20120928160907unit 3

Upload: hasmah-ambak

Post on 03-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 20120928160907UNIT 3

    1/19

    UNIT 3

    SARINGAN DAN DIAGNOSTIK MURID PEMULIHAN KHAS

    HASIL PEMBELAJARAN:

    Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat:

    Mengenalkan ujian-ujian yang digunakan untuk murid-murid pemulihan khas.Menerangkan langkah-langkah dalam pencalonan murid pemulihan khas.Menghuraikan dengan jelas prinsip-prinsip /ciri-ciri ujian saringan dan diagnostik.Membina, mentadbir dan menilai ujian-ujian untuk murid pemulihan khas.

    PENGENALAN

    Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan semenjak tahun 60an bagi membantu murid-murid di sekolahrendah yang mengalami masalah penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

    Penguasaan 3M diperingkat awal terutama di tahun satu adalah amat penting untuk menguasai Academic

    Defisit dalam kalangan murid-murid sekolah rendah daripada berterusan ke sekolah menengah.

    Konsep Program Pemulihan Khas ialah satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-

    murid yang menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran asas 3M yang menjadi fokus utama

    Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Selain itu, matlamat Program Pemulihan Khas disediakan

    untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam

    tempoh masa yang telah ditetapkan (Sumber : Garis Panduan Pendidikan).

    Dalam pendidikan khas, kemhiran membaca paling diberi keutamaan. Mohd Shahrani Ahmad

    (2004) telah menyokong penyataan ini dengan menyatakan bahawa kemahiran membaca adalahkemahiran yang paling utama disamping kemahiran lain seperti kemahiran menulis dan mengira.

    Kemahiran membaca bukan sahaja dianggap sebagai asas utama bagi mencapai kejayaan dalam

    kehidupan seharian, malahan menurut Mohd Shahrani Ahmad (2004) sistem persekolahan itu sendiri

    menganggap kemahiran membaca sebagai asas bagi seseorang itu terus meningkat dalam alam

    persekolahan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

  • 7/28/2019 20120928160907UNIT 3

    2/19

    KBP3013Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 38

    Rita Kurnia & Rohaty Majzub (2009) menyatakan bahawa belajar membaca merupakan proses

    pengembangan yang berterusan. Penggunaan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran subjek 3M

    kanak-kanak pra-sekolah telah menjadi isu yang hangat diperkatakan. Kerajaan menaruh harapan yang

    tinggi supaya semua murid- murid yang melangkah ke tahun satu sudah menguasai kemahiran 3M yang

    boleh membantu mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas.

    Daripada kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji mendapati ada kanak-kanak yang

    mempunyai masalah dan berkeperluan khas. Golongan ini memerlukan perhatian untuk membantu mereka

    menjalani kehidupan seharian. Justeru itu, pelbagai ujian telah diadakan untuk menilai mereka yang

    memerlukan pendidikan khas. Salah satu ujian yang dijalankan ialah ujian saringan. Apakah itu ujian

    saringan? Kandungan dalam modul ini akan menerangkan dengan lebih lanjut berkaitan dengan ujian

    saringan.

    ISI KANDUNGAN

    APAKAH ITU UJIAN SARINGAN?

    Ujian saringan merupakan satu instrumen pengukuhan yang menyeluruh terhadap kekuatan dan

    kelemahan dalam penguasaan kemahiran asas oleh murid. Ujian saringan dilakukan secara individu untuk

    dicalonkan bagi mengikuti Program Pemulihan Khas. Ujian ini dapat mengesan murid-murid yang lemah

    dalam bidang kemahiran asas, iaitu membaca, menulis dan mengira. Ujian saringan juga dilakukan untuk

    menapis dan menyaring murid-murid dari kelas perdana. Bahan-bahan dalam ujian saringan merangkumi

    kerja sekolah yang telah diajar oleh guru kelas sehingga ke hari saringan dijalankan.

    Definisi dan Tujuan

    Cam (2010) mendefinisikan ujian saringan sebagai tatacara yang memberi satu pengukuran menyeluruh

    tentang kekuatan & kelemahan seseorang calon. Ujian saringan boleh dijalankan selepas guru pemulihan

    menerima calon-calon yang mungkin masuk ke program pemulihan khas. Tujuan saringan ialah untuk

    memilih bilangan muktamad untuk mengikuti program pemulihan. Selain itu, ujian ini dapat membantu

    mengenal dan menentukan bidang-bidang untuk kerja diagnostik.

