2.0- penghargaan

14
____________________________________________________________________ ________ GPP 1063 PENGANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL ____________________________________________________________________ ________ NAMA : MOHD NAIM BIN MOHTAR KAD PENGENALAN : 960309-02-5475 ANGKA GILIRAN : UNIT : 2 PPISMP REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 2 AMBILAN : JUN 2014 TAHUN PENGAJIAN : 2015 PENSYARAH : PUAN ROZEHA BINTI HARUN ii

Upload: naim7641867

Post on 08-Apr-2016

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tfdghvhgvghv

TRANSCRIPT

Page 1: 2.0- penghargaan

____________________________________________________________________________

GPP 1063 PENGANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL

____________________________________________________________________________

NAMA : MOHD NAIM BIN MOHTAR

KAD PENGENALAN : 960309-02-5475

ANGKA GILIRAN :

UNIT : 2 PPISMP REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 2

AMBILAN : JUN 2014

TAHUN PENGAJIAN : 2015

PENSYARAH : PUAN ROZEHA BINTI HARUN

TARIKH HANTAR : 22 MAC 2015

ii

Page 2: 2.0- penghargaan

PENGHARGAAN

Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah berjaya menyiapkan kerja

kursus subjek Wacana Penulisan tepat pada waktunya. Saya juga ingin mengucapkan

jutaan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Puan Rozeha Binti Harun yang telah

banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang menyiapkan tugasan

ini .

Selain itu, tidak lupa kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu saya

dalam mencari maklumat serta membantu dalam perkara-perkara yang kurang saya fahami.

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan sekelas yang berjaya menyiapkan nota-

nota pelajaran dalam masa yang ditetapkan. Jika masing-masing tidak bertanggungjawab

dan tidak mempunyai kesedaran untuk menyiapkannya dalam tempoh yang ditetapkan,

sudah tentu hal ini akan menyusahkan banyak pihak.

Tidak dilupakan juga kepada ibu dan bapa yang selama ini memberi dorongan dan

sokongan kepada saya dalam menyiapkan setiap tugasan yang diamanahkan walaupun

jarak yang terpisah antara kami agak jauh.

Tuntas nya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima

kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam membantu

saya menyiapkan tugasan ini. Harapan saya agar saya dapat memanfaatkan segala ilmu

yang saya peroleh sepanjang menyiapkan kerja kursus ini seterusnya dapat berkongsi ilmu

dengan masyarakat sekeliling.

iii

Page 3: 2.0- penghargaan

Pada akhir-akhir ini, persoalan integriti begitu banyak ditonjolkan bermula dengan kebocoran

kertas soalan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan kemudiannya yang

terbaharu kes buli membabitkan pelajar sekolah. Kejadian ini dinyatakan berkait rapat

dengan soal integriti dalam kalangan warga pendidik mahupun pelajar itu sendiri. orang

banyak bercakap integriti ini berkaitan dengan disiplin diri, tanggungjawab, melaksanakan

kerja. Bagi guru terdapat satu lagi integriti yang perlu dipatuhi iaitu dalam pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran.

Guru memainkan peranan penting dalam memupuk amalan integriti dalam kalangan

pelajar di sekolah. Seperti yang kita tahu, seorang guru secara langsung atau tidak langsung

dia adalah orang yang mempunyai autonomi tersendiri apabila dia melaksanakan

pengajaran dalam bilik darjah. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah

itu, hanya guru dan murid sahaja yang ada dan apa yang perlu di situ tiada siapa yang tahu.

Di situlah ada satu lagi ruang yang perlu dititikberatkan tentang integriti dalam pengajaran

dan pembelajaran.

Permuafakatan komuniti jaga amat penting dalam menangani masalah integriti.

