lain yang mampu memberi pulangan yang lumayan. Sebagai contoh, sektor perladangan dan hartanah adalah dua sektor yang kompetatif dan menguntungkan.

YABrs Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR dalam ucapannya pula berjanji untuk terus memberikan kerjasama kepada Pengurusan Koperasi supaya terus maju.

Kesemua ahli lembaga lama yang gugur akibat tamat tempoh telah berjaya dipilih semula kecuali Tuan Haji Wan Muhd Rahimi bin Wan Salleh (Pengerusi KPKB) yang tidak menawarkan diri untuk terus berkhidmat. Dua ALP KPKB yang baru terpilih pula ialah Puan Azlina bt Ghazali dan Encik Nohisham Affendi bin Abdullah. Semoga dengan barisan kepimpinan yang berwibawa terus memastikan KPKB mengekalkan bonus 10% dan dividen 10% kepada ahli-ahlinya. Selamat maju jaya KPKB.

oleh: MD. ASRI JUSOH

Page 9: MOUkesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/2_BuletinKesedar... · 2014. 2. 26. · Sebagai agensi yang telah lama berkembang-34 tahun menabur jasa di bumi Selatan Kelantan, tidak dinafikan

Kursus BINA POTENSIPihak Pengurusan Tertinggi KESEDAR amat mementingkan mutu dan tahap kualiti yang tinggi dalam usaha memastikan setiap kakitangan KESEDAR menjadi penjawat awam yang benar-benar dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang. Bertempat di Dewan Merak KESEDAR Inn, Kursus Membina Potensi Kepimpinan Untuk Penjawat KESEDAR telah diadakan selama tiga hari bermula pada 22 hinnga 24 Mei 2012. Kursus ini bertujuan untuk memupuk ciri-ciri kepimpinan dalam diri setiap penjawat KESEDAR agar mampu menjalankan tugas dengan amanah, jujur dan berinovasi.

Kursus ini telah mendapat tunjuk ajar dan pimpinan daripada Encik Ruslan bin Tohar, pakar motivasi terkenal tanah air. Perasmian penutup disempurnakan oleh Tuan Haji Fazam bin Mat Lazim, Timbalan Pengurus Besar KESEDAR (Pengurusan).

oleh: NURHAYATI MAT RUSOK

BULETIN

KESEDA

R

9

Page 10: MOUkesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/2_BuletinKesedar... · 2014. 2. 26. · Sebagai agensi yang telah lama berkembang-34 tahun menabur jasa di bumi Selatan Kelantan, tidak dinafikan

10

BULE

TIN

KES

EDA

R

Yayasan Pendidikan Kesedar (YPK) dengan kerjasama KESEDAR dan Kelab Golf Gua Musang (KGGM) telah menganjurkan kejohanan Golf Amal pada 02 Jun 2012 di Bandar Kinrara, Puchong, Selangor.

Ia bertujuan bagi mengumpul dana kewangan untuk membantu pelajar-pelajar miskin di seluruh kawasan Selatan Negeri Kelantan. Program julung-julung kali ini berjaya menarik 65 penyumbang dengan mengumpul dana kewangan berjumlah RM100 000.00.

Golf Amal Untuk Dana YPKoleh: MUSTARY MD. ZAINAL ABIDIN

Page 11: MOUkesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/2_BuletinKesedar... · 2014. 2. 26. · Sebagai agensi yang telah lama berkembang-34 tahun menabur jasa di bumi Selatan Kelantan, tidak dinafikan

Golf Amal Untuk Dana YPK

BULETIN

KESEDA

R

11

Pengurus Besar KESEDAR, selaku Pemegang Amanah YPK dalam ucapannya di majlis ramah mesra dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang merakamkan rasa terharu dan berterima kasih di atas komitmen serta ihsan semua pihak terutama kepada institusi kewangan, syarikat-syarikat korporat dan individu yang menjayakan program serta berharap ianya dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang. Sumbangan ini akan dipergunakan sebaik mungkin untuk memajukan peluang pendidikan kepada pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik.