    Perlaksanaan

    Terdapat beberapa elemen dalam memastikan ujian saringan dapat dilaksanakan dengan baik. Pertama,

    bahan ujian saringan mestilah merangkumi kerja-kerja yang telah diajar oleh guru. Guru bebas memilih

    soalan yang akan dimasukkan dalam kertas soalan untuk menguji calon yang akan menduduki ujian

    saringan. Namun soalan tersebut perlu berpandukan apa yang telah dipelajari oleh murid tersebut

    sepanjang berada dalam kelas biasa. Ini dapat menguji tahap pengamatan dan penguasaan mereka dalam

  • 7/28/2019 20120928160907UNIT 3

    3/19

    KBP3013Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 39

    kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Bahan ujian saringan juga perlu menitikberatkan tahap

    penguasaan murid tersebut.

    Kedua, senarai kemahiran yang diuji ditentukan dan direkod dalam Jadual Penentuan Ujian (JPU).

    Menurut Eila Sabri (2009), Jadual Penentuan Ujian (JPU) menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang

    hendak diukur serta memberi panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan. JPU turut

    berfungsi sebagai panduan dalam menggubal menentukan bidang atau topik-topik dan objektif-objektif

    pengajaran yang perlu diuji.

    Ujian saringan dijalankan apabila pencalonan diterima. Ujian saringan akan dilaksanakan apabila

    guru-guru telah memilih calon yang sesuai untuk menduduki ujian saringan. Pemilihan calon bergantung

    kepada guru kelas atau guru besar berdasarkan pemerhatian ke atas beberapa orang murid yang

    bermasalah sewaktu mengikuti pembelajaran dalam kelas biasa. Ujian hendaklah dijalankan secara

    individu atau dalam kumpulan kecil di antara 3 hingga 4 orang dalam satu masa. Ianya hendaklah di

    rekodkan dalam borang rekod ujian untuk dianalisa.

    Bilangan murid yang diterima masuk ke kelas pemulihan khas bergantung kepada beberapa faktor

    seperti berikut:a) Keputusan markah yang rendah daripada ujian saringan.b) Jumlah murid yang dapat diselanggarakan oleh guru pemulihan. Ini bergantung kepada saiz sekolah

    dan grednya.

    c) Jenis masalah yang dihadapi oleh murid.d) Ruang yang ada ataupun keluasan bilik darjah yang dikhaskan kepada kelas pemulihan.

    BENTUK DAN SKOP UJIAN SARINGAN

    Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, ujian saringan merupakan ujian tapisan awal bagi mengesan

    murid yang lemah dalam penguasaan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Dalam ujian

    saringan terdapat beberapa bentuk dan skop yang harus diambil kira dalam pelaksanaan ujian ini. Antara

    bentuk dan skop yang diambil kira ialah:

    a) Ujian BertulisUjian bertulis merupakan ujian kertas dan pensel yang biasa digunakan dalam membuat penilaian prestasi

    calon. Menurut Ishak Mad Shah (2002) ujian bertulis tidak melibatkan manipulasi fizikal objek dan

    peralatan. Ujian ini terdiri daripada beberapa soalan bercetak dan calon dikehendaki memberikan jawapanberdasarkan jawapan yang diberi atau menulis jawapan sendiri berdasarkan soalan yang diberi di atas

    kertas jawapan yang telah disediakan.

    Ujian ini berkebolehan untuk melihat kebolehan kognitif, minat dan personaliti calon. Oleh itu, ujian

    ini akan digunakan dalam ujian saringan bagi mengenalpasti potensi kanak-kanak supaya guru dapat

    membuat penilaian terhadap keupayaan mereka dan mengambil langkah selanjutnya. Murid yang

    mendapat skor yang rendah akan di hantar ke kelas pemulihan khas untuk menjalani sesi pengajaran dan

  • 7/28/2019 20120928160907UNIT 3

    4/19

    KBP3013Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 40

    pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap pencapaian mereka. Ujian bertulis boleh dilaksanakan

    secara kumpulan kecil atau secara individu.