Permasalahan integriti bukanlah masalah individu sahaja malah permasalahan semua. Oleh

itu pentingnya permuafakatan dalam menangani masalah integriti tidak kira warna kulit,

bangsa dan agama.

iv

PENGENALAN

Page 4: 2.0- penghargaan

soalan 2a

Sejauhmanakah kepentingan pemuafakatan komuniti dalam menangani masalah integriti?berikan

justifikasi berdasarkan contoh-contoh yang relevan

ESEI

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai jenis kaum,

budaya serta agama dan kepercayaan yang dianuti. Ciri ini merupakan satu perkara

yang menyebabkan Malaysia sebuah yang unik di mana kemerdekaan Malaysia

dikongsi bersama dengan kaum lain dengan harmoni. Kepelbagaian inilah yang

membuatkan Malaysia sentiasa dipandang oleh masyarakat antarabangsa yang lain

khususnya sebagai model atau destinasi pelancongan bagi pelancong dari negara

luar. Dalam sesebuah masyarakat majmuk maka tunjang perpaduan terletak kepada

hubungan baik antara kaum. Oleh hal yang demikian, bagi mengekalkan

kesepaduan berbilang kaum ini, kerajaan telah berusaha untuk memperkenalkan

satu mekanisme yang akan memperkuatkan lagi hubungan antara kaum ini dengan

memperkenalkan Integrasi Nasional. Selain daripada itu, bagi merealisasikan

perpaduan dalam sesebuah masyarakat, kerjasama dan tolak ansur antara mereka

sangat penting demi untuk memastikan kesejahteraan hidup dapat dikecapi

bersama.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perpaduan bermaksud sesuatu

perihalan atau proses penggabungan dan kesepakatan untuk menjadi satu.

Manakala, integrasi pula membawa maksud penggabungan dua atau lebih beberapa

kaum menjadi satu. Seterusnya, Integrasi Nasional pula membawa maksud satu

proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok etnik dalam masyarakat melalui

pengenalan atau pengwujudan satu identiti yang sama. Integrasi Nasional pada

asasnya sebagai satu usaha bagi memupuk kesefahaman dan perpaduan antara

kaum-kaum yang ada di Malaysia. Menurut Shamsul Amri (2007), integrasi

merupakan satu proses di mana untuk mewujudkan satu identiti nasional dalam

kalangan kumpulan-kumpulan yang berbeza dari segi budaya, sosial dan lokasi

dalam sesebuah unit politik. Manakala, menurut Noriati A.Rashid (2010), beliau

menyatakan bahawasanya integrasi nasional merupakan satu proses penyatuan

antara kumpulan manusia yang datang dari latar belakang, status sosial dan budaya

v

Page 5: 2.0- penghargaan

yang berbeza bagi membentuk entiti yang mempunyai pegangan norma serta

mengamalkan kehidupan bersama.

Sebenarnya, idea Integrasi Nasional telah lama diperkenalkan. Tetapi pada

tahun 2006, kerajaan telah mula memperkenalkan pelan yang baru iaitu Pelan

Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional. Pelan ini dihadikan sebagai satu

tonggak untuk mengukuhkan lagi hasrat kerajaan dan pelan ini telah dijalankan

sehingga tahun 2010. Dalam pelan ini, terdapat banyak masalah dan cacat cela

yang dapat dikesan dan dikenalpasti dan beberapa perancangan telah dibuat bagi

mengatasi masalah-masalah tersebut. Dalam visi Wawasan 2020, ada disebut

bahawa untuk mencapai status negara maju, perpaduan dan integrasi adalah

tonggak atau tulang belakang utama kepada kejayaan untuk mencapainya. Untuk

mencapai visi-visi dalam Wawasan 2020, bukan perlu difokuskan kepada bidang

ekonomi dan politik sahaja, malah perpaduan juga salah satu perkara penting untuk

memajukan sesebuah negara. Secara amnya, perpaduan yang mantap akan terhasil

daripada ekonomi dan politik negara yang stabil. Di Malaysia khususnya, kerajaan

telah membanting tulang dengan melaksanakan berbagai-bagai usaha untuk

mencapai hasrat perpaduan kaum dalam negara. Sebagai contoh, pembentukan

sosioekonomi, menubuhkan Dasar Ekonomi Baru, menubuhkan agensi seperti

MARA, FELDA, UDA dan sebagainya, dan menjadikan Bahasa Kebangsaan

sebagai bahasa penghantar di semua peringkat pengajian.