Pengurus Besar KESEDAR, selaku Pemegang Amanah YPK dalam ucapannya di majlis ramah mesra dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang merakamkan rasa terharu dan berterima kasih di atas komitmen serta ihsan semua pihak terutama kepada institusi kewangan, syarikat-syarikat korporat dan individu yang menjayakan program serta berharap ianya dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang. Sumbangan ini akan dipergunakan sebaik mungkin untuk memajukan peluang pendidikan kepada pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik.

Page 12: MOUkesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/2_BuletinKesedar... · 2014. 2. 26. · Sebagai agensi yang telah lama berkembang-34 tahun menabur jasa di bumi Selatan Kelantan, tidak dinafikan

Persatuan Wanita KESEDAR (PWK) bersama 10 orang ahlinya telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Ho Chi Minh City, Vietnam pada 24 hingga 27 Mei 2012. Program lawatan selama empat hari tiga malam ini telah dikendalikan sendiri oleh PWK sebagai salah satu dari program tahunan persatuan.

Pada hari pertama, rombongan telah mengunjungi Ben-Thanh Market, melawat bangunan bersejarah yang merupakan sebuah pejabat pos tinggalan Belanda yang masih lagi beroperasi sebagai Pejabat Pos dan Pusat Jualan barang-barang Kraftangan. Mereka sempat menjamu selera di Sate House Vietnam yang diusahakan oleh usahawan keturunan Cina Muallaf dari Malaysia.

PWK ke VIETNAM

Pada hari kedua, rombongan telah menyusuri Sungai Mekong, iaitu dataran pertanian yang terkenal di Asia Tenggara dengan menaiki bot dan sempat singgah di Coconut Island dan pulau-pulau kecil di sekitar bagi melihat keindahan pulau-pulau dan melawat tempat pemeliharaan lebah di dalam ladang buah mata kucing. Mereka juga telah melawat bengkel memproses gula-gula dan sabun yang diperbuat dari santan kelapa.

Sebelum bertolak balik pada hari yang ketiga, peserta-peserta sekali lagi berkesempatan membeli belah di sekitar Ben-Thanh Market yang terkenal dengan jualan kain telekung dan pelbagai jenis fabrik yang bermutu. PWK setelah berjaya mengadakan program lawatan ke Vietnam ini, telah bercadang untuk mengadakan lawatan ke lain-lain destinasi pada masa akan datang sebagai pendedahan dan menambah pengalaman kepada ahli-ahlinya.

BULE

TIN

KES

EDA

R

12

Rombongan sambil belajar PWK ke Vietnamoleh: HJ. MOHD AFFANDI AB. GHANI

Page 13: MOUkesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/2_BuletinKesedar... · 2014. 2. 26. · Sebagai agensi yang telah lama berkembang-34 tahun menabur jasa di bumi Selatan Kelantan, tidak dinafikan

PWK ke VIETNAM

KESEDAR berjaya mencatat rekod penyertaan tertinggi pada Pertandingan Seni Suara Burung Candik Piala Pengurus Besar KESEDAR Edisi 2012. Seramai 408 orang peserta dari seluruh kawasan Kelantan Selatan telah menyertai pertandingan seni suara burung Candik yang diadakan pada 16 Jun 2012 di Dataran KESEDAR Putra, Gua Musang. Matlamat pertandingan adalah untuk memelihara keunikan budaya dan kesenian masyarakat tempatan selain menghimpunkan penggiat seni suara burung candik.

Selain memiliki bentuk tubuh yang cantik, burung candik yang mendapat gelaran Anak Badak yang dimiliki oleh Encik Manaf bin Mamat dari Kampung Bukit Bunga, Jeli telah mendapat bilangan bunyi tertinggi dalam tempoh 26 saat sekaligus berjaya menjadi johan pertandingan dengan menewaskan tujuh (7) orang peserta lain yang memasuki peringkat akhir. Johan pertandingan ini berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM 500.00 beserta piala iringin yang disampaikan oleh Ybrs. Tuan Haji Ramli bin Mat Zain, Timbalan Pengurus Besar KESEDAR (Pembangunan). Pada penganjuran Edisi 2011 yang lalu, seramai 350 peserta telah menyertai pertandingan ini yang juga mendapat kerjasama Persatuan Burung Candik Gua Musang.