    Ujian bertulis ini terdiri daripada ujian Bahasa Melayu dan ujian Matematik. Dalam ujian Bahasa

    Melayu murid akan diuji dengan mengenal huruf kecil dan besar, huruf konsonan dan vokal. Selain itu,

    murid juga akan diuji dengan soalan yang berbentuk ayat ringkas dan kefahaman tentang sesuatu

    penyataan. Untuk ujian Matematik pula, murid akan diuji dengan nombor-nombor yang bersesuaian

    dengan tahap mereka.

    b) Merangkumi Apa yang Sepatutnya Telah DipelajariUjian saringan yang diberikan kepada murid sepatutnya telah dipelajari terlebih dahulu. Hal ini untuk

    memastikan kesahan ujian yang dijalankan. Menurut Hadi (2009), soalan bagi ujian saringan diambil

    daripada sukatan pelajaran dalam Bahasa Melayu dan Matematik. Untuk memastikan murid berkeupayaan

    untuk menjawab soalan yang diberikan, soalan yang dibina tidaklah terlalu sukar. Hal ini kerana, soalan

    yang dibina adalah lebih kepada menguji aras penguasaan kemahiran murid sahaja.

    Hadi (2009) menyatakan bahawa sebelum melaksanakan ujian, guru harus menerangkan dan

    memperincikan maklumat yang terdapat dalam setiap muka surat yang terkandung dalam set soalan

    berkenaan. Perkara ini sangat penting bagi memastikan murid dapat memahami apa yang harus dilakukan

    dalam setiap helaian yang mengandungi soalan.

    Sebagai seorang guru, perlu diingat, tidak semua murid dapat menjawab kesemua soalan yang

    terdapat dalam ujian saringan. Terdapat sesetengah murid yang tidak menjawab walau satu soalan

    sekalipun. Guru akan lebih banyak melihat contengan yang dihasilkan. Perkara ini perlu diberi perhatian

    kerana murid tersebut ternyata mempunyai masalah. Soalan yang diberikan haruslah bersesuaian dan

    guru tidak digalakkan memberi soalan yang mengarah murid untuk mewarna kerana akan membuang

    masa murid sahaja.

  • 7/28/2019 20120928160907UNIT 3

    5/19

    KBP3013Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 41

    PENTADBIRAN UJIAN SARINGAN

    Pentadbiran ujian saringan yang ingin dijalankan mestilah memenuhi beberapa kriteria bagi memastikan

    ujian yang dijalankan mempunyai kebolehpercayaan dan adil untuk semua murid. Bab ini akan

    menerangkan dengan lebih lanjut berkaitan tentang lima kriteria pentadbiran ujian saringan ( Sumber : Unit

    Pendidikan Khas, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

    Dilaksanakan secara individu atau kumpulan kecil

    Ujian saringan boleh dijalankan secara individu atau dalam kumpulan kecil. Jika dijalankan dalam

    kumpulan, setiap sesi tidak melebihi lapan orang untuk memudahkan pemantauan. Ujian dilakukan kepada

    murid yang dikenalpasti bermasalah dalam matapelajaran bahasa melayu atau pun matematik. Bahan atau

    topik dalam ujian saringan hanya merangkumi kerja-kerja yang telah diajarkan dan semasa oleh guru kelas.

    Oleh itu, senarai kemahiran yang diuji hendaklah ditentukan dan direkodkan dalam Jadual Penentuan Ujian.

    Ujian ini boleh dijalankan apabila percalonan diterima. Guru pemulihan akan melakukan ujian dan

    menganalisa keputusan ujian itu.

    Masa yang Dihadkan

    Dalam setiap ujian saringan yang dilakukan guru perlu memberi dan menghadkan masa yang sesuai

    mengikut tahap ujian yang telah ditetapkan. Tempoh masa yang diberi tidak boleh terlalu lama atau tidak

    boleh terlalu cepat. Jangka masa yang panjang adalah dalam lingkungan tiga minit dan jangka masa yang

    pendek perlu dilakukan dibawah satu minit sahaja. Jika masa yang diberikan terlalu lama akan

    menyebabkan murid menjadi bosan dan masa yang terlalu cepat pula menyebabkan murid tidak sempat

    untuk membuat ujian tersebut (Nabil Hanif, 2008). Penyediaan masa perlulah berpadanan dengan ujian

    yang dijalankan oleh guru pengendali ujian tersebut.