Integrasi Nasional ini perlu dibincangkan kerana ia mempengaruhi sistem

pendidikan negara kita. Hal ini demikian kerana, negara kita mempunyai pelbagai

kaum, agama dan budaya yang berbeza. Maka dengan itu, timbullah pelbagai jenis

sekolah yang berbeza aliran seperti Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Jenis

Kebangsaan Cina dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil. Apabila wujudnya

perbezaan aliran sekolah ini, maka akan terhasilnya benteng untuk membina

integrasi antara kaum dan peluang interaksi kaum juga susah untuk wujud. Bagi

membentuk kesepaduan kaum-kaum yang ada di negara kita, ia tidaklah semudah

yang kita semua sangka kerana ia memerlukan masa yang lama untuk memahami

dan menghormati budaya masing-masing. Kerajaan telah bercadang untuk

menyatupadukan kaum melalui Dasar Pendidikan akan tetapi perpaduan kaum dan

integrasi ini berdepan dengan cabaran dan halangan yang besar. Antara cabaran

yang perlu dihadapi ialah cabaran dari aspek dalaman iaitu dari segi perbezaan

vi

Page 6: 2.0- penghargaan

bahasa, kebudayaan, kepercayaan dan keturunan yang mempengaruhi dan nilai

sesuatu kaum. Disebabkan perbezaan ini, setiap kaum di negara kita sukar untuk

menerima perubahan yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan dalam dasar

pendidikan sebagai contoh menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa

penghantar pada setiap peringkat pengajian. Hal ini demikian kerana, mereka

menyangka mereka akan terpaksa menerima unsur-unsur dari kaum lain dan

mengorbankan unsur dan budaya kaum sendiri yang menyebabkan mereka

terpaksa menerima dan mengorbankan asal-usul kaum mereka. Sudah semestinya

dasar sebegini akan ditolak sepenuhnya kerana unsur keturunan, kepercayaan,

budaya dan bahasa kaum sudah cukup menebal dalam diri masing-masing.

Cuba kita undur balik ke zaman pemerintahan British pada abad ke-19. Pada

ketika itu, British telah mula mengutamakan pelajaran bagi Melayu dan Inggeris.

Manakala, pada waktu itu orang Cina dan India, pendidikan mereka berkembang

tanpa bantuan dan sokongan pihak British. Bermula daripada saat itu, orang Cina

telah menggunakan bahasa pengantaraan mereka iaitu Bahasa Cina bagi

Pendidikan Cina serta guru dan buku teks yang digunakan semuanya datang dari

negara China. Manakala. Bagi orang India pula, bahasa pengantar yang digunakan

oleh mereka adalah Bahasa Tamil. Pada zaman ini, sukatan pelajaran yang boleh

dikatakan sebagai sukatan pelajaran terbaik datangnya dari Sekolah Inggeris dan

sekolah ini telah banyak memberikan impak yang buruk kepada perpaduan rakyat

kepada ketika itu kerana tidak semua mendapat pendidikan Inggeris. Tujuan

sebenar British mengasingkan setiap kaum mengikut sekolah masing-masing kerana

mereka ingin mengekalkan konsep “Pecah dan Perintah” yang diamalkan supaya

setiap golongan terus fokus kepada kepentingan pendidikan kepada diri masing-

masing. Kesan daripada perpecahan yang dilaksanakan oleh British pada waktu itu,

ramai orang Melayu bekerja untuk sara diri, orang Cina bekerja di lombong dan

orang India bekerja di ladang estet.

Penyata Razak yang telah dibawa oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein boleh

dianggap sebagai batu asas kepada perkembangan sistem pendidikan kebangsaan.