BULETIN

KESEDA

R

13

SUARA BURUNG CANDIK oleh: KAMAL BADRUL HISHAM MOHAMED

Page 14: MOUkesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/2_BuletinKesedar... · 2014. 2. 26. · Sebagai agensi yang telah lama berkembang-34 tahun menabur jasa di bumi Selatan Kelantan, tidak dinafikan

BK: Assalamualaikum Tuan Haji.

Mantan PB: Waalaikumussalam. BK: Pertama sekali, boleh Tuan Haji ceritakan sedikit latar belakang Tuan Haji berkenaan sejarah keluarga, pendidikan serta pengalaman kerja Tuan Haji?

Mantan PB: Dilahirkan di Kuala Krai, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Krai pada tahun 1948 selama empat tahun sebelum bertukar ke sekolah Inggeris Kuala Krai (Government English School Kuala Krai) dari darjah 1, 2 dan 6. Pada tahun 1955, menyambung pengajian di Maktab Sultan Ismail (SIC) sehingga tingkatan 6. Seterusnya meneruskan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang Ekonomi dan merupakan salah seorang daripada tiga orang anak Kuala Krai yang dapat menjejakkan kaki ke Universiti pada masa tersebut.

BK: Berkenaan dengan sejarah keluarga?

Mantan PB: Anak sulung dari sebelah ibu dan anak kedua dari sebelah bapa, juga merupakan generasi keenam dari seorang yang berasal dari Sumatera bernama Sultan Amer. Bapa bekerja sebagai peniaga manakala ibu adalah suri rumah.

BK: Pengalaman kerja selepas menamatkan pengajian di Universiti dan sehingga menamatkan perkhidmatan di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)?

Mantan PB: Memulakan kerjaya dengan memegang jawatan sebagai ADO di Bentong, Pahang selama satu tahun. Selepas itu, bertukar ke Pejabat Menteri Besar, Pahang sebagai Setiausaha Sulit selama tiga tahun kemudian sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan selama tiga tahun. Kemudian dipinjamkan ke KESEDAR sebagai Pengarah Bahagian Pentadbiran Tanah sehingga akhir tahun 1978 dan kembali kepada perkhidmatan asal di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pahang sebagai Timbalan Pengarah Tanah dan Galian. Kemudian ditukar ke Kelantan sebagai Timbalan Pengurus Besar KESEDAR yang pertama. Selepas habis tempoh pinjaman, ditempatkan di Kementerian Pertahanan sebagai Setiausaha Bahagian Pembangunan pada 1 September 1986.

Sesi temubual ini yang diadakan bersama Tuan Haji Abdullah bin Hassan, Mantan Pengurus Besar Ke 2 KESEDAR.

Temubual bersama Mantan Pengurus Besar KESEDAR

Temubual bersama Mantan Pengurus Besar KESEDAR

BULE

TIN

KES

EDA

R

14

oleh: NURHAYATI MAT RUSOK

Page 15: MOUkesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/2_BuletinKesedar... · 2014. 2. 26. · Sebagai agensi yang telah lama berkembang-34 tahun menabur jasa di bumi Selatan Kelantan, tidak dinafikan

BK: Perkembangan Tuan Haji sekarang dan aktiviti yang dilakukan untuk mengisi masa lapang?

Mantan PB: Selepas pencen, menganggur selama dua tahun sebelum dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia selama lima tahun. Selepas itu, aktiviti yang dilakukan untuk mengisi masa lapang adalah dengan membaca Al-Quran dan mencari balik ikatan silaturahim dengan menziarah saudara mara.

BK: Tuan Haji merupakan salah seorang perintis kejayaan KESEDAR pada masa itu. Pandangan Tuan Haji sendiri berkenaan KESEDAR?