    Murid Dalam Keadaan Selesa dan Jauh Dari Sebarang Gangguan

    Tempat ujian saringan perlu diadakan di tempat yang jauh daripada gangguan. Murid-murid ini tidak boleh

    berada di tempat yang bising kerana mereka mudah hilang tumpuan dan boleh menjejaskan keputusan

    ujian. Suasana yang aman menjadikan mereka rasa selamat dan tenang serta selesa untuk menjawab

    ujian. Pastikan juga saiz kerusi dan meja bersesuaian dengan keadaan fizikal murid. Selain itu,

    kebersihan bilik ujian penting kerana ia juga memberikan keselesaan kepada murid yang sedang diuji.

    Keperluan Alat Tulis dan Bahan yang Lengkap

    Seperti kebanyakkan ujian yang lain, ujian ini juga memerlukan keperluan alat tulis dan bahan ujian yang

    lengkap. Pentadbir ujian ini perlu menyediakan kesemuanya dengan lengkap. Antara alat belajar yang

    diperlukan adalah seperti pensil, pembaris, pemadam, warna, kertas kosong dan sebagainya. Tidak boleh

    diharapkan pada murid untuk menyediakan peralatan ini kerana besar kemungkinan mereka tidak

    mempunyainya atau mungkin tidak lengkap seperti yang diperlukan. Jika salah satu alatan tidak ada, ini

    akan mengganggu perjalanan ujian itu.

  • 7/28/2019 20120928160907UNIT 3

    6/19

    KBP3013Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 42

    KRITERIA PEMILIHAN MURID KE KELAS PEMULIHAN KHAS

    Terdapat beberapa kriteria dalam pemilihan murid antaranya ialah :

    a) Murid yang Gagal dalam Ujian SaringanMurid yang gagal dalam ujian saringan akan ditarik keluar dari kelompok kumpulan kerana mereka dikesan

    memerlukan program pemulihan khas. Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai pelajar yang mendapat skor

    paling rendah dalam ujian saringan. Mereka tidak dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh guru

    berdasarkan tahap pengetahuan yang sama dengan murid yang sebaya dengan mereka.

    b) Jumlah Bilangan yang Mampu Dikendalikan oleh GuruKriteria yang seterusnya adalah faktor yang menentukan bilangan murid yang perlu menjalani program

    pemulihan khas. Bilangan murid ditentukan mengikut jumlah murid yang dapat diselenggarakan oleh guru

    pemulihan khas. Kuantiti murid yang ramai akan menyukarkan guru untuk mengawal murid tersebut. Muridyang sedikit memudahkan para guru untuk mendekati dan memahami sikap murid serta keperluan mereka.

    Mereka perlu diberi perhatian sepenuhnya kerana mereka tergolong dikalangan murid yang mudah hilang

    fokus, lemah daya ingatan, perlu banyak latih tubi untuk pembelajaran yang berkesan.

    Kemudahan ruang untuk kelas pemulihan khas juga menjadi penentu bilangan murid yang perlu

    menjalani program pemulihan khas. Ruang yang luas boleh memuatkan jumlah murid yang lebih ramai ke

    dalam program tersebut. Selain itu, ianya dapat memudahkan pergerakan mereka semasa proses

    pengajaran dilakukan. Kebanyakan mereka tidak suka duduk diam dan lebih suka bergerak.

    Contoh ujian saringan bagi Bahasa Melayu.

    1. Baca huruf-huruf ini.b, h, k, d, y, c, e, o, u

    2. Baca huruf-huruf ini.B, H, K, D, Y, C, E

    3. Sebut perkataan-perkataan ini (murid ikut guru).dagu, kayu,kari, baju, bola, besar, barang

    4. Baca dan lakukan apa yang ada dalam ayat.Saya baca buku.

    Saya padam papan hitam.

    Saya duduk di atas kerusi.

  • 7/28/2019 20120928160907UNIT 3

    7/19

    KBP3013Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 43

    5. Baca petikan dan jawab soalan kefahaman yang disediakan.Contoh ujian saringan bagi Matematik

    1. Tandakan / pada jumlah bilangan yang paling banyaka)

    2. Isikan nombor yang tertinggal.a) 1,2,3 __, 5,6, _,8, 9,10.b) 1, _, 3, 4, _, 6, 8, _, 10.c) 10,_, 8, _, 6, 5, _, 3, 2, 1.

    3. Tulis jumlah nilai objek pada tempat kosong.

    a) = _____

    b) = _____

    c) Bulatkan angka mengikut objek dalam rajah.