Di mana, ada dinyatakan “Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah

bermaksud hendak menyatukan pelajar daripada semua bangsa di dalam negeri ini

dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan

menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar,

vii

Page 7: 2.0- penghargaan

walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan

hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.” (Penyata Razak, perenggan 12,

1956). Antara perkara yang telah dinyatakan dalam Penyata Razak (1956) ialah,

semua sekolah di Tanah Melayu mempunyai satu sukatan yang sama, menjadikan

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa

penghantar di sekolah-sekolah, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib diajar di

semua sekolah rendah dan menengah, mengeratkan perpaduan antara kaum

Melayu, Cina dan India menjadi satu rumpun bangsa di Tanah Melayu,

mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan kaum dapat dikurangkan

dan akhir sekali, bagi mewujudkan masyarakat yang mempunyai sifat toleransi,

berdisiplin, terlatih, liberal dan progresif. Secara umumnya, Laporan Rahman Talib

bersetuju dan menyokong hampir kesemua dasar yang telah dicadangkan oleh

Penyata Razak. Selain menyokong usul-usul yang dinyatakan oleh Penyata Razak,

Laporan Rahman Talib juga telah mengesyorkan supaya pendidikan di peringkat

sekolah rendah diberikan secara percuma bagi membolehkan kanak-kanak

menikmati alam persekolahan dalam sistem pendidikan dan semua sekolah yang

menerima bantuan daripada kerajaan ditukar kepada Sekolah Kebangsaan (SK) dan

Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Manakala, untuk mewujudkan perpaduan antara

kaum, peperiksaan telah ditetapkan supaya menggunakan satu bahasa sahaja iaitu

sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan melalui Penyata Razak dan

Laporan Rahman Talib ini lah terbentuknya Akta Pelajaran 1961. Akta Pelajaran

1961 telah menggariskan tiga tonggak utama mereka iaitu menyeragamkan sistem

persekolahan, menggunakan Bhasa Kebangsaan sebagai bahasa penghantar

utama dan urikulum serta peperiksaan sekolah yang sama dari segi kandungan dan

bercorak kebangsaan.

Menurut Mohd Yazid Yusoff (2002), laporan jawatankuasa ini adalah sama

seperti laporan-laporan yang terdahulu iaitu untuk menyatupadukan rakyat seperti

yang terdapat dalam Akta Pelajaran 1961. Menjadikan pendidikan sebagai alat

utama untuk mencapai perpaduan di negara ini. Oleh hal yang demikian, aspek

bahasa telah menjadi penekanan utama untuk mencapai hasrat kerajaan. Dalam

laporan ini, matlamat pendidikan Bahasa Malaysia ( Bahasa Melayu ) sebagai

bahasa ilmu, bahasa komunikasi utama dan bahasa untuk menyatukan rakyat. Jika

kita lihat secara kasar, Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu adalah medium yang

viii

Page 8: 2.0- penghargaan

paling penting untuk menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.

Hal ini demikian kerana, dengan menggunakan satu bahasa, perhubungan dan

persefahaman antara kaum-kaum yang berbeza dapat diwujudkan dengan tidak

menimbulkan perasaan curiga dan tidak senang dari kaum lain. Secara tidak

langsung, dasar ini telah dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang sentiasa

bersatu padu dan berintegrasi. Melalui usaha ini juga, semangat bersatu padu yang

dihasratkan oleh kerajaan akan dapat dilaksanakan dan seterusnya dapat

memenuhi konsep 1 Malaysia. Bahasa Malaysia bukan sahaja digunakan di Sekolah

Kebangsaan (SK), tetapi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis

Kebangsaan Tamil (SJKT) juga diwajibkan mengajar Bahasa Malaysia walaupun

mereka menggunakan bahasa ibunda mereka di sekolah. Menurut Riduan Teen

(20100, bukanlah kerajaan tidak berusaha untuk menetapkan supaya semua

sekolah menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar di sekolah,

tetapi ada termaktub dalam seksyen 17 Akta Pendidikan 1996, bahawasanya

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

(SJKT) telah diberi kelonggaran untuk menjadikan bahasa ibunda mereka sebagai

bahasa pengantar dan mengurangkan penggunaan Bahasa Malaysia dalam

pelajaran. Hal ini berlaku kerana semua kaum berusaha dalam mempertahankan

bahasa ibunda masing-masing dan sehingga wujudnya jurang integrasi antara etnik-

etnik di negara ini. Implikasi yang akan dihadapi oleh guru-guru tentang hal ini

adalah, ia akan menjadi satu cabaran kepada guru Melayu yang mengajar di

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil untuk berututur kerana mereka tetap

akan menggunakan bahasa ibunda mereka. Tetapi berbeza pula dengan guru-guru

yang mengajar di Sekolah Kebangsaan, kerana mereka menggunakan Bahasa

Malaysia sebagai bahasa penghantar. Akan tetapi, sebagai guru yang berperanan

sebagai pembina negara bangsa, guru-guru boleh cuba untuk menerapkan

penggunaan Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar-pelajar Cina dan India.