Mantan PB: Idea ini dibawa oleh Perdana Menteri Malaysia Yang kedua, Tun Abdul Razak kerana beliau melihat orang Melayu di bandar tidak berjaya kerana tidak mampu bertanding dengan bangsa-bangsa lain. Oleh itu, beliau membuka pusat perumahan baru di mana orang Melayu bertapak dahulu sebelum membenarkan orang lain masuk. Di samping membangunkan pertanian dan ekonomi di tempat tersebut supaya wujud peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Jadi, dua unsur yang menyebabkan beliau membuka kawasan adalah untuk memberi ruang kepada orang Melayu bertapak terlebih dahulu dan menyekat perpindahan Orang Melayu ke bandar-bandar yang tinggal di kawasan setinggan. Hal ini juga memberi keuntungan kepada pihak bandaraya kerana masalah setinggan dapat diatasi.

BK: Sepanjang berada di Gua Musang, tentunya Tuan Haji telah lihat banyak perubahan besar yang telah berlaku. Apakah pandangan Tuan Haji terhadap perubahan-perubahan tersebut?

Mantan PB: Istilah transformasi adalah tepat untuk digunakan terhadap perubahan tersebut.

Gembira melihat gaya pengurusan KESEDAR pada masa kini yang semakin cekap dan merupakan kejayaan besar bagi saya. Namun, dari segi fizikal perlu diingatkan kemajuan dari segi fizikal dan ekonomi tidak sentiasa diterjemahkan menjadi kebahagian dan kesejahteraan kerana akan sampai ke satu tahap di mana manusia kini akan mula menyoalkan tentang kebebasan dan hak bersuara mereka. Yang mana pada masa dahulu mereka hanya mementingkan tentang kemudahan air, elektrik dan rumah sahaja.

BK: Semasa Tuan Haji berada di kerusi nombor satu KESEDAR, tentunya banyak cabaran yang terpaksa Tuan Haji hadapi. Apakah cabaran yang benar-benar menguji kreadibiliti Tuan Haji sebagai Pengurus Besar pada masa itu?

Mantan PB: Pada masa tersebut adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan masa sekarang kerana pihak kerajaan negeri dan pusat adalah satu parti dan menyebabkan tidak terhimpit dengan masalah. Oleh itu, saya amat kagum dengan kejayaan Tuan Haji Arshad dan pegawai di KESEDAR pada masa kini dapat menangani masalah-masalah yang berlaku.

BK: Boleh Tuan Haji kongsikan serba sedikit pengalaman dua era yang berbeza di KESEDAR sebagai Timbalan Pengurus Besar dan Pengurus Besar?

Mantan PB: Ia merupakan satu perubahan yang besar apabila menjadi Pengurus Besar kerana tidak boleh berkongsi masalah dengan sesiapa lagi dan berbeza semasa menjadi Timbalan Pengurus Besar kerana sekiranya berlaku masalah akan dapat merujuk kepada Pengurus Besar iaitu Dato’ Ariffin.

BK: Apakah pandangan Tuan Haji terhadap KESEDAR dan di mana KESEDAR berada sekarang?

Mantan PB: KESEDAR telah mengalami perubahan yang besar pada masa kini di bawah pimpinan dan pengurusan ketua-ketua yang berkebolehan dengan penumpuan kepada semua aspek di mana kemajuan semakin meluas dan bukan lagi tertumpu kepada peneroka sahaja seperti pada awal penubuhannya.

BK: Akhir sekali, apakah nasihat dan pesanan Tuan Haji kepada seluruh kakitangan KESEDAR yang masih bertugas sekarang?

Mantan PB: Ikutilah contoh daripada Khalifah Umar Abdul Aziz serta khalifah-khalifah Islam terdahulu. segi bagaimana ia mengurus, amanahnya, gaya hidupnya, ilmunya dan sebagainya.

BK: Terima kasih Tuan Haji. Insyaallah, panjang umur kita akan jumpa lagi.

BULETIN

KESEDA

R

15

oleh: NURHAYATI MAT RUSOK

Page 16: MOUkesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/2_BuletinKesedar... · 2014. 2. 26. · Sebagai agensi yang telah lama berkembang-34 tahun menabur jasa di bumi Selatan Kelantan, tidak dinafikan

BULE

TIN

KES

EDA

R

16

PMdi KARNIVAL

K1MNegeri Kelantan

Pada 4 Mei 2012, YAB Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak telah merasmikan Karnival Komuniti 1 Malaysia bertempat di Padang Pusat Sivik Gua Musang Kelantan. Karnival ini telah dihadiri oleh hampir 15,000 orang terdiri daripada pelbagai kaum.