    3, 2, 5

    4. Cari jumlahnya:a) 2+3 = b) 6+4=

    Selain daripada ujian saringan bertulis bahasa melayu dan matematik, ujian pelepasan KIA2M

    (Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis), ujian IPP3M serta ujian sumatif yang bersesuaian juga

    boleh digunakan sebagai ujian saringan. Jika murid gagal dalam ujian ini, mereka boleh dipertimbangkan

    untuk mengikuti kelas pemulihan khas.

  • 7/28/2019 20120928160907UNIT 3

    8/19

    KBP3013Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 44

    RUMUSAN

    Tidak dapat dinafikan bahawa ujian saringan sangat penting dalam pendidikan pemulihan khas. Dengan

    adanya ujian saringan, murid- murid yang bermasalah dalam pembelajaran dapat dikenalpasti dan

    tindakan lanjut dapat dilakukan bagi membantu masalah yang dihadapi. Dengan wujudnya ujian saringan

    ini, murid- murid dapat dikelaskan ke dalam sistem pendidikan yang bersepadanan dengan

    kemampuannya.

  • 7/28/2019 20120928160907UNIT 3

    9/19

    KBP3013Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 45

    UJIAN DIAGNOSTIK

    Pengenalan

    Setelah murid layak memasuki ke program pemulihan khas, murid yang berkenaan wajib diberi ujian

    diagnostik. Ujian diagnostik adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas

    mengesan punca serta kelemahan yang dihadapi oleh seseorang murid secara terperinci. Melalui ujian ini,

    guru dapat mengenal pasti apakah masalah sebenar murid di peringkat awal. Hal ini s ecara tidak langsung

    akan memudahkan guru merancang program pemulihan khas yang berkesan. Dalam konteks pemulihan

    khas di Malaysia terdapat tiga jenis ujian diagnostik, ujian diagnostik bahasa melayu, ujian diagnostik

    matematik dan ujian diagnostik pengamatan

    Diagnostik pengamatan bertujuan untuk mengesan kelemahan keupayaan murid seperti gerak

    mata, koordinasi mata-tangan dan kecekapan saraf. Sebahagian soalan mengandungi arahan-arahan yang

    perlu disebut oleh guru dan dilakukan oleh murid. Manakala ujian diagnostik bahasa melayu dan matematik

    pula adalah untuk mengetahui secara khusus kawasan-kawasan kesukaran yang dialami oleh seseorangmurid ketika belajar kemahiran asas 3M di sekolah.

    Ujian diagnostik dibina berdasarkan rasional bahawa kelemahan pembelajaran kemahiran asas

    adalah disebabkan kecelaruan tafsiran pancaindera terutama yang berkaitan dengan penglihatan dan

    pendengaran yang menjejaskan penguasaan kemahiran bahasa dan matematik. Hasil dari analisa

    kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh murid, guru boleh menggunakannya untuk merancang program

    pemulihan yang bersesuaian bagi mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid berkenaan.

    Objektif Ujian Diagnostik

    Antara objektif ujian diagnostik adalah:a) Membantu guru mengesan dan meneliti kawasan-kawasan kesukaran yang dialami oleh seseorang

    murid ketika mempelajari sesuatu kemahiran di sekolah.

    b) Dapat mencari sebab-sebab kesukaran itu berlaku.c) Membolehkan guru merancang program pengajaran dan pembelajaran mengikut kehendak dan

    keperluan individu berdasarkan analisa kesalahan yang dilakukan dalam ujian.

    d) Memberi maklumat kepada guru mengapa murid mengalami masalah pembelajaran.e) Memudahkan guru mengumpulkan muridnya ke dalam kumpulan-kumpulan tertentu mengikut

    kebolehan dan kesukaran yang dihadapi.

    Jenis-jenis Ujian Diagnostik

    Terdapat 3 jenis ujian diagnostik yang biasa digunakan.

    a) Ujian diagnostik Bahasa Melayub) Ujian diagnostik Matematikc) Ujian diagnostik Pengamatan jika perlu.

  • 7/28/2019 20120928160907UNIT 3

    10/19

    KBP3013Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 46

    Pembinaan Ujian

    Ujian diagnostik disediakan dalam bentuk lisan serta bertulis. Dalam bentuk lisan lazimnya murid yang

    diuji akan membaca apa yang ditunjuk atau menunjukkan apa yang dibacakan. Dalam ujia bertulis pula

    murid perlu menjawab soalan dalam bentuk:

    a) Memadankan gambar dengan abjad/perkataan yang betul.b) Memilih dengan menandakan abjad/perkataan yang diberic) Menulis suku kata awalan atau akhiran sesuatu perkataan berdasarkan gambar.d) Menulis perkataan dalam ayat berdasarkan gambar.