Walaupun mereka tidak fasih, tetapi sekurang-kurangnya mereka mencuba untuk

belajar dan memahami setiap patah perkataan yang diberitahu.

Seterusnya, kerajaan telah menyatakan hasrat untuk mewujudkan sekolah

integrasi yang dikenali sebagai Sekolah Wawasan. Menurut Baharuddin (2009),

Sekolah Wawasan ialah sekolah rendah yang berkonsepkan pelajar-pelajar dari latar

belakang kaum, agama dan budaya yang berbeza diletakkan di dalam satu sekolah

ix

Page 9: 2.0- penghargaan

dan belajar bersama-sama. Ini bukan bermaksud di dalam satu sekolah mempunyai

pelbagai kaum akan tetapi ia membawa maksud dua atau tiga buah sekolah yang

berbeza aliran dan pentadbiran dibina dalam kawasan yang sama dan berkongsi

semua kemudahan yang ada bersama-sama dan di mana Bahasa Melayu menjadi

bahasa utama dan bahasa-bahasa lain akan dipelajari sebagai bahasa sampingan

dan dipertingkatkan. Sebagai contoh yang lain, menurut Safaruddin Mat Arif (2010),

perhimpunan bulanan di Sekolah Wawasan dijalankan serentak bersama-sama dan

Bahasa Malaysia akan digunakan sebagai bahasa rasmi di dalam perhimpunan.

Walaubagaimanapun, bahasa Cina dan bahasa Tamil boleh digunakan bagi

memperjelaskan isu-isu yang kurang difahami dan perlu diberikan penjelasan.

Secara tidak langsung, perpaduan antara kaum dapat dipupuk. Akan tetapi, hasrat

ini belum dapat dilaksanakan. Hal ini demikian kerana, kewujudan Sekolah

Wawasan ini telah mendapat tentangan yang sangat hebat dari masyarakat Cina

dengan alasan Sekolah Wawasan akan menghilangkan identiti dan bahasa ibunda

mereka (Modul Kenegaraan, 2010). Penubuhan Sekolah Wawasan ini telah

dicadangkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad

yang di mana telah diluluskan oleh kabinet pada tahun 1997. Tetapi akhirnya, telah

wujudnya 6 buah Sekolah Wawasan yang dapat ditubuhkan dengan jayanya hasil

usaha pihak kerajaan. Implikasi kewujudan Sekolah Wawasan ini kepada para guru

adalah guru dapat menyelaraskan penggunaan bahasa yang ingin digunakan

semasa mengajar dan sebagainya. Selain itu, guru juga dapat belajar bahasa kaum-

kaum lain sebagai bahasa sampingan untuk lebih memahami pelajar-pelajar yang

berlainan kaum dan guru-guru dapat memupuk semangat integrasi nasional dalam

diri pelajar dan membuang sikap perkauman yang pernah wujud dalam diri pelajar di

sekolah.

Akhir sekali, menyelaraskan kurikulum sekolah yang sama juga menjadi satu

kepentingan dalam mewujudkan integrasi nasional di negara kita. Apakah yang

dimaksudkan dengan kurikulum? Kurikulum merupakan satu rancangan pendidikan

yang di dalamnya terkandung segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai

norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan

masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Tujuan atau peranan kurikulum

dalam sistem pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang

lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Selain itu, kurikulum juga dapat

x

Page 10: 2.0- penghargaan

melahirkan rakyat yang bleh mewujudkan perpaduan dan mendokong cita-cita

negara dengan berpandukan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kurikulum ini telah mula

dibentuk bermula pada tahun 1983 dengan berorientasikan suasana Malaysia dan

melaksanakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang sekarang sudah dikenali sebagai

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah

Menengah (KSSM). Antara subjek-subjek yang dapat membantu pelajar untuk

mengukuhkan pegangan agama adalah subjek Pendidikan Islam, Pendidikan

Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah dan Pendidikan Moral.