Karnival yang diadakan selama 3 hari ini telah disertai oleh pelbagai jabatan dan agensi daripada awam dan swasta. Ianya bertujuan untuk menyampaikan secara terus dasar-dasar dan program-program yang di anjurkan oleh kerajaan bagi memastikan rakyat dapat memahami dan seterusnya menghayati nilai-nilai yang ada di dalamnya. Pelbagai aktivtiti-aktiviti menarik yang dilaksanakan antaranya persembahan kebudayaan, pameran agensi, gerai jualan, pertandingan memasak, mewarna dan banyak lagi.

oleh: NURHAYATI MAT RUSOK

Page 17: MOUkesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/2_BuletinKesedar... · 2014. 2. 26. · Sebagai agensi yang telah lama berkembang-34 tahun menabur jasa di bumi Selatan Kelantan, tidak dinafikan

BULETIN

KESEDA

R

17

KESEDAR Wilayah Gua Musang (WGM) membantu sekolah-sekolah di Jabatan Gua Musang melalui Bantuan Kecemerlangan Pendidikan kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun 2012. Majlis berlangsung di Dewan Utama, KPTM-KESEDAR pada 14 Jun 2012, dihadiri oleh YB Abdul Aziz bin Yusof (ADUN Galas) dan YB Mat Yusoff bin Abdul Ghani (ADUN Nenggiri) serta Encik Md. Asri bin Jusoh (Pengurus Wilayah Gua Musang). Majlis turut diserikan dengan kehadiran Encik Zakri bin Othman, Pegawai Pelajaran Daerah Gua Musang.

Bagi sumbangan 2012 untuk sekolah-sekolah di Gua Musang, Wilayah Gua Musang dan Bahagian Pembangunan Pertanian telah menyediakan peruntukan sebanyak RM59,840.00 kepada 50 buah sekolah.

Seramai 5812 orang pelajar bakal mendapat manfaat daripada bantuan ini kerana ia digunakan bagi membolehkan sekolah-sekolah yang terlibat mengadakan program untuk kecemerlangan pendidikan kepada pelajar-pelajar untuk menjamin kecemerlangan mereka.

RM60,000GMUntuk Sekolah-Sekolah di

oleh: MD. ASRI JUSOH

Page 18: MOUkesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/2_BuletinKesedar... · 2014. 2. 26. · Sebagai agensi yang telah lama berkembang-34 tahun menabur jasa di bumi Selatan Kelantan, tidak dinafikan

RTC (Rural Transformasi Centre) diilhamkan pelaksanaannya pada pertengahan tahun 2011 yang bertujuan membangunkan penduduk luar bandar. RTC yang terpilih akan menjadi pusat kepada pelaksanaan pelbagai program pembangunan dengan menggunakan pendekatan Blue Ocean Strategi (BOS), di mana pelbagai Kementerian/Jabatan/Agensi bersama-sama menggembleng tenaga dan kepakaran bagi merealisasikan hasrat membangunkan penduduk luar bandar. Idea di sebalik strategi ini adalah untuk memaksimumkan penggunaan sumber sedia ada di pelbagai Kementerian yang terlibat untuk mencipta lonjakan dalam pembangunan luar bandar pada kos yang rendah dan tempoh masa yang lebih singkat.

Majlis Pelancaran Karnival Mini RTC Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2012 telah di adakan di enam tempat iaitu Mini RTC Teratak Batu, Pasir Puteh, Mini RTC Kampung Alor Jeringau, Bachok dan empat tempat lagi ialah MID di bawah KESEDAR iaitu di Mini RTC Bukit Jering, Mini RTC MID Paloh 2, Mini RTC Gual Ipoh dan Mini RTC Jelawang.

Pelbagai program menarik telah diadakan sepanjang program berlangsung. Antaranya pameran oleh jabatan-jabatan kerajaan seperti Kementerian Dalam Negeri, Agensi Dadah Kebangsaan, Jabatan Wanita dan Pembangunan Keluarga, pameran oleh pengusaha Industri Kecil dan Sederhana serta pemeriksaan kesihatan.