    Ujian diagnostik lebih sesuai disediakan dan dijalankan oleh murid guru itu sendiri kerana guru

    lebih mengetahui kesesuaian dengan muird yang bakal diuji. Semasa menyediakan ujian diagnostik

    beberapa perkara perlu diambil kira.

    a) Menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian berdasarkan senarai kemahiran mengikut subjek.b) Menyusun mengikut urutan dari mudah ke tahap yang lebih sukar.c) Item-item bagi sesuatu kemahiran hendaklah disediakan dalam satu muka surat sahaja .d) Bilangan item yang disediakn hendaklah ganjil (3, 5, 7) dan jumlah item tidak melebihi 9. Ini

    memudahkan bagi tujuan penilaian (lulus atau gagal).

    e) Mempelbagaikan soalan-soalan dalam sesuatu kemahiran supaya kesalahan-kesalahan yang mungkinberlaku dapat dikesan.

    f) Arahan ringkas dan mudah; beri soalan dalam bentuk:i. Membuat pilihan yang betul/diskriminasi/perbezaanii. Memadan/mensuaikaniii. Menyebut atau membacaiv. Mengisi tempat kosongv. Benar /salah

  • 7/28/2019 20120928160907UNIT 3

    11/19

    KBP3013Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 47

    PELAKSANAAN DAN PANDUAN MENTADBIR UJIAN DIAGNOSTIK

    Ujian diagnostik hendaklah dilaksanakan setelah guru

    mengenal pasti murid-murid yang dipilih mengikuti program

    pemulihan Bahasa Melayu. Ujian diagnostik lisan dijalankan

    secara individu, sementara ujian diagnostik bertulis

    dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat

    orang dalam satu masa. Oleh sebab ujian ini disediakan

    mengikut turutan kognitif yang paling rendah kepada yang

    paling tinggi mengikut pengetahuan, pemahaman,

    penggunaan, maka hendaklah dimulakan dengan ujian

    lisan dan di ikuti dengan ujian bertulis.

    Seterusnya ujian ini hendaklah diberhentikan

    sekiranya seseorang yang diuji itu didapati gagal menjawab

    semua item dengan betul dalam tiga kemahiran berturut-turut. Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah

    direkodkan. Dengan ini keputusan ujian diagnostik dapat memberi panduan kepada guru untuk menyusun

    satu program pengajaran kepada murid tersebut. Oleh itu, guru perlu memberikan masa yang cukup

    kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka dapat menjawab dengan tenang dan selesa .

    Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi apa yang lebih penting ialah keterangan-keterangan atau

    data-data yang diberi mengenai cara mana murid itu belajar.Seterusnya,semua jawapan hendaklah diteliti

    oleh guru supaya guru tahu apa yang murid tidak tahu dan di mana kesilapan mereka. Setiap kesalahan

    dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk dijadikan panduan kepada guru untuk satu masa yang

    lain.

    Bila dan bagaimana dilaksana?

    Menduduki ujian diagnostik adalah wajib bagi setiap murid

    pemulihan khas. Ujian diagnostik perlu dilaksana selepas

    murid disah sebagai murid pemulihan khas. Ujian ini penting

    untuk mengetahui secara khusus tahap pencapaian yang telah

    dicapai dan masalah yang menjadi penghalang kepada

    kemajian murid dalam sesuatu subjek. Ujian diagnostik lisan

    dijalankan secara individu, sementara ujian diagnostik bertulis

    dijalankan secara kumpulan kecil yang tidak melebihi empat

    orang dalam satu masa. Ujian disediakan mengikut tururtan

    dari mudah ke tahap yang lebih sukar dan hendaklah

    dimulakan dengan ujian lisan dan di ikuti dengan ujian bertulis.

    Masa tidak dihadkan dalam menjalankan ujian

    diagnostik. Masa yang diberi bagi menjawab soalan hendaklah munsabah dan sesuai dengan keperluan

  • 7/28/2019 20120928160907UNIT 3

    12/19

    KBP3013Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 48

    soalan. Jika murid tidak bersedia atau bosan, ujian boleh ditangguhkan. Sesuatu ujian mungkin memakan

    masa antara satu hingga dua minggu. Sekiranya murid gagal mencapai 50% dari sesuatu item kemahiran

    yang diuji, ia dianggap gagal dalam ujian tersebut. Ujian hendaklah dihentikan sekiranya murid gagal

    menjawab tiga kemahiran secara berturut-turut.