Selain itu, mata pelajaran ini juga dapat membantu pelajar untuk menanam sifat-sifat

mulia seperti bekerjasama, amanah, bertanggungjawab dan berfikiran optimis serta

pandai menghormati antara satu sama lain. Selain daripada menyelaraskan

kurikulum, penyelarasan sukatan pelajaran juga dapat membantu dalam

pembentukan integrasi nasional antara kaum. Penyelarasan sukatan pelajaran ini

telah disyorkan dalam Penyata Razak yang telah dianggap sebagai satu sistem asas

untuk mewujudkan perpaduan kaum dalam negara. Dalam hal ini, mata pelajaran

Sejarah menjadi satu harapan dan memainkan perana penting ke arah menjayakan

matlamat pembangunan. Melalui mata pelajaran ini, ia dapat membina semangat

perpaduan dan timbulnya perasaan menghormati masyarakat-masyarakat sekeliling

yang mungkin berbeza agama, dan adat resam dan sukatan pelajaran yang

seragam dapat menyatukan pandangan dunia setiap kaum-kaum di Malaysia dan

tidak wujud perselisihan dalam memahami sesuatu perkara. Implikasi yang boleh

guru-guru atau bakal guru dapat melalui penyelarasan kurikulum dan sukatan

pelajaran ini adalah, apabila guru-guru ditukarkan ke sekolah lain yang sama jenis

atau berbeza jenis, guru-guru tidak perlu mengambil masa untuk mengulangkaji

sukatan kurikulum dan pelajaran yang baru yang mungkin berbeza daripada sukatan

dari sekolah yang lama. Selain itu, ia juga dapat memudahkan guru-guru di pusat

tuisyen untuk mengajar pelajar-pelajar yang mungkin berbeza kaum dan berbeza

sukatan pelajaran jika ia diselaraskan. Apa yang akan terjadi apabila sukatan-

sukatan ini tidak diselaraskan? Ia akan menyukarkan guru-guru tuisyen untuk

mengajar dan mungkin juga akan menyukarkan guru-guru cemerlang yang dijemput

sebagai penceramah di sekolah yang berbeza sukatan untuk menyampaikan

ceramah dan menyukarkan pelajar untuk memahami ilmu yang ingin disampaikan.

xi

Page 11: 2.0- penghargaan

Secara konklusinya, perpaduan kaum adalah elemen yang sangat penting

dan harus dititikberatkan kerana kaum-kaum yang bersatu padu sangat penting

untuk menstabilkan kesejahteraan negara. Bagi mencapai segala matlamat yang

telah dihasratkan oleh kerajaan, rakyat-rakyat hendaklah sentiasa rajin menuntut

ilmu bagi melahirkan rakyat yang berpendidikan dan berilmu. Selain itu, rakyat juga

hendaklah menerapkan semangat patriotisme dalam diri dalam memikul

tanggungjawab masing-masing ke arah melangkah untuk mencapai hasrat

Wawasan 2020. Menurut Datuk Seri Abdullah Badawi (2007), Malaysia kini telah

menjadi contoh kajian oleh Universiti Cambridge atas kejayaan kita mewujudkan

perpaduan dari pelbagai kaum. Hal ini demikian kerana, Malaysia telah berjaya

menyatupadukan rakyat yang berbilang agama, kaum, budaya dan etnik. Oleh itu,

kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah berusaha untuk mengekalkan perpaduan ini

dan kepada pendidik di luar sana, anda adalah harapan bangsa untuk terus

mengajar anak didik supaya tidak mengamalkan sikap perkauman dan terus

berusaha untuk mengekalkan perpaduan yang telah lama terbina ini.

xii

Page 12: 2.0- penghargaan

xiii