Pelbagai aktiviti sukaneka juga telah dilaksanakan antaranya sukan rakyat, pertandingan memancing, persembahan kebudayaan, pertunjukan pakaian uniform. Menghangatkan lagi majlis tersebut ialah cabutan nombor bertuah yang meramaikan lagi kehadiran pengunjung.

Sempena pelancaran ini pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan iaitu gerai pameran agensi, gerai jualan, gerai perkhidmatan dan pelbagai lagi. Hadiah cabutan nombor bertuah juga turut disediakan bagi menarik minat pengunjung.

Karnival Mini RTC KESEDAR 2012

BULE

TIN

KES

EDA

R

18

oleh: MASKHARIAH SAMSUDIN

Page 19: MOUkesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/2_BuletinKesedar... · 2014. 2. 26. · Sebagai agensi yang telah lama berkembang-34 tahun menabur jasa di bumi Selatan Kelantan, tidak dinafikan

19

BULETIN

KESEDA

R

Engkaukah itu di situ?Dekat, tetapi jauh...Duka, tetapi bahagia...Sedih..Tetapi rindu...

Apakah aku yang buta?Atau adakah aku yang terlewat?Untuk menilai siapamu di hatiku?Sedang aku tidak pernah menduga,Menyangka mahupun bermimpiKaulah “pelangi” yang akanMenyinari hari-hariku

Kenapa dirimu?Aku terkedu bisuMencari soalan yang tak punya jawapanDalam kasih yang tidak Berpenghujung...Aku redha pada takdir ini

Kenapa diriku?Aku buta untuk melihatSedang aku punya jawapanYang sukar untuk ku fahamiDalam rindu yang sarat...Aku pasrah pada takdir ini

Di manakah noktah permulaan ini?Masih aku tertanya-tanya...

Bersamaku...Hanya ada sekeping hatiYang akan selalu mengiringiSetiap nafasmu...Agar engkau tahu...Akulah perindu sepiPencinta yang setiaYang akan selalu bersamamuSehingga ke penghujungnya

Hadirnya...

Aishiteru

Page 20: MOUkesedar.gov.my/kkl_ksrhome-theme/pdf/2_BuletinKesedar... · 2014. 2. 26. · Sebagai agensi yang telah lama berkembang-34 tahun menabur jasa di bumi Selatan Kelantan, tidak dinafikan

3K DUNGALAS

BULE

TIN

KES

EDA

R

20

Pada 30 jun 2012 bertempat di Kampung Batu Papan, Gua Musang telah berlangsung satu Program Khidmat Komuniti KESEDAR (3K) telah diadakan dengan penuh gilang gemilang. Program 3K adalah cetusan idea pihak pengurusan KESEDAR untuk membolehkan pegawai-pegawai KESEDAR turun padang beramah mesra secara santai dengan masyarakat terbanyak melalui beberapa program yang diatur. Antara program yang diatur bermula seawal jam 7 pagi dan berakhir jam 12 tengah malam ialah senamrobik, gotong-royong membersih masjid dan tanah perkuburan, sukan bola tampar, pertandingan kemerduan suara burung candik, sukan rakyat, pertandingan memasak dan kuliah maghrib. Kemuncak acara ialah persembahan dikir barat dengan persembahan pendikir tersohor, Mat Glamour. Program ini disertai oleh 50 orang pegawai KESEDAR yang berkampung sepanjang hari selain daripada 2000 orang pengunjung.

3K DUNGALAS

Program telah disempurnakan penutupannya oleh YB Abdul Aziz bin Yusof, ADUN Galas yang memuji usaha-usaha KESEDAR melalui pejabat Wilayah Gua Musang yang menyifatkan program turun padang ini adalah wadah terbaik untuk merapatkan saf masyarakat dan pengurusan KESEDAR.

Tuan Haji Fazam bin Mat Lazim, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), dalam ucapannya memberi jaminan untuk meneruskan program seperti ini lantaran impak yang besar kepada semua pihak.

oleh: MD. ASRI JUSOH