    Hasil keputusan analisis ujian diagnostik hendaklah dikumpul dengan teliti dan direkodkan.

    Analisa ujian perlu dibuat mengikut setiap satu kemahiran yang diuji. Maklumat ini boleh membantu guru

    menyediakan objektif pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi setiap individu atau kumpulan kecil

    yang dibina berdasarkan tahap pencapaian dalam ujian diagnostik.

    BORANG PENETAPAN KUMPULAN

    Bil Nama MuridKemahiran yang diuji

    4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19

    1 Tan Ah Seng l I x I x x x2 Bala l x x x

    3 Yusof l l l x x l x x x4 Salim l x x x5 Rama l l x x x

    6 Sally l l l x x x

    7 Vinod l I I x x x8 Lim l l l l l l x x x

    Berdasarkan kepada keputusan ujian diagnostik yang dijalankan 3 kumpulan murid dapat diadakan.

    KUMPULAN 1

    RAMA, BALA DAN SALIM- murid-murid ini terkandas pada atau hampir pada kemahiran 5. Pengajaran

    bagi ketiga-tiga murid ini boleh dimulakan pada kemahiran 5.

    KUMPULAN 2

    VINOD- tahap kemahiran yang dicapai oleh Vinod agak jauh dari murid-murid lain. Pengajaran bagi Vinod

    sesuai dimulakan pada kemahiran 8.

  • 7/28/2019 20120928160907UNIT 3

    13/19

    KBP3013Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 49

    KUMPULAN 3

    YUSOF, AH SENG dan SALLY, LIM kesemua pelajar ini menguasai peringkat kemahiran 10 hingga 13. .

    Guru boleh memulakan pengajaran bagi kumpulan ini pada tajuk kemahiran 12 dan jika berjaya naik ke

    kemahiran seterusnya.

    RUMUSAN

    Setiap murid yang memasuki kelas pemulihan perlu menduduki ujian diagnostik. Ujian diagnostik adalah

    satu ujian yang sangat penting dan menjadi nadi kepada program pemulihan khas. Ia dapat digunakan

    sebagai alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan kawasan

    kelemahan dalam pembelajaran secara terperinci yang dihadapi oleh seseorang murid. Hasil keputusan

    yang dicapai oleh murid juga boleh dijadikan panduan kepada guru pemulihan untuk merancang

    pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan keupayaan murid pemulihan yang berkenaan. Apabilamurid berjaya melepasi ujian diagnostik ini, mereka boleh meneruskan pembelajaran di kelas biasa atau

    kelas arus perdana.

    RUJUKAN

    Rita Kurnia & Rohaty Majzub (2009).Reading readiness amongst preschool children in Pekanbaru Riau .

    Bangi: Universiti Kebangsaan Malaya.

    Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Peraturan-peraturan terpilih (1998). Kuala Lumpur: International Law

    Book Services.

    Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 2002. Laporan Kajian

    Perlaksanaan Program Pemulihan Khas di sekolah rendah . Kuala Lumpur:Kementerian Pendidikan

    Malaysia.

    Chua Tee Tee & Koh Boh Bon. 1992. Pendidikan Khas dan Pemulihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    Hallahan, D.P. & Kauffman, J.M. (2003) Exceptional learners : Introduction to special education . (9 th . Ed.).

    Boston : Allyn & Bacon.

  • 7/28/2019 20120928160907UNIT 3

    14/19

    KBP3013Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 50

    Garner, P. & Davies, J.D. (2001)., Introducing special educational needs: A companion guide for student

    teachers. London : David Fulton Publishers.

    Jabatan Pendidikan Khas 2008. Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas 2008.

    Kementerian Pendidikan Malaysia. 1999. Buku Panduan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan3M). Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas.

    Kementerian Pendidikan Malaysia. 2002. Kajian Perlaksanaan Program Pemulihan Khas di Sekolah

    Rendah. Kertas Kerja Seminar Pendidikan Khas Kebangsaan Ke 2 : Program Pemulihan Khas:

    Jabatan Pendidikan Khas.

    Lerner, J.W. (2003)., Learning disabilities : Theories, diagnosis and teaching strategies. Boston: Houghton

    Mifflin Co.

    Syed Abu Bakar Syed Akil, (1997)., Bimbingan khas perkhidmatan pendidikan pemulihan. Kuala Lumpur :

    DBP

    Tilstone, C.et Al. (2000)., Pupils with learning difficulties in mainstream schools.London : David Fulton Pub.

  • 7/28/2019 20120928160907UNIT 3

    15/19

    KBP3013Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 51

    Contoh Ujian Diagnostik Membaca

    Senarai Kemahiran yang Diuji (Bahasa Melayu)

    No.

    Kemahiran.

    SENARAI KEMAHIRAN

    1. Menyebut abjad kecil a hingga z mengikut turutan.

    2. Menyebut abjad besar A hingga Z mengikut turutan.

    3. Menyebut abjad kecil a hingga z secara rawak.

    4. Menyebut abjad besar A hingga Z secara rawak.

    5. Menyebut dan membunyikan huruf-huruf vokal.

    6. Menyebut huruf awal bagi gambar yang ditunjukkan.

    7. Membaca suku kata KV.

    8. Membaca suku kata vokal berganding.

    9. Membaca suku kata kvk.

    10. Membaca suku kata V + KV

    30. Membaca perkataan tiga suku kata KV + KV + KV

    31. Membaca perkataan tiga suku kata KV + KV+ KVK

    32. Membaca perkataan tiga suku kata KVK + KV + KV

    33. Membaca ayat dari petikan pendek yang mudah.

  • 7/28/2019 20120928160907UNIT 3

    16/19

    KBP3013Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 52

    Contoh Ujian Diagnostik Metamatik

    Senarai Kemahiran yang Diuji (Matematik)

    No.Kemahiran. SENARAI KEMAHIRAN

    1. Pra nombor.

    2. Nombor 1 hingga 5.

    3. Nombor 6 hingga 10

    4. Nombor 11 hingga 20

    5. Tambah 1d + 1d dalam lingkungan 10

    6. Tambah 1d + 1d dalam lingkungan 18

    7. Tambah 1 d+ 1d melibatkan sifar dalam lingkungan 18

    8. Tambah 1d + 1d secara ayat dalam lingkungan 18

    9. Tolak 1d + 1d dalam lingkungan 10

    10. Tolak 2d + 1d tanpa mengumpul semula dalam lingkungan 18

    11. Tolak 2d + 1d dengan mengumpul semula dalam lingkungan 18.

    Operasi darab

    Operasi bahagi.

  • 7/28/2019 20120928160907UNIT 3

    17/19

    KBP3013Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 53

    Contoh Ujian Diagnostik Bahasa Melayu (Lisan)

    Kemahiran .......: Huruf kecil

    Arahan : i) Tunjuk yang guru sebut.

    ii) Baca yang guru tunjuka b c d e

    f g h i j

    k l m n o

    p q r s t

    u v w x y z

  • 7/28/2019 20120928160907UNIT 3

    18/19

    KBP3013Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 54

    Contoh Ujian Diagnostik Bahasa Melayu (Bertulis)

    Kemahiran .......: Perkataan KV+KV+KV

    Arahan : i) Lengkapkan perkataan berdasarkan gambar.

    ___ ___t a n i ___ ___r e t a

    K e p a ___ ___ K a m e ___ ___

    Pe______hu

  • 7/28/2019 20120928160907UNIT 3

    19/19

    KBP3013Murid-murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajarn Khusus Disleksia / 55

    Contoh : UJIAN DIAGNOSTIK MATEMATIK

    Nama Murid:....................................................... Tarikh: ..................................

    Kemahiran: Nombor dalam lingkungan 20

    Melengkapkan sebarang rangkaian nombor.

    Arahan: Lengkapkan rangkaian nombor.

    Contoh: 8, 9 , 10 , 11 , 12

    1. 5, 6, ____,8,____, 102. 11, ____, ____, 14, 153. ____, 16, ____, 18, ____4. _____, ____, 18, ____, 205. 13, 14, ____, ____, ____, 18

    Contoh :UJIAN DIAGNOSTIK MATEMATIK

    Nama Murid:....................................................... Tarikh: ..................................

    Kemahiran: Operasi bahagi

    Arahan: Lengkapkan ayat matematik bahagi.

    Contoh: 18 2 = 9

    1. 30 5 =2. 14 2 =3. 42 6 =4. 15 3 =5. 24 6 =6. 36 4 =7. 21 3